Wednesday, October 26, 2011

Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.



Tajuk : Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ahli sejarah jarang sekali mendedahkan secara terperinci siapakah sebenarnya Wan Derus, iaitu suami kepada tokoh Lagenda Langkawi iaitu Mahsuri. Masyarakat umum juga mungkin sudah melupai nama Panglima perang yang hebat ini kerana tenggelam oleh cerita – cerita sekitar sumpahan mahsuri.

Wan Derus sebenarnya adalah adik kandung kepada Wan Yahya sendiri [lebih terkenal sebagai Dato Pakerma Jaya dalam cerita Lagenda Mahsuri ]. Wan Derus yang juga suami kepada Mahsuri adalah anak kepada Wan Embong dan Wan Cik Bunga.Hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Wan Yahya, Wan Kecik dan Wan Derus. Makam Wan Embong dan isterinya sehingga kini masih ada di Makam Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dikatakan bahawa keluarga Wan Derus ini ada pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir melalui sebelah ibu Tun.

Dalam tahun 1810, siam telah menyerang Pulau Langkawi, dulu Pulau ini disebut Pulau Langkasuka, tetapi serangan mereka telah dipatahkan oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka termasuklah Panglima Wan Derus.

Antara sahabat-sahabat rapat Wan Derus ialah Syed Salim, Syed Bakhori dan Syed Ali . Dalam tahun 1820an Aceh pula telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu Negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Satun pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah naungan pemerintahan Raja Satun. Aceh mengupah orang Siam untuk menyerang Satun.Peperangan berlaku di persisiran pantai bernama Ban Khuan atau Ban Chuan. Perang ini dimenangi oleh Satun.

Ketika Panglima Wan Derus pergi berperang inilah peristiwa fitnah dan pembunuhan isterinya Mahsuri terjadi di Pulau Langkawi.Hukuman bunuh telah dijatuhkan oleh abang ipar Mahsuri sendiri iaitu Wan Yahya atau Dato Pakerma Jaya atas hasutan isterinya Wan Mahora.

*Walaupun saya percaya, bukan disini jasad Mahsuri disemadikan sebenarnya, saya ambil juga gambar ini sebagai kenang-kenangan.


Keturunan Wan Derus juga dikatakan ada kaitan dengan Pattani Darussalam.

Mengikut arwah datuk saya, kemungkinan Wan Derus juga adalah seorang pendekar sufi pengamal Tariqat Syatariah memandangkan ramai hulubalang Pattani sezamannya memakai “pakaian Perang” itu.

Jika benar keturunan Wan Derus berasal dari Pattani, maka semakin bercantumlah beberapa puzzle dalam pencarian saya selama ini, malah ianya menjadi lebih menarik kerana ada kaitan dengan pangkal nama “Wan” atau “Che”. Menurut seorang forumer dalam Forum Lagenda Mahsuri asal gelaran “Wan” di pangkal nama ialah dari keturunan Saiyid Ahmad Saman Al-Aidrus bin Saiyid Hakim bin Saiyid Husein bin Syed Abdullah Al Aidrus.Saya sendiri tidak pasti kesahihannya, diharap pembaca semua boleh memberikan sedikit pandangan berkaitan keturunan ‘Wan’ atau ‘Che’ ini.

Apatah lagi bila mengetahui Mahsuri juga adalah seorang pendekar sufi berketurunan dari Pandak Mayah ke Radin Masjoro ke Raden Patah ( Kesultanan Islam Demak- warisan Majapahit ) bersusur galur kepada Sunan Ampel ( keturunan ke-24 dari Rasulullah s.a.w ).

Oleh itu, siapakah keturunan sebenar dari Wan Derus dan Mahsuri di bumi bertuah ini perlulah diberi perhatian sewajarnya!

Di sini juga timbul kesangsian, apakah benar Keturunan ke-7 Mahsuri yang pernah digembar-gemburkan suatu masa dahulu dari Phuket itu “benar-benar” keturunan Mahsuri dan Wan Derus ??? atau sebaliknya ??? kerana saya pernah terbaca di satu Forum,[ KLIK ] penulis yang mendakwa dirinya adalah keturunan sebenar Mahsuri iaitu saudara Tanggo [ nama samaran] rasanya lebih meyakinkan, lebih munasabah, logik, berfakta dan saya kira lebih menghampiri kebenaran.

Jika apa yang didakwa oleh Tanggo benar, maka sekali lagi sejarah Lagenda Mahsuri perlu diubah! Tapi sayang, setelah bertahun menulis di forum, akhirnya saudara Tanggo kini tidak menulis lagi malah meninggalkan satu persoalan besar yang belum terungkai oleh ribuan pembacanya.Apapun, saya doakan semoga perjalanan hidup dan perjuangan saudara Tanggo yang penuh berliku itu akan dipermudahkan oleh Allah swt., kerana saya cukup percaya bahawa kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman.

Sila baca di sini

Dan sekiranya saudara Tanggo membaca artikel ini, saya mohon agar saudara memberikan komen disini atau saudara Tanggo boleh meneruskan semula penulisan beliau di Forum tersebut, kerana ramai rakyat Malaysia mengikuti Forum tersebut dan ingin sekali mengetahui kebenaran dan kesudahan cerita saudara itu.Kebenaran perlu ditegakkan biarpun ia pahit untuk ditelan.




*Gambar Pedang dan Pending diatas yang dikatakan milik Wan Derus diatas saya ambil ketika saya dan keluarga melawat ke Kota Mahsuri di Pulau Langkawi bulan lepas .Ketika berada disitu, entah mengapa , hati saya merasakan yang Pedang dan Pending itu bukan kepunyaan Panglima Wan Derus. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan bentuk ukiran yang halus dan jika diteliti ia mengandungi kalimah tertentu yang berlainan pada 7 permukaan 4 segi, termasuklah di kepala Pending itu.Rasanya ia milik seorang wanita.Anda boleh melihatnya sendiri jika pergi ke sana.

*Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau cerita tentang Wan Derus dan keturunannya, bolehlah berkongsi cerita anda disini.Cerita anda dialu-alukan.

*[ Artikel ke- 235 Sangtawal Sakranta ]....


17 comments:

Anonymous said...

Vet-RMAF
1 soalan sahaja: knapa berbntuk SALIB?

Anonymous said...

kenapa skrg tak boleh nak view misticfile?/ada sesiapa boleh bantu saya??

meor said...

bentuk apa pon x kisah janji keyakinan dan pengharapan kita pada Allah..bukan pedang itu yg membunuh musuh2..tp Allah..pedang itu cuma asbab..
mistisfiles ditutup..sudah diumumkan sebelum ditutup lg..harap maklum..insya Allah mereka akan kembali
kepada saudara Sang Tawal: Alhamdulillah penceritaan yg menarik..kebenaran sememangnya ada di sepanjang zaman..hanya kuasa Allah yg menentukan lambat atau cepat kebenaran itu sampai pada kita..mudah mudahan.. Selamat Hari Raya Aidil Adha..maaf dipinta dan terima kasih di atas segala ilmu..mintak halal ya? :)

MaPerfume said...

another story

http://scripters.ning.com/forum/topics/mahsuri-pendedahan-kisah?commentId=2386880%3AComment%3A149048

Ashraf said...

lagi link untuk dibongkarkan

http://scripters.ning.com/forum/topics/mahsuri-pendedahan-kisah?id=2386880%3ATopic%3A145774&page=2#comments

Hafizfuddin Derani said...

Tuan, memandangkan tuan peminat senjata, saya ada soalan nak tanya, apa pendapat tuan tentang Pedang Cura Simanjakini & keris Taming Sari yang tersimpan di istana Kuala Kangsar tu? Benar ke keris tu Taming Sari yang sebenar?

Anonymous said...

salam saudara....sy nak tanya kenaper bila sy membaca sejarah pahlawan-pahlawan sejarah kedah menentang thai....dlm perang musim bisik...sy jd sayu...dan sy rasa semacam rasa bangga yer ade pahlawan melayu mcm tu..tau kah kenaper?

Anonymous said...

minta jasa baik YM Sangtawal critakan atau tuliskan artikel bkenaan crita wayang kulit tua,Wayang Purwo dan Medang Kamulan...juga crita Raja Medang Gana iaitu Aswatthaman Sri Kripawarman yg jga dipanggil Wan Pa..serta 2 org saudaranya Maliniwarman dan Kaundinyawarman/Wan Kaundinya.adakah Wan Kaundinya ini org yg sama mbangunkn negara gunung/Funan?dari manakah asal usul Wan Pa?di manakah kturunan SEBENAR Wan pa skarang ini?-WeaNaz-

tanggo said...

masih ada d thread bertajuk Mahsuri D Langkawi

Anonymous said...

hmm..menurut pensyarah saya di uitm, yang berpengalaman dalam bidang liberal nie. sgala khazanah org melayu kita yang berada di sini bukan 100% asli, sebab kebanyakkan manuskrip lama, keris2 lama telah diambil oleh org barat. org melayu kita patut sedar yang selama ni yang tinggal kat kita hanya sisa2 tinggalan saja. bukan yang benar2 asli. banyak kemusykilan di sini sebenarnya, nak lebih sahih lagi profesor saya memaklumkan bahawa ada yang sesetengahnya berada di belanda,london dan negara eropah yg lain. bagi soal keturunan mahsuri pula, saya pun ada kemusykilan juga. sebab,saya juga sedang mencari asal susur galur keturunan ibu saya yang dimaklumkan juga salah satu keturunan mahsuri. ini diberitahu oleh nenek saya,ktanya sekarang ini salah seorang daripada saudara kami sedang membuat kajian mengenai susur galur kturunan kami. dan sedang dibukukan..dia dapati kami ini merupakan salah seorang keturunan beliau..

Aba Al Hasan Ibnu Hasan said...

Assalam..

Kepada Sdr. Sangtawal dan Sdr. Tango...
Berkebetulan artikel ini ada menyentuh sedikit tentang hal Raja Satun maka saya ingin tahu ada saudara berdua mempunyai kumpulan sejarah yang lengkap atau sebanyak mungkin tentang Kerajaan Satun, Rajanya dan keturunannya..

Nenek disebelah ibu saya adalah dari keturunan Raja Satun..malah ibu saya semasa kecil pernah ke Istana Satun di bawa oleh nenek (ibu kepada ibu) saya dan pernah di layan oleh dayang-dayang istana di sana.

Jadi saya amat berminat untuk mengetahui susur galur keturunan nenek sebelah ibu saya ini.

Menurut ibu saya, keturunan sebelah atas dari nenek saya ini antaranya adalah 3 beradik yang bernama Megat Hassan, Megat Teris dan Megat Dewa (Kampung Megat Dewa di Kedah/Perlis adalah sempena namanya).

Mungkin maklumat ini dapat membantu..Saya amat berharap Suadara berdua dapat membantu saya..

Anonymous said...

semua buat pala, sampai mengaku waris raja satun bagai. padahal dulu satun sebahagian dari kedah. satun dulu di bawah pemerintahan kedah. tak dak aih raja satun, raja satun dulu adalah raja kedah. satun dulu daerah setoi dalam negeri kedah. semua kena pemohong

Anonymous said...

Sejarah beb hantam saja. Cerita panglima melayu ni hebat2 belaka, tapi dijajah oleh 4 negara. Mana silapnya.

Mohd Faizal said...

kawan saya ada pedang sebiji macam ni dari temurun nenek moyangnya.katanya.katanya kerajaan langkasuka singgah kerumah nenek moyangnya dan menghadiahkan pedang ini.

Breakshutter said...

Kami dari koh panyee phang nga dan phuket pon ada sejarah sama.mai la sini buat kajian secara race relations dan dna.jgn disebelah tanah malaysia jer,padahal wan bagus lari mari sini.macam2 hal fakta sekarang ni...tak pasti mana betul.ntah2 yg claim keturunan mahsuri tu dari jalur yg buat fitnah.err...maksud saya bukan yg dlm blog ini yer...

amirsyah said...

Setelah kemegergian arwah ayah saya. Sanak saudara belah ayah saya berkumpul. Barulah saya tahu yg kami dari keturunan wan derus. Sebelom arwah masih hidup. Arwah pernah bagitahu saya. Dalam 7 keturunan hanya seorang saja yg terpilih. Waktu tu saya tak paham, tapi diam . Dan saya keturunan yg ke 8 dari wan derus.

Keturunan asal kami asal ade wan. Tapi dibuang oleh moyang kami. Untuk merahsiakan identiti. Saya pon tak tahu kenapa.

zainal kasim said...

Saya pun masih mencari...toknek Mak saya Dari karmar...sape ade semua name adik beradik pak dak mayah..msg yer..tq...