Wednesday, January 18, 2012

Pendekar India Dan Samurai Jepun Pernah Tewas Oleh Libasan Pedang Hang Tuah.



Tajuk: Pendekar India Dan Samurai Jepun Pernah Tewas Oleh Libasan Pedang Hang Tuah.

Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta.



Kita sepatutnya merasa bangga kerana pernah mempunyai seorang Tokoh Persilatan Yang Terbilang di Alam Melayu ini, yang tiada tolok bandingnya ketika itu iaitu Laksamana Hang Tuah. Seorang insan yang mempunyai kecerdasan fizikal, emosi dan spiritual yang tinggi. Kebolehan beliau bertutur dalam 12 jenis bahasa,minat berniaga sejak dari kecil lagi dan bila dewasa menjadi Ketua Pertahanan Negara serta menjadi Laksamana atau Duta Sultan Melaka ke peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa Tokoh ini adalah seorang manusia hebat di zamannya.

Kehebatan beliau bermain keris sudah diketahui umum, namun jarang sekali kita dengar beliau juga adalah seorang pemain pedang yang handal! Malah beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri menggunakan senjata-senjata lain .




Mari kita ikuti kisah Hang Tuah menewaskan pendekar India dalam Hikayat Hang Tuah ini:

“..Titah baginda ( Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuanku, tahu juga patek barang2 kadar-nya’…” ( ms:359)

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…” ( ms: 360)


“…Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar itu hadhir menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu. Setelah lalu parang pendekar itu, maka di-parang (pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna ( Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-balairong.” ( ms 360 )


Berikut pula adalah kisah Hang Tuah menewaskan Samurai Jepun :

“Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’ ( Ms : 390 )

“…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh! Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” ….



“…Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya, beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau ( Raja Siam) sendiri lalu larang-nya . Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu”.

“…Maka kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah oleh-mu.` Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (pendekar Jepun) memarang dengan dua belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya, putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka orang pun hairan pantas Laksamana itu. Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usirnya akan Laksamana hendak naik ka-balairong itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula”.

“Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielak) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidung pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu pula. Maka di-rasa-nya oleh pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula oleh Laksamana kepala-nya belah dua…” ( Ms.391).


Itulah serba sedikit sedutan babak-babak pertarungan Hang Tuah yang ditulis dalam buku Hikayat Hang Tuah. Pendekar India dipancung dengan mudah sekali oleh Hang Tuah manakala Samurai Jepun kepalanya terbelah dua ditetak oleh Hang Tuah.

Melayu dulu gagah berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Oleh itu, hayatilah pantun melayu asli ini sambil menyelami makna dan falsafah yang tinggi yang disembunyikan didalam rangkap pantunnya:


"Lompat tinggi tinggi

Sampai ke cucur atap

Belum tumboh gigi

Sudah pandai baca kitab
"




Oleh itu, ajarilah anak-anak kita melompat tinggi-tinggi kerana ada rahsia melayu yang tersembunyi disebalik perbuatan melompat itu saudaraku…( bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam hal ini… )

Antara rahsia itu ialah seperti apa yang dilakukan secara spontan oleh Dato Laksamana Hang Tuah dalam langkah mempertahankan dirinya seperti dibawah :

“…Orang mengamok itu pun datanglah berlari-lari dengan keris terhunus menuju Hang Tuah… datanglah ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat menyalahkan tikam orang itu, maka salah tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun melompat, maka diparangnya (dibelah) kepala orang mengamok itu dengan kapak, kena, belah dua, maka lalu larilah. Maka orang mengamok itu pun rebah lah lalu mati.” ( Ms:29 ).


Semoga pejuang melayu islam kembali bermuafakat, bersatu hati dan rapatkan saf-saf perjuangan demi survival sebuah bangsa melayu islam yang semakin terancam dari setiap sudut kehidupan ini...



Bangkitlah wahai para pejuang!!!


*Apakah Hang Tuah wujud??? KLIK sini

*Is Hang Tuah fact or fiction??? KLIK sini


*[ Artikel ke-241 Sangtawal Sakranta... ]



38 comments:

Anonymous said...

bro ada sedikit kemusykilan bila ada sorang prof tu kata hang tuah xpernah wujud,sebenarnya apa yg cuba dilakukan dan telah dilakukan kpd sejarah kt,dimana semua fakta2 sejarah negara kt.

Anonymous said...

Apa pendapat kalian bolehkah pesilat menumbangkan pengusti MMA berbadan besar dan askar zionis yg pakar jewjitsu kravmaga

Gua tengok pengusti MMA banyak mengeromolkan lawan hingga ke lantai lalu tumbuk muka

Kravmaga jewjitsu lagi sadis. Lawan dilipat kaki gunting, ditumbuk dagu secara terus akhirnya disubmision 1 2 3. Gua dah tengok askar-askar specops IDF berlatih kravmaga agak pantas menjatuhkan lawan. Mereka sangat kurang fancy moves/bunga, just straight to jewjitsu the enemy

So can pesilat counter oponent macam ni?

tentera kampung said...

Berpijaklah di bumi yang nyata, kalau nak kata pakar silat kenapa bukan kita katakan mat kilau ke dolsaid ke, HANG TUAH tak wujud, kesian..................

Anonymous said...

Prof Khoo Kay Kim ckp hang tuah x wujud sebab dalam rekod China terutama rekod Dinasti Ming tak pernah menyebut tentang Hang Tuah, hang lipo etc. Apa pendapat sangtawal?

Bagi aku, entah la hang tuah wujud ke tak. Tapi aku pernah baca buku haji Ibrahim Ma yg mendakwa Dinasti Ming sebenarnya dinasti islam di China. Maharajanya orang islam. Tetapi sejarah China tak menulis ttg ini. Tak mustahil penyelewengan sejarah atau sejarah yang dipalsukan bukan hanya berlaku di malaysia tapi juga berlaku di negara2 lain..

Tapi berkenaan Hang Tuah kalahkan pendekar india dan samurai jepun tu aku tak yakin sangat. Rasanya takde rekod dari India atau jepun kan? Kengkadang propaganda bukan hanya berlaku sekarang zaman dulu pun sama..

Tapi jika benarlah kisah tersebut takkan ada orang kat jepun n india yang sanggup menulis pasal pendekarnya yang dikalahkan oleh pendekar melayu.. Emm entahlah. sejarah ni kengkadang mengelirukan.

Anonymous lain

Art_vespa said...

Hang Tuah itu wujud..kerna dia anak saudagar cina yunnan yg bermastautin di Melaka sewaktu kecil bersama 3 sepupunya yang lain...Sunnguhpun demikian, Silat dipelajarinya di sebuah gunung di Kelantan..gurunya Adi Putra @ Saiyid Tha'nauddin..berasal dari samarkand..Asia Timur..Tidak salah orang luar menjadi panglima Melaka, kerna Dato' Temenggung juga adlh orang India Muslim berasal dr kerajaan kedah..takkan Hang Tuah x wujud ..tapi keris taming sarinya wujud..kisah dia berlawan dengan taming sari sendiri ditulis sejarahnya oleh sejarawan Raaja Jawa di Indonesia..boleh rujuk sejarah maharaja brawijaya...

Untuk soalan kedua..Rasulullah saw bersabda:- Sesungguhnya jihad itu adlh peperangan betina adanya, kerna peperangan Jantan adlh peperangan melawan hawa nafsu..Kecintaan kpd Allah swt..renung2kan..he3

Anonymous said...

Salam smua..dgn satu rujukkan begitu kita mentafsir pelbagai persepsi..b. Sy apa disampaikn saudara tawal adlah keperluan simbol untk membangkitkn semangat org melayu..cara kita tafsirkn to trpulang pd masing2..untk melangkah kehadapan sesekali patut kita menoleh kebelakang bg perjalanan yg sempurna..berkenaan hang tuah n epik nya..tafsir la ikut pemahaman sndri krn tiada siapa dpt membuktikn kecuali hang tuah itu sendiri..untk penulis blog ini teruskan penulisan sebegini..~PURBA

AbdElHmyd said...

Salam Sang Tawal & semua pembaca,
Satu penulisan yang amat menarik. Tahniah!

Hm, pada pendapat peribadi saya, KKK ni nak tumpukan silibus sejarah selepas 1957.

Kerana selepas tarikh tulah alien2 ni baru nampak peranannya kat Nusantara ni, khususnya Tanah Malayu.

Tu pun sebab diberi peluang/terberi peluang/dipaksa beri peluang kat depa2 ni...

Sejarah dipahat oleh yang diberi haq serta kemenangan!

Jika diamati, hampir keseluruhan kandungan sejarah dari tarikh 1957 ke tarikh2 sebelumnya mencatatkan tentang Malayu & isi kandungannya.

Mana tidaknya! Di sinilah tanah tumpahnya darah Malayu.

So, alien2 ni tak selesa tentang hal ini. Anak2 muda Malayu pun ape kurangnya. Kerana mereka tidak mengenali asalmuasal Malayudikalamula.

Takkanlah sejarah Malayu tu mengandungi sejarah berkenaan alien kot? Sikit2 tu ada la... Menceritakan hal2 kedatangan mereka & beberapa hal lain...

Diberi betis, bukan minta peha, tapi mencuri tubuh!

Namun sekadar tubuh. Dan tubuh itu akan membusuk!

Sebaliknya, Roh tidak!!!

(gua di dalam gua)

Anonymous said...

tahniah abg sangtawal utk artikel ni..ramai anak bangsa kita yg masih xtahu ttg cerita atau hikayat hang tuah yg sbenar kerana cerita2 mereka banyak yg gelapkan atau tpaksa di gelapkan..hanya cerita mulut ke mulut..atau cerita yg diturun temurun oleh nenek moyang kita yg bselerak diseluruh nusantara ni..dan sbb ni lah pihak musuh mencari jalan utk mgelirukan kita..dikatakan keturunan cina la.. hanya dongeng org melayu utk menaikan semangat la..semua ni trjadi kerana tiada bukti atau keturunan yg boleh mmbuktikan kwujudan manusia yg bernama hang tuah..tp bagaimana plak negara2 seperti thailand,indonesia mgakui ttg kwujudannya...disana ada masjid2 tmpt2 yg dinamakan sempena nama hang tuah..ada yg memberi gelaran seperti kiyai tuah dan kiyai jebat. siapa kata tiada keturunan..?hang tuah juga bkahwin seperti kita..ada zuriat dan keturunan mcm kita smua..cuma keturunan dia hanya berdiam diri dan mjadi manusia biasa sperti kita..




al adiyat..

Anonymous said...

baru bab wujud tak wujud smua dah mgelabah..blum cerita dia masih hidup lagi..tentu smua org akan kata kita ni gila..bleh hidup sampai 5-6ratus tahun..haha.. sebenarnya tiada yg mustahil hanya dengan izin ALLAH S.W.T.. blum cita lg yg tok turi tu pompuan.. wlaupun umur dah tahap tok nenek tp cubala beradu tenaga dgnnya.. xdak 1 pun guru silat di tanah melayu ni setanding dgnnya..hahaha



al adiyat..

Anonymous said...

tok tuah ni bukan setakat laksmana ja..ahli sufi,guru agama,perunding sultan..pendek kata smua boleh la..tok tuah juga wali perang yg ditangguhkan kematiannya..masih menetap di sekitar kelantan..sapa yg ada rezeki bleh la bjumpa dgn dia..pernah juga tinggal di sekitar gombak/btu caves..tpulang la nk pcaya ka x..saja nak cerita.
hebatnya hang tuah hebat lagi la gurunya..siapa gurunya?rahsia... harap abg sangtawal bleh buat sedikit artikel ttg guru hang tuah yg sangat misteri..seorg imam dan adiknya seorg khatib..



al adiyat...

Azlansyah said...

Dengan menggunakan hujah bahawa tiada rekod China menyebut tentang Hang Tuah, maka Hang Tuah tidak wujud dan sebahagian sejarah Melayu klasik adalah rekaan semata-mata.

Saya rasa hujah itu juga tidak boleh diterima 100% kerana ada kemungkinan juga rekod China dan negara luar tidak merekod atau telah memadam kisah mengenai Hang Tuah demi kepentingan masing-masing.

Jadi, terpulanglah kepada kita untuk mempercayai pendapat yang mana satu sama ada Hang Tuah wujud atau pun tidak.

Anonymous said...

sejarah melayu moden sejak zaman penjajahan british seklai pon adalah ditulis oleh seorang singh...

sebab itu byk fakta yang diselindungkan...
banyak fakta hanya menyedapkan british/tanah melayu...

melayu dijajah dgn cara yang 'special'
jika bangsa lain, mereka dijajah dan dijarah, diseksa dan mcm2 lagi sepnjang masa..
tp penjajah di tanah melayu melenyapkan kesan2 tamadun melayu itu sendiri spt senjata yg dibuat oleh org melayu dahulu...dikatakan org terengganu pakar membuat meriam..org melaka pakar membuat kapal.
kapal melaka adalah lebih besar dari portugis...
kita pernah mendengar yang laksamana cheng ho juga menggunakan kapal yg jauh lebih besar dari barat.
bagaimana jatuhnya melaka kpd portugis adalah kerana pengkhianatan pedagang india/cina yg memberi kapal dagang mereka kpd portugis utk masuk melaka dan menyerang dari dalam..ttp ini tidak diceritakan oleh penulis sejarah moden...

kota melaka yg sebanar adalah sangat luas dr sekarang...di kedah pon ada hulu melaka..di melaka ada hilir melaka...

siapa tahu yg kota itu mampu disiapkan dalam masa 6 bulan shj!
sedangkan tiada teknologi secanggih itu dan bahan2 yang cukup utk membina kota yg sebenarnya sebesar melaka itu sendiri dan di dalamnya adalah bandar melaka...begitulah takutnya org portugis kpd org melayu zaman itu...
dan kota itu dibina dengan tulang org melayu sendiri!selain adripada isntana2/rumah2 batu di melaka dirobohkan dan dibina semula....(sebab itu di melaka tiada bangunan/rumah sejarah zaman dahulu kecuali stad huys dan baba nyoya moden...)

begitu byk org melayu dibunuh pada zaman itu.itulah genocide pertama di dunia...bangsa melayu pernah cuba dihapuskan..ttp tindakan ini tidak lg sesuai dan belanda/british mengguna cara berbeza dlm menakluk org melayu...
semua penulisan,kitab2 sejarah org melayu dibawa mereka ke negara asal mereka.
zaman kegemilangan melaka juga tidak diceritakan secara terperinci...bagaimana rumah2 di melaka adalah seperti istana!org melaka dahulu sgt kaya...berpakaian kemas sehingga mempersonakan org portugis sendiri!

kerana itu...beberapa penyelidikan sedang dibuat mengenai kota melaka itu..dan mengenai bangsa melayu itu sendiri...oleh orang melayu sendiri dan sejarah sebenar akan dibongkarkan bila tiba masanya.

Anonymous said...

Merapu je prof KKK penyesat. Gua rasa prof KKK ni taliperut British. Datuk prof KKK tak pernah wujud. Buktinya berdasarkan catitan pedagang dinasti ming mengatakan datuk prof KKK memang langsung tak direkodkan. Heran ye

"Orang Jelai" said...

setuju dgn al-adiyat...

Anonymous said...

PA hangtuah tak ujud..heh prof kangkung cap ayam..hang tuah ujud dan tok guru hang tuah ada,keris t.sari ada,hang jebat juga ada,..sejarah tidak pernah tipu..yg menipu prof kangkung cina kominis.

anak beringin said...

Kalau disebut-sebut ramai lagi muktabar... adalah ia hampir adanya. Tak dicatat tak semestinya tiada. Ada sesuatu perkara yang memang ada walaupun tiada dicerita. Itulah rahsia.. segala rahsia hanya akan diperolehi bagi sesiapa yang halus jiwa dan seni hatinya.

Anonymous said...

Hang Tuah memang wujud tapi dia bukan orang melayu tapi berbangsa cina, cuma dia banyakbelajar persilatan melayu. Nama nya Hwang Twu Ah. dah lama meninggal dunia fana ini, meninggal dengan mencari jalan kesufian untuk mencuci dosa diri. makamnya ada tapi bukan di melaka.

Anonymous said...

Bagus belajar ilmu pertahan diri seperti silat, belajar juga ilmu pertahan nafsu, agar ilmu kita tidak melencong dengan riak, takabbur, sum'ah, sombong, bangga dan sebagainya. setengah orang ni kadang-kadang sombong lebih ilmu tak seberapa. belajar silat saja 10 tahun, tekwando 10 tahun... baca iqra' pun tak khatam..camna nak jadi melayu hebat. he..he...renungkan.

Anonymous said...

Hang Tuah dah meninggal dunia, yang datang berjumpa dengan sesetengah orang tu adalah kerohaniannya. sebab hang tuah bertaraf wali. kalau jumpa hang tuah suruh dia bersumpah dengan nama Allah dan Muhammad RASULULLAH. Takut-takut yang datang tu jazbah jin saja, datang nak kelentong ja. Kalau tokmoh cakap pun kena hati-hati juga takut jumpa tokmoh-hong. ha..ha percaya boleh, tak percaya boleh sbb ia bukan rukun iman.

dudasunYi said...

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh TIDAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKTENSENNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Anonymous said...

uiks!abg delete komen saya ka..? xapala..apa2 pun tamingsari luk 3 mati kiri ulu gading gajah.. xpulang nk pcaya ka x..saja nak cita..












pemuda al khafi,
al adiyat..

Anonymous said...

uiks!abg delete komen saya ka..? xapala..apa2 pun tamingsari luk 3 mati kiri ulu gading gajah.. xpulang nk pcaya ka x..saja nak cita..












pemuda al khafi,
al adiyat..

khairi said...

bagus artikel ni..namun x semeriah isu mat indra kelolaan mat sabu...heran jgk sy isu ini x kecoh pn kt mana2 blog..tp klu pembangkang sebut mau bertan-tan artikel ditulis...

sy setuju hang ber5 itu wujud...kewujudannya bukan dapat dipahami oleh orang asing..nk memahami sejarah melayu perlukan jiwa yg sebati dgn kesusilaan melayu yg tinggi kerna ianya diungkap dalam bentuk yg tersirat..

diharap abg sang tawal tuliskan artikel yg mampu memberi hujah balas kpd KK sebagaimana artikel sri kandi..mana sri kandi?!

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

cam haram said...

awat xrefer kt sejarah melayu sndiri eh kewujudan hang tuah? sulalatus salatin merekodkan hang tuah wujud, anak kepada seorang raja dr borneo.. apejadah hang tuah tu cina or xwujud? apatah lg org asli? cm bangang je ang twu ah la.. hang too ah la.. hang jee fatt la.. kepala hotak la..

Anonymous said...

tok tuah ni bukan setakat laksmana ja..doktor gigi,ahli sufi,guru agama,cikgu pj,perunding sultan(sapa nak pangkat datok boleh deal ngan dia)..pendek kata smua boleh la..tok tuah juga wali perang yg ditangguhkan kematiannya..masih menetap di sekitar kelantan..sapa yg ada rezeki bleh la bjumpa dgn dia..pernah juga tinggal di sekitar gombak/btu caves(hindraf ker)..tpulang la nk pcaya ka x..saja nak cerita.
hebatnya hang tuah hebat lagi la gurunya..siapa gurunya?rahsia... harap abg sangtawal bleh buat sedikit artikel ttg guru hang tuah yg sangat misteri..seorg imam dan adiknya seorg khatib..(skarang masih kerja ngan jakim,belum pencen walaupun umur dah 650tahun)

satu soalan kepada sang tawal hang tuah bercakap ngan udit narayan tu guna bahasa melayu ker india...siap ber patek2 lagi...kalau ber pundek2 mungkin dia paham ,ker hang tuah boleh cakap mcm2 bahasa siam,jepun,tamil ataupun diorang semua speaking??lagi satu pahlawan jepun nama chin cu?lawak betul....

porut molaha said...

"lagi satu pahlawan jepun nama chin cu?lawak betul"

Haha..nasib baik bukan Naruto...

Kama Reza said...

Ko pun orang asli aku rasa...

Saiful Husni said...

Salam bro..bg pendapat aku..silat zaman Hang Tuah dan seangkatan dgnnya silat yang mempunyai ‘isi'..tetapi utk silat pd zaman ada nya MMA ni ‘isi'nya kebanyakan takda..hanya segelintir shj..tetapi utk pesilat yg mempunyai ‘isi' tu tk mungkin nk masuk sukan Sea or apa temasya..hanya untuk diri dan keluarga..buktinya kisah sungai manik menentang komunis..bilah besi tanpa bayang tuannya,memenggal leher si durhaka..ini pendapat sy..

azhar said...

salam sejahtera dan harap maklum,

saya ingin memberitahu bahawa sanya pihak tuan telah menggunakan
artwrk pendekar ini yang telah di plagiat dari karya komik saya Liga Pendekar lukisan Aadi Salman terbitan, Komik -M, PTS sdn bhd

harap tuan dapat memberi credit kepada saya dan pelukis dan sumber komik berkenaan.
info liga pendekar: http://pts.com.my/buku/liga_pendekar/

kerjasama pihak tuan amatlah di hargai

Azhar Abdullah

nazriiiiiiii biring kunani said...

Hang twu ahh,,,,cinakah dia???itu semuo poyo

Seri Layang said...

laksamana Hang tuah ni mesti menang

Seri Layang said...

laksamana Hang tuah ni mesti menang

Seri Layang said...

hang ni loghat utara

Seri Layang said...

hang ni loghat utara

Anonymous said...

Hang Tuah bukan Cina ataupun kacuj Cina. Hanya kerana namanya ada "Hang" tidak bermaksud Hang Tuah ialah orang Cina. Ya, memang benar ada keluarga Cina/Korea bernama Hang tetapi itu tiada kaitan dengan Hang Tuah. "Hang" hanyalah gelaran diberi untuk Hang Tuah dan sesetengah beranggapan Hang Tuah berbangsa Cina kerana nama "Hang"nya itu. Itu memang salah sama sekali. Sistem penamaan Melayu dahulu tidak memakai nama bapa mahupun keluarga. Sekiranya ya pun,hamya segelintir sahaja seperti Megat dan Tengku. Nama Hang Tuah tidak mempunyai nama bapanya malah nama keluarga/clan. Sama seperti Kertala Sari yang tidak memakai nama keluarga atau bapa dalam namanya malah bapanya bernama Pertala Bumi. Justeru, ini sudah cukup membuktikan Hang Tuah bukan Cina.

Anonymous said...

Hang Tuah bukan Cina ataupun kacuk Cina. Hanya kerana namanya ada "Hang" tidak bermaksud Hang Tuah ialah orang Cina. Ya, memang benar ada keluarga Cina/Korea bernama Hang tetapi itu tiada kaitan dengan Hang Tuah. "Hang" hanyalah gelaran diberi untuk Hang Tuah dan sesetengah beranggapan Hang Tuah berbangsa Cina kerana nama "Hang"nya itu. Itu memang salah sama sekali. Sistem penamaan Melayu dahulu tidak memakai nama bapa mahupun keluarga. Sekiranya ya pun,hamya segelintir sahaja seperti Megat dan Tengku. Nama Hang Tuah tidak mempunyai nama bapanya malah nama keluarga/clan. Sama seperti Kertala Sari yang tidak memakai nama keluarga atau bapa dalam namanya malah bapanya bernama Pertala Bumi. Justeru, ini sudah cukup membuktikan Hang Tuah bukan Cina. Dan andaian anda bahawa Hang Twu Ah memang salah sama sekali dan langsung tidak akal dari setiap sudut.

Anonymous said...

hang tuah memang tak wujud pun. ia merupakan cerita mitos. melayu ini kan pandai buat sejarah baru. padam yang sepatutnya. yuhan tahu yang mana benar. melayu jangan lupa anda tidak mempunyai satu bangunan yang agung macam tamadun lain waktu dulu. tak de bahasa, tulisan ,agama , adat dan makanan sendiri. pakaina pun pinjam dari orang myanmar. sarong. ishhh..fikir lah wahai manusia yang berada dala perbohongan.