Thursday, September 23, 2010

Pemasyhuran DYMM Sultan Muhammad Ke-5 : Daulat Tuanku!!!



Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di sini pada 13 Sept lepas.

Baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh Baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.


Siapakah Sultan Muhammad I yang sebenar ???

Ada beberapa artikel menarik dari blog Sejarahnagarakedah berkaitan dengan Sultan Muhammad I untuk sama-sama kita baca, kaji dan renungkan :

Artikel 1 : Klik Sini

“Antara petikan menarik dari artikel tersebut yang ditulis oleh anai-anai :

[..Dalam tahun 1800, di negeri Legeh (Kelantan dan Trengganu) bersemayam seorang raja yang memang terkenal dengan ilmu agamanya sehingga berkebolehan untuk menjadi seorang tokoh agama. Nama baginda ialah Tengku Nik Muhammadiah ibni Tunku Mohammad Chan. Ayahanda baginda Tunku Mohammad Chan bergelar Mat Sirat pada suatu ketika pernah menjadi Perdana Menteri Nagara Kedah.

Baginda Tunku Mohammad Chan telah berkahwin dengan Puteri Maharaja China Manchu Islam dan salah sorang dari putera-puterinya telah dilantik oleh Khalifah Sharif Abu Bakar Syah menjadi Raja Legeh bersemayam di Istana Kampung Raja Legeh, Kok Lanas Jeli. Tengku Nik Muhammadiah ini dikenali dalam sejarah Kelantan sebagai Long Muhammad (1800-1835) dan Keramat Tok Bai. Sehingga ke hari nama Al Muhammadiah begitu terkenal di Kelantan dan ia sebenanya merujuk kepada baginda……. ]

Dalam artikelnya yang lain , ada lagi petikan yang menarik tentang Sultan Muhammad I ini :

Artikel ke-2 : Klik Sini


[…Di Kedah, Nik Muhammadiah hidup sebagai orang biasa dan menjadi tokoh agama di Kedah. Baginda menetap di Alor Pak Ngah dimana baginda dipanggil penduduk kampung sebagai Ngah Haji Muhammadiah. Baginda mempunyai ramai anak murid di Kedah yang terkenal diantaranya Keramat Haji Idris (Pekan Titi Haji Idris), Keramat Haji Naik Kayu, Keramat Haji Sheikh Penjarum dan Haji Abdullah Fahim…..]


Semoga bumi Kelantan Serambi Mekah ini sentiasa aman makmur, rakyat jelatanya selamat sejahtera dibawah naungan Payung Duli Tuanku dengan izin Allah swt ! Daulat Tuanku!!!

Semoga Duli Tuanku berupaya dan berazam untuk mengembalikan semula kegemilangan islam dan syiarnya di bumi bertuah ini ! semoga keagungan dan kehebatan kerajaan islam silam seperti Samudera-Pasai -Aceh sentiasa menjadi bayangan kerajaan dan pemerintahan Kebawah Duli Tuanku!

Daulat Tuanku!!!

9 comments:

jmazli said...

salam sang tawal

tahniah di atas permasyhuran tengku faris sebagai sultan kelantan. semoga kelantan akan maju seiring dengan syiar islam....

Anonymous said...

dAULAT tuanku???

"Apabila Mubalig-mubalig Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh mubalig-mubalig Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri. Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ??? Ia adalahNAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam agama Islam"

camana ni bro???
SUMBER;-
http://abatasa2.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_11.html

harap saudara Sangtawal dapat memberi penjelasan.

-kuzy-

Anonymous said...

Utk makluman, secara rasminya seruan Daulat Tuanku telah diganti dengan seruan Allahu Akbar di Istana Kelantan.

Anonymous said...

Kesultanan kelantan ni dari keturunan Siam ke atau dari Patani???

Tumpang tanya je,

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Jmazli,
terima kasih atas komen.maaf sebab lewat balas komen saudara.kebetulan lepas raya agak sibuk dengan urusan kerja dan blog ini juga tidak terlepas dari serangan virus malware minggu lepas.Itu sebabnya saya terpaksa buang link-link tertentu buat sementara di blog ini.
Ya, saya juga doakan semoga negeri kelantan tempat kelahiran saya ini akan maju dan membangun bersama syiar islam dibawah pemerintahan Duli Tuanku.

Kuzy,
Terima kasih atas teguran dan ilmu yang dikongsikan bersama.saya sudah membaca sepentas lalu artikel di blog yg saudara nyatakan itu.Saya akan kemukakan pendapat seorang sahabat saya berkaitan dengan sebutan "Daulat Tuanku" ini dalam satu artikel nanti, insyaAllah.

anon@11.35am,
Terima kasih atas info... ya sememangnya itu lebih baik.

anon@2.52pm
sejarah kesultanan kelantan memang panjang dan berliku... dari era Langkasuka ke-era Patani lama ke patani baru ke era che siti wan kembang-ke era puteri saadong...
kalau nak kata ianya dari Raja Patani seratus peratus pun tidak juga, tapi ia bukan berasal dari siam.[kena perhalusi pula siam mana yang saudara maksudkan itu sebab di selatan thailand ada juga melayu-siam yang beragama islam]

wassalam.

shaby said...

pada pendapat saya..tiada istilah KETURUNAN SIAM..kerana siam adalah nama tempat dan bukannya nama bangsa..THAI adalah nama bangsa menduduki tanah siam..THAI dan SIAM ada 2 benda yg berbeza..

dan saya rasa istilah MELAYU-SIAM macam tak kena..

*saya budak baru belajar

shaby said...

sori kalo ada kesilapan..mintak tunjuk ajak bro..

Anonymous said...

Salam. Ini ada pendapat seorang blogger tentang raja melayu zaman dahulu kala yang berdaulat. http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/search/label/101%20-%20RAJA%20RAJA%20MELAYU%20DAHULU%20BERDAULAT.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

shaby,
terima kasih atas komen.

anon@ 4.07am,
terima kasih atas info, saya sudah baca dan telah postkan di artikel terbaru saya,terima kasih.selamat membaca!