Tuesday, October 06, 2009

Hampir Setengah Abad 100 Buah Negara Ditipu Oleh Setongkol Kayu Buruk !



Tajuk : Hampir Setengah Abad 100 Buah Negara Ditipu Oleh Setongkol Kayu Buruk Yang Didakwa NASA Dan US Sebagai Batu Bulan.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Terdetik rasa dihati saya untuk menyiarkan kembali sebuah artikel dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2.9.2009 seperti dibawah untuk renungan kita bersama.

Petikan artikel tersebut : atau Klik Sini


[Utusan Malaysia,rabu 2 sept 2009, sisipan mega, m/s 4:

Tajuk Berita : Neil Armstrong beri batu bulan palsu kepada Belanda

Kurator dari Rijksmuseum Armsterdam yang menjalankan kajian ke atas seketul batu bulan bernilai rm1,759,560.65 dan telah berjaya menarik berpuluh ribu pelawat setiap tahun rupa-rupanya hanyalah fosil kayu.

Xanda van Gelder yang menjalankan kajian berkenaan berkata,bagaimanapun,pihak muzium akan terus menyimpan batu berkenaan sebagai rujukan.


“ini satu kisah menarik dengan pelbagai soalan yang masih belum terjawab dan kita boleh ketawa”.katanya.

Batu berkenaan diberikan kepada bekas pemimpin Belanda,Willem Dress semasa pengembaraan Apollo 11 oleh Neil Armstrong,Michael Collins dan Edwin ‘Buzz’ Aldrin sempena misi bulan mereka 50 tahun lalu.

Mantan Duta Amerika Syarikat ke Belanda, J.William Middendorf telah menyampaikan batu berkenaan kepada Dress dan kemudian batu berkenaan didermakan kepada Rijksmuseum selepas kematiannya pada 1998.

Pentadbiran Aeronautik dan angkasa lepas kebangsaan (NASA) telah memberikan batu bulan kepada lebih 100 buah Negara yang mereka lawati sekitar tahun 1969 dan 1970.

Kedutaan AS di The Hague sedang menjalankan penyiasatan mengenai perkara berkenaan.]


*Lakonan mereka yang mantap dalam studio, kononnya di bulan

Banyak pengajaran yang dapat kita perolehi dari petikan artikel di atas! Diantaranya ialah janganlah kita mudah menerima bulat-bulat apa yang diberikan atau apa yang dikatakan oleh negara barat / penjajah kerana tidak semuanya itu adalah benar.

Kita hendaklah selalu berfikir dan selidiki dengan teliti sesuatu perkara itu, semoga kebenaran akan terserlah jua akhirnya!

Catatan sejarah dunia manusia yang kononnya angkasawan US sudah berjaya menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 dengan Kapal Angkasa Apollo II perlu diubah semula!Ini adalah satu penipuan besar kepada sejarah dan ketamadunan manusia!Ini adalah satu lawak jenaka terhebat sepanjang zaman!

*Kapal Angkasa olok- olok mereka di bulan - Apollo II


Satu perkara lagi yang ingin saya ketengahkan ialah berkaitan dengan Persepsi kita.

Apakah itu Persepsi ?

Persepsi atau pengamatan mengikut tafsiran psikologi adalah satu proses dimana tiap-tiap kederiaan kita diorganisasikan atau diinterpretasikan supaya membawa makna yang lebih dalam kehidupan seharian kita.Persepsi bukanlah suatu proses yang lazim kerana ia tidak berlaku secara automatik.Ia tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata,merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian yang berada di alam ini.

Persepsi ialah satu proses yang melebihi tahap pendaftaran ransangan-ransangan yang diberikan kepada kita semua.Manusia sentiasa memilih segelintir daripada ransangan-ransangan yang akan memberi makna pada dirinya.Ini pula dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti di sekelilingnya.Ia juga perlu dikenalpasti, diinterpretasikan , diorganisasikan , dan difahami supaya makna yang tersirat disebalik entiti itu diperolehinya.Itulah maksud persepsi yang sebenar.

Kadangkala persepsi perlu diubah dan perlu dilihat dari pelbagai arah dan sudut agar ianya membawa kepada kebenaran yang hakiki.Baik bagi diri saya atau anda semua…. Apa yang kita yakini benar itu belum tentu lagi benar secara hakikinya…. Kerana kebenaran itu adalah dari persepsi kita yang berbeza.Namun percayalah… kebenaran yang hakiki pasti ada disisi Tuhan …kerana kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman!

Sebagai contohnya, satu perkara atau isu itu bila dilihat dan diulas oleh dua orang yang berbeza,maka mereka akan menyatakannya mengikut persepsi masing-masing.Contohnya dapat dilihat dalam youtube dibawah: Masing -masing dengan persepsi yang berbeza! Kita pula dengan persepsi kita!namun hanya Allah swt yang maha Mengetahui segalanya! Itulah uniknya akal yang diberikan oleh Allah untuk manusia! Jadi,gunakanlah akal kita dengan sebaik-baiknya!

Kadang-kadang perlu juga kita tanya Hati kita bagaimana??? mungkin disana ada jawapannya!




Selamat membaca!

Sangtawal Sakranta...

16 comments:

Demang Lebar Daun said...

begitu juga dengan politik negara kita. pembangkang mengambil kesempatan mengetengahkan persepsi mereka kepada orang ramai sehingga ramai yang menyangka fantasi sebagai realiti. fakta bukan lagi diutamakan sebaliknya sensasi dikerumuni.

teruskan Sang Tawal menulis sesuatu yang ilmiah tetapi santai.

Anonymous said...

mesti berfantasi baru jd realiti..nak masuk akil baligh mimpi tetapi kejadian tu benar..adakah itu fantasi..

Wah Al-Subangi said...

slm bro,

kalau amerika bagi fossil kayu dan mengatakan batu bulan - menipu, kepada belanda saya percaya kerana memang mereka memang suka menipu.

tetapi kalau nak kata depa menipu tentang depa pergi bulan saya rasa payah sikit untuk depa buat begitu sebab masaalah pergi ke bulan ni ialah satu fenomena fizikal dan bole rungkai dan disahkan secara saintifik. pada masa tu bukan setakat nasa sahaja tapi agensi2 angkasa-lepas negara lain pun menjejak perjalan depa ke bulan, cuma kita saja masa tu kuno skit.

lain la kalau ia sesuatu issue metafizikal seperti israk mikraj nabi SAW yang membolehkan persepsi memainkan peranan. macam2 persepsi ada, ada kata ia berlaku secara fizikal, ada kata ia berlaku secara rohani..

wslm.

Sangtawal Sakranta said...

Salam cheguman /Demang Daun Lebar,

Terima kasih atas komen.Politik tidak boleh lari dari sensasi!tanpa penceramah sensasi.... sesi ceramah politik tidak meriah,hambar dan mudah basi!

salam buat anon @2.20pm,
adik perlu bezakan antara mimpi,realiti dan fantasi!

Salam buat Wah al-Subangi,
Terima kasih atas satu komen yang bernas.dulu saya pun percaya cerita mereka ke bulan ,tapi kini tidak lagi.

wassalam.

Radzi Sapiee said...

Hahaha!

Nabi Muhammad SAW pernah memanggil bulan turut ke bumi menjadi kecik malah boleh masuk ke dalam jubahnya sebelum keluar naik ke atas balik lalu dibelah 2.

Adalah sesuatu yang sangat pelik apabila orang Amerika berjaya naik ke bulan pada tahun 1969 tetapi sejak itu kita tidak pernah mendengar lagi orang menjejakkan kaki ke bulan, apa lagi hendak membina penempatan di atas sana. Apakah teknologi kita semakin mundur sehingga saintis tahun 2009 tidak dapat mengatasi ilmu saintis tahun 1969 menghantar orang ke bulan? Hahaha!

Sesungguhnya di sebalik semua ini ada rahsia akan rupa bentuk alam yang sebenar. Bintang-bintang itu cuma hiasan. Pada mereka yang faham, tiadalah mana-mana bintang itu berpenghuni kerana hakikatnya ia memang kecil sahaja. Tetapi dengan kuasa Allah, yang kecil itu boleh dijadi 'besar' tanpa perlu membesarkan sepertimana ada disebut orang berjuta malaikat boleh dimuatkan atas hujung sebatang jarum peniti walhal pada ketika yang lain, sebelah sayap malaikat itu sudah cukup untuk menutup seluruh dunia!

p/s: Sebab itu takkan muncul masalah feqah bagaimana mahu bersolat menghadap kiblat di atas bulan. Sebab memang manusia tidak akan sampai ke bulan apa lagi hendak menetap dan bersolat di sana kerana ia bukan dicipta sebegitu rupa seperti mana ketika telah dibohongi Illuminati selama ini...

Sangtawal Sakranta said...

Salam Radzi Sapiee,

Sangat setuju dengan saudara!
Memang kalau kita baca Al-Quran pun ... setakat yang saya tahu la... tak ada disebut ada penghuni dibulan... cuma Allah mengatakan ada penghuni di langit saja.... saya juga dulu pernah baca satu artikel pasal bukti kebenaran nabi Muhammad membelah bulan itu benar setelah pakar astronomi mengkaji dan meneliti hasil gambar bulan yang diambil dari satelit mereka ada tanda-tanda bulan pernah terbelah dua... tapi saya tak ingat baca tu kat mana.mungkin pembaca lain boleh tolong saya cari kat mana sumbernya.

wassalam.

Wah Al-Subangi said...

slm semua,

minta maaf! aku nak gelak pun ada terkejut pun ada, radzi kau budak pure maths??

kau nak tau realiti alam haq yang sebenar - yang mutlak? x tercapai bro "laisa kimislihi syaiun.." dan ia diikuti dengan alam2 rendah, haq2 yang relatif yg makin terpisah dari yang mutlak dan ini ialah apa yang kau orang tahu sebagai alam2 yang kau orang belajar dalam apa2 ilmu yang kau orang belajar dengan guru kau orang - lahut, jabarut, malakut, etc. terminologi mungkin berubah. ini semua ialah hijab2.

dan alam yg aku dan kau orang operate sekarang dalam blog ni ialah alam fizikal - aku guna terminlogi biasa je, kau boleh samakan dengan terminologi apa yg kau orang belajar.

alam fizikal ialah alam yang paling rendah dan ia termasuk bulan, matahari, dunia kita ni dll, tempat kau orang dan aku operate. secara relatif ia hijab yang paling tebal dari yang mutlak walaupun pada hakikatnya "..DIA lagi dekat pada mu dari urat leher mu.." atau begitulah bunyinya sepotong ayat quran.

dan Allah SWT ialah penguasa sekelian alam dan dengan limpah kurnia DIA alam ini ditadbir dengan peraturan2 NYA - sunatullah. sunatulah alam fizikal ialah haq alam fizikal ni. kalau aku baling batu kat atas aku boleh kata dengan kebenaran yang tak berbelah bagi yang ia akan jatuh semula.

sunatullah alam fizikal ialah undang2 alam fizikal yang berlangsung kepada semua yang ada di dalam alam fizikal ini termasuk matahari, bulan, bintang, dunia kita dan sebagainya. sunatullah ni lah fokus sain untuk memodelkan alam fizikal ini dalam satu rangkuman ilmu yang boleh diaplikasikan bagi memenafaatkan yang Allah sediakan untuk kesejahteraan kita dan semua sekeliling kita. aku ada berita untuk kau radzi, bahasa yang saintis gunakan untuk memodelkan alam ini ialah matematik. sayang sekali lapangan yang dulunya bidang kemahiran orang islam telah terajui oleh barat.

radzi ini pendapat saya tentang bulan masuk dalam jubah nabi. ia bukan satu kejadian fizikal kalau tidak tentu dilapurkan nampak bulan tu turun dan mengecil di masa itu dan pastu bulan xde hilang terus sbb dh masuk dlm jubah nabi, di malam yang paling gelap pun kita bole nampak juga bulan. kejadian ini ialah kejadian metafizikal.

seperti juga dengan israk-mikraj nabi. aishah melapurkan masa tu nabi ada dalam bilek bersamanya dan masa yang diambil sangat singkat, maka untuk memfizikal yang metafizikal dicipta buraq, ini semua adalah 'metaphor' yang telah menyebakan kekeliruan.

inilah perjalanan yang nak diikuti oleh para salik merentas alam2 menuju kepada khaliknya. ini bukan perjalan fizikal naik kapal terbang atau naik roket tetapi perjalan metafizikal ke dalam diri.

tidak ada apa2 dalam quran atau hadis yang mengatakan kita tidak boleh pergi ke bulan. masaalah fekah tidak muncul dalam hal kiblat di bulan sebab perkembangan masyarakat islam dah terbantut dan x terfikir manusia boleh pergi ke bulan memikirkan untuk pergi ke bulan itu mustahil. dari mana dapat idea kata mustahil ni?

sunatullah boleh dikaji secara emperikal, itu lah sain dan sunatullah tentang bahanapi, propulsion system, gelombang em dan lain telah dirangkumkan untuk menjayakan perjalanan pergi ke bulan.

untuk memotong citer panjang pendek, angkasawan apollo 11 tu ada meletakan apa yang dipanggil 'retroreflector array' di atas bulan dan mengikut sunatullah juga sesiapa diatas bumi dengan alat2 bersuaian boleh memantulkan laser beam dari benda allah tersebut bagi memastikan ia ada disana seperti yang telah diletakan oleh angkasawan apollo 11.

saya hanya cuba meletakan satu perspektif alam2 vis-a-vis alam fizikal kita ini dan sunatullah vis-a-vis sains.

harap ia bermanafaat.

wslm.

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

Ada sebuah buku 'best seller' berjudul 'Dark Mission- the secret history of NASA '

boleh ikuti temubual dengan penulisnya di sini :

http://www.consciousmedianetwork.com/members/mbara.htm

selamat membaca. :)

Wah Al-Subangi said...

slm,

tq tuan, saya akan cuba baca kalau kesempatan.

perlumbaan ke bulan ni dari apa yang saya lihat bukanlah satu projek sains semata-mata, malah ia lebih kepada projek bermegah2 antara us dan rusia nak menunjukan siapa taikor dalam dunia ni. dimasa itu dunia ada dua blok, blok barat - amerika dan blok rusia.

amerika rasa tercabar bila rusia menghantar orang pertama ke angkasa lepas - yuri gagarin, dan dia pun mulakan projek ke bulan dia dan dia berjaya mengalahkan rusia dengan membuat pendaratan pertama ke bulan.

memandangkan projek ke bulan ini lebih kepada satu projek bermegah2 dan rusia dah dikalahkan, pada saya kalau lah pendaratan itu palsu, orang / negara yang pertama yang akan membuat bising pasal ini ialah orang rusia jadi kalau ada conspiracy theorist berbangsa rusia atau dokumen dari rusia saya rasa ia lagi credible.

pada pendapat saya oleh kerana nilai saintifik sangat kurang dalam projek ke bulan ini dan pendaratan kebulan adalah sangat bahaya dan mahal congress amerika tidak meneruskan nya sebaliknya membiayai projek angkasa lepas yang alat2 depa bole digunapakai semula seperti projek space-shuttle dan space-station. space-station ialah satu platform membuat experiment yang memerlukan suasana angkasa-lepas.

untuk pengetahuan dalam projek appolo kenderaan yang membawa angkasawan ke bulan yang berharga berbilion dolar terpaksa dilepas kan di angkasa begitu sahaja dan tidak boleh diguna semula, hanya satu capsule kecil sahaja yang membawa angkasawan pulang. tidak seperti space-shuttle yang boleh terbang pergi dan balik. rusia masih lagi x punyai space-shuttle.

depa juga sekarang menumpukan projek jauh kedalam angkasa melepasi bulan seperti projek viking dn lain2 yang mempunyai nilai saintifik yang tinggi.

walau bagaimanapun serpihan projek kebulan ini telah menghasilkan teknologi mikroprosesor, ceramik, bahan api, dll yang berguna kepada kehidupan harian kita sekarang.

wslm

Sangtawal Sakranta said...

salam buat wah al-subangi,

terima kasih atas komen yang panjang dan menarik.

Ya, ada logiknya alasan saudara itu.Memang pada waktu itu persaingan antara US dan Rusia begitu sengit,sepatutnya Rusia lah yang selalu merungkai teori konspirasi US dan NASA ini.Tapi harus diingat musuh US sekarang ini bukan Rusia saja.musuh mereka ada dimana-mana!Yang menariknya sekarang ini mungkin mereka terpaksa berhadapan dengan rakyat mereka sendiri.

lihat penjelasan oleh penulis buku dalam temuramah tersebut di link yang saya berikan di atas.Jika apa yang ditulis itu salah dan tidak betul,mengapa buku tersebut dibiarkan menjadi best seller dan semakin memalukan NASA sendiri.

Kehebatan dan penerokaan mereka dalam bidang sains dan teknologi memang saya tak nafikan.Namun mereka berniat jahat dan menurut perancangan tangan ghaib - The Hidden Hand sebenarnya.kini rakyat mereka sudah sedar tindak tanduk pemimpin mereka yang bersekongkol dengan dajjal!

Kebangkitan islam kini terutamanya di Amerika dan Perancis kini amat membimbangkan mereka!!!

apa pun ,sekali lagi, terima kasih atas komen dan komen anda dialu-alukan.

wassalam.

Anonymous said...

saya dh lama tak percaya dengan kemampuan us jejak ke bulan nih.. hujah-hujah golongan skeptikal lebih meyakinkan

Wah Al-Subangi said...

slm bro,

tq banyak2 kerana memberi link interview tentang nasa itu, ia sungguh informative.

disini saya membuat kesimpulan tentang yang diperkatakan dalam interview itu.

1. nasa dikuasai oleh freemasons

2. kumpulan freemasons ini menubuhkan satu kumpulan researcher depa sendiri selari dengan nasa mengunakan semua dapatan research nasa dan melanjutkan reasearch nasa ketahap yang lebih advance dengan dibiayi oleh nasa.

3. teknologi propulsion (sistem tolakan - bahanapi, pada roket) telah terbantut sejak tahun 60s sebab semua research tentang itu telah diambil dan dirahsiakan kumpulan research rahsia freemason.

4. mike bara pergi lebih jauh mengatakan yang kumpulan freemason ini telah mempunyai teknologi nuclear fusion (kena bezakan ini dengan fission, teknologi nuklear yang menjana kuasa sekarang) sejak 30 tahun dahulu hasil dari research nasa tentang propulsion.

5. mereka merahsiakan ini kerana fusion mengunakan air laut untuk menjana kuasa dan tidak mengeluarkan sisa radioaktif dan ini bermakna tenaga yang murah dan selamat yang akan menghancurkan sistem ekonomi dunia yang dikuasai mereka sekarang.

5. semua angkasawan yang membuat pendaratan kebulan yang kembali diberi de-briefing dan dihypnotise - pukau, untuk memberitahu pada sidang2 akhbar apa yang orang freemason ini hendak masyarakat tahu sahaja, tidak lebih dari itu.

6. apa yang dilihat oleh angkasawan2 di bulan ialah lebih dari apa yang kita tahu. contoh mike bara ada dapat satu gambar yang neil armstrong ambil di bulan yang menunjukan pesawat berbentuk curut yang besar tapi gambar itu tidak ada dipamerkan di arkib nasa. ada rahsia yang mereka tidak mahu masysrakat tahu.

7. mike bara menunjukan bukti yang banyak signifikasi tentang pendaratan, contoh tarikh pendaratan apollo 16 ialah tarikh lahir hitler dan menyebut sesuatu tentang 33 darjah yang mempunyai signifikasi berkaitan hitler dan freemason.

8. TIDAK ADA MANA2 DALAM INTERVIEW ITU MIKE BARA MENGATAKAN ORANG TIDAK SAMPAI KE BULAN MALAH MEMBENARKAN LAGI ADA.

wslm


p/s: checkout site nasa malam ni, depa nak buat 'sauna experiment'. mereka akan meletupkan satu kawasan di bulan untuk mencari air di sana.

Sangtawal Sakranta said...

salam saudara Wah al-subangi,

Anda seorang yang berfikiran terbuka,boleh dibawa berbincang dan berfikiran positif.

satu kesimpulan yang analitik dari anda dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi berkongsi ilmu dan fakta.

Saya sengaja tidak memberikan isi perbualan m.bara itu supaya saudara sendiri mendengar dan menilainya.

ternyata saudara berusaha mencari dan menilai sendiri segala fakta dan tidak mudah menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan di depan mata.

Jika saudara orang melayu... saya amat bangga dengan anda!

Ya,memang benar... Us telah memiliki teknologi yang lebih hebat dari apa yang kita jangkakan.
Namun sayang sekali,mereka dikuasai oleh Dajjal dan freemason.

masih ingat dengan kejadian kapal UFO(ada juga mendakwa UFO juga projek NASA) yang terhempas di hutan mexico dulu? secara tiba-tiba seluruh kawasan itu dikawal tentera dan menjadi kawasan larangan bagi orang awam,beberapa orang anak kapal dan kapal tersebut dikatakan masih lagi dalam simpanan dan kajian mereka.mereka masih hairan dan mahu mengkaji bagaimana kapal angkasa itu bergerak kerana mereka tidak menjumpai enjin atau sebarang alat berupa enjin yang menghidupkan dan menggerakkannya,
mereka juga masih tidak dapat memecahkan kod-kod tulisan yang seakan-akan tulisan mesir purba di skrin bahagian depan kapal angkasa itu .mungkin itu adalah monitor skrin komputer mereka yang lebih maju dan berteknologi tinggi berbanding kita.

mungkin juga sumber tenaga kapal angkasa itu adalah dari teknologi nuclear fusion seperti apa yang saudara sebutkan itu!

bukan hasil kajian tentang teknologi saja yang dikuasai oleh dajjal dan freemason, bahkan dari segenap disiplin ilmu mereka sedang menguasainya.

namun mereka masih takut dan tidak boleh menguasai satu ilmu, iaitu ilmu tasawuf peringkat tinggi yang dimiliki oleh orang-orang al-muqarrabin!!! inilah satu-satunya ilmu yang akan mengalahkan teknologi mereka!

sekali lagi,terima kasih.

wassalam

Wah Al-Subangi said...

slm,

tk kerana memahami, saya hanya sekadar memberi pandangan. harap ia bermanafaat.

wslm.

p/s: untuk pengetahuan saya memang orang melayu. :)

PUTERI said...

Saya setuju dengan kata SangTawal, memang saya yakin Yahudi Freemason sudah dapat menguasai kesemua disiplin ilmu namun satu yang mereka tidak akan dapat kuasai iaitu ilmu teknologi ROH yang hanya dimiliki oleh orang-orang yang bertaqwa di sisi Allah. Itulah ilmu yang dijanjikan oleh Allah sebagai senjata para mukmin di akhir zaman utk mengalahkan Yahudi. Ilmu teknologi ROH ini terpancar dari satu sumber yang suci iaitu NUR MUHAMMAD. Saya tidak dapat menerangkan lebih lanjut secara saintifik kerana LOGIK di sisi hakikat itu melangkaui saintifik yang dapat dicerna oleh akal. Ia hanya dapat dirasai dan difahami oleh mata hati.

Sangtawal Sakranta said...

salam puteri,

sangat setuju dengan puteri.

Ya,tentang teknologi Roh tersebut, saya pernah baca tentang artikel yang ditulis oleh puteri dalam blog puteri.Sungguh menarik dan berguna sekali!

Semoga islam kembali bangkit dan terbilang!!!

wassalam.