Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta
Sengaja saya meletakkan tajuk artikel sebegitu bersempena satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Aadiyat.Rasulullah saw juga pernah bersabda menganjurkan umatnya berkuda selain memanah dan berenang. Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl.
Didalam Al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali. Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.
Sememangnya banyak rahsia yang tersirat di sebalik hadis Nabi saw yang menyarankan umatnya berkuda,memanah dan berenang.Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah ada bersabda, yang bermaksud :
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
1) Berkuda
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.
Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.
Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
2) Memanah
Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
Bersabda Rasulullah SAW,
"Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)
3) Berenang
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ).Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
*******************************************************************************
Kesimpulan yang boleh dibuat dari faedah aktiviti-aktiviti di atas ialah memberi kesihatan kepada tubuh badan kita dan meningkatkan daya fizikal dan mental kita.
Untuk apa kita disarankan supaya sentiasa berada dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan mental?
Jawapannya ialah kerana kita umat akhir zaman ini akan memikul satu tanggungjawab besar untuk berhadapan dengan tipuhelah Dajjal dan selepas itu akan memikul satu lagi tugas getir menghindarkan diri dari bencana yang akan ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj atau "Gog and Magog"!
Betapa pentingnya kuda dan peranannya dalam islam dan peperangan telah diabadikan oleh Allah SWT dalam satu surah iaitu Surah Al ‘Aadiyat yang bermaksud Kuda Perang Yang Berlari Kencang.
“Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-engah.Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan (kuku kakinya).Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba di waktu pagi.Maka ia menerbangkan debu . Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh” [ Al-Quran Surah Al-‘Aadiyat : 1 – 5 ]
Ayat Al-quran di atas telah ditafsirkan dengan begitu baik sekali seperti berikut :
Sumber : klik sini :
[Nama Surat ini ialah al-'Adiyat, yang berarti kuda-kuda yang berlari kencang. Maka tersebutlah dalam ayat yang pertama bagaimana keistimewaan kuda itu; "Demi yang berlari kencang terengah-engah." (ayat 1). Dalam pe¬nyerbuan mengejar musuh yang hebat dahsyat itu kelihatanlah bagaimana pentingnya kendaraan atau angkatan berkuda (Cavalerie). Kuda-kuda itu dipacu dengan penuh semangat oleh yang mengendarainya, sehingga dia ber¬lari kencang sampai mendua, artinya sudah sama derap kedua kaki muka dan kedua kaki belakang, bukan lagi menderap. Sehingga berpadulah semangat yang mengendarai dengan semangat kuda itu sendiri; kedengaran dari sangat kencang dan jauh larinya, nafasnya jadi terengah, namun dia tidak menyatakan payah, bahkan masih mau dihalau lagi. "Yang memancarkan api." (ayat 2). Dalam lari yang sangat kencang itu, terutama di waktu dinihari kelihatanlah me¬mancar api dari ladamnya ketika ladam itu terantuk kepada batu; "Yang menyerang di waktu Subuh." (ayat 3). Yaitu di waktu musuh sedang lengah atau lalai atau mengantuk, sehingga angkatan perang itu datang raja dengan tiba-tiba laksana dijatuhkan dari langit. "Yang membangkitkan padanya" yaitu pada waktu Subuh itu "debu-duli." (ayat 4).
Biasanya di waktu Subuh, embun masih membasahi bumi. Barulah embun itu akan hilang setelah matahari naik. Tetapi oleh karena hebat penyerangan angkatan perang berkuda itu, karena kencang lari kuda-kudanya, yang me¬nerbitkan cetusan api karena pergeseran ladamnya dengan batu, debu-duli naiklah ke udara. Sehingga berkabutlah tempat itu, tidak ada yang kelihatan lagi, menyebabkan orang yang diserang kebingungan. "Yang menyerbu ke tengah kumpulan (musuh)." (ayat 5). Yaitu kumpulan musuh.]
Maksud tersirat yang saya maksudkan ialah peringatan Nabi untuk umatnya di akhir zaman sebagai persediaan berdepan atau sekurang-kurangnya mempertahankan diri dari ancaman tentera berkuda Yakjuj Makjuj.
Bukankah bangsa yakjuj dan makjuj ini berasal dari bangsa Scythia???
Mari kita mengkaji siapakah bangsa Scythia ini.
Nama Scythia yang digelarkan kepada bangsa di padang rumput Eurasia ini,adalah nama yang diberikan oleh orang Yunani(greek).Suku Scythian adalah suku nomad yang tinggal di territorial kuno yang membentang dari Asia Tengah(Central Asia) hingga ke bahagian paling selatan dari Rusia kuno.Bangsa ini adalah suku nomad atau pengembara yang handal menunggang kuda.Mereka mendominasi kawasan asia tengah atau padang rumput Eurasia dalam masa yang panjang,iaitu zaman Classical Antiquity.
Majoriti dari mereka adalah pemanah yang mahir sambil menunggang kuda sehingga digelar bangsa yang mempunyai tamadun pemanah berkuda pada abad ke 18 sebelum masihi.Mereka sendiri menggelarkan diri mereka sebagai ‘skudat’ yang sama erti dengan ‘Archers’ iaitu ‘pemanah’.
Scythia atau Scythae berasal dari kata ‘sceot’ (to shoot = melempar).Sceotta bererti ‘seorang pemanah’.Mereka juga menggelarkan diri mereka scolotai,dari sculas atau sceola yang bererti seorang penembak,pelempar atau pemanah!
Berdasarkan kepada kemahiran bangsa ini yang dianggap sebagai bangsa pertama yang menjinakkan kuda,ada pengkaji yang menyakini sebutan ‘Scythia’ berasal dari perkataan ‘saca’ yang dibaca dalam bahasa Ibrani sebagai ‘sos’ yang bererti ‘kuda’.Oleh itu kita boleh simpulkan bahawa ‘Bangsa Scythia’ ialah ‘Bangsa Berkuda’
Bangsa ini pernah menerobos laluan sempit di pergunungan kaukasus.Nama Caucasus berasal dari kata ‘cauc’ dan ‘sus’. Dua kata ini memberi erti yang sama iaitu ‘kuda’.Kata ‘cauc’ berasal dari bahasa Ibrani atau Aramia iaitu ‘cawc’ atau ‘cowc’ atau ‘cuc’ yang bererti ‘kuda’.Begitu juga kata ‘sus’ berasal dari perkataan Ibrani dan Aramia ‘soos’ yang bererti ‘kuda’(horse).Jadi Pergunungan ‘Cauca-Sus” bererti pergunungan tempat keluarnya bangsa berkuda!
Setelah analisis mendalam dibuat kepada sejarah bangsa-bangsa di padang rumput Eurasia,telah diketahui yang suku yakjuj makjuj Scythia berasal dari ras Indo-Eropah.Beberapa suku yakjuj makjuj ini adalah suku-suku Arya,Xionngnu,Hun,Monggol dan Tartar.semua suku ini di sebut oleh orang arab sebagai bangsa ‘Turk’ iaitu bangsa yang tinggal di sebalik pergunungan utara, yang berasal dari nenek moyang yang sama iaitu Yafits bin Nuh.
Mungkin disebabkan bangsa ini digelar Bangsa Turk,maka orientalis barat atau orang zionis dan kristian mendakwa bangsa yakjuj makjuj (Gog Magog) yang akan muncul di akhir zaman nanti adalah dari orang-orang muslim.Namun dunia digemparkan bila Hanok ben Galutyah telah membentangkan hasil kajiannya berjudul “The Republic of Sakha,Ancient Israelite Residue” tentang penelitian DNA berdasarkan Teori haplogroup pada tahun 2007 yang mengatakan bahawa majoriti orang Eurasia pada hari ini adalah dari keturunan Israel semit bukan daripada japhet sebagaimana yang didakwa oleh sejarawan kristian.
Menurut hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Muslim daripada huzaifah bin Usaid Al-Ghiffari ,sabda Nabi SAW bermaksud :
“Sesungguhnya kiamat itu tidak akan datang sehingga kamu melihat sepuluh tanda tanda sebelumnya.
1.Ad-dhukoon (asap / kabut panas)
2.Dajjal(pendusta)
3.Dabbah(binatang yang akan keluar dari perut bumi)
4.Terbitnya matahari dari sebelah barat.
5.Turunnya Isa bin maryam.
6.Yakjuj dan Makjuj.
7.Gempa bumi di timur.
8.Gempa bumi di barat.
9.Gempa bumi di jazirah arab.
10.Keluarnya api dari Yaman yang akan mengiringi manusia ke tempat berkumpulnya mereka.”
Bangsa Yakjuj Makjuj memang sudah ada pada hari ini,tetapi mereka akan keluar semula secara besar-besaran dari banjaran gunung dan tempat yang tinggi pada akhir zaman menjelang kiamat.Mereka akan bermaharajalela dan membuat kerosakan yang dasyat di mukabumi.Pada waktu itu tidak ada seorang pun manusia yang mampu melawannya.Allah telah memerintahkan orang-orang beriman supaya menghindari mereka atau lari ke tempat aman sehingga Nabi Isa akan berdoa di bukit Tursina Mesir sehinggalah Allah sendiri menghancurkan mereka dengan mengirim virus atau bakteria yang merbahaya yang akan menjangkiti batang leher mereka!
Nabi Muhammad saw pernah bermimpi bahawa dinding penghalang Yakjuj makjuj telah terbuka .Sejarah telah membuktikan kebenaran mimpi nabi itu 600 tahun kemudian dengan keluarnya yakjuj makjuj iaitu pasukan berkuda Bangsa Mongol Tartar pada abad ke 12-13 masihi di pimpin oleh Genghis Khan dan anak cucunya Hulagu Khan dan Kublai Khan.
Dalam al-Quran surah al-Ambiyak ayat 96, Allah telah menyatakan tentang terbukanya dinding atau benteng yang telah di buat oleh Zulqarnain bermaksud :
“Hingga apabila dibukakan tembok yakjuj dan makjuj,dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi”[QS :21:96]
Apakah sejarah seperti penyerangan dari Bangsa Monggol Tartar akan kembali berulang di akhir zaman?
Tahukah anda,walau sehebat manapun Bangsa Monggol itu,mereka pernah dikalahkan di bumi mala…. Bangsa Monggol telah datang ke Nusantara untuk menyerang sebuah Negara di Tanah Jawa abad ke-12…namun mereka dikalahkan oleh satu bangsa misteri di bumi mala…..bangsa itu ialah Bangsa Melayu/Mala…..mereka bukan dikalahkan dengan cara peperangan secara berkuda atau dengan anak panah…tetapi menggunakan satu helah yang licik…bagaimana caranya? …segalanya ada tertulis dalam sebuah kitab lama….Kitab Negara Kertagama namanya….
Nantikan siri berikutnya tentang misi bangsa Mongol menawan nusantara…serta kaitan peranan kuda dalam islam dan peperangan serta apakah peranan pembawa panji Hitam dari Timur!
Apakah kaitan antara kuda dan belalang pula ??? nantikan artikel seterusnya!
Bilakah Panji Hitam dari Timur akan berkibar ?
Wassalam...
Sangtawal Sakranta
6 comments:
bila entry kaum mala ni kalahkan tentera mogul ni lemuar encik sangtawal. ;) menarik
salam buat frodo.
terima kasih...insyaallah akan menyusul nanti.:)
selamat membaca
salam,
saya ada tengok dokumentari history channel pasal ancient warfare tactics or something. satu part ade citer pasal tentera monggol cuba nak menyerang vietnam tetapi berjaya dipatahkan dengan taktik bijak pemerintahnya (dah x igt nama). dia guna booby traps ala gerila.
saya terkejut bila tengok dokumentari tu tak sangka monggol pernah sampai sini. saya lagi terkejut pendedahan tuan ttg invasion atas jawa. tak sabar nak baca detail. ada kena mengena ke dengan vietnam?
azre
salam azre,
terima kasih atas komen.
ya...3000 orang tentera mongol pernah datang kebumi nusantara!
teruskan membaca.
hahaha...hidong utusan diorang kene kerat...
Sedap ni
Post a Comment