Monday, September 07, 2009

Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj?



Tajuk :Tanah Melayu Pernah Dijajah Oleh Bangsa Yakjuj Makjuj ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Pada mulanya artikel ini dibuat untuk menjawab komen saudara warfeel-efairy dalam artikel sebelum ini, komen beliau seperti berikut :

[Artikel yang sungguh bermanfaat. Mungkin tuan boleh mengulas tentang pandangan yang mengatakan Gog and Magog adalah Yahudi Khazar yang ada di Israel sekarang. Ia berdasarkan pendapat Ulama Imran N. Hosein melalui bukunya An Islamic View Of Gog And Magog. Di sini link tentang kupasan tentang perkara ini.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_14.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat_15.html
August 31, 2009 7:17 PM]

*****************************************************************************

Jawapan dan Kupasan Sangtawal :



Untuk mengupas isu Gog Magog (Yakjuj Makjuj) ini kita perlu kembali kepada Al-quran.Dalam Al-Quran surah Al-kahfi ayat 83-98,terdapat 3 kata kunci utama jika kita hendak membicarakan tentang Yakjuj Makjuj ini iaitu :

1.Yakjuj Makjuj.
2.Zulqarnain(pemilik dua tanduk/kekuasaan).
3.Dinding/benteng besi antara 2 gunung.

Asbabulnuzul turunnya ayat al-quran surah Al-Kahfi itu adalah sebagai respon Allah swt ketika menjawab pertanyaan kaum Yahudi Madinah untuk menguji tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw yang bertanyakan kisah Zulqarnain(pemilik 2 tanduk) kepada baginda.Allah swt telah menjawab pertanyaan mereka dan sekaligus menceritakan kisah Yakjuj Makjuj dan dinding yang dibina oleh Zulqarnain itu.

Oleh itu,untuk mengkaji siapakah bangsa yakjuj makjuj ini,perlulah kita kaitkan ketiga-tiga kata kunci diatas yang saling kait mengait dan ketiga-tiga kata kunci itu juga haruslah berjalan serentak mengikut masa dan zamannya(time line).

Namun setelah meneliti dan meneroka kisah Yakjuj Makjuj ini dalam beberapa sumber,kitab-kitab yahudi seperti Bible,The dead Sea scrolls,Talmud dan buku tulisan Flavius Josephus(sejarawan Roman berdarah Yahudi, abad 1 M ),maka ternyata sumber Bible hanya bercerita tentang yakjuj makjuj(gog magog) sahaja tanpa mengaitkan dengan Zulqarnain.

Dalam kitab perjanjian lama dan baru juga tidak ditemui kata kunci Zulqarnain,malah watak zulqarnain tidak jelas disebut.Ada sesetengah pengkaji yang mengatakan Alexander The Great yang disebut dalam perjanjian lama dan baru itu adalah Zulqarnain.Ini pun masih memerlukan satu kajian dan perbahasan yang mendalam lagi.Apa yang pasti kata Gog Magog juga turut dipadamkan dalam beberapa kitab yahudi contohnya seperti yang saya sebutkan dalam artikel yang lalu.Mengapa bangsa yahudi-israel cuba untuk menutup kisah atau kaitan antara mereka dengan bangsa Yakjuj Makjuj ini yang sebelum ini banyak diterangkan dalam kitab-kitab agama mereka termasuk kitab talmud? mungkin ada sebabnya!


Sebenarnya Allah swt telah menurunkan ramai nabi-nabi dikalangan bangsa Israel untuk mengingatkan tentang bahayanya ancaman Yakjuj Makjuj atau Gog Magog ini!Nabi-nabi tersebut ialah Ezekiel(Hisqial), Isaiah, Yunus, Nahum, Amos, Yeremia.Sejarah telah membuktikan tentang kehancuran Nineveh dan Jurusalem adalah ada hubungkaitnya dengan bangsa Yakjuj Makjuj iaitu Bangsa Scythia.



Oleh itu setelah beberapa kajian dibuat terhadap peninggalan-peninggalan inskripsi-inskripsi lama yahudi,maka ternyata kehancuran dua kota penting itu adalah akibat langsung dari serangan Gog Magog sebenarnya.Kini setelah mengetahui perkara sebenar,maka ramai ahli al-kitab dan para sarjana yahudi dan nasrani cuba menutup kisah sebenar itu,malah ada pula yang mendakwa gerombolan yakjuj makjuj yang akan keluar sekali lagi di akhir zaman adalah dari gerombolan pakatan kaum muslimin yang akan bersatu menyerang Israel sekali lagi.




Steven M. Collins menulis dalam artikelnya yang berjudul “The Israelite of the Scythians” menyebutkan selama masa 20 tahun dalam pembungan, iaitu antara tahun 740 SM- 720 SM ,10 suku Israel telah dibuang oleh Kerajaan Assyria dari Israel Utara dalam beberapa gelombang.Mereka dipercayai muncul di daerah selatan Rusia,dan di sebut Scythia.

Pendapat ini disokong oleh Col.J.C.Gawler dalam artikelnya yang berjudul "Our Scythian Ancestor Identified with Israel”.Ditambah pula dengan penemuan-penemuan terbaru arkeologi dan penemuan hasil kajian DNA sepatutnya orang yahudi-israel sedar bahawa Bangsa Scythia yang menghancurkan Kota Nineveh dan Jurusalem dulu adalah orang Israel sendiri!



Kita mulakan semakan keturunan bangsa–bangsa bermula selepas Banjir besar…Nabi Nuh a.s mempunyai 3 orang anak iaitu Yafits,Shem/Sem dan Ham.

Sumber :Klik Sini





Sedikit sedutan dari penerangan kepada manuskrip lama di atas :

[A roundel commemorating the Flood shows Noah and his wife in an ark that resembles a fifteenth-century ship. Above the ark we see the departure of the raven, who did not return, and the arrival of the dove with the olive branch. Assorted couples people the ark. The surrounding caption meticulously records the number of years Noah lived after the flood -- 350 -- and his [imagined] place of burial. ("Noe post diluvium vixit [350] annos mortuus et sepultus est in Phaleth.")

The first of two rows of roundels beneath the Flood show the sons of Noah -- Sem, king of Asia, Japhet, king of Europe, and Ham, king of Africa -- together with a diagrammatic tau map of the world (A tau map is a graphic device that divides the known world, a circle, into three continents by the use of a tau, the Greek letter T). All these Old Testament figures are dressed in the height of mid-fifteenth century fashion, a common practice in medieval illustrations.

The second row of roundels shows the sons of Japhet, king of Europe, followed by British (green borders) and French (blue) lines of descent, and short histories of the seven Saxon kingdoms (yellow). Either through scribal error or deliberate omission, the French line does not show a linear connection to any of Japhet's sons, unlike the British and Saxon lines. (Those familiar with the "Salic law" speech in Shakespeare's Henry V may be interested to note that the French line begins with "Faramundus," better known to Shakespeareans as Pharamond.)

The lines of descent are decorated by three Yorkist symbols in regular rotation -- the sun in splendor, the fetterlock, and the rose-en-soleil, while the white rose image continues to alternate with the banners on either side of the manuscript.

The makers of this manuscript adhered faithfully to the list of kings shown in Geoffrey of Monmouth's History of the Kings of Britain -- a listing so exhaustive that it was necessary to assign them two full columns on the manuscript. The line descends vertically for several feet and then begins again in a second green column.]

****************************************************************************


Garis keturunan Gog Magog jika diteliti dalam kitab kejadian/genesis 10:1-2, ia adalah sama dengan sumber islam yang bersepakat bahawa keturunan magog adalah bangsa besar yang berasal dari Yafits(atau disebut Yafith,Yafet,Japhet) bin Nuh a.s.

Anak-anak Yafits menurunkan berbagai-bagai Bangsa Yakjuj Makjuj melalui Magog.Antaranya ialah bangsa Scyhtia.Bangsa Cimmeria juga dikatakan berasal dari keturunan Yafits ini..Selain bangsa Scythia dan Cimmeria ini ada lagi beberapa bangsa dari ras Eurasitic seperti Xiongnu/Hsiung-nu,Han,Turki,Mongol dan Tartar yang juga berasal dari keturunan Magog.


Mari kita lihat sepintas lalu sejarah bani Israel ini!

Kerajaan Israel mula berpecah selepas kematian Nabi Sulaiman 930 SM.Israel berpecah dua menjadi Israel Utara yang beribukotakan Samirah/Samaria disokong oleh 10 suku Israel dan Yehuda yang beribukotakan Jurusalem yang disokong oleh 2 suku sahaja iaitu Yehuda dan suku Benyamin.Gabungan 10 suku tersebut tidak mengiktiraf suku Yehuda dan putera Nabi Sulaiman iaitu Rehabeam yang menaiki takhta menggantikan bapanya.

Pada tahun 722 SM Raja Assyria iaitu Sargon II dibantu oleh tentera Cimmeria(Bangsa Yakjuj Makjuj yang pertama keluar dari padang rumput Eurasia melalui Darial Gate atau Kreuzberg Pass) menyerang Israel Utara lalu menawan Raja Israel terakhir iaitu Husea bersama 27,280 orang dari 10 suku israel dijual dan dibuang ke Assyria.Orang Israel buangan ini kemudian mendiami kawasan kaki pergunungan Kaukasus berdekatan dengan Armenia moden sekarang ini.

Ada inskripsi-inskripsi Assyria yang mencatatkan bahawa ketika itu 2 orang lelaki dan seorang wanita Israel dijual oleh seorang Phoenesia kepada orang Mesir hanya dengan harga 2 keping perak sahaja!inilah episod bermula penghinaan kepada bangsa Israel dan tersebarnya keturunan Yakjuj Makjuj ke Timur Tengah.



Keturunan nomad Israel dari 10 suku Israel utara[The Lost Ten Tribes Of Israel] yang dibuang ini menurunkan Bangsa Scythia(Bangsa Yakjuj Makjuj yang kedua keluar dari padang rumput Eurasia melaui Caspian Gate/ Derbent).

Bangsa Anglo-Saxon juga adalah berketurunan dari bangsa Scythia-sakae.Kota saksin atau Saxon-city adalah satu ibukota daripada Khazar.Bani Khazar ini adalah berketurunan scythia daripada suku-suku Israel dari garisan Manasseh dan Simeon.Mereka juga mengembara ke Eropah utara,Eropah Tengah dan seterusnya menuju Denmark,Scandinavia,Perancis dan kepulauan Inggeris.Ada juga yang sampai ke Jerman .Selepas itu keturunan mereka [Scythia dan Cimmeria] bertebaran ke seluruh dunia!





Benua Amerika juga adalah lokasi Yakjuj Makjuj dari garis keturunan Turki Scythia.Mereka memasuki benua Amerika dengan melalui Selat Bering,selepas itu mereka melewati Alaska,menuju Kanada dan Amerika Syarikat,malah ada yang mengembara hingga ke Amerika Selatan.Bangsa Amerika dan Inggeris(British) adalah berketurunan dari Bangsa Anglo-Saxon.

Orang Anglo-Saxon adalah berasal dari keturunan bangsa Scythia.Bangsa Scythia pula berasal dari 10 suku Israel yang hilang!.Suku Israel yang hilang ini dipercayai mengembara ke utara-barat Eropah dan kepulauan Inggeris.Dari sana mereka menuju ke Amerika dan koloni-koloni Inggeris yang lain diseluruh dunia!

Sebuah gereja iaitu Orange Street Congregational Church dalam laman webnya menyatakan 9 prinsip kepercayaan mereka: “Beliefs Of Orange Street Congregational Church”…diantaranya ialah kepercayaan yang ke-7,ke-8, ke-9 cukup menarik untuk dipaparkan disini iaitu :

****************************************************************************

(7).Kami percaya :Bangsa Israel terbahagi kepada 2 kerajaan,satu disebut Judah(Judea) dan lainnya Israel.Sekitar tahun 745-676 SM,kerajaan Israel di bawa ke Assyria dan tidak pernah kembali ke Palestine.Mulai saat ini,mereka menjadi apa yang diketahui”The Lost Tribes Of Israel”.Sejarah menceritakan kepada kita,migrasi mereka dari Assyria melalui Rusia Selatan menuju eropah dengan berbagai-bagai nama seperti Cimmeria, Goth, Angle, Jute, Saxon, Dane(Denmark), Viking dan penduduk asli Normandy.

(8).Kami Percaya : Keturunan yang benar dari Israel adalah Celto-Anglo-Saxon,Scandinavia,Jerman dan Dutch(Belanda),rakyat Australia,Kanada,Afrika Selatan,Selandia baru dan Amerika(A Great Nation) dan kepulauan Inggeris (A Great nation and Company of Nation)

(9).Kami Percaya: Keluarga kerajaan (Inggeris) adalah keturunan langsung Daud.

*****************************************************************************


Nama-nama yang disebutkan dalam kitab Ezekiel 38:1 – 4, iaitu Juj,tanah majuj,Rus,Masekh,Tubal perlu dihuraikan lagi.


[ Lagi datanglah kata Tuhan kepadaku,bunyinya “Hai anak Adam! Tunjukkanlah mukamu kepada Juj dan Tanah Majuj,raja Rus,Masekh dan Tubal,dan bernubuatlah akan halnya] – Kitab Ezekiel 38:1-4.

Juj adalah sama dengan Yakjuj iaitu Raja Rus atau Rusia,Masekh iaitu Moscow dan Tubal iaitu Tobolsk. Tanah Majuj bermaksud Makjuj.

Rusia(Rus) adalah nama Negara manakala Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah utara pergunungan kaukasus.Di Sungai Omask terletak kota Moscow dan pada sungai Tobolsk terletak Kota Tobolsk.Kedua-duanya adalah kota yang masyhur di Rusia!



Maka kita boleh simpulkan disini bahawa Juj itu juga adalah Rusia,tempat tinggalnya bangsa Slavia.Rusia pula terletak di Eropah.Penduduk Eropah terdiri dari dua pokok utama suku bangsa iaitu bangsa Slavia dan bangsa Teutonia.Oleh itu kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Eropah timur iaitu bangsa Slavia dan Majuj bermaksud nama bangsa-bangsa Eropah barat iaitu Bangsa Teutonia yang meliputi bangsa Jerman dan British!


Saya cukup percaya bahawa orang-orang Eropah itu berketurunan dari Gog Magog,kalau tidak mengapa mereka masih menyimpan patung Gog Magog di hadapan Guidhall di London itu!Jika sekiranya ia tiada kaitan dengan Gog Magog sebagai nenek moyang mereka,mereka sudah pasti tidak meletakkan dua patung itu di depan gedung Dewan Perwakilan rakyat mereka!





Maka benarlah sabda Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahawa bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah merupakan komuniti terbesar orang kafir dan mereka tidak beriman dengan Allah.


Sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud :

“Allah berkata kepada Nabi Adam,”wahai Adam”.beliau pun menjawab “Labbaika wa sa’daik”(aku penuhi panggilanMu dan seruanMu).Allah berkata “keluarkanlah dari anak cucumu delegasi neraka”.Beliau bertanya “Wahai Tuhan, apa yang dimaksudkan dengan delegasi neraka?” Allah menjawab “Daripada setiap 1000 orang,ada 999 yang masuk neraka,hanya satu sahaja yang masuk syurga”.Orang pun kecoh bergemuruh apabila nabi menceritakan hadis ini .Lantas mereka bertanya “Wahai Rasulullah,siapakah di antara kami yang menjadi satu orang tersebut?’ beliau menjawab “bergembiralah,kerana kamu berada di antara dua komuniti.Tidaklah dua komuniti itu bercampur dengan komuniti yang lain melainkan akan memperbanyakkannya,itulah Yakjuj dan Makjuj”

Sekiranya pada waktu itu, jumlah kaum muslimin atau sahabat nabi contohnya seramai 1000 orang ,maka bilangan Yakjuj Makjuj adalah sejumlah 1000 x 999 = 999000 orang.Bayangkanlah dari zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke akhir zaman seramai 999,000 orang yakjuj makjuj itu berkembang biak dan berketurunan,berapa ramaikah yakjuj makjuj yang ada bertebaran di mukabumi ini sekarang???

Maka tidak hairanlah jika ada para pengkaji atau sarjana yang mengatakan bangsa Yakjuj Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi-israel atau dari bangsa Amerika atau dari bangsa Rusia kerana semua bangsa yang disebutkan itu adalah subset kepada bangsa Yakjuj Makjuj yang besar seperti saya huraikan diatas!




Episod gelombang migrasi pertama keluarnya Gog Magog ini pada tahun 790-750 SM yang dicetuskan oleh ancaman kelaparan di padang rumput Eurasia dimana rumput mula berkurangan untuk binatang ternakan mungkin akibat serangan belalang atau kemarau yang berpanjangan melibatkan serangan ganas bangsa Scythia Yakjuj Makjuj dengan migrasi mereka ke timur menuju ke China- Dinasti Chou 771 SM iaitu ke peradaban lembah sungai Kuning China(Tiongkok), migrasi ke barat menuju ke Eropah dan Asia Barat Daya (Armenia,Urartu dan Media) serta migrasi ke selatan menuju peradaban sungai Indus India


Satu ciri penting bangsa yakjuj makjuj ini ialah mereka amat menyukai emas! Jadi, bangsa manakah sekarang ini yang amat menyukai emas jika bukan bangsa yahudi-zionis!merekalah sekarang ini yang sedang mengumpul emas dan merekalah juga yang mengawal harga emas dunia!sila baca artikel lama saya bertajuk Zionis dan Emas – Bhg 1,Bhg 2,dan Bhg 3.


Ketika Kota Nineveh iaitu ibukota Empayar Assyria hancur 612 SM,hasil serbuan gabungan tiga bangsa iaitu Bangsa Cheldea Babilon yang dipimpin oleh Nabopolassar,Bangsa Medes yang dipimpin oleh Cyaxares I dan Bangsa Barbar Yakjuj makjuj Scythia yang dipimpin oleh Umman Manda, Raja Assyria iaitu Sin Sharishkun telah membunuh dirinya bersama permaisuri ,dayang-dayangnya serta timbunan emas dan perak yang banyak didalam kota itu!Bayangkanlah timbunan emas yang tinggi di dalam kota!



Selepas Assyria hancur,wilayah kekuasaannya dibahagi dua iaitu kawasan Mesopotamia termasuk Babilon diberikan kepada Nabopolasar dari Chaldea dan kawasan Elam untuk Cyaxares I dari Medes.

Bangsa Scythia hanya mendapat harta rampasan emas dan perak sahaja!jumlah dan nilainya tentulah banyak kerana Empayar Assyria sendiri pernah merampas atau menerima ufti berupa emas dan perak dari jajahan takluknya seperti seluruh Timur Tengah, Mesopotamia, Babilon, Chaldea, Urartu di Asia kecil, Palestine, Israel, Mesir dan lembah sungai Nil.Kemungkinan besar harta tersebut adalah warisan dari kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman.



Gelombang migrasi kedua keluarnya Bangsa Yakjuj Makjuj secara besar-besaran ialah serangan Mongol-Tartar dan perluasan kekuasaan mereka.



Jadi dalam artikel ini saya ingin mengajak anda semua berfikir sejenak….adakah anda bersetuju sekiranya saya mengatakan bahawa Bangsa Yakjuj Makjuj sebenarnya telahpun sampai ke Tanah Melayu ini dan pernah menjajah kita?...Bukankah Portugis(bangsa Portugis/sepanyol adalah keturunan Tarshish anak kepada Javan anak kepada Yafits bin Nuh a.s) ,Belanda dan Inggeris adalah keturunan Gog Magog? Pada pendapat saya episod penjajahan oleh negara-negara tersebut ke Nusantara dan khususnya ke tanah air kita melambangkan episod gelombang migrasi ketiga keluarnya Gog Magog !

Portugis...Belanda...Inggeris...




Jadi,bilakah pula agaknya gerangan migrasi atau serangan ke-4 episod keluarnya yakjuj makjuj secara besar-besaran itu? Sekarang ini tidak dinafikan lagi bahawa Dajjal(Pendusta Besar) dan segala bala tentera rahsianya sedang mempermudahkan jalan keluarnya Yakjuj Makjuj.

Sudah pasti mereka akan keluar semula selepas turunnya Nabi Isa a.s dan selepas Dajjal dibunuh ditangan Nabi Isa Al Masih.

Siapa pula sebenarnya Zulqarnain yang disebutkan di dalam Al-Quran itu ?




Persoalan ini sebenarnya masih tinggal misteri sehingga sekarang.Benarkah Iskandar Zulkarnain yang disebut-sebut dalam kitab melayu lama itu adalah Zulqarnain yang disebut di dalam Al-quran?,kerana dalam al-quran hanya disebutkan namanya Zulqarnain sahaja!tidak ada perkataan Iskandar! malah ada pengkaji yang mendakwa Iskandar Zulkarnain pernah datang ke Nusantara dan Bangsa Siam Budha itu adalah berasal dari Yakjuj Makjuj.Benarkah begitu?...saya tinggalkan polemik perbincangan ini kepada anda semua!

Sebelum mengundurkan diri,saya ingin membuat kesimpulan bahawa untuk mengenal siapa itu Zulqarnain sebenar perlulah meneliti ketiga-tiga kata kunci utama seperti yang saya utarakan di awal artikel ini dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan berjalan seiring dalam satu masa dan zaman!

Mungkin juga Pakar Arkeologi boleh menilai usia sebenar besi bercampur tembaga yang dijumpai di gunung Kaukasus itu.Jika usia sebenar besi tersebut diketahui,maka boleh dianggarkan pada tahun berapakah Zulqarnain membuat tembok besi itu dan dapatlah dicari watak sebenar siapakah Zulqarnain yang memenuhi ciri-ciri seperti yang diterangkan oleh Al-Quran yang terlibat dengan Bangsa Yakjuj Makjuj dan pembinaan dinding besi itu dizaman itu!


Sedikit nota buat renungan bersama :

2166 SM- Nabi Ibrahim dilahirkan di Ur,Mesopotamia selatan (Iraq).

2150 SM- Nabi Ibrahim menghancurkan berhala di Ur.Dihukum oleh Raja Namrud lalu dicampakkan kedalam api tetapi tidak terbakar.Anak saudaranya Luth beriman selepas melihat kejadian itu.

2117 SM- Nabi Ibrahim mengahwini Sarah.

2105 SM-Nabi Ibrahim berpindah ke Haran,Turki.

2091 SM- Nabi Ibrahim berpindah dari Haran menuju Palestin/Kanaan melaui Syria dan Jordan.

2089 Sm- Bencana kebuluran di Fertile Crescent termasuk di Palestine,Ibrahim berpindah ke Mesir.

2084 SM- Raja Mesir menghadiahkan seorang hamba wanita (sesetengah riwayat- puteri Raja Mesir)iaitu Siti Hajar lalu dinikahi oleh Ibrahim.

2080 SM- Siti Hajar melahirkan Ismail.

2067 SM- Ibrahim mengorbankan Ismail,diganti oleh Allah dengan Kibas.Kehancuran kota Sodom dan Gomorah tempat dahwah Nabi Luth.

2066 SM- Sarah melahirkan Ishaq.

2056 SM- Ibrahim dan Ismail meninggikan Kaabah di Mekah

2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak(sesetengah riwayat-7 orang anak)

2006 SM- Nabi Yaakub ,putera Nabi Ishaq,dilahirkan di Palestin.

2000 SM- Orang Siberia,pengembala nomad dari padang rumput Eurasia berketurunan yakjuj makjuj bermigrasi ke Benua Amerika menjadi suku Indian.Sebahagian orang Siberia juga bermigrasi ke Georgia,di selatan pergunungan kaukasus dan mula memperkenalkan ilmu menjinakkan kuda.

1991 SM – Nabi Ibrahim meninggal dunia pada umur 175 tahun.

1929 SM- Nabi Yaakub melarikan diri ke Haran.Dari peristiwa ini Nabi Yaakub digelar Israel.Israel dari perkataan Isra-[perjalanan malam] dan El- [Allah] yang bererti Allah memperjalankannya di malam hari.Istilah Israel mula terbentuk.Anak Nabi Yaakub bernama Yahuda,maka istilah Yahudi mula terbentuk.

Akhirnya ..satu soalan cepu emas untuk semua…siapakah Bangsa Israel yang sebenar? Israel-Yahudi - Zionis sekarang ini yang mempunyai jurai keturunan dari Magog bin Yafits bin Nuh atau satu Bangsa Misteri yang berasal dari Nabi Yaakub(Israel) anak kepada Ishaq anak kepada nabi Ibrahim sehingga kepada Arphaxad anak kepada Shem/Sem anak kepada Nuh a.s ?


Kata kunci utama ialah pada tahun 2025 SM – Ibrahim berkahwin dengan Keturah dan memiliki 6 orang anak.

Siapa Keturah ,dari mana asal usulnya dan siapakah pula keturunan anak-anak Keturah ini ???

Selamat membaca…


Wassalam.

Sangtawal Sakranta..


30 comments:

Free Our Mind said...

Salam. Terima kasih saudara sang tawal.. Artikel anda telah membuka minda saya lebih luas dan sarat dengan maklumat2.. dan juga menjawap banyak persoalan saya sebelum ini. Well done...

Saya tertarik dengan persoalan keturah yang ditimbulkan oleh saudara. mengenai Siti Keturah.



"Now the sons of Keturah, Abraham's wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan." (Genesis 1:32)


Kalau tidak silap Keturah ini adalah berketurunan dari Kerajaan Champa Kuno dan telah dikahwini oleh Nabi Ibrahim selepas kewafatan Sarah. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Dan anak-anak ini jugalah yang menjadi pengasas kepada bangsa melayu dan perkataan melayu itu sendiri diambil dari perkataan 'Mala' iaitu bangsa asal Siti Keturah ini. Dan boleh disimpolkan di sini bangda Melayu adalah dari darah keturunan Nabi Ibrahim. Keris itu sendiri adalah 'gift' dari Nabi Ibrahim unutk anak2 nya di sebelah timur iaitu anak2 Keturah.

Dan apa pendapat sang tawal mengenai the lost tribe of Israel dari keturunan Nabi Yusuf yang mendapat petunjuk dari Allah dan akan membunuh Israel jahat di Palestin dikatakan melayu di nusantara ini.


Jika ada salah dan silap dalam komen saya ini diharap diperbetulkan. Terima kasih sekali lagi sang tawal.

Sangtawal Sakranta said...

Salam warfeel-efairy.

Terima ksih kembali.

ya...perjalanan keturunan anak-anak Keturah ke Timur di tulis dengan baik sekali dalam blogspot Mistisfiles...anda boleh membaca dalam siri ATBMnya...

Tentang keturunan Keturah...juga masih diselubungi misteri..tapi apa yang pasti dia berasal dari Nusantara.

Kedatangan pendakwah/anak cucu nabi ke Perlak dan kerajaan samudera Pasai adalah kunci kepada kebangkitan akhir zaman.

misi Syed Hussien jamaluddin kubra selepas itu ke Nusantara juga adalah kunci utama/pelengkap kepada kebangkitan akhir zaman!
Perkahwinannya dengan puteri raja champa juga ada kaitan dengan misinya ke Nusantara.

Sudah pasti bani Israel sebenar dari nabi Yaakub akan mengalahkan israel-yahudi berketurunan gog magog.....tapi pada pendapat saya bukan di palestin sana...tapi di sini...di satu-satunya pengkalan tentera zionis di dunia!...pencetusnya di situ... selepas itu..kebangkitan akan merebak dari tanah melayu-islam Langkasuka dengan mengalahkan siam-budha...seterusnya akan membentuk satu empayar ...seperti Empayar Chermin yang pernah terbilang di zaman silam!melayu-islam tanpa sempadan daerah bersatu dibawah satu panji hitam...insyaAllah.

itu pendapat saya sahaja.

wassalam

Free Our Mind said...

Insya allah. Kebenaran akan tegak kembali. Terima kasih atas komen balas saudara.

Di sini saya ingin meminta pandangan saudara tentang artikel saya tentang kebangkitan akhir zaman.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/rise-of-islam-kalimah-allah-di-angkasa.html

Saya harap tuan dapat memberikan sedikit sebanyak pendapat tentang artikel ini.

Sangtawal Sakranta said...

salam warfeel-efairy,

Terima kasih.

Saya telah melihat artikel anda tersebut,satu artikel yang menarik!

pandangan saya begini :

Tentang kalimah Allah...
Kekerapan munculnya dilangit oleh gumpalan awan membentuk kalimah Allah adalah satu fenomena yang cukup simbolik bagi mereka yang mahu berfikir!
ia juga memberi pengertian bahawa mereka-mereka yang selalu melihat kalimah itu di dalam qalbu mereka atau selalu berzikir khafi Allah,Allah,Allah...yang akan bangkit berjuang di akhir zaman.

Siapa Tokku paloh?
beliau adalah anak cucu nabi,wali Allah berpangkat Qutubul zaman pada zamannya...dia adalah khalifah sebuah aliran kerohanian yang mengamalkan zikir Allah,Allah,Allah di dalam qalbu..

Kata kunci melayu takkan hilang di dunia ialah kata-kata Hang Tuah yang penuh dengan makna yang tersirat....beliau juga adalah pengamal ilmu zikir Allah,Allah,Allah...ini yang dipelajari dari gurunya Adi Putra atau nama sebenarnya Sheihk Thanauddin adinda kepada sheikh hussin jamaluddin kubra....ramai pendekar sufi yang ada ilmu ini seperti Tok janggut,Tok Selehor...dan barisan pejuang pahang seperti mat kilau,dato bahaman,yang pernah mendapat perlindungan Tokku Paloh dan dalam masa yang sama mempelajari ilmu tersebut dengan Tokku paloh!

Tentang bendera hitam... ia adalah bendera asal perang badar yang ada kalimah Laa ilaa haillallah... masih ada di simpan oleh anak cucu nabi sehinggalah tiba masanya ia akan di kibarkan dan di tegakkan!

Al mahdi adalah seorang insan yang juga mengamalkan zikir tersebut dan dia tidak tahu dialah Al-mahdi sehinggalah dia dilantik nanti...

wassalam!

Anonymous said...

Salam. Saya ingin memasukkan tulisan saudara mengenai keris dan bangsa Mala dalam sebuah buku terbitan kami yang bertajuk Realiti Misteri. Saya akan creditkan nama saudara sebagai penulis dan blog saudara. Saudara boleh hubungi saya sekiranya ada sebarang kemusykilan di nombor 0133723799-Abu Muhammad Zubair. TQ.

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

percaya atau tidak, angkatan Raja Nimrod memang pernah datang ke sini.

Panglima Perang Cyber said...

salam.


artikel sangat menarik bro !

saya dah linkkan di blog saya muka hadapan sekali dengan tajuk edisi paling gempak..

harap tak ada masalah saya siarkan link artikel ini di blog saya.

ada masa bro kita boleh jumpa ?


http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/09/edisi-paling-gempak-bangsa-melayu.html

Sangtawal Sakranta said...

salam buat anon @ 8.05pm/abu muhammad zubair.

terima kasih atas kesudian saudara itu.Sila teruskan usaha saudara.cuma saya berharap jika ada sedikit rezeki dari Allah darinya atas usaha saudara itu...jangan lupakan orang miskin,anak anak yatim dan mereka yang memerlukannya!semoga rezeki saudara Allah akan lipatgandakan!


salam T.M.P,
agak menarik juga juga isu yang cuba saudara ketengahkan itu.saya percaya Nimrod sudah sampai kesini berulang-ulang kali...kerana dahulu mereka mempunyai teknologi yang lebih canggih dari teknologi kita sekarang...pesawat mereka lebih canggih dari kita!
nama penuh Nimrod ialah Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh a.s...
beliau ialah manusia pertama yang mengasaskan kerajaan.Empayarnya berpusat di Shinar dan wilayah jajahannya termasuk Babylon dan Mesopotamia yang dipercayai tempat bermulanya peradaban manusia.
beliau berumur panjang dan sempat memerintah selama 400 tahun.Nimrod orang pertama yang mengarahkan manusia membuat mercutanda iaitu Menara babel yang tinggi mencakar langit untuk melawan kekuasaan Tuhan...tempoh pembinaannya adalah selama 43 tahun.
walaupun dia cicit nabi Nuh..tetapi selepas 10 generasi beliau sempat diketemukan juga dengan nabi Ibrahim ...akibat kedegilannya tidak mahu beriman dengan Allah...Namrod telah dimusnahkan oleh Allah hanya dengan seekor serangga kecil yang dipercayai nyamuk masuk kedalam lubang hidungnya seterusnya ke otaknya!Namrod terpaksa mengetuk kepalanya sendiri dengan sebatang besi untuk mengurangkan kesakitannya...lalu akhirnya beliau mati akibat hentakan besi yang berterusan itu!

Salam saudara Panglima dan sahabat BPN .
terima kasih atas kesudian menyiarkan artikel yang tak seberapa ini.Semoga kita semua mendapat menfaat darinya....ambillah apa-apa yang anda semua rasa/fikir baik dari blog ini dan tinggalkan apa-apa yang tidak baik ..kerana saya juga insan lemah dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan!

salam perjuangan.

wassalam.

hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...

Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..

Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak, isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..??
dibawah naungan British bukan..??
menjadi anak emas Britishkan..!!

Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..??

Siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british… ??

Golongan yg menjadi " BARUA " British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..

Wahai sekalian bani jawi...sedarlah..

Bahawasanya UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya..


Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut dan merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..

” Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu ”

Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah.

Ketika British memperkenalkan konsep ” Jus Soli ” iaitu menerima dan mengiktiraf semua bangsa yg berada di Malaya ketika itu sebagai warga negara malaysia ( cina dan india ). Siapakah yg bersetuju dgn agenda yahudi tersebut..?? bukankah tangan2 UMNO yang menyambutnya dgn redha..?? walaupun ketika itu semua ulama` yg bercita-cita mendirikan daulah islamiah dalam negara kita menentang agenda Yahudi tersebut..?? Apakah UMNo masih nak menafikan segala kedurjanaan mereka ketika itu..

Tunggulah di makamah Allah dipadang Mahsyar nanti dan saksikan lah bagaimana Allah membentangkan segala2nya berhubung tentang peranan UMNO bersama2 Yahudi dan Nasara bersepakat merencanakan penubuhan negara proxy yahudi di Malaysia ini.

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis ” Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.
Sila cabar fakta dan sahutlah cabaran Aku wahai panglima dan srikandi ketuanan sekular UMNO..??

So di sini terserlah sudah siapa sebenarnya yg bersekongkol dgn tentera2 yakjud dan makjud bagi memperlahankan proses tegaknya panji2 hitam serta kebangkitan islam di seluruh nusantara oleh bangsa melayu ( bani jawi ). Indonesia .. yakjud dan makjud telah mempengaruhi sukarno dgn terciptanya " Pancasila " bagi menggantikan perundangan islam di sana..

Cikgu Badrol said...

Belanda memang yajjuj dan makjuj / yahudi. sila klik video ini.untuk melihat simbol-simbol yahudi syaitan yang ditinggalkan di Muzium Jakarta.

http://www.youtube.com/watch?v=5JomoCU3Y5U

http://www.youtube.com/watch?v=5BN1W4EwGdc&feature=related

Anonymous said...

assalamualaikum...kita memang pernah dijajah oleh yakjud makjud dan selepas merdeka kita masih lagi diperintah oleh anak cucu yakjud makjud iaitu yakjib najjib...yang tidak mahu melaksanakan hukum allah!!!dan disokong pula oleh penulis artikel pasal yakjuj makjuj ni!!!pelik

Anonymous said...

bagaimana pula dengan anwar yang dikatakan membela peranan yahudi di dunia sekarang? anwar juga yang menjadi talibarut yahudi dalam cuba melaksanakan sistem pemulihan ekonomi melalui IMF? tapi nasib baik dengan lindungan Allah Taala, dan kebijaksanaan Tun M, kita masih terselamat. tapi smpi bila? kerana kuncu2 pembangkang a.k.a sememangnya tidak mahu Mlaysia aman. wallahualam.

Anonymous said...

PELIK AKU BILA BLOG KAJIAN SEJARAH JADI TEMPAT BERPOLITIK.AKU NAK BACE SEJARAH BANGSA..BUKAN SEJARAH PARTI...

-phateh leqiu- said...

assalamualaikum...........

saudara..saudari sekalian.....saya hendak link terbaru blog freeourmind..krn sya link blog itu dah takde...asalnya blog warfeel-efairy ..........boleh tak tolong...sy cari dah takde

-phateh leqiu- said...

assalamualaikum...........

saudara..saudari sekalian.....saya hendak link terbaru blog freeourmind..krn sya link blog itu dah takde...asalnya blog warfeel-efairy ..........boleh tak tolong...sy cari dah takde

Unknown said...

semua parti politik yg ada skrg ne adalah proxy Zionist, itulah tujuannya utk memecah belah manusia, bersedia sahaja dgn ilmu2 asas Islam, janji Allah itu benar, sejauh mnpun kekuatan proxy Zionist ini, ianya Alan hancur jg kemudian hari, tidak perlu pro atau fanatik mn2 parti, tidak perlu risau klu Kita benar2 berserah diri pd allah , wallahualam dan insyaallah

Unknown said...

semua parti politik yg ada skrg ne adalah proxy Zionist, itulah tujuannya utk memecah belah manusia, bersedia sahaja dgn ilmu2 asas Islam, janji Allah itu benar, sejauh mnpun kekuatan proxy Zionist ini, ianya Alan hancur jg kemudian hari, tidak perlu pro atau fanatik mn2 parti, tidak perlu risau klu Kita benar2 berserah diri pd allah , wallahualam dan insyaallah

Anonymous said...

Tidak mungkin Juj dan makjuj dari bangsa israel atau rusia atau china mongolia..Satu persoalan ialah sekarang agama islam berkembang pesat di benua eropah apakah orang yang memeluk agama islam ini di kategorikan sebagai golongan juj dan makjuj..Sama sekali tentu tidak dan tidak mungkin. Tembok Iskandar zulkarnain dibuat daripada acuan tembaga yang tentu kukuh dan tahan daripada kekaratan..Kewujudan mereka disebalik tembok ini belum lagi ditembusi oleh mereka hatta kemajuan manusia. Seperti mana cerita yang kita dengar hampir kiamat nanti mereka akan muncul bagai air bah yang melanda menhancurkan semua benda dihadapan tanpa tinggal bekas. Seperti mana apa yang tercatit dalam alquran kaum ini suka memusnahkan dan mendatangkan kerosakkan dimukabumi. Perkataan mendatangkan kerosakkan itu kena diberi perhatian. Kerosakkan apakah mereka lakukkan sehingga Allah peritahkan Iskandar Zulkarnain membuat tembok. Tidakkah Angkatan iskandar zurkanain yann berlaksa-laksa (juta-juta) ini tidak boleh menghapuskan atau mengislamkan kaum ini.

Secara umum bagi setiap satu pemimpin meraka kena tahu salasilah sesuatu kaum kerana itu adalah adat bagi manusia apatah lagi pemimpin agung Isakandar Zulkaranaim. Iskandar Zulkaranain pun mungkin tahu jika melawan kaum ini belum tentu akan menang kerana sifat dan kekuatan yang dimiliki oleh juj makjuj.

Jadi apa yang boleh dibuat oleh Iskandar Zulkarnain adalah tembok tembaga yang sukar ditembusi oleh juj makjuj. Saya kira dengan cara ini mereka dapat melambatkan juj makjuj daripada melakukakan kerosakkan dan tidak lagi menyerang kawasan2 sekitar.

Saya juga berpendapat bahwa bangsa juj makjuj ini ingin memusnahkan peradaban manusia dan membunuh manusia itu sendiri.

Mungkin kerana sifat atau memang membenci kaum manusia tidak kira siapa walaupun asal kaum ini pun dari manusia. Mungkin dahulunya kaum ini bentuknya yang hodoh serta tidak memahami adat manusia yang lain menyebabkan mereka selalu dihina dan dicemuh. Akibatnya mereka ini terpencil dan tinggal dikawasan pergunungan.

Jika kita membaca hikayat amir hamzah ada kaum yang ditakuti oleh semua orang. Kaum ini suka makan orang dan ketua mereka mempunyai kepakaran dalam ilmu api. Saya kira kaum juj makjuj ini juga mempunyai kekuatan tersendiri seperti mana kaum makan orang yang dihapuskan oleh Amir Hamzah.

Saya fikir jika juj makjuj sudah berjaya menebuk tembok iskandar zulkarnain sudah tentu bumi ini kiamat dalam masa terdekat. Saya tidak fikir juj makjuj menyukai emas. Apa yang saya tahu mereka ini suka membuat kerosakkan di mukabumi. Apa yang guru saya beritahu juj makjuj ini akan memakan bukit dan gunung ganang. Bayangkan kekuatan mereka ini, sudah tentu kekuatan dan teknologi manusia tidak boleh menandingi kekuatan mereka sama sekali. Hanya wabak penyakit saja yang boleh menghapuskan mereka ini dari mukabumi seperti mana apa yang tercatit.

Jadi ramalam tentang kaum juj makjuj ini adalh dari yahudi, amerika atau rusia atau china saya tidak setuju samasekali kerana mereka ini ada peri kemanusian dan jika sekarang antara mereka ini bermusuhan sesama sendiri spt ingin menegakan idelogi masing walhal kita ini adalah sama saja.

Kekuatan teknologi manusia ini akan capai satu tahap dimana kekuatuan tersebut akan hancur oleh kaum juj makjuj sahaja.

Sekian Wassalam
HK

Anonymous said...

Dabafilard,mati sebab kulat

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

@ Emi Rules

... DAJJAL ALMASIKH & MAKHLUK PEROSAK YAKJUD MAKJUD ...

Dimana adanya SiMata Satu - Sang Dajjal AlMasikh, pasti diisitu beradanya bala tenteranya SiMakhluk Perosak - Sang Yakjud Makjud. Wajah2 rupa2 peranan2 Dajjal dan tentera2nya Yakjud Makjud berubah2 mengikut pengaruh semasa perubahan bangsa lokasi dan kejahatan2 semesta. Hinggalah Dunia Islam diAlam Tanah Melayu sedang hampir terlingkup meniti Akhirul Zaman.

Maka diMalaysia ini sedang tersembunyi Anak2 Dajjal dari kalangan Pemimpin2 Melayu yg telah dilahirkan oleh Dajjal2 Dunia. Begitu juga Yakjud Makjud bangsa2 pendatang sedang tersangat ramai menjajah Malaysia. Kalau dulu bangsa Monggol / Tatar yg bermata sepet sering dianggap sebagei Yakjud Makjud. Tetapi kini SiMata Sepet telah berganti bertukar wajah dgn bangsa China yg sudah berbillion ramei penduduk2nya. Begitu juga bangsa India sudah berbillion jumlah warganya. Tanpa disedari oleh orang2 Melayu Islam itu sendiri, sebenarnya Tanah Melayu sudah pun dijajah oleh Yakjud Makjud dari bangsa China dan India..

Perhatikan issu dunia terkini dlm perebutan tuntutn wilayah kepulauan2 Spratly diperairan Laut China Selatan itu. Namanya saja Laut China Selatan, tetapi kedudukan pulau2 tersebut berada dlm perairan Filipina. Tuntutan telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa, telah dimenangi oleh Filipina. Apakah keputusan tersebut ada muslihat "Ada Udang Dlm Mee "..?? Apakah pula riaksi China, mungkinkah tentera2 Yakjud Makjud akan menyerang merampas semula pulau2 yg telah dibangunkan oleh mereka..?? Begitulah gambarannya tanah2 dlm Tanah Melayu yg kebanyakannya terbolos telah jadi milik China dan India. Apakah naseb jutaan orang2 Melayu yg berada dibumi Tanah Melayu ini...

Heran mengapa hari2 orang Melayu suka makan pengat..??
Itu pasal mudah lupa hari2 Melayu mesti dikasi ingat.
Kamulah penjaga ummat bumi bangsa Melayu satu amanat.
Bersatulah Melayu Islam ALLAHU'ALAM.. sebelum terlambat.

Unknown said...

Setuju aku..tetiba beruk beruk ni muncul bawak kisah politik la pulak.kita bkn budak tadika nak ikut perngai gila dia org ni.setahu aku umno org islam pas pun islam yg lain2 tu korang punya hal laa nak mengutuk sapaaa

Unknown said...

Berapa yakjuj dan makjuj upah kau utk berpolitik kat sini.org nak tahu cerita sejarah tetiba pulak mangkuk ni muncul

Unknown said...

Bro..kutuklah dap yg terang2 taknak hudud lg afdal dari memporakperandakan saudara seagama..di hujungnya apa yg anda dpt???kepuasan agaknya..

Unknown said...

Izinkan saya memberi pendapat... mana pulak Yakjuj dan Makjuj(YnM) pernah muncul dan menjajah selepas raja agung Dzulqarnain membina tembok pemisah?... adakah kita sedar bahawa YnM ini hanya akan muncul apabila kiamat besar sudah tiba?... apabila Allah SWT memberitahu bahawa mereka YnM akan muncul sebagai tanda kiamat besar... maka kita harus menyedari bahawa peristiwa kemunculan YnM ini adalah amat dahsyat dan menakutkan kerana YnM ini adalah kaum yang luarbiasa masih dalam 'simpanan' Allah SWT... jangan lupa bahawa YnM ini tiada dapat dibinasakan oleh mana-mana manusia sehingga Allah SWT memberi amaran dan arahan kepada Nabi Isa a.s agar pergi menyelamatkan diri ke suatu tempat yang tidak dapat dituju oleh YnM... disini perkara YnM penuh teka-teki... terlalu banyak pandangan2 mengenai YnM walaupun Nabi Muhammad SAW telah memberi gambaran mengenai YnM ini... namun dari gambaran2 Nabi Muhammad mengenai YnM... mereka adalah dari keturunan manusia... namun kita tidak tahu secara tepat YnM ini... mereka YnM ini seolah-olah amatlah merbahaya bagi sesiapa atau apa-apa sahaja yang berhadapan dengan mereka... jangan kita ambil mudah sesuatu yang Allah SWT akan izinkan keluar sebagai tanda-tanda besar kiamat...Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui rahsia kiamat sisiNya...

Anonymous said...

Hamba setuju.

Unknown said...

Kalau kuàsa politik ditangan umno masih lagi boleh dilentur,perangai pon jahat cm samseng je ,urusan agama masih mau dorang nk dengar berunding sbb xlain org islam jgk..tapi kalau kuasa politik jatoh ke dap hmmm paham2 lerr silap hari bulan kuil yahudi pon dap bwk masok

kei robin said...

Nak cerita aspek china agression toward invasion kena la tgk sebab2 tersurat. Brp byk pulak pengkalan US dgn misil range beribu kilo keliling china ni cer kira. Ni baru satu china mau setup dah melenting. Sebab tu hamba setuju dgn diplomasi msia atas hal ni.