Disalin Oleh : Sangtawal Sakranta.
Sumber : Buku - Terjemahan Penawar Bagi Hati – Abdul Qadir Bin Abdul Mutahalib Al-Indunesia Al Mandili- Al Hidayah Publications.
[[Ketahui olehmu, bahawasanya membesarkan diri itu bahawa melihat ia akan dirinya lebih daripada orang yang lain pada sifat kesempurnaan, dan melihat ia akan orang yang lain itu lebih hina daripadanya.Maka ia setengah daripada segala sifat kecelaan yang di dalam hati, dan sebesar-besar maksiat yang sembunyi.
Telah berfirman Allah Ta’ala , ertinya : “… maka sejahat-jahat oleh tempat ketetapan sekalian yang membesarkan diri, iaitu api neraka Jahannam” ( Az – Zumar :72 ).
Bermula Kibriyya’ (takbur) itu meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemuliaan atas orang yang lain.
“Tiada masuk ke dalam syurga oleh seorang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi daripada membesarkan diri” ( Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud )
Dan seperti adalah membesarkan diri itu kelakuan yang dicela.Demikian juga sebaliknya adalah merendah diri itu kelakuan yang dipuji oleh syara’.]]
Petikan dari m/s 129 – 133.
[[Ketahui olehmu , bahawasanya ujub itu membilang besar ia akan dirinya atau satu kelakuan daripada segala kelakuannya, seperti ilmunya dan ibadahnya.Dan tiada takut ia akan hilangnya dan lupa ia akan bahawa semuanya pemberian Allah Ta’ala baginya.
Dan perbezaan antara keduanya bahawasanya takbur itu melazimkan ia akan mereka yang takbur ia atasnya, dan ujub itu ketentuan dengan seorang diri.Dan bahawasanya ujub itu kelakuan hati yang dicela akan syara’, tambahan lagi membinasakan ia akan pahala ibadat.
Dan orang yang ujub itu tiada menuntut ia akan dia kerana sangkanya telah mendapat ia akan dia.Dan ditanya akan Siti ‘Aisyah r.a “Bila masanya ada seorang itu mengerjakan kejahatan?” Maka jawabnya: “Apabila ia menyangka ia akan dirinya berbuat kebaikan”
Ketahuilah olehmu,bahawasanya sebab ujub itu jahil dan bahawasanya ubatnya ilmu.]]
Petikan dari m/s 137 – 140.
[[Ketahui olehmu ,bahawasanya riya’ itu menuntut pangkat didalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan, atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan manfaat riya’ seperti harta dan puji.Dan bahawasanya riya’ itu kelakuan yang dicela yang haram dengan ijma’ ulama’ dinamakan dia syirik yang kecil.
Dan sabda Nabi saw , ertinya :
“Bahawasanya yang lebih ditakuti daripada segala barang yang aku takut atas kamu syirik yang kecil, dan iaitu riya’.Berfirman Allah Ta’ala pada hari kiamat bagi sekalian yang riya’ apabila membalas Allah Ta’ala akan manusia dengan segala amal mereka itu:pergi oleh kamu kepada mereka yang ada kamu mengerjakan ibadah kerana mereka itu di dalam dunia tilik oleh kamu adakah mendapat kamu pada sisi mereka itu akan balasan” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Ertinya : Tiada kuasa mereka itu membalas amal ibadah kamu, maka tiada faedah bagi riya’ itu bahkan kamu rugi dengan penat sahaja tiada mendapat pahala.
Sabda Nabi saw lagi, ertinya :
“Bahawasanya Allah Ta’ala mengharamkan ia akan syurga atas tiap-tiap orang yang riya’” (Diriwayatkan oleh Abu Na’im dan Ad-Dailami dari Abi Sa’id r.a )
Dan ketahuilan olehmu bahawasanya , riya’ itu enam jenis :
1).Riya’ dengan tubuh badan,seperti menzahirkan ia akan kurus dan pucat badannya supaya disangka akan dia mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang.
2).Riya’ dengan kelakuan,seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangka akan dia memikirkan kelakuan akhirat.
3).Riya’ dengan pakaian,seperti memakai ia akan kain yang keras-keras dan yang bertampung-tampung supaya disangka akan dia daripada ahli tasawwuf.
4).Riya’ dengan perkataan,seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan Al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar.Dan seperti menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.
5).Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan berdiri dan rukuk dan sujud di dalam sembahyang di hadapan orang lain.
6).Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.
Maka sekalian yang demikian itu haram,bahkan dosa besar.
Dan bahawasanya Riya’ yang lebih besar:
1).Riya’ munafik dengan menzahirkan iman pada ketika hatinya kafir.Maka ini lebih besar daripada syirik yang nyata.
2).Riya’ dengan ibadah yang wajib, seperti mereka yang sembahyang zohor ia dihadapan orang lain.Dan jika ia bersunyi seorang diri nescaya tiada ia sembahyang.
3).Iaitu yang lebih kecil bahawa tiada riya’ ia dengan fardu,bahkan riya’ ia dengan ibadah yang sunat.Dan apabila ada ia pada tempat yang sunyi nescaya tiada mengerjakan ia akan ibadah yang sunat itu.
Dan ketahuilah olehmu akan bahawasanya setengah daripada ubat yang menegah daripada datang riya’ itu bahawa engkau sembunyikan ibadah engkau seperti menyembunyikan engkau akan kejahatan engkau.
Bahkan hendaklah mengerjakan ia akan ibadah dan bersungguh-sungguh ia pada menolak akan riya’ itu.Dan jika jatuh juga riya’ itu maka hendaklah ia taubat daripadanya dengan bersegera.]]
Petikan dari m/s 145 – 154.
*[Posting ke 215- Sangtawal Sakranta ]...
10 comments:
salam sang tawal........
terima kasih atas nasihat2 yang baik ini, semoga sang tawal sihat hendaknya
assalamualaikum...
terima kasih tuan....
terkesan pada diri ini...
terlalu banyak rasanya...
satu pesanan/nasihat yang baik utk dikongsi...
semoga tuan beroleh kesihatan dlm meneruskn perjuangan..
wassalam..
alhamdulillah.
Semoga Tuhan Rahmati kamu sekeluarga. amin.
salam ust..
adakah ust yg menulis ini benar-benar IKHLAS MENULIS KERANA ALLAH..
IKHLAS SESUATU YANG TIDAK DILIHAT DENGAN MATA DAN TIDAK BERNILAI BAGI DOSA..
sengaja..berkongsi..
jawapan itu disimpan sahaja di hati ust..salam
salam semua.
Jmazli,
terima kasih.semoga ia juga menjadi ingatan dan panduan buat diri saya juga yang banyak dosa.Alhamdulillah, saya dan keluarga sihat.
anon@1.02am,
terima kasih.
Saya bukan menulis artikel diatas, saya hanya menulis beberapa petikan didalam buku yang saya telah nyatakan sumbernya diatas.
Keris,
terima kasih atas doa, semoga kamu sekeluarga juga sentiasa dalam naungan rahmat dan nikmat Ilahi, insyaAllah.
anon@6.50am,
Terima kasih atas komen dan ilmu yang berguna berkaitan dengan ikhlas.saya bukan ustaz.saya menulis diatas untuk perkongsian semua termasuk untuk saya sendiri.bab takbur,ujub dan riya' ini pun saya rasa saya tak lepas lagi, jadi tak layak bagi saya untuk menjawab soalan tuan berkaitan dengan ikhlas dia atas.syukur jika tuan sudah mencapai makam ikhlas itu.silalah berkongsi ilmu di blog ini,orang seperti tuan amat-amatlah diperlukan untuk pengisian jiwa pembaca di blog ini.
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya,lagi teguh diatas tauhid... " {Al-Baiyinah :5)
Hadis Nabi saw :
"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia Aku.Aku taruh akan dia pada hati mereka yang Aku kasih akan dia daripada segala hambaKu" [ diriwayatkan oleh Abu Al-Hasan Al-Basri sebagai hadith mursal]
wassalam.
salam sejahtera dari tuan empunya salam.
makam amal yang paling tinggi adalah 'REDHO'....setelah semuanya dimulakan dengan 'IKHLAS' kerana 'dia'...
wasalam
Salam SangTawal dan semua pembaca.
Satu entry yang bagus...
Bila dah habis baca, terlintas di fikiran ni yang alangkah bahagianya sekiranya dapat mengetahui Islam semasa ianya diajarkan secara sembunyi2, iaitu sebelum turunnya perintah dari Allah SWT untuk Islam itu diajarkan secara terbuka...
salam sahabatkut sakranta,
hee..
lame sudah tidak bertnya khabar. :)
smoga sentiasa dalam keadaan sehat sejahtera. insyaAllah.
menarik sungguh sajak "akulah sangtawal" , saya tidak perasan sebelum ini.
saya cuma ingin berterima kasih atas segala ilmu yang dikongsi oleh kamu selama ini. semoga Allah membalas usahamu ini wahai sahabat. insyaAllah.
salam,
Gelombang Rakyat,
Blog tuan juga sebuah blog yang bagus,saya juga selalu masuk blog tuan melalui blog GAP.Teruskan usaha tuan.Buat makluman tuan, blog ini bukan bertujuan politik, oleh itu blog tuan dalam pertimbangan saya utk di link ke blog ini,harap bersabar. GAP dan AIDC ada misi tersendiri.... itu sebab saya link-kan disini.
anon@1.15 pm,
terima kasih atas komen.Redho memang antara makam yang tinggi.Dapat redha - dapat mutmainnah....pun sudah ada jemputan untuk 'kesana' bagi yang mempunyai jiwa yang tenang- tenteram...namun perjalanan kita masih jauh hingga sampai kamaliah dan kamil mukammil.
AbdELHamyd,
terima kasih atas komen... ya sungguh bahagia... namun mereka yang ada waktu itu adalah dari mereka yang terpilih, Allah swt Maha Mengetahui segalanya.
Ihya,
saya sihat, alhamdulillah, akhir tahun-awal tahun ni agak sibuk sikit.
tentang sajak tu... itu memang sajak ciptaan asli saya, maaflah jika ada tersilap kata atau fakta... anggaplah itu karya sastera je :)).
wassalam.
Kalu sang Tawal mau tulis blog yang adil ,teruskanlah. Tapi banyak tulisan Tawal dah jadi bahan Fitnah terhadap orang yang yang Tawal benci (Anwar). Fitnah itu lebih kejam dari menbunuh. Kalu mau menyatukan umat islam maka berlaku adil lah kamu. Tidak ada sesiapa pun yang tahu kejadian Allah itu.
Post a Comment