Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Isu kebenaran penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan islam dalam penerbitan mereka masih hangat diperkatakan.Saya merasa hairan dan sedih dengan segelintir orang agama atau ulamak yang menyokong penggunaannya. Apapun hujah dan alasan mereka, mereka tetap telah mengkhianati agama islam yang mereka anuti.
Sekiranya mereka yang bukan beragama islam berjaya menggunakan nama Allah kepada tuhan atau objek sembahan mereka, maka tunggulah hukuman dari Yang Empunya Nama itu iaitu Allah swt sendiri.
Pastinya sejarah akan berulang! Di zaman jahiliyah dahulu, Allah swt telahpun memberatkan lidah-lidah para jahiliyah penyembah berhala yang cuba menamakan patung-patung berhala mereka dengan nama Allah, lalu perkataan Allah yang cuba disebut mereka menjadi al-Lat dan al-Aziz pula menjadi al-Uzza. Oleh itu patung-patung berhala besar yang mereka agungkan itu hanya mampu disebut nama al-Latta dan al-Uzza sahaja!!!
Allah swt yang empunya nama “ALLAH” sudah pasti akan menjaga namaNya sendiri Yang Maha Suci dari terus dinodai oleh mereka yang kafir dan mereka yang bersubahat dengan mereka yang kafir pasti akan dilaknat , tidak kira serban mereka sebesar mana atau jubah dan janggut mereka selabuh mana pun!
Jika dulu Allah swt memusnahkan tentera bergajah Abrahah yang ingin memusnahkan Baitullah di tanah suci , dengan serangan senjata kimia dan biologi yang caggih melalui pesawat tempur tanpa pemandu Ababil berbentuk burung, maka kini tidak mustahil bagi Allah swt akan melaknati mereka yang cuba menggadaikan nama Allah dan cuba sekali lagi menamakan objek sembahan mereka dengan nama Allah seperti yang pernah berlaku ribuan tahun dahulu kerana Dialah Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana.
Disini saya ingin memetik sedikit tulisan Jamaluddin Yusuf bin Abdullah Al-Armayuni Asy-Syafi’I dalam bukunya berjudul “Keajaiban Surah Al-Ikhlas” , terjemahan Zayuki Bin Mohamed, terbitan Jasmin Enterprise , m/s 27 – 29 :
[[ Allah – ketahuilah bahawa nama ini tidak serupa dengan nama-nama lain yang dipetik daripada kata sifat seperti nama al-Qadir, al-Alim, dan sebagainya. Ia(Allah) adalah sebuah nama yang khusus dan universal yang tiada suatu apa pun dinamakan denganNya kecuali Allah Taala.
FirmanNya di dalam al-Quran :
“Apakah kamu mengetahui ada seseorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah) ?”
(Surah Maryam : ayat 65 )
Kaum Jahiliyah pada sewaktu masa dahulu semasa mereka dikuasai syaitan, mereka telah cuba menamakan beberapa patung berhala mereka dengan nama-nama Allah seperti perkataan “Allah” dan “al-Aziz” , tetapi Allah telah memberatkan lidah mereka dari menyebut nama-nama Allah yang suci lalu perkataan Allah menjadi al-Lat dan perkataan al-Aziz pula menjadi al-Uzza.
Firman Allah Taala diatas tadi mempunyai dua maksud :
1.Adakah kamu mengetahui ada orang yang sama denganNya dalam sifat-sifatNya?
2.Adakah kamu mengetahui ada orang yang dinamakan sebagai Allah?
Sesetengah ahli ilmu mengatakan bahawa semua nama Allah boleh diberikan kepada makhluk kecuali nama ‘Allah’ kerana ia hanya khusus untuk Allah semata-mata.. Kerana, selain dari perkataan ‘Allah’ semua nama lain adalah berasal daripada satu atau dua sifat seperti perkataan al-Qadir yang bererti Yang Memiliki Kekuatan, al-Quddus bererti Yang Suci dari sebarang keaiban, dan al-Mukmin bererti Yang Mencipta atau Yang memberikan keamanan.
Adapun nama ‘Allah’ yang mulia ini sebenarnya didasarkan kepada suatu Zat yang bersifat dengan segala sifat kebesaran dan ketinggian.Diatas pengertian inilah juga maka, ia telah dikhususkan dalam kalimah Syahadah, tidak dengan nama lain.Para Muhaqqiqun bersepakat menyatakan bahawa ia adalah nama Allah yang teragung (Ismun a’zam) … ]]
Ingatlah, isu kalimah Allah ini bukanlah isu untuk memancing undi, isu ini bukan alat untuk menjayakan misi politik perut dan peribadi , ia adalah isu akidah. ia berkaitan dengan iman dan kesucian agama islam, dan pastinya kita akan ditanya oleh Allah swt tentang apa yang kita usahakan berkaitan isu ini.
Kepada ulama-ulama politik sekalian, malulah kamu semua kepada budak kecik dibawah ini. Biarpun budak kecik dibawah mungkin menghafal ucapannya itu, tetapi dia tidak menggunakan nama Allah dalam ucapannya itu untuk memancing undi!
Sangtawal Sakranta
14 comments:
baru la tau nama berhala kaum quraiys tu sebab allah dah 'pelatkan' kaum musyrikin daripada mempergunakan namanya. agaknya la apa yg akan berlaku pada yg memberi kebenaran atau membenarkan nama atau kalimah ALLAH ini digunakan oleh bukan islam? sama sedar atau tidak (org berkenaan) bila kita mengucap 2 kalimah syahadah pun dah membezakan kita dgn bukan islam. baru2 ni lagi kecoh bila non-muslim nak jadi peguam syariah.lps tu pulak dpt kebenaran dari hakim yg beragama islam. kalau boleh saudara sang tawal dapat sentuh isu ni skit. sy bab2 hukum syariah ni kurang arif skit. semoga kita semua dapat berkongsi ilmu.
Usaha mempertahankan nama ALLAH adalah satu usaha yang mulia..Selain itu,persoalan yg lebih besar ialah bagaimana menterjemahkan kebesaran ALLAH itu dgn menjalankan hak-hak ALLAH diatas muka bumi ini..Dlm konteks Malaysia,apakah hak-hak ALLAH itu sudah dilaksanakan?Dimana kah perundangan dari Al-Quran kita letakkan?Ini adalah persoalan yg lebih besar dari isu kalimah itu sendiri..Dimanakah ketegasan kita dalam isu Judi?Dimanakah ketegasan kita berkenaan Arak,maksiat dan hiburan yg melampau di negara ini?jgn pula dlm hal ini kita berdiplomasi dengan memberi hujah logik dan tidak bersandarkan kepada kehendak ALLAH yang dinyatakan dalam Al-Quran..Apa sahaja berkaitan dgn arak dan judi itu adalah haram disisI ALLAH,baik ia dalam bentuk premis,cukai,tajaan,program dan apa shaja yg berkaitan dengannya tetap haram disisi ALLAH..Adakah kita fikir ALLAH akan berdiplomasi dgn kita bila persoalan ini dibangkitkan di padang mahsyar nanti?ALLAH akan bertanya siapakah kerajaan yg memerintah?Maka akan di bawa penguasa kerajaan dan pembai'ah2 mereka..Mahukah kita memikul beban ini atau kita berbantah-bantah dgn penguasa negara dihadapan ALLAH? Adakah patut kita menjaga kesucian nama ALLAH tetapi hak2 ALLAH keatas muka bumi ini tidak kita laksanakan sepenuhnya?Mrilah sama2 kita renungkan sebelum kita dijemput oleh ALLAH menemuinya kelak..Wallahualam.
Saya tidak akan pernah redha dgn mana-mana Kerajaan yg dibangunkn melalui demokrasi atau apa sistem sekalipun melainkan melalui Syura dan sistem Khilafah.
Nama Allah dan 99 namaNya yg lain adalah Suci dan Tinggi. Takkan saya redha ianya dicemari.
MAHADAYa
anda jangan petik sembrono ayat Al Quran tu....' Bagi mereka laki2 dan untuk tuhan perempuan'...... silakan kemukakan ayat berapa surah berape.
salam,
Jmazli,
terima kasih atas komen,
saya pun seperti saudara juga, tidak berapa arif dlm hal perundangan ni.tapi kalau dah peguam non-muslim boleh jadi peguam syariah... tak tahu lah... mungkin syariah agama lain kot! bukan islam.
kering,
sangat setuju dengan tuan!
naga,
terima kasih atas komen dan pandangan.
azhar,
maaf sebab terpaksa delete komen merapu Mahadaya di blog ini.banyak blog yang dah tak layan dia ni, semakin dilayan, semakin ramai yang ingin disesatkan oleh beliau.
wassalam.
@sang tawal
adakah @mahadaya mempolitikkan isu isu yang berkaitan dengan aqidah...
kalau "ya"..tindakan tuan adalah BETUL !!!!!!!!!!!!!
Buat Mahadaya,
Jangan sampai anda seperti pantun ini.
Chupandan Anak Bubunya
Hendak menyerang negeri Melaka
Ada Cincin berisi Bunga
Bunga berladun siair mata
saudara semua,
anda boleh membuat aduan kepada JAKIM mengenai ajaran sesat mahadaya di link berikut:
http://baheis.islam.gov.my/sismi/aduan.nsf
semoga JAKIM bertindak segera apabila kita semua pakat mengadu pasal mahadaya ni... bertindak sekarang!!!
...salam buat semua / dlam kes mahadaya ni.. bukan apa / kadang2 manusia ni fikir dia mahu kelainan dari orang lain / makanya dialah lebih hebat / dianggapnya ilmu agama boleh berjalan atas fakulti akal semata-mata / sedang agama bukan tafsiran akal biasa .../ perawi hadis yang unggul...sebelum disahkan hadis tu kadang2 solat hajat atas satu hadis mencapai ratusan rakaat / kita? main tibai begitu aje / ni sama kes je dgn wahabi - syilingpun ada dua muka untuk mengesahkan laku tidaknya / manusia tidak hanya lapis zahir ni aje..../ syariat apa Nabipun akan terbatal setelah turunnya syariat Baginda Junjungan RasulullahSAW ...tu nak kena faham betul2.....
tapi biasalah si maha tidak berdaya ni / apa dakwah dan nasihat pun dah tak makan....sendiri buat sendiri tanggung / sesungguhnya aku sudah memberitahu !
cikgu azhar
salam,
doncin cai,
saudara perlu membezakan dahulu antara akidah dan politik, yang mana lebih utama.
mungkin saudara belum mengenali pemikiran Mahadaya atau dulunya dia membahasakan dirinya asalama, sila lihat sendiri komen beliau di forum ini :
http://www.terjah.com/v2/forum/viewthread.php?thread_id=364&rowstart=0
[[ Posted on 23-12-2009 00:26
Salama,
Hamba di izin memasuki agama tuhan hanya setelah mencari selama bertahun2. Hanya pada 24 July 2009, tuhan meredhakan hamba ke dlm agamanya setelah melakukan apa yg diperintahkan di dlm al quran. Setiap hari hamba diberi ilmu baru, dipermulaan ilmu hamba lebih bersifat asas dan nyata untuk di jadikan hujjah dlm berdakwah meninggikan agama tuhan. Kini hamba hampir menguasai ilmu al quran dan taurat. Hamba juga menguasai ilmu keduniaan spt sains, matematik, sejarah, fizik, biologi dan berbagai lagi disiplin ilmu. Hamba juga memperoleh kekuatan jasmani dan tenaga yg dapat dikekalkan, ini membolehkan hamba bertarung dlm jangka masa yg lebih lama ketika berhadapan perang kelak. Di masa yg sama hamba di tunjukkan ilmu ke alam ghaib. Mungkin agak janggal tetapi tuhan telah berjanji bhw hambanya mesti menguasai semua makhluk di dunia ini baik yg nyata atau ghaib. Hamba bersyukur kpd tuhan atas segala nikmat yg dikurniakannya. Masa yg dijanjikan semakin hampir dan persiapan harus di buat bagi menghadapi perang yg terakhir. Segala makhluk di bumi ini pasti bersatu menentang manusia yg selama ini melakukan bencana dan kerosakan di bumi tuhan ini. Hamba memimpin bukan hanya manusia tetapi apa yg selain itu. Ancaman dan peringatan ini hanya akan menyedarkan sebilangan manusia yg mmg tuhan telah membuka hati mereka untuk melihat kebenaran. Bagi sebahagian manusia lagi, tunggulah sesungguhnya hamba juga menunggu bersama tuan hamba.
Posted on 23-12-2009 19:22
Tuan hamba tidak perlu hendak menegur hamba kerana telah jelas agama tuan hamba dan hamba berbeza. Di dlm agama hamba segala perbuatan itu diterangkan mengapa dan di sokong oleh al quran. Apabila melakukan ibadah, tuhan akan mendtgkan pertolongan dan bantuan serta menunjukkan jln yg lurus. Hamba mengetahui apa yg ghaib iaitu apa yg belum berlaku dan yg akan berlaku. Jadi, hamba mempersiapkan diri. Org2 agama tuan hamba yg bertaklid buta adalah spt org buta kerana mereka tidak mengetahui apa yg akan menimpa mereka. Apakah mereka ingat tuhan akan hanya membiarkan dosa2 manusia dilakukan sewenang2nya tanpa ada balasan di dunia ini? Tiada paksaan dlm agama, maka carilah jln keselamatan sebelum sampai masa yg ditentukan.]]
*Itulah antara komen-komen Mahadaya yang sangat bahaya untuk akidah kita!
wassalam
salam,
anon@9.51am,
Terima kasih atas komen dan pantun.
semoga beliau kembali ke landasan sebenar.doakan.
syukran,
terima kasih atas komen dan info.
perkara melibatkan akidah ni, yang utama sekali ialah pemahaman dan kesedaran, apa yang berlaku kepada pengikut al-arqam perlu diambil iktibar, pegangan mereka masih kuat. dalam kes Mahadaya ni, sekarang dia sedang mencari pengaruh melalui IT, pernah kami blogger menasihati beliau, tetapi nampaknya usaha kami tidak berjaya!
cikgu azhar,
Terima kasih atas komen dan nasihat yang bernas.
saya sangat tertarik dengan komen tuan, teruskan.
wassalam.
salam sangtawal..
tq atas article yg sgt menarik nie.. semoga masyarakat islam khusus nya melayu dpt membuat pertimbangan yg sewajarnya.. belajar lah kita akan ilmu agama supaya tidak kite tergelincir nanti di SANA..
mengenai isu terhangat sekarang nie.. pemberita AWANI kene tangkap dgn israel.. saya sgt2 takut sebab maybe ade konspirasi dr parti2 tertentu berpakat dgn israel.. nanti bile parti tu pergi berbincang sampai telepasnya rakyat kite so malaysia seolah2 terhutang budi pada parti tersebut.. dan dapat lah mereka undian dr rakyat malaysia dan menganbil alih pucuk pimpinan negara.. saya rasa perkara begini tidak mustahil.. sebab mereka sanggup menggadai kn bangsa & agama demi mencapai matlamat mereka.. sedangkn isu khalimah ALLAH pn sanggup digadai kn.. ini kn pulak bangsa & negara..
saudara sangtawal ade mendapat apa2 berita terbaru mengenai kejadian ini?
salam Am,
terima kasih atas komen.sangat menarik pandangan anda itu.apa yang saudara fikirkan itu ada juga logiknya.
zionis sebenarnya sudah tidak sabar untuk berperang dengan musuh sebenar mereka iaitu tentera al-mahdi! oleh itu mereka membuat provokasi demi provokasi supaya tentera al-mahdi bangkit, namun saya cukup percaya kebangkitan akhir zaman bukan bermula di sana.ia bermula di semenanjung emas atau tercetus di kota singa.
wassalam.
Gen XI Tok Kadok.
assalamualaikum wbt untuk pemilik laman blog ini dan sahabat yang dimuliakan, Untuk Aduan Kepada Kerajaan Malaysia, JIKA sekiranya terdapat unsur2 Penyelewengan Akidah,Hasutan, Propaganda, Provokasi, Perkauman dan Manipulasi dalam memberikan komen/pendapat Sila buat lapuran terus kepada:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
http://aduan.skmm.gov.my
Biro Pengaduan Awam JPM
http://www.bpa.gov.my
Mycert
http://www.mycert.org.my
esecurity Malaysia
http://www.esecurity.org.my
Post a Comment