Sunday, November 14, 2010

Siri Ilmu Alam Ghaib di TV



Tajuk : Siri Ilmu Alam Ghaib di TV.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Atas nama kaedah perubatan atau rawatan cara islam dan perubatan alternatif lain, siri Ilmu Alam Ghaib di stesen TV3 kini semakin mendapat tempat dihati penonton.Maklumlah penonton kita selalu disajikan dengan cerita-cerita seram sebelum ini pasti teruja dengan siri ini yang dianggap mereka cukup mistik. Tidak dinafikan mudahnya orang melayu-islam kita terpengaruh dengan benda-benda sebegitu. Apa tidaknya ibu bapa kita dulu-dulu sering mengancam atau mengusik anak-anak mereka dengan perkataan hantu walaupun mereka sendiri pun belum pernah melihat hantu di alam realiti.



Walaupun saya tidak pernah menonton siri-sirinya yang lain sebelum ini, namun salah satu siri berkaitan dengan merawat seorang gadis yang didakwa selalu dihilangkan oleh makhluk halus menarik perhatian saya, lalu saya pun meluangkan sedikit waktu melihat sekejap rancangan tersebut.

Beberapa persoalan timbul di fikiran saya lalu saya rasa perlu saya luahkan disini atau sekurang-kurangnya dapat kita berbincang disini bersama.

Pertama, berkenaan dengan perawatnya.Apakah dia seorang yang betul-betul mahir dalam ilmu berkaitan dengan makhluk halus ini sehingga digelar dengan “Pakar mengenal jin dan makhluk halus”! apakah gelaran Pakar ini diberikan oleh stesen TV atau orang yang benar-benar layak dalam ilmu ini? Perawat atau ustaz yang sedang meningkat naik namanya atau kita sebut ‘sedang glamour’ ini juga telah dijemput memberikan pendapat dan ulasan dalam siri Al-Kulliyah juga, yang saya rasa tidak berapa sesuai jika topik atau tajuk itu bukan dari bidangnya.Lagipun tujuan perawat ini ke Mesir dulu untuk mendapatkan Ijazah di Universiti Al Azhar, tapi rasanya separuh jalan saja dan tak kesampaian.Rezekinya baik kerana dia bertemu dengan gurunya dalam bidang yang lain pula [tok bomoh] , jadi dapatlah dia bawa balik Ijazah Perbomohan dari gurunya itu pula. Siapa pula guru perawat ini dan apakah fahaman atau akidah gurunya itu perlu juga kita ketahui sedikit sebanyak. Perawat ini juga pernah berkata boleh scan makhluk halus, hanya scan dengan tangan atau guna lidi saja! Pasti mengejutkan pakar-pakar radiologi terutamanya dibidang CT Scan atau MRI! apakah ini satu dakwaan yang benar atau sebaliknya? kadang-kadang ustaz tadi melaga-lagakan kedua jari telunjuknya untuk mengesan cas letrik ditangannya untuk merawat makhluk halus! teringat pula saya kepada seorang perawat yang boleh mengalirkan tenaga elektrik dibadannya dan boleh menyalakan sebiji mentol dulu, tak silap saya di pusat perubatan Cakra Alam.

Kedua, adakah gadis itu benar-benar dilarikan atau dihilangkan oleh makhluk halus? Apakah gadis ini tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain? Dimaklumkan gadis ini boleh memandu kereta dan ada telefon bimbit.Disamping berubat secara tradisional, rasanya perlu juga gadis ini dibawa berjumpa pakar perubatan , terutamanya Pakar Psikiatri, kerana dalam ilmu perubatan moden pun ada masalah seperti disebut malingering ; ia merupakan sejenis penyakit dimana pesakit sengaja mereka-reka cerita atau buat-buat sakit. Anda boleh baca untuk mengetahui ciri-ciri penyakit ini disini, Klik

Kalaulah benar gadis ini mempunyai penyakit diatas( Malingering) , ubat-ubatan dari Group SSRI (Serotonin Selective Reuptake Inhibitor ) seperti setraline atau fluoxetin adalah boleh membantu atau jika keluarga pesakit ini tidak keberatan, bawalah anak gadis ini menjalani sesi kaunseling Psikoterapi untuk mengubah pola pemikiran gadis ini bahawa sebenarnya dia tidak sakit! Jenis psikoterapi yang boleh membantu ialah jenis CBT (Cognitive Behavioral Therapy).

Ketiga, cara perawatannya seperti mencurahkan cuka keatas garam (asid bertemu alkali pasti ada chemical reaction…) berasap-asap menusuk hidung pasti akan memukau penonton atau orang awam! ia seperti cerita-cerita seram yang pernah kita tonton sebelum ini.Agak-agaknya jin boleh mati ke kena cuka tu? Kalau nak lari, jin atau syaitan tu akan lari waktu mereka melaungkan azan tu lagi.

Lagi mengejutkan saya bila saya lihat banyak garam (agak-agak berapa kilogram garam telah habis ye?) digunakan sehingga diletakkan keatas dahan-dahan pokok kayu! Hebat hebat…. Perlu ke semua tu jika kita dah bersandar pada ayat Al-Quran , tawakkal atau yakin sepenuhnya kepada Allah swt ?

Maafkan Saya kerana melihat siri Ilmu Alam Ghaib ini dari sisi yang berbeza.Bukan niat saya untuk menidakkan perubatan islam atau saya tidak mempercayai adanya alam ghaib dan makhluk halus seperti jin dan syaitan.Tetapi apa yang saya persoalkan , apakah objektif siri ini sebenarnya? Apakah kita digalakkan untuk belajar subjek ilmu alam ghaib ini melalui siri tv saja? Bolehkah kita belajar dan mengamalkan ilmu atau ayat-ayat Al-Quran itu tanpa kita berguru secara lansung dengan guru sebenar? Saya bimbang siri-siri sebegini boleh mempengaruhi penonton lalu menimbulkan minat mereka untuk mempelajari ilmu alam ghaib ini melebihi minat mereka untuk belajar ilmu Tauhid dan Feqah.

Natijahnya boleh kita baca di akhbar-akhbar seperti kisah ibu ditetak anak sehingga mati dan sebagainya.Memang tidak dinafikan pemuda tersebut juga positif dadah jenis ganja dalam air kencingnya sewaktu kejadian, tetapi pengaruh ilmu mistik yang diminati dan dipelajarinya juga turut menjadi faktor yang menyumbang kepada kejadian ini. Anda boleh baca di bawah :

Dakwa Jelmaan Saka : Klik

Anak Tetak Ibu Hingga Mati : Klik


Memang tidak dapat dinafikan juga, sejak kerapkali masuk rancangan tv , rezeki perawat tersebut semakin bertambah. Keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai ustaz sekolah rendah adalah betul.

Tidak terkecuali juga , dalam setiap apa usaha yang kita buat itu , pasti ada juga benda-benda yang tak sedap didengar. Diharap kepada setiap perawat, hendaklah menerima segala kritikan dan tohmahan dengan hati yang terbuka dan kalau boleh selesaikan segala isu yang berbangkit dengan cara yang berhikmah, bukan dengan cara ingin menegakkan benang basah atau masuk bakul angkat sendiri kerana mungkin secara tidak sedar jin atau syaitan yang berada dalam tubuh pesakit yang anda ubati itu pula akan menghasut perawat-perawat islam lalu menyemarakkan lagi api permusuhan sesama saudara seagama dan menyuburkan sifat-sifat mazmumah dalam diri perawat.Ini amat bahaya.

Serangan dan usikan sebegini bukanlah perkara baru, ia sudah dianggap sebagai asam-garam dalam dunia perubatan islam.Contohnya :

Hantu Raya Berkepak : Klik

Ustaz Sharhan Merapu Lagi : Klik

Sebagai seorang sahabat sesama islam , saya pun tumpang gembira dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang, namun saya ingin menasihati dirinya agar berhati-hatilah dalam setiap langkah di dunia perubatan yang bersangkut paut dengan alam ghaib ini, berwaspadalah dengan setiap rezeki yang Allah swt berikan, mungkin itu semua ujian dariNya.Cuma satu permintaan saya, berkaitan dengan pusat rawatan yang dibuka dikampungnya itu, usahlah meletakkan caj yang terlalu tinggi kerana kebanyakan orang kampung adalah dari golongan yang kurang berada. Ambil contoh Pusat Perubatan Darul Syifa Dato’ Dr Harun Din tu, letakkan kotak disitu saja , pesakit akan bagi seikhlas hati mereka ke dalam tabung itu. Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui tentang apa yang kita buat secara zahir atau yang tersembunyi!

Kepada semua peminat ilmu untuk menghalangi diri dari serangan makhluk halus atau berkaitan ilmu alam ghaib , anda semua hendaklah belajar secara berguru, bukan melalui buku-buku, siri-siri tv, internet dan sebagainya. Juga jangan lari dari landasan ilmu yang digariskan dalam Al-quran dan Sunnah , jangan mereka-reka atau mencipta ilmu baru selain dari apa yang Nabi saw ajarkan.

Semoga keberkatan terus berkekalan buat semua Perawat Perubatan Islam sebenar yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah!

* [ Artikel ke- 207 Sangtawal Sakranta ].



21 comments:

mded said...

wah.. link darulsaka pun ada kat sini.. syabas!

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Menurut riwayatnya Rasullullah s.a.w pernah mengarahkan Saifullah Khalid Al Walid menebas segala berhala2 di Mekah..sehinggalah tak de 'sekor' pun yang selamat...

Sampai satu ketika apabila Khalid melaporkan bahawa semua berhala telah ditebas, Rasullah s.a.w mengatakan ada sekor lagi hat betina berkepala ular masih ada bersembunyi, lalu Khalid repeat balik cari sampai jumpa...rupanya menyorok dibelakang runtuhan BERHALA PALING BESAR...dan jumpa tang tu juga kena libas ngan pedang Khalid.

Takde dah lepas tu depa nak bangga dengan kemegahan mistik bila TAUHID sudah menebal dijiwa...


Tok Bomoh WAHABI "bawah tapak kaki kiri den" kato Tok Belagak...

Hulubalang Kalathana said...

Salam Sahabat.

Kalau nak berubat tu biar selidik dulu, jangan nanti bak bidalan..lebih kuah dari nasi jadi nye.

Hamba pernah melihat orang tua2 berubat tapi tak la sampai mencekik pesakit yang kerasukan pun. Sekadar beri air sebagai peyejuk dan mohon dari Allah agar di pulihkan dan dijauhkan mara bahaya dan musibah pada sisakit. Begitu jugak tak akan dituduh sebab apa sakit tu katanya asal pulih dah jangan ditanya kerana akan mendatangkan fitnah nanti. Tapi kelihatan sekarang cara pengubatan apabila dikomersilkan mendatangkan bahaya pula pada yang ramai adanya.

Anonymous said...

salam buat sekalian saudaraku.

apakah perlu kita masih lagi bermain-main dengan makhluk halus?(jin,syaitan,jembalang dan segala yang seangkatan dengannya)

juga yang namanya besi kuning,
batu delima,keris pusaka,buntat(yang ada sakanya..kata org),tempat angker...

apakah juga kita perlu bermain-main dengan bomoh,dukun,pawang dan juga segala yang seangkatan dengannya??...

allah telah menjadikan 'adam' cantik dan sempurna serta "diupgrade" dengan segala macam kelebihan akal,ilmu dsbnya
melebihi semua makhluk yang ada,hatta sehingga golongan malaikat itu sendiri disuruh sujud pada adam(huraiannya yang sangat panjang dan mendalam disini..)

persoalannya,siapa suruh kita "downgrade" 'diri' yang tersangat cantik dan mulia ciptaan allah ini?

sangbogoroyo said...

http://poktehenggong.blogspot.com/

zarillazamani said...

hehe x dak dah
polis dah jumpa budak tu,naik bas g umah kawan dia kat n9
mana dia jin berbulu
mana dia jin berkepak
mana dia jin gunung jerai
mana dia batu dari alam jin
hehe
insya allah
besok di akhirat jin tu pulak akan dakwa dan tempelak ustaz cari makan tu kerana fitnahnya

haly said...

salam,
ye, tak sangka sangtawal baca blog darul saka.

Anonymous said...

salam aidil adha..

jangan dilihat sebelah mata
kelak binasa jiwa & raga
bagus juga ada yg jadi mata2
dalam menjaga akidah sesama kita


terima kasih atas peringatan ini

kering said...

Salam Aidil Adha..
Segala penyakit dtg dari Allah dan segala penawar ada pada Allah..
Mintalah pdnya dan beramallah dgn mendekatkan diri kpdnya..
Hikmah dtgnya penyakit adalah supaya manusia mendekatkan diri dgn Allah bkn menjauhkan diri darinya..
Jika berbomoh itu menyebabkan taksub,maka kebatilan telah menjengah anda..Allah sahaja tempat kita berlindung dan meminta pertolongan..Berapa ramai yg menghafal Surah Al-Fatihah ttp gagal pula melaksanakan ayat "Iyyakanakbudu waiyya kansta'in" yg terkandung didalamnya..
Namun Ilmu Allah itu maha luas dan maha meliputi..Dan pentafsiran nya bergantung pd tahap makrifah anda dgn kefahaman anda terhadap agama ..Tegakkan dahulu Syariat Allah,nescaya Allah akan membantu kita menghadapi musuh2nya..
Sy pernah sakit dan sy sendiri yg merawatnya setelah diajarkan Zikrullah oleh Guru Tafsir Al-Quran sy..Bc lah oleh mu akan Al-Quran,krn ia adalah petunjuk2 yg nyata..

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

Terima kasih atas komen dan perkongsian ilmu disini.

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Qurban kepada semua pengunjung blog ini, maaf kalau tersilap kata terkasar bahasa dalam artikel-artikel saya yang tersiar di blog ini.

Ya, Al-Quran itu juga penawar dan penyembuh bagi penyakit fizikal dan rohani.marilah kita beramal dengannya selalu.

mded dan haly,
membuat link ke blog darul saka tak semestinya saya membaca keseluruhan blog itu atau bersetuju sepenuhnya dengan apa yang ditulis! :)
saya ambil contoh perawat perubatan lain yang cuba mengusik ustaz sharhan at-tobibi ni je...

Soul Reaper said...

terus terang aku cakap ustaz sharhan n da geng tu semua merapu je.
anak murid salim bali al wahabi tu poyo je lebih.
dalam tv gempak je.
ada ke patut pokok pun bagi garam.
atuk aku bomoh gak.
xpenah wat benda2 pelik tu.
last2 kantoi budak pompuan giler tu psiko je. masalah budak2 remaja biasala.
sekarang sape yg malu.
kalo dia sorang xpe gak.
ini melibatkan nama semua perawat islam.

Anonymous said...

salam,
terima kasih kerana "mengutarakan"
tajuk ini
memang terlampau ramai sangat PAKAR kat negara kita.........
tk
dincincai

doncin cai said...

salam
kebetulan isteri saya ingin tahu sangat kenapa saya selalu membaca tulisan tuan.........
saya cuma minta beliau luangkan 10 minit untuk membaca tajuk ini dan membaca komen2 yang di hantar oleh pembaca lain.....
we must think from holistic angle...
he.he.he.he

Anonymous said...

salam sahbat.

'PESSAD' - persatuan seni silat alam diri..
aku kenali dia melalui dia.

Anonymous said...

assalamualaikum sang tawal..
abgreds berpendapat semakin kurang motivasi diri untuk mencari dan menuntut ilmu yang hak menyebabkan khalayak semakin kekurangan info dan maklumat.
lantas mereka menerima dan mudah percaya dengan apa yang disajikan di depan mata tanpa terfikir untuk menganalisis dari sudut berbeza.
moga peringatan tuan tawal dapat 'dikesan' oleh mereka (dan kita semua)dan memberi sedikit imbangan terhadap pendirian mereka...

Anonymous said...

shar han ni mamat dari mana

arjuna said...

inilah zaman Fitnah.

sangat gusar kiranya sesuatu itu berlaku tujuannya utk Fitnah kerana Fitnah itu lebih dahsyat dr membunuh. sudahnya apakah hukum yg perlu dijatuh kpd pengamalnya? bunuh?

key word: false flag.

Anonymous said...

Allah ajar kita penyakit2 yg dtg kpd kita melalui 3jalan.1.Krn dosa2 kita,dgn didtgkan sakit ini utk menghapuskn dosa2 kita.2.Krn peningkatan maqam spt didtgkn sakit pada Syaidina Ayyub A.S.3.Krn kemurkaan Allah sppt didtgkn sakit kpd Namrud Laknatullah.Org Mukmin dia check dgn Allah dulu(Istikharah)baru check dgn doktor...hanya org2 yg dungu sj sibuk dgn jin.Muallim1

Anonymous said...

Salam Sang Tawal.

Bab ni TMP 1100 % bersama jangan kuatir.

Kisah yang telah disebut oleh TMP diatas tu adalah terjadinya dalam kisah Fathu Makkah.

Lihat segala barhala puak musyrikun Makkah di hancurkan oleh Panglima Khalid Al Walid.

Sekor hantu pun x berani kacau kaum muslimin masa tu...ada yang kena rasuk? Ada yang jadi besar kerandut?

Kalu ada sure Khalid kena dulu....

Cuma yang jadi skrang ni akibat ilmu sihir..ilmu sihir dah ada lama dah..buat aniaya orang yang depa x puas hati...itu je...

Kita selama ini ditakut-takutkan dan menjadi kepercayaan kita sampai menjadi takut kat semua berhala sembahan kafir yang memang langsung satu hapah pun x memberi manafaat mahupun mudhorat.

http://www.youtube.com/watch?v=MWu71K04bxg&feature=related

wasslam.

TMP

Anonymous said...

Sia ada satu soalan cepu emas ... Terjumpa satu site ini, adakah benar site ini ada kaitan dengan subjek di atas, sangat curious dengan site ini ... http://www.alamghaib.com/Qadam.php

Anonymous said...

Allah dah ingatkan tentang syaitan yg menyesatkan manusia itu terdiri dr syaitan jin dan syaitan manusia , lebih manafaat jika dicitekan syaitan manusia yg menyesatkan manusia lain....