Sunday, December 23, 2012

Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan


Tajuk : Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta 

Rasulullah saw telah bersabda :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dengan sekali cabutan dari manusia, akan tetapi dengan cara mencabut ( mematikan ) para ulamak sehingga apabila tidak ada lagi ulamak yang tertinggal, maka manusia akan mengangkat para pemimpin yang jahil, kemudian mereka ditanya (tentang hukum-hukum di dalam agama) maka mereka berfatwa tanpa berdasarkan ilmu, maka mereka itu sesat lagi menyesatkan (orang lain) “ 
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 

Bila seorang ulamak yang benar-benar berilmu dan bertaraf Mujtahid telah meninggal, maka tinggallah para ulamak yang bertaraf Muqallid (yang hanya dapat mengikuti fatwa yang ada tanpa tahu dalil dan ijtihad) dan orang yang mendakwa mempunyai ilmu serta orang yang masih sedang belajar, mereka dengan sewenang-wenang mengeluarkan fatwa, sedangkan mereka itu tidak layak ( tidak sah ) berfatwa dalam agama Allah. Lalu keluarlah pelbagai fatwa sonsang dan mengelirukan orang awam. Sesiapa yang mengikuti fatwa yang mengelirukan akan sesat. 
( Lihat kitab Fathul Bari,Kitab Al-Iktisham bi Al-Kitab wa As-Sunnah Juz 13, halaman 287  ) 

Oleh itu sekiranya ada ulamak yang merasakan dirinya tidak layak berfatwa tetapi telah mengeluarkan fatwa atau kenyataan yang boleh mengelirukan umat serta menimbulkan pecah belah dalam masyarakat, masih ada peluang lagi untuk menarik balik fatwanya serta memohon ampun kepada Allah swt dan itu adalah terlebih baik baginya. 

Kepada ulamak-ulamak yang yang telah menjual akhirat mereka demi untuk habuan dunia seperti untuk kuasa politik atau harta benda  atau mereka yang telah memperalatkan agama untuk tujuan politik peribadi, semoga cepat-cepat bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka luas dan sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

* [ Artikel ke- 266 Sangtawal Sakranta ]...

12 comments:

Jason Wade said...

Assalamualaikum..ya tuan..banyak sekali ulamak yang mcm tu skarang ni..mcm cendawan tumbuh selepas hujan

Anonymous said...

fathul bari tu org cakap wahabi..baik tuan blogger kaji ucapan dia sebelum post..maksud sy dia bwak fahaman wahabi..

Sangtawal Sakranta said...

Jason Wade,
ya,sangat setuju dengan kenyataan tuan... itulah juga petanda dunia hampir kiamat, maka beringat-ingatlah kita dan waspadalah selalu dengan fitnah Dajjal.

Anon,
Saya tulis... Kitab Fathul Bari bukan Ustaz Fathul Bari.Sila Kaji semula artikel diatas ya.
[sila rujuk buku "3 tokoh bakal menakluk dunia" tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar m/s 95 ]

Anaknda Bertuah said...

Ya benar seperti bicara tuan hamba. Hamba yang kerdil ini setuju dan menyokong pendapat tuan.
Jazakallah.

Anonymous said...

ya saya setuju dengan tuan blog.sekarang ramai ulamak-ulamak seperti saudara sebutkan....mereka mencari habuan dunia dan suka mengeluarkan fatwa yang membabi-buta. minta dijauhkan dari ulamak seperti ini....

Anonymous said...

Imam Malik ra pernah berpesan yg bunyinya lebih kurang begini..'ilmu yg sebenar-benarnya bukanlah tahu/hafal/mengerti ttg Al Quran itu,atau tahu dan hafal banyak hadith2 Rasulullah..tp ilmu yg sebenar-benarnya ialah NUR dari Allah swt yg terletak di hati seorang mukmin..' malangnya,banyak dikalangan kita sekarang pemuda-pemudi Islam mencari ilmu bukan kerana mencari redha Allah,mencari ilmu bukan untuk berjihad tegakkan 99 nama Allah swt di muka bumi ini..tp mencari ilmu untuk mengejar ganjaran duniawi.ya Allah,maafkan dosa2 kami,bukakan la pintu hati pemuda pemudi sahabat2 serta saudara2 muslim kami yg telah lama hati mereka terlena dlm buaian perancangan dan plot musuh2 agama mu ya Allah..dunia ini 360 darjah sudah berada dalam kegelapan.Amin..

parang terbang said...

steady tawal....paham2 la ularmak tu...

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru 2013 kepada Sangtawal Sakranta sekeluarga.

Anonymous said...

ULARMAK MCM2 YG SAYA TAU PERCAYA BAHAWA BANGSA MELAYU PERNAH MENGANUT HINDU DAN BUDDHA DAN TUNDUK MEMBINA PATUNG BUDDHA YG MELATA KONONNYA DITERAJUI OLEH PARTISONSANG. PADA HAKIKATNYA BANGSA MELAYU MEMEGANG AGAMA IBRAHIM IAITU TEGUH MEMPERCAYAI TUHAN ITU SATU.

future phenomenon said...

benar tuan.
masalah umat islam adalah kerana tindakan ulamak yang sering bertelagah dan penyelewangan dari umarak/pemimpin.
kini, kita lihat umat islam makin mundur dan bercerai berai.
hanya ALLAH sajalah tempat kami bergantung.

http://nusanaga.blogspot.com/

Komeng said...

Assalamualaikum saudara sangtawal, blog anda memang best.

Boleh tak saudara buat post mengenai isu kalimah Allah yg sekarang ni dah boleh digunapakai oleh org kapir.

Saya terasa hangat hati, panasss je bila ada org islam sendiri yg mempertahankan kejahilan mereka.

Saya pun jahil tapi saya sayangkan Allah. Saya tak mau nama yg suci ini bakal dicemarkan oleh musuh-musuh Allah.

Saya yakin ini adalah agenda mereka untuk melemahkan kedaulatan islam dinegara ini, saya ambil paham ini hasil dari pembacaan post saudara bab tasauf.

So saya mintak sangat-sangat saudara buat post berkenaan ini. Pasti akan ada yg sokong dan bangkang dan saya nak baca apa hujah sijahil yg cuba membenarkan perkara ini berlaku dan saya nak maki dia.. saya geram.

Kalau tuan pun turut sokong perkara ni, saya pun tak taulah, tuan pun nanti saya nak maki hehe gurau je..

So please ok, salam..

Annakholat Atastokhdevishizar said...

salah sapa?

salah umat Islam sendiri la. Allah suruh berfikir dan mengkaji, tp tok guru/ulamak ajar jgn byk soal. ikut saja apa yg tok guru/ulamak cakap. jadi sekarang umat Islam bertuhankan siapa? Allah atau tok guru/ ulamak?

bila mentaliti x bersoal dan berfikir diterapkan sejak kecil, lahirlah umat Islam berfikiran jumud dan beku. ada juga yg langsung tinggal deen Islam sbb benci dgn kekangan ciptaan ulamak/ tok guru.

apa yg nak dihairankan bila tanda2 kiamat sudah kelihatan merata2? sebahagian besarnya berpunca dari umat Islam sendiri.