Thursday, June 21, 2012

Anakku, Perjuangan Kita Masih Belum Selesai !




Tajuk : Anakku, Perjuangan Kita Masih Belum Selesai !

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Kalau ikutkan hati saya, memang mahukan anak-anak belajar seni bela diri melayu seperti silat Gayong , Silat Cekak atau silat-silat yang lain, tapi sayang, pertubuhan silat melayu seperti itu jarang diajar di sekolah sekolah rendah.

Oleh kerana desakan yang kuat dari 3 orang anak lelaki saya untuk belajar seni bela diri, saya masukkan Along ( Tingkatan 1 ) belajar Taekwondo melalui Kelab Taekwondo sekolahnya.

Setelah meminta kebenaran dari gurunya, saya masukkan juga Angah ( darjah 3 ) dan Achik ( darjah 1 ) untuk belajar sama. Biarlah mereka belajar asas- asas seni bela diri dulu daripada tidak belajar lansung.

Seperti yang kita semua maklum, Taekwondo banyak menggunakan pergerakan kaki dan memerlukan jarak yang sesuai dengan lawan. Bila lawan mendekatkan diri dalam jarak 1 kaki , orang Taekwondo akan terasa sedikit lemas, tapi bagi orang Cekak atau orang Muay Thai pula, itulah jarak yang paling sesuai bagi mereka.






* Hari pertama Along, Angah dan Achik belajar TKD


Kelas mereka bermula bulan Februari 2012 yang lepas. Latihan hanya sekali seminggu. Alhamdulillah, nampaknya mereka bersemangat belajar dan berlatih di rumah

Di antara 3 orang adik beradik itu, guru mereka melihat Achik mempunyai bakat semulajadi dan boleh pergi lebih jauh dalam sukan Taekwondo ini jika cukup latihan dan rajin belajar.

Achik

Sekarang ini pun Achik sedang dilatih sebagai persediaan bertanding di Kejohanan Song Ki Young Cup yang akan berlansung di Songkla Thailand bulan Oktober ini. Setiap tahun Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan dijemput untuk menghantar wakil ke Kejohanan ini. Doakan semoga Achik berjaya.

*Achik sedang berlatih


* Angah dan Achik pada sesi latihan TKD


Pada 25 Mei 2012 yang lepas, untuk menimba pengalaman dan membiasakan diri untuk bertarung dengan lawan, 3 orang anak saya telah menyertai Kejohanan Taekwondo ( WTF ) Sekolah- Sekolah / IPTA Negeri Kelantan Kali Ke- 11 , 2012 yang berlansung di Sek Men Chung Cheng Kota Bharu Kelantan. Suasana cukup meriah dan lebih kurang 300 orang peserta bertarung kalah-mati dalam berbagai kategori dari pagi sampai petang.


Achik yang diharapkan akan menang pada hari tersebut, tapi nasib tidak menyebelahinya kerana tewas awal-awal lagi pada perlawanan pusingan pertama. Mungkin Achik merasa takut atau berdarah gemuruh sedikit, maklumlah itu perlawanan pertama di usianya 7 tahun. Walaupun bermain dengan agak cantik dan bergaya Achik kalah juga dengan 2 mata.


* Achik bertopi biru


Angah pula telah menunjukkan prestasi yang mengejutkan, tidak disangka-sangka, anak kedua ini yang badannya agak berisi ( berat 51 kg, 9 tahun ) , raja lawak dirumah kami dan masuk kategori ulat buku , dengan semangat yang jitu dia berjaya melepasi 3 saringan dan melangkah ke final

*Angah sedang membuat sepakan di- pusingan 1

Nasib tidak menyebelahi Angah kerana dia tewas juga akhirnya dan hanya membawa pulang Pingat Perak bagi kategori ( kategori 9 tahun Berat 50 kg – 55 kg), namun itu sudah cukup membanggakan kerana itulah kali pertama Angah bertarung.

*Angah- bertopi biru pada pusingan akhir


*Angah dan pingat perak


Along pula tidak mengecewakan kami sekeluarga. Dia berjaya ke final dan meraih kejayaan yang cemerlang dengan membawa pulang Pingat Emas.


*Along- bertopi biru- pusingan 1


*Along- bertopi merah- pusingan akhir


Pada mulanya Along berasa agak gugup dan tidak yakin untuk menang, apa tidaknya semua peserta lawan memegang talipinggang hijau ke atas, manakala Along baru talipinggang kuning dan baru 4 bulan belajar.

Yang paling menarik sekali ialah baju Taekwondo ( WTF ) yang Along pakai tu adalah baju saya ketika saya memasuki Kelab Taekwondo di tahun 1 pengajian U dulu di USMKCK . Masih segar dalam memori bagaimana bersungguhnya guru kami ketika itu Mr Manimaram mengajar kami.

Waktu itu idola kami adalah senior tahun 3 , Zyrod Vun ( kini Dr Zyrod , mungkin dah jadi doktor pakar, lama tak jumpa) , budak Sabah, pemegang talipinggang hitam “3 Dan” waktu itu, banyak mewakili Universiti dalam kejohanan Taekwondo … fuh… kalau sparing ngan dia… baru kita nak start gerak je , kaki dia dah sampai atas kepala kita … hebat, hebat !!! teringat kembali pada teman-teman sepersatuan yang aktif seperti Albert, Yusmadi, Tok wan dan Amirullah...

Tapi sayang, dek kerana di tahun 2 pengajian saya dah pun berumahtangga, saya belajar Taekwondo pun sekerat jalan je lah …. he he he , Lagi pun masuk Taekwondo waktu tu perlu banyak keluar duit dan persatuannya sangat aktif, saya terpaksa utamakan pelajaran dan keluarga. Jadi kini, biarlah anak-anak saya pula yang aktif dalam persatuan. Saya akan menyokong mereka dari belakang setakat yang termampu. Setakat ini sukan berkuda dan sukan TKD yang menjadi minat mereka. Saya juga berdoa agar mereka tidak akan terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.


*Pingat Emas Along


Saya menyakinkan Along bahawa kemenangan bukan terletak pada warna talipinggang, tetapi ia terletak pada hati yang berani dan kental untuk berjuang disamping otak yang cekap merancang dan mengatur serangan. Mungkin itulah pesan motivasi yang membakar semangat juang Along. Tahniah anakku.

Antara sebab utama saya menyuruh anak-anak belajar Taekwondo ialah kerana persatuan ini begitu aktif dan banyak menganjurkan perlawanan, jadi semakin banyak pertarungan yang mereka hadapi semakin banyak pengalaman yang mereka perolehi dan jiwa mereka menjadi semakin kental dan berani. Lagipun hanya dalam persatuan ini saja anak- anak melayu boleh berlawan dengan anak-anak India atau Cina , semoga anak-anak kita jadi biasa dengan rentak dan gerak kaum – kaum tersebut. Mungkin pengalaman ini penting bila anak-anak kita terpaksa berdepan dengan mereka pada masa depan!

Bila mereka meningkat dewasa , dan sudah bersedia zahir batin, Sudah pasti saya akan mewajibkan mereka menuntut ilmu sebenar seni bela diri melayu warisan sebenar nenek moyang kita yang penuh rahsia.

Anak-anak ku... sesungguhnya perjalanan kita ini masih jauh dan penuh liku . Pastinya perjuangan kita ini masih belum selesai... oleh itu belajarlah dan terus belajar... agar kalian semua mampu menjaga dan membela agama, bangsa dan negara bila dewasa nanti.

*[ Artikel ke- 251 Sangtawal Sakranta ]...


5 comments:

Anonymous said...

salam,

setuju dgn semangat tuan utk anak2.
Kaum lain cukup sistematik menerapkan self defense kpd anak2 mereka, tapi ada ramai drp kaum kita ni memperlekehkan usaha anak2 kita dlm menceburi self defense, sbg cth dlm pertunjukan yg disertai oleh kanak2, ramai org kita menghina dgn kata2 'org sekarang tak main dah dgn silat2 ni, dah tak main dah dgn parang ke pisau ker, tapi zaman sekarang org guna senjatapi api'
org yg keluar perkataan yg bodoh sombong nipun tak sedar, diri sendiripun tak pernah jamah senjatapi nak ckp mcmtu.

Anak kaum lain diberi semangat dgn self defense dia org, senjatapi yg berlesen pun kaum dia org yg paling ramai miliki dan mereka cukup berusaha utk dapatkan lesen senjatapi w/pun dgn cara mcmanapun mereka tetap usahakan asalkan dpt lesen senjatapi, maknanya dgn self defense dia org advance, dgn senjatapi pun dia org berpengalaman, kita anak2 kecil nak main silat dihinanya dgn kata skrg org guna senjatapi tapi senjatapi pun tak ada apatah lg dgn seni pertahan diri lagi out. Yg hebat memperlekeh, menghina usaha yg baik dilakukan oleh sebilangan org kita utk memupuk semangat jati diri.

Situasi begini dah menunjukkan kita dah kalah dah, menang hanya cakap besar jor.

STALKER said...

"Ajarlah anak-anakmu berenang (kemahiran survival), memanah (kemahiran mempertahan diri) dan menunggang kuda." (Hadis Riwayat Muslim)

panglima perangcyber said...

setuju bahawa seni pertahankan diri mana sahaja perlu dipelajari.

sekalung tahniah kpd anakanda tuan hamba atas kemenangan.

semoga mereka menjadi permata harapan keluarga yang membanggakan umat mengangkat kembali daulat dan martabat Islam akhir zaman.


salam Ramadhan kepada tuan Sangtawal dan harapnya kita dapat jumpa di Kelantan raya nanti.

salam.

kuda_perang said...

sekolah mana ni tuan? ada satu bangsal silat di kg belukar berhampiran sk zainab, kota bharu terima budak sekolah rendah.. tanpa sebarang yuran

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wbt, tuan. Sy syorkan si along anak tuan utk blajar d Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia [PSSCM] dan diikuti oleh adik2nya bila baligh nanti.


Ahli psscm/slgr