Sunday, March 06, 2011

Zulqarnain Diangkat Ke Langit



Tajuk : Zulqarnain Diangkat Ke Langit.

Artikel Oleh : Sangtawal sakranta.


Dalam buku: “Alexander Adalah Zulqarnain” ,Penulisnya Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, telah memetik satu hadis dari Tafsir Qurthubi yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa Zulqarnain pernah diangkat oleh Allah swt ke langit. Rasanya elok jika kita dapat kongsi bersama hadis yang berkaitan dengan hal yang amat menarik ini. Pada m/s 285 dibawah tajuk kecil : Alexander Diangkat Ke Langit beliau menulis :

[[ Terdapat hadis di dalam Tafsir Qurthubi, seperti berikut :

Uqbah Ibnu Amir menyatakan Nabi Muhammad mengatakan kepada segolongan orang daripada ahli kitab yang menanyakan berkenaan Zulqarnain kepada Baginda(Nabi menjawab) : “Zulqarnain adalah raja muda dari Rom, yang diberikan kekuasaan / kerajaan kemudian berjalan ke Mesir dan membina Kota Iskandariah. Ketika selesai, beliau didatangi oleh malaikat dan dimikrajkan (dinaikkan ke langit). Kemudian malaikat berkata “apa yang kau lihat?” [Zulqarnain ] menjawab “aku hanya melihat kotaku [Alexandria] dan tidak melihat yang lainnya” .Malaikat itu berkata lagi: “itu adalah bumi semuanya dan [bahagian] yang gelap (sawad) itu yang kau lihat melingkari [daratan] itu adalah lautan (bahr), Allah ingin memperlihatkan bumi kepadamu. Dan menjadikan bagimu kekuasaan (sulthon) di bumi itu. Kemudian berjalanlah di bumi, ajarilah orang yang bodoh dan teguhkanlah orang-orang yang berilmu.”]].

Berdasarkan hadis di atas , penulis buku ini menegaskan bahawa, selepas Alexander (Zulqarnain) menyiapkan Kota Iskandariah, beliau didatangi malaikat lalu membawa beliau naik ke langit. Pada aras ketinggian tertentu Zulqarnain hanya mampu melihat Kota itu sahaja, lalu beliau dinaikkan kelangit yang lebih tinggi, maka Zulqarnain pun dapat melihat seluruh planet bumi. Allah swt telah mengangkat Zulqarnain ke langit untuk memecahkan kebuntuan Zulqarnain berkaitan bahagian barat dan timur bumi. Pengetahuan ini penting bagi merangka pelan dan arah tuju kempen pembebasan dan penaklukan yang hebat oleh Zulqarnain nanti kerana sebelum zaman Zulqarnain bumi masih belum dipetakan secara lengkap.

Selepas kejadian itu Zulqarnain telah segera memetakan peta dunia ini di atas satu lembaran kulit! Penulis buku tersebut juga berpendapat bahwa peta dunia terutamanya dari Yunani yang dihasilkan selepas itu adalah dihasilkan berdasarkan peta yang dibuat oleh Zulqarnain.Contohnya peta oleh Eratosthenes (194 SM) dan Posidonius(130 SM). Ilmuan Yunani selepas itu seperti Ptolemy juga ada menghasilkan peta yang saya percaya beliau juga merujuk kepada apa yang sudah Zulqarnain tinggalkan.


Sewaktu berada di langit itu juga malaikat telah menerangkan kepada Zulqarnain bahawa yang berwarna gelap (biru tua) itu adalah lautan dan bahagian yang terang itu adalah daratan dan pulau-pulau. Dari pengamatan Zulqarnain pada ketinggian itu, jelas ternampak lautan itu mengelilingi benua Afrika, Eropah dan Asia. Selepas itulah juga Zulqarnain sedar bahawa bentuk bumi adalah seperti tembikai (oblate spheroid). Jadi tidak hairanlah jika Zulqarnain digambarkan mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu astronomi sehingga Ka’ab al-Ahbar berkias “ Tali kuda Zulqarnain ditambat pada bintang-bintang”.

Saya bersetuju dengan penulis buku ini yang berpendapat bahawa keputusan berani Alexander @ Zulqarnain untuk meneruskan perjalanan ke Barat dari Kota Iskandariah merentasi padang pasir yang luas dan kering yang belum pernah ditempuh oleh orang lain sebelum ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan beliau yang luas tentang peta dunia dan bentuk muka bumi yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada beliau sehingga beliau dan angkatan perangnya selamat sampai di Kota Siwah yang berada di barat Kota Iskandariah.

Mengapa di dalam peta yang dibuat oleh bangsa Yunani kuno tidak diletakkan benua Amerika ???. Ini adalah satu bukti bahawa peristiwa seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad berkenaan Zulqarnain yang diangkat oleh Allah naik ke langit adalah benar-benar berlaku. Ini kerana bangsa Yunani hanya merujuk kepada peta dunia yang dihasilkan oleh Zulqarnain yang hanya memetakan benua Afrika-Eropah-Asia yang mengambilkira ketika kejadian itu Zulqarnain diangkat ke langit pada ‘titik’ Kota Iskandariah! Benua Amerika tidak ada dalam peta Yunani kerana Benua Amerika tidak diperlihatkan oleh Allah kepada Zulqarnain ketika itu.


Sekiranya kita beranggapan bahawa seluruh kawasan yang diperlihatkan oleh Allah swt itu akan menjadi kawasan dibawah kekuasaan Zulqarnain, maka kawasan Asia juga tidak terkecuali pernah termasuk dalam daerah kekuasaan Zulqarnain.Itu sebabnya dalam buku-buku Hikayat lama atau catatan sejarah kita ada disebut kaitannya dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Rom mungkin ada benarnya!saya serahkan persoalan ini kepada mereka yang lebih arif tentang sejarah melayu.

Dengan adanya peristiwa Zulqarnain yang diangkat ke langit itu, maka janganlah kita berasa hairan atau mudah merasa tidak masuk akal jika dalam Hikayat melayu lama kita ada disebut tentang perjalanan watak utamanya melalui jalan udara. Superman adalah watak filem yang boleh terbang bila memakai baju terbang, tetapi dalam sejarah melayu lama, sudah lama orang melayu tahu tentang adanya baju terbang .contohnya dalam Hikayat Inderaputra ini:

“ Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran yang cantik jelita itu ada 7 orang pengasuh bidadarinya,dikelilingi oleh 7 lapis pagar jala-jala dan setiap pagar ada 7 ekor binatang yang menjaganya. Baju Tuan Puteri itu bernama Baju Anta Kesuma boleh digunakan untuk terbang! Setiap hari jumaat tuan puteri akan turun mandi dan memetik bunga serta buah-buahan di Tasik Semendera jin. [ Hikayat Inderaputera – m/s 29 ]

“Kata Inderaputera “Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang,kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi”….maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran “Hai kakanda Inderaputera duduklah kakanda di atas Tabak itu. Janganlah kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi”….. Maka tabak itupun mengikut Tuan puteri yang melayang itu dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera dunia ini seperti bukit juga besarnya..Arakian maka datanglah ke Padang Belantara hairani….Maka di cita oleh tuan puteri akan tabak itu maka tabak itu pun terletaklah di padang hairani….maka Inderaputera pun hairanlah melihat tabak itu tidak melayang lagi.
[ Hikayat Inderaputera- m/s 39 ]

Kepada siapakah pula kekuasaan diberikan oleh Allah swt bagi bahagian dunia yang tidak diperlihatkan kepada Zulqarnain dulunya? Bahagian dunia itu rupa-rupanya nya telah dikuasai oleh Iblis , Dajjal dan kuncu-kuncunya sekarang ini . Mereka sedang merancang untuk merealisasikan New World Order mereka. Zionis hanyalah alat bagi mereka.Mason-mason, para Iluninati, Jesuit dan para elit penganut Kabbalah akan dikorbankan setelah menjadi kuda tunggangan mereka sekian lama.

Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang.Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola.Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537.Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.

Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis .Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.

St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545.Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-palau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur ( Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)

Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara.Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.

Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.

Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya! Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.

Satu perkara yang perlu kita ingat, mereka hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang akan menentukannya.Sebenarnya sebelum ketibaan St Francis Xavier pada tahun 1545 di Kota Melaka, telahpun ada ekspedisi jihad islam oleh moyang kita Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra ke Timur dan Nusantara memintas mereka 196 tahun lebih awal iaitu pada tahun 1349.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah ( bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.[ Bukit panau terletak tidak jauh dari Danau Tok Uban, Masjid Brunei pula terletak berhampiran Danau itu ].

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa mendapat Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) manakala dengan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah .Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam.

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao / Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Semoga anak cucu keturunan Saidina Hussien r.a akan bertemu dan bercantum semula dengan anak cucu keturunan Saidina Hassan r.a di bumi Nusantara ini demi kebangkitan akhir zaman.

Sebelum saya sudahi artikel ini,ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian yang saya ambil dari satu forum di internet oleh orang yang gelarkan dirinya Putihkuninghitam. Begini katanya :

“ Di India ada sebuah negeri yang paling ramai umat Islam iaitu diselatan India.Nama negeri tu adalah Kera-la.Orangnya dipanggil Mala-bari.Selatnya di panggil Selat Mala-bar.Disitu juga ada nama gunung Malaya.Bila ada kelapangan boleh le baca buku yang bertajuk "Ancient Colonies in the Far East Vol ii diterbitkan pada tahun 1937 di India.(sebelum perang dunia ke 2 dan sebelum Tanah Melayu merdeka). menurut pengarang buku tersebut “Nusantara” dikenali juga dengan nama “Malayasia”.


*[ Artikel ke-219 Sangtawal Sakranta... ]


17 comments:

Raden Merih said...

Salam saudaraku Sang Tawal..

Izinkan hamba bertanyakan sedikit kepada tuan. Merujuk kepada perenggan ini:

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao / Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.


Sepengetahuan saya yang daif ini, moyang Sultan Brunei sekarang adalah dari Syarif Ali yang bernasabkan Saidina Hasan.. Boleh tuan ulas sedikit perkara ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

Zuha

Sejauh mana kebenaran penulis buku itu?? saya ada membaca buku yakjuj makjuj tulisan beliau..dan bnyk bukti yg dikemukakan datang dari scroll of the sea..dan bible..bukankah kebenaran itu ada pada al-quran dan hadith??

adakah ilmu saya masih rendah atau sebaliknya?? minta maaf kerana bertanya

AbuHakeem said...

Salam tuan,

ermm.. memang dihentikan ker kisah Iskandar Zulkarnain sampai bab peta jer?

berkenaan rujukan buku Alexender adalah Zulkarnain, terpulang pada individu... namun saya masih mencari titik perbezaan dan pertemuan antara 2 buku berkenaan yg saling kontra...

....

namun terimakasih atas segala maklumat. Semoga Allah berikan kesihatan yg baik pada tuan supaya menyambung lagi usaha tuan ini...

Allahuakbar.

-abuhakeem-

Ebbedolloh said...

was a good read. thnks.

Kumanddie said...

Salam Saudara Sangtawal

Iskandar Zulkarnain merupakan penganut agama Nabi Daud as (kitab Zabur). Ramai beranggapan bhw beliau dari Parsi.

Tetapi sekiranya kita buka kitab Merong Mahawangsa, Iskandar Zulkarnain berasal dari puak Macedonia. Macedonia adalah salah satu puak yang ada dlm Empayar Greek. Perkataan Macedonia merupakan gabunagn perkataan Manasseh dan Dan. Iaitu sebahagian daripada Bani Israel, daripada jurai Nabi Sulaiman as.

Ptolemy , guru kpd Iskandar Zulkarnain juga merupakan penganut agama Nabi Daud as. Kitab yang digunapakai bernama Gospel of Thomas. Iaitu sebuah kitab asal Zabur yg ditulis asal dlm bahasa Suriani (atau Syriac atau Coptic).

Iskandar Zulkarnain merupakan Maharaja Bani Israel yang terakhir yg mengamal ajaran Tauhid yg betul. Selepas beliau, terdapat seorang Panglima yg berpaling tadah dan membunuh ayah kepada Iskandar Zulkarnain. (Perlu diingat, Iskandar di dlm bahasa Greek bermaksud Maharaja. Dan nama Zul di hadapan sesuatu nama adalah perkara biasa di kalangan Bani Israel ).

Ayah Iskandar Zulkarnain tersebut bernama Julius Caesar. Julius Caesar mempunyai 9 orang isteri. Semuanya memakai tudung kepala. Salah seorang daripada isteri beliau, telah dipaksa kahwin dgn panglima pembelot tersebut.

Seterusnya, disebabkan kejadian huru-hara tersebut, 2 orang anak Iskandar Zulkarnain telah lari ke timur jauh . Dan menjadi Maharaja kerajaan Melayu. Kerajaan tersebut bernama Srivijaya.

Wallahu a'lam

Al Mahadaya said...

Tuan hamba Kumanddie,
Hikayat lengkap ttg Raja Iskandar telahpun di ceritakan oleh nabi dan ditulis dgn lengkap. Ada di dlm kitabnya di dlm JAWI. Raja Iskandar anak raja Darab. Raja Darab raja Parsi dan berkahwin dgn puteri raja Rom. Jadi, raja Iskandar mewarisi 2 kerajaan dunia di zamannya dan di gelar Za kerana menguasai dunia dari timur ke barat.

Anonymous said...

Salam tuan,

saya mohon dengan tuan untuk jadikan blog tuan sebagai rujukan kepada melayu2 yang malu nak mengaku melayu..hehehe..

harap tuan izinkan..

sedih..

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Raden Merih,
Ya, memang saya akui yg sultan Sharif Ali atau Sultan Berkat itu bernasabkan kepada Saidina Hassan r.a.Apa yang saya sebut diatas adalah berkaitan dengan pembangun kesultanan Mindanao dan sulu.

Perlu juga diingat , Sultan pertama Brunei Sultan Muhammad Shah ada kaitan dengan Puteri Johor, iaitu Puteri Dayang Pingai.

Perlu diambil perhatian juga bahawa nasab Sultan Syarif Ali terhenti hingga cicitnya Sultan Abdul Kahar yang mangkat pada tahun 1578, kerana yang menaiki takhta selepas itu adalah anak saudaranya iaitu Pengiran Anak Chuchu Besar Saiful Besar.

mungkin saudara Raden boleh baca sejarah raja-raja Brunei di sini :

http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm


Anon @ 3.13am
Saya sudah membaca dan memiliki buku penulis tersebut iaitu 'Yakjuj & Makjuj- Bencana Disebalik Gunung '... pada pendapat peribadi saya, penulis tersebut mempunyai cara yang tersendiri dalam stail penulisannya...memang dia banyak merujuk kepada sumber-sumber tersebut...tetapi jika saudara membaca sekali lagi dengan teliti tanpa prejudis, saya yakin saudara akan berasa kagum dengan hasil kajiannya itu.Alasannya pada m/s 2 bertajuk : kenapa kita perlu mengkaji Yakjuj dan Makjuj melaui inskripsi Yahudi? ' menjawab apa yang saudara inginkan.Dalam bab ke-16 m/s 505 pula beliau membuat rumusan yg sangat menarik dan sekaligus memberi jawapan atas putar belit Evangelis Barat tentang Gog Magog....

saudaraku Abu Hakeem,
Terima kasih atas komen, jika baca artikel sebelum ini,sauadara akan mengerti apa yang cuba saya maksudkan... he he he...ada sambungan tentang Zulqarnain ni dari versi guru hamba... tapi rasanya tak sampai masanya lagi untuk dibuka cerita ini. :)))

adik SSaSS,
timakasih atas komen!

Saudaraku Kumandie,
lama tak dengar berita? kenapa tak buka balik blog saudara?
Terima kasih atas perkongsian ilmu... ya...keturunan mereka membangunkan sriwijaya.
pembetulan sedikit ; tentang guru Alexander tu...kalau ikut buku penulis tersebut.... adalah Socrates...bukan Ptolemy. saya nantikan buku terbaru beliau tentang Socrates adalah Luqmanul hakim...

saudara AlMahadaya,
Terima kasih atas komen.Saya mohon dengan nama Allah swt...saudara kembalilah kepangkal jalan... bertaubatlah...nescaya Allah swt mengampuni mereka yang bertaubat.semua itu adalah dugaan dariNya, oleh itu segerakannya sebelum terlambat.

anon@12.54pm,
terima kasih...silakan.

Anonymous said...

salam tuan..maaf ingin bertanya..
bila dh baca artikel ini lak,nmpak mcm zulkarnain ni seorang raja yg brasal dr macedonia..tp yg kebanyakan nyer brpendapat dye bkn zulkarnain yg dimaksudkan..ramai yg mengatakan raja parsi cyrus the great mrupakan zulkarnain yg disebut didalam Al-Quran disebabkan kajian tntang agamanya..err..boleh x tuan terangkan siapa zulkarnain yg sebenar..sbb sy begitu brminat tntang zulkarnain yg misteri ini..pe pown blog tuan ni memang best..!! :)
maaf jika trkasar bahasa..

Anonymous said...

layarilah www.freemalaysiakini.com

Anonymous said...

Bosan la, www.freemalaysiakini.com..penuh dgn agenda politik tak berkesudahan

Neutronboy said...

Anon 15/3 4:04 PM,

Saya pun turut tertanya2 juga.. jadi betulke Alaxender orangnya? Sebab dah ada hadis lagi.. Hmm tapi ade juga yg kata mungkin, bukan dua2 daripada mereka ialah Iskandar.. Orang lain.. tapi saya tataw lagi..

http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/01/di-bawah-helaian-sejarah-melayu.html

Cubalah teliti hasil tulisannya berkenaan Iskandar Zulqarnain ni dalam pelbagai versi.. apa kesamaannya?

Anonymous said...

sala kepada semua
Tafsir Qurthubi yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa Zulqarnain pernah diangkat oleh Allah swt ke langit.

Disini ingin sayer bertanyer untuk mendapat kepastian tafsir qurthubi merujuk kepada kitab yang maner satu yer?

Anonymous said...

diangkat ke langit? bukan ke yg diangkat ke langit cume nabi SAW seorang jer kerana Allah SWT nk menaik kn martabat baginda sebagai kekasih Allah? diangkat ke langit ke di bawa terbang utk melihat bumi?

Anonymous said...

salam...

"ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim."

berkait dgn Jeddah itu..teringat sy dengan cerita Nabi Adam a.s bertemu dengan Hawa...minta saudara ulas sikit...mungkin kah ada kaitan??

Anonymous said...

Jeddah...Juddah...Jodoh....cercite...

Anonymous said...

Baju Tuan Puteri itu bernama Baju Anta Kesuma boleh digunakan untuk terbang!

Ni menarik ni, orang kampung koi de Pekan nu ada buh kueh nama Anta Kesuma...ogh kampung buat main nama tu tuko jadi Antukesome.

menarik menarik.

kalau ada koi cakak ade...koi x cakak xde.

TMP