Friday, October 15, 2010

Perisik Islam Dalam Agama Lain



Tajuk : Perisik Islam Dalam Agama Lain.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Kali ini saya tulis artikel ini dengan ayat dan bahasa yang lebih ringan supaya anda semua membacanya dengan santai tetapi mampu berfikir secara tenang dan mendalam!

Selalunya yang kita dengar adalah cerita-cerita tentang kehebatan dan kelicikan pergerakan ejen-ejen CIA, Mossad, FBI, Illuminati dan Freemason yang kerjanya menjayakan setiap misi atau perancangan mengikut arahan dan telunjuk Iblis serta Dajjal. Kita juga sudah selalu dengar cerita pembongkaran teori-teori konspirasi The Hidden Hand .Tapi kali ini saya putarkan 360 darjah perhatian anda untuk berfikir sekejap; Hanya puak bukan islam atau musuh-musuh islam itu sahaja kah yang selalu membuat perancangan-perancangan licik untuk menghapuskan dan memecahbelahkan umat islam???

Tidakkah terfikir kepada kita yang golongan super-elit dan elit islam dari hiraki Rasul, Nabi, wali Allah dan para mujahidin islam berdiam diri begitu saja! Apakah mereka duduk diam sambil berpeluk tubuh melihat airmata, darah dan kesengsaraan ummat yang diratah dengan kejam oleh musuh-musuh Allah swt dan apakah mereka tidak tahu atau menghafal hadis-hadis Nabi saw tentang hal-hal atau bencana akhir zaman! Apakah wali-wali Allah itu duduk diam memerhatikan dari jauh melalui pandangan mata batin mereka apa yang telah, sedang dan akan berlaku di sekeliling mereka? Tidak saudaraku! , tidak sekali-kali, kerana sekiranya mereka berpeluk tubuh begitu , nescaya islam sudah lama hancur dan berkubur di muka bumi ini!

Misi nenek moyang kita seperti Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan pendakwah islam yang lain ke Nusantara adalah membawa satu agenda dan misi yang besar untuk persiapan akhir zaman, malah kedatangan mereka seawal kerajaan Perlak-Pasai-Samudera - Aceh membawa misi dan risalah yang cukup besar, sangat bererti dan sulit!

Beberapa sahabat Nabi saw telah diutuskan nun jauh untuk berdakwah seperti hingga ke Asia dan Cina untuk tujuan dakwah islam, itu cerita yang selalu kita dengar, bagaimana pula cerita-cerita yang sangat sulit dan rahsia, yang hanya disimpan di dada-dada ulamak silam yang hanya sekali sekala dibukakan mereka dipondok-pondok atau ditempat – tempat yang tertentu saja?

Selain dari sahabat Nabi saw yang selalu tertulis dalam sejarah islam, apakah masih ada dikalangan sahabat Nabi saw yang menganut agama samawi lain yang membantu perjuangan Nabi secara senyap-senyap dan tersembunyi??? Kalau ada, siapakah mereka???

Sila baca dan renungkan firman Allah swt sperti berikut :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang nasaara(Nasrani) dan orang-orang sabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada ) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita” [ Surah Al-Baqarah : ayat 62 ]

“Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama.Diantaranya ada golongan yang (telah memeluk islam dan ) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar).Mereka membaca ayat-ayat Allah (al-quran) , pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). [ Surah Ali-Imran : ayat 113 ]

Contoh-contoh ayat diatas membuktikan memang ada mukmin-mukmin didalam agama samawi lain [ yahudi, nasrani, sabiin ( hindu-budha) ] , mereka bertemu hakikat Nabi Muhammad ( rujuk surah As-Syu’ara ayat 196 dan 197), lalu beriman padanya. Ada diantara pendeta-pendeta mereka yang beriman secara senyap-senyap, menyembunyikan keimanan mereka, mempraktikkan islam secara rahsia melalui wasilah guru-guru mereka!

Allah swt telahpun memberitahu kita tentang mereka ini dalam firmanNya :

“Dan sesungguhnya diantara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka , sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka.Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya” [ Surah Ali Imran : ayat 199 ]

Bagaimana pula kisah 2 orang yahudi yang pergi menemui Nabi saw lalu bertanyakan 9 soalan dan dijawab kesemuanya oleh Rasulullah saw.Mereka pun terus beriman dengan Rasulullah saw! Habis setakat itu sajakah cerita 2 orang yahudi ini saudara? Kemana mereka selepas itu? Apa tugas mereka selepas itu? Cuba fikirkan! Apakah Rasulullah saw yang diakui mempunyai kecerdasan spiritual yang begitu tinggi itu akan melepaskan mereka pergi begitu saja kembali kepangkuan kaum mereka tanpa apa-apa pesan atau misi?

Sebenarnya Nabi saw adalah sebaik-baik perancang dan penyusun strategi dakwah yang hebat!

Mari kita baca sedikit catatan mengenai kisah diatas yang dicatat dalam Hadis- musnad Imam Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’I, hadis dari Safwan bin Isan maksudnya:

“Seorang Yahudi berkata kepada kawannya; marilah kita pergi menemui Nabi ini.Maka kedua-dua orang yahudi itupun menemui Nabi saw lalu bertanyakan mengenai 9 tanda-tanda yang jelas.Maka Nabi saw pun menyebutkan hadis itu (mengenai 9 tanda yang jelas)…Maka kedua-dua yahudi itu pun mencium tangan dan kaki Nabi saw dan kedua-duanya mengucapkan : Kami naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Nabi Allah [ rujuk hadis ini dalam tesis bertajuk : Syaikh Di dalam Thariqah- Prof. Madya Jahid bin Sidek, m/s 316 ]

Nabi Muhammad saw sebenarnya sudahpun mempunyai jentera-jentera para sahabat yang bergerak dan bekerja secara sulit.Tugas mereka adalah bertindak untuk mematahkan kekuatan musuh-musuh islam. Mereka menyelinap masuk kedalam gerombolan musuh tanpa disedari, seterusnya dengan licik membunuh ketua-ketua mereka atau orang-orang penting dalam organisasi musuh. Tugas-tugas sebegini biasanya dipikul olehAbu Dujanah, Muhammad bin Musalmah, Abdullah bin Unais, Syurahbil bin Hasanah, Tamim Ad-Dari, Abdullah bin Abi Baltaah, A’la Hadrami, Umar Umayyah Ad-Damri dan ramai lagi yang sejarahnya jelas tertulis.

Setiap dari mereka di atas mempunyai misi dan tugas mereka yang sulit dan tersendiri untuk memecahbelahkan kekuatan dan benteng pertahanan musuh lalu membantut dan melembabkan pergerakan musuh. Kisah kisah mereka ini boleh anda baca dalam Hayatus Sabahah-Hadrat Ji Maulana Yusuf Kandhalavi, Mawahibul Ladunniyyah-Al-Qastalani.

Berbalik kita pada tafsiran ayat 113 , Surah Ali-Imran diatas, cuba bandingkan pula mereka yang beriman tersebut dengan sesetengah ulamak kita[tidak semua ulamak begitu!] , yang nampak zahirnya alim, warak, zuhud tetapi amat liat untuk melepaskan jawatan bila berkuasa walaupun sudah nyanyuk, mengeluarkan fatwa-fatwa merapu demi meraih undi, sibuk dengan urusan duniawi memancing undi siang dan malam, masa untuk mengajar ilmu yang haq dan tazkirah islam yang murni kepada mereka yang dahagakan ilmu islam dan tunjuk ajar ditukar kepada ceramah politik, kafir mengkafir sesama islam, meniupkan api permusuhan sesama islam, terlalu leka menyusun strategi untuk terus berkuasa di tampok kuasa dan mengisi tembolok harta bagi diri, keluarga dan kroni-kroni, mengajar dan menggalakkan orang islam mendoakan kehancuran dan pecah perut saudara sesama islam tetapi dalam masa yang sama cukup bertoleransi, lemah lembut dan baik sekali dengan teman-teman kafir seperjuangan! Apa ini semua saudara??? Tepuk dahi tanyalah hati, apa sudah jadi?

Maafkan saya jika tulisan di perenggan atas jadi meleret-leret, rasanya cukuplah dulu , nanti orang politik marahkan saya pula. Apapun, saya terpaksa tegur juga orang politik ni, contohnya saya sangat setuju dengan saranan penulis blog ini kepada PM kita , [KLIK ]

Ya, bagaimana dengan nasib sekolah agama dan sekolah sekolah pondok wahai pemimpin melayu islam??? Mengapa anda semua tidak membelanya seperti anda membela SRJK-SRJK lain? Ini tugas anda dan anda sebagai wakil kepada suara dan hasrat rakyat mesti bekerja untuk rakyat! Amanah besar ini akan disoal oleh Rabbul Jalil di akhirat nanti! Anda semua jawablah sendiri! Semoga pembentangan Bajet 2011 petang ini akan membawa sedikit kegembiraan dan rahmat kepada kakitangan awam yang banyak berjasa dan kepada semua institusi dan jentera yang berjuang untuk meninggikan syiar islam di Malaysia ini! Bukan bajet yang menambahkan jumlah gereja ,tokong-tokong, kuil-kuil agama lain yang akan menambahkan lagi laknat Allah kepada para pemimpin yang mengaku dirinya islam dan ingat, natijahnya juga nanti akan terpias kepada rakyat jelata juga!

Kembali kita kepada tajuk asal, ya… gerakan risikan dan dakwah ini masih berjalan hingga kini.Masih ingat artikel lama saya bertajuk : Isu Kalimah Allah : Pencetus Kebangkitan Ahli Sufi? [ KLIK]

Masih ingatkah anda bagaimana Abu Yazid Al-Bustami menjawab 50 soalan Ketua Paderi Kristian dan menjawab soalan apakah kunci syurga dan langit?

Dengan jawapan dan ilmu yang mantap mereka pun terus beriman kepada Allah swt melalui Abu Yazid.Setakat itu sajakah cerita itu saudara? Apa yang terjadi seterusnya kepada Ketua Paderi dan paderi-paderi lain yang dalam satu catatan lain mengatakan mereka semua seramai 500 orang telah mencampakkan rantai salib mereka ke laut! Mereka telah menukarkan Gereja mereka menjadi Masjid! Selepas itu cerita berkenaan mereka senyap begitu saja! Apakah mereka (bekas paderi-paderi) itu , yang telah berbai’ah dengan Abu Yazid dan mengambil jalan kesufian dengan Grandsheikh Sufi Agung itu terus tinggal menetap dan beribadat di masjid bekas gereja itu hingga ke akhir hayat mereka? Tentunya tidak saudaraku!

Firman Allah swt berikut boleh menjadi renungan kita bersama :

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
[ Surah Al-Hajj : ayat 40 ]

Apa yang penting sekali yang ingin saya sampaikan disini ialah kita bangsa melayu-islam sudah ada Program khusus yang dibawa dan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita iaitu “mempersiapkan diri untuk bangkit di akhir zaman”.

Mengapa kita membiarkan diri ‘terleka’ dengan subjek-subjek sampingan lain sehingga melupakan subjek-subjek teras dalam program asal yang telah dirintih oleh wali-wali Allah dan Raja-Raja Melayu yang berdaulat sejak ribuan tahun dahulu lagi??? Apakah subjek teras itu saudara? Subjek teras itu ialah “bersatu, berilmu, beradat , beriman, diredhai, diberkati,beroleh keramat dan sakti”. Apakah subjek-subjek sampingan yang lain yang mengganggu perjalanan subjek teras ini saudara? Fikir-fikirkanlah sendiri! … antaranya ialah POLITIK yang memecahbelahkan ummat dan MEDIA MASSA serta IT yang boleh melekakan Ummat !

Perjalanan hidup kita menuju Allah dan untuk hidup bersama Allah , analoginya mudah saja, jika kita mahu menghubungi si A, kita mesti belajar dan tahu segala berkaitan dengan diri si A. Kita kenal dulu siapa si A , ataupun kita tanya dulu siapa si A melalui orang yang dah kenal si A, kita kena tahu nombor telefon si A, jika dah selalu dail nombor si A, kita mudah ingat nombor si A, lalu kita savekan nombor telefon si A atas satu nama ringkas, bila ingin menghubungi si A, kita tekan je nama ringkas si A yang kita savekan tadi, maka dengan sendirinya jadi speed dial, perhubungan kita dengan si A pun jadi mudah dan mesra , akhirnya kita amat gembira sekali bila si A pula yang selalu menghubungi kita! Kita pun senang meminta pertolongan si A bila kita ada masalah, kadang kadang si A menghulurkan bantuan tanpa kita pinta jika si A mula menyayangi diri kita! Lebih hebat lagi seperti dengan teknologi moden sekarang kita boleh berbual-bual dengan telefon bimbit melalui video dan bersua wajah dengan si A walaupun berada jauh beribu batu! Perbualan seperti ini sudah lama wali-wali Allah kuasai!

Menempuh jalan kerohanian dan melakukan latihan kerohanian adalah umpama kita menyusun nombor-nombor telefon tadi
, jika salah tekan atau salah atur nombor tadi, maka panggilan kita akan tersasar dan tidak sampai kepada si A, mungkin panggilan kita akan disahut setan! Jika sampai ke peringkat keadaan boleh nampak orang yang dipanggil, itu maknanya sudah sampai kepada peringkat rahsia dalam rahsia dan semua rahsia akan ditutup kepada orang awam selepas itu!

akhir sekali, marilah kita berdoa semoga beroleh kegembiraan seperti mereka yang dinyatakan di dalam Firman Allah swt , surah Al-Qiamah; ayat 22-23 seperti berikut:

"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.Kepada Tuhannya mereka melihat " [ Al-Qiamah :22-23 ]

Selamat membaca.Wassalam.


* [Artikel ke -204 Sangtawal Sakranta.]



27 comments:

Hulubalang Kalathana said...

Salam Sahabat
Dalam tiap kuasa besar @ kecil d dunia ini ada perisik yang berkerja dengan negara negara tertentu. Begitu juga negara kita ni ada perisik yang bekerja untuk kita berada di negara asing. Ini penting untuk keselamatan negara. Ini terbukti dalam Hikayat Awang Sulong Merah Muda yang mana akan kedepan lebih awal menghantar perisik sebagai pedagang kenegara yang hendak di serang untuk di takluki seawal 3 bulan sebelum negara itu di serang. Cuma tak di ketahui oleh orang awam yang lain.
Begitu juga dalam tiap Agama ada perisik untuk menjaga kesejahteraan anutan mereka. Kalau tidak anutan itu akan di perlekehkan dan hancur begitu saja kerana subversive yang akan menyamar dalam tiap agama.

Wasalam

jeep said...

salam. saya baru ikuti blog tuan. menarik. boleh tanya bagaimana dapatkan rahsia hakikat wajah yang nyatakan tu? telah lama ditilik-tilik tetap kelam. harap boleh kongsi

Orang Gombak said...

Salam saudara Sangtawal....

apa khabar saudara? agak lama juga sy tidak mampir disini utk meninggalkan barang sepatah dua kata...


em... menarik entri kali ini, namun sy terpanggil utk mendapatkan penjelasan drpd saudara sangtawal utk beberapa perakara...


1, saudara pernah baca kisah mengenai Panglima Umar Umayyah? jika ya, boleh ceritakan tak serba sedikit... sy berminat.

2, boleh jelaskan tak apa yang dimaksudkan dgn "wajah Allah tidak serupa wajah makhluk" spt yg dinyatakan oleh saudara dlm perenggan terakhir artikel ini...

bukankan iktikad AHSWJ adalah ALLAH wujud tiada bertempat, bersalah-salahan sifat ALLAH dgn makhluk, ALLAH bersifat Maha Kaya, dan Maha Kaya itu sentiasa ada, daripada ada kepada ada, mustahil tiada....

dan apabila dikatakan wajah ALLAH tak sama dgn makhluk, ia hampir menyamai iktikad wahabi musyabbihah dan seumpamanya, kerana menyatakan Sifat ALLAH sama dgn sifat makhluk walaupun tidak disamakan dari hakikatnya? bukankah apabila dikatakan wajah, maka ia sudah tergolong kepada perkara baru, daripada tiada kepada ada, dan ini bersalahan dgn sifat Maha Kaya...

mohon penjelasan, dan jika boleh, perhalusi akan ia dan perbetulkan jika terdapat kesilapan...


apapun, sy mohon maaf jika terkasar bahasa atau tersalah bicara... moga2 dengan pencerahan drpd saudara akan membuka ruang fikir yg lebih luas.... insyaAllah... :)


Salam buat saudara Sangtawal, semoga bahagia dunia & akhirat!

Anonymous said...

Berbalik kita pada tafsiran ayat 113 , Surah Ali-Imran diatas, cuba bandingkan pula mereka yang beriman tersebut dengan sesetengah ulamak kita[tidak semua ulamak begitu!] , yang nampak zahirnya alim, warak, zuhud tetapi amat liat untuk melepaskan jawatan bila berkuasa walaupun sudah nyanyuk, mengeluarkan fatwa-fatwa merapu demi meraih undi, sibuk dengan urusan duniawi memancing undi siang dan malam, masa untuk mengajar ilmu yang haq dan tazkirah islam yang murni kepada mereka yang dahagakan ilmu islam dan tunjuk ajar ditukar kepada ceramah politik, kafir mengkafir sesama islam, meniupkan api permusuhan sesama islam, terlalu leka menyusun strategi untuk terus berkuasa di tampok kuasa dan mengisi tembolok harta bagi diri, keluarga dan kroni-kroni, mengajar dan menggalakkan orang islam mendoakan kehancuran dan pecah perut saudara sesama islam tetapi dalam masa yang sama cukup bertoleransi, lemah lembut dan baik sekali dengan teman-teman kafir seperjuangan! Apa ini semua saudara??? Tepuk dahi tanyalah hati, apa sudah jadi? <<<<<<<<

Ini lah kerja kerja wali syaitan yang suka berkawan dengan syaitan,
suka bermusuhan dan kafir mengkafirkan sesama Islam dan merasakan diri nya setaraf dengan Allah swt apa bila mengatakan bahawa Allah swt samseng dan mencarut maka membolihkan dia mencarut dan berlagak samseng dan angkuh sombong juga dan mendoakan bala menimpa bagi sesama Islam dalam doa pecah perut hanya kerna tak dapat duit royalti sedangkan dia tahu apa yang berlaku adalah ketentuan Allah swt jua. Ini lah juga manusia yang mengatakan sifat 20 Allah swt adalah rekaan orang Greek dan Nabi Muhammad saw adalah budak kampung dan menghalalkan kalimah Allah untuk digunakan didalam bible dan bukan nya Injil yang sah. Penghinaan nya kepada Allah swt, Rasullullah saw dan Islam menyebabkan dia tidak layak di panggil ulamak, dia hanya layak di panggil wali syaitan kerna dia sesat dan menyesatkan. Kerja kerja nya dan dakwah dan daayah nya hanya kerna meraih undi orang orang bukan Islam dan mengikut nafsu politik. Pengikut pengikut nya pun tidak dapat membezakan bahawa parti PAS bukan lah agama Islam yang suci. Ianya hanya lah parti politik yakni pertubuhan siasah yang tidak merangkumi atau menegakkan cara cara peradaban Islam langsung. Wali syaitan tersebut haruslah bertaubat dan pulang kepangkal jalan kerna tiada langsung sifat sifat Rasullullah saw yang menjadi ikutan sunnah nya waima pengikut pengikut nya. Nabi Muhammad saw berdakwah bukan nya dengan cara memaki hamun atau menyebut celako celako celako malah Rasullullah berdakwah dengan hati yang ikhlas dan bersopan tanpa ada niat niat tertentu melainkan apa yang di suruh Allah dan bukan nya untuk mendapat undi untuk bekuasa. Sekian.

Wallahu alam.


Hamba Allah swt.

pancabaiduri said...

salam..
hakikat wajah Allah itu adalah rahsiaNya. bukanlah seperti apa yang manusia gambarkan.
hanya dianugerahkan kepada kekasihNya yang terpilih sahaja.

bukan kepada wali yg diiktirah oleh manusia
tetapi wali yg dipilihNya..

wasalam

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Hulubalang Kalathana,
terima kasih atas komen dan ilmu yang dikongsikan bersama.saya dah terima e-mail saudara.moga boleh ketemu suatu hari nanti.

Jeep,
Hakikat itu "tidak mudah" diperolehi, harap bersabar dan istiqamah dalam ilmu dan amal.

Orang Gombak,
terima kasih atas komen dan pertanyaan.Saya tidak tahu tentang kisah Umar Umayyah.InsyaAllah akan saya usahakan.
Tentang soalan ke-2 saudara diatas, sebenarnya bukan maksud saya begitu atau saya beriktikad dengan fahaman Wahabi dan rasanya masalah ini tidak sesuai dibincangkan secara terbuka di sini.saudara boleh e-mail saya di sangtawal@yahoo.com , kerana ia berkaitan dengan pengajian tasawuf peringkat tinggi.
Untuk mengelakkan kekeliruan dan pelbagai tafsiran, saya telahpun memadam semula ayat "wajah Allah tidak sama dengan wajah makhluk" dalam artikel diatas dan saya ganti dengan ayat Al-Quran diatas kerana maksud ayat itulah sebenarnya yang ingin saya sampaikan.Terima kasih atas pertanyaan saudara itu.

memang benar, jika kita beriktiqad Allah ada wajah tapi tidak serupa dengan makhluk, wajah yang layak dengan kebesaran dan keagungan Nya, maka kita telah beriktiqad seperti Ibnu Taimiyyah dan wahhabi, menyerupai i'tiqad kaum musyabihhah atau mujassimah...ASWJ tidak begitu akidahnya, bagi kita : wajah,yad,istiwa', jaa, makar, roma, byk lagi di kira KALAM MAJAZ(kiasan), bila kalam kiasan maka ayat-ayat yang mengandungi kalam kalam tersebut dikira ayat-ayat mutasyabihat(kesamaran), bila kesamaran ASWJ menerima 2 jalan pegangan iaitu :
1.Tafwidh, yakni serah kepada Allah makna Kalam dan kaifiat kalam(tak sama dengan jalan wahhabi dan ibnu Taimiyyah, mereka terima kalam serah kaifiat).
2.Takwil... iaitu palingkan makna kalam kepada ayat-ayat yang muhkam supaya selamat dari menyerupakan Allah dengan makhluk pada zihin.

anon@hamba Allah , 3.33am,
terima kasih atas komen dan pukulan! :)sangat setuju dengan tuan.

Pancabaiduri,
terima kasih atas komen dan ilmu.Hal ini amat sulit untuk dimengertikan oleh mereka yang baru dalam ilmu tasawuf.moga saudara faham akan maksud saya.

wassalam.

macai yg fakir said...

salam kekanda2 semua =)

saya org yg kotor. tapi ini tidak bermakna sy menjauhi Hero2 kita. saya syg semua pendekar ini.

sampaikan salam syg sy buat mereka. amat sgt berharap utk bersua pendekar2 ini.

sy tidak kisah walaupun menjadi macai mop lantai atau bancuh air. asalkan dapat bersama kekanda sekelian apatah lagi jika berpeluang bersama-sama hero2 yg tak didendang ni.

Anonymous said...

Salam Sangtawal

[anon@hamba Allah , 3.33am,
terima kasih atas komen dan pukulan! :)sangat setuju dengan tuan.]

Adakah cara ini merupakan cara WALI2 ALLAH???? dari pengamatan saya nampak mcm 2x5,5x2 jer!!!

Macam Paku dulang Paku serpih pun ada???

so apa komen Sangtawal???

Anonymous said...

menarik.

Anonymous said...

berkenaan wajah Allah tu, atau perkara yang sangat rahsia yang tak terjangkau oleh fikiran manusia elok tidak usah bincangkan dan memang tak boleh dibincangkan, nanti rosak akidah. k. penulis blog harus hati-hati, saya sentiasa memerhati blog ini.

Anonymous said...

Salam saudara Sangtawal...

Terima kasih kerana menerima komen dari saya dan terima kasih juga kerana telah memadamkan kenyataan wajah itu. Sama-samalah kita jauhi diri kita daripada iktikad wahabi dan sama2 lah kita memerangi mereka kerana sesungguhnya wahabi sangat licik dalam kerja2 terkutuk mereka. Mereka umpama musuh dalam selimut, duri dalam daging.

Berkenaan dgn kisah Panglima Umar Umayyah, jikalau saudara ada atau mengetahui kisahnya, minta saudara maklumkan kepada saya ya. Saudara boleh hubungi sy di http://bradokapak.blogspot.com/

Terima Kasih Saudara...

Wassalam.
-Orang Gombak

Anonymous said...

Salam kasih dan sayang buat pancabaiduri dan bros sekalian...
Pohon dihuraikan kiranya ilmu kenal hamba yang teramat cetek dan tohor ini.

"Melihat itu mata namaku..
Mendengar itu telinga namaku..
Berkata-kata itu lidah namaku..
Yaa Hayyum..Ya Qayyum..
Qidam..Baqa..
Tiada wujud sebenar-benar wujud melainkan aku..
Tiada mahu.. gerak.. urusan.. melainkan aku semata..
Aku meliputi sekalian alam..
Aku ingin dikenali kepada sesiapa yang ingin mengenal..
Zahir pada yang zahir..
Batin pada yang batin.."

Wassalam.

Anonymous said...

trtarik dgn subjek teras yg dikatakn oleh tuan punya teratak.."“bersatu, berilmu, beradat , beriman, diredhai, diberkati,beroleh keramat dan sakti”..sbg pengamal silat melayu,sgt mendalam maknanya bg sy..terima kasih..(^^,)

Anonymous said...

assalamualaikum wbt sangtawal..

pencerahan seperti ini amat baik untuk mengembalikan semangat jati diri melayu islam.

seharusnya ada usaha yang berskala lebih besar seumpama usaha sangtawal ini diperingkat nasional. adakah ini mungkin berlaku?

rasanya sukar. politik melayu hari ini cukup memualkan. masih tertumpu dalam soal survival sendiri dalam parti masing-masing.

agenda pembangunan insan dan kerohanian tidak termasuk dalam keutamaan. sedih..

apapun, analogi itu sukup simple dan boleh difahami bagi saya.

terima kasih atas artikel.
'Jangan Berduka Sahabat'

Anonymous said...

Salam
Saya amat seuju dengan KALAM MAJAZ(kiasan)

Istawa, kalau bagi fahaman Wahabi ialah bersemayam/bertempat tinggal yang layak bagi kebesaran dan keagungan ALLAH.

Kalau KALAM MAJAZ/kiasan,..Istawa adalah MENGUASAI

Imam MALEK pula mengambil jalan selamat iaitu menyerahkan maksud ayat "alal'arsyistawa" kepada ALLAH swt bagi kedua-duanya iaitu Kalam dan Kaifiat, (Tafwidh).

Kaifiatulawam
Jauharutawhid

Parti Cap Angin
& Pondok Mazhab Syafie Pakistan

Anonymous said...

babi mu.......

Anonymous said...

Seram I dengan Brader brader Wahabi nih. Ayat carut marut diaorang ni memang biasa kalau kita bukak blog-blog Wahabi.

Walau bagaimanapung, ada sesetengah geng Wahabi tu agak cool dan mudah berlapang dada setelah mereka di didik dalam sebuah jemaah top di benua Hind dan akhirnya mereka boleh menerima pakai pendapat orang lain.

Panglima Perang Cyber said...

salam sahabat.


bila roh dan jasad kita boleh berjumpa ?



salam maulid qutb segala qutb (qutbulaqtab)22 Oktober 2010 nanti


Allahumma Nazrah Madad....

tok sagor said...

Salam Sangtawal

[anon@hamba Allah , 3.33am,
terima kasih atas komen dan pukulan! :)sangat setuju dengan tuan.]


Terlepas dari maksud mencampuri konflik politik antara parti, dengan niat murni semata-mata demi amanatu 'l-balagh serta tanggungjawab dakwah dan tazkirah, kita menyeru seluruh umat dan rakyat agar berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, yang dalam hal ini pembuktiannya harus berdasarkan hukum syara`. Pembuktian yang tidak dilakukan secara syara` adalah tidak sah. Dalam kaitan ini seluruh rakyat yang menginsafi hakikat kesucian maruah dan ketinggian nilai kehormatan diri harus sedia memberikan sokongan dan dukungan kepada perjuangan suci mempertahankan maruah, kehormatan dan nama baik dari pencemaran fitnah. Sementara itu kita juga ingin mengingatkan bahawa dalam melaksanakan proses perundangan secara Islam, yang seharusnya dicari adalah kebenaran, keadilan dan keredhaan Tuhan, bukan loophole dalam teks undang-undang untuk dieksploitasi membela kezaliman.
Demi tanggungjawab membina umat dan masyarakat bermaruah yang saling hormat dan saling percaya, setiap warga harus memiliki keberanian bersikap, menolak budaya fasiq aib mengaib dan fitnah memfitnah. Masyarakat Islam bukan sebuah ladang fitnah, dan bukan juga sebuah pasar gosip. Al-Qur'an telah memberikan petunjuk jelas bagaimana menyikapi gejala fasiq seperti itu, iaitu dengan menolaknya secara jelas, tegas dan tanpa basa-basi, "… ini dusta yang nyata!" ,(...هذا إفك مبين)"…ini pembohongan besar!" .(هذا بهتان عظيم) Komitmen terhadap misi amar makruf nahi munkar menuntut setiap orang bertindak melawan gerakan penyebaran kebejatan (al-fahishah). Mereka yang terlibat dengan kegiatan jahat menabur fitnah dan menyebarkan berita bohong di kalangan umat seharusnya menyedari dan menginsafi amaran keras pembalasan Tuhan sebagaimana ditegaskan dalam kitab suci-Nya:

إنَ الذين جاءوبالإفك عصبة منكم لاتحسبوه شرًا لكم بل هو خيرلكم لكل امرئ منهم
مااكتسب من الإثم والذى تولَى كبره منهم له عذاب عظيم.


Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).
Al-Nur:11


إنَ الذين يحبّون أن تشيع الفاحشة فى الذين آمنوا لهم عذاب أليم فى الدنيا والأخرة والله يعلم
وأنتم لاتعلمون

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang sangat keji itu (berita bohong) tersiar di kalangan orang-orang yang Beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Nur:19

sama said...

salam
anon 20/10 3;06.....hang sapa
jaga adap bila bertandang tempat orang........kalau islam jaga maruah agama jangan lontar batu sembunyi tangan......kalau ada beza pendapat tulis kat sini bole la jugak cerah minda......

Anonymous said...

kaum wahhabi adalah jelmaan musuh dlm selimut yg dibentuk oleh British spt
jg Bahai,Qadyani utk memusnahkn Islam dr dlm.Abdullah bin Sabak adalah ejen yahudi dlm mem bentuk Syiah,maka Muhammad B Abd Wahhab adalah pilihan musuh utk menjatuhkn Uthmanniah,kitab2 IbnuTaymiyyah yg tidak pernah ditemui org,ditahqiq,dicetak baru,disebar serata dunia Islam utk batalkan Aqidah Sifat 20&digantikn dgn tauhid 3serangkai(rububiyyah,uluhiyyah,asma`&sifat)satu kaidah tauhid yg belum pernah didngri kecuali dr Ibnu Taymiyyah...satu kesilapan beliau dlm aqidah yg mana beliau telah diperbetulkn oleh Ibnu A`thoullah sahib Al-Hikam,beliau sendiri tobat dr aqidah 3serangkai itu(rujuk dlm Durarul Kaminah Ibnu Hajar Asqalani)yg mana kenyataan tobat ini sengaja digelapkn oleh kaum wahhabi demi membela aqidah palsu mrk-Muallim1




















i































a

Anonymous said...

sangtawal mesti menjadikn blog ini sbg blog ASWJamaah kbn guru sangtawal Al marhum Habib adalah ulama ASWJamaah,apa2 pandangan yg cenderung kpd kaum wahhabi mesti ditolak-Muallim1

Anonymous said...

Salam Saudara Sangtawal,
Yang juga didengari, Perisik Perisik dari Kumpulan Bani Tamin juga melangkah strategi bagi menegakkan hak kebenaran Allah swt dan rasulnya Nabi Muhammad saw. Saya berpendapat jika ini benar, langkahnya Kumpulan Risik ini jauh lebih hebat dibandingkan dengan gerakan umat bukan muhammad.
Soalanya adakah Bani Tamin ini sebenarnya orang melayu Tanah Melayu yang mempunyai salasilah dengan wali wali songo? Ada kaitan ke pemuda Bani Tamin dengan wali Allah swt - Tok Temong, Perak?

Salam,
Hamba Allah

Anonymous said...

buat abg anon October 26,
2010 3:14 AM

barang dah nyata lagi jelas,tuggu dan saksikan dengan sabar.

Anonymous said...

Salam semua..
Terima kasih sy ucapkan atas perkongsian ini..
Semoga ia dpt memberi manfaat pd kita semua..
Namun jika sy perhalusi hujjah2 saudara ada perkara2 yg sy perlu menilainya semula dari sisi pandangan Sy..
Sy melihat saudara agak mudah menasabkan golongan yg saudara katakan alim -ulama yg mendoakan itu dan ini kpd saudara sesama Islam sebagai nyanyuk dan sebagainya...
Sy rasa disitu yg tidak Berhemahnya saudara dlm menasabkan sesuatu pernyataan..
Maafkan sy jika sy tersilap ttp bagaimana pula halnya jika disisi Allah s.w.t jika saudara pula yg silap?
Sebaik-baiknya saudara elakkn pengucapan2 yg batil krn ilmu dan amal saudara tidak merestui pengucapan2 itu..
Pd sisi sy apa yg saudara ucapkan itu tidak lebih kpd ketidakfahaman saudara terhadap pandangan zahir yg diperlihatkan oleh agen2 media..
Telitikan siapakah media dan apakah peranan media dlm era sekular ini?
Saudara perlu melihat secara sejarahnya apakah bentuk pemerintahan negara kita?
Kita bernaung dibawah doktrin DEMOKRASI dan siapa yg membawanya menjadi anutan rakyat Malaysia dlm menentukan siapa menjadi penguasa negara kita..
Kita sudah dipisahkan dari sistem Khalifah setelah jatuhnya Empayar Islam Othmaniyah Turki..
Memang sistem demokrasi ditaja dan mind controlkan kpd kita supaya kita percaya hanya sisitem ini yg terbaik..
Apa yg terjadi kpd Umat Islam dari doktrin Demokrasi ini?
Perpecahan!!!
Jika saudara menasabkan Golongan ulama yg menyertai Politik sebagai tamakkan kuasa,liat,sombong,adakah wujud sifat Zuhud pd pihak yg 1 lg?
Sejauh mana mereka menegakkan ayat2 Allah dgn Amal Makruf Nahi Mungkar?
Mengapa golongan2 yg saudara singgung ini melakukan solat Hajat?Apa yg mendorong mereka melakukannya?
Setelah hak mereka dinafikan,setelah jln perundangan tidak dilayan maka apakah penyelesaiannya disisi saudara?Kembali kpd Allah dan mengadu kpdnya..
Mengapa kah penafian hak mereka itu tidak menyinggung saudara ttp solat hajat dan doa itu yg menyinggung saudara?
Inilah yg sy maksudkan ketidakfahaman..
Saudara menilai teks tetapi tidak mengkaji Subteks dan kronologi tindakan mereka..
Adakah mereka terus melakukan solat Hajat terlebih dahulu atau mereka cuba menyelesaikan isu hak mereka itu dgn saluran2 yg ada?
Maka usah kita mentakwil sesuatu yg kita rasa benar pd kita ttp menjadi batil disisi pihak lain..
Sy meraikan catatan2 suadara dan sy merasakan saudara benar2 mencintai kesatuan Ummah..
Sy harap sy tidak menyinggung saudara atas apa yg sy perkatakan td..
Maafkan sy ttp sy juga seperti saudara yg ingin melihat umat Islam bersatu,cuma disisi lain kita berbeda pandangan..
Namun sy meraikan perkongsian saudara dan teruskan usaha dakwah saudara dan sy amat menyokongnya,moga2 kita akan menemui titik pertemuan yg kita sama2 harapkan utk berjalan seiringan,Insya'Allah..
Sekali lg sy mohon maaf,niat sy hanya utk memurnikan dan menambahbaikkan usaha2 saudara..
Terima kasih sekali lg..
Salam Ukhwah...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya rasa kamu semua adalah orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan banyak membaca. Tahniah atas segala usaha dalam menyedarkan saya tentang banyak perkara. Ini kali pertama saya membaca halaman blog kamu. Apa yang saya terkilan adalah apabila kamu membicarakan hal politik. Walaupun kamu tidak menyebut nama, tapi orang yang kamu maksudkan adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Adakah kamu mengenali beliau dengan sebenarnya? Adakah kamu tahu sejarah beliau dahulu? Adakah kamu rapat dan melihat bagaimana kehidupan beliau sekarang? Adakah kamu tahu apa perjuangan beliau? Kalau kamu tak tahu, tak perlu lah kamu nak mengata beliau macam-macam yang mana maklumat hanya kamu peroleh melalui akhbar arus perdana. Saya rasa kamu tidak lain hanya manusia berilmu tetapi sering memesongkan orang lain. Saya teringat kepada Astora Jabat. Wassalam...

Unknown said...

Salam...boleh buat post baru x?berkisar tentang kisah umar umayyah..ramai yg masih x tau tentang kehebatan umar umayyah ni...sy pon ingat2 lupa:-)