Sunday, January 17, 2010

Isu Kalimah Allah : Pejuang Kalimah Allah Terhebat



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Pejuang Kalimah Allah Terhebat !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Berat rasanya hati untuk menulis artikel lain di Blog ini selain dari terus mengulas isu Kalimah Allah ini.Mungkin pembaca sudah cemuh dengan artikel-artikel sebegini, namun bagi saya isu ini amat penting dan ia bukan perkara kecil.Oleh itu biarlah saya menulis setakat yang termampu berkaitan dengan isu ini.Semoga ada sedikit manfaatnya buat saya dan anda semua.

Lantas saya tercari-cari siapakah individu terhebat disepanjang sejarah islam untuk dijadikan idola atau contoh pejuang kalimah Allah terhebat di sepanjang zaman!

Untuk memenuhi ciri-ciri seorang pejuang hebat ini rasanya amatlah sukar . Sudah tentu dia adalah seorang yang begitu kental fizikal dan mentalnya dengan ujian , begitu tinggi nilai iman dan begitu teguh akidahnya kepada Allah swt, amat menyintai Rasulullah saw dengan sepenuh jiwa dan raganya, sanggup berjuang Fi sabilillah di jalan Allah menentang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Rasulnya , begitu harum namanya disepanjang sejarah dan menjadi sebutan manusia sepanjang zaman, Hatinya penuh dengan keikhlasan dan perwatakannya sungguh terpuji sehingga sebutan dan ucapannya berkumandang dilangit , dan ciri terakhir ialah beliau merupakan sahabat baik nabi dan telah dijamin oleh Rasulullah saw dengan syurga, malah sewaktu hayatnya lagi Rasulullah sudahpun mendengar derap kaki beliau didalam syurga!


Siapakah manusia hebat itu saudara ? Dia ialah Bilal Bin Rabah !


Bilal lahir di daerah Al-Sarah yang terletak dipinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum Hijrah.Ayahnya bernama Rabah dan ibunya bernama Hamamah, seoran wanita berkulit hitam.Sebab itulah Bilal selalu disebut dan diejek dengan gelaran Ibnus-Sauda’ yang bermaksud “Putera Wanita Hitam”. Ibu bapanya adalah hamba dan Bilal dilahirkan sebagai seorang hamba kepada keluarga Bani Abdul Dar.

Membaca dan menghayati kesedihan dari liku-liku kehidupan manusia hebat ini memberikan satu keinsafan dan semangat juang yang tersendiri buat saya.Cubalah anda semua membaca kisah hidupnya, sudah pasti dada anda sebak dan anda menangis sendirian! Betapa hebat dan besarnya ujian yang Allah swt berikan kepada manusia hebat ini menjadi pengajaran kepada seluruh insan di mukabumi ini.

Liku-liku pahit perjalannya hidupnya bermula bila kedua ibu bapanya yang berpindah dari Habsyah untuk mencari penghidupan baru di Kota mekah dirompak di pertengahan jalan, ditangkap dan ditawan, seterusnya dijual di pasar Ukaz, lalu dibeli oleh keluarga Bani Abdul Dar.

Kedua ibu bapanya dipaksa bekerja siang dan malam dan dilayan dengan kejam oleh tuannya.Mereka tidak diberi makan dan rehat yang cukup. Pernah suatu hari abang kepada Bilal menangis kerana terlalu lapar, lalu ibunya mengambil sekeping sisa roti dari rumah tuannya, namun bila ternampak oleh tuannya, ibu Bilal di pukul dan roti tersebut disentap dari tangan abangnya lalu dilemparkan kepada seekor anjing, bagi tuannya Bilal dan keluarganya lebih hina dan jijik dari seekor anjing.

Bila abangnya Sahib dan Bilal meningkat remaja, abangnya telah dijual sebagai hamba di yaman, namun nasib abangnya agak baik kerana dia telah dibeli oleh sepasang suami isteri yang kaya tetapi tidak mempunyai anak, lalu dijadikannya Sahib anak angkat mereka.

Ibunya meninggalkan dunia akibat kerinduan yang teramat sangat kerana berpisah dengan anaknya Sahib dan akibat selalu dipukul dengan teruk oleh tuannya.Selepas ibunya meninggal, ayahnya pula turut meninggal dunia kerana sakit tenat.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Bilal diserahkan kepada tuan yang baru, iaitu Umaiyah Bin khalaf.Walaupun Bilal seorang hamba yang rajin, jujur dan amat mematuhi suruhan tuannya, tetapi bila Umaiyah mendapat tahu Bilal telah memeluk islam, dia mula menyiksa Bilal tanpa belas kasihan supaya Bilal kembali ke agama asal mereka. Bilal enggan tunduk dan mengikut kemahuan tuannya kerana hatinya telah diserikan oleh bunga-bunga iman. Dia beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad saw.Bagi dirinya dunia dan segala isinya sudah tidak bererti lagi jika dibandingkan dengan nikmat islam dan manisnya iman yang dikecapi dalam hatinya.

Pada mulanya, Bilal dipukul, kemudian dia diarak keliling Kota Mekah. Selepas itu Bilal dijemur di atas pasir ditengah panasnya bahang matahari, dia diseksa dan tidak diberikan makanan dan minuman. Ketika matahari berada tegak diatas kepala dan padang pasir panas membara, Bilal dipakaikan baju besi dan dijemur. Tubuh Bilal disebat dengan cemeti dan dadanya ditindih dengan batu besar. Sudah berbagai bentuk penyeksaan dan taktik yang dilakukan oleh Umaiyah kepada Bilal, namun keimanan Bilal tidak pernah luntur malah lebih menghairankan Umaiyah ialah keimanan Bilal makin bertambah.

Bila Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama Tuhan mereka al-Latta dan al-Uzza, Bila tetap dengan iman dan takwanya mempertahankan dan menyebut kalimah “Allah, Allah, Allah,…. Ahad, Ahad, Ahad ..”

Berita penyeksaan yang begitu kejam itu akhirnya sampai kepada pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq, lalu Abu Bakar pun pergilah menemui menemui Umaiyah untuk membeli dan menebus Bilal tanpa tawar menawar dengan harga 9 uqiyah emas. Umaiyah berkata, jika Abu Bakar meminta untuk dikurangkan harga Bilal kepada 1 uqiyah emas pun dia sanggup menjualnya, lalu Abu Bakar berkata lagi, jika Umaiyah meletakkan harga Bilal sehingga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya. Abu Bakar pun mengambil Bilal lalu memerdekakannya! Bagi Abu Bakarr, Bilal adalah seorang manusia hebat dan kukuh imannya. Bila kisah ini diceritakan oleh Abu Bakar kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah saw pun terus menyampaikan hasratnya untuk berkongsi wang tebusan Bilal tetapi Abu Bakar mengatakan bahawa dia telah menyelesaikan bayaran itu dengan menggunakan wangnya sendiri! Inilah kisah pengorbanan , kasih sayang, perpaduan, persaudaraan dan permuafakatan yang indah dizaman rasulullah saw!

Dari seorang hamba abdi, Bilal diangkat darjatnya disisi Allah berkat kesabaran dan kegigihannya mempertahankan kalimah Allah, kalimah iman yang amat disayangainya.Dia dilantik menjadi tukang azan Rasulullah saw sehingga laungan azannya bergema 5 kali sehari diseluruh penjuru Kota Mekah dan Madinah malah melepasi langit yang 7 lalu bergema di Arasyh Rabbul Jalil.Seluruh para malaikat di langit menanti-nantikan suara Bilal melaungkan azan setiap hari.Ada satu cerita seorang yang dengki dan irihati dengan Bilal telah membodek rasulullah saw untuk menggantikan Bilal untuk melaungkan azan, tetapi malangnya azan itu dilaungkan secara tidak ikhlas sehingga suara azan tidak bergema seperti selalu dilaungkan oleh Bilal di langit lalu malaikat pun bertanya kepada Rasulullah tentang hal itu.

Bilal menyertai semua peperangan dijalan Allah di zaman Nabi Muhammad saw. Kewafatan Nabi saw, memberikan kesan yang cukup mendalam bagi Bilal, betapa sayangnya Bilal pada Rasulullah saw tidak dapat digambarkan dengan kata-kata! Sehinggakan Bilal tidak mampu melaungkan azan lagi, kerana bila tiba pada perkataan Muhammad itu, hatinya terus sebak dan air matanya terus mengalir! Selepas itu Bilal tidak mahu lagi menjadi bilal walaupun puas dipujuk oleh sahabat-sahabat Nabi saw, bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak mampu!!!

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Bilal memohon untuk pergi berperang, tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar dengan alasan beliau masih memerlukan khidmat Bilal di Madinah. Mungkin Abu Bakar sudah dapat membaca isi hati Bilal yang sangat merindui mati syahid untuk bertemu dengan orang yang sangat dicintainya iaitu Muhammad saw! Ini adalah kerana kewafatan baginda merupakan satu kehilangan yang besar bagi Bilal.

Sekali lagi pada zaman Khalifah Umar, Bilal memohon untuk menyertai angkatan perang islam menentang tentera Rom lalu diizinkan Saidina Umar. Kesempatan itu digunakan oleh Bilal secukupnya , beliau telah membawa isterinya turut sama berperang bersama tentera islam sehingga berjaya menakluki Baitulmuqaddis! Namun apa yang diharapkan Bilal tidak dimakbulkan Tuhan lagi.

Dia berpindah dari Mekah ke Madinah dan orang ramai sentiasa memujuk dan menyuruhnya menjadi tukang azan , namun beliau menolak dengan baik. Saidina Umar dan Saidina Ali juga pernah memujuk Bilal, tetapi Bilal tetap menolak.

Kata Saidina Umar :

“ Bilal, adakah kamu seorang saja yang merasa sedih dengan kehilangan Rasulullah saw? Air mata saya juga sudah kering kerana menangis! Jika boleh, saya mahu serahkan nyawa saya ini sebagi gantinya” , lalu jawab Bilal :

“Wahai Amirul mukminin, kesedihan saya melebihi kesedihan tuan.Tuan lahir sebagai seorang yang merdeka.Berbanding saya seorang hamba. Tuan tidak pernah merasai bagaimana gembiranya seorang hamba apabila dimerdekakan. Sesungguhnya Rasulullah saw membebaskan kami dari perhambaan. Dia memuliakan saya ketika orang lain menghina saya. Kemudian Rasulullah melantik saya sebagai tukang azan. Rasulullah juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu saya di dalam syurga” kata Bilal dengan nada yang sedih dan hiba.

Selepas itu Bilal berpindah ke Syam , penduduk Syam juga meminta beliau menjadi tukang azan tetapi Bilal menolak lalu mereka pun memulaukan Bilal.Akhirnya Bilal membawa isterinya berpindah ke Damsyik setelah penduduk Syam memarahinya.Bila akhirnya wafat pada tahun 20 Hijrah / 641 Masehi di Damsyik dan dikebumikan di Damsyik ketika berumur 63 tahun .

Itulah serba sedikit kisah hidup Bilal dan bagi saya beliau adalah pejuang islam yang tulen dalam menegakkan kalimah Allah swt di muka bumi ini!

Bagaimana pula dengan kita? Bilal seorang hamba abdi, baru memeluk islam, diseksa dengan pelbagai jenis seksaan tetapi mulutnya tidak henti-henti menyebut “ Allah, Allah, Allah…”. Dia mempertahankan kalimah tersebut dan telah merelakan dirinya diseksa dengan kejam oleh tuannya yang mahukan dia menyebut al-Latta dan al-Uzza . Bagaimana pula dengan kita? Kita seorang muslim, malah kita dilahirkan dalam sebuah keluarga yang merdeka, keluarga yang senang lenang dibumi jawi yang aman makmur, tidak seperti Bilal. Kita dilahirkan dan mata kita celik dalam sebuah keluarga islam, malah kita banyak mempelajari agama islam secara ilmiah sehingga kita telah berjaya memegang ijazah dalam bidang agama ataupun lebih hebat lagi kita berjaya ke tahap PHD dan berjaya digelar Doktor Falsafah, tapi malangnya kita telah gunakan ilmu dan kebolehan kita untuk menyokong orang-orang kafir mahukan Kalimah Allah digunakan dalam agama mereka. Mengapa sampai jadi begini saudara? Apakah iman dan ilmu kita melebihi Bilal Bin Rabah??? Kalau tidak, mengapa tidak mengikuti saja contoh Bilal ini?

Terdetik juga di hati, mengapa pihak mereka hanya mahu memiliki dan menggunakan kalimah Allah saja, tetapi tidak mahu masuk atau memeluk agama yang diredhai oleh Si Empunya Kalimah Teragung itu? Allah swt.

Atau mungkinkah masanya sudah semakin hampir untuk Nabi Isa a.s sendiri ‘turun’ untuk membetulkan keadaan dan kekeliruan dalam ajaran agama Kristian itu sendiri?

Mungkin ramai di antara kita atau mungkin dikalangan orang-orang Kristian sendiri yang masih kabur dengan sejarah bermulanya Ajaran Trinity dalam ajaran Kristian yang direkacipta oleh manusia selepas 3 abad peninggalan Nabi Isa a.s !

Rasanya eloklah saya siarkan satu artikel menarik yang dipetik dari Blog Mistisfiles untuk dikongsi bersama. Sila baca artikel dibawah dengan teliti dan sedarlah, berfikirlah dengan matang dan rasional. Semoga kita juga tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang bersekongkol melakukan kesesatan kerana Agama Kristian itu sendiri mempunyai rahsianya yang tersendiri.Sila baca artikel dibawah untuk mengetahui rahsia yang tersembunyi itu!

Wassalam.




Artikel pilihan 1

Tajuk : Rahsia Yang Harus Disimpan Selamanya.

Sumber : Klik Sini

[ http://mistisfiles.blogspot.com/2009/06/rahsia-yang-harus-disimpan-selamanya.html ]


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"

(Mark 12:29)


[ Jika kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada zaman-zaman awal,kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian,sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas persoalan, siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau bawa.Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus berkata dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias sampaikan para muridnya pun sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang patut disembah.Akhirnya Jesus sendiri yang disembah oleh orang Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada Jesus itu sendiri.Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai Tuhan.

Persoalannya adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan meminta para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan??SEkiranya mereka mengatakan bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut Tuhan Bapa ini dinamakan Allah,mengapa orang-orang Kristian ini tidak menjadikan Tuhan Bapa ini sembahan mereka sahaja?Sudah tentu Tuhan Bapa lebih kuat dan berkuasa dari Tuhan Anak (Jesus).Mengapa perlu ada Tuhan Anak?Tidak bergaduhkah anak dan bapa dalam urusan mentadbir alam semesta ini??Jika ini berlaku maka derhakalah si anak itu mengaku dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.

Sebenarnya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum dalam Triniti.Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan yang menjadikan sekalian alam,Tuhan yang mengutuskan Adam, Idris (Enoch), Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), Sulaiman (Solomon), Zulkifli (Ezekiel), Yahya (John The Baptist) dan Muhammad sendiri. Sekiranya di dalam Bible tidak ada pernyataan Jesus berdialog dengan Tuhan seperti di bawah:


“For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me”

(John 17:8)

Terjemahan:

"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku"

Maka sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil ini menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang disembah melainkan Jesus Christ.Tetapi disebabkan terdapat oknum lain yang disembah oleh Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang cerita tentang Triniti.Cerita tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta Roh Kudus.INILAH DIA KUNCI YANG SALAH YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).

Ayat di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan (the words which thou gavest me),Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came out from thee) dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed that thou didst send me),tetapi yang peliknya mengapa Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa (Allah)?

Adakah ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat berkuasa??Mengapa dia merintih sendiri??Mengapa Tuhan meninggalkan dia??Mengapa 'Tuhan' menangis bersungguh-sungguh di tiang salib??

”And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me?”
(Matthews 27:46)

"Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?"


Sukar hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini sendiri.Begitu keliru. Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain??JIka yang disalib itu Tuhan yang menyerupai manusia,mengapa dia menangis dan menyeru Tuhan lain dalam dirinya.Semacam terdapat 'split personality' di dalam dirinya.Terdapat masalah psikologi atau 'jiwa kacau' ketika 'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu.Ketika dalam keadaan amat sakit dan tersiksa,barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang lebih hebat dari dia,yang tidak membantu dia,membiarkan dia terpaku menderita.


"...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."

Terdapat misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud sebenar ayat ini.Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus,mengapa tidak mencari Tuhan tersebut.Hebatkah Tuhan itu,sampaikan Jesus menyeru memanggil Dia?JIka dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan Anak,mengapa Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa,seolah-olah Tuhan Bapa berada jauh darinya??

Inilah misteri dalam akidah Kristian.Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka telah tersilap memilih Tuhan.Ini menunjukkan orang-orang Kristian sebahagian besar memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh Bible.Persoalan siapakah Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka sendiri yang korup dan pembohong.Paderi mereka yang menentukan dan memberitahu mereka siapa Tuhan walaupun di dalam kitab mereka sendiri sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!


"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.."

(Deuteronomy 6:4)


ISI KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang mengubah,mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka hati.Katakanlah para penginjil (Evangelist) seperti Luke,Mark,John dan Matthews jujur menulis mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih tua,atau pun mereka menulis apa yang Hawariy (apostles) sampaikan,mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible??Mengapa di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu mempertuhankan Jesus??Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat Kristian??

Semua misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja.Sejarah pertentangan antara Arianus dan Anthanasius.Pertentangan antara Barnabas,Paulus (Paul) dan Peter.Persidangan Nicea dan persidangan-persidangan yang lain.Mazhab Pauline dan kewujudan Triniti.Unitarian dan Trinitarian.

Sejarah akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap,telah mengambil kunci yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat beratus-ratus tahun!!


"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

(AlFatihah ayat 6-7)


Sejarah Gereja :

"Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM"

(Deuteronomy 4:35)


Terbentuknya Gereja adalah sinonim dengan Katolik, sedangkan gereja dalam kejayaannya cenderung seperti diktator dan penentu segala keputusan, hukum-hukum maupun fahaman-fahaman karut yang berakhir dengan berbagai penyimpangan dan pembohongan, para reformer hanya sekadar memprotes segala tindak tanduk penyimpangan Gereja dan sedikit merubah dari faham-faham hasil keputusan Gereja, padahal sudah jelas bahawa akibat terlalu banyak bersandar kepada keyakinan petunjuk Roh Kudus yang datang dengan sendirinya(Dan bukan berdasarkan petunjuk/hukum agama yang sudah ditetapkan) maka kuasa roh jahat (syaitan) pasti akan memimpin, tidak peduli orang suci sebagaimanapun dia.

Bagaimana kita dapat mempercayai suatu agama yang berkembang 3 abad setelah kenabian Isa? Dari segi geografi saja sudah dapat membuktikan kelemahannya. Bagaimana mungkin Nabi Isa yang berlokasi di Timur Tengah namun ajarannya berkembang dari Eropah (Rom, Itali)? Belum lagi dari segi nama yang bermula Isa (dalam bahasa Aramaik disebut Eshoa) menjadi Jesus, Yahya menjadi Yohanes dan lain-lain. Termasuk nama pendiri agama Kristen sendiri yang berawal Saul menjadi Paulus?

Ajaran Paulus yang banyak mengandung mitos-mitos Yunani (Greek) ini ternyata banyak sekali mendapat dukungan, dari orang-orang sekitar Mediterranean, Laut Tengah.

Ia antaranya didukung oleh Ireneus (150 - 202 M), Tertulianus (155 - 220 M) Origens (185 - 254 M) dan Anthanasius, yaitu bapa yang melahirkan Triniti yang hidup sekitar tahun 298 - 377 M, yang ikut mempelopori fahaman Triniti dalam Persidangan Nicea tahun 325 M.

Di belakang Anthanasius berdiri pula Santo Agustinus (354 - 430) dan Gregoryus Nyssa (335 - 394 M). Mereka, pendukung-pendukungnya ini berbincang, berfikir dan berunding, bagaimana memecahkan persoalan Tuhan itu tiga tetapi satu.

Maka tidaklah hairan, bila kemudian terdengarkan adanya persidangan-persidangan seperti Persidangan Nicea, Persidangan Epesus, Persidangan Alexandria danm lain-lain, dimana pada tiap-tiap persidangan akan lahir pula suatu "perkembangan baru dari Tuhan," seperti penghapusan Injil-injil yang asli, pelarangan paderi-paderinya berkahwin dan seterusnya.

Dalam zaman seperti yang disebutkan, tidak pula seluruh orang menerima ajaran gila Paulus ini, sebab pada waktu itu lahir pula golongan-golongan Nestorius (388-440 M) dan Arius (270-350 M).

Kedua golongan ini terkenal gigihnya menentang ajaran Paulus, sambil tetap berkeyakinan bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa, dan pertentangan mereka inilah yang akhirnya menimbulkan perburuan manusia yang tiada taranya, dimana lawan-lawan ideologinya dibunuh dengan dibakar hidup-hidup, diadu dengan singa, diseret oleh kuda ataupun dihukum pijak oleh gajah.

Pemerintah Rom melihat adanya suatu kekecohan didalam negerinya, tidaklah tinggal diam. Kekecohan-kekecohan agama ini bila dibiarkan, kemungkinan besar akan menimbulkan suatu hal-hal yang lebih besar dan berbahaya pula. Itulah sebabnya maka pada tahun 326 M, Emperor Konstantin yang Agung segera mengadakan musyawarah atau persidangan dikota Nicea, dimana golongan-golongan Tertulianus, Origenes, Anthanasius dipertemukan dengan golongan Nestorius, Arius serta kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Gagasan pertama emperor mungkin kurang diambil berat oleh umat Nasrani, maka dari undangan yang datang ternyata tidak sampai setengahnya.

Didalam perdebatan itu, mereka terpecah dua, iaitu golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai manusia, dan golongan-golongan yang mempertahankan Jesus sebagai Tuhan.

Berhubung tidak adanya kata sepakat, maka emperor mengambil keputusan (dekrit?) bahwa Jesus adalah Tuhan dan manusia, atau setengah Tuhan dan setengah manusia. Gagasan ini diterima hanya dengan 2 suara, sedang penolaknya 10 suara. Berhubung yang 2 suara ini lebih dekat dengan selera emperor, maka sejarah kemudian mencatat yang 2 suara inilah yang menang, yaitu mereka yang menerima gagasan Tuhan manusia terhadap diri Jesus. Emperor kemudiannya mengadakan suatu keputusan umum bahwa semua orang harus menerima gagasannya itu.


Apa yang berlaku sebenarnya di Persidangan Nicea?

Pada abad ini pertikaian faham sangat sengit membakar Gereja. Arius, biskup dari Alexandria, menolak ketuhanan Jesus yang menimbulkan kemarahan sebagian besar orang-orang Kristian. Akhirnya Emperor Konstantine menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi. 1800 orang yang diundang untuk hadir dalam persidangan ini terdiri daripada 1000 orang yang berasal dari Gereja Timur dan 800 dari Gereja Barat. 22 orang rombongan Arius yang dipimpin oleh Eusebius of Nicomedia, semuanya diusir dari forum.

Sehingga secara keseluruhan Konstantine telah mengusir keluar sekitar 1482 biskup dan hanya 318 yang diizinkan mengikuti hingga akhir. ( Dr. Henery Stbble, An Account of the Rise and Progress of Mohametanism, 1954, hal.44-45, Holy Blood Holy Grail hal.692, Arana-"Holocaust Theology" ).

Dari 318 suara tersebut hanya 2 suara yang mendukung Arius. Persidangan pertama yang dilaksanakan pada tarikh 20 Mei sampai 25 Jun diakhiri dengan ketukan palu yang mengesahkan Mysterious Credo, yang juga dikenal sebagai Sumpah Nicea (Nicea Credo). Sumpah Nicea yang sekarang bukanlah rumusan yang disepakati pada persidangan Nicea dulu, tetapi sudah diperluas dan diubahsuai. ( Prof. Percy Gardner, English Modernism,-Apendiks I, hal.223 ).

Yang paling penting dari semuanya, keputusan Persidangan Nicea diambil dengan cara pengambilan suara, bahwa Jesus seorang Tuhan bukan sekadar nabi yang boleh wafat. (Holy Blood Holy Grail, hal.472) Persidangan Nicea menjatuhkan hukuman pemulauan ke atas Arius (yang bertegas bahawa Jesus sekadar manusia) dan bskup lainnya yang ikut dalam persidangan tetapi menolak doktrin Triniti. Tulisan-tulisan Arius dibakar dan akan memasukkan ke penjara bagi siapa saja yang ditemui memiliki tulisannya. (Edward Gibbon, Decline and Fall of Roman Empire, vol.2, hal.693).

Pada persidangan tersebut Jesus dinyatakan sebagai, "Tuhan dari segala Tuhan, Cahaya dari segala Cahaya, Maha Tuhan dari segala Maha Tuhan". (Hasting's Encyclopedia of Etnics & Religion, vol.4, hal.239).

Lingkaran terpelajar masih berada di pihak Arius dan mereka telah dikekang dengan tangan besi. Dimasa itu populariti Arius mencapai puncaknya, yang dibuktikan oleh Santo Jerome sebagai berikut :

"Seluruh dunia merasa dan terhairan-hairan menemukan dirinya sebagai penganut Arius". (Wilfred W.Briggs, Introduction to the History of the Christian Church, hal.49)

Will Durant menulis :

"Perdebatan sengit tentang doktrin Triniti yang diperkenalkan oleh Athanasius tidak pernah berakhir dengan adanya persidangan Nicea. Beberapa biskup masih berpihak pada Arius"

Kelompok gereja yang masih setia kepada Sumpah Nicea disingkirkan dari Gereja; kadang kala disingkirkan oleh kekerasan penganut Triniti; setengah abad Gereja mengikuti ajaran Arius dan meninggalkan ketuhanan Jesus. Setiap bskup memiliki bukti-bukti bertulis yang mendukungnya. Pertikaian antara dua golongan ini pecah menjadi kerusuhan berdarah, dan banyak yang terbunuh. (Will Durant, Age of Faith) Pemandangan dari kekerasan yang mengerikan dan pertempuran yang menelan ribuan jiwa, merupakan perkara yang biasa selama era ini.

Alexandria (Iskandariah), daerah tempat tinggal Arius, menjadi ladang pertikaian yang paling ganas. Gibbon mencatat, satu insiden kekerasan menelan korban "tiga ratus lima puluh jiwa". Mengenai kekejaman Gereja dalam masalah ini dibahas lengkap dalam buku Edward Gibbon (pasal 21). Dimasa pemerintahan Konstantin, merupakan era emas bagi Kristian kerana mendapatkan kitab suci Bible yang standard. Itu pun tidak mampu dikerjakan tanpa kontroversi yang dahsyat melalui persidangan-persidangan Gereja. Sebagaimana dicatat oleh Marjorie Bowen : "Kitab-kitab injil harus diubahsuai beberapa kali sebelum diterima, orang-orang yang dianggap sesat harus dihadapi, serta menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi dan di Konstantinopel tahun 381 Masehi untuk merumuskan dogma dan keimanan agama Kristian." (Marjorie Bowen, The Church and Social Progress, hal.4-5)


Persidangan Constatinople, Tahun 381

Theodosius I menyelenggarakan Persidangan Konstantinopel untuk membahas lebih jauh tentang ketuhanan Jesus. Persidangan ini berakhir dengan memberi penegasan pada Sumpah Nicea. Pada Persidangan Ephesus, Tahun 431, persidangan ini diselenggarakan untuk membahas pertanyaan apakah Maryam (Ibu Jesus) manusia asli atau termasuk Tuhan.

Pembahasan ini diadakan kerana aliran Maronite menyembah Maryam (Madonna-Virgin Mary) sebagai "Ibu Tuhan" dan memasukkannya sebagai salah satu oknum Triniti pengganti "roh suci". Persidangan ini mengutuk penyembahan terhadap Maryam. Pada Persidangan Chalsedon, Tahun 451, telah membahaskan tentang teori Dua Kudrat Jesus. Persidangan Konstantinopel, Tahun 553 pula diselenggarakan untuk memecahkan teka-teki kudrat Jesus tersebut. Persidangan ini didominasi oleh biskup-biskup Gereja Timur, Gereja Barat menolak semua keputusan dari persidangan ini. Pada abad ini diputuskannya tentang Natal (Krismas) pada 25 Disember oleh Dionysius Exiguus, mengadaptasikan hari kelahiran anak dewa Matahari yang lahir pada hari Minggu, 25 Disember. Pada akhir abad ke-6 lahirlah Islam.

Kristian telah menyimpang demikian jauh dari ajaran aslinya (ajaran Jesus) bahkan Gereja Barat lebih banyak menyerap agama Pagan. Kristian mengalami kerosakan hingga akarnya. Ketegangan antara Gereja Timur dan Gereja Barat berangsur-angsur melemah. Gereja Timur hanya memiliki sedikit pengikut, sebagai akibat ribuan pemeluk Kristian beralih ke agama Islam. Dan hampir semua wilayah Mediterranian berada dibawah pengaruh Islam.

"Mungkin karena pengaruh secara tidak langsung dari agama baru Islam yang anti-musyrik, pada abad ke-8, tentara Emperor Isauria... menemukan sesuatu yang tidak disukainya pada peribadatan yang sudah lama berlaku dalam dunia Kristian yang berbau politeisme." (J.M Robertson, A Short History of Freethought, vol.1, hal.277).

Selanjutnya untuk pertama kali dalam sejarah Kristian pada tahun 723 tradisi Pagan dalam tata cara kebaktian agama Kristian dilarang oleh Emperor Leo melalui pengumuman, dan dia lebih condong pada ajaran monotheistik Islam. Bagaimanapun, larangan ini dicabut pada tahun 787 oleh persidangan ke-II di Nicea. (The Invacation of Saints and Adoration of Images, oleh Rev. W.P. Hares, hal 10-11).

Pemilihan Kitab Injil disebarkan dari mulut ke mulut sehingga tradisi oral ini menghasilkan laporan yang berlainan satu dengan lain terhadap perkataan dan perbuatan Jesus. Ketika mereka berusaha mendokumentasikannya maka bertambahlah perbezaan-perbezaan akibat variasi verbal. Sarjana-sarjana Kristian mengakui fakta sejarah bahwa pada terdapat juga sejumlah Injil-injil yang lain, dan masing-masing gereja mempunyai versinya sendiri.

Sebagian sarjana mempercayai bahwa jumlah Injil-Injil tersebut mencapai 300 Injil (Holy Blood Holy Grail, hal.692). Tapi bagaimana yang yang terpilih hanya 4 saja ? Keempat Injil tersebut (Matius, Markus, Lukas & Yohanes) dipilih pada saat Persidangan Nicea 325 Masehi. Persidangan yang memperkenalkan konsep Triniti untuk pertama kali. Sehingga pemilihan ke-4 Injil tersebut adalah penyesuaian terhadap sumpah yang dipaksakan. Maka semua Injil yang menceritakan tentang kemanusiaan Jesus harus di hancurkan.

Teknik pemilihan Injil-Injil tersebut adalah, semua naskah Injil yang berbeza-beza diletakkan dibawah sebuah meja di ruang persidangan. Setiap orang diminta meninggalkan ruangan tersebut dan pintunya dikunci. Semua biskup diminta untuk berdoa sepanjang malam supaya versi Kitab yang benar akan berada di atas meja tersebut. Pada keesokan paginya, ke-4 Injil, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes dengan "ajaib"nya telah berada diatas meja dengan rapi, sisanya berserakan dibawah meja. Sehingga diputuskan semua yang terletak dibawah meja haruslah dibakar. (Sex in the Bible, Wahyudi).

Pemilihan Bible bukan dibuat dengan akal yang sihat dan ilmu pengetahuan tetapi dengan penuh pembohongan dan silap mata.

Maka mulailah disini pembunuhan manusia besar-besaran, dimana siapa saja yang menolak ajaran Jesus Tuhan dan manusia dibunuh dengan bermacam-macam cara yang keji.Sebelum ini golongan Nasrani diburu dan dibunuh,kini golongan yang sama juga diburu dan dibunuh. Persidangan Nicea ini rupa-rupanya belumlah dapat menampung segala aspirasi umat. Maka mereka kemudian mengadakan persidangan kedua dikota Konstantinople (kini Istanbul) pada tahun 381 M, yang memutuskan lagi bahawa Anak adalah Homo Osius dengan Bapa (Creator).

Didalam persidangan kedua ini pula mereka menambahkan entiti Rohulkudus sebagai oknum ke-III dari Allah, sehingga lengkap lahirlah Tuhan Allah Bapa, dan Anak serta Rohulkudus. Didalam tahun-tahun inilah kemungkinan besar orang mulai menambah-nambah Injil Matius dengan tulisan: Pergilah keseluruh dunia baptiskanlah seluruh bangsa dengan nama Bapa, dan Anak dan Rohulkudus (Matius 28:10).

Persidangan ke-III diadakan dikota Ephesus tahun 439 M, didalam persidangan inilah dikeluarkan perintah untuk mengutuk ajaran-ajaran Nestorian dan Arianisme yang bidaah itu. Merekapun mengeluarkan pernyataan perang terhadap Injil, dimana seluruh Injil-injil yang asli dimusnahkan atau dituduh 'gnostik' atau 'apochrypha'. Sebagaimana kita mengetahui, semasa Jesus hidup beliau mempunyai pula pengikut-pengikut, yang kian kemari menuliskan khutbah-khutbah dan ajaran-ajarannya sebab pada zaman itu memang alphabet Aramaik (huruf-huruf) telah ditemukan. Murid-murid Jesus ada 70 orang. diantaranya 12 yang disebutkan namanya didalam Injil. Dari catatan-catatan murid-murid Jesus ini, kemudian hari kita kenal telah dibukukan dengan nama Injil, yang dinamai oleh masing-masing penulisnya seperti: (1) Injil Markion, (2) Injil Mesir, (3) Injil Eva, (4) Injil Yudas, (5) Injil Nicodemus, (6) Injil Thomas, (7) Injil Barnaba, (8) Injil Matius, (9) Injil Yosepus, (10) Injil Duabelas, (11) Injil Kebenaran, (12) Injil Maria, (13) Injil Jesus, (14) Injil Andreas, (15) Injil Pilipias, dan lain-lainnya

Tahun 306 M merupakan tahun keemasan dalam sejarah gereja. Pada waktu itu Konstantin I memegang tampuk pemerintahan Emperor Rom. Kemudian dia menganut agama Masehi dan menjadikannya sebagai agama rasmi negara, dengan demikian tergenggamlah kekuasaan agama dan dunia dalam satu waktu, sehingga menjadikan pemerintahan Rom sebagai pemerintahan suci. Pada waktu itu, urusan Gereja diserahkan kepada lima orang pastor besar yang dinamakan Patriarch atau Paus-paus. Mereka bekerja di bawah pemerintahan pastor-pastor kecil lainnya.

Orang pertama yang menyusun dengan rapi sistem kepausan dan ikut mendukungnya adalah Gregory I (540-609 M). Ketika pengaruh gereja makin luas, Paus diangkat sebagai sumber kekuasaan agama dan dunia, dan menerima kekuasaan tidak terbatas. Melanggar titah dan perintahnya adalah dosa besar (diktator). Ia mempunyai hak dalam menyusun undang-undang, para emperor tidak memiliki jalan lain, selain takluk dan tunduk kepadanya. Semua orang tunduk dalam masalah agama dan dunia kepada lapisan pastor dan susunan kepegawaian. Mereka seperti bentuk sebuah piramid dan Paus berada di puncaknya. Peristiwa ini terjadi hingga sampai menimbulkan pertentangan antara PAUS & ILMUWAN.

Terhadap peristiwa ini, Paus bukannya mengambil hikmah dan manfaat terhadap Ilmu Pengetahuan dalam mengatur peraturan dan pengurusan kehidupan manusia dan alam semesta, tetapi beliau menangkap semua orang yang berbicara tentang sistem ilmu tersebut karena dianggap bertentangan dengan faham agama yang yang tidak boleh dibantah. Paus menghukum orang-orang yang dicurigainya itu dengan sadis, buas dan ganas. Paus mengadakan pengadilan (Mahkamah Inquisition) (tahun 1478 M) untuk menyiasat dan membicarakan orang-orang yang dicurigai. Mereka ditangkap dan dihukum dengan berbagai macam hukuman yang berkisar antara denda wang dan hukuman bakar hidup-hidup. Mahkamah-mahkamah ini sudah menjatuhkan hukumannya kepada 340.000 orang (antara 1481-1808). Lebih kurang 32.000 orang yang dihukum bakar hidup-hidup!

Dalam kurun waktu 18 tahun, Torquemada telah membakar hidup sekitar 210.220 orang dan menghukum dengan hukuman yang lain sekitar 97.000 orang. Bahkan mayat orang mati itu tidak diperlakukan dengan wajar. Mereka malah menghina 6.860 mayat para ilmuwan dan ahli falsafah yang dihukum bakar hidup-hidup itu.

Meskipun Paus sudah berupaya dan bertekad memadamkan sinar ilmu pengetahuan, namun sinar ilmu pengetahuan semakin terang pancaran cahayanya. Akhirnya dikeluarkanlah peraturan baru pada tahun 1515 M, yakni melarang terbitnya buku apapun, sebelum mendapat persetujuan dari Gereja. Setiap orang yang mencetak atau menjual buku dengan begitu saja akan dijatuhi hukuman mati. Seperti Kisah GALILEO yang mati dalam penjaranya karena menyatakan bumi itu bulat, dan dibakarnya BRUNO yang menyatakan adanya planet-planet lain, selain dari bumi dan sebagainya.

Kepemimpinan dan akhlak gereja merosot drastik, Paus sudah menjelma menjadi musuh Ilmu Pengetahuan dan gereja ditegakkan diatas kemusyrikan. Maka meratalah kerosakan moral keseluruh lapisan masyarakat. Penyakit sifilis bahkan menjalar menjangkiti banyak orang, termasuk PAUS LEO X sendiri!

Hasilnya semua bentuk kerendahan budi pekerti dan akhlak sudah menjadi ciri kehidupan dan pergaulan pada masa itu. Semua bentuk keluhuran nilai dan moral hancur luluh. Petaka itu terlebih dahulu menimpa para ahli agama, sebelum penyakit itu menyerang masyarakat awam, padahal masyarakat itu berkeyakinan bahwa Paus adalah bayangan Tuhan dan wakil Isa Almasih. Keputusan-keputusannya selalu dianggap benar dan tidak boleh dibantah. Beliau menggugurkan dosa dan menanggalkan kesalahan orang dengan kesuciannya bagi yang tergelincir jatuh kedalam dosa.

Perkembangan akidah semacam ini merebak cepat. Hal ini memaksa Paus membuat Akta Pengampunan yang dimulai dengan pengumuman Paus Erien II dalam Perang Salib atas restu Paus Urban II (1088-1099M) dari Vatikan, Siapa yang tidak dapat ikut langsung dalam peperangan ini, hendaknya mengirimkan seorang wakilnya, maka Paus akan memberinya Akta Pengampunan yang mampu menyelamatkan di hari Kiamat kelak.


Ketika Paus Leo X ingin membangun gereja suci Paulus di Rom, dalam pembangunannya memerlukan dana, maka mulailah beliau mencanangkan akta-akta semacam itu dan ternyata laris. Kemudian mereka mengembangkannya lagi dengan menyatakan Akta Khusus dengan harga tertentu. Bunyi akta itu:

"Atasmu rahmat Tuhan Jesus Almasih mengampuni kamu dengan rahmatnya semua dosamu, dan saya mengampuni dosamu berdasarkan mandat yang diberikan Jesus dan muridnya, Petrus dan Paulus yang pertama tentang semua perbuatanmu melanggar gereja bagaimanapun bentuknya, kemudian semua pelanggaran atau kesalahan bagaimanapun besarnya. Saya akan angkat semua rintangan yang sudah ditetapkan menimpamu karena dosa-dosamu di neraka, sehingga apabila kamu mati tertutup semua pintu nereka bagimu dan terbuka semua pintu syurga bagimu dengan nama Bapa, Anak dan Roh kudus. "

Setelah itu diletakkanlah daftar harga bagi semua dosa dan kesalahan. Tiap-tiap ejen penjual akta menyimpan selembar salinannya dan aslinya terpampang di Gereja. Dalam daftar itu disebutkan bermacam-macam dosa berikut harga Akta Pengampunannya, antara lain:

Menggugurkan Kandungan :3 Shilling dan 6 pence
Mencuri :9 Shilling
Memperkosa seorang Gadis :9 Shilling
Berzina :7 Shilling dan 6 pence
Membunuh :7 Shilling dan 6 pence

Lawak jenaka ini tidak hanya mengenai dosa orang-orang yang masih hidup. Dosa-dosa orang yang sudah mati pun mampu dibelikan akta pengampunannya untuk mensucikan dosa-dosanya. Selain itu, tersebar pula iklan yang digantung dimana-mana yang berisi anjuran agar segera membersihkan dosa-dosanya dengan membeli akta tersebut. Dengan demikian banyaknya akta tersebut diperjual belikan, maka semakin banyak pula tindak kejahatan dan maksiat, karena semua dosa dapat ditebus dengan harga yang relatif murah. Maka masa pemerintahan gereja merupakan masa yang paling BURUK dalam sejarah kejahatan. Masa itu merupakan masa merebaknya berbagai jenis kejahatan, kekacauan, kezaliman dan kerosakan moral kerana tidak lagi adanya rasa takut bagi masyarakat pada saat itu untuk berbuat jahat, kerana segala kesalahan dapat ditebus hanya dengan membeli akta. (Manken dalam bukunya Treatise on Right on and Wrong on hal.187-198).


SEbenarnya penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus) lagi.Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani (Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.


Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven'

Paulus adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki kini.

Saul (Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous” (salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.

Melihatkan keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum ini dan dia diberikan nama Paul.

Sejurus selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as), Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain. Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang setia.

Paul mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi (Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas sehingga menyebabkan mereka berpecah.


"And the contention was so sharp between them, that they departed asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"

(Acts 15:39-41)



Dia mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles (pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya mereka kepada bangsa Yahudi.

Kebanyakan golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain. Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali. Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya bertentangan dengan ajaran Jesus.

Paul mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu. Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke hari ini.


Kunci-kunci yang salah

Inilah sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan penindasan dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah dongeng bertahap komik kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz Imam Ibn Kathir, seorang ulama’ terbesar Islam mengulas:

“Apabila Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang masih mengekalkan kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau hanya merupakan seorang pesuruh Allah, seorang nabi dan anak kepada Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka mempunyai pemahaman yang ekstrem terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau adalah anak Allah. Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri, manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada Trinity…” (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam Riyadh, 2000, ms 171)

Imam Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam kitabnya, Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to the Uncertain In Reply to the Jews and the Christians) berkata:

“Pengikut-pengikut Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan dalam mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai (mengikut selera) kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi (di dalam Taurat) dan secara terang-terangan menyimpang daripada ajaran Messiah (Jesus a.s), serta menjadi sesuatu yang terpisah daripadanya secara keseluruhannya.”

Tiada apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah warisan pagan yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka tunggulah turunnya Nabi Isa a.s sebelum kiamat nanti memusnahkan salib dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.

“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”

(Hadis Nabi)

“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”

(Hadis Nabi)

Kebenaran milik siapa saja yang mahu berfikir. Di dunia ini,setiap orang akan diuji.Pilihan diberi. Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan ditanya tentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka malapetaka yang dasyat adalah habuannya. Siapa yang memilikinya,dialah pemegang kunci syurga The Keys of Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam akan sampai kepada setiap individu,tidak kira dia berada di kota atau di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan siapa...itu adalah kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.


"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"

(Mark 12:29)

"Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa" ]


24 comments:

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

Assalamualaikum...

Isu kalimah Allah bgitu membangkitkan gelombang perdebatan...jika isu penggunaanya diperdebatkan..bagaimana pula isu pemakaian kalimah Allah di pakain tentera smaada navy dan army...kalimah ini bleh dlihat di lambang dan button yg dpakai oleh tentera...bkan semua tntera adalah bragama Islam ttpi terdiri dr pelbagai agama smada cina, kristian dan india serta lain2...jika ketandas pkain ini dipakai dan seorng itu ingin ketandas, kalimat Allah muhammad juga dbawa...atau isu pemakain kalimat Allah dan penggunaan kalimat Allah adalah berbeza???fikir2kan ...untuk perkongsian semua...krna skarang di depan ana tgh memegang dan meneliti button yg trdapat kalimat pencipta kita dan rasul kita...tanpa sdar air mata ana mnglir...sm2 renungkan....

Sangtawal Sakranta said...

salam Nur,

Terima kasih ,Satu komen yang bernas!

Ni kena lapor kat menteri pertahanan ler agaknya! :)

Mungkin Dato' Seri Jamil Khir di jabatan Perdana menteri boleh menyuarakan dan menyelesaikan isu ini.

Kenapa anggota tentera sendiri takut untuk bersuara? sepatutnya kalimah bertulisan Allah dan Muhammad ini tidak boleh dibawa masuk kedalam tandas atau dipakai sewenang-wenangnya oleh yang bukan islam.

Dengar khabarnya Tentera Allah ada juga yang memakai kalimah ini , tetapi orang biasa tidak nampak!


wassalam.

Anonymous said...

Dengar khabarnya Tentera Allah ada juga yang memakai kalimah ini , tetapi orang biasa tidak nampak!

betul dan cantik!

TMP.

Anonymous said...

yang sebetulnya tentera Allah sahaja yang akan tampak kalimah Allah pada mereka dan tentera kafir pula tampak KAFIR pada mereka. pertolongan Allah pada tenteranya akan sifat MELIHAT supaya dapat membeza.

tmp

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

huhu..prnah isu ini dbngkitkan di msjd kem tentera..rmai yg tak sdar dan tercengang..tentera sndr tk sedar inikan org awam..polis pun ada jgk...inikah ngara Islam yg dwarkan2???bayangkan semua anggota tntera dan polis pkai khalimah Allah Muhammad???pastu msk tandas..pg diner??bersosial nga bju tuu???camner tuu?rsenyer isu ini lbh bsar dr isu khalimat Allah..
tuan blog..jka ana ms ana tnjukkn button dan lmbng yg ada dlm smpanan ana...

Al Mahadaya said...

Salama,
Bangsa Melayu di zaman dahulu beragama nabi ibrahim. Sebagai penganut agama tuhan, hendaklah beriman dgn semua kitab2 yg diturunkan dan di dlm al quran, tiada yg menyatakan ttg pemansuhan kitab2 terdahulu. Manusia mmg mudah bertaklid buta dan mengikuti hawa nafsu, jadi org2 Islam beragama mengikuti hadis2 yg di dominasi oleh bangsa arab yg tuhan nyatakan sebagai munafik. Hamba akan buktikan kebenaran kata2 hamba. http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-bin/library.exe?e=d-00000-00---off-0dewanbah-publishe%2cdewanbah%2cumlibrar%2cothercol-01-1--0-10-0---0---0prompt-10---4-------0-1l--11-en-50---20-home---00-3-1-00-0-0-11-1-0utfZz-8-00&a=d&c=dewanbah&cl=CL1.4
Downloadkan kitab ayub yg didlm tulisan jawi dan baca. Selepas itu bandingkan dgn kitab injil ttg cerita nabi ayub. Anda akan temui bhw kitab yg didlm jawi itu memberikan gambaran sebenar kandungan injil dan kitab itu telah dicacatkan sedikit dgn meletakkan tanda sabdu pada nama tuhan untuk mengarabkan tuhan.
Jgn menjadi manusia tolol yg tidak memahami sejarah sendiri kemudian di peralatkan oleh musuh2 tuhan. Bangsa hamba, bangsa yg hebat dari keturunan nabi2 yg hebat. Hamba akan menegakkan kembali agama nenek moyang hamba dgn segala kudrat dan iradat yg di kurniakan tuhan hamba dan memastikan hanya hukum tuhan tertegak di buminya ini. Anasha Allaha!

Anonymous said...

Ohh ALLAH Swt kepadaMU sahajalah kuserahkan URUSAN "membagaimanakan" sidurjana Kebenaran Asalama.

Salam En VroomVroom, tolong ZassZapp tengkuk Kebenaran Asalama tu.
Nampak gaya takde harapan sembuh penyakit kurap Kufurnya itu.

Ramli Sirap

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

TMP,
setuju dengan kamu.

Nur,
Tak tanya dengan tok guru atau pengikut kuat Tok Guru ke tentang perkara ni?, anak cucu dan saudara mara tok guru juga yang kerja tentera,polis, dll, ada pakai benda ni juga! dah lama dah!

kenapa waktu orang dok sibuk pasal kalimah Allah ingin digunakan oleh yang bukan islam dalam penerbitan mereka, isu ini sengaja dibangkitkan??? apa motif saudari sebenarnya? kalau setuju dengan tindakan kristian ingin menggunakan kalimah Allah , kata je setuju,orang tak halang, bak kata seorang bekas mufti; iman tak boleh dipaksa-paksa! jangan hilang 'fokus' perbincangan pula. sepatutnya isu ini dibangkitkan lebih awal lagi, ketika pasukan tentera mula ditubuhkan!!!

Bayangkanlah kalimah Allah itu digunakan dalam akhbar mereka dan dibaca oleh anak cucu kita, lainlah kalau mereka tak pandai membaca, tak apa.Isu kalimah pada pakaian tentera bukan tidak penting, tapi soal ini boleh dibincangkan semula oleh orang yang bertanggungjawab, usah ditimbulkan bersama dengan isu ini. kalau ingin ditimbulkan juga, persoalkan juga akhbar-akhbar melayu yang ada tulisan kalimah Allah yang dijadikan pembalut nasi lemak, atau pelapik punggung untuk duduk atau menyapu taik oleh yang bukan islam juga! dan banyak lagi la yang tak betulnya kalau nak dibangkitkan bersama isu ini!!!

Ramli,
Jangan dilayan sangat si asalama kat atas tu:) dia tu ultraman/superman/avatar yang ingin membawa agama baru yang sesat lagi menyesatkan.kat blog lain orang dah tak layan dia,seperti kat terjah forum jadi dia meracaulah kat blog saya pula!untuk mencuri perhatian!!!

kesiana asalama barisa diatasa!!!

wassalam.

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

Knapa ini dbngkitkan?untuk pngetahuan saudr isu ini prnah dbngkitkan..ttpi siapa yg brada ditas skng???entah..ana tdak ingin bngkitkan isu tok gru, umno atau apa dlm hal ini..kdg2 smkin brilmu seorang itu smkin tdak dpt bfkir dgn waras..rmai yg brilmu tp tak bramal...itu yg slapnya..smpai ada yg tlalu brilmu trlalu taksub akan pndangannya sndr..isu kalimah Allah dan isu pmakain kalimat Allh Muhammad ini brkaitan jd..waktu skrnglah kita bg ksedaran pd saudr2 kita agar mnjaga kesucian agama kita..bkan satu slesai satu tak..bila brada dan mrantau d ngri lain...btapa syukurnya ada pntadbran sprti di klantan..bla dtnya rkan2 luar ngr mna yg mrka nak knjung dan tngl??jwpannya...ada dlm tgn saudr....huhu...student u yg mash mntah pun rmai yg th mne pmimpin emas dan mn btu yg dpijak..sekian...

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

Ni kena lapor kat menteri pertahanan ler agaknya! :)

Mungkin Dato' Seri Jamil Khir di jabatan Perdana menteri boleh menyuarakan dan menyelesaikan isu ini.????

Lapor kt mnteri perthanan??sape bkuasa kt mntr perthann skrang??isu khilangan jet pun bleh blaku...isu antatuya yg dbom pun bleh blaku.sdngkan spengalaman ana ,,kelongsong pluru yg tlah dgunakan pun dkutip blik dan tdak blh diambil....kaji blik spa yg pgg kmntrian prtahan dlu???bdak sklah pun bleh pk logiknya...xkan org brilmu tak boleh..inikan mreka nk selesaikan isu kes agama...isu tak ptt blaku pun bleh blaku...sm2 fkirkan,, Wallahualam...

EYANG RESI 313 said...

Manakala Allah memberikan kita karunia, Allah ingin kita menyadari kabaikanNya.
Manakala Allah membuat kita kehilangan Allah ingin menunjukan kepada kita kekuasaanNya yang luar biasa.
Allah menginginkan membuat kita paham bahwa Allah menampakan diriNya kepada kita dalam anugrahNya.

Kepasrahan adalah keputusan sikap untuk tidak melakukan kesalahan yang sama seperti yang dilakukan pada masa lalu Jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang lebih positif dan menyenangkan. Bahwa Hari esok akan lebih baik dari hari sekarang.

Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan diriNya.

Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi

Al Mahadaya said...

Lagi satu kebodohan arab munafik yg diikuti org dan menjadi fanatik melakukan kerosakan atas nama Allah. Bila tanya apa makna Allah, tak tau nak jwb. Padahal dlm kehidupan sehari2 dia pakai ke nama tu? Hamba beri contoh, Nak makan baca Bismillah, nama tuhan anda Millah ke? Lepas makan baca Alhamdulillah, dah tuka jadi lillah, nampak bende x berkenan ucap Astagafirullah, dah jadi rullah lak. Nak mula solat baca Allahu Akbar, sekarang jadi Allahu lak. Jadi, bila masa guna kalimah ini, mengucap pun x guna gak. Pas tu gaduh2 kata agama lain xleh guna.

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Anak pak aziz kencing dalam masjid, bila orang kampung sibuk cerita pasal air kencing siapa kat dalam masjid, pak aziz pula sibuk mengata anak orang lain pun kencing juga,kalau tak kencing dalam masjid pun kencing juga di rumah, kalau tak kencing berdiri, kencing sambil duduk. Lembu kambing pun kencing juga tepi masjid, atas kubur.pokok persoalannya ialah 'KENCING' juGA! jadi pak aziz pun ambil kesempatan untuk membangkitkan dan memperbesarkan isu 'lembu kencing' supaya isu anaknya kencing dalam masjid senyap.kalau anak orang lain kencing, isu ini kena dengan selera pak aziz , jadi pak aziz akan sokong!kalau kena kat anak menantu pak aziz sendiri, itu semua takdir, kalau terima rasuah atau duit haram pun, itu sedekah,orang beri dengan ikhlas dan penuh kasih sayang!apa salahnya terima.
Kesimpulannya, kalau tak setuju, tak payah dok komen lebih-lebih kat blog orang, buat artikel dan jawab komen orang di blog kita sendiri jer!!! kalau kita rasa dah banyak ilmu, beramallah senyap-senyap, tak payah dok bagitahu orang kitalah orang yang paling banyak amalannya.Tak boleh terima pendapat orang, tak kisah, tuanpunya blog ni tak paksa pun,bila pula saya "taksub dengan pandangan sendiri", tak boleh terima pandangan orang lain, tak payah la masuk dan baca, orang tak paksa pun, baik baca buku sekolah, lagi banyak faedahnya.


Salam Eyang Risi 313.
ya, kenal diri lalu kenal Pencipta.Kenal Pencipta hilang diri!
"dan di dalam dirimu, apakah kamu tidak melihat? "

wassalam.

Anonymous said...

Kalau en.kebenaran asalama eja sume perkataan yang disenaraikan kat ats tuh dalam bahasa jawi...ader nmpk x kalimah Allah tu? Kalimah syahadah lagilah penuh dgn kalimah Allah ni...awk biar betol? Baik awk mengucap dulu byk2 dan fikirkan..

Dan, dah bce belom artikel kat the Herald? hamba bace rse sedey dan marah kalimah Allah digunakan sebegitu rupa..Tuan hamba suke?

BlancFixe

Sangtawal Sakranta said...

Asalama ultramana/supermana!!!
Dah makan ubat pagi ni?

zahir(navy) said...

Khalimah Allah terlalu hangat diperdebatkan sehingga ada yg buat terpesong dari akidah.Kenyataan NUR ada benarnya.Kite sebuk dgn isu terbaru sedangkan isu lama dibiarkan sahaja.Saya ada mendengar pemakaian kalimah Allah di uniform pernah di bangkitkan tapi jemaah menteri memintasnya.Pendapat saya paling mudah kite tunggu pilihan raya dan tukar kerajaan.Masa tu kite blh minta perlembagaan ditukar dari peelembagaan britis yg digunakan sekarang kepada perlembagaan yg berpandukan pada AL Quran dan sunah.Jamil khir siapa die dan cuba lihat die dahulu dan sekarang.Fikirkan lah.Cuba tanya pelapes di universiti apa dierang buat.Anda akan terkejut bila tahu bagaimana kelakuan pegawai tentera kite dan bagaimana mereka dilatih.Selagi diatas terdiri yg jahil selagi itu bende ni xselesai

Al Mahadaya said...

Tuan hamba sangtawal,
Katanya mencari kebenaran, tapi dah menetapkan kebenaran yg diinginkan. Bukankah itu bermaksud tuanhamba sudah menganggap diri tuanhamba benar? Apabila sesuatu yg dtg tidak spt kehendak tuanhamba, maka tuanhamba menolaknya, jadi bergunakah perbuatan tuan hamba ini? Hamba hendak tanya tuanhamba, apa matlamat tuan hamba dan bagaimana tuanhamba hendak mencapainya?
Nabi yg membawa al quran itu tidak berbaris spt mana tulisan jawi tidak berbaris. Jadi, al quran yg dibawa nabi tidak terdpt perkataan Islam, Allah dan Muhammad. Nabi2 yg terdahulu berbangsa ibrani, mereka bukan org arab, jadi mereka tidak menyembah tuhan org arab iaitu Allah. Hamba berasal dari keturunan sultan iskandar zulkarnain yg membawa agama nabi ibrahim yg mengesakan tuhan. Nenek moyang hamba bukan penyembah tuhan arab, jadi mereka di beri kehebatan oleh tuhan. Tuanhamba tentu lebih arif kerana tuanhamba membaca salatus salatin.

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

Kesimpulannya, kalau tak setuju, tak payah dok komen lebih-lebih kat blog orang, buat artikel dan jawab komen orang di blog kita sendiri jer!!!
ana tak pernh kta ana tak stuju nga artcal saudra malah siap follower stiap artcle saudra dan ada ms copy tuk rnungn org lain...slap tuu saudra..

kalau kita rasa dah banyak ilmu, beramallah senyap-senyap, tak payah dok bagitahu orang kitalah orang yang paling banyak amalannya.
brmal snyap2...bhaya tuuu.mnusia dbwh tngjwb dan pimpinan kt pun kta kn pstikan amalnya blandaskan al-Quran dan sunnah ..bkn byk ilmu tp kongsi ilmu..blog saudr rmai pngikut..so harap rmai yg akan prasan dan sdar akan hal ini...dan akan lbh brhati2 dlm hal ini.sbb rmai yg tak sdar akan hal ini..

***Tak boleh terima pendapat orang, tak kisah, tuanpunya blog ni tak paksa pun,***
sbb ana tgk moto dan msi blog brdakwah mlalui blog ni...so slh ker tuk knsi isu yg bkaitan Kalimah Allah??

***bila pula saya "taksub dengan pandangan sendiri", tak boleh terima pandangan orang lain, tak payah la masuk dan baca, orang tak paksa pun, baik baca buku sekolah, lagi banyak faedahnya.***
pernh tbca dlm article saudra ckp...ada seseorg ingtkan saudra...jika kta cpat mrah dan mlenting mknanya syaitan yg mnguasai dan dkt dgn kta....
tuan punya blog???sthu ana, ana knal tuan punya blog...nak kta dkat jauh.jwpan ada pd pmilik blog..krn stiap pnulisannya mmbuatkan ana kgum dgnnya..trutma bab sjarah bkn bab politik sbb ana xska bab plitk..wallahualam..


****kecian pak aziz dijadikan crita dlm hal ini..***glamor xpsal2 pak aziz...:P

IBNU said...

Assalamualaikum
Nampaknya dah jadi panas isu ni.Jika dibaca tujuan blog ini ujud rasanya tlh jauh lari dari landasan.Bila ada buka cerita lain psl kalimah Allah ni,pemilik blog melenting,kenapa.Pendapat saya pemilik blog kene muhasabah diri dan renung sejenak apa saya ckp.Solat ada 4tingkatan.1)Slt org jahil.2)slt org kebanyakan.3)slt org kusyuk.4)slt org yg mengetahui
Cuba renung sejenak.Niat saudari nur tu iklas nak trgkan sebalik apa berlaku ada kejadian lagi trk yg kite xtahu dan nak bende ni diwawarkan supaya semua org sedar dan dpt buat sesuatu.Tapi malangnya pemilk blog salah tafsir.Jika nak beramal renungkan layak x kite beramal.Adakah kite tlh beramal pada keluarga kite mengikut nunas islam yg btl.Jadi lah pemimpin pada keluarga seterusnga masyarakat sejagat mengikut AL quran dan Hadis.

Anonymous said...

Salam Nurmawadah

Saya rasa Tuan Sangtawal faham dengan keresahan anda itu.
Saya rasa di sini bukan penyelesaian mutlak.
Adalah lebih manis anda berpakat dengan beberapa orang 'alim besar pergi berjumpa dengan tuan Mufti 1 Malaysia, Tuan Agong, Dato Najib, Dato Jamil Khir..bentangkan Permasalahan Kalimah ALLAH di uniform tentera itu. Kami doakan anda berjaya mengubahnya.

------------

Kepada Asalama,.. saya rasa anda ini bukan beragama Islam iaitu agama sebenar yang dipertanggungjawabkan kepada Nabi Akir Zaman MUHAMMAD Saw untuk didakwahkan kepada umat seluruh 'alam hingga bayi yang terakhir sebelum kiamat termasuk anda.

Janganlah kerana anda rasa amalan solat 5 waktu, puasa, zakat, kerjakan haji dirasa melecehkan maka anda tidak mahu mengucap 2 kalimah syahadah dan beriman sepenuhnya kepada ALLAHuSubhanallahu wataala.

Di sini saya menyeru anda Kebenaran Asalama..Islamlah kamu keseluruhannya.

Mandi lah kamu, kemudian berjumpalah dengan Pegawai Agama Islam di mana-mana Pejabat agama Islam.
Bersyahadahlah, Kemudian ikutilah program-program Saudara Baru secara teratur.
------------

Saudara Asalama, jia kamu ingin belajar Islam secara santai tanpa perlu mencerca orang lain maka ikutilah, lakukanlah, hayatilah keseluruhan aktiviti Jemaah Tabligh SETIAP HARI SELAMA 7 TAHUN BERTURUT-TURUT tanpa merungut, kondem, pertikai, melenting dan sebagainya dalam tempoh 7 tahun itu. (Markas Tabligh adalah di Masjid Seri Petaling berdekatan Bukit Jalil)

Selepas 7 tahun kamu ikuti aktiviti Jemaah Tabligh,..barulah kamu keluarkan, bentangkan komen kamu mengenai Islam, ALLAH dan Al Quran.

En Asalama, Saya pelawa anda menjadi Orang Islam sejati.

VroomVroomm

Anonymous said...

En Asalama,

Allah tuhan org arab????
hamba slh baca atau tuan hamba salah taip? Allah itu tuhan seluruh alam semesta...Mane ader tok org arab ke apa

Nenek moyang tuan hamba tidak menyembah tuhan org Arab, jd dpt kehebatan? Abis tu tuan hamba sembah tuhan mane?

Wahai en.asalama,
Masa kecik2 dulu, ustaz hamba cakap menyembah selain Allah adalah kufur...cube tuan hamba nilai2 kan diri tuh...Dan setahu hamba, kitab2 nabi terdahulu adalah wahyu dari Allah, adakah logik tiada nama Allah disitu..

Mungkin nama nabi Muhammad tiada pada kitab2 terdahulu (wallahualam,hamba xprnah bace kitab2 lain selain al-quran), tapi, tuan hamba lupakah yang nama nabi akhir zaman itu sudah terukir di syurga...yg telah terlihat oleh nabi adam? lupake? ke xtaw?
Tak taw lainkali tanyala...macam hamba ni...

BlancFixe

Sangtawal Sakranta said...

Salam Semua,

Zahir(navy),
Terima kasih atas komen.
awak navy ke?
kalau macam ni ; berhenti saja kerja tentera atau pelapes jika tuntutan anda itu tidak dihiraukan!cari kerja lain di bumi Allah yang luas ini. kalau pakat berhenti ramai-ramai @ mogok, tentu mereka yang berkuasa akan mengambil langkah yang drastik!, barangkali le!

Asalama,
keturunan sultan iskandar zulqarnain pulak dah!!!
ada ke dalam al-quran sebut nama "iskandar zulkarnain", yang disebut ialah "zulqarnain" saja.
awak lebih percaya al-quran atau salutus salatin ciplak?

IBNU,
Terima kasih atas komen,
solat ada 4 tingkat tu ambil kat hadis atau ayat al-quran mana? saja je nak tahu, untuk perkongsian kita kat sini.

Vrooomvrooomm,
terima kasih.
Kat bukit jalil??? bagus tu... boleh pantau perkembangan dekat situ, ada benda mcm bahtera nabi nuh kat situ! terbesar di asia tenggara.???untuk orang melayu islam?

BlancFixe
terima kasih atas komen, jangan dilayan sangat si asalama tu :)

wassalam.

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

Tertarik pd kta2 ibnu slat ada 4 prngkat..ana jumpa smbernya dan cr maksudnya.....
***rujuk bab slat dlm kitab krangan fatgu al-baari syarah kpd sahih al-bukhari atau kta leh rujuk dkat blog dato abu hasan din dan rujuk pdnya tuk kterangan lnjut..beliau salu sbt dlm crmahnya...wallahualam...
***skadar pngkongsian bkn ats sbb2 lain***

Kina di bogor said...

awalnya saya ragu untuk megikuti pesugihan KI WARA atau bisa dibilang uang goib tapi saya pikir tidak ada salahnya untuk mencoba dan setelah saya menghubungi KI WARA saya minta bantuan uang goib 500,jt sama beliau .dan itu benar-benar terbukti demi allah bahwa KI WARA bisa merubah kehidupan saya dalam sekejap awalnya saya sangat miskin makanpun susah ,alhamdulillah dengan bantuan beliau saya bisa merubah kehidupan saya jauh lebih baik daripada sebelumnya beliau membantu saya uang goib sebesar 500 juta .saya sangat berterimah kasih kepada KI WARA atas bantuan beliau ,dan saya menyapaikan kepada saudarah-saudarah yang ingin merubah nasib seperti saya hubungi KI WARA 085242894584 dan untuk lebih jelasnya silahkan.ATAU BUKA BLOK KI WARA DISINI