Wednesday, October 06, 2010

Titah Raja ; Melayu Dan Islam Adalah Dua Ramuan Sakti !



Tajuk : Titah Raja ; Melayu Dan Islam Adalah Dua Ramuan Sakti !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat…”
itulah antara titah Raja Dr Nazrin dalam Youtube dibawah: [ perhatikan pada minit yang ke 0.15 ].



Dengar baik-baik Titah Raja diatas pada minit ke 6.15 … “Barang simpanan Allah ; melayu islam di bumi ini…” itu adalah kata – kata seorang Raja yang menjaga amanah, terkeluar tanpa sengaja dari mulut baginda!

Bagi mereka yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan “Barang Simpanan Allah” ini sudah pasti akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja mereka yang menjaga amanah dan kesucian agama islam.

Raja-Raja Melayu tahu “Ramuan Sakti” itu adalah satu amanah Allah yang wajib dipertahankan sejak turun temurun lagi. Cuba perhatikan pada minit yang ke- 7.27… ia berkaitan dengan amanah yang perlu dipikul oleh seorang raja dan keturunanannya… … seperti titah Baginda :

“ bahawa yang perlu dipertahankan itu… bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang raja.. tetapi kerajaan baginda kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah Negara … tanpa Negara apalah ertinya suatu bangsa…”

Barang yang disimpan sudah pasti akan digunakan bila tiba waktunya.

Pemegang amanah “Barang Simpanan” melalui auliya’ Allah sejak zaman berzaman sudah tahu bila masanya “Barang Simpanan” itu akan dikeluarkan dan digunakan!

Dajjal dan hamba iblis juga sudah tahu dari zaman berzaman “barang Simpanan” itu ada tersimpan di bumi Semenanjung Emas ini. Itu sebabnya awal-awal lagi Negara Singa di selatan tanah air kita telah dijadikan tapak utama mereka memantau kebangkitan “Barang Simpanan” itu.

Bila Raja semakin berilmu dan memahami islam, bila Raja semakin takutkan Allah, manusia akan takut padanya, bila Raja tidak memandang dunia, dunia akan mengejarnya… dan bila Raja bertemu Daulatnya yang sebenar … maka tunggulah saat kebangkitan “Barang Simpanan” di bawah naungan kerajaannya.




Akhir sekali , marilah kita renung kembali wasiat Raja-Raja Melayu demi memastikan “Barang simpanan Allah di bumi ini” kekal.




*[Artikel ke -202 Sangtawal Sakranta.]

17 comments:

Anonymous said...

Bagaimana khalifah nak terbagun kalau mempertahankan kesultanan????

BANI TAMIM said...

Salam

Benar Saudara Sangtawal.
Simpanan itu akan tersimpan dengan kemas tanpa akan dapat di curi dan diketahui oleh sesiapa pun. Sesungguhnya apabila tiba masanya akan ALLAH keluarkan AMANAH ini buat di bahagi kepada kesemua Umat Muhammad akhir zaman bersama dengan MOHOR DAULAH PEMIMPIN TERPILIH itu. Maka sabarlah dan berdoa akan nikmat Allah pada Umat Bani Tamim pembawa PANJI PANJI HITAM nanti.
Walau pun dalam kepayahan dan belbagai cobaan terpaksa ditanggung oleh pihak ini. Mereka akan terus melaksanakan AMANAH ini tanpa bantuan dan di ketahui ramai. Kerana AMANAH ini telah meniti dan mengalir dalam darah keturunan ini zaman berzaman.
Mereka ini memegang AMANAH FISABILLILLAH.

LAILLAHAAILLALLAH HUU MUHAMMADAR RASULULLAH HI FIKULILAMHATIN WANAFASIN ADADAMAWASIAAHUUILMULLAH

Jazakallah

Mr. K said...

sultan sebagai khalifah

apabila sampai masanya akan menyerahkan amanahnya untuk tugas terakhir.

Anonymous said...

brg simpanan yg tersimpan seperti kisah dlm surah al kahfi..


sisa.mim

Jebat Jr... said...

Di garhayu Tuanku....

Tapi aku kurang setuju sikit dengan ulasan seorang Raja yg sebegitu.Tak salah aku bersifat Jebat kerana aku pun dalam Daulah yang sama juga.

Bercakap politik kena faham hararki politik bukan ikut2an saje.Politik banyak jenis ada politik tinggi,ada politik rendah dan ada politik tersembunyi.

Kalau Raja tak faham politik begini baik jangan mencemar duli.Aku dah lihat sendiri politik kita dalam dewan gaduh bagai nak rak tapi makan mee goreng sepiring diluar DEWAN,makan durian sepangsa,makan dan minum sambil gelak ketawa....apa maknanya tu!??? cuba jawab...

Lagi satu mustahil berdiri daulah khilafah jika yang di bangunkan demokrasi bukan teokrasi.Bagaimana nak bawa keluar “Barang simpanan Allah " sedangkan kerajaan tuanku dan seluruh kesultanan melayu masih senang dan gemar hati dengan sistem sekarang ni...maka laluan itu sirna dan tertutup lagi...

mari kita ujar dan fikir serta gerakkan.

Salam Tuanku ....patik memang berdarah Jebat .Ampun Tuanku.!!

FaizalAzri said...

izinkan saya menjawab soalan "bagaimana khilafah henak bangun kalau tegakkan kesultanan?"

pertama harus paham mengenai perbezaan khilafah dan khalifah.

KHILAFAH adalah istilah bagi SISTEM PEMERINTAHAN dan DAULAH ISLAMIYAH.

manakala

KHALIFAH adalah istilah PEMIMPIN bagi DAULAH ISLAMIYAH/KHILAFAH dan ada beberapa juga istilah lain yang digunakan seperti Imam , Amirul Mukminin ataupun Sultan.

maka jawapannya :
pekara tadi masih tidak bercanggah tetang terbinanya kesultanan ataupun khilafah.

kerana dua-dua saling memerlukan.

KHILAFAH memerlukan SULTAN/IMAM/AMIRUL MUKMININ untuk melaksanakan UNDANG-UNDANG ISLAM. dan SULTAN/IMAM/AMIRUL MUKMININ memerlukan DAULAH ISLAM/KHILAFAH untuk mentakbir Negara/Daulah.

harap dpt membantu.

Anonymous said...

adik mahadaya,amik ni seposen..
pi main jauh-jauh.

jadi wong men apik..ojo kayo wong edan wae.

'raja dan sultan melayu' benteng peneguh terakhir umat muhammad sebelum tibanya kedatangan kekasih allah yang dinanti-nanti..."imam al-mahadi".
insyaallah.

hafszach said...

Islam dan iman itulah yang ramuan sakti yang diredhai Allah dan Rasulullah...!!!

Bongok Melayu tiada maknanya dalam dunia ini kalau tiada beriman dengan Allah..

Neraka jua tempat yg sebaik2nya utk melayu yg menentang serta mempersenda2kan hukum Allah..

Anonymous said...

hafszach...sesama manusia..insan disuruh berpesan-pesan pada 'hak' dan 'sabar'...
tak perlulah nak menentu hukuman neraka atau bukan.
urusan allah jganlah lu sebuk beb!

Anonymous said...

Raja nazrin....jiran sebelah rmh dgn Fremasons Ipoh...

Anonymous said...

Jiran depan rumah wa..Hindu tangan 8.

Jiran sebelah kanan rumah wa ada yang Budha Naga

Kiri pulak..Hindu pekat.

Ada laa beberapa biji pelam madu wa dah kasik kat diaworang

Kalau ada jiran wa yang freemason.. wa tak kisah.. wa akan kasik jugak mee goreng sepinggan atau pelam madu 2,3 bijik.


Wa Tembak Ajerr

Anonymous said...

Bravo bro,October 9, 2010 8:50 AM.
wa salute sama lu..
Psycho kene kuat bro..
baru masyuuk..
Belum masanya kita perlu berkeras,walaupun itu 'barang' kita sudah ada,
wa repeat..itu 'barang'kita sudah ada.

"Pandang-pandanglah kedalam,kenal rasa dan jiwa..yang diluar tu,biar-biarkanlah"
Adios.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

terima kasih atas komen-komen kalian yang berguna di atas.

wassalam.

Tamingsariblog said...

Anda boleh menafikan seberapa banyak sebab pun...

tapi ingatlah Allah sebaik baik perencana

Allah lah sebaik baik pembalas tipu helas

urusan tuhan janganlah kita berbalah... bila tiba masanya bangkitla dia

maka itulah sinonimnya islam dengan dua bangsa...Arab dan Melayu

Arab sudah lama diganyang dan terus dileka leka.
Melayu... adakah dibiarkan tanpa sebarang perencanaan?

Rencana Allah akan tetap berjalan walaupun dengan jalan yang paling pelik dan tidak disangka.

FaizalAzri said...

^^

Anonymous said...

hairan ye ? sultan , raja tunggak agama Islam ? sedangkan bila ada majlis keputeraan .Arak , perempuan dan hiburan yang melalaikan tidak pernah dilarang ?. bagaimana org macamnie dilantik untuk memegang amanah Allah . perintah Allah sendiri dilanggar ? Ingat kita semua akan ditanya di akhirat ...... siapa pemimpin kamu (yg dipilih) . Apakah yg akan kita jawap ? mana lebih penting air mata pemimpin yg menangis untuk meminta simpati atau rakyat miskin yg menangis kerana kesempitan rezeki / ditindas ? FIKIR - FIKIRKAN ......

Anonymous said...

Salam semua,

kepada Anon October 28, 2010 11:06 PM

Siapa yang anda maksudkan..? Kalau lah Raja Nazrin Shah ini bukan dari golongan yang anda maksudkan..

Kalau lah air mata Raja ini ikhlas kerana ALLAH..

APA KO NAK JAWAB????