Sunday, January 31, 2010

Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?


Tajuk : Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Artikel yang ingin saya tulis kali ini adalah berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan atau sebuah negeri yang dulunya pernah diberikan nama Kalathana atau Medang Gana. Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land) juga adalah nama sebutannya.Nama Negeri Kelantan Serambi Mekah juga adalah sangat popular dan menjadi sebutan dizaman Tok Kenali.

Mari kita jejaki sedikit catatan lama sejarah berkaitan dengan nama negeri ini.Berikut adalah beberapa catatan yang saya ambil dari artikel-artikel saya yang terdahulu:

[1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Itali, mengatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.

3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M), Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau “Ku-lan-tan”.

4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang bererti Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.

Berdasarkan letak geografinya, sebahagian ahli sejarah justeru beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropah, Paul Wheatley cenderung mempercayai bahawa Chit-tu itu terletak di Kelantan.

Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan pernah ditakluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat menentukan dari mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebutkan bahawa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.

Sebahagiannya dari sumber:
Hamid, Rogayah A. dan Mariyam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006). ]

Itulah serba sedikit catatan-catatan purba berkenaan dengan Negeri Kelantan.

Sila baca satu lagi artikel yang dipetik dari blog ini : http://faizn.blog.friendster.com/

berkaitan dengan Kelantan dan kaitannya dengan Kerajaan Sriwijaya, Tulis Faizn begini :

[ Kerajaan Sriwijaya Awal: Indonesia atau Malaysia?

Kelantan adalah sebuah negeri diSemenanjung yang banyak menyimpan rahsia-rahsia sejarah. Kalau dikaji dari sejarah Kelantan purba sehinggalah Kelantan di zaman Long Yunus [Kelantan Moden] maka kita akan membuat satu konklusi bahawa Kelantan merupakan KUNCI pembukaan sejarah-sejarah di Asia Tenggara seterusnya memegang peranan penting dalam penyebaran berbagai agama dan kebudayaan yang mengaitkan negeri China, Korea, Jepun, Arab dan India. Ternyata bumi Kelantan adalah PUSAT segala-galanya.

Sebut sahaja nama-nama negeri atau pulau-pulau, maka Kelantan tetap dikaitkan walaupun ianya mempunyai nama yang sering berubah-ubah. Inilah yang menimbulkan kebingungan dan kekeliruan para ahli pengkaji sejarah dalam menentukan lokasi nama-nama tempat atau negeri sehingga berlaku percanggahan di antara satu sama lain.

Dua faktor yang menyebabkan peninggalan-peninggalan lama hilang dan tidak dapat dikesan lagi lokasinya ialah:

1-kerana dari sudut geografinya Kelantan merupakan sebuah negeri di Semenanjung yang sering dilanda banjir. Hakisan-hakisan yang sering berlaku banyak meruntuhkan dan menenggalamkan kesan-kesan sejarahnya ke dalam bumi dan sungai, dan;

2-peperangan-perangan yang berlaku samada oleh serangan-serangan dari luar atau perangan sendiri telah membawa bencana dan banyak membinasakan kesan-kesan purba. Contohnya satu tempat yang terdapat di hilir Kelantan sekarang kira-kira 3 batu di sebelah barat-daya Bukit Panau, ibu kota yang namanya YAWATOKI bagi negeri Kelantan dalam abad pertama sehingga beberapa abad kemudian dikatakan telah tenggelam ke dalam bumi [pada akhir abad yang ke 14 masehi sewaktu menjadi ibu-kota Empayar Chermin Jeddah]

Kota YAWATOKI dan BUKIT PANAU waktu itu dikatakan terletak di tepi pantai. YAWATOKI bererti “TITIK JAWA” yang bermaksud, DARI KOTA INILAH POLITIK DAN KEBUDAYAAN [BANGSA] JAWA MULA BERKEMBANG KE SELURUH ASIA TENGGARA.

Ahli-ahli sejarah dan arkeologi Indonesia, ahli arkeologi dari Amerika dan Belanda masih tercari-cari pusat kerajaan SRIWIJAYA yang pertama kerana tiga buah kawasan utama iaitu di Bukit Siguntang di Palembang, Muara Takus dan Muara Jambi tidak ada kesan-kesan yang menunjukkan bukti bahawa kawasan-kawasan tersebut wujud bersama-sama kerajaan SRIWIJAYA di peringkat awal.

Prasasti-prasasti [batu bersurat] yang dijumpai tidak dapat menunjukkan bahawa Palembang pusat SRIWIJAYA di awal abad 7 Masehi. Prasasti Kedukan Bukit di Palembang yang paling tua tarikhnya [638Masehi] dan paling penting dalam konteks kajian untuk mencari lokasi pusat SRIWIJAYA yang awal juga tidak menemukan bukti-bukti yang jelas dan masih disangsikan.

Bronson seorang ahli arkeologi dari Amerika yang telah mengemuka beberapa hipotesis hanya dapat menjumpai kesan-kesan peninggalan sejarah terutama di Bukit Siguntang dan Palembang yang menunjukkan bekas-bekas permukiman manusia dan penemuan arca dan seramik yang berasal dari China dan Thailand adalah pada abad ke 14 hingga 17 Masehi.

Beliau kemudian mengemukakan pendapatnya bahawa apa yang ditemui oleh para arkeologi Indonesia adalah penemuan seramik dan arca perbakala peninggalan MAJAPAHIT dan SINGGOSARI serta KESULTANAN PALEMBANG.
Jadi di manakah pusat SRIWIJAYA yang sebenarnya?

Garis lintang 5 darjah 50 minit ! ]



*Peta Negeri Kelantan, Benarkah Sungai Kelantan itu Sungai Sidon?

Misteri berkaitan dengan Gua Cha ini amat menarik perhatian saya.Apa tidaknya, Gua ini pernah digali dan diselongkar oleh pengkaji-pengkaji barat sebanyak dua kali pada tahun dan 1936 dan1954.Selepas itu oleh pengkaji tempatan pada tahun 1979.

Apakah misteri yang ada di Gua Cha sehingga para pengkaji barat sanggup meneroka daerah Ulu Kelantan dan menyeberangi Sungai Nenggiri semata-mata untuk membuat penggalian di Gua Cha yang berada di dalam hutan belukar itu? Dari mana mereka mengetahui rahsia tentang khazanah bangsa melayu yang tersimpan dan terkambus di dasar Gua Cha ribuan tahun silam? Mari kita bongkar kembali misteri ini!

*Gua Cha

Gua Cha terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup atau batu lindungan yang mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter persegi.

* Sungai Nenggiri , Hulu Kelantan


Dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak yang paling aktif sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini telah dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali lagi pada tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin Haji Taha ditapak yang sama.

Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan manusia zaman 'Hoabinhian' dan Neolitik ditemui di Gua Cha. Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan ragam dan alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang banyak dan merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat tersebut bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .

Pentarihan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh masyarakat 'Hoabinhian' sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.

Baiklah, sila baca satu keratan akhbar berikut :

KLIK sini :


ARKIB akhbar utusan : 18/01/2008

[ Rais dapatkan rangka manusia Gua Cha

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan berlepas ke England minggu depan untuk mendapatkan tulang rangka manusia Gua Cha pada zaman purbakala yang kini disimpan di University of Cambridge’s MacDonald Institute of Archaelogy.

Tulang rangka itu dari gua di Kelantan, kira-kira 5,000 lepas, dikeluarkan dari Malaysia pada 1950-an oleh bekas pengarah Muzium Taiping, G. de Sieveking ke rumahnya di United Kingdom.

Sieveking (1925-2007) seorang ahli arkaelogi zaman purbakala, yang lebih terkenal kerana kerja-kerja mengenai batu api dan lombong batu api.

Seorang penuntut doktor falsafah di University of Cambridge, beliau menjalankan penggalian di Malaysia pada 1950-an, yang paling terkenal di Gua Cha.

Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara kementerian itu hari ini, Rais akan mengetuai satu delegasi untuk memuktamadkan penghantaran pulang tulang rangka itu, yang dianggap penting dan bernilai bagi penduduk kuno di Malaysia.

Pesuruhjaya Warisan Negara, Datuk Prof. Emeritus Zuraina Majid telah mengilhamkan usaha itu untuk membawa balik tulang rangka berkenaan awal apabila beliau masih lagi berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM).

Jabatan itu menyatakan Gua Cha, yang terletak di benteng Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, merupakan sebuah tapak zaman purbakala di Asia Tenggara dan telah menyimpan kira-kira 40 tulang rangka.

– Bernama ]

* Skeleton Manusia Gua Cha yang dipamerkan di University Of Cambridge

Adalah dianggarkan lebih kurang 40 rangka manusia atau “human skeleton” yang dijumpai di Gua tersebut telah dipindahkan oleh Seiveking ke England dalam tahun 50-an dalam 10 kotak besar! Apa yang menarik perhatian saya ialah mengapa rangka manusia ini disimpan di University tersohor iaitu University Of Cambridge???

Rangka manusia Hoabinhian telah ditemui oleh Gale Sieveking di dalam gua ini. Antara yang ditemui ialah 5 biji mangkuk daripada tanah liat dikebumikan bersama simati sebagai bekalan di alam lain. Pada tangannya terdapat seramik gelang tangan yang bersaiz besar. Usia artifak ini sekitar 1000 BC. Sebelum itu, pada tahun 1936 H.D. Noone telah menemui pelbagai artifak purba termasuk Beliung yang diperbuat dari batu Neolithic.



Lihat betul-betul gambar diatas, mengapa ada 5 buah mangkuk yang berukuran dari kecil ke besar di tanam sekali dengan mayat tersebut? Apa maksud 5 dan kaitan dengannya atau apakah ada 5 lagi alam yang akan ditempuhi oleh mereka mengikut kepercayaan mereka itu agaknya??? Mungkin maksud tersirat ialah mereka juga mempunyai kepercayaan bahawa alam ini hanya tempat persinggahan saja, masih ada lagi alam-alam lain yang akan ditempuhi oleh setiap jiwa!

Fikirkan lagi, jika rangka manusia itu pun mereka sanggup mengusung dan membawa pulang ke London, bagaimana pula dengan khazanah bangsa yang lain terutamanya manuskrip-manuskrip lama yang mengandungi ilmu-ilmu yang tidak ternilai ? bagaimana dengan peralatan orang melayu yang lain seperti senjata lama dan sebagainya? Kalau boleh, mereka mahu merompak dan membolot kesemuanya, mereka mahu menguburkan terus segala ketamadunan melayu, agar melayu yang tertinggal selepas penjajahan adalah melayu bodoh, melayu yang hilang identiti dan jati diri serta mengalami rasa inferiority yang amat kompleks. Kalau boleh mereka mahu menghilangkan terus bekas bekas ketamadunan dan kemegahan silam orang melayu supaya melayu kini kehilangan jejak dan terus dalam kealpaan.

Siapakah Gale Sieveking ???

Dengan mengkaji siapakah orang ini, maka kita bolehlah mengagak apakah motif atau tujuan dia membawa pulang begitu banyak tulang rangka manusia purba dari perut bumi kita ke rumahnya di United Kingdom dalam tahun 50-an.

Apakah tugas yang diberikannya sebagai Pengarah Muzium Taiping adalah satu Konspirasi untuk merompak dan melenyapkan terus kesan sejarah dan peradaban Melayu kononnya atas nama kajian dan pemuliharaan ?

Mari kita lihat siapa Gale Sieveking sebenarnya! Mari kita baca personaliti dan wataknya melalui kacamata isteri dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Klik Sini :


Saya hanya ingin mengambil sedikit artikel dari link di atas, selebihnya anda boleh membacanya di sana :

[ In memoriam: Gale Sieveking 1925-2007

September 5th, 2007

Gale Sieveking was an archaeologist who worked in Malaya from the 1950s and onwards. He is best known for his excavation of Gua Cha in Kelantan, where over 30 humain remains have been found, buried in two distinct time frames, the Hoabinhian and the Neolithic. This tribute was published in the Newsletter of the Society of Antiquarians in London. Special thanks to Dr Ian Glover for this bit of news.
[ Dia telah menjadi terkenal kerana tulang rangka manusia Gua Cha dari Negara kita.Mereka telah menciplak dan mengkaji khazanah Negara kita menjadi milik mereka! Beliau sebenarnya bukan ingin sangat mengkaji tentang arang batu dan jenis tanah di Tanah Jawi, tapi mereka mahu kaji lebih dari itu! ]

Memories of Gale Sieveking (1925–2007)

The call, in the last issue of Salon, for further reminiscences concerning our late Fellow Gale Sieveking produced a fruitful bounty of information. Since Gale played such an important part in the development of archaeology as a discipline and in our understanding of prehistory, these valuable insights into his life and work are worth recording in full.

Our Fellow Ann Sieveking has generously provided a copy of the address that she gave at her late husband’s funeral. We are also very grateful to our Fellows Juliet Clutton-Brock, Michael Thompson, Michael Kerney and Phil Harding for their accounts of the lasting impression that Gale made on them, and to Professor Rory Mortimore, now Head of Civil Engineering and Geology at the University of Brighton, who provides an account of Gale’s ability to build multi-disciplinary teams around the study of flints and prehistoric technology.

[Saya amat tertarik dengan minat Gale Sieveking terhadap Prehistoric Technology ! Mungkinkah dia juga sedang mengkaji dan mencari bekas-bekas atau lombong Nabi Sulaiman dulu? Bukankah hutan Pahang adalah hutan yang tertua di Dunia dan disitu ada Gua Kota Gelanggi dan sebuah Kota Raya Purba yang ghaib ? ]

Ann Sieveking writes: ‘Gale was born on 26 August 1925 at Cagnes-sur-Mer, in the Alpes Maritimes. Having been born in France he was entitled, at the age of seventeen, to choose between French and British nationality, but in 1942 there was little liberty to do so and, with certain regrets, he relinquished his French nationality.

‘On leaving school, he joined the Fleet Air Arm, trained in flying in Canada, swam in the sea of Colombo and sat in an outlook post on top of a fort in Malta. Gale once related that his flying duties were curtailed when, on a training flight, he neglected to lower the undercarriage of his craft through a small oversight.

[Gale Sieveking bukan seorang pengkaji biasa! Biasanya pengkaji yang diajar menggunakan pesawat atau selok belok penerbangan dan berenang di laut dalam bukan untuk misi biasa! Lagipun, dia diarahkan untuk datang ke Malaya dahulu kerana mungkin ada sebab penting, malah dia sanggup melupakan hasratnya untuk meneruskan pengajian pakarnya (PhD) semata-mata untuk datang berkhidmat sebagai ‘kononnya’ Pengarah Muzium.Apa yang dikumpulkan dalam Muzium saudara??? Fikir-fikirkanlah sendiri! Dia ni pun bukan main liciknya sehingga dalam masa beberapa tahun je kat Malaya ni boleh buka dan jaga 3 lagi Muzium selain dari Muzium Taiping iaitu di Melaka, Kuala kangsar dan Seremban.Mungkinkah dia seorang freemason atau Illuminati ? ]

‘As soon as he was able to do so, he went up to King’s College, Cambridge. A grateful but insolvent Government financed ex-service personnel for two years of a three-year degree. For the first part of the tripos, Gale read history, but he was captivated by archaeology and in his final year he studied prehistory.

He then embarked on a PhD, but he left this unfinished since he had married, was in need of an income and had been offered a post as Deputy Director of Museums in Malaya. In 1953, Malaya was in the midst of the state of emergency declared by the British colonial government in 1948 as a response to Communist insurgency.

Opportunities for travelling and exploring were limited, but Gale still managed to open three new regional museums – in Malacca, Seremban and Kuala Kangsar – and he excavated sites of all periods wherever it was possible to do so.

‘The first of these was a seventeenth-century Portuguese fort in Johore Lama, facing Singapore across the Straits; another was an early Indian trading post in the mangrove swamps near Taiping, and a third, again in Johore, was the rescue of a collection of Chinese porcelain – one cannot say “excavation”, as the finder had put his pickaxe through the hoard when extending his vegetable patch. This had been buried for safety in a wooden box and included a number of blue and white Ming dynasty bowls of imperial quality, though how they came to be abandoned there remains a mystery.

[Penemuan alat-alat dari Zaman Dinasti Ming ini tidak direkodkan dalam sejarah kita saudara! Kemana hilangnya lagi barang-barang atau khazanah sejarah bangsa kita yang lain di bawah jagaan si Gale Sieveking ini? ]

‘Perhaps of most interest to Gale was his excavation of Gua Cha, a habitation site in a rock shelter on the Nengiri river in Kelantan. Gua Cha had been found in 1935 by H D Noon, but Noon had not survived the war. Working with our Fellow Michael Tweedie, then of the Raffles Museum, Singapore, Gale’s was the first systematic excavation of Gua Cha, where he found a slaughtering station for wild boar, along with human burials of both Mesolithic and Neolithic date, the latter with jadeite bracelets, polished stone axes and pottery bowls containing a supply of small animals, presumably for sustenance in the next world.

‘The site was in an isolated part of the jungle, but a police post had been established here to round up the indigenous people of this part of the peninsula who were suspected of supporting the insurgents with food and intelligence. Attired in jungle green, Gale and Ann Sieveking, along with Michael Tweedie and a number of museum staff, worked under military escort, and were kept supplied by parachute drops with food and – marvellously – paperback thrillers to read. When the dig was finished, all returned to civilisation down the Nengiri river on bamboo rafts; the human cargo survived the hazards better than did some of the finds.

[Tengok saudara, bagaimana mereka tahu disitu ada sesuatu yang berharga, sedangkan disitu adalah hutan belukar dan untuk membekalkan makanan kepada mereka pun, terpaksa menggunakan pengangkutan udara! Lagi satu, mengapa ketika penggalian mereka itu , mereka dikawal ketat oleh polis dan tentera? Cuba fikirkan! Benda-benda yang dijumpai adalah seperti yang mereka nyatakan, tetapi percayakah kita hanya itu saja??? Mungkin ada benda lain seperti emas atau barang yang lebih berharga yang mereka temui tetapi tidak dinyatakan sebagai barang yang ditemui agaknya! ]

‘After three years in Malaya, four Sievekings returned to England. Gale joined the British Museum, where he stayed for the rest of his professional career. Gale’s first research project was an analysis of Grand Pressigny flint, a beautiful honey-coloured stone found in east-central France and mined, worked and traded in the Neolithic. Grand Pressigny flint was unusual in being identifiable by its colour; at this date most flints were considered indistinguishable one from another. Gale was one of a group of researchers who established that flint from different localities could be identified by their trace elements. This analysis made it possible to map the distribution of flints from different mines; for example, axes from Grimes Graves were identified and shown to be distributed widely in England and in France, while French flint travelled in the opposite direction.

[ Sudah terang lagi bersuluh, beliau hanya ditugaskan untuk merompak khazanah sejarah bangsa kita dalam masa 3 tahun , kononnya atas kapasiti seorang pengarah muzium! Mengapa ketika beliau pulang ke England, beliau tidak terus mengkaji Tulang Rangka manusia purba sebanyak 10 kotak itu, tetapi meneruskan kajian keatas “Grand Pressigny Flint” ? Mengapa Tulang rangka manusia purba itu disimpan di University of Cambridge’s MacDonald Institute of Archaelogy saudara ? untuk siapa dan untuk apa ia perlu berada disitu? Bukankah selain dari ujian pentarihan menggunakan karbon, tulang itu juga boleh diambil sample DNA nya dan dikaji ? lihat di Link ini : Klik Sini

bagaimana mereka mengkaji dengan teliti dan mendalam DNA dan jenis Chromosome dalam genetic manusia. Ada juga disentuh disitu tentang Ancient WaterWays. ]


Juliet Clutton-Brock writes: ‘Gale will be sadly missed as an archaeologist of spirit and a loyal friend. Gale was an undergraduate at Cambridge during the crucial time when archaeology was in transition from an amateur occupation for treasure hunting to the practice of serious scientific research. The great names of this period – Graham Clark, Charles McBurney, Gordon Childe and Frederick Zeuner – had a determining and controlling influence on students who wished to join them in this endeavour, and they did not suffer fools gladly. Gale was one of the lucky few who was trained in prehistory on Clark’s excavations at Star Carr in the early 1950s, and it surely influenced his approach to prehistory and its interpretation for the rest of his career.

‘I was lucky to be given the opportunity, as an archaeozoologist, to work with Gale on the animal remains from his 1970s excavations at Grime’s Graves. Gale became a friend and colleague who was always supportive and always full of new ideas for how to approach the study of prehistoric remains. For me, these were the very large collection of antler picks from the flint mines as well as the skeleton of a dog, excavated so carefully that the remains of its last meal, tiny bones from a pig’s foot, were still with it, and the skull of an aged mare who had lost most of her teeth. Gale was an “ideas man”, but with a disciplined approach, and such people are sorely needed in any field of research.’

Michael Kerney writes: ‘Gale and I joined forces for an expedition to Thailand from 1 December 1965 to 31 March 1966. Our project had two aims: one was to locate sites in the limestone massifs in the country’s north and north-eastern provinces with Palaeolithic and earlier remains, sealed by stalagmite deposits, and thus datable using protactinium-thorium-uranium isotopic methods; the other was to investigate the relationship between the bronze age in Thailand and contemporary cultures in Yunnan. ]

[ Baca ayat dalam perenggan diatas, maksudnya selepas berada di Malaya selama 3 tahun, Beliau telah melakukan satu lagi misi ke Thailand pada tahun 1965-1966, tengok mereka sentiasa ada 2 benda yang dilakukan untuk mengelabui mata masyarakat umum.Misi utama mereka ialah untuk mengkaji hubungan antara Thailand dan Yunnan! ]

Oleh itu , segala taktik mereka itu tidaklah menghairankan kita, jika kita baca kajian mereka tentang Malay Peninsular as the setting of Books Of Mormon, KLIK SINI :

anda semua akan terkejut bila mereka melukis peta , bentuk taburan hutan, bentuk mukabumi, lokasi Bandar-bandar utama, malah mereka sudah mampu mendaki dan meneroka hutan Pahang , melepasi Banjaran Gunung Tahan, meneroka tanah tinggi Cameron Highland sejak 200-300 tahun yang lalu! Malah mereka telah mengukur jarak di Segenting Kra sejauh 1 hari setengah perjalanan dari titik timur ketitik barat (atau sebaliknya) dalam satu garis lurus!

Kembali kepada satu persoalan misteri yang menyelubungi Gua Cha ini, Bagaimana mereka tahu di Gua Cha itu tersembunyi segala khazanah purba??? Dari sumber manakah mereka perolehi maklumat itu???

*Tulang Rangka yang digali selepas Gale sieveking iaitu pada tahun 1979.

Salah satu Kata Kunci kepada segala persoalan misteri ini ialah bila kita kaitkan kawasan Hulu Kelantan ini dibawah pemerintahan siapa sebenarnya pada suatu masa dahulu?

Hulu Kelantan adalah dibawah Kekuasaan Puteri Saadong pada zaman dahulu! Apa kaitannya pula antara Puteri Saadong dengan Che Siti Wan Kembang ? Apa pula kaitan antara Kerajaan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan Chittu atau Tanah Merah (Zarahemla) dan Bukit Panau(Yawatoki) ? Apakah hubungan antara Chittu dengan Empayar Majapahit Kelantan Lama? Benarkah mereka yang berketurunan Wan, Nik, Pengiran dan Che itu ada kaitan pula dengan Bangsa Arab Quraisy Purba ?

Mengapa pula Gereja Terbesar CCC terletak di atas Bukit Jalil??? Tengok peta semula!

Atau baca dan kaji semula hasil kajian mereka berkaitan dengan Land Of Promised .

Pada mulanya mereka menyangka dan cuba mendakwa Land Of promised itu berada di tempat mereka ; Mesoamerica ! Klik Sini :

Namun setelah Dr Ralph A. Olsen , telah membentangkan kajian dan bukti-bukti kukuh yang Land Of Promised itu berada di Malay Peninsula, sila baca The Malay Theory atau Malay Hypothesis kat sini : Klik Sini :


Boleh juga Klik Sini :

Barulah seluruh dunia mula membuka mata dan mula mengidamkan Bumi Yang dijanjikan ini! Semenanjung Emas!!!

Mengapa pula Tun Dr Mahathir menamakan pusat pemerintahan baru Negara kita PUTRAJAYA!!! Buka Cinajaya atau Indiajaya atau Jawajaya atau SatuMalaysiajaya???

Fikir-fikirkanlah! mungkin Tun ada sebab dan ada sesuatu yang Tun sudah tahu berkenaan dengannya!

Jika pembaca sekalian sudi berkongsi maklumat dan info, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

Selamat membaca !

Sangtawal Sakranta





Artikel Pilihan

Tajuk : Data-Data Arkeologi

Sumber : Klik Sini

[ ABSTRAK

Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, jumpaan-jumpaan yang menarik, misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan publisiti. Seolah- olah terdapat sesuatu dorongan untuk terus menggali, untuk memegang objek, untuk membayangkan keadaan sebelumnya. Arkeologi adalah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasai teori ahli arkeologi .(1)

Arkeologi mempunyai hubungan dengan manusia pada masa lepas. Tumpuannya adalah pada keadaan budaya dalam perspektif masa (2).Sebahagian dari masa prasejarah tidak mempunyai rekod bertulis. Ahli prasejarah atau arkeologi kekurangan rekod bertulis, mereka terpaksa menggunakan artifak- artifak yang selalunya diperolehi melalui carigali oleh para arkeologi(3) . Ada beberapa sub bidang seperti arkeologi prasejarah yang mengkaji zaman sebelum wujudnya tulisan. Arkeologi adalah pengkajian dari aspek material yang berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia silam(4) .


PENGENALAN

Arkeologi adalah berasal dari perkataan 'archaios' yang bermakna yang telah lalu dan 'iogos' yang bermakna pengetahuan(5) . Ini menerangkan bahawa akrekologi adalah pengetahuan masa lalu. Ahli arkeologi menggunakan data bukan bertulis seperti artifak, ekofak, feature dan data konteks. Ahli arkeologi juga berminat pada ruang waktu yang luas contohnya peringkat atau tahap yang sama ada pada zaman gangsa awal atau lewat sejarah yang tidak bersifat peribadi iaitu menyentuh soal riwayat hidup atau peranannya terhadap pembangunan masyarakat. Peranan arkeologi hanya meriwayatkan kisah sesuatu kelompok silam contohnya kisah hidup serta cara hidup masyarakat zaman gangsa atau besi(6) .

Antara aspek yang dapat dikaji oleh ahli akrekologi seperti dalam pola ekonomi berkebnaan cara mengumpul , memburu dan menjalankan pertanian. Aspek pola pertempatan dikaji berdasartkan keadaan kelopok kecil meraka sama ada hidup menetap dalam kampung kemudian menjadi kampung besar dan berubah menjadi urrban (kawasan pembangunan). Dalam aspek keudayaan kebendaaan berkenaan artoifak mereka sama ada daripada batu atau atau alat mentenan lain serta pola perhiasan meraka yang boleh menunjukan taraf status mereka dalam masyarakat mereaka. Dalam aspek kebudayaan dilihat dari segi kepercayaan, kubur, kuil, patung dan seterusnya buat kesimpulan.

Ahli arkeologi melihat artifak-artifak sebagai satu cara manusia memenuhi keperluan asas bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal dan perlindungan dari musuh., arkeologi menrut bagi sesetengah sarjana ia adalah kerja seni dan pelengkapan diri. Semua ini tidak mempunyai harga kecuali kerana nilai dalaman dan keindahannya(7) . Arkeologi mengkaji orang yang telah mati yang selalunya tidak bernama dan budaya yang jarang difahami oleh individu. Perbezaan juga wujud kerana arkeologi mengkaji kerja- kerja manusia artifak-artifak mereka serta tempat-tempat kegiatan mereka dan bukan manusia itu sendiri. Arkeologi tidak meliputi segala bidang yang ada(8) .

DATA ARKEOLOGI

Data-data arkeologi adalah untuk melihat dari mana datangnya manusia itu dan apakah aktiviti yang pernah dilakukannya dahulu sama ada mereka berburu, bertani atau bertukang kesemua ini akan dapat diketahui apabila terdapat pengujian terhadap tinggalan-tinggalan yang merupakan data arkeologi dan data ini akan diuji dengan radiokarbon atau labih dikenali 'carbon14'. Umpamanya bagi menentukan asal-usul nenek moyang orang-orang Melayu di Nusantara daripada mana asalnya dan bentuk kebudayaan yang pernah dilakukan dan masyarakatnya(9) .

ARTIFAK

Artifak adalah 'as anything made or modified by human being'(10) dan contohnya ialah alat batu, gendang gangsa dan tembikar. Artifak ada juga yang dibuat perubahan organik seperti buluh dan rotan tapi kesemua bahan itu tidak dikesan lagi kerana kawasan lembap. Manakala bagi Karl Huterer, pakar arkeologi berpendapat di Asia Tenggara bila kaji artifak zaman silam ia terbahagi dua iaitu kategori;

1. Artifak maintenan ;

Alat memotong bahan organik untuk berburu seperti sumpitan yang digunakan untuk berburu dan ia diperbuat dari buluh dan buluh ini dipotong dengan menggunakan alat dan alat inilah yang dimaksudkan sebagai alat artifak maintenan

2. Artifak ekstraktif;

Ia adalah alat yang digunakan secara langsung untuk berburu dan mendapatkan hasil. Contohnya sumpitan adalah salah satu alat ekstraktif yang digunakan untuk berburu dan mendapatkan hasil.

Di Perak terdapat kebudayaan Tampaniah yang mana tinggalan-tinggalan berupa alat-alat adalah menyerupai alat-alat di India, Siam, Burma dan Jawa(11) . Manusia pada peringkat ini lebih berbentuk bergantung hidup dan kepada pemburuan dan berpindah randah yangg menunjukkan ada unsur-unsur cannablism dan mendiami gua-gua(12) . Telah terdapat tinggalan-tinggalan di Gua-gua, bukit dan lembah sungai yang menyatakan berkenaan zaman paleolitik. Penemuan yang didapati bahawa ia adalah bahan inorganik iaitu batuan maka dengan ini jelaslah bahawa ia adalah dari zaman batu awal. Penemuan alat-alat pemotong daripada yang tersangat tua usianya yang digunakan olejh manusia purba sejak zaman manusia homosapian lagi. Alat-alat ini ditemui di Kota Tampan Perak(13) . Ia juga dikenali sebagai alat maintenan kerana digunakan untuk memotong sesuatu benda contohnya pengetuk batu (Nut Craker) yang telah dijumpai semasa dijalankan kerja carigali oleh pakar kaji perba bernama H. D. Colling tahun 1983 di Kota Tampan(14) .

Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu memotong, melapah dan memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu orang zaman paleolitik meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak genggam dan alat batu repehan. Alat batu zaman ini tidak dilicinkan dan tidak menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam seni pencapaian. Alat-alat itu dicipta khusus keran fungsinya boleh membantu memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu. Menangkap ikan dan memungut hasil(15) . Menakala bagi bahan organik dipervcayai mereka telah menggunakan sumpitan untuk berburu dan bukannya untuk berperang(16) .

EKOFAK

Kulit siput, sisa tulang mamalia dan flora dan fauna yang terdiri daripada debunga adalah merupakan data ekofak yang merupakan data yang wujud kesan perlakuan atau perbuatan manusia. Contohnya ditapak Gua Kecil, Pahang. Penggalian yang dibuat oleh F.L Dunn dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan dan membahagikan Gua ini kepada tiga fasa kerana ditapak gua ini telah dijumpai longgokam-longgokan kulit siput yang dikatakan sisi makanan manusia zaman prasejarah(17) .

Kehadiran kulit-kulit siput dan tulang mamalia serta artifak hoabinhian merupakan fasa pertama yang menyatakan tentang aktiviti membuat dan mengumpul bahan-bahan seperti makanan. Kulit siput dan tulang mamalia ini makin meningkat dan seterusnya pada Fasa tiga terdapat peralatan batu berasah dan alat maintenan tidak digunakan lagi walaupun terdapat banyak lagi kulit siput tetapi ianya ianya semakin berkurangan secara mendadak dan dikatakan bahawa berlakunya perkembangan aktiviti manusia dari berburu dan mengumpul makanan kepada permulaan ekonomi pertanian dikalangan masyarakat neolotik. Di sini, Gua Kecil fasa 1 mewakili zaman hoabinhian, dimana alat batu berepeh digunakan dengan jumpaan tulang-tulang mamalia dan kulit-kulit siput ia telah menunjukkan berlaku pengurangan secara mendadak. Ia dikaitkan dengan aktiviti memburu dan mengumpul makanan yang semakin berkurangan.

FEATURE

Apa-apa data yang tidak boleh dibawah balik kemuzium atau tempat yang lain atau mengasingkannya dari tempat asal adalah merupakan data feature. Sebagai contoh apabila kita membuat penggalian dengan teliti dan berhati-hati kita dapat melihat data yang tidak boleh dibawah balik, contohnya sistem parit dan lubang tiang rumah (physt hole). Apa yang boleh dilakukan untuk jadikan bukti ialah bahan tersebut haruslah dilukis atau diambil gambarnya sahaja. Contoh yang dapat dikesan adalah Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Satu daripada cepu-cepu granit yang dijumpai masih mengandungi beberapa benda pemujaan purba seperti biji-biji permata, mutiara dan ketul-ketul logam serta beberapa lapis emas, perak dan tembaga dalam pelbagai rupa seperti rupa lembu jantan, kura-kura, bunga teratai dan rupa dewi dalam keadaan duduk(18) .

Dr. Lamb berpendapat pemujaan disitu adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-siasa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitanya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang ditengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memeberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium(19) .

DATA KONTEKS

Bermaksud data yang berkaitan kawasan alam semulajadi purba. Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu stradigrafi menegak, stradigrafi mendatar dan data negatif.

STRADIGRAFI MENEGAK

Perbezaan dalam longgokan dari atas ke bawah dengan menunjukkan turutan yang benar maka ia adalah disebut Stradigrafi. Prinsip stradigrafi adalah lapisan bawah adalah lebih tua daripada lapisan atas dengan syarat tiada gangguan dilonggokan itu. Cara untuk membezakan satu lapisan dengan satu lapisan berdasarkan perbezaan warna tanah, kandungan dan jenis tanah.

Pasir putih

Pasir kuning

Pasir bercampur

Tanah liat

Selain itu kita mesti fikirkan jenis tinggalan yang kita perolehi. Kita hendaklah menentukan sama ada;

Tinggalan Indigeneous Atau Insitu

Membawa maksud ia telah dijumpai dalam tempat asalnya dan tidak ada perubahan. Contohnya yang dapat dilihat di Tapak Kota Tampan, dimana ditemui bengkel kerja membuat alat-alat batu seperti batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa-sisa repehan dan alat-alat batu yang lain. Bengkel ini belum terganggu dan ditinggalkan dalam keadaan asal dan repehan rata dibawah untuk membolehkan kedudukan batu stabil. Tapak bengkel kerja itu dalam keadaan yang asal atau insitu dan ini bermakna tapak ini belum diganggu(20) .

Tinggalan infiltrated

Tinggalan arkeologi yang dikesan dalam lapisan itu adalah bukan sezaman dengan jumpaan dalam lapisan itu kerana lapisan atas telah terjatuh ke dalam lapisan lebih bawah sebab ganggunan stradigrafi seperti penggalian lubang untuk pengkuburan. Selalunya ia adalah dalam kajian komponen pelbagai. Penggalian di Gua Cha telah dilakukan dengan teliti dan ia merupakan komponen pelbagai menurut Sieveking. Dia kebudayaan yang wujud ialah Hoabinhian dan neolitik. Kebudayaan hoabinhian dijumpai dilapisan tebal yang tanahnya berwarna coklat tua yang mempunyai barang hoabinhian seperti alat-alat batu, tinggalan sisa manusia dan sisa tulang haiwan yang kesemuanya dalam kuantiti yang besar. Sementara itu, kebudayaan neolitik pula dijumpai di lapisan tanah hitam berbatu yang terletak di lapisan yang lebih atas lapisan tanah coklat tua. Disini dijumpai kubur-kubur yang disertakan dengan barangan pengkebumian seperti tembikar, alat batu yang sudah digilap, rantai, manik cengkerang, sudu cengkerang dan gelang batu. Kedua-dua lapisan tanah semulajadi ini terpisah oleh lapisan tanah sterile deposit yang tidak mengandungi sebarangt tinggalan arkeologi. Mungkin terdapat gangguan stradigrafi yang disebabkan oleh hakisan.

Tinggalan Residual

Ia juga berlaku di tapak komponen pelbagai, ia bukan yang berusia tua daripada benda-benda lain di lapisan itu. Di gua Niah telah dijumpai tengkorak Homosapien. Melalui kaedah radiokarbon 14 arang kayu yang berhampiranb dengan tulang tengkorak itu adalah berumur kira-kira 40 000 tahun(21) . Namun penemuan Robert Fox di Pualu Palawan Filipina telah dijumpai tengkorak yang serupa. Manusia homosapien diantara Gua Niah dan Pulau Palawan di Filipina adalah sama kerana tanah besar adalah bersambungan di zaman air batu (Pleistosen)(22) .

STRADIGRAFI MENDATAR

Bermaksud kajian yang dijumpai dalam lapisan yang sama. Prinsip Assiocian Finds atau kajian kumpulan sekutu apa yang dujumpai dalam satu lapisan yang sama adalah sezaman dengan syarat tidak ada gangguan dan ia bukanlah barang warisan. Di Kota Tampan, 12 jenis tanah telah diambil dari bahagian yang berbeza. Didapati contoh tanah adalah sama dengan abu gunung berapi di Tasik Danau Toba. Abu itu dipertarikhkan melalui kaedah Fission Track lebih kurang 31000 300 B.P(23) dan dianggarkan ianya 30 000 tahun dahulu.

DATA NEGATIF

Dimana tidak ada sesuatu di tapak itu. Ini penting sebab boleh memberi pentafsiaran yang baik bagi tapak itu. Contohnya di Muara Sungai Sawarak zaman proto sejarah, Tom Harrison telah menjumpai pusat perdangangan, banyak tembikar China di jumpai zaman Sung dan Yuan tetapi tidak dijumpai tembikar biru putih dari zaman ming. Berdasarkan ini maka penafsian yang dibuat ialah perdagangan maritim telah lenyap sebelum zaman Ming.

KESIMPULAN

Dalam arkeologi data-data yang disebutkan di atas tadi adalah amat penting penggunaannya kerana dengan cara inilah sesuatu data atau bahan-bahan tinggalan zaman dahulu akan dapat dikenal pasti sama ada ia sahih atau tidak dari segi kegunaannya dan sama ada ia berusia lebih tua atau tidak dan dengan ini kita akan dapat mengenalpasti sama ada data itu boleh digunakan sebagai bahan bersejarah atau hanya satu penipuan atau satu kesilapan pentafsiran bahan-bahan arkeologi. Dalam hal ini ketelitian amatlah penting. ]



18 comments:

PUTERI said...

Salam,

seorang saudara saya sudah membuat beberapa kajian mengenai Gua Bama di Kuala Lipis, dan menyatakan bahawa wujud satu kerajaan purba yang besar dan luas berpusat di sana. Sila berkunjung ke blog saya, http://rajaahmad.blogspot.com. Di sana ada sedikit sejarah mengenai keturunan kesulatanan johor riau yang bermastatutin di Kg Relong Kuala Lipis berhampiran Gua Bama tersebut.

OrgOrg said...

salam sangtawal

kurang bersetuju mengatakan kelantan terletak kunci kpd sejarah melayu dinusantara. kerana byk tempat mempunyai puzzle mengenai alam melayu

titik jawa? kalau titik jawa mengapa org2 kelantan tidak bersleng jawa spt mana org dijohor selangor perak? indonesia sekalipun

putrajaya adalah kaw. pentadbiran awal melayu purba dinusantara ini sblum berkembang keseluruh asia, TDM mendapat visi daripada seorg yg mampu ke "sumber utama" kerna TDM dikelilingi para Think Tank nya berkebolehan tinggi

pd pandangan hamba, kelatan mempunyai tempias dari kerajaan melayu funan ayutthaya

tidak kira srivijava majapahit melaka kota gelanggi johor riau itu semua adalah kerajaan melayu

jawa itu suku2 dari melayu itu sendiri dan bukan bangsa

-ed

Sangtawal Sakranta said...

salam Puteri,
Terima kasih atas komen dan info,
insyaAllah saya akan ziarah ke blog saudari.

Salam Oracle/ Ed,
Ya, saya juga tidak berapa setuju dengan Teori Titik Jawa itu, artikel yang saya siarkan itu adalah diambil dari blog Das Kelantanisch, itu pendapat tuan punya blog, bukan pendapat saya sendiri. Bagi saya, ia bermula lebih awal dari zaman majapahit atau Srivijaya.mungkin banyak lagi perkara atau kajian yang perlu dibuat oleh sarjana-sarjana sejarah tanahair.

kaji dulu kaitan antara Raja Langkasuka dan jawa bermula dari Hayam Wuruk.

Terima kasih atas komen dan info.

wassalam.

trew qaz said...

Salam tuk Tawal.

Masa yg Allah cipta ni memang ajaib noo..(kalau fikir ia ajaib le). Boleh jadi masa depan. Boleh jadi realtime. Dan tentu sekali jadi sejarah dan masa silam.

Para penjajah dan penjarah sejarah bangsa memang begitulah modus operandinya. Seberapa yg boleh, yg terdaya. Pun begitu, tentu itu bukan misi yg sempurna. Banyak jejak dan lompang yg ditinggalkan.

Bila Allah mengizinkan, jejak lompang itu timbul di sana sini.Masa pun diputar kembali.
Para pejuang kebenaran ada di setiap zaman. Menjejak petualang tanpa sempadan.

Ambilah balik apa yg dia org dah curi tu. Dlm bentuk aksara dan fakta pun tak pe. Yg penting piut tuk tawal dan tuk tuk yg lain ni faham sejarah bangsanya.

Makasih tuk tawal.

hijabul crewz said...

salam,

jika di dlm buku teks sjrh orng yg tinggl di gua cha dgambarkn sebagai tamadun primitif dn hanya mnjalankn aktiviti prdagangan dan erhubungan dgn kwsan brhampirannya sperti smennjung tnh melayu, siam, funan,china or kwsan asia tenggara sahaje...tetapi saudara menyatakan tamadun ini mungkin mmpunyai hubungan dgn krajaan NABI SULAIMAN..

adakah ini satu teori atau sudah ada beberapa petunjuk walaupun kurang jelas tentang perkara ini ???

cuba terangkan sedikit kepada saya yg baru nk belajar...hehe

wallahualam...

Unknown said...

terima kaseh Pak Tawal,menarik info-info sebegini...

telah banyak harta khazanah negara dilarikan mereka-mereka ini dan lebih banyak juga tentang khazanah yang tidak kita ketahui... Persoalannya,apa yang benar-benar mereka mahukan,ada sesuatu yang tersirat yang tidak dapat diandaikan dengan secara kasar,adakah semata-mata emas permata yang dicarikan?

Pak Tawal,kalau kita ingatkan kembali ttg batu bersurat Trengganu dulu pun pernah mereka hendak ambil sedangkan pada batu bersurat tertulis ttg hukum agama,mesti ada sesuatu juga ttg agama yang mereka mahukan dan tak mustahil juga ini angkara Illuminati seperti yang Pak Tawal sebutkan tu...

Islam Tanpa Sempadan said...

salam kepada sang tawal sakranta.

saya pohon utk copy artikel2 dari blog tuan kerana banyak yang menarik.

saya akan sertakan link dari blog tuan..


saya juga pohon tuan link blog saya di blog tuan.

terima kasih daun keladi, insyaALLAH saya pasti kembali.

Anonymous said...

Saudara,
Ilmu saudara tentang sejarah kelantan begitu kabur sekali saya bukan ingin memperkecilkannya tetapi memang orang kelantan tidak tahu akan sejarah dan asal-usul negeri mereka. Apa yang saudara paparkan dalam tulisan saudara tidak begitu fokus apa yang ingin saudara bangkitkan. Kalau dilihat pada tajuk saudara senang saja untuk menjawabnya tetapi saudara telah melerek kepada kronologi persejarahan kelantan yang mengelirukan orang membacanya. Biarlah saya menjawab terlebih dahulu kenapa tulang rangka manusia purba (prasejarah)yang dibawa ke London dan berada di University of Cambridge. Memang benar Sieveking telah membawa 10 kotak rangka orang purba (prasejarah)dari Gua Cha ke London tetapi disimpan atas koleksi peribadi beliau di rumahnya. Kemungkinan rangka-rangka ini tidak pernah dibuat kajian lanjut oleh Seiveking sehingga beliau meninggal dunia 2007. Isteri beliau Anne Sieveking telah menyerahkan 10 kotak rangka purba ini ke University of Cambridge di bawah MacDonald Institute of Archaeology. (dipendekkan cerita dari sinilah ia dibawa kembali ke Malaysia).

Berkaitan dengan sejarah awal kelantan yang saudara bentangkan ingin saya berkongsi maklumat. Memang benar kelantan merupakan kunci sejarah Melayu di Nusantara. Akan tetapi kurangnya penyelidikan
arkeologi di Kelantan(zaman Proto sejarah), maka ia tidak dapat dibuktikan kewujudan kerajaan awal sebelum Islam di Kelantan.

Dari sumber (Wikipedia), kerajaan awal Kelantan bermula dari Kerajaan Pan Pan pada abad ke 3 - 7 Masehi yang mungkin terletak di Gunung Cintawasa (Ulu Sungai Terung, Lebir). Sementara Kerajaan Tan-Tan ujud pada abad ke 6 Masehi yang mungkin terletak di
Ulu Sungai Besut.Tan-Tan merupakan sebuah pelabuhan entrepot kerana berhampiran dengan pantai dan kerajaan ini ada pertalian dengan kerajaan Pan-Pan. Kerajaan Pan-Pan diperintah oleh seorang Raja Brahmin memakai gelaran Warman dari keturunan raja Kalinga,(India kemudian Indonesia (Kerajaan Taruma Negara. Menurut sumber pada abad ke 3 berlaku perebutan kuasa di Kerajaan Funan. Seorang Brahmin dari Pan-Pan telah dihantar untuk memdamaikan kedua raja yang bertelingkah ini tetapi Brahmin berkenaan telah menisytiharkan diri menjadi sebagai raja. Setelah kedudukan kerajaan Funan kembali kukuh, rajanya telah menyerang kerajaan Pan-Pan. Raja Pan Pan bernama Gautama seorang Brahmin telah melarikan diri ke Ulu Kelantan (Sokor, Tanah Merah)dan mendirikan sebuah kerajaan bernama Chih tu atau Raktamttika (Saskrit) bermaksud tanah mereka. Saya tidak dapat meneruskan kedatangan Sriwijaya kerana tidak boleh diterima lagi kerana terlalu banyak patah perkatan. Sekian terima kasih. Jika tuan berminat boleh email ke mahfuz@warisan.gov.my

CicitPanglimahitam said...

asalamualaikum..

terima kasih kepada sangtawal kerana menyediakan sesuatu yang amat berguna untuk kita orang melayu islam khasnya.. perkongsian ilmu ini mudah-mudah dapat kita sama-sama realisasikan bangsa melayu islam yang bertamadun tinggi semula ..

pada saya semua kajian ini harus kita sama-sama bongkarkan pada umum, betapa besarnya khasanah kita pada mata golongan yahudi dan nasrani..sehingga merompak sejarah bangsa kita..
bangsa melayu..!!

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Trew qaz,
Terima kasih atas komen.
Saya amat merindui puisi perjuangan yang puitis dan menikam kalbu dari anda!teruskan penulisan anda!
Demi Pena dan apa yang dituliskan!

Hijabul Crewz,
Hutan Pahang adalah hutan tertua di dunia.itu kata kunci utama.Ingat tak apa tujuan Inggeris dibawah Hugh Clifford ingin menakluki Pahang? tidak lain dan tidak bukan kerana Pahang kaya dengan emas.Nabi Sulaiman juga pernah sampai ke Gunung Ledang! Mount Of Ophir! kenapa? pelik? tak perlu pelik, nabi Sulaiman boleh pergi kemana-mana sebab Allah telah menganugerahkannya satu kerajaan yang hebat, dan baginda boleh memerintah angin dan jin juga!

Zaim,
Terima kasih atas komen.
Ya,emas ,rempah ratus,kuasa dan tanah jajahan itu adalah sampingan saja! tujuan mereka yang paling utama ialah atas misi agama!
Mereka sebenarnya percaya Nabi Isa a.s akan turun di Land Of Promise!
itu juga sebabnya mengapa Sheikh Hussien Jamaluddin kubra datang ke Nusantara, membawa misi yang besar untuk mengislamkan Nusantara yang ketika itu dipengaruhi oleh Hindu dan Budha! sehingga kini barat masih tercari-cari siapa dan kemanakah Lost Tribe membawa diri!

Islam tanpa Sempadan,
terima kasih atas komen dan sokongan.
Silakan!!! :)

Anon/ ? mahfuz @ 2.06am,
Terima kasih atas komen,
sekadar mengambil sedikit komen anda :

[Ilmu saudara tentang sejarah kelantan begitu kabur sekali saya bukan ingin memperkecilkannya tetapi memang orang kelantan tidak tahu akan sejarah dan asal-usul negeri mereka. Apa yang saudara paparkan dalam tulisan saudara tidak begitu fokus apa yang ingin saudara bangkitkan]

Terkesima saya sekejap dengan komen anda! jika itu ditujukan kepada saya, saya akui, saya memang pun bukan ahli sejarah, apa lagi sarjana atau pakar, apa yang saya paparkan disini adalah untuk berkongsi dengan anda semua.

Namun ayat saudara yang menyatakan "memang orang Kelantan tidak tahu akan sejarah dan asal usul negeri mereka" itu amat tidak adil bagi orang lain atau pakar sejarah dari negeri Kelantan.

Saya bukanlah ingin sangat menaikkan nama negeri asal saya atau berbangga -bangga sangat dengan negeri ini, namun apa yang saya tulis itu lebih kepada pendapat peribadi saya.mungkin anda tersilap faham tentang artikel orang lain yang saya turut siarkan diatas(maklumlah sudah jam 2.06 pagi) waktu anda melontarkan komen anda itu.Oleh itu janganlah terus menuduh dan membuat persepsi yang melulu, bacalah isi kandungan blog ini dari awal hingga akhir sehingga ke artikel ke 147 diatas!

Diawal komen itu, saya amat mengkagumi anda TETAPI bila sampai ke ayat : dari sumber(Wikepedia) tentang sejarah Tan-Tan atau Pan-Pan... saya pun tersenyum dan mula mengenal sedikit diri anda, rupa-rupanya seperti saya juga,,, ingat nak buat keluar fakta dari sumber kajian ke, seminar ke, atau tesis PhD ke apa.... agar ia menjadi serasi dengan alamat e-mail anda WARISAN.GOV.MY tu.

apa pun , saya ucapkan berbanyak terima kasih atas komen dan info berguna dari WIKEPEDIA yang dikongsi bersama disini!

Satu lagi, cara seseorang itu menilai dan mengkaji sejarah tidak sama, apa lagi untuk mengkaji strategi atau sepak terajang Illuminati dan The hidden hand!

Pendapat Ulamak Sufi juga amat berbeza dengan pendapat ulama feqah! "nampak atau Tahu" mereka juga berbeza! jadi cerita dari siapak antara dua mereka yang lebih sahih dan dipercayai? (jangan silap faham pula- saya bukanlah ulamak dalam bidang keduanya :) )

Oh ya, awak orang negeri mana ye?

ada masa, nanti saya e-mail awak, sebab banyak benda sejarah termasuk senjata, dan manuskrip-manuskrip lama yang asli ditangan saya.

Cicit Panglima Hitam,
Terima kasih atas komen :)
selamat membaca.

Anonymous said...

Salam kepada sang tawal,

Apa yang saudara cuba utarakan di sini ada benarnya. Saya tidak menafikan seratus peratus apa yang saudara katakan kerana saya pernah mendengar kisah sebuah kerajaan Melayu yang berusia 1000 tahun yang terletak diantara Lenggong-Grik-Gua Musang-Hulu Kelantan dari seorang rakan baik yang profesionnya adalah pencari harta karun (ala Indiana Jones, kerana beliau tidak mempunyai lesen)
Menurut rakan saya ini, beliau telah beberapa kali ke tapak tersebut bagi mendapatkan artifak berharga. Beliau agak keberatan untuk menceritakan dengan terperinci mengenai khazanah, dan juga dari kerajaan mana artifak ini, kerana ianya adalah rahsia antara beliau dan juga pembeli yang sedia menawarkan jutaan ringgit. Menurut beliau juga pembeli adalah dari salah seorang "pembesar di nusantara, juga jutawan dunia" (tidak perlu saya nyatakan siapa jutawan ini, kerana kita sudah sedia maklum negaranya kaya dgn emas hitam). Rakan saya ini juga khabarnya sedang mencari sebuah mahkota permaisuri, yang di jaga oleh Penunggu harta karun tersebut, di mana satu peristiwa hampir-hampir meragut nyawanya.
Di sini bukan niat saya untuk menceritakan kisah "Indiana Jones Malaya" ini sebenarnya, yang saya ingin tekankan ialah, tatkala kita berdiskusi dan berdebat di blog, telah ada manusia-manusia lain yang telah mendahului kita dalam menjejaki khazanah warisan keagungan Kerajaan Melayu Purba. Tetapi malangnya, ia bukan dari saluran yang betul. Tidak adakah pengkaji sejarah, sejarawan, Arkib Negara yang punya inisiatif untuk mengkaji dan pergi terus ke tapak-tapak ini untuk menjejaki sejarah bangsa kita sendiri, atau jabatan ini wujud untuk tidur dan menerima apa sahaja yang di suapkan oleh penjajah.
Kenapa orang luar lebih mengetahui sejarah negara kita? Kenapa "pembesar" negara lain lebih mengetahui dan mempercayainya lebih dari bangsa kita sendiri? Semua ini satu persoalan yang memeningkan.

Kedah Cyber Syburi said...

Yang mulia sang tawal,

Boleh tuan huraikan kedudukan kota gelanggi dan kota gelangkew. Sebab pada telahan kami mungkin ia berada didalam tasik chini, Pahang.

Dan boleh tak tuan ceritakan tentang misteri Parit Siam dan daerah Kratong di Pahang.

Sekian wassalam.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Anon@9.46pm,
Terima kasih atas komen dan info menarik! ya, ramai yang tidak boleh percaya barang-barang purba yang asli selalu dibeli oleh raja Brunei dengan harga mencecah jutaan ringgit!
apa yang ada di muzium utk tatapan anak cucu kita itu kebanyakannya tidak asli dan replika saja!!! yang asli dan bermutu banyak yang sudah dibawa lari oleh penjajah!

Kedah cyber syburi,
terima kasih atas komen.
ya, tasik cini menyimpan satu rahsia besar!!! memang ada naga disitu, arwah guru pernah bertapa di situ dan pernah melihat seekor naga setinggi pokok kelapa dan kepalanya seperti kepala seekor ayam jantan!
Kota Gelanggi adalah khazanah paling misteri!!! kedudukannya yang sebenar sentiasa berubah-ubah!kota itu sehingga kini masih berpenghuni! hanya setakat itulah saja!

Tentang parit siam pula, maaf saya tak tahu cerita sebenarnya macammana!

wassalam.

Anonymous said...

salam tuan..saya ni peminat sejarah..bole email x kat saya bahan2 sejarah berserta senjata dan manuskrip2 asli...zul_363@yahoo.com.my

Anonymous said...

Assallamualaikum w.t.h.....
Tuan, sayo sebenarnya bukanlah seorang peminat sejarah pada awalnya. Tapi sejak kebelakangan ini saya begitu berminat untuk mengetahui tentang sejarah, ada sesuatu yang menyedarkan saya tentang kepentingan sejarah, terutamanya sejarah asal usul Melayu,lebih-lebih lagi tentang sejarah Kelantan. Sekiranya Tuan ada maklumat tentang:-
1- Kerajaan purba Kelantan iaitu kerajaan KALANTANA dan kerajaan sebelumnya.
2- Kerajaan Melayu yang pernah menakluki ¾ dunia...

Saya mintak sangat-sangat Tuan tolonglah emailkan kepada saya…..gaawwo@yahoo.co.uk….

Sekian terimakasih….(cari diri cari asal usul)

Hulubalang Kalathana said...

Salam Sahabat,

Guru hamba ada jugak bercerita ttg peti2 yang di bawa keluar dari Ulu Nenggiri, Hulu Kelantan pada tahun 50 an. Pihak British mengunakan khidmat 70 orang untuk mengandar peti2 ini ke jalan keretapi yang baru di bina selepas pendudukan Jepun. Guru hamba mula bekerja dengan keretapi pada awal pembinaannya di bawah kelolaan Ku Syed Akar dan pencen sebelum 1969 lagi. Cuma ada la di beritahu dalam peti itu mengandungi barang2 emas lama.

Unknown said...

Salam, Saya sungguh teruja bila baca artikel tuan.. saya mmg peminat sejarah, namun tidak berkesempatan untuk membuat kajian2.. Kalau saya kemana2 negara pon, samada atas urusan kerja ataupun melancong, tmpat yg saya mesti pergi adalah tempat bersejarah & library. walaupun dgn masa yg pendek, saya akan cuba utk dptkan sesuatu cerita sejarah disitu.

Saya heran, kenapa kita masih lg kurang pengetahuan & pengkaji2 sejarah negara kita.. kurangnya expose.. sedangkan org2 luar(terutama mat saleh) mmg ramai yg berpengetahuan ttg org kita. Saya faham, kemungkinan juga kurangnya sponsor/tajaan daripada pihak2 tertentu menyebabkan terbantutnya sesuatu aktiviti itu. Ada seorang kawan saya (Dulu Pelajar Akademi Pengajian Melayu UM) pernah bgtahu 1 benda yg membezakan org melayu dgn org putih iaitu org putih suka menulis & menjadikan ianya sejarah, tetapi org melayu lebih suka bercerita & berseloka serta memperbesar2kan kehebatan seseorang itu. Thats why la sukar kita menemui sejarah2 yg bertulis & kebanyakannya atas cerita2.

Seperti kisah2 hang Tuah & sahabat2 nya, Langkasuka, etc, kurangnya bukti utk kita menyatakan kebenaran sejarah nya. even kubur Hang Tuah pon ada banyak tempat.

By the way, saya suka penceritaan dari blog tuan ni. Sekurang2nya boleh membuka mata banyak pihak dlm memartabatkan sejarah negara kita. Saya harap adalah pengkaji2 & pembela2 org kita mahupun pihak kerajaan untuk terus membuat pengorbanan dlm mengekalkan hak sejarah Orang Kita.

Kina di bogor said...

awalnya saya ragu untuk megikuti pesugihan KI WARA atau bisa dibilang uang goib tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba dan setelah saya menghubungi KI WARA saya minta bantuan uang goib 500,jt sama beliau .dan itu benar-benar terbukti demi allah bahwa KI WARA bisa merubah kehidupan saya dalam sekejap awalnya saya sangat miskin makanpun susah ,alhamdulillah dengan bantuan beliau saya bisa merubah kehidupan saya jauh lebih baik daripada sebelumnya beliau membantu saya uang goib sebesar 500 juta .saya sangat berterimah kasih kepada KI WARA atas bantuan beliau ,dan saya menyapaikan kepada saudarah-saudarah yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WARA 085242894584 dan untuk lebih jelasnya silahkan.ATAU BUKA BLOK KI WARA DISINI