Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya apa yang tertulis dan tersiar di Blog ini tidak menyenangkan atau telah melukakan hati anda, atau dengan sebab artikel dan komen-komen dari saya anda semua berkecil hati.Maaf sekali lagi dari saya yang hina.
Kepada mereka yang akan pulang berhari-raya di kampung halaman, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati . Periksalah dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik sebelum bertolak pulang. Saya doakan semoga anda selamat pulang ke destinasi anda dan selamat kembali bertugas semula selepas ini.
Kepada mereka yang masih merasa berbelah bagi untuk pulang berhari-raya atas sebab-sebab tertentu seperti bergaduh dan salah faham dengan kedua orang tua atau adik beradik anda saya merayu agar anda semua pulanglah…. Inilah masa yang terbaik untuk memohon kemaafan dari mereka dan mengukuhkan kembali silaturrahim yang terputus sekian lama. Apa salahnya sekali sekala kita mengalah dan buang ketepi ego kita, kerana permusuhan tidak akan membawa kita kemana-mana, malah ia akan lebih mengusutkan jiwa dan menambahkan derita , ia juga akan lebih menghangatkan bara api neraka!
Apa salahnya kita bermaaf-maafan, kerana ucapan maaf yang tulus dari jiwa tidak perlukan modal wang ringgit atau apa-apa! Cuba anda lakukannya kali ini, saya percaya mutiara jernih dari kelopak mata anda akan menyemarakkan lagi api kasih sayang sesama kita. Alangkah indahnya hidup ini jika ianya selalu dihiasi dengan keriangan dalam keredhaan Allah swt.
Kepada anak yang pernah durhaka kepada kedua ibu-bapa, usahlah kamu berkecil hati sangat dengan apa yang mereka lakukan keatas dirimu. Sesungguhnya budi dan jasa mereka membesarkan dirimu tidak akan terbalas. Ingatlah selalu yang syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Pulanglah sementara mereka masih hidup dan masih tidak berputus asa dari menanti kepulangan kita. Alangkah rugi dan menyesalnya kita jika sekiranya mereka berdua telah pergi terlebih dahulu dari kita ke alam yang kekal abadi sebelum kita sempat memohon keampunan dari mereka!
Salam Aidilfitri dariku : Sangtawal Sakranta.
16 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sangtawal dari peminat blog anda.
-haly-
Salam,
Kami masih ingat lagi,artikel Lonecryer yang bercakap tentang mistik Melayu dan Yahudi keluar di blog SangTawal telah mendekatkan kami kepada antara blogger terawal yang membicarakan topik-topik lain dari yang lain (terutamanya politik).
Itulah Sang Tawal Sakranta...punya gaya tersendiri sebagai blogger.
Salam Aidiifitri dari kami.
-M.O
Assalamualaikum en.Sangtawal
Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada tuan dan para pengunjung blog Sangtawal.
Maaf zahir batin dan selamat mencuba Jus Penggaga Sangtawal di pagi lebaran.
Ramli sirap dan rakan-rakan
Assalamualaikum en.Sangtawal
Selamat Hari Raya diucapkan kepada tuan dan para pengunjung blog Sangtawal. Semoga Allah menerima segala amalmu dan amal kami, amin...
assalamualaikum
selamat menyanbut raya aidilfitri semua dan selamat menunaikan zakat fitrah...umur panjang insyaalah jumpa lagi.......
salam buat haly,M.O,rali sirap & kenkawan,anon@8.35am dan sama...
terima kasih dan sekali lagi, selamat hari raya, maaf zahir batin.
Buat sahabat M.O dan srikandi, semoga dipercepatkan siri alter terahsia bangsa melayu itu yer... tak sabar nak baca... amat menarik sekali dan siri-siri artikel sebelum ini begitu mendapat sambutan ramai.... tahniah!
salam perjuangan demi agama,bangsa dan tanah air dari saya...
wassalam.
Minal a'eedin wal fa'izin.
tidak mahu terlepas juga dalam mengucapkan, 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' maaf zahir batin, kepada Pak Tawal dan juga kepada semua pembaca blog 'sangtawal sakranta'...
Salam buat Sangtawal Sakranta...
Di kesempatan ini, kami ingin memohon Ampun maaf zahir dan batin. Mohon halal segala ilmu yang atok curah pada kami, halal makan minum, terambil harta, terambil kata-kata, mohon diampun segala salah bicara, silap tutur kata, mohon dimaafkan kiranya ada terkasar bahasa terguris jiwa.
Dengan Ucapan tulus ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin. Minal Aidin Wal Faizin, TaqabbalAllahu Minna Wa Minkum, Shiyamana Wa Shiyamakum. Kullu Aam Wa Antum Bi Khoir. Salam 2 Syawal 1431H. SELAMAT HARI RAYA!!!
*Maafkam kami atas kelewatan ucapan hari raya ini...
Wassalam.
-drpd kami, warga kerja bradokapak.blogspot
-drpd sy, 'bradokapak'
-dan juga drpd Orang Gombak.
Salam aidilfitri n semoga gembira bersama keluarga.. trimakasih diatas artikel2 yg terpapar disini, teruskan menulis artikel2 yang luar biasa akukan terus membaca..
Selamat Hari Raya Aidilfitri sdr Sang Tawal Sakranta....
maaf zahir batin.
kewujudan blog sdr memberi tambahan ilmu buat saya... (kira blog sdr nie kategori old timer) :)
terima kasih... semoga Allah memberi rahmat buat sdr.
- bagus dapat tgk iklan2 tu... jrg bukak tv... anak conquer tv-
-abuhakeem-
Salam Aidil Fitri kepada Sangtawal dari Saya dan Keluarga. Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan perbuatan. Semoga persahabatan kita akan kekal terjalin.
Ikhlas dari:
Mad Manggoi n Family
salam semua,
Terima kasih atas ucapan dan selamat hari raya, maaf zahir batin juga diucapkan kepada :
Paneh,zaim zaiman,bradokapak, orang gombak,merah_s ,Abu hakeem dan mad manngoi sekeluarga.!
wassalam.
salam idulfitri utk sangtawal dan semua ikhwan..
inilah hari kita.. tiada lagi rasa ketakutan..
kami ikhwan.
Gen XI Tok Kadok.
salam aidil fitri khusus buat pak tawal sekluaga, jntera pentadbir blog dan pengunjung2 di blog ini. mohon ampun dan maaf segala silap dan salah semasa membri komen/pndpat druangan maya ini.
saya adalah generasi ke 11 tok kadok di lambor kanan yg mana ada mengatakan mitos/cerita rakyat, pd saya ia memang benar2 berlaku cuma segelintir keturunan nya malu meng iakan krana almarhum sebagai kaki judi trmasuk saya sndiri menolak kepercayaan tu atas sbab dari perbuatan yg amat memalukan itu, semoga dosa tok kadok mendapat keampunan dan kemaafan dari Allah SWT, sbab tnpa nya(nasab) saya memang tak ade didunia ini, jadi saya akur dengan trajedi itu yg anggarkan berlaku pada 1528M.
salam,
tombak,
terima kasih atas ucapan dan komen.
Gen XI tok kadok,
Terima kasih atas ucapan.maaf sebab terlambat balas, agak sibuk dan kebetulan blog ini terkena serangan virus malware minggu lepas, menyebabkan saya terpaksa buang banyak link di blog ini buat sementara waktu.
wassalam
Post a Comment