Thursday, February 18, 2010

Koleksi Syiling Lama Sangtawal


Tajuk : Koleksi Syiling Lama Sangtawal

Oleh : Sangtawal Sakranta


Sesekali membelek koleksi lama peribadi di masa lapang amat menarik hati. Kali ini saya menyiarkan beberapa keping duit syiling lama milik peribadi saya.Setiap benda antik yang disimpan sudah pasti mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Syiling lama milik saya ini terkumpul secara tidak sengaja, ada yang saya jumpa ketika bermain-main semasa kecil, ada yang terjumpa di dalam sungai, ada yang ditemui di kawasan rumah atau bangunan lama dan ada yang diminta secara menebalkan muka dengan kawan dan orang-orang tua! Oleh kerana saya amat menghargai barang-barang lama, maka dengan sendirinya , jadilah ia satu koleksi peribadi saya selain dari senjata-senjata lama.

Saya menyimpannya untuk koleksi peribadi saja dan tidak berniat untuk menjualnya kerana saya bukanlah penjual barangan antik.Saya amat menyayanginya kerana duit-duit syiling ini dikeluarkan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi : 1907 hingga 1953 . Duit syiling yang pertama (1907) itu sudah berumur 103 tahun!

*Gambar Duit syiling pada bahagian depan.

*Gambar duit syiling pada bahagian belakang.


Gambar duit syiling pertama diambil di bahagian depan dan gambar kedua diambil pada bahagian belakang dalam kedudukan yang sama.


Sila baca dan lihat dari kiri ke kanan :

Nilai syiling : 1-1-10-5-20-10 sen

Tahun Syiling: 1907 , 1919, 1919, 1926, 1927, 1953 .

Boleh juga dibaca : 1-1907-1-1919-10-1919-5-1926-20-1927-10-1953.

Apa yang boleh dibaca? : Straits settlement ( ? sebelum 1953) , Malaya and British Borneo (1953).

Apa yang boleh dibaca dari bahagian belakang Syiling ? : King….(1907) , George V King and Emperor of India, … Queen Elizebeth The Second (1953)


Kepada peminat-peminat Syiling lama , anda boleh baca kat sini :


Artikel pilihan dipetik dari bernama :

Klik Sini:


*Gambar diambil dari Bernama

[ MELAKA, 16 Jan-2008 (Bernama) -- Tebing sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini, hari ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari duit syiling lama yang dipercayai banyak terdapat di kawasan itu.

Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menggali kawasan itu menggunakan cangkul bagi mendapatkan duit syiling dipercayai yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang pencari, Mohd Adnan Abdullah, 41, berjaya menemui tujuh duit syiling lama yang digunakan pedagang dari China dan Arab memandangkan ada antaranya mempunyai tulisan Cina dan Arab.

"Saya yakin terdapat banyak duit syiling lama dan barang purba lain kerana sungai ini merupakan laluan pedagang zaman dahulu," katanya kepada pemberita ketika mencari syiling lama di tebing sungai itu.

"Duit syiling yang tertera tulisan Cina mungkin dari zaman Dinasti Chin manakala syiling yang mempunyai tulisan Arab tidak diketahui asal usulnya kerana tidak terdapat sebarang tarikh," katanya.

Mohd Adnan berkata terdapat juga duit syiling yang tertera perkataan Inggeris iaitu "Liberty" dan "United States of America".

"Saya tidak akan menjual syiling lama ini, saya akan simpan untuk tatapan anak cucu saya pada masa depan," katanya.

Seorang pengumpul duit syiling lama, Zulazmi Bachik, 37, pula menemui 19 keping duit syiling lama.

"Kawasan ini memang laluan utama pedagang silam dan tidak mustahil masih terdapat barangan atau artifak yang berharga yang tersimpan dalam Sungai Melaka ini," katanya.

Kerajaan Melaka sedang melaksanakan projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka membabitkan kos RM320 juta supaya setanding dengan Sungai San Antonio di Amerika Syarikat yang terkenal dengan kebersihan serta keindahannya.

-- BERNAMA ]

* Untuk melihat beberapa jenis syiling lama atau syiling kuno, anda boleh membaca dan melihatnya disini ( secara mata kasarnya - nampaknya ada syiling yang betul-betul lama dan ada yang palsu kat situ!!! Hati-hati.. ) :

Klik Sini :


* Perhatian : Jika anda berminat dan ingin membelinya, saya tidak berhak melarangnya, Cuma berhati-hatilah dengan BARANGAN PALSU sebelum anda membelinya, jangan termakan fitnah dan pujukan penjaja barangan palsu atau antik ini, mereka memang banyak berkeliaran di kaki-kaki lima atau kedai-kedai kopi. Baik selidiki ianya betul-betul .

Jika dia mendakwa dia pakar mengenal barangan lama, adalah lebih elok minta bukti darinya atau bertanyalah pada orang yang arif atau orang yang kita percayai tentang keilmuannya di bidang itu! jangan sampai nantinya kita kerugian wang ringgit dan menyesal di kemudian hari!

Lagi malang bila penjual yang mendakwa dirinya pakar dan mahir itu juga turut ditipu oleh penjual lain yang tahap keilmuan nya sama atau lebih rendah dari dirinya , maka kedua orang penjual itu akan berkongsi cerita atau ilmu yang sama dan akhirnya pembeli yang tidak berhati-hati dan berfikir secara rasional akan menjadi mangsa!

Oleh itu, si penjual tersebut janganlah sedap hati sangat dengan pencapaiannya setakat ini, kerana mungkin suatu hari nanti seorang pakar atau ilmuan sebenar barangan antik atau barang purba akan tampil untuk membogelkan pembohongan mereka berdua pula!
*

* Saya hanya sekadar berkongsi minat saja kat sini! Saya juga bukan ahli penilai barangan purba atau antik bertauliah , Cuma berminat je! Jika pembaca semua sudi memberikan tips-tips untuk menilai atau menjaga barangan lama untuk dikongsikan di blog ini, anda amat dialu-alukan!!

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


4 comments:

Anonymous said...

apa kata kau ambil gambar duit syiling satu satu, depan belakang.

kasi zoom, then letak dalam blog ni (atau blog baru tapi link ke sini).

orng lain nak tengok juga duit syiling kau..

:-) salam kenal

Anonymous said...

Saya tak rasa Puteri Saadong patut dianggap srikandi.. Dia kan pembunuh bukan pejuang.

Sangtawal Sakranta said...

salam buat sophon,

terima kasih atas komen,
salam perkenalan.

rasanya cukuplah dengan gambar kat atas tu, mesti ada cara lain untuk membuatkannya lebih jelas bukan?

seorang pejuang sejati biasanya juga seorang pembunuh atau mungkin dia juga akan terbunuh! lihat pula siapa yang dibunuhnya :)

wassalam.

Malaysia coin said...

Salam.
Hampir kesemua duit syiling lama yang ada didalam gambar ini tidak bernilai tinggi. Tidak pasti pulaklah untuk syiling-syiling yang tidak jelas kelihatan tu.