Sunday, February 28, 2010

8 Bendera Yang Berkibar Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Rahmat Di Padang Mahsyar.


Tajuk : 8 Bendera Yang Berkibar Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Rahmat Di Padang Mahsyar.

Oleh : Sangtawal Sakranta.

Sumber : Majalah Hakiki Bil 0027, m/s 25.

[ Di Padang Mahsyar nanti, bendera-bendera akan dipasang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu dipasang dan dikibarkan oleh :

1. Liwaus Shidqi ( bendera kebenaran), dikibarkan oleh Saidina Abu Bakar As-siddiq RA.Semua orang yang benar dan jujur akan berada di bawah bendera tersebut.

2. Bendera Fuwaha’ untuk Saidina Muaz Bin Jabal RA.Semua orang yang alim akan berada dan berbaris dibawah bendera panji-panji ini.

3. Bendera Zuhud, untuk Abu Dzar RA , semua manusia yang menjiwai dan berusaha dengan zuhud akan berada dibawah bendera ini.

4. Bendera Dermawan untuk Saidina Usman bin Affan RA.Para dermawan akan berada dibawahnya.

5. Bendera Syuhada untuk Saidina Ali RA. Setiap orang yang mati syahid akan berbaris di bawah bendera ini.

6. Bendera Qurra’ untuk Ubayya Bin Ka’ab RA.Para qari akan berbaris di bawah bendera panji-panji ini.

7. Bendera Mu’adzin untuk Bilal RA.Para mu’adzin akan berada pada barisan di bawah bendera ini.

8. Bendera orang-orang yang dibunuh kerana teraniaya untuk Saidina Husain RA.Orang-orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada dibawah bendera ini.

Rasulullah saw bersabda :
“ Tujuh orang yang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah :

1. Penguasa atau pemimpin yang adil,

2. Seorang remaja yang mengawal keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.

3. Seorang lelaki yang hatinya ditautkan kepada masjid-masjid.

4. Dua orang berkasih sayang kerana Allah, iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu dia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.

7. Seseorang yang berzikir kepada Allah Taala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya bercucuran air mata.

( Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) ].

Sangtawal Sakranta....


4 comments:

Anonymous said...

salam.

sye begitu tertarik dgn semua artikel yang tlh dipost oleh sangtawal berkaitan konspirasi dan perihal dajjal.

timbul kemusykilan dihati mengenai dajjal ini... kawan sya mengatakan dajjal masih berada di bwh tanah dan dia sentiasa berusaha utk naik keatas tetapi setiap kali adzan berkumandang dajjal ini akan termasuk semula kedlm bwh tanah. dajjal ini akan keluar kebumi apb tiada adzan berkumandang lg di bumi.

tetapi berlainan pula dengan apa yg sya baca melalui semua blog konspirasi dajjal ini yang menyatakn dajjal sudah keluar tetapi masih bersembunyi...

harap sangtawal atau sesiapa yg arif mengenai dajjal ini dpt merungkaikn kemusykilan dihati.

terima kasih.

Anonymous said...

Dajal2 kecil sudah lama memerintah berkulitkan manusia Elites. Mereka adalah parasit.

Dajal besar al-masih masih seperti parasit bersembunyi belum dapat mematerialkan diri sepenuhnya.

eeeihtxis said...

alhamdulillah, sama2 kita menuju kejayaan

para said...

teruskan berjuang..