Monday, June 27, 2011

Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’



Tajuk : Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Bila kita sebut The battle Of Lepanto, maka akan terkenang kita kepada peristiwa kekalahan pertama tentera islam dizaman Empayar Othmaniah. Walaupun sebelum itu mereka tidak pernah kalah kepada musuh, namun dalam The Battle of Lepanto, mereka kalah dengan teruk dan amat mengejutkan dunia islam.Menang atau kalah dalam peperangan itu adalah lumrah, namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah kekalahan tentera islam kepada tentera Kristian yang mereka gelar “Holy League” (Spain and its territories, Republic of Venice, the Papacy, Republic of Genoa, the Duchy of Savoy, the Knights Hospitaller, and others)

Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak. Ia tersimpan di perut kapal dan sentiasa dibawa oleh raja ke mana saja dia belayar kerana bimbang ianya akan hilang.Tidak pasti ketulan-ketulan emas itu masih terbenam didasar lautan ataupun sudah menjadi milik musuh.

Orang Kristian tidak pernah melupakan detik penting mereka mengalahkan tentera islam iaitu pada 7hb Oktober 1571. Detik dimana mereka merayakan kekalahan tentera islam sambil menyaksikan sebanyak 240 buah kapal perang tentera islam Empayar Othmaniah karam dan mengorbankan nyawa kira-kira 30,000 orang islam berbanding hanya 12 buah kapal perang tentera Kristian dan hanya kira-kira 9,000 nyawa mereka yang terkorban.

Itulah sebabnya pada 7 Oktober pada setiap tahun di gereja-geraja besar Kristian loceng dibunyikan kerana memperingati 'The Battle of Lepanto'.

9hb Julai ini, nampaknya ada pihak yang ingin membunyikan “loceng” besar di tanah melayu bumi berdaulat ini lebih awal. Apakah ini termasuk salah satu dari agenda sulit Dajjal untuk mencetuskan kekecohan dan huru hara di Negara kita?


Sekali lagi buat ingatan kita semua, disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :

[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat:

1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).

2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)

3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”
(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]

Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal, sudah faham segala-galanya tentang dunia, alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat. Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal, adil lagi saksama.

Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat? kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai, kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara. Mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry, iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.

Menurut ahli sophist... kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata... atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi. Natijahnya, siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan, dialah yang benar. Maka natijah seterusnya... kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...

Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan, lalu digantikan dengan "bukti yang sahih". Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai, oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.

Siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem... kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri, pengikut Nabi Musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.

Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka... iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah (land barons)

Oleh itu selalu saya tekankan disini... menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist [bukan semua] , yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang... mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen... sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah, berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...

Semoga Allah swt sentiasa mengekalkan keamanan dibumi bertuah ini. Amin.

Apapun yang akan terjadi, kita perlu bangkit dari kekalahan dalam The Battle of Lepanto yang pertama!!!


*[ Artikel ke 228 Sangtawal Sakranta ... ]


15 comments:

Anonymous said...

Salam, belum puas membaca posting sedar-sedar dah ke perenggan terakhir. Mohon dilanjutkan lagi..
,Membarapi

Pakteh said...

Setuju benar dengan nukilan tuan blog

OrgOrg said...

demo ni salah satu cara halus utk mempertikaian

1.agama
2.raja
3.kakitangan awam
4.agensi kerajaan

ia juga alat utk para subversif utk melakukan provokasi terhadap negara

Anonymous said...

artikel yg bagus..boleh x dilanjutkan crita tentang peperangan tu..

*lebih sronok bca kisah peperangan dari citer politik..

Anonymous said...

tuan,
saya rasa sudah smp masanya kita menjahanamkan sistem demokrasi di msia dan gantikan dgn sistem pemerintahan berasaskan seorang ketua yg bukan diangkat melalui pilihanraya aka demokrasi. x kisah namanya amirulmukminin/ydp agong/diktator/raja/sultan janji kuasa mutlak pd ketua tersebut. kalau ada pemisahan pun pd judicial system shj. lihat balik sejarah umat islam sama ada empayar abbasiyah, fatimiyyah, uthmaniyyah, andalusia mana ada guna demokrasi. sbb Allah kita satu maka raja kita pun mesti satu. itulah sunnatullah.

jentayu

Anonymous said...

camner bersih tu bole dapat restu ahli agama. tongong tol..nak sangat orang kafir perintah kan. tunggu je lah pembalasan Tuhan. bila bala Allah turun. tak kira la alim ulamak ke alim ularmamak ke. semua disapu bersih.

Anonymous said...

kpd penyokong bersih diharap membaca entry ini

berasiam said...

Salam, satu perspektif yang di luar dari kebiasaan. Ramai yang keliru di antara bersaing dengan parti lawan dan menentang pemerintah. Diharap dapat tuan menukilkan kisah Abu Dzar al-Ghifari pada zaman Khalifah Saidina Uthman Al-Affan untuk renungan bersama.

Anonymous said...

Bila terlalu taksud mengejar kuasa dan telah beraja diminda apa sekali pun fakta dan sejarah akan dilupakan. Kalau org yang berfikiran waras akan mengkaji sejarah Islam kejatuha dan kebangkitan agama Islam satu ketika dulu. Tapi umat Islam dan bangsa Melayu yang seagama di Malaysia ini lebih suka memilih pepecahan dan hanyut dengan hasutan bangsa lain. Fikirlah....

Anonymous said...

Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

Anonymous said...

Masalah nya org melayu ni banyak sgt ber theory tapi tak buat apa2....suka berkhayal untuk membangunkan islam tapi tak buat apa.....ingin jadi bani tamim tapi tak buat apa.....tengok afghanistan....tak byk cakap tapi byk buat keje, latihan rohani dan jasmani byk dibuat disana....tu sebab bani tamim muncul dari sana....org malaya ni adesssss.....byk sgt khayal dan theory sana sini

fadz said...

sangat setuju dengan kenyataan ini..

Pemimpin tanpa nama said...

Bani tamim kena tipu hidup2 jika tiada ulama yg mengajar akan erti kehidupan islam...

Pemimpin tanpa nama said...

Saya pernah bermimpi kehancuran ummat islam di malaysia adalah kilang2 makanan dan kebendaan. So berhati2 lah dgn produk makanan drpd kilang. Dr Mahathir semasa membacakan wawasan 2020 menjadikan malaysia sbg negara perindustrian seiring dgn wasasan isreal membentuk new world pada tahun 2020. Apa yg sy mimpi menjadi kenyataan. Sy pernah ada baca satu artikel dajjal akan menzahirkan diriNya pada tahun 2020 kerana perang dunia ke 3 akan berlaku pada tahun itu seperti yg dikabarkan oleh yahudi. Maka sblm tahun itu orng kristian mahu mengkafirkan semua ummat Islam tanpa sedar dgn membawa ajaran yg merosakkan akidah dan sesat wpon berunsur agama. Fikirkan pesanan sy dr bangsa timur.

lisa said...

Hello people!!!??? My name is Esnard McCarthy and I live in Nevada,U.S and
I am a full member of the Illuminati brotherhood, am among the 1252 lodge,,???,I
was ordained by the Grand-master to go out to the world and bring
more members to the Illuminati,?so I was requested to bring 400
members into the brotherhood,,I have 210 members now, am
looking for only 190 people to go,?I am sure you want to be among
the 190 people that will be earning $500,000 per month and a brand
new car,,?so add me up now so we can achieve this great chance
of being rich for?...your life will change for good.so don't miss this
chance of being rich for life email me via brightiluminati666@gmail.com? or add me on Whats-app  +593960127139.