Wednesday, August 10, 2011

Cegah Murtad Sebelum Terlambat .



Tajuk : Cegah Murtad Sebelum Terlambat.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Selepas membaca beberapa artikel di blog, Klik , dan Klik

dan membaca motto dalam artikel itu yang berbunyi : “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia” yang terdapat di Gereja tersebut, saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit pandangan berkaitan isu murtad ini.

Melihat kepada motto mereka itu, dapat kita rasakan betapa besarnya cita-cita dan matlamat mereka !

Dalam pada pemimpin melayu islam kita asyik melobi “1 Malaysia” yang nampaknya lebih “mesra undi” rakyat , dalam keadaan kita sedikit terleka, ada segelintir dari kita umat islam sedang dipengaruhi secara halus untuk meninggalkan agama islam.

Dari usaha memohon menggunakan kalimah ‘Allah’, seterusnya kepada membawa masuk Bible berbahasa melayu, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa gerakan mereka untuk menyebarkan dakyah Kristian tidak pernah berhenti malah bertambah subur.

Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan dan usaha para pendakwah mereka amat halus dan sangat konsisten. Berbeza dengan ulamak kita [tidak semua] yang banyak terlibat dalam politik dan sibuk berkempen untuk menjaga peti undi dan periuk nasi, serta mengamalkan cara fitnah-maki hamun, mengkeji, sentiasa mencari kelemahan pihak lain, menolak kerjasama dan penyatuan, menghasut, menyalakan api permusuhan, memecah-belahkan ummah, memutar belit dan menggunakan ayat suci Al-Quran untuk tujuan politik dan peribadi.

Ulamak peti undi bukan mahu berdakwah untuk mengembangkan agama islam, jauh sekali untuk menyeru orang bukan islam ke arah memahami ajaran islam seterusnya memeluk islam, tetapi lebih mengelirukan umat.

Lebih teruk dari itu, ada juga golongan yang dikatakan berjuang untuk islam tetapi dalam nada yang lain mengutuk tindakan JAIS dalam pemeriksaan keatas Gereja tersebut demi menyelamatkan akidah umat islam.Ada juga pemimping yang lebih terlebih sudu dari kuah berkata bahawa berada di Gereja tak semestinya murtad walhal telah tertulis motto di Gereja tersebut : “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Disini contohnya , Klik , Anda boleh lihat kesungguhan dan cita-cita mereka. Gereja yang khabarnya terbesar di Asia tersebut boleh memuatkan 5000 orang dalam dewan utamanya sudah pasti tidak akan dibiarkan kosong begitu saja!!! Berhati-hatilah kita semua agar mereka yang akan mengisi tempat kosong itu nanti bukan terdiri dari diri kita, ahli keluarga dan saudara mara kita!

Mengapa ini semua terjadi?

Jawabnya; Ini terjadi bila orang-orang beriman tidak mahu membela agama Allah swt, maka Allah swt tidak menetapkan iman dan pendirian mereka.Barangkali mereka telah lupa kepada peringatan Oleh Allah swt dalam Al-Quran berikut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu.” ( Surah Muhammad: ayat 7 )

Para pemimpin negara pula nampaknya tidak mengambil serius isu ini padahal inilah sebesar besar amanah dan tanggungjawab [membenteras murtad] yang perlu dipikul oleh setiap pemimpin islam yang pastinya akan ditanya di hadapan Allah swt kelak apakah peranan mereka semasa di dunia ini.

Wahai ulamak warisan nabi, bangkit dan bersatulah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan syiar islam agar islam sirna kembali....


* [ Artikel ke-230 Sangtawal Sakranta... ]


18 comments:

changkatlobak said...

tanggungjawab bersama untuk alif ba ta

buang baju umno
buang baju pas
buang baju pkr

ayuh bersama

Anonymous said...

say sokong changkatlobak...selamat berpuasa bang tawal....

Pelita Di Dalam Kaca said...

buang baju UMNO
buang baju PAS
buang baju PKR
SETUJU!!

ERTINYA TAMATKAN SISTEM DEMOKRASI.Tegakkan negara BALDATUN THOIYYIBATUN Warabbun Ghafuur melalui muafakat umat Islam dan bangsa Melayu.
Info awal boleh dibaca melalui novel BALDATUN THOIYYIBATUN yang ada di pasaran.

Anonymous said...

muslimin muslimat harus berkerjasama dalam dakwah Islamiah.
Jangan hanya memandang begitu sahaja Jbtn agama, pendakwah2, ustaz2 berdakwah...
Kita semua tua muda, kecil besar, lelaki wanita..semua kena turut serta


Ramli Sirap

Anonymous said...

bagaimane....huhuhu...what to do?...plan strategies...we do togather....move!!!!

Anonymous said...

buang umno!..buang pas!..buang semua apa yang namanya 'parti'!,

hapus sistem demokrasi @ alat iblis @
alat huru-hara.

hapuskan semua sistem kaffir yahudi!

hapuskan setiap kaffir harbi!

satukan umat melayu islam khususnya
dibawah payungan raja-raja melayu.
bangkitkan sistem daulah islamiyah 'khalifah'.

org intelek said...

Democracy is a joke
lirik lagu kalau tak salah

Anonymous said...

Salam,

Fitnah terbaru yang sama2 kita samada muslim mahupun nonmuslim, terpaksa alami jika tidak dibendung. Nilai duit diturunkan dan harga barang dinaikkan. Bersatu!!!
http://anony328am.blogspot.com/2011/08/bersama-halangi-fitnah-riba-yahudi.html
http://www.youtube.com/user/kawasaki9722#p/u/13/_PFkwslteWk

Anony 3.28am

Anonymous said...

x sangka juga blog sangtawal yg kelihatan ilmiah boleh ada list blog-anti-pkr yang menampakkan sangat kedangkalannya

Anonymous said...

aku dari dulu dah kata ulama kerja sebenarnya ialah dakwah dan mengajar agama,bukan terlibat dengan politik parti.manakala yang semua org islam kerjanya yang betul ialah bawa manusia kepada ALLAH .
Apabila usaha dakwah ditinggalkan lama2 org takkan faham kepentingan agama dan akhirnya jauh dr agama malahan ada yg murtad
seluruh umat patut difahamkan bahawa ini adalah tanggungjawab umat,kerja nabi kerja saya,risau nabi risau saya .kalau tidak nanti akan ditanya diakhirat tentang apa kita dah buat dikala manusia dah tak kenal ALLAH

Ulama kalau berpolitik akan jadi sejahat2 manusia,percayalah tuan2

Pelita Di Dalam Kaca said...

Semua ahli politik/pemimpin perlu terdiri dari ulama, bukan menjauhkan ulama dari politik kerana politik ialah kuasa memerintah.Kalau tak ada ulama terlibat dlm politik, plitik dipimpin oleh orang-orang yang jahil agama.
Ulama bukan sekadar penasihat , tetapi sepatutnya mengepalai kuasa pentadbiran sebagaimana sunnah Nabi saw yang mengetuai negara Madinah.Begitu juga Khulara ar Rasyidin
Memimisahkan agama/ ulama dari terlibat dlm politik dan sekadar membuat kerja-kerja dakwah, tak termampu oleh ulama utk merombak kebatilan kerana kuasa tidak ditangan mereka.Inilah pengaruh sekularisme dlm pemikirn umat Islam.
Menyatakan `Ulama kalau berpolitik akan jadi sejahat2 manusia', ini pendapat sdr yg amat merbahaya kepada Islam.

choc-apple said...

saya sokong...biarler yg di atas lena kito yg kat bawah ni gempur n sokong mane2 jabatan yg menegakkan n mempertahankan kesucian agama islam.....time pru kito ganti kabinet yg lbh berwibawa (bkn pkr g d gang aaa...)

Anonymous said...

di sabah & sarawak lagi berleluasa tp pihak berkenaan pejamkan mata, negeri 'fixed deposit'la katakan =)

Pelita Di Dalam Kaca said...

Gejala murtad sebenarnya bukan perkara baru.Gejala murtad telah dibuka pintu yg seluas-luasnya oleh orang-orang Melayu sendiri apabila tidak beriman dgn ayat ini apabila mentadbir negara: "dan bahawa (yang Kami perintahkan ini)adalah jalanKu yang lurus, maka ikutikah dia dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa" - Al Anaam:153
Apabila perintah ini dibaikan oleh pemerintah iaitu tidak mengamalkan sistem Islam seluruhnya dlm kehidupan bernegara dan mengambil pula ideologi Yahudi yg menghasilkan pendidikan sekular, ekonomi kapitalis, mencintai dunia dan materialistik, budaya hidup yang liberal, mengamalkan undang-undang Common Law British dlm sistem kehakiman dan kepolisan dsb; maka orang Melayu beransur-ansur hilang takwa. Tanda hilang takwa telah sangat nyata! Lantas jatuh fasik, zalim, kufur dll sehingga yg paling mengerikan ialah murtad.

fadz said...

masalah ini senang dan dengan hal ini juga ia senang diselesaikan jika pihak yang bertanggungjawab mengubah cara kerja mereka yang begitu terlihat birokrasinya.. Ya, mana-mana jabatan agama negeri perlu mengambil pelajaran dari pembacaan kes ini.

Pertamanya, si "mangsa" dalam kes ini dengan jelas menyatakan, dia cuba memohon bantuan baitumal tetapi diperlekehkan atas dasar "birokrasi" yang sememangnya memerlukan sentuhan kemanusiaan. Pihak Kristian bukan saja mempunyai agenda, tetapi jelas memahami keinginan "manusiawi" yang diharapkan daripada mangsa.

Jadi diharap selepas ini, semua jabatan agama negeri perlu ambil sikap toleran, manusia (sifat SUFI yang makin terhakis dlm kalangan orang kita, sepertimana SIBUK majlis Fatwa nak mengharamkan tarikat sini dan sana, hal sebegini terlepas pandang!) dan memahami terhadap orang Islam yang memerlukan. Dan jangan asyik "jaga leher sendiri" dan keluarkan makluman "ini semua persoalan keimanan".

Anonymous said...

semua usaha untuk menyebarkan selain dari agama ISLAM bukanlah dakwah namanya tetapi dakyah. Orang yang menjalankan operasi ini dinamakan pendakyah bukan pendakwah. Diharap pihak penulis memilih perkataan yang tepat agar para pembaca yang tidak faham dapat memahami dengan jelas. Satu contoh ialah penulis [tanpa nada] menulis perkataan syiah kuala [kalau tak silap] sedangkan orang Acheh sendiri menyebutnya sebagai Syeikh Kuala. Jika penulis memang memaksudkan Syiah Kuala [sebab dalam blog tiada nada] sama seperti ejaannya maka semakin kelirulah pembaca yang tidak pernah ke sana dan menyangka benarlah sebutannya.... Semoga menjadi ingatan kepada penulis agar niat sucinya menulis akan juga mensucikan hati dan mensucikan fikiran para pembaca dan peminat blog penulis termasuk saya.... maaf zahir batin

Anonymous said...

Biring Si Kunani.
Kenapa susah sangat ke nak sebut UMNO tu PEKEMBAR hah?
saya pinjam kata2 "Pelita Di Dalam Kaca"
Semua ahli politik/pemimpin perlu terdiri dari ulama, bukan menjauhkan ulama dari politik kerana politik ialah kuasa memerintah.Kalau tak ada ulama terlibat dlm politik, plitik dipimpin oleh orang-orang yang jahil agama.
Ulama bukan sekadar penasihat , tetapi sepatutnya mengepalai kuasa pentadbiran sebagaimana sunnah Nabi saw yang mengetuai negara Madinah.Begitu juga Khulara ar Rasyidin Memimisahkan agama/ ulama dari terlibat dlm politik dan sekadar membuat kerja-kerja dakwah, tak termampu oleh ulama utk merombak kebatilan kerana kuasa tidak ditangan mereka.Inilah pengaruh sekularisme dlm pemikirn umat Islam.Menyatakan `Ulama kalau berpolitik akan jadi sejahat2 manusia', ini pendapat sdr yg amat merbahaya kepada Islam.
DiSini Renung2 kan saudara/saudari:
"Berdasarkan statistik, 235,000 daripada 2.48 juta kelahiran pada 2006 hingga 2010 adalah bayi luar nikah dengan 81,000 daripadanya islam" yang dipersalahkan hanya perempuan,pasangan yang menjadi punca kepada hamil luar nikah tidak di pertanggungjawabkan.. kenapa??
tanya pada PEKEMBAR yang berkuasa di malaysia, PAS ada kuasa di negeri2 tertentu dan PKR sedang menagih kuasa.... kita tunggu hasil Kongres Majlis Agama Islam Malaysia yang dah berlangsung, adakah ini berkaitan atau ada dalam agenda nya.

Anonymous said...

islam hadhari katanyer kan,,nileh jadinyer!! nak tnggu bala datang baru nk sedar ker??


*limau purut*