Oleh : Sangtawal Sakranta
Maha Suci Allah Swt telah menjanjikan kepada kita akan mendatangkan satu kaum yang sangat mencintai Allah swt dan Allah swt juga amat menyintai mereka sebagai pembela agama Allah swt setelah terjadinya banyak peristiwa murtad. Ini janji Allah swt, bukan mimpi!
Hayatilah Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 54 ini :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya ( jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” [ Al-Maidah : 54 ]
Semoga Allah swt mendatangkan kaum yang dijanjikan itu di zaman ini. Di zaman umat islam begitu lemah , dihina dan ditindas dimana-mana. Di zaman fitnah Dajjal semakin berleluasa.
Semoga Islam kembali gemilang ditangan mereka yang akan berjuang dengan gagah dan bersungguh-sungguh dijalan Allah swt.
Ya Allah, bantulah kami dalam agamaMu,
Perteguhkanlah dan tetapkanlah iman kami,
Bimbinglah kami menuju rahmat dan keredhaanMu.
Amin…..
*[ Artikel ke-231- Sangtawal Sakranta .... ]
16 comments:
Sewaktu awal 1980an, ketika sy masih lagi siswa, ayat inilah yg sering dibaca dan diperingatkan berkali-kali oleh TG.Haji Abdul Hadi Awang yang sewaktu itu Pesuruhjaya PAS Terengganu, dan pada ketika itu semua pemimpin-pemimpin politik - kerajaan dan pembangkang serta NGO - boleh berforum,berdebat dan berceramah di universiti.Kami siswa segera menjadi matang dan dewasa dalam agama dan politik oleh hujah-hujah dalam isu-isu yg diperdebatkan.
Kalau orang-orang Melayu majoritinya telah murtad kini, apakah akan pupus bangsa ini?
Apakah orang Melayu masih lagi belum bersedia untuk kembali kepada cara hidup Islam sepenuhnya setelah 54 tahun merdeka yg menunjukkan pegangan agama di kalangan generasi Melayu terutama golongan muda semakin luntur? Islam sekadar di bibir tetapi tidak beriman di hati?
Apakah akan tiba suatu kaum yang akan memupuskan bangsa Melayu setelah orang Melayu masih lagi teramat degil untuk beriman dengan semua ayat-ayat Allah?
ape y saye perlu lakukan sekarang....sy sentiase turut serta..
salam saudara "PDDK"
Terima kasih atas komen yang sgt berguna.Murtad terjadi dalam semua kaum.Semoga bangsa melayu-islam tidak hapus/pupus.Semoga kaum yg dijanjikan itu dari kaum melayu...doakan :)
anon@1.27pm
istiqamah lah saudara dalam perjuangan ini... insyaAllah.
dah lama x baca blog ni...
apa2 pun aku sokong dari belakang bro...
Sdr Sangtawal.Sy sentiasa mempercayai bangsa Melayulah yg dijanjikan.Kini sy percaya bangsa ini berada pada babak anjakan paradigma dan PRU 13 bagi saya menjadi titik tolaknya.
Sama-samalah kita doakan semoga bangsa Melayu akan mencapai titik persefahaman dan bersatu di bawah AKIDAH YANG SYUMUL.
Idea saya ini ada dlm novel BALDATUN THOIYYIBATUN yg sedang dalam pasaran
parang terbang,
terima kasih atas sokongan bro...
PDDK,
saya pun harap begitu, sama-sama kita doakan.nanti saya carikan novel menarik tersebut.sinopsisnya saya dah baca di blog saudara.
berkaitan dengan melayu-islam bina empayar dikurun ini... dulu selalu diwar-warkan oleh allahyarham abuya ashaari al- arqam, dia pernah utarakan pendapatnya berkaitan dengan "jadual" ... boleh lihat disini:
http://www.youtube.com/watch?v=D8Cm1U_87IE
kini, setelah beliau tiada, tidak ada lagi pemimpin yg berani secara terbuka bercakap berkenaan 'kebangkitan empayar melayu islam'.
Saya bukan pengikut al-arqam, tetapi dlm youtube diatas, saya tertarik dengan pendapat beliau mengatakan bahawa "islam + cina" akan bangkit membentuk daulah!
apapun, doakan yg terbaik dari Allah swt buat umat melayu-islam.
Sy meminati alahyarham abuya pada peringkat awal tetapi bila ada unsur c/tangan jin sy menolak Arqam.
Campur tangan jin mengilhamkan kebenaran besama kebatilan.Sy telah menempuhnya dan ada dikesahkan dlm blog sy.
Kalau kita boleh menyaring dgn `pimpinan dan ilham', insyaallah kita mungkin dapat mengutip mutiaranya.Demikianlah juga idea dari abuya.
Dan sebetulnya kita masih mahu mempercayai idea BANGSA MELAYU AKAN BANGKIT DAN AKAN MEMIMPIN UMMAH AKHIR ZAMAN. Tapi bagi saya syaratnya PAS dng UMNO mesti bersatu di bawah panji-panji Tauhid dan membersihkan minda dan jiwa dari walau sezarrah pemikiran dan ideologi selain Islam.
Sdr.Sangtawal demikianlah tema dlm novel BALDATUN THOIYYBATUN dan sy ucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian sdr mencarinya.
Mudah-mudahan akan datang kaum yang dijanjikan itu..
hahahaha..jgn salah paham....!jaga lah darah keturunan....supaya terikat terus dg sunahhwaljamaah....tersalah nikah akan jadi Hambali...!Tgkkk...?
dan sekarang ini pas terlalu berlembut dengan kafir harbi dan ayat tersebut tidak lagi dibaca.
dan sekarang ini pas terlalu berlembut dengan kafir harbi dan ayat tersebut tidak lagi dibaca.
Kafir harbi atau pun kafir zimmi tafsirannya bergantung kepada baiah kepada sistem Islam dalam sebuah negara Islam tulin.Kafir yang mengikrarkan kesetiaan adalah kafir zimmi.
Dalam konteks Malaysia, siapakah kafir zimmi dan siapakah kafir harbi? Sebenarnya tidak ada kafir zimmi kerana "kesetiaan" (?) adalah kepada negara sekular yang bertunjangkan kepada Perlembagaan yang tidak mendaulatkan al Quran dan Sunnah Nabi saw.Jadi, baik MCA,Gerakan dan DAP adalah kafir harbi dalam makna yang umum tetapi tidak boleh diperangi kecuali ada sebab-sebab yang mengizinkan.Tambahan pula mereka telah sama-sama berjasa kepada orang-orang Islam merancakkan pembangunan ekonomi dan negara.
Soal PAS berlembut dengan DAP adalah kerana DAP lebih bersedia untuk muafakat menegakkan KEADILAN dan memerangi KEZALIMAN yang merupakan asas dan prinsip paling utama dalam Islam.PAS terlibat dalam proses demokrasi adalh bagi menegakkan negara Islam dan kesediaan DAP untuk bersama PAS dalam PR adalah menunjukkan potensi DAP kepada Islam setelah memiliki potensi menegakkan keadilan memerangi kezaaliman.
DAP dekad 2000an bukan lagi DAP 1970an, 1980an dan 1990an yang menakutkan orang-orang Melayu!DAP sekarang adalah kaum yang lebih lembut jiwanya, lapang dadanya dan lebih berakhlak.Cuma tohmahan lama yang telah berkarat kepada DAP masih lagi digunakan
Fenomena ini andai berterusan, tidak mustahil membuka dada DAP kepada hidayah Allah. Tanda-tandanya telah banyak! Jika ini berlaku, inilah barangkali kaum yang dimaksudkan oleh ayat di atas dan jika benar demikian, akan musnahlah kaum yang selama ini membina pakatan politik yang tidak berteraskan agama.
pelita d dalam kaca...
hujahan anda saya sangkal disebabkan skr ini merekalah yg menjadi master mind dalam memecah belahkan negara malaysia dan bangsa melayu...
perjuangan mereka mengangkat agama kristian utk jadi agama rasmi dan skg dap dari mulut pas skg mengagung agungkan komunis...
mereka juga bkn kaum yg berlemah lembut.. tetapi kitalah org melayu yg mmg bersifat begitu..
wallahualam..
-gerakan melayu berdaulat
Biring Si Kunani.
Kenapa susah sangat ke nak sebut UMNO tu PEKEMBAR hah?
saya pinjam kata2 "Pelita Di Dalam Kaca"
Semua ahli politik/pemimpin perlu terdiri dari ulama, bukan menjauhkan ulama dari politik kerana politik ialah kuasa memerintah.Kalau tak ada ulama terlibat dlm politik, plitik dipimpin oleh orang-orang yang jahil agama.
Ulama bukan sekadar penasihat , tetapi sepatutnya mengepalai kuasa pentadbiran sebagaimana sunnah Nabi saw yang mengetuai negara Madinah.Begitu juga Khulara ar Rasyidin Memimisahkan agama/ ulama dari terlibat dlm politik dan sekadar membuat kerja-kerja dakwah, tak termampu oleh ulama utk merombak kebatilan kerana kuasa tidak ditangan mereka.Inilah pengaruh sekularisme dlm pemikirn umat Islam.Menyatakan `Ulama kalau berpolitik akan jadi sejahat2 manusia', ini pendapat sdr yg amat merbahaya kepada Islam.
DiSini Renung2 kan saudara/saudari:
saya ulang lagi sekali: "Berdasarkan statistik, 235,000 daripada 2.48 juta kelahiran pada 2006 hingga 2010 adalah bayi luar nikah dengan 81,000 daripadanya islam" yang dipersalahkan hanya perempuan,pasangan yang menjadi punca kepada hamil luar nikah tidak di pertanggungjawabkan.. kenapa??
tanya pada PEKEMBAR yang berkuasa di malaysia, PAS ada kuasa di negeri2 tertentu dan PKR sedang menagih kuasa.... kita tunggu hasil Kongres Majlis Agama Islam Malaysia yang dah berlangsung, adakah ini berkaitan atau ada dalam agenda nya dan Himpunan Sejuta Umat membantah MURTAD ini adakah juga dalam ajenda mereka.
ingat PEKEMBAR bukan UMNO.
mungkin maksud kaum di sini bermaksud suatu keumpulan,golongan manusia, dan tidak menjuruskan kpd bangsa & ras.
Wallahua'lam
Pengikut yesus kristus. amen
Post a Comment