Saturday, September 19, 2009

Salam AidilFitri 1430H

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung , rakan bloggers, followers dan pemberi komen di blog ini.

Di keheningan syawal ini,saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang tempoh perkenalan kita di dunia siber ini andainya saya telah banyak melukai hati anda semua!

Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh meriah dan penuh kebahagiaan.

Semoga mereka yang miskin dan serba kekurangan serta anak-anak yatim tidak dilupakan di hari yang mulia ini!

Saya doakan agar anda semua sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan bahagia selalu!

Kepada mereka yang memandu pulang berhari-raya,pandulah dengan cermat.Biar lambat asal selamat dan ingatlah mereka yang tersayang sedang menanti kepulangan kita di hari raya.




Selamat hari raya,maaf zahir batin.

Wassalam.

8 comments:

warfeel-efairy said...

Salam Aidilfitri Sang tawal. Semoga usaha kita ini akan berterusan dan dapat sedikit sebanyak menyedarkan saudara Islam kita yang lain. Insya Allah..


Selamat memnyambut Hari Raya Aidilfitra, maaf zahir dan batin
-Free Our Mind Crew-

Ihya-Ulumiddin said...

Salam sy dari Kitabngeri, semoga Allah Azza wa Jalla senantiasa meniupkan api semangat kepada kamu dalam meneruskan perjuangan Haq ini.

x lupe juga , salam aidilfitri dari kami. :)

kami akan cuba menbantu usaha kamu menyebarkan kebenaran. insyaAllah

awanbadai said...

Salam sangtawal,
selamat hari raya.

Medan Info Kita said...

selamat hari raya
maaf dzahir bathin

teruskan perjuangan

NUR MAWADDAH MAHDIYAH said...

salam ziarah..
slmat hari raya aidilfitri,,,
semoga sentiasa istiqomah dlm berjuang menegakkan agama...
jika bkesemptan ziarahi blog ana...

Sangtawal Sakranta said...

salam buat :
warfeel-efairy,ihya-ulumiddin,awan badai,medan info dan saudari nur mawaddah.

terima kasih atas ingatan dan sokongan.

selamat hari raya!
wassalam.

Anonymous said...

salam aidilfitri sangtawal..
moga usaha anda diberkati tuhan..

kebangkitan islam naik dari timur..mungkinkah keturunan keturunan nabi muhammad dah mula bergerak melakukannya? atau mungkin mereka juga masih lena? apapun, tuhan maha berkuasa dan maha mengetahui..

Sangtawal Sakranta said...

salam anon @8.38am.

selamat hari raya!

sudah pasti anak cucu nabi tahu berkaitan dengan kebangkitan ini dan sudah pasti mereka telah dan akan melakukan sesuatu! ... :)

wassalam!