Wednesday, March 24, 2010

Hayat Ini Pesona, Dan Jiwa Kita Dahaga.


Lagu- PASRAH- Sheqal:

Sentuhan cahayaMu,
Menyinar memancarkan seri,
Dalam Qalbuku,

Bisikan KalimahMu,
Mendayu mendamaikan,
Hati sanubariku,

Pernah aku terlupa,
Dan pernah hidup berpura.

HadirMu beri hidayah,
Insaf membuka hatiku pasrah.

Hayat ini pesona,
Dan jiwa kita dahaga,

Silau pandangan mata,
Usahlah hati terpedaya,

Hidup ini kembara,
Memburu sejuta makna,

Mengajar erti dewasa,
Insaf membuka hatiku pasrah.



*******

Sangtawal Sakranta

14 comments:

Panglima Perang Cyber said...

salam.

saya ingatkan sajak ditulis oleh Sang Tawal.

Apa kata buat satu.

menghiburkan jiwa jiwa dahaga di alam siber.

ada satu lagu sheqal tajuk 'kebangkitan'

ada jumpa?

abu Fawwaz said...

Salam saudara Sangtawal.

Haha saya juga ingatkan sajak tadi. Hmm memang baik untuk pencerahan minda.

Saudara, saya ingin minta bantuan saudara untuk menghuraikan maksud hadis ini:

Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Apakah maksud:
1/ "Guunug Qaf"
2/ "laut di sebalik Gunung Qaf"
3/ "ikan"
4/ kenapa orang yang menangkapnya "lumpuh", dan
5/ "ikan itu menjadi batu"

Saya harap saudara dapat membantu atau dapatkan dari mana sumber untuk pencerahan.

Terima kasih.

Sangtawal Sakranta said...

salam P5,
Lama tak bertandang ke teratak sangtawal.terima kasih atas kesudian P5. ya, itu lagu sheqal, cuba hayati kata-katanya itu! mendalam maksudnya.
oh ya... tak jumpa lagu 'kebangkitan' tu.... ada URL atau link ke lagu tu?
tentang sajak tu...insyaAllah saya akan tulis ... buat jiwa-jiwa yg dahaga di alam cyber! he he he..

Tahniah atas sambutan dan perjuangan P5 dlm BPN !!!

Abu Fawwaz,
terima kasih atas komen.
Soalan tuan itu agak mencabar juga :), insyaAllah saya akan carikan jawapannya.Kat mana saya boleh rujuk hadis kat atas tu?

"air jadi hidupan jadi batu jadi besi jadi air kembali!"

wassalam.

Cheguman... said...

hamba pun menunggu jawapan. Barangkali Panglima boleh jawab kot?

Abu Fawaz said...

Salam sdr Sangtawal.

Ia saya dapat dari http://akhzaman.blogspot.com/p/wahyu-terakhir-yang-diturunkan-kepada.html

kisah Wahyu Terakhir... ia disampaikan oleh baginda semasa menati Malaikat Izrail menjalankan tugasnya. Kata-kata itu disampaikan oleh Jibrail untuk menenangkan hati Rasulullah SAW menghadapi sakratul maut.

Terima kasih. Tolong ya?

Sangtawal Sakranta said...

Salam buat sahabatku cheguman,
terima kasih atas kunjungan!ya, sama-sama kita cari huraian hadis tu, kalau sesiapa ada info boleh berkongsi ye. maksud hadis tu sangat mendalam, laut, ikan, gunung tu ayat perlambangan saja.... betul ke cikgu?

buat P5, saya dah tengok youtube rakaman tok guru ayah lah pondok geting tumpat berkaitan dengan siapa wahabi dalam blog parpu kari... menarik kata-kata tok guru P5 tu.

Abu Fawwaz,
saya dah baca artikel di link yg saudara bagi tu,menarik artikel tu. memang sedih dan sayu bila membacanya, ia adalah cerita disaat-saat akhir hayat Rasulullah , oh ... hadis tu dari Anas Bin Malik( ini yg saya maksudkan rujukan dari komen di atas), insyaAllah kita usahakan utk mencari huraian dan maksudnya.

wassalam

Ihya-Ulumiddin said...

@sangtawal dan abu fawasz

saya sebenyar pn masih terfikir-fikir ttg Gunung Qaf kerna saya diajar oleh guru saya dlm sebahagian doa selepas zikir menghadiahkan Al-Fatihan kepada para mukmin & mikminat yang meninggal dunia dibelah timur,barat,kanan dan kiri dari Gunung Qaf ke Gunung Qaf,sejak Mulai Nabi Adam a.s hingga ke hari kiamat."

Waallahualam. sy masih pn masih belum temui jawapannya.

tetapi mungkin ade kaitan dengan surah Qaaf.

sangbogoroyo said...

Orang mencari dan mengenal erti atas dasar sendiri-sendiri
Hidup tanpa hidup adalah mati
Nyata dalam pentafsiran hakiki tentang maksud keempunyaan dan serah-kembali
Manusia sewajibnya diajar tentang menjalani kesempurnaan
Mengangkat darjat diri ke makam agung
Mentahkik yang setitik dari mana asalnya dan ke mana tempat kembali.

Belajar dan menerima faham daripada kurnia dan anugerah
Atas campakan taufik dan hidayah ke dalam qalbu manusia
Setelah itulah engkau diiktiraf sebagai manusia-manusia yang yakin dan percaya.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

salam,

Sajak dari PPQSI

Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk orang-orang yang mendustakan.

milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?

milik Allah..

Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat.

Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya.

Orang-orang yang merugikan diri sendiri, maka mereka tidak beriman.

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang.

Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

kambeng said...

salam saudara sangtawal.

blog mistisfiles ade masalah ke.. saudara tau tak kenapa dah tak boleh bukak blog tu..

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

ihya,
mungkin juga tu...

Adik sang,
menarik kata-kata pujangga tu :)
isteri dah selamat bersalin ke?
baby boy ke girl? moga bahagia selalu!

PPQSI,
terima kasih atas sajak tu.
macammana nak beza antara sajak dan ayat al-quran dalam sajak diatas?

kambeng,
he he he, nape pilih nama kambeng?
saya pun masih tak tahu perkembangan terkini M.O

wassalam.

sangbogoroyo said...

salam,

Alhamdulillah isteri dah selamat melahirkan sorang baby gurl. Sekarang nak tunggu tok ayahnya belah mulut.

Sangtawal Sakranta said...

salam adik Sang,
Tahniah! cepat dapat menantu nanti:)

sangbogoroyo said...

salam,

aaminn