Tuesday, March 30, 2010

Hadis yang Diulang-Ulang !



Tajuk : Hadis yang Diulang-Ulang !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Sebelum meneruskan artikel ini, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.Bukan niat saya untuk mencari permusuhan, tetapi adalah berniat menegur saja demi kebaikan bersama.

Petang kelmarin, sebelum masuk waktu maghrib, saya menerima satu soalan yang agak berat dari anak lelaki sulung saya yang berumur 10 tahun.Soalannya begini :

“Ayah, benarkah Allah itu mempunyai tangan seperti kita ?”. Saya terkejut dengan soalan itu, lalu saya menjawab : “Kenapa Along bertanya begitu?”. Dia menjawab : “Along bertanya begitu kerana setiap kali nak masuk waktu solat magrib TV selalu mengulang-ngulang satu hadis yang berkata Allah membentangkan tanganNya!.

Saya terkejut dan termenung sejenak dengan jawapannya itu.

Memang benar, petang kelmarin pun ada Hadis yang disebutkannya itu. Kalau tak silap saya Hadis tu dari Abu Musa yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari .Saya tak ingat sepenuhnya hadis tersebut tetapi maksudnya lebih kurang begini: Allah Azza Wajalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat hambaNya pada siang hari dan Allah membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat hambaNya di malam hari ( ada lagi sambungannya tapi saya tak ingat, maafkan saya dan jika ada pembaca yang tahu berkaitan hadis ini, agar boleh membantu dalam ruang komen dibawah).

Memang baik usaha menyiarkan hadis tersebut, tetapi saya mula terfikir mengapa ia selalu diulang-ulang, bukankah banyak lagi hadis-hadis sahih dari Bukhari dan Muslim yang boleh kita siarkan? Mungkin boleh disiarkan secara bergilir-gilir setiap hari.Itu Cuma cadangan saya.

Apa yang paling saya takuti ialah siaran yang berulang-ulang itu akan melekat dalam fikiran anak-anak kita dan seterusnya ia akan menimbulkan satu persepsi yang kita semua tidak mahu menerimanya (minta dijauhkan!) bila mereka meningkat dewasa nanti , iaitu mereka nanti akan menganggap Tuhan atau Allah swt itu bersifat seperti sifat manusia, mempunyai tangan,kaki dan sebagainya. Dari sudut psikologi pula, pengulangan sesuatu fakta secara berterusan akan menimbulkan satu kesan yang mendalam dalam fikiran dan sikap kita.

Memandangkan saya bukan ahli agama atau pakar hadis, maka saya pun jawab la soalan anak saya tadi dengan cara yang termampu oleh saya ,namun jauh disudut hati, saya bimbang sekiranya apa yang saya jelaskan itu masih tidak boleh diterima oleh akal dan hati anak sekecil itu.

Semoga pihak yang berkenaan “ambil peduli” dengan apa yang saya utarakan ini.Kalau boleh,hentikan siaran berulang hadis tersebut dan siarkan hadis-hadis lain yang lebih sesuai sebab masih banyak hadis-hadis Nabi saw yang lain berkaitan dengan fadhilat dan kelebihan Solat umpamanya.

Jika saya tersilap,maafkan saya dan jika cadangan saya ini tidak diterima,abaikan saja.Saya sekadar menyuarakan rasa hati saya saja.Mungkin selepas ini ada komen yang menyuruh saya komen tentang siaran lain terutamanya yang mendedahkan aurat dan melalaikan kerana apalah sangat siaran hadis tersebut yang masa siarannya beberapa minit saja itu berbanding dengan siaran lain (yang melalaikan) yang berjam-jam lamanya. Itu terpulanglah kepada anda semua !

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

41 comments:

Anonymous said...

Biasalah bab ugama ni memang pihak media kurang ambil perhatian.

Azan kat TV (RTM & TV3 sama je) tu, gambarnya entah dah berapa tahun - entah-entah dah lebih 10 tahun. Macamlah Islam itu statik dah tak berubah utk kemajuan. Kita org Melayu ni bukan kaki komplen - terima je.

Tapi bab hiburan, lepas 1 bulan dah tukar. Peka sungguh RTM & TV3 dgn hiburan ni !!!

Hanya pendapat.

Nani Cheras

Sangtawal Sakranta said...

salam saudari Nani cheras,

Terima kasih atas komen dan pendapat.

Memang kita tidak nafikan bahawa Media hiburan dunia amnya dikuasai oleh bukan islam.Oleh itu mereka yang beragama islam yang terlibat dalam media tempatan janganlah mengikut rentak "mind Control" THH je.

satu lagi,sejak kebelakangan ini banyak pula cerita-cerita hantu dan seram yang disajikan, kenapa ye? dahlah siarannya dekat waktu magrib, naik toncang dan berpesta sakan la setan-setan kat luar tengok manusia sedang menghayati cerita seram diwaktu senja!

Betul kata saudari tu,orang melayu ni kurang komplen, mengapa ye? mungkin ada perasaan inferior dlm diri ke tak tahu lah.

mereka yang terlibat dengan perkhidmatan secara direct dengan pengguna/pelanggan seperti dikaunter-kaunter memang mengakui atau memang perasan yang bangsa lain kuat komplen berbanding bangsa kita.Betul tak?

wassalam.

zairi said...

melayu bab ni kurg melatah.. tp cuba bab politik... mesti laju ja...

logelamutp said...

Salam sangtawal...maaf terkeluaq drpd tajuk..

cuba lawat lmn web ni :)

http://adukataruna.blogspot.com/2010/02/setiap-genetik-melayu-adalah-lemah.html

tarakoko said...

Sangtawal..pada saya, orang melayukan memang macam tu. Nama pun bangsa yang disembunyikan. Sampai masa nanti, bila dah tidak tahan, meletuslah segala-galanya sampai THH pun x dapat melawan.. InsyaAllah.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

zairi,
setuju sangat dengan anda!

logelamutp,
Tak semua yg dikatakan oleh adukateruna itu betul.

tarakoko,
insyaAllah! melayu islam bani jawi akan bangkit semula dari lena yang panjang!

wassalam.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

1. Tugas bapa sebagai Nakhoda yang memimpin sebuah rumah tangga adalah bertangungjawab untuk mengisikan jiwa anak-anak dengan kalamullah.

2. Kebanyakan ibubapa sekarang begitu mengambil berat tentang kebolehan anak-anak dalam mengaji Al-quran dengan menghantar kerumah-rumah ustaz dan juga yang berkemampuan dapat memanggil ustaz mengajar dirumah mereka. Belajar Al-quran adalah wajib dan amat perlu untuk anak-anak kita dapat memebaca dengan baik dan tajwid yang betul.. Syabas kepada Ibubapa yang prihatin itu. Dalam masa yang sama sebenarnya seorang Bapa perlu juga membantu anak-anak untuk memahami kalamullah itu.

3. Jika kita membaca dan melagukan ayat-ayat Al-quran tanpa kita memahaminya kata-katanya maka sama lah seperti burung yang mampu menyebut ayat-ayat Allah swt tapi tidak memahami apa-apa.

4. Sebagai orang melayu adalah amat rugi rasanya jika kita tidak membaca terjemahan sehingga Khatam, sebagaimana kita membaca dalam bahasa arab. Sebelum kita nak suruh anak baca maka bapa kena lah baca dulu. Susah kita nak galakan anak kita kalau kita sendiri pun tak membacanya..

5. Apabila anak-anak memahami kalamullah maka mereka akan mengenal Allah swt maka persoalan berkaitan "tangan" Allah swt seperti yang diutarakan oleh Sangtawal ini tidak timbul. Bapa sebagai ketua rumah tangga akan mampu menjawabnya dan mampu menerangkan dengan jelas kepada anak2 kita.

6.Apabila bapa-bapa di malaysia ini dapat menerapkan pemahaman kalamullah ini kepada anak-anak barulah generasi Islam kuat dapat di bangunkan.. kalau boleh kita tukar la generasi yang ada sekarang ini kepada generasi yang benar-benar memahami kalamullah dan tujuan mereka lahir kedunia ini.

7. Insyaallah jika pemahaman kalamulah ini diterapkan kepada anak2 kita pasti mereka tidak akan terkeliru di antara Allah swt sebagai pencipta dengan manusia makluk yang dicipta.

Salam Perkongsian PPQSI dengan ayat ini.

Aku berlindung dari sayitan yang di rejam..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah Yang Maha Esa.

Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan

Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Sekian, terima kasih

Just for sharing..

Kitab Turas said...

salam sangtawal..
berkenaan hadith tersebut.. tangan-NYA tu bermaksud atas sifat Ar-Rahman (pengasih) & Ar-Rahim (penyayang) menerima taubat hamba-NYA.. kn DIA maha pengampun..

sama juga dgn hadith "tangan Allah diatas tangan2 mereka" tafsir tangan allah ialah rahmat Allah diatas tangan2 mereka..

begitu juga dgn hadith Muslim ertinya: "apabila memukul salah seorang kamu akan saudaranya, makan jauhilah memukul muka krn tuhan menjadikan Adam atas rupa-NYA".. dlm satu riwayat "Allah menjadikan Adam atas rupa Tuhan yg Rahman.. Tafsirnya Allah menjadikan nabi Adam sesuai dgn kehendak-NYA.. bukan wajah allah seperti wajah nabi adam..

seperti ayat 5 dlm surah thoha.. Ar-Rahman duduk diatas arasy..
Tafsirnya bukan Allah SWT duduk diatas arasy spt ini sambil menunjuk kn cara duduk yg ibnu taimiyah (ulama' yg sering digunakan oleh wahabi)tafsir kn tu.. yg dimaksud kn oleh ulama' tafsir ialah.. arasy adalah tpt yg tertinggi.. apabila ayat "DUDUK" itu bermaksud menguasai..
bukan duduk seperti makhluk.. sebagai contoh:- amerika memduduki iraq.. bermaksud Amerika menguasai iraq..
so apabila menguasai arasy (tpt yg tertinggi) bermakna secara x langsung semua dibawah arasy termasuk didalam penguasaan-NYA..

berhati2 saudara dlm mentafsir Ayat Al-Quran & hadith.. menurut Imam Sanusi punca jatuh kafir ade 6perkara.. salah satu punca jatuh kafir ialah mentafsirkn Al-Quran & hadith tanpa merujuk kpd ahli2 tafsir (secara membuta tuli)..

wassalam..

hambafakir said...

"Allah Azza Wajalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat hambaNya pada siang hari dan Allah membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat hambaNya di malam hari"


seringkali kita bertanya apekah yg bermaksud tangan ataupun duduk .. dan ia juga banyak kali di sebut dlm al quran... pernyataan tersebut tidak bukan hanyalah melambangkan kekuasaan dan kehendak dia.. acapkali dibentangkan hujah oleh puak-puak wahabi untuk menyesatkan akidah tauhid org islam terutamanya.. elakkan daripada fahaman wahabi yg menyesatkan ..
wassalam

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Allah tidak menyerupai dengan suatu apa pun.

Apa yang kamu gambarkan tentang Allah swt semuanya adalah salah dan ianya daripada syaitan..

Apa yang kamu perlu buat adalah melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang dilarang..

Kitab Turas said...

salam saudara PPQSI..
Allah tidak menyerupai dgn sesuatu apa pun.. sgt benar.. sesuai dgn sifat Allah SWT yg ke 4 mukhola Fatuhu Lilhawadis ertinya bersalahan Allah SWT dgn segala yg baharu samaada pd zatnya, atau pd sifatnya atau pd perbuatannya dan sama ada yg baharu yg telah ada atau yg belum ada. Maka hakikatnya ibarat drpd menafikan tuhan berserupa dgn yg baharu pd zatnya atau sifatnya & perbuatannya (petikan dr Kitab Risalatut Tauhid m/s17 karangan Hj. Abdul Ghani Yahya & Hj. Umar Yusuf)..

Bukan taraf kite mentafsir kn Al-Quran & Hadith sesuka hati.. rujuk lah para ulama'2 tafsir..

memang apa yg kita gambarkn tu salah tetapi jika di suluh dgn kitab2 ulama' tafsir maka akan bertemulah jawapannya..

wassalam..

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

PPQSI,

1.setuju dengan kamu.tugas setiap ibubapa sepatutnya begitu.

2.semoga setiap ibubapa sentiasa mengambil berat akan perlunya mereka dan anak-anak mereka belajar dan memahami al-quran serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhkan segala laranganNya.semoga kesedaran ini berkekalan dan bertambah!


3.Semua yang dijadikan oleh Allah swt bukan sia-sia.ucapan burung itu adalah zikir dan puji-pujian yang sungguh bermakna kepada Allah swt, malah ada nabi dan rasul yang diberi mukjizat boleh bercakap dengan burung.bukankah dalam Al-Quran diceritakan perihal burung-burung ni, kisah percakapan mereka dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman?

4.memang benar,pada mulanya kita hendaklah membaca dan memahami terjemahannya dalam bahasa kita.Tetapi lebih baik lagi sekiranya kita belajar bahasa arab dan membacanya pula dalam bahasa arab dan berbahagialah dengan menyebut al-quran itu dengan bahasa Rasulullah saw sebagaimana ia diturunkan dan berbahagialah mereka yang selalu membacanya.

5.Tidak semua anak mampu memahami kalamullah dalam usia kecil dan tidak semua ibubapa mampu menerangkan ilmu tauhid berkaitan ketuhanan kepada anak-anak mereka.kita cuba sedaya mungkin dan Allah lah jua yang memberikan kefaham buat kita.

6.itu cita-cita dan impian kamu,begitulah juga impian saya.insyaAllah kita doakan dan usahakan.

7. ya, semoga kita dan generasi masa depan akan lebih memahaminya.

* Hanya tiga soalan saja dari saya buat saudara PPQSI:

a) Ada berapa kalikah perkataan "Tangan" atau dalam bahasa arabnya "aidi" disebut didalam al-Quran?

b) Jika tahu berapa bilangan jumlah "Tangan" yang disebut, sila berikan pula berapakah jumlah bilangan ayat yang mengandungi perkataan "Tangan" tadi?

c)Secara umumnya, perkataan "Tangan" didalam Al-Quran merujuk kepada 3 pemilik iaitu merujuk kepada Allah,manusia dan malaikat, jadi berapa kalikah penggunaan perkataan "Tangan" itu untuk Allah,manusia dan malaikatnya?

wassalam.

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

Kitab Turas,
terima atas perkongsian ilmu dan huraian hadis yang amat berguna.

Hambafakir,
terima kasih.semoga kita semua dijauhkan dengan fahaman wahabi itu.

PPQSI,
kata kamu:
"Apa yang kamu gambarkan tentang Allah swt semuanya adalah salah dan ianya daripada syaitan.."

Bagaimana pula pandangan PPQSI dengan kata-kata mereka dibawah ini tentang apa yang mereka nampak:

1).Sheikh Abdul Qadir Jailani:

“Orang-orang yang merindukan Allah hatinya mempunyai mata.Mata hatinya melihat segala sesuatu yang tidak di lihat oleh penglihatan biasa.
Hati mereka mempunyai sayap yang terbang tanpa bulu,terbang ke malakut Rabbul A’lamin”
[ Sirrul-Asrar, m/s 28]


Hati juga dikatakan tempat Ruh Ruhani.Alatnya adalah Tariqat.Tempat Ruh Sulthoni pula adalah ‘Fuad’ iaitu mata hati.Alatnya adalah makrifat.Hati mestilah dihidupkan selalu melalui zikir dan ingatan yang berkekalan pada Yang Maha Pencipta.Hati yang suci bersih tempatnya di bawah Arasy Allah sebagaimana dengan sabda Nabi SAW “ Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang jasadnya di bumi dan hatinya di bawah Arasy Allah”.Kata Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya Sirrul Asrar : [Melihat kepada Allah di dunia tidak akan berhasil.Yang dapat dilihat di dunia adalah sifat-sifat Allah pada cermin hati.

2). Saidina Umar berkata :
“hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”.manusia akan melihat pantulan ‘jamalullah’ pada cermin hatinya”].

3)Imam Al-ghazali juga berkata:

“Hidupnya hati adalah ilmu,galilah ia.Matinya hati adalah bodoh,maka jauhilah ia.”.Hidupnya hati membuahkan iman dan takwa yang mantap ,itulah sebabnya orang yang benar-benar beriman,bila disebutkan nama Allah kepada mereka,maka gementarlah hati mereka.Firman Allah di dalam surah Al-Anfal,ayat 2 bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka” kerana “hatinya tidak mendustakan apa yang dilihatnya”(An-Najm:11).

4). Kata saidina Ali pula:

”Aku tidak beribadah kepada Tuhan yang tidak aku lihat”.

Alangkah ruginya orang yang buta hatinya dan tersesat dari jalan yang benar.

Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 72 bermaksud : “ dan barang siapa yang buta(hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat(nanti) ia akan lebih buta pula dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).

Apa yang dimaksudkan buta dalam ayat diatas ialah buta hati seperti firman Allah dalam surah Al-hajj ayat 46 yang bermaksud :

"Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,ialah hati yang di dalam dada”

Menurut Sheikh Abdul Qadir al-Jailani lagi:

"Penyebab utama kebutaan hati adalah kerana lupa yang menutupi hati setelah manusia berjanji di alam Arwah.Yang menjadi penyebab lupa adalah bodoh terhadap hakikat urusan ketuhanan.

Kebodohan ini timbul kerana hati terselubung oleh sifat sifat zalim seperti;
sombong,dendam,dengki,kikir,
ujub,ghibah(mengumpat),
namimah (mengadu domba),bohong dan sifat sifat tercela yang lain.

Sifat-sifat inilah yang menyebabkan manusia jatuh ke jurang yang terendah.

Adapun cara menghilangkan sifat-sifat yang tercela tadi adalah dengan membersihkan cermin hati dengan alat pembersih tauhid dan dengan ilmu serta amal;dan berjuang dengan sekuat tenaga secara lahir batin sehingga ia menghasilkan hidupnya hati dengan cahaya tauhid dan sifat-sifatNya”

[ Sirrul Asrar, m/s 88)

wassalam.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Kitab Turas:

Tak payah la kamu pandai2 nak tafsir.. Ambo ni hanya ambik kata-kata Allah swt...

Ambo tak tafsir apa-apa. Kenapa pulak kamu pandai-pandai nak tafsirnya.


Janganlah kamu pandai-pandai nak tafsir kerana manusia yang buat tafsir pun belum tentu betul pun.

Aku memang tak mahu nak tafsir apa-apa.. Cuma ayat tu aku tulis ikut bahasa melayu kalau aku tulis ikut arab pun mu tak faham pulak.

"Allah tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun" - itulah ayatnya ambo tak buat tafsir apa.. Adakah kamu tak faham dengan ayat tu sehingga mu nak tafsir macam-macam.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Sangtawal,

Ambo sebenarnya tak pandai nak mengada-gadakan istilah tangan yang demo maksudkan itu..

Setakat kita nak fikir istilah tangan yang di umpamakan dalam Al-quran itu, cukup lah demo menduga-duga ikut fikiran demo yang sememang terikat dengan ruang masa, fikiran manusia ada limit dia..

Kalau demo dok gambar bahawa tangan allah, tangan malaikat atau tangan iblis serupo dengan tangan yang ada pada manusia gak berat la..

sesungguhnya manusia ini diberikan ilmu hanyalah sedikit sesungguh ilmu Allah swt amat luas.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Sangtawal,

1. Kawe tidak kata baca Al-quran dalam bahasa rasullulah saw itu tidak perlu malahan ianya wajib di pelajari oleh semua, cuma ambo kata memahami kalamullah itu adalah lebih penting.

2. bagi kita orang melayu yang melalui pendidikan di negara ini secara realitinya sekarang tidak ramai ibubapa yang mampu menguasai pemahaman Al-quran dalam bahasa arab.. Amat ramai ibu bapa yang mampu membaca dengan baik baca Al-quran dalam tajwid yang betul tetapi amat-amat sedikit yang benar2 memahami maksud yang di ucapkan oleh mereka.

3. Oleh yang demikian saya menyarankan kepada ibu bapa yang membaca perkongsian ini untuk cuba memahami Kalamullah itu.. Jangan hanya mampu melagu-lagu tetapi kita tak tahu apakah makna yang sedang kita ucapkan.

4. Apabila ibubapa mampu memahami kalamullah itu maka mereka dapatlah menerangkan kepada anak-anak dan dapat membezakan antara Pencipta dengan makhluk yang di cipta.

5. Perkara yang mula-mula ibubapa kena buat mereka sendiri tu kena baca perabis dulu kalau mereka sendiri pun malas payah la nak nasihatn anak2. Serupo demo royat tu la manusia ni kalu buta hati di dunia maka mereka jugak buta di akhirat. Apa2 pun pesanan kawe konsep "iqra' tu perlu iaitu "baca" dulu.

6. Ini belum baca, pakat dok buat kesimpulan dan macam-macam pandangan diberikan,tak boleh baca terjemahan takut salah tafsir la, gitu la, gini la.. Ambo suruh baca bukan suruh tafsir.. habis baca tu nak baca gapo pun boleh la.. macam2 kitab ada kat pasaran boleh tahan beli.. semua tu adalah penghuraian manusia daripada kunci asalnya Al-quran itu Kalamullah yang Qadim..

Selamat mencuba kepada ibubapa yang ingin memahami kalamullah.. Tidak ada sedikit dosa buat kamu kerana membaca Al-quran terjemahan itu hingga habis. jangan kamu ditakuti oleh orang yang berfikiran sempit berkaitan dengan konsep "IQRA" Bacalah..


Semoga sahabat memahami apakah maksudku yang sebenarnya.. Hanya Allah swt yang mampu memberikan pertunjuk kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki..

Kitab Turas said...

salam saudara sangtawal..
maaf menggunakan ruangan comment saudara utk berhujjah..

saudara PPQSI..
saya tidak PANDAI2 tafsir ayat al-quran.. saya memahami al-quran berpandukan ulama'2 tafsir.. dan kata2 ulama' itu yg saya pegang.. takut2 tergelincir dr landasan yg benar.. kita tidak arif akan ayat mutasyabihat.. jadi rujuk lah pd yg alim..

wasil bin ato' jugak hafidz al-quran lagi pulak boleh mentafsir bahasa arab.. akhirnya matinya didalam kekafiran.. puncanya kerana salah ertikan ayat2 didalam al-quran .. Sila rujuk kitab Siyarus Salikin karangan Syeikh Abdus Somad Palimbani..

didalam kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Al-Fathoni m/s 49 ade menerangkn akan menta'wil akan ayat2 mutasyabihat..

belajarlah saudara.. sesuai dgn hadith nabi SAW "Tuntutlah ilmu itu dengan belajar".. Islam bukan agama fikir2.. dalil & nas lah yg boleh dijadikan bukti kesohihan sesuatu..akal tidak boleh dijadikan hujjah.. akal sekadar membantu utk memahami..

wassalam..

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Kitab Turas,

Bagus la kalau awak tak buat tafsir.. Bacalah kata-kata Allah swt tu sahaja tanpa awak mentafsirkan..

Jika ada yang tak jelas apabila melibat ayat mutasyabihat maka sesungguhnya Allah swt membuat perumpamaan supaya manusia yang mempunyai akal dapat berfikir...

Jadi awak kena fikirlah la dengan akal yang awak ada tu, jika awak kata nak rujuk dengan orang alim bagus la tapi, yang paling penting diri kita sendiri kena fikir jugak jangan dok main dengar daripada orang lain sahaja.

Kalamullah ini adalah petunjuk dan hikmah kepada manusia yang mempunyai akal.

Apakah dengan baca jarang2 sekali lepas tak faham gapo satu, itu ke yang dikatakan menjadi petunjuk atau hanya baca pada bulan puasa atau malam jumaat atau tempat orang mati atau tempat majlis2 itukah yang demo maksudkan Al-quran tu sebagai petunjuk..

Al-quran ini kena baca kalau boleh setiap saat, nak bergerak sahaja dengan kurnia Allah swt kena berpandukan Al-quran, nak buat apa pun atas dunia ni kena baca Al-Quran dulu, biarlah Al-quran tu yang menjadi saksi kepada kita dalam apa yang kita lakukan.. baru lah Al-quran ini akan menjadi saksi terhadap kamu di padang masyar nanti..

Kalau baca Al-Quran pun jarang2, lepas tu pilih-pilih surah pulak gak, BACA PULAK MALAM JUMAAT SAHAJA LEPAS TU BULAN PUASA BARU NAK BACA PULAK.. Tak payah la kita kata kita ni orang yang menJADIKAN Al-Quran sebagai petunjuk la.. ITU semua PEMBOHONGAN SEMATA-MATA..

Eddie said...

ppqsi apasal la cakap macam perasan diri tu besar sangat. hebat sangat ke? kalau aku leh baca quran sehari 1 ayat pun aku ni teruk sangat ke islamnya. sapa ko nak menghukum aku. nak buka mata pun dengan izin Allah. sedar la sikit sapa kamu. kategori hamba je macam org lain juga

b0te said...

PPQSI,
salam
semua membincangkan perkara ini dengan penuh berkhemah.... kenapa anda agak kasar
aku ni jahil...itu sebab aku selalu baca tulisan sang tawal
TETAPI aku sedih dengan anda....aku merasakan PPQSI ni orang yang tinggi ilmunya.....tetapi cara anda berbincang, seolah olah aku yang jahil ni tak layak membaca tulisan sang tawal
kenapa anda sombong, riaq dengan ilmu yang di miliki hinggakan pendapat orang lain di anggap TIDAK BETUL
orang alim di hormati kerana ilmunya
orang tu di hormati kerana pengalamannya
kanak kanak di hormati kerana kurang dosanya
@Kitab Turas
....tulisan/komen/pendapat anda aku tidak memperkecil kecilkan seperti yang di lakukan oleh PPQSI
@eddie
aku setuju dengan pandangan saudara....yang SALAH kita tegur !
PPQSI punya pandangan terhadap pendapat orang lain, sangat mengecewakan aku...
@PPQSI
kalau anda hebat, terdapat orang lebih hebat
niat aku dalm hal ini, ikhlas....
Allah swt Maha Mengetahui

abdul said...

k merasakan x de yg salah mengenai hadis ni.
seperti yg kita ketahui Allah berada dikedudukan yang teramat tinggi bgi pemahaman manusia.
oleh itu hadis tersebut hanyalah disampaikan Rasullullah mengikut fahaman yg mudah difahami bg manusia dan hadis tersebut tidak bermaksud menyatakan sifat2 Allah.
disamping itu hadis tersebut tidak menunjukkan kelemahan Allah sebagaimana didalam kitab yahudi dan nasrani bahkan ia menunjukkan kemampuan Allah mentadbir urusan umatnya secara kesuluruhan mengikut pemahaman seorang manusia. kita tidak seharusnya berasa sangsi terhadap hadis yang sahih dimana kita merasakan sesetengah hadis itu x sesuai dan ini menunjukkan kelemahan iman seseorang.

warisulung

Ihya-Ulumiddin said...

Salam ,

PPQSI sepatunya kamu lebih merendah diri kerana Ilmu yang dianugerahkan.

Kalamullah hanya dapat difahami apabila "hati" dibukakan. "Hati" hanya dapat dibuka bila akal mampu berfikir waras. Berfikir waras akan muncul apabila seseorang selepas budak itu tiba zman dewasanya (akil baligh)

apa tujuan hidup didunia ini? semua kerana Allah dan tiada yang dinilai oleh Allah swt melainkan "taqwa" hambaNya kepadaNya.

jangan salahkan orang yang ingin membaca tetapi tidak faham kerana itu adalah kesungguhan dia dalam mencari redho Allah swt dalam taqwa.

Islam bagaikan sebuah kapal layar yang besar, ada org atas dan org bawah. tidak nafikan bahawa kita sebagai manusia ade derajat2nya maka ada org "atas" dan "bawah" dengan tahap pemhaman ilmu yang berbeza."atas" memerlukan "bawah" dan "bawah" memerlukan "atas" untuk sampai kedestinasi yang dituju.

disini kita phm tahap permahaman manusia berbeza2 dan sebab itulah orang yang diberi Ilmu tanggung-jawab dia berat untuk menyampaikannya. Maka jangan salahkan org "Umum" , dan salahkan diri sendiri yang diberi Ilmu tetapi tidak mampu menyampaikan.

kamu seolah-olah mengunakan emosi dlm komen tanpa kamu perasan. jangan la begitu wahai saudaraku .

Firman Allah : ".... padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal. "

mohon maaf ya jika sy seolah memperkecilkan ilmu kamu , anggaplah ia teguran.

salam dari sy

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

PPQSI,
kalau tidak tahu, mengaku aje tidak tahu, apa salahnya kita merendah diri.
dari jawapan kamu itu saya merumuskan bahawa kamu sendiri pun belum habis atau khatam al-quran lagi dan kamu juga bukan seorang penghafal al-quran.kalau dah khatam dan jika selalu menyebut kalamullah, pasti kamu tahu berapa bilangan perkataan tangan disebut didalam al-quran.!!!
contoh mudah ialah jika seseorang itu sangat meminati sebuah lagu- dia pasti boleh menjawab dengan pantas berapakah bilangan kata tertentu dalam lagu itu...itu contoh saja.

soalan-soalan saya yang sebelum ini pun berkaitan dengan al-quran, kamu tidak menjawab dengan jawapan yg setaraf dengan nama kamu PPQSI yang selalu mendabik dada serba tahu berkaitan al-quran kalamullah yang qodim itu.

jika saya tidak boleh menjawab soalan kamu berkaitan dengan al-quran, maka ia adalah logik kerana saya memang bukan ahlinya,dan saya jahil dalam ilmu al-quran tapi kamu tu, mestilah menjawab dengan baik dan bukan dengan cara sombong dan angkuh menganggap orang lain tak habis lagi baca al-quran, kamu sorang yang sudah habis!saya nasihatkan kamu belajar dan baca banyak-banyak.lepas ni kalau nak tulis ayat, sila tulis nombor ayat dan surah mana, untuk mudah kami merujuknya.

Kitab Turas,
silakan berhujah dengan cara yang baik, teruskan.terima kasih.

Eddie dan bote,
terima kasih atas komen dan pendapat. sangat setuju dengan kamu!

Abdul,
terima kasih atas komen.
Bukan maksud saya ,selalu menyiarkan hadis itu berulang-ulang tidak sesuai atau saya meraguinya, tapi ada maksud besar yang cuba saya sampaikan tentang perancangan licik pihak THH dalam mengubah cara berfikir dan mengelirukan kefahaman masyarakat kita tentang ilmu tauhid, iaitu tentang sifat Allah!

saya bukan merasa sangsi atas penyiarannya tetapi saya amat tidak bersetuju dengan siaran yg berulang-ulang.jika kamu pernah membaca protokol zionis dan teori konspirasi terutamanya dalam bab mind control, kamu akan faham maksud tersirat artikel saya diatas!

ihya,
terima kasih atas komen dan ilmu yang dikongsikan bersama. :)

wassalam.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Ambo hanya pemberi peringatan dan khabar gembira bahawa janji Allah itu benar.

Tak po la kalu demo tak leh terima, ambo cuma bagi tau bahawa kita kena guna al-quran setiap saat pun demo pakat nak marah ko ambo? Tak po la..Ambo cuma royat aje..

Kalau demo dah beres doh, berasa duduk di jalan yang lurus dah kira betul dah ok la..

Sangtawal,

Ambo kecek hok mudah2 jah.. kerana Islam ni mudah aje bukannya dok pening kepala mikir tinggi terlajak. Demo memang orang tinggi kita kecek hok mudah jah..

Minta jangan pakat marah ko ambo, puak demo kan Ahli Kitab.. Kuat baca kitab, boleh buat tafsir macam-macam memang lah hebat.

Ambo cuma royat bahawa Al-Quran itu Qadim.. Kalamullah itu tidak pernah berubah.. Jadikan lah Al-quran petunjuk dalam hidup kamu.

Jika demo berasa telah dapat petunjuk ok la.. Ambo hanya minta demo baca Al-quran dalam setiap saat dan tindakan demo nak buat, itupun puak demo nak marah.

Ambo akhiri dengan kalamullah..

"Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya"

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam semua pembaca:

Oleh kerana sangtawal nak ko nama surah maka ambo masuk la.. he he..

1. Dan tidaklah engkau dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau suatu ayat dari Al Quran, dan tidaklah kamu dalam mengerjakan sesautu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar melainkan semuanya tertulis dalam kitab yang terang nyata.Qs:10:61

2.Jika demikian, adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang terdapat dari Tuhannya, dan diikuti oleh Kitab Suci Al Quran memberi kenyataan -sebagai saksi dari pihak Tuhan- meneguhkan bukti yang tersebut dan sebelum itu, kenyataan yang serupa diberi oleh Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat. Orang-orang yang berkeadaan demikian, mengakui menerima Al Quran dan sesiapa ingkar akan Al Quran itu dari kumpulan-kumpulan kaum kafir, maka nerakalah dijanjikan menjadi tempatnya. Oleh itu janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al Quran, kerana sesungguhnya Al Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakkan manusia tidak percaya kepadanya. Qs:11:17

3.“ Dan sekiranya Kami menurunkan Al Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab. Kemudian ia membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. Demikianlah Kami masukkan perasaan itu di dalam hati orang-orang yang durhaka - tidak percayakan Al Quran”. Qs, 26;198

4.“Ikutilah apa yang diturunkan kepada-mu dari Tuhan-mu, dan janganlah kamu ikut selain Dia sebagai pemimpin. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran”.Qs 7:3

5.“Dan setengah dari manusia ada yang berdebat tentang Allah tidak dengan Ilmu”.Qs, 22:3

6.“Dan setengah daripada manusia ada yang berdebat tentang Allah tidak dengan ilmu dan tidak dengan petunjuk dan tidak dengan Kitab yang menerangi”.Qs,22:8

7.“Dan jika mereka membantah engkau, maka katakanlah, Allah lebih tahu tentang apa yang kamu kerjakan.” Allah akan menjatuhkan keputusan di antara kamu pada hari Kiamat tentang apa yang dahulu kamu perselisihkannya” Qs, 22;68

8.Sungguh, Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasa-mu agar mereka mendapat pelajaran. Qs 44;58

9. Dan sekira-nya Al Quran Kami jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab niscaya mereka mengatakan,” Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?”. Apakah patut dalam bahasa selain bahasa Arab sedang rasul orang Arab?. Katakan-lah, “ Al Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, dan Al Quran itu merupakan kegelapan bagi mereka. Mereka itu seperti orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh.” Qs,41;44

Ambo tak buat tafsir apa2 kerana ambo bukan ahli tafsir yang ambo tahu itulah kalamullah Ianya tidak pernah berubah daripada azali sehingga lah hari kiamat.

Ihya-Ulumiddin said...

"itupun puak demo nak marah"

^_^, saya tidak mengenali langsung dengan sangtawal dan saya bukan lah Ahli Kitab ,dan saya adalah orang yang mendengar kitab yang dibacakan oleh Ahlinya.

ayat itu seolah kamu mempuakkan "sangtawal" , adakah itu sepatutnya yang Allah perintahkan?

semakin kita terikut-ikut emosi semakin kuat Iblis yang membisik, jika maksud kita sama maka tidak perlukan mempertikaikan kebolehan yang dipinjamkan oleh Allah swt.

Izinkan saya berkongsi ,

-"Sesungguhya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang ,terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berakal".

-(Dan) Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah diciptakan-Nya langit dan bumi serta berlain-lainannya bahasa dan warna kulitmu".

-"Apakah mereka tidak memperhatikan unta, bagaimana ia diciptakan?Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi , bagaimana ia dihamparkan?

-"Hendaklah manusia memperhatikan dari apa ia diciptakan? Dia diciptakan dari air memacar, yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dengan tulang dada perempuan"

-"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi. Silih bergantinya malam dan siang.Berlayarlah bahtera dilaut yang membawa apa yang berguna bagi manusia. Dan apa yang Allah turungkan dari langit berupa air , lalu dengan air itu Ia hidupkan bumi sesudah matinya(kering) .Dan ia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan. Dan pengisaran air dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Sesungguhnya (Semua iut) terdapat tanda-tanda (KeEsaan dan kebesaran Allah) bai kaum yang memikirkan"

Allah Azza wa Jalla mengalakan hambaNya mengunakan akal, Maka tidak sepatutnya kita menyalahkan mereka yang berfikir ttg ayat yang dibacakan, dalam proses berfikir susah tentu kita akan mentafsir info agar pemahaman itu selari dengan tahap penerimaan akal.

Kalamullah tidak berupa , tahap permahanan yang akan berubah bergantung pada tahap kecekapan akal mentafsir data yang diterima. Memang kita tidak "tafsir" ayat tetapi adakah kita mampu faham ayat tanpa berfikir(tafsir) kebenaran ayat itu .

tiada paksaan pada kita untuk memahami kalamullah dengan tahap akal yang ada. jika dengan hadis kita memahami kalamullah maka Alhamdulillah, jika hanya membaca lalu memhami lagi baik gitu kn?. Ada juga yang memahami dengan berguru.

Saya tidak buat-buat cerita, kerana itulah disampaikan oleh datuk saya juga.

semoga kita sentiasa didalam jagaan Allah dalam mencari kebenaran.

Ihya-Ulumiddin said...

*kalamullah tidak berubah.

(kesilapan ejaan)

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

PPQSI,
aha... gitulah baru bagus gu!
so lagi... janganlah kita berpuak-puak pulak!
di blog ini, saya buka ruang yg luas untuk berkongsi ilmu, cuma orang seperti Mahadaya, kadang-kadang saya terpaksa delete dia punya komen sebab banyak mudharat dari manfaatnya.saya pohon jasa baik PPQSI, masuk blog dia dan tolong beri nasihat kat Mahadaya juga, sebab saya tak pernah nampak komen PPQSI terhadap orang yang benar-benar ingin menyelewengkan ajaran islam menjadi asalama dan syariat Nabi Muhammad kepada syariat Nabi Ibrahim.Inilah sebenarnya tugas besar PPQSI dan mereka yg mengaku ingin meninggikan kalimah Allah,inilah masanya untuk berdakwah dan berhujah dengan mereka, jangan "dok ghalit" komen di blog ni saja!!! ( bukan saya bermaksud saya tak suka PPQSI bertandang ke blog sangtawal, tidak ! - kedatangan anda dialu-alukan).

terima kasih atas kesudian menulis no ayat dan surah.saya bukannya apa,cuma utk menyenangkan kami merujuknya semula.

Buat PPQSI, ada lagi beberapa soalan dari saya :

1.Apa beza antara Qodim dan azali?

2.Apa beza antara Qodim Hakiki, Qodim zamani dan Qodim Idhafi ? Al-quran ni masuk dalam kategori Qadim yang mana?

3.Kita setuju bahawa Allah berkata-kata tanpa huruf dan suara,Sifat berkata-kata Allah disebut Kalam.Kalam adalah sifat Allah yang wujud berserta dengan ZatNya, jadi bagaimanakah cara Jibril a.s mengambil dan memindahkan Kalam Allah berupa Al-Quran untuk diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk sebutan yang berhuruf dan bersuara?
jadi apakah al-quran yang diturunkan itu Qodim sedangkan berkata-kata dan bersuara adalah mustahil bagi Allah swt kerana sebutan atau suara adalah tidak lain hanyalah suatu ciptaan, sedangkan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya.

4.Sebutan dan suara hanya wujud pada zat yang berjisim sedangkan Allah swt tidak berjisim.
Kalam pula adalah kata-kata yang dinisbahkan kepada sifat.ia adalah sifat utama sebelum disampaikan melalui sebutan dan suara kerana jika tiada sifat berkata-kata(al-kalam) bagaimana mungkin sebutan dan suara itu dapat diwujudkan. soalan saya ialah , bagaimana kamu mendakwa apa yang kamu sebut(suara) dan kamu baca dengan mulut dan lidah kamu itu Kalamullah bukan kata-kata manusia ? bagaimana untuk menghuraikan bahawa itu adalah Kalam Allah?


Ihya,
ya,benar , saya tidak mengenali siapa anda dan anda bukanlah puak saya :), itu prasangka PPQSI je.

terima kasih atas komen dan kalau boleh letak no ayat dan surah yer!
( maaf...dah jadi terikut-ikut dengan PPQSI ker? :D)

wassalam.

Anonymous said...

Salam sahabatku sangtawal,

Maaf tidak meletakkan no surah , saya hanya cuba menghormati cara PPQSI kerana beliau lebih selesa begitu.lepas ini saya akan letakkan no referensinya.

mohon maaf sekali lagi. :)

-Ihya

Sangtawal Sakranta said...

Salam sahabatku Ihya,
OK.Beres!
selamat membaca artikel terbaru sangtawal.ada ilmu yang menarik untuk dikongsikan, silalah berkongsi disana pula :) maaf sebab dah lama tak tulis artikel, agak sibuk sikit kebelakangan ini dgn urusan kerja.

saudaraku PPQSI,
jgn ambik hati dengan apa yg saya dan Ihya kata tu ya,maafkan kami jika kami terkasar bahasa. jemputlah membaca artikel terbaru sangtawal:)


wassalam.

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Ambo beres..Ambo hanya menyampaikan..

Demo berasa tak leh pakai tak payah ambik.

Ambo cuma kongsi kata-kata Allah swt.

Ambo dengar Ambo patuh..

Jangan bantah kata-kata sudah la

b0te said...

salam
saya bukannya marah dengan PPQSI tetapi kecewa cara PPQSI membuat pandangan balas terhadap hujah mereka yang lain....
saya ulang... saya adalah orang yang paling jahil di kalangan saudara2 yang lain...saya nak belajar dari pendapat dan pandangan saudara2 lain dalam ruang ini
saya tegur @PPQSI tanpa sebarang niat yang negative....
@sang tawal, @PPQSI serta saudara2 yang lain....
FORGIVE & FORGET
NOBODY PERFECT di sisi Allah swt, kerana kita semua adalah insan yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan......
terima kasih

PERTUBUHAN PELAJAR QURAN SUNNAH ISLAM (PPQSI) said...

Salam,

Sangtawal.. soalan yang demo bagi ko kawe memang payah nak jawab macam soalan STPM. Ambo ni kalau nak jawab soalan esei ni payah sikit la lebih-lebih lagi tentang definisi-definisi. Pening sikit kepala kawae he he.

Ihya,
Demo jangan lah marah ko kawe, tak po la kalau sangtawal tu bukan puak demo cuma kawe suka guna istilah tu..

Seperti yang selalu ambo bagi tau semua, bahawa ambo ni hanya berkongsi pandangan, Mungkin pandangan kawe berbeza sikit daripada puak demo itu .. Ini tidak bermakna kawe kata hok demo buat tu salah.

Jika demo semua rasa tak leh pakai, tak payah pakai la pakai kata-kata ambo tu.

1. Yang ambo tahu bahawa Al-quran itu daripada Allah swt. Sesungguhnya Ianya benar-benar daripada Allah swt dan menjadi petunjuk kepada manusia. Yang tu ambo pegang2 betul2

2. Al-quran adalah Qadim ianya kekal dan tak pernah berubah.. Itulah kalamullah. Hok ni pun ambo pegang.. setiap pekerjaan kita mesti berpandukan kalamullah sebagai saksi..

3. Yang ambo tahu apabila ambo dengar ayat-ayat Allah swt maka ambo kena patuh.. tak bantah-bantah dan tak ragu-ragu lansung. Ambo percaya 100% dan ambo patuh dengan segala arahanNya.

kerana janji itu benar iaitu Jika mereka2 yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah maka Kami azab mereka secara beransur-ansur sehingga azab yang lebih besar.. Itulah janji Allah swt.. Hok tu ambo percaya 100%.

Hanya sekadar perkongsian.

Sangtawal Sakranta said...

salam PPQSI,

Terima kasih atas komen:)
sambutlah soalan itu sebagai cabaran supaya demo baca lebih sikit dan tanya orang yang lebih berilmu, demo dapat ilmu kawe dapat pahala sebab acah-acah demo dengan soalan sebegitu.lalu ilmu kita akan bercambah dan subur berkembang!

sebenarnya kawe banyak berterima kasih kepada demo kerana banyak komen dan hujah demo mencabar minda
kawe, kalu demo tak serang dengan hujah-hujah sebegitu, kawe tak mengaji semula atau baca balik ilmu-ilmu hok lama-lama dan terkambus tu! he he he !

dengan sebab demo juga, kawe jadi rajin sikit belek-belek Quran tafsir di rumah kawe yang boleh dikatakan jarang-jarang tersentuh oleh tangan kawe! he he he.

apapun, terima kasih atas perkongsian ilmu dari "puak demo"... eh silap....dari pihak demo! :)

wassalam.

Ihya-Ulumiddin said...

he he he.^_^

xda la.. biasa la sy pn manusia. tersentuh juga kadang2 , maafkan ye.

sama-sama kita berlajar kongsi , mane tahu dengan usaha kecil kita dalam menerima pndangan masing membuatkan pembaca-pambaca lain mencontohi pekara yang baik nih.

ps: ada waktu tuh best gak bagi panas2 keadaan, saje je memeriahkan suasana, agar kita nmpk silap kita sendiri dan berlajar.

Sangtawal Sakranta said...

salam ihya,

betul tu...
terima kasih atas perkongsian ilmu...
apapun kena ingat apa yang Nabi kata : orang yang paling cerdik ialah yang paling banyak mengingati mati!
( hadis ni saya tak ingat diriwayatkan oleh siapa, pembaca boleh tolong saya?)

bunyinya pelik sikit kan, orang yang banyak ingat mati ialah orang yang paling cerdik! sepatutnya kalau ikut akal kita, tentulah org yg paling banyak ilmu atau sekurang-kurangnya ada ijazah sarjana atau phd , tapi bila orang mula belajar EQ dan SQ, IQ sudah tidak lagi menjadi kayu pengukur utama kepada tahap kecerdikan sebenar dan kejayaan hidup seseorang manusia!,
maka tahulah mereka apa yang Nabi kata itu amat hebat dan amat benar sekali!

cuba kita fikirkan bersama-sama, kenapa banyak mengingati mati itu menjadikan diri kita makin cerdik?

wassalam.

Ihya-Ulumiddin said...

betul tuh, saya setuju.

"orang yang ingat mati" xsama dengan "orang yang pikir mati" kn?

Anonymous said...

saye stuju psl komen sangtawal bab tv siar citer hantu wktu mghrib tu,
tp bkn pd wktu mghrib saje,cte hantu ni dh jd mcm trend,bukak2 cte hantu,cmpuq hiburan mlampaunye,las2 habuq pn x tarak..
just pndpt saye psl isu APCO yg tgh hangat trbongkar skrg,saye rase media kite dn kemungkinan ade lg yg tdk d ktahui,di cntrol oleh phk yahudi n informasi yg kite dpt d kwl oleh mreka,cntohnye,cte hantu,yg mlarikan akidah sbnr,kte lbeh mgenali hantu drpd Allah,dn jd tkot pd hantu pulak..nau'zubillah..aptah lg kanak2 yg tgh mmbsar,ape yg mreka tgk itulah yg mreka ikut,takut,suka dn artis jd idola,,mcm mane akhlak rmaje x runtuh kalau benda cm ni jd sajian..masyaAllah
mgkin ini plan musuh islam utk mruntuhkan dunia Islam
same2lah kte mnangkisnye..amin

Sangtawal Sakranta said...

salam anon@ 5.38pm,

terima kasih atas komen.sangat setuju dengan anda.

wassalam

Sixthieee said...

hari ini azan dah bertukar kepada laungan azan. bukan hadis 'bercanggah' lagi.

tak sia2 usaha saudara sangtawal tulis artikel.

sbnarnya azan hendaklah ditunjukkan laungan azan. bukan hadis sbg tanda masuknya waktu solat.

alhamdulillah.

Sangtawal Sakranta said...

salam sixthieee,
terima kasih...
tak la juga... petang kelmarin tv3 masih menyiarkan hadis diatas!
entahlah....

wassalam.