Wednesday, April 15, 2009

Ekspedisi Jihad (4 ) - Penyebaran Dakwah islam Ke Sulu




Artikel Pilihan :


Tajuk : Penyebaran Dakwah Islam Ke Sulu.

Sumber : Klik Sini @ http://tausug-global.blogspot.com/2008/09/islam-di-sulu.html

artikel disiarkan pada Ahad, 2008 September 14.



Kedatangan Islam


ISLAM telah datang terlebih dahulu ke wilayah kepulauan Sulu berbanding pulau-pulau lain di Filipina, mungkin disebabkan kedudukannya yang tersorok antara Pulau Mindanao dan Borneo yang menjadi tempat laluan perdagangan atau juga disebabkan kepulauannya yang indah dan cantik. Pembawa ajaran Islam di Kepulauan Sulu adalah para ulamak yang kebanyakannya adalah orang-orang Arab di kalangan Ulamak Ahlul-Bait (Keturunan Rasulullah s.a.w) yang datang samada dari Makkah/Madinah atau dari Yaman.


Para pendakwah terdiri dari kalangan pengamal tasawwuf seperti juga pendakwah-pendakwah di seluruh Nusantara. Ulamak Sufi telah cepat diterima oleh para penduduk se-kitar Nusantara disebabkan sikap dan teknik dakwahnya lemah lembut panuh dengan kesantunan.


Islam & Tausug

Mengapa perlunya kita membicarakan kedatangan Islam ke Sulu terlebih dahulu? Apakah relevannya dan apakah kepentingannya terhadap masyarakat Tausug dan kepulauan Sulu? Hanya satu jawapan yang boleh diberi terhadap semua persoalan di atas. Tanpa Islam maka tiadalah apa-apanya orang-orang Moro itu. Tanpa pancaran nur (ajaran) Muhammad s.a.w yang menyinari hati-hati orang-orang Tausug itu maka tiadalah kegemilangan mereka itu tercatat dalam lipatan sejarah seperti yang kita ketahui hari ini.


Tiada sesiapa pun dari kalangan orang Tausug yang boleh menyangkal bahawa agama Islamlah yang menyebabkan mereka mulia, terbilang dan gemilang hinggakan selama beberapa kurun lamanya tidak dapat dikalahkan mahupun dijajah oleh musuh mereka hingga ke hari ini. Setakat setipis bawang pun iman mereka, tetap menyatakan mereka pertahankan negara dan bangsa mereka dari kuffar itu adalah disebabkan perintah Allah dan Rasul-Nya dan kiranya mereka mati kerananya maka syahidlah mereka. Tanyalah kepada mereka, sejahil-jahil mereka pun tetap memberi jawapan yang sama. Maka itulah kepentingan Islam pada mereka. Rahsia kekuatan mereka ialah Islam itu sendiri.



Islam telah datang kepada mereka dengan wasilah dari para Ahlul Bait Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Pada sesetengah keadaan kadang-kadang para Ahlul Bait datang berdakwah bersama barang dagangan, bukannya tujuan berdagang semata-mata. Walhal untuk menyampaikan risalah dakwah mengajak kepada Agama Allah s.w.t, hanyasanya berdagang untuk mengelak dari meminta-minta. Akhlak sufi menjadi pakaian mereka dengan pendekatan Mazhab Syafi'e yang sederhana telah menambat hati orang-orang Moro Sulu dan Mindanao menganut Islam.



Mereka keluar beramai-ramai dari agama Hindu-Buddha dan anutan Animisma mereka tanpa peperangan dan paksaan untuk menganut Islam, dengan sungguh-sungguh mempertahankannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah agama anutan orang-orang Moro Sulu dan juga Mindanao hingga hari ini. Para penjajah silih berganti ingin merampas negara mereka tetapi tidak berjaya sebab itu telah dibuat perancangan begitu rapi bagaimana memurtadkan mereka. Kerja-kerja memurtadkan mereka tidak berjaya hingga hari ini kerana dengan hanya memurtadkan mereka sahaja kerajaan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Maguindanao akan dapat dikuasai sepenuhnya oleh penjajah. Ini tidaklah berlaku dan ini diakui sendiri oleh para penjajah.


Peranan Ahlul Bait

Apabila kita memperkatakan tentang kedatangan Islam ke Selatan Filipina maka tidak akan sempurna kalau Ahlul Bait Rasulullah s.a.w ini tidak disebut terlebih dahulu. Kerana sistem Kesultanan Sulu dan Maguindanao bermula di tangan mereka walaupun mungkin bukanlah mereka (Ahlul-Bait) yang awal-awal membawa Islam ke Filipina Selatan itu. Kerana Dunia Islam lebih banyak menyebut tentang riwayat Ahlul Bait yang mengasas Kesultanan Sulu dan Maguindanao. Pengislaman secara meluas juga berlaku di tangan mereka di seluruh wilayah itu. Berikut adalah susunan kedatangan para ulamak ke Sulu termasuk para Ahlul Bait:


1. Tuan Masha'ika (Tuan Syeikh) dan Tuhan (Tuan) Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M (sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu 1303)


2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah
(Sayyid Un-Nikab)


3. Raja Baguinda (Dari Minangkabau Sumatera)


4. Sayyid Abu Bakar (Syariful Hasyim) Pengasas Kesultanan Sulu bermula
1450 atau 1457 M.


5. Syed Alawi Balpaki ( Datang 1735 M)



Melihat senarai nama-nama di atas maka jelaslah bahawa kedatangan Islam ke Sulu adalah kebanyakannya dibawa oleh para Ahlul Bait. Malah di sekitar Nusantara pun para Ahlul Baitlah yang banyak disebut sebagai penyebar utama agama Islam ini termasuk wali-wali Songo di Indonesia serta penyebaran Islam di Tanah Melayu oleh para makhdumin. Berikut adalah penjelasan dari senarai nama-nama ulamak di atas:


1. Tuan Masha'ika (Tuan Syeikh) dan Tuhan (Tuan) Maqbalu

Salasilah Sulu menyatakan bahawa Tuan Masha'ika adalah seorang arab yang datang ke Sulu, telah berkahwin dengan anak perempuan Raja Sipad (Sripaduka) dan perlu di-nyatakan juga bahawa Raja Sipad bukanlah seorang Islam ketika itu. Daripada perkahwinan ini lahirlah anak-anak Tuan Masha'ika iaitu Tuan Hakim dan Aisha serta cucu-cucu beliau yang sudah tentunya mereka ini adalah orang-orang Islam.[1] Dan tentunya juga Tuan Masha'ika ini adalah seorang ulamak yang memulakan dakwah melalui perkahwinan dengan puteri Raja Sipad di Sulu itu. Ini bermakna sebelum kedatangan Islam lagi Sulu sudah punya raja. Cuma tidaklah tersusun seperti sistem yang diperkenalkan oleh Sultan-sultan Sulu selepas itu yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.


Berkenaan dengan Tuhan atau Tuan Maqbalu pada 710 H bersamaan 1310 M itu tidaklah diketahui riwayat hidupnya di Sulu sama ada beliau seorang muballigh atau pedagang atau pun berkemungkinan beliau adalah ketua kaum di Sulu. Yang pastinya kubur beliau yang berada di Bud Dato adalah sezaman dengan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) yang juga punya gelaran yang hampir sama iaitu 'Seri Paduka Tuhan' bermaksud Seri Paduka Tuan berdasarkan pada batu nesannya.[2]



2. Karimul Makhdum (Tuan Syarif Aulia) dan Makhdum Aminullah
(Sayyid Un-Nikab)


Makhdum Aminullah (Sayyid Un-Nikab) Karimul Makhdum sudah pastinya seorang Ahlul Bait berdasarkan gelaran Syarif Aulia oleh orang-orang tempatan terhadapnya. Nama asal beliau ialah Sayyid Ibrahim Zainul Al-Akbar @ Karimul Makhdum bin Sayyid Jamaluddin Hussein Al-Kubra bin Sayyid Ali Amir Ahmad Shah Jalaluddin bin Sayyid Amir Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik bin Sayyid Alwi Amal Al-Faqih (di sini nasabnya bertemu dengan Sayyid Abu Bakar @ Syariful Hashim). Karimul Makhdum adalah Ayahanda kepada beberapa orang Wali Songo. Dan beliau juga adalah seorang pendukung Sufi yang punya karamah (bercakap dengan kertas, berjalan atas air, terbang di udara dan menyelamatkan orang dari mati lemas) hinggakan karamah ini diakui sendiri oleh seorang ahli Jesuit, Francisco Combes bahawa kuasa-kuasa magis itu memang wujud ketika awal-awal kedatangan Islam ke Sulu.[3] Beliaulah yang datang ke Buansa melalui Tapul, dan mendirikan sebuah masjid di Tubig Indangan dan dikebumikan di Tandu Banak, Sulu.


Makhdum Aminullah pula adalah seorang pedagang, juga seorang muballigh yang datang melalui China. Berdasarkan namanya (Sayyid Un-Nikab) beliau juga adalah dari Ahlul bait dan dikebumikan di Bud Agad, Sulu.[4]



3. Raja Baguinda (Putera Raja dari Minangkabau, Sumatera)

Raja Baguinda bukanlah seorang ulamak tetapi berkemungkinan besar membawa bersamanya beberapa orang ulamak Minangkabau. Beliau belayar dari Sumatera dan mendarat di pantai Zamboanga dan kemudian ke Basilan. Tetapi kedatangannya ke Sulu menambahkan lagi kekuatan dan semangat persaudaraan sesama rumpun Melayu Islam di Sulu.



4. Sayyid Abu Bakar (Pengasas Kesultanan Sulu 1457 M)


Sayyid Abu Bakar setelah menjadi Sultan Sulu yang pertama telah memakai gelaran Sultan Syariful Hasyim. Sebelum Sayyid Abu Bakar sampai ke Sulu, telah tercatat dalam catatan sejarah Melayu lama berkenaan dengan kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Melaka di masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dalam tahun 1456 -1477 M dengan membawa sebuah kitab bernama Ad-Durr Al-Manzum (Karangan Abu Ishak As-Syirazi) [5] yang ditulis dalam bahasa Arab. Setelah berdakwah di Melaka beliau pergi pula ke Palembang, dari Palembang ke Brunei dan dari sana terus ke Sulu. Di Sulu Sayyid Abu Bakar berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang bernama Paramisuli (Permaisuri).[6] Setelah menjadi Sultan maka beliau menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Sulu. Dan beliaulah yang berjaya mengislamkan ramai orang Tausug samada yang tinggal di pantai (Baklaya & Taguimaha) atau orang Tausug di pergunungan (Buburanun) sedangkan sebelum ini sebahagian besar mereka adalah kafir.[7] Syariful Hasyim telah tinggal lebih kurang 30 tahun di Buansa, Sulu dan sempat meninggalkan beberapa orang keturunannya iaitu Kamaluddin yang telah menggantikan ayahandanya sebagai Sultan di Sulu.



5. Syed Alawi Balpaki

Berkenaan Syed Alawi Balpaki, ulamak ini adalah pendakwah yang dikenali seperti yang dinyatakan oleh Sir John Hunt yang berada di Sulu pada tahun 1814 bahawa ketika pemerintahan Sultan 'Azimuddin-I (naik takhta pada 1735 M) seorang lagi Syarif telah datang dari Mekah bernama Syed Berpaki ke-rana beliau berjaya mengislamkan hampir-hampir seluruh penduduk di sana. Beliau pernah berdakwah di Borneo kemudian ke Tawi-tawi dan meninggal dunia di Tubig Dakulah, Sulu.[8] Syed Alawi Balpaki ini juga jelas dari pada Ahlul Bait berdasarkan namanya terdapat Syed atau Sayyid (dari keturunan Sayyidina Hussein ra).


Prof. Cesar Adib Majul telah menjelaskan pada kita dalam bukunya yang terkenal Islam Di Filipina bahawa terdapat kekeliruan dalam penggelaran makhdum kepada ulamak-ulamak itu. Makhdum bermaksud orang yang di hormati dan penggelaran dengan hanya memanggil makhdum tanpa menyertakan nama sebenar adalah mengelirukan. Walhal mereka semua para ulamak itu adalah Makhdumin (orang-orang yang dihormati).



Ini tidaklah menghairankan apabila orang-orang Sulu memanggil makhdum kesemua ulamak terdahulu tanpa nama penuhnya disebabkan tiada tarikh atau sebarang catatan khusus yang boleh dirujuk tentang makhdum-makhdum itu sendiri melainkan apa yang telah tertulis dalam Salasilah Sulu yang ada di tangan orang-orang Sulu itu (catatan peristiwa-peristiwa tanpa tarikh).



Sebagaimana kekeliruan tentang penggelaran makhdum, kekeliruan juga turut berlaku pada penggelaran Sayyid @ Syed atau Syarif @ Sharif (Salip). Dalam konteks masyarakat Moro Sulu, gelaran Sayyid (keturunan dari Sayyidina Hussein r.a.) dan Syarif (keturunan dari Sayyidina Hassan r.a.) kedua-duanya digelar Syarif atau dalam pelat orang-orang Sulu disebut Salip. Satu kebiasaan bagi orang-orang Sulu hanya memanggil Syarif (Salip) kepada kesemua pendakwah yang datang ke Sulu dari kalangan Ahlul Bait itu. Di alam Melayu seperti Tanah Melayu, Indonesia, Brunei atau Pattani mereka kebiasaannya membezakan keturunan Sayyidina Hussein r.a. dengan gelaran Syed, Sayyid atau Habib manakala keturunan Sayyidina Hassan r.a. digelar Syarif. Di Malaysia hari ini kita biasa mendengar nama-nama yang bermula dengan Nik, Wan, Tuan, Abang (Sarawak), Meor yang juga dikaitkan dengan Ahlul Bait Rasulullah saw.


Maka jelaslah bahawasanya Islam itu datang ke Sulu adalah atas usaha para Ahlul Bait. Orang-orang Sulu atau Tausug itu telah menjadi terbilang dan gemilang setelah mereka masuk Islam keseluruhannya. Mereka ditanamkan semangat jihad yang tiada dalam agama anutan mereka sebelum ini. Para ulamak membawa kalimah tauhid ke hati-hati orang Tausug itu walaupun para ulamak itu telah pergi meninggalkan mereka namun semangat mempertahankan aqidah mereka tetap utuh sehingga ke hari ini. Semangat mereka menakutkan bangsa-bangsa penjajah yang datang menjajah negara dan aqidah mereka hinggakan mereka digelar Juramentado (Berani Mati).[9]


Sultan-sultan Sulu dan para Datu masih meneruskan semangat kepimpinan para makhdumin itu di Sulu hingga ke hari ini mereka telah dan masih menjadi sumber inspirasi orang-orang Tausug. Hanyasanya mereka menjadi lemah sejak akhir-akhir ini setelah berjayanya para egen-egen penjajah mencetuskan perang moden ke atas bangsa dan negara mereka yang menyebabkan mereka bertaburan menjadi pelarian. Rancangan kuffar yang begitu rapi ini menyebabkan mereka kehilangan arah mencari pemimpin yang sebenar. Inilah matlamat peristiharan undang-undang tentera oleh Ferdinand Marcos yang akhirnya Kesultanan Sulu seolah-olahnya telah terhapus di Kepulauan Sulu itu.


Sunday, April 12, 2009

Ekspedisi Jihad (3) - Penyebaran Islam Ke Kalimantan




Artikel Pilihan 1 :


Tajuk : Penyebaran Islam Oleh Para Ulama Kelantan-Patani di Kalimantan


Sumber : Klik sini


Oleh:
DRS. ABDUL RAHMAN AL AHMADI



Hubungan khusus Semenanjung Melayu dengan Kalimantan Barat dapat dijejaki dari sejarah baru bahawa pada tahun 1139 H = 1727 M telah datang raja Opu Daeng Menambon yang berasal dari Sulawesi ke Terengganu yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Melayu, Malaysia bagi upacara perlantikan Zainal Abidin menjadi raja Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin.


Dalam perlantikan ini dihadiri oleh raja Nang Cayang Patani iaitu seorang raja perempuan Patani kerana Zainal Abidin adalah anak angkat kepada raja Nang Cayang dan juga sebagai saudara iparnya.


Dengan kehadiran Opu Daeng Menambon itu yang kemudian menjadi raja di Mempawah dalam tahun 1740M ini bererti adanya kontak antara Kalimantan Barat dengan Terengganu dan Patani yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Melayu dan ketika terjadi peperangan tak putus-putus antara Patani dengan Siam sejak abad ke-15 lagi maka dalam tahun 1740M ada sebanyak 40 buah perahu Patani yang dipimpin oleh seorang ulama Patani bernama Syeikh Ali bin Fakeh Al-Patani datang ke Membaweh disambut oleh Raja Opu Daeang Menambon dan tidak lama kemudian Tuan Syeikh Ali bin Fakeh Al-Patani ini diangkat menjadi Mufti besar di Kerajaan Mempawah menggantikan Syed Hussein Al-Qadri yang meninggal dunia.


Lama sebelum kedatangan Syeikh Ali ke Kalimantan Barat iaitu kira-kira dalam tahun 1700M telah datang terlebih dahulu seorang ulama dari Patani bernama Syeikh Abdul Jalil Al-Patani. Beliau menyebar Islam di Kalimantan Barat dan beliau meninggal dunia di Sambas di kalangan rakyat setempat, beliau dikenali dengan keramat Lumbang, kerana makamnya terletak di Lumbang, Sambas.


Sesudah itu datang pula berturut-turut ulama dari Kelantan, Terengganu yang berketurunan Patani, salah seorang daripadanya jauh memasuki perhuluan sungai Kapuas dan beliau meninggal dunia di daerah Jongkang.


Sesudah Syeikh Abdul Jalil Al-Patani, maka tak putus-putus sehingga menjelang Perang Dunia Ke-2, ulama dari Kelantan, Patani pergi ke Kalimantan Barat antaranya ialah Haji Ahmad bin Mamat atau lebih terkenal Haji Pak Muda seorang qari al-Quran di Kelantan dalam tahun 1930-an. Beliau dilahirkan di Pasir Mas, pernah belajar al-Quran di Mekah dengan Haji Omar Pakleh yang berasal dari Kota Bharu.


Haji Omar ini adalah murid kepada Abdullah Sanggora seorang guru al-Quran dan ahli Tajwid terkenal di Mekah. Haji Ahmad bin Ahmad menunaikan fardu Haji ke Mekah dalam sekitar tahun 1912. Sepulangnya dari Mekah beliau mengajar al-Quran di sana sini di Kelantan lebih-lebih lagi di kampungnya di Pasir Mas.


Ramai murid yang datang belajar dengannya. Selain dari negeri Kelantan juga dari negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu, dari Medan, Sumatera Timur, Jambi dan Palembang, dari Inderagiri, Pontianak dan Kemboja. Dalam tahun 1930-an Haji Ahmad ini pergi ke Pontianak, Kalimantan Barat bersama-sama dengan Haji Yusuf, paman kepada Mufti Besar Kelantan, Mohamad Nur Ibrahim. Di Pontianak, Haji Ahmad Mamat mengajar al-Quran kepada sekitar 40 orang murid selama beberapa bulan.
Waktu itu Haji Ismail Abdul Majid, seorang ulama dari Kelantan sedang bertugas menjadi Mufti kepada Kerajaan Pontianak, Sumantara.



Mufti Haji Ismail Haji Abdul Majid, dilahirkan di Labok, Machang, Kelantan pada tahun 1876 mula-mula belajar di Kelantan dan kemudian di Mekah. Setamat pengajiannya di Mekah pulang ke Kelantan dan pergi ke Kemboja berdakwah dan kemudiannya ke Pontianak dalam tahun 1909 mengikuti jejak gurunya iaitu Sayyid Abdullah Al-Zawawi yang mula-mulanya lari ke Riau kemudian ke Pontianak kerana diburu oleh kaum Wahabi sekitar tahun 1914 di Mekah di mana ramai ulama Nusantara mati dibunuh di Taif.


Di Pontianak, Ismail Abdul Majid mendapat perlindungan daripada Syeikh Muhamad Yasin, seorang ulama besar yang berasal dari Kedah tetapi sayang beliau tidak lama di rumah induk semangnya itu kerana Syeikh Muhamad Yasin meninggal dunia lalu Ismail Abdul Majid tinggal menumpang di rumah Nik Wan Iaitu seorang ulama Tasawuf yang berasal dari Patani.


Kerana pengetahuan agamanya yang mendalam, Ismail Abdul Majid disambut di mana-mana sahaja beliau pergi mengajar baik di Pontianak mahupun di Sambas kerana tenarnya beliau dalam bidang agama, lalu beliau diambil menjadi menantu oleh seorang hartawan Bugis di kampung Sungai Itik Darat. Hasil perkahwinan ini beliau mendapat tiga orang anak perempuan.


Sambil mengajar beliau mengubah khutbah Jumaat ke dalam bahasa Melayu yang selama ini dilakukan dalam bahasa Arab, hal ini mendapat reaksi daripada masyarakat setempat lalu diadukan kepada Sultan Pontianak Syarif Muhamad Syarif Yusof al-Qadri.
Beliau dapat mempertahankan alasan-alasannya akan keharusan berkhutbah dalam bahasa Melayu itu kemudian beliau dilantik menjadi Mufti pontianak dalam tahun 1328-1356H = 1910-1937M. sambil itu beliau mengajar pula tafsir dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam. Salah seorang muridnya ialah Abdul Ghani bin Muhamad (1978). Di samping mengajar dan bertugas menjadi Mufti, beliau sempat pula mengarang sebuah kita Pedoman Pedoman Kemulian Manusia, kitab ini dicetak di Kota Bharu Kelantan pada tahun 1938M.


Beliau juga mempunyai sebuah Hotel di Pontianak yang terletak di Sungai Kapuas. Dalam tahun 1937M, beliau kahwin kali kedua di Pontianak dengan Jamaliah seorang yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat.


Mereka kemudian pulang ke Kelantan untuk naik haji ke Mekah dalam tahun 1938. Selain Ismail terdapat pula seorang dari Malaysia bernama Abdul Rahman Hussin al-Kelantan. Beliau diangkat oleh Penembahan Mempawah menjadi Kadi besar di Mempawah. Beliau adalah Kadi terakhir di Mempawah dalam tahun 1971. Beliau juga meninggal dunia dalam tahun yang sama.

Tuesday, April 07, 2009

Ekspedisi Jihad (2) - Misi Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra Ke Nusantara




Artikel Pilihan 1


Tajuk : Misi Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra di Nusantara.


Sumber : Klik sini ...atau Klik sini





Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.


Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.


Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.


Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.
Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.


Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)
Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.


Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.
Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.


Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.
Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara


Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.


Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.


Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.


Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.


Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.


Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.


Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.


Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.


Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).


Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.


Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.


Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.


Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia.


Sunday, April 05, 2009

Ekspedisi Jihad (1) - Perlak,Samudera-Pasai dan Acheh




Artikel Pilihan 1


Tajuk :
Samudera Pasai : Bumi para Wali.


Oleh : Radzi Sapiee @ Merah Silu dari buku Buku : "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"


Sumber : http://merahsilu.blogspot.com/2007/02/samudera-pasai-bumi-para-wali-bahagian.html atau Klik Sini



SAMUDERA PASAI : BUMI PARA WALI



“Sepeninggal aku telah wafat kelak,
akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya.”

“Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu,
serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu,
serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah.”

“Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu,
hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri,
bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu.”

- Sabda Rasulullah SAW dalam kitab Hikayat Raja-raja Pasai.



Pada satu hari, Merah Silu keluar memburu bersama orang-orangnya membawa anjing pemburunya, si Pasai. Sampai ke satu tempat, baginda menitahkan supaya anjing itu dilepaskan. Seketika kemudian si Pasai menyalak pada satu tanah tinggi. Rupa-rupanya, ia ternampak seekor semut besar, hampir seekor kucing besarnya!


Merah Silu pun menyuruh orang-orangnya menangkap semut itu lalu dibawa pulang ke istana. Entah mengapa, semut itu terus dimakan baginda. Kemudian Merah Silu menyuruh orang-orangnya menebas dan menerangkan tempat tadi kerana raja itu hendak membuat negeri. Baginda pun membangunkan sebuah istana yang cukup lengkap dengan kota dan paritnya serta sebuah penempatan.


Selepas siap segalanya, Merah Silu dan orang-orangnya pun berpindahlah ke negeri yang baru dibuka. Maka negeri itu dinamakan baginda Samudera, ertinya semut besar...

————————

Rasyid tertarik apabila mendapat tahu kitab Hikayat Raja-raja Pasai ada menceritakan Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada seorang sahabat, satu hari nanti akan muncul negeri bawah angin bernama Samudera. Apabila ini terjadi hendaklah dihantar orang membawa perkakas dan alat kerajaan ke sana dan Islamkan sekalian isi negeri kerana di situ ramai orang akan muncul menjadi wali. Rasulullah SAW juga berwasiat supaya rombongan ini singgah di negeri Mengiri mengambil seorang fakir untuk dibawa bersama ke Samudera. Kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang ada meriwayatkan cerita yang sama tetapi menyebut negeri itu bernama Muktabar pula.


Wasiat itupun sampai kepada Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya, Madinah dan wilayah Hijaz. Menurut satu kisah, baginda mendapat tahu tentang kewujudan Samudera daripada jemaah haji Nusantara yang datang ke Mekah lalu menitahkan supaya diperbuat sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke sana. Seorang ulamak besar bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal. Beliau dan orang-orangnya pun belayar ke negeri Mengiri seperti diwasiatkan Nabi, sebuah negeri yang terletak di benua Hindi...


Adapun negeri Mengiri ini diperintah oleh seorang raja bernama Sultan Muhammad. Menurut ceritanya, baginda berasal dari keturunan sahabat karib Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Radiallahuanhu, Khalifah pertama umat Islam.


Sebaik sahaja mendapat tahu ada kapal hendak ke Samudera atas titah Sharif Mekah dan diketuai Sheikh Ismail berlabuh di negerinya, baginda terus turun takhta lalu menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Mengiri yang baru. Malah baginda juga melucutkan pakaian kebesaran kerajaan di tubuh-badannya lalu menukarkannya dengan pakaian seorang fakir!


Raja yang telah menjadi fakir inipun membawa seorang anaknya yang muda untuk turut serta meninggalkan istana dan menjadi fakir. Mereka pergi berjumpa Sheikh Ismail lalu meminta supaya dibawa belayar ke Samudera untuk bersama menunaikan wasiat Nabi...

————————

“Ah...” getus hatinya(Rashid- watak utama novel). “Apa yang aku buat ini kira sedikit sahaja. Bukan seperti wali Allah Ibrahim bin Adham yang sanggup meninggalkan takhta untuk menelusuri jalan kerohanian. Bukan seperti Siddharta Gautama Buddha yang lebih dahulu berbuat begitu untuk mencari makna kewujudan, erti kehidupan yang sejati.” Dan bukan juga seperti Sultan Muhammad dalam Hikayat Raja-raja Pasai yang sanggup menjadi fakir semata-mata untuk mengikuti rombongan Sheikh Ismail ke Samudera.
“Hmm...” tiba-tiba Rasyid terfikir. “Kenapa anak cucu Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini sanggup berbuat begitu?” Hikayat itu mahupun kitab Sejarah Melayu tidak menceritakan sebab-musababnya. Setakat yang dia tahu, Sultan Muhammad terdengar berita persinggahan rombongan Sheikh Ismail di negerinya lalu terus tergerak menjadi fakir untuk mengekori sama.


Apakah baginda pernah mendengar wasiat Nabi mengenai Samudera daripada keluarganya? Mungkin ia telah disampaikan kepada Saidina Abu Bakar lalu diturunkan kepada anak cucunya, menunggu masa sahaja untuk dilaksanakan? Atau baginda telah mendapat alamat melalui mimpi? Yang pasti, Sultan atau Fakir Muhammad inilah fakir yang dimaksudkan...


————————

Rombongan Sheikh Ismail yang disertai Fakir Muhammad itupun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi mereka tidak pasti di manakah letak kedudukannya sehingga tersasar ke Barus, Lamuri dan Perlak.


Rombongan ini singgah ke negeri-negeri itu untuk mengIslamkan raja dan penduduknya tetapi apabila disuruh membaca Quran yang dibawa dari Mekah, tiada seorang pun dapat membacanya...


Maka tersebutlah kisah Merah Silu di Samudera. Pada suatu malam, sedang baginda lena beradu, maka bermimpilah ia melihat seorang tua berbaju jubah datang seraya memegang dagu Merah Silu dan menutup mata baginda dengan tangannya.

Kata orang tua yang muncul itu: “Hai Merah Silu, ucaplah olehmu akan kalimah syahadat”.

Maka sahut Merah Silu: “Bagaimana hamba hendak mengucap kalimah syahadat itu?”

Ujar orang tua itu: “Bukalah mulutmu.”

Merah Silu pun membuka mulutnya lalu diludahi orang itu.

Orang tua itupun mengisytiharkan: “Hai Merah Silu, engkaulah raja negeri ini dan namamu Sultan Malikus Salih. Segala binatang yang kamu sembelih halal kamu makan, tetapi jangan memakan binatang yang tidak bersembelih. Sekarang kamu adalah dalam syariat agama Islam, iaitu agama Allah. Dalam empat hari lagi akan sampai sebuah kapal dari Mekah, maka hendaklah kamu turut apa juga yang dikatakan orang kapal itu, jangan kamu bantah atau lawani sebarang kata mereka itu.”

Merah Silu bertanya: “Siapakah kamu ini?”

Maka sahut suara orang tua berjubah dalam mimpi itu: “Akulah Nabi Muhammad SAW yang di Mekah.”


————————


Orang tua itu melepaskan dagu Merah Silu daripada tangannya lalu berkata: “Hai Merah Silu, tunduklah kamu ke bawah.”

Merah Silu pun tunduk lalu terjaga daripada beradu. Kemaluannya pula terasa seperti sudah dikhatankan orang... Boleh dilihat kesannya nyata pada tubuh-badan, bukannya khayalan. Baginda juga sentiasa mengucapkan kalimah syahadat tiada berhenti, kemudian membaca Al-Quran tiga puluh juzuk dengan lancar sehingga tamat. Segala orang-orang besar dan menteri hulubalang sekalian pun merasa hairan mendengar apakah yang disebut raja mereka kerana belum pernah mendengar sebutan yang demikian.


Tidak lama kemudian, rombongan Sheikh Ismail pun sampai ke Teluk Terai lalu berlabuh di situ. Fakir Muhammad bertemu seorang nelayan lalu bertanya “Apakah nama negeri ini?”

Jawab nelayan itu: “Negeri ini namanya Samudera.”

Beliau bertanya lagi: “Siapakah nama penghulunya?”
Sahut sang nelayan: “Nama penghulu atau raja negeri ini Merah Silu, gelarannya Sultan Malikus Salih.”

Selepas mendengar ini, fakir itupun kembali naik ke bahteranya lalu terus belayar ke kuala Samudera. Setelah semalaman belayar, rombongan tersebut sampailah ke pusat negeri dan kerajaan. Mereka pun naik ke darat lalu terus masuk menghadap rajanya Merah Silu.

Setelah bersua muka, Sheikh Ismail pun berkata: “Hai Merah Silu, ucap dan sebutlah olehmu akan kalimah syahadat.”

Merah Silu mengucapkan kalimah suci itu dengan petah, tiada sedikit jua pun bersalahan. Rombongan ini berpuas hati kerana raja itu sudah tahu menyebutnya dengan sempurna.

Keesokannya, Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad masuk menghadap lagi, kali ini dengan membawa kitab suci Al-Quran yang dibawa mereka dari Mekah. Inilah ujian utama yang akan menentukan segala cerita...

Merah Silu menyambut kitab itu penuh hormat, seraya dijunjung dan dikucupnya dengan rasa merendah diri. Kitab itupun dibuka baginda dan dibacanya di hadapan mereka dengan fasih dan lancar. Alhamdulillah, tiadalah payah diajar lagi membaca Al-Quran.

Ternyata inilah orang serta negeri yang dicari rombongan itu selama ini...

Sheikh Ismail dan Fakir Muhammad pun mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata’ala kerana telah berjaya menemui negeri Samudera seperti yang tersebut dalam wasiat Rasulullah SAW.


Hatta Sheikh Ismail memohon Sultan menghimpunkan sekalian orang-orang besarnya serta rakyat dari segala ceruk rantau. Setelah dihimpunkan, mereka pun diajar mengucap kalimah syahadat dengan meyakinkan maknanya dalam hati masing-masing.

Maka akhirnya negeri Samudera pun disebut Darul Islam atau Darussalam. Kerana penduduk negeri itu masuk Islam tiada perlu dipaksa atau diperangi. Jadilah ia daerah kesejahteraan...


Saturday, April 04, 2009

Demokrasi Vs Khilafah / Raja - Raja.




Artikel Oleh Sangtawal



Tajuk : Demokrasi Vs Khilafah/Raja-Raja.


Sumber : Disunting dari buku tulisan Radzi Sapiee; Berpetualang ke Aceh-Membela syiar yang hilang,m/s 211.



Saya berpendapat bahawa sistem demokrasi yang ada pada hari ini adalah bukan sistem asli kita.Sistem yang asal adalah sistem raja-raja yang mirip kepada sistem kekhalifahan.


Saya juga tetap berkeyakinan teguh bahawa sistem khilafah -iaitu pemimpin adalah ulamak dan umarak pada era Saidina Abu Bakar,Umar,Usman,dan Ali adalah sistem yang terbaik sekali dimuka bumi ini untuk sebuah negara islam...maksud saya bukan termasuk zaman umaiyah atau abasiyyah atau uthmaniah...ia adalah sebuah model kerajaan yang terunggul merentasi zamannya....


Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal,sudah faham segala-galanya tentang dunia,alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat.Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal,adil lagi saksama.


Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat?kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai,kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara.mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry,iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.


Menurut ahli sophist...kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata...atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi.Natijahnya,siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan,dialah yang benar.Maka natijah seterusnya...kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...


Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan,lalu digantikan dengan "bukti yang sahih".Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai,oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.



Siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem...kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri,pengikut nabi musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.


Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka...iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah(land barons)


Oleh itu selalu saya tekankan disini...menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist ,yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang...mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen...sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah,berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...contoh mudah ialah bagaimana salah seorang YB berhujah dan bertikam lidah dengan Speaker Dewan dengan cara yang sungguh tidak sopan dimata kalangan Yang Berhormat...tetapi ia sudah menjadi perkara biasa bagi seorang lawyer di mahkamah....


Sekiranya Jentera kerajaan itu lemah,maka dengan mudah sekali mereka ini akan dimanipulasikan oleh mereka yang ada kepentingan lain atau mereka yang sudah ada agenda sulit kearah penguasaan tampok pemerintahan negara atas nama demokrasi.


Kebelakangan ini ada satu kelompok manusia yang menggelarkan diri mereka Islam Liberal yang jelas telah mengikut acuan barat atau bukan islam telah menolak sekeras-kerasnya konsep Sistem Khilafah .Dibawah ini adalah siri-siri forum antara Pro-Sistem Khilafah dan JIL(Jaringan Islam Liberal) Indonesia.Secara keseluruhannya siri-siri forum ini nampak berat sebelah ,mungkin sengaja diada-adakan untuk mengutuk atau mengejek gagasan Konsep Khilafah.Pengacara majlis juga berat sebelah dan tidak bertudung….mereka yang kononnya banyak ilmu agama dari JIL itu ternyata tidak mampu berdepan dengan hujah dan semangat juang wakil dari Pro Sistem Khilafah…sama-sama kita ikuti hujah mereka…





Konsep khilafah Vs Demokrasi


Konsep-1



Konsep -2



Konsep- 3



Konsep- 4



Konsep- 5



Konsep- 6




Konsep 7





Konsep 8

Thursday, April 02, 2009

Melayu Islam Perlu Ambil Iktibar Dari Sejarah Silam



Artikel Pilihan 1

Tajuk : Tauladan Sejarah Melayu

Sumber : Petikan dari rencana Utusan Malaysia 25/11/98




KECAMAN terbuka Naib Presiden Amerika Syarikat (Al Gore) terhadap negara ini mengingatkan saya bagaimana kisah-kisah kejatuhan dan keruntuhan kerajaan dan kepimpinan pribumi/Melayu jatuh tersungkur dalam genggaman penjajah untuk beberapa dekad yang lalu.


Sejak itu segala sistem politik, ekonomi dan sosial pribumi yang pernah berdiri agung di Malaysia, tidak berguna lagi. Kuasa penjajah Barat menggunakan dengan angkuh sistem politik dan ekonomi, bahasa dan kebudayaannya, sehingga sistem kebudayaan anak negeri tersingkir ke tepi dan anak negeri menjadi hamba di negara sendiri. Dengan kesedaran politik dan kebangsaan, barulah ada kesedaran untuk memprotes penjajah dan akhirnya menuntut dan mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.


Sehingga kini, keyakinan diri kita masih rapuh kerana terlalu lama dijajah dan diperkecilkan kebolehannya. Malah masih ramai lagi yang masih menoleh ke Barat untuk mencari kekuatan mental dan spiritual.


Banyak sebab kenapa kerajaan-kerajaan pribumi hancur di tangan Portugis, Belanda dan British. Di samping soal dalaman, unsur luar sangat penting sebagai dalang kejatuhan itu, kesannya cukup besar, ia bukan sahaja menjatuhkan kerajaan tersebut, tetapi menjadi perosak tonggak dan tiang seri kebudayaan pribumi itu. Temasik, Melaka dan negeri-negeri Melayu Semenanjung lain menjadi bukti yang nyata.



Kerajaan Temasik telah terbina daripada sebuah kampung nelayan Orang Laut, yang sanggup menerima seorang anak raja daripada Palembang untuk menjadi ketuanya. Namun, kerajaan asas ini telah termusnah kerana dendam seorang pembesar Sang Rajuna Tapa, yang tidak puas hati terhadap hukuman Sultan ke atas anaknya. Anaknya, yang menjadi gundik Sultan telah disula kerana iri hati permaisuri dan gundik-gundiknya yang lain. Sang Rajuna Tapa membuka pintu istana untuk membiarkan hulubalang Majapahit menakluki Temasik. Sultan terpaksa lari dan Sang Rajuna Tapa terbunuh oleh tentera Jawa. Nyata sekali, dendam di dada telah mengorbankan kewujudan sebuah negeri.


Kerajaan Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang megah berdiri selama hampir 115 tahun di Semenanjung Tanah Melayu. Ia adalah warisan dan penyambung 'tamadun Melayu' dan Nusantara yang bermula dengan kerajaan Sriwijaya dan Majapahit serta puluhan kerajaan Melayu di Kepulauan Melayu. Ia menjadi pusat perdagangan rempah ratus yang terkenal sehingga ke Eropah. Ia menjadi pusat pengembangan dan penyebaran Islam yang penting di rantau ini, menggantikan Pasai. Ia adalah pusat pembinaan sistem kenegerian (state craft) Melayu yang penting dan menjadi penakluk sebagai sebuah empayar. Ia telah berupaya melahirkan satu tradisi dalam kebudayaan Melayu itu sendiri.


Mengapa Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511? Salah satu sebab penting ialah kerana adanya unsur luar yang dapat menggunakan kelemahan dalaman untuk kepentingan dan faedah politik dan perniagaan mereka. Melaka, yang telah lama wujud dan kaya raya, telah diperintah oleh sebuah kerajaan (raja dan pembesar-pembesar Melayu) yang mementingkan nafsu sendiri dan mengamalkan rasuah. Sultan Mahmud Shah menjadi seorang raja yang meletakkan nafsu lelaki yang sebagai satu keutamaan hukumannya sehingga sanggup membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh keluarganya kerana pembesarnya itu tidak menyerahkan anaknya Tun Fatimah, yang begitu jelita kepada baginda. Baginda bukan sahaja tidak menghargai jasa Tun Mutahir kepada baginda dan negeri tetapi juga sanggup merampas isteri orang dengan paksa dan membunuh suaminya, Tun Ali.


Pihak luar, yang melihat peluang untuk berkuasa, telah menggunakan kelemahan Sultan itu untuk faedah dirinya. Raja Mendaliar, seorang saudagar India yang kaya, yang cuba menandingi seorang saudagar lain, Nina Sura, telah membuat fitnah kepada Sultan, dengan mengatakan bahwa Tun Mutahir ingin menderhaka dan merampas takhta kerana telah membuat cerek emas sebagai tanda kekayaan dan kehebatannya. Sultan menggunakan ini untuk menghukum Tun Mutahir, walaupun dendam sebenarnya ialah untuk mendapatkan Tun Fatimah. Maka terjadilah perintah membunuh seluruh keluarga Tun Mutahir, yang dianggapnya seorang penderhaka. Maka, hilanglah seorang pembesar Melaka yang bijak, Sultan terpaksa melantik seorang bekas bendahara yang telah uzur dan tua iaitu Bendahara Tepok untuk menjadi penasihat baginda. Bendahara Tepok tidak dapat memberi kepimpinannya apabila Portugis menyerang Melaka. Beliau sendiri terpaksa diusung untuk ke luar istana.



Kemelut ini digunakan oleh Portugis untuk menaalok Melaka. Dengan bantuan seorang wanita Jawa, yang bekerja di istana, rahsia pertahanan istana dan kerajaan Melaka dapat diketahui oleh tentera Portugis. Wanita yang bercinta dengan salah seorang askar Portugis itu, telah berenang ke kapal kekasihnya untuk memberi maklumat pertahanan Melaka. Portugis yang marah dengan tindakan Melaka kerana menangkap beberapa orang kelasinya yang membuat kacau di pekan melaka, telah menggunakan kesempatan itu untuk menyerang Melaka. Melaka akhirnya dikalahkan, maka musnahlah sebuah empayar Melaka akibat masalah dalaman yang begitu kronik yang digunakan oleh orang luar untuk menjatuhkan Melaka.



Kisah kerajaan Melaka ini mungkin tidak cukup menyedarkan negeri Melayu yang lain yang muncul selepas kejatuhan Melaka itu. Negeri-negeri yang dahulunya dibawah perintah Melaka, kini menjadi negeri bebas dengan raja dan sistem pentadbirannya yang berteraskan Melaka. Diaspora politik Melayu yang berlaku kerana penaklukan Portugis, Belanda dan British selama 300 tahun mungkin telah menjauhkan mereka daripada kengerian kemusnahan empayar Melaka itu.


Perak, sebuah negeri Melayu yang lahir daripada zuriat raja Melaka, telah mengulangi kesilapan yang sama. Sekali lagi masalah dalaman politik negeri telah mengundang campur tangan kuasa Barat dan orang luar, sehingga memusnahkan kewibawaan dan kuasa politik mereka. Masalah perebutan kuasa, nafsu, dendam kesumat dan kepentingan peribadi, telah menjadi puncanya. Ketidakmampuan pemerintah pribumi mengawal masalah dalaman menjadi alasan untuk British menduduki negeri tersebut.


Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof telah merebut takhta Perak kerana masing-masing memikirkan diri mereka lebih berhak, walaupun peraturan atau adat lembaga negeri telah disediakan sejak negeri itu diasaskan. Mereka menggunakan berbagai alasan untuk mencabar lawannya; dari segi pusingannya Sultan Abdullah sepatutnya menjadi Sultan, tetapi Raja Ismail pula memegang regalia kerajaan, maka beliaulah menjadi Sultan. Manakala Raja Yusof yang telah tersingkir sebelum 1871, pula mendapat sokongan sebahagian daripada pembesar. Sultan Abdullah yang dikatakan banyak berhutang kerana suka berjudi, akhirnya telah meminta bantuan saudagar British, yang menyeret pemerintah British di Singapura untuk membantunya. Dengan itu naiklah baginda keatas takhta apabila perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani.


Namun, baginda dan penyokong-penyokongnya terperangkap dengan kelicikan British. Dasar menasihat yang tertulis dalam perjanjian itu ditafsirkan oleh British sebagai 'mesti menerima arahannya'; W.W. Birch, Residen pertamanya telah menggunakan paksaan dan kekerasan untuk menghapuskan sistem hamba abdi dan mengenakan undang-undang cukai baru yang bertentangan dengan kebiasaan hidup dan sistem pentadbiran negeri Melayu. Sultan Abdullah dan pembesarnya menolak peraturan British itu kerana ia satu kawalan keatas bidang kuasa mereka.


Dengan sokongan daripada Raja Ismail dan pembesar lain, Birch telah dibunuh di Sungai Perak. Ini dibalas oleh British dengan bedil dan meriam, pembuangan Sultan Abdullah dan seluruh kaum keluarganya ke Pulau Sychelles dan penggantungan Datuk Maharaja Lela di depan khalayak ramai. Dengan itu penguasaan penuh British keatas seluruh hal ehwal pentadbiran Perak dapat dilaksanakan sepenuhnya, sehingga kuasa dan kedaulatan politik pribumi di musnahkan; Sultan Perak menjadi sebuah boneka bernyawa.



Kemasukan imigran dan modal asing yang menjadi begitu mudah kerana eksploitasi ekonomi Perak menjadi matlamat penguasaan British; lulus kelindan luluslah jarum''.
Kelemahan pemerintah Perak itu kemudian menjadi alasan untuk pembesar-pembesar Melayu lain yang mementingkan faedah peribadi untuk mengundang British mencampuri urusan negeri mereka.


Seperti di Negeri Sembilan, Datuk Kelana Sungai Ujong menggunakan British untuk membantunya mengalahkan Datuk Bandar yang mengutip cukai bijih di Sungai Linggi. Dengan bedilan meriam dan peluru, British menguasai negeri tersebut dengan bantuan pembesar pribumi. Ini diikuti juga oleh Selangor. Soal perebutan kawasan Klang, telah menyebabkan Tengku Kudin (anak raja Kedah) menjadi perantara di antara pihak saudagar Cina dan British untuk mengalahkan penentang mereka, Raja Mahadi dan anak-anak Sultan Selangor (antaranya Raja Musa), yang dianggap sebagai Janun. Tengku Kudin pula bekerjasama rapat dengan Yap Ah Loy, untuk menyakinkan British bahawa perebutan dan permusuhan politik kerabat diraja Selangor itu tidak elok untuk pertumbuhan perusahaan bijih timah dan perniagaan di Selangor, yang menjadi pusat pelaburan saudagar Negeri Selat (jajahan takluk British dan pusat perdagangan bebas Singapura). Sultan Abdul Samad, yang terlalu percaya kepada Tengku Kudin, menandatangani perjanjian untuk menerima seorang Residen British.



Hanya Pahang sahaja yang begitu tegas mempertahankan kedudukannya. Sultan Ahmad bukan begitu mudah dipujuk oleh saudagar British. Baginda juga menaiki takhta dengan satu perebutan kuasa daripada saudaranya yang disokong oleh Johor, British dan saudagar-saudagar Singapura. Baginda yang juga memerintah sebuah negeri yang pernah menjadi naungan Melaka, tidak disukai oleh british; bagaimanapun, Pahang yang begitu luas dipercayai mempunyai banyak potensi ekonomi. Pahang juga berdepan dengan Laut Cina Selatan boleh mengundang kuasa lain untuk menyokongnya. Ini membimbangkan British; maka dengan menggunakan pembunuhan seorang Cina rakyat Singapura yang terbunuh di Kuantan, British telah memulas tangan Sultan Ahmad untuk menandatangani perjanjian menerima seorang Residen British.


Tentangan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau, cukup hebat sebagai satu tindakan terakhir rakyat pribumi menentang penguasaan British. Pemerintahan tempatan yang bersatu boleh melambatkan penaklukan itu.


Kesemua peristiwa ini memperlihatkan bagaimana masalah politik dalaman telah digunakan dengan begitu cekap dan penuh muslihat oleh pihak luar untuk menjajah atau menguasai negeri-negeri tersebut.


Tentunya, sebagai rakyat, pemerintah dan pemimpin sebuah negara yang telah merdeka dan telah melalui perit getir hidup dan penghinaan di bawah penjajah barat, kita cukup matang dan bijak mengendalikan masalah dalaman kita. Kita harus meletakkan kepentingan negara dan rakyat terbanyak lebih utama daripada kepentingan peribadi kita sebagai seorang pemimpin.


Kita harus merasa tersinggung dengan sebuah penghinaan ke atas negara dan bangsa dan diri kita, kerana itulah tanggungjawab kita sebagai seorang warganegara. Apakah kita harus membuka ''pekong di dada'' atau ''meludah ke langit menimpa hidung sendiri'' dan ''menepuk dulang di air'', semata-mata kerana kita bertengkar dan bergaduh sesama sendiri?


Haruskah cerita rumah tangga kita diceritakan kepada orang luar yang hanya mentertawakan kita kerana kelemahan kita dan mengambil kesempatan daripada kebingungan kita sendiri?


Di manakah maruah dan janji kita sebagai seorang rakyat yang bersumpah taat setia kepada Malaysia? Kita harus belajar daripada sejarah, kerana, walaupun peristiwa-peristiwa itu telah berlaku, tetapi hakikat hidup itu tetap sama. Kita patut berhati-hati mencari simpati supaya ''pisang tidak berbuah dua kali'', yang tentunya akan memusnahkan diri kita sendiri




Artikel Pilihan 2 :


Tajuk : BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN


Sumber : http://mistisfiles.blogspot.com/2009/02/kata-alu-aluan-dari-editor-in-chief.html



Apa yang penting di sini adalah PENGETAHUAN YANG DIGUNAKAN.Pengetahuan apa pun jika kita tidak menggunakannya maka sia-sialah ilmu itu dan ia tidak langsung bermanfaat bagi anda malah menyakitkan hati anda apabila kelak anda menyedari betapa ruginya anda tidak mempercayai atau menggunakan pengetahuan tersebut.Mungkin anda sudah selesa dengan kehidupan anda sekarang.Mungkin anda sudah mempunyai tanah sendiri,rumah,kereta dan isteri serta anak-anak.Anda sudah pasti mempunyai pekerjaan tetap.Atau anda seorang pelajar universiti yang teramat selesa dengan kehidupan di kampus yang menyeronokan.Atau mungkin anda tinggal di kampung,bekerja di kilang berdekatan atau mengusahakan tanah sendiri atau membuat kerja-kerja kampung,dan anda sudah berasa selesa dengan apa yang anda alami dalam hidup ini.Tiada siapa yang mengganggu anda setakat ini.Soalannya sekarang,adakah keadaan ini akan berpanjangan?


Tidak mengambil tahu langsung tentang apa yang berlaku di sekeliling kita adalah racun yang melemahkan kita sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang panjang.Kita hidup berdasarkan apa yang kita alami sekarang.Kita tidak mahu mengambil tahu sedikit pun sebab dan akibat sesuatu itu berlaku.Kita hidup di dalam tempurung atau kepompong yang sempit.Bangun pagi,pergi kerja,balik kerja,beriadah,berehat,menonton tv,tidur dan seterus.....hingga kita bangun di keesokkan harinya.Paling hebat pun kita hanya duduk menonton berita dan bergebang mengenai politik dalam dan luar negara tetapi masih tertanya-tanya mengapa ia berlaku.Kita selalu memikirkan bahawa kita selamat di dalam negara sendiri dan berbisik tidak mungkin kekecohan yang berlaku di luar negara berlaku di dalam negara kita.Tetapi tahukah anda setiap yang berlaku di dunia pasti akan mempengaruhi kehidupan kita sedikit demi sedikit.



Katakan anda seorang pekerja sebuah perusahaan.Anda begitu selesa dengan hidup anda.Hujung minggu anda akan bertemu rakan-rakan dan berkaraoke di sebuah pusat hiburan.Di waktu petang anda akan bersiar-siar di taman-taman rekreasi bersama teman wanita anda menaiki RXZ merah kesayangan anda.Suatu hari anda menonton berita mengenai kejatuhan harga saham di Wall Street dan kemeleseten ekonomi di seluruh dunia.Anda menonton berita dengan perasaan malas dan bersahaja.Apa yang dipaparkan benar-benar tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada hidup anda.



Keesokkan harinya,ketika sampai di tempat kerja,anda dapati para pekerja berhimpun beramai-ramai,anda tertanya-tanya apa yang berlaku.Setelah bertanyakan rakan sekerja anda,barulah anda tahu syarikat anda mahu mengurangkan pekerja.Dan yang paling malang nama anda termasuk dalam senarai pekerja yang akan dibuang.Dunia anda terasa gelap.Masih terngiang-ngiang suara pembaca berita malam semalam.



Kisah ini bukan rekaan.Ia adalah realiti kini,di mana baru-baru ini kenyataan dari White House menyatakan bahawa kemelesetan ekonomi pada masa ini lebih teruk dari era selepas Perang Dunia Kedua.Di negara kita juga ramai pekerja sudah dibuang.Mungkin anda bernasib baik kerana masih mempunyai pekerjaan.Tetapi bagaimana dengan nasib pekerja yang dibuang?Bagaimana pula dengan graduan yang baru keluar dari universiti yang mahu memohon pekerjaan?Kita selalu memikirkan selagi ia tidak berlaku ke atas diri kita,maka tidak perlu difikirkan semua itu.Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri mulalah ke sana sini meminta pembelaan,merayu-rayu hingga ke stesen televisyen meminta simpati orang ramai.Di waktu itu sikap MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI tidak langsung membantu kita.


Begitu juga dengan orang yang tidak mahu mengambil sedikit pun perhatian kepada perjalanan politik di dalam negara sendiri.Ada di antara mereka mengaku tersangat Islam,memikirkan Islam terlampau suci untuk dilibatkan dengan politik.Maka Islam terkurung di dalam masjid-masjid dan surau-surau sahaja.Politik tidak dihiraukan mereka malah apabila ada orang Islam mahu Islam dimuliakan melalui politik (bukan mempolitikkan Islam,ada beza di situ),dia pulak menjadi penentang dan penghalang utama.Ada di antara mereka seolah-olah tersangat alim.Berzikir 24 jam di dalam masjid tanpa mahu mengambil tahu siapakah yang menjadi pemerintah negerinya.Apabila orang kafir harbi naik menduduki takhta politik negerinya lantas meruntuhkan masjid tempat dia berzikir 24 jam dengan alasan untuk pembangunan,maka barulah dia tercengang dan terlompat-lompat ke sana-sini membantah orang kafir tadi.Padahal orang-orang macam mereka inilah yang menjadi bala kepada umat Islam.POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.Bagaimana Islam dapat didaulatkan jika tidak berkuasa dalam politik?Adakah Nabi Isa dan 12 sahabat Hawariyyun dapat mempertahankan dirinya ketika penyerbuan askar Pilatus,ketika Nabi Isa hanyalah seorang agamawan sahaja.Tetapi lihat Nabi Muhammad s.a.w,yang digeruni lawan dan kawan.Baginda bukan sahaja seorang ahli agama bahkan seorang negarawan dan ahli politik yang terbaik.Siasahnya bijak,sikapnya terpuji.Apabila ada sahabatnya dibunuh ketika menjadi utusan dakwahnya,baginda berkuasa mengerahkan angkatan perangnya memerangi pengkhianat tadi.Tetapi adakah Nabi Zakaria misalnya mampu menahan dari pengejaran orang-orang kafir sehebat Nabi Muhammad?Akhirnya Nabi Zakaria wafat digergaji batang lehernya akibat tidak mempunyai kuasa sepicing pun dalam politik Bani Israel ketika itu.Fikir-fikirkan.Tidak rugi anda berfikir sejenak DEMI KEBENARAN.Sampai bila anda hidup dalam matrix palsu ini dengan penuh kepura-puraan.


Belajarlah sejarah dunia sebaik-baiknya.Jika anda memandang subjek sejarah ketika anda bergelar pelajar dahulu amat membosankan dan membebankan anda,anda adalah insan malang yang berpotensi untuk dikelirukan dan menjadi hamba Dajal yang dungu.Dajal a.k.a The Hidden Hand adalah pakar sejarah dunia yang bijak.Dia mampu membaca perjalanan sejarah dan memanipulasinya.Tahukah anda bahawa sejarah dunia ditulis oleh mereka yang menjadi penyembah agama Iblis?Sejauh manakah sejarah dunia ditulis oleh mereka?Sejauh peristiwa 911 dikatakan berpunca dari Al-Qaeda dan pengganas Islam.Padahal Al-Qaeda itu sendiri adalah pertubuhan rekaan mereka dan imej Osama ditayang-tayangkan berulang kali untuk mengelirukan umat Islam.Adakah Yahudi dan Amerika gerun dengan Osama?TIDAK..TIDAK SAMA SEKALI.Sama ada individu bernama Osama itu tiada ataupun dia adalah golongan hamba Dajal yang dungu.Jika Osama adalah pejuang Islam tulen tentu dia akan berbuat sesuatu apabila melihat kanak-kanak Palestin Gaza terbongkang ditepi-tepi jalan mati ditembak meriam Yahudi Zionis.


Tetapi nampaknya dia pun senyap tidak berkutik pun bersama-sama puak Islam Liberal dan Sekular.Semuanya adalah permainan licik CIA dan Shadow Govenment.


Adakah orang-orang Melayu benar-benar berasal dari Yunnan?Anda percaya penipuan orientalis ini?Atau kita sekadar orang-orang dari zaman Paleolitik yang beransur-ansur maju di Tanah Melayu ini?Dari orang gua bercawat hinggalah pandai bercucuk tanam?Kalau begitu bagaimana dengan Melayu serumpun yang tinggal di bahagian kepulauan seperti di Indonesia.Bagaimana orang gua dapat menyeberangi selat dan lautan luas?Bagaimana dengan penemuan Java Man yang berusia jutaan tahun setaraf malah lebih hebat dari penemuan orang Neanderthal dan orang Peking?Atau Perak Man yang menjadi bukti segala teori Barat mengenai kedatangan orang Melayu dari Yunnan adalah salah sama sekali?Apa pandangan anda jika saya katakan sejarah Melayu cuba ditulis oleh para orientalis untuk menutup satu rahsia yang terpenting?


Di dalam dunia yang penuh misteri ini,kunci penyelamat anda adalah harapan anda terhadap kasih-sayang Tuhan.Kita hidup di dalam satu permainan yang ditentukan Tuhan.Tiada jalan keluar.Dunia ini penuh dengan konspirasi.Jika anda mempunyai sumber wang yang banyak,pengikut yang ramai dan kuasa politik yang tak terbatas,agaknya apa yang anda mahu buat?Ada manusia biasa seperti anda yang mempunyai sumber-sumber hebat seperti itu.Dan impiannya ialah untuk mencorakkan dunia mengikut kehendaknya.Dan mangsanya adalah anda.Jika anda tidak mahu mengambil tahu keadaan dunia disekeliling anda,jangan salahkan Tuhan jika tiba-tiba ada orang yang datang ke rumah anda dan memerintahkan anda sekeluarga berbaris di dalam rumah sambil mata ditutup dan tangan diiikat ke leher.


Selepas itu terdengar jeritan anak perempuan anda,namun anda hanya mampu mendengar tangisannya sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa.Rumah anda diselongkar,anak perempuan dan isteri anda dirogol dan anda dipaksa meliwat anak lelaki anda.Bagaimana?Apa perasaan anda?Itulah yang terjadi kepada orang-orang Arab Islam di Iraq dan Palestin bahkan di merata dunia.


Tidak mustahil ia akan berlaku di sini.Jika anda rasa Israel terlalu jauh nun di belah-belah Arab sana,anda amatlah tersilap sama sekali. Pangkalan Israel terbesar ada di hujung semenanjung Malaysia.Hamba-hamba elitnya adalah orang-orang Cina berfahaman Zionis dan pengikut Illuminati (Keluarga Li adalah salah satu keturunan Illuminati penyembah Iblis)..(Klik sini : apa yang ada di Temasik)


Melayu Islam adalah musuh 'Most Wanted' yang amat-amat perlu dihapuskan sama sekali.Malah adakalanya lebih berharga dari Pak-pak Arab yang berjaya dilekakan dengan membawa mereka berseronok di Syurga Seks Thailand.Aha...mereka cuma tunggu masa sahaja untuk mencucukkan jarumnya.Beberapa perancangan mereka sudah berjaya dan berjalan lancar.Antaranya menghasilkan para pemimpin Melayu yang bencikan Islam.Memecah belahkan orang-orang Melayu.Lihat sajalah politik Melayu kini.Betapa risaunya mereka jika muzakarah antara Pas dan Umno benar-benar terjadi.Merosakkan akhlak muda-mudi terutamanya gadis-gadis Melayu.Untuk mengukur sejauh manakah rosaknya gadis Melayu hayatilah kehidupan para artis wanita Melayu.



Dimanakah kehidupan malam mereka?Tidak payah jauh-jauh.Pergilah ke Felda-Felda dan anda dapat lihat betapa murahnya akhlak gadis Melayu.Apabila Melayu telah jauh dari agamanya sendiri maka ia telah KEHILANGAN SATU ALTER TERAHSIA yang amat penting untuk keselamatannya.Sifat spiritualnya telah hilang.Jadi apa yang tinggal?


Yang tinggal adalah MELAYU YANG PENUH PERASAAN 'INFERIOR' terhadap bangsanya sendiri.Menganggap bangsa sendiri adalah kolot dan agama Islam adalah jumud padahal bangsanya adalah ahli pengembara dan pelaut terbaik dunia.Apabila berbincang mengenai kehebatan bangsa Melayu dan kerajaannya,asyik-asyik terhenti pada Empayar Melayu Melaka.Benarkah bangsa Melayu mampu membina Empayar dan menjadi pengurus pemerintahan bermula dari era Melaka?Bagaimana dengan sebelum itu?Logikkah orang-orang Melayu yang duduk dikampung-kampung dipinggir-pinggir hutan,tiba-tiba menjadi pengurus sebuah empayar dan pelabuhan antarabangsa paling strategik dan terkaya di dunia?Sehinggakan para pedagang yang mahu berurusan di pelabuhan Melaka wajib mempelajari bahasa Melayu untuk berbincang dengan syahbandar-syahbandar Melayu dan berniaga dengan pedagang lain.Tahukah anda jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan Melaka pada satu-satu masa?Jumlahnya beratus-ratus!!Ini bukan main-main kerana sumber-sumber Portugis dan Sepanyol yang tersimpan rapi di perpustakaan-perpustakaan Eropah yang menyebutnya begitu.Lebih jauh lagi kapal-kapal yang ingin berlabuh di Pelabuhan Melaka perlu menunggu giliran untuk diatur dalam sistem parking yang sistematik oleh para syahbandar dan pegawai pelabuhan Melayu.Bagaimana orang-orang Melayu begitu hebat sekelip mata?Apa yang terjadi sebelum penubuhan Melaka?Benarkah Melayu hanya mampu membina rumah-rumah kayu beratap nipah dipinggir-pinggir hutan?


Jika mahu mengetahui keupayaan sebenar bangsa Melayu,kita harus mengkaji manuskrip pengembara Eropah di universiti-universiti Eropah seperti di Leiden dan surat-surat serta dokumen-dokumen para pengurus,pegawai dan bangsawan Melayu dahulukala ketika itu.Bukannya hanya membaca hasil kajian atau tesis para pengkaji sejarah Melayu dari Barat (contohnya R.o Winsted,R.H Geldern,J.H.C Kern dll) kemudian mengganggap tamadun Melayu setakat bermula dari zaman Melaka sahaja.Malangnya semua manuskrip itu tidak terdapat di sini.Semuanya hilang dibawa ke Eropah dalam satu operasi pembersihan fakta sejarah Melayu besar-besaran ketika penjajahan Barat (rujuk Munsyi Abdullah).Jadi apa yang tinggal di sini hanyalah buku-buku teks sekolah yang berasaskan kajian pembohongan para orientalis Barat serta ulasan dari sarjana Melayu pemalas yang hanya mengkompilasikan hasil kajian Barat.Jadi yang tertera adalah zaman Batu seperti Paleolitik,Mesolitik dan litik-litik lainnya kemudian terus ke tajuk Empayar Melaka seterusnya zaman Penjajahan.Hanya itukah sejarah bangsa Melayu????Padahal kapal perang Melayu ketika zaman Melaka dan Acheh lebih besar dari kapal induk Portugis malah lebih pantas dan hebat dari kapal The Black Pearl dalam filem Pirates The Caribbean dan orang Melayu mampu mentadbir sebuah pelabuhan yang lebih kaya dari Port Royal.Ini belum lagi masuk bab empayar Melayu lain seperti Srivijaya dan Majapahit.

INILAH RAHSIA PENJAJAHAN BARAT KE ATAS UMAT MELAYU.Ketika kaum Islam lain seperti Arab,Bosnia atau Chechen menghadapi kaedah penghapusan etnik yang ganas,tetapi lain pula dengan bangsa Melayu.Pihak Barat tidak mengejar-ngejar orang Melayu untuk dihapuskan tetapi memburu manuskrip-manuskrip berharga,surat-surat cinta Melayu dan perutusan diraja untuk disimpan (bukan pula untuk dibakar atau dimusnahkan,pelikkan taktik Illuminati ini?).(Sangtawal : Sila baca dan teliti contoh surat dalam artikel pilihan 3 di bawah )

Anehnya pihak Barat seperti Inggeris tidaklah membunuh orang-orang Melayu sepenuhnya walaupun seganas Portugis dan Sepanyol yang lebih kejam dari bangsa Inggeris (kecuali yang menentang mereka) seperti yang berlaku di Filipina dan negara-negara Amerika Selatan yang terhapus terus budaya dan bahasa mereka akibat pemaksaan budaya yang ganas dari para penjajah mereka.Ini menunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai budaya dan tamadun tinggi setanding dengan bangsa Cina dan India malah lebih hebat kerana mampu bertahan walaupun lebih kecil dari populasi bangsa Cina dan India.Hanya karya-karya besar bertahap diraja yang disimpan oleh golongan bangsawan dan diraja sahaja yang terselamat seperti Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) serta kitab-kitab agama.Apabila bukti bertulis tiada atau kurang mengenai orang Melayu maka JARUM SETERUSNYA DICUCUK oleh para orientalis Barat.Tugas para imperialis sudah selesai,tiba pula tugas para orientalis menyerang Kepulauan Melayu dengan pemikiran dan tusukan pena mereka.


Mereka pun membuat kajian dan tesis tentang teori Melayu sama ada asal-usul Melayu,budaya dan bahasa mereka.Kajian mereka meleret-leret sehingga ke tahap pemikiran Melayu dan keupayaan mereka sampaikan menyamakan mereka dengan golongan orang gua dan orang asli di hutan-hutan (ini bukan untuk menghina orang asli tetapi kenyataan Barat yang bias).Para sarjana Melayu pun mengambil kajian mereka dan bermulalah proses inferiority complex yang tidak berkesudahan.Mereka pun percaya bahawa mereka adalah orang gua dan paling hebat pun berasal dari etnik Cina dari Yunnan.Mereka pun percaya bahawa budaya mereka dan tulisan mereka dicedok dari India semata padahal siapakah orang-orang yang yang mengajarkan bahasa elit India iaitu bahasa Sanskrit kepada orang-orang kasta rendah Tamil dan Dravidia di India.Bukan semua orang India memahami bahasa Sanskrit,samalah seperti menyangka orang Tamil dapat memahami bahasa Hindustan dan faham apa yang Shah Rukh Khan dan Preity Zinta tuturkan dalam filem-filem mereka.Hindustan,Benggali dan Tamil adalah kaum yang berbeza di India.Malah nak menggunakan bahasa Sanskrit pun dibeza-bezakan mengikut kasta.Orang-orang Sudra atau berkasta Parya yang mendengar bacaan Veda dalam bahasa Sanskrit dihukum telinga mereka disiram timah panas.Jika mereka cuba membaca Veda,lidah mereka akan dipotong (rujuk Gotama Smarti).Jadi bagaimana pendeta Melayu dapat membaca dan mendengar kitab Veda sewenang-wenangnya.Sesungguhnya bangsa Melayu adalah BERKASTA TINGGI dalam pandangan komuniti Hindu purbakala.Ada yang berkasta Brahma atau Ksyatria.


Ajaran Buddha dan Hindu berasal dari India tetapi mengapa kitab Tripitaka ditulis dalam bahasa Pali manakala kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit?Ini menunjukkan terdapat pelbagai bahasa di dalam benua kecil India dan ini merupakan perkara normal dan biasa.Adakah benar-benar Sanskrit itu bahasa pertuturan orang India Purbakala?Sebenarnya bahasa Sanskrit adalah bahasa elit yang hanya ditutur dalam istana atau kuil-kuil.Bahasa Sanskrit bukanlah bahasa asal Benua Kecil India.Hari ini berapa kerat orang India yang faham bahasa purba ini?Bahasa ini kini mengalami kepupusan.Jadi siapakah yang empunya bahasa ini sebenarnya.


Kita akan mengetahui jika mengkaji bahasa-bahasa Sumeria dan Babylon Purba dan persamaannya dengan bahasa misteri Sanskrit ini.Aha...apa yang terjadi DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI DI UR DAN NEGARAKOTA SUMERIA-CHALDEA YANG LAIN BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU??.Jawab soalan ini sebelum mahu menulis sejarah Melayu yang kononnya setakat bermula dari Empayar Melaka.

Ini baru kepada konspirasi di dunia Melayu,belum lagi misteri yang berjalan di seluruh dunia.Sesungguhnya Iblis Laknatullah tidak bermain-main apabila menyatakan mahu menyesatkan anak Adam dan begitu berdendam dengan Nabi Adam.Dia akan menjalankan pelbagai strategi dan fitnah untuk membawa manusia jauh dari hidayah Allah s.w.t.Jangan terlampau takjub dengan kehebatan Amerika dan Eropah.Jangan terlampau rendah diri dengan bangsa Cina yang kaya dengan wang dan harta.Berusahalah membaiki kehidupan di dunia dan akhirat mengikut panduan dan ajaran Islam.Jika terasa orang Cina atau orang putih kaya dan hebat,ingatlah bahawa mereka juga adalah patsies peliharaan Illuminati penyembah Syaitan yang rupa-rupanya amat-amat memerhatikan dan bimbang dengan anda wahai orang-orang Islam (termasuk Cina Islam dan Orang Putih Islam).Mereka tidak bimbang dengan orang Cina kafir yang banyak duit,atau orang Jepun,Korea dan Eropah yang dibiarkan bermain-main dengan mainan-mainan (harta,perempuan,kereta,perniagaan,banglo).Tetapi mereka teramat bimbang jika orang-oranmg Islam khususnya orang-orang Melayu memanjangkan tangan mencapai AlQuran lantas terbaca ayat-ayat mengenai hukum dan prinsip kenegaraan seperti hukum Hudud dan Qisas.Harta dan wang yang teramat banyak berada di tangan para penganut ajaran Iblis bukannya di tangan orang-orang Amerika,Cina atau Jepun yang menjadi kuli bergaji bagi pihak The Hidden Hand.Fahamilah apa yang cuba disampaikan oleh MistisFiles.APA YANG PENTING ADALAH BERFIKIR...BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR.DAN BERTINDAK.Perhatikan apa yang berlaku.Kaji senario dunia.Baca AlQuran dan Hadis.Kelak jika anda berjalan seorangan di waktu malam tiada berbintang di celah-celah lorong yang sepi,anda pasti tersenyum dan berbisik "Ya,saya sudah tahu perancangan mereka!"


Anda tidak akan terkeliru lagi dan sesat.Anda sudah mengetahui apa yang mereka mahukan dari anda.BERFIKIRLAH DEMI KEBENARAN.Kerana kebenaran itu datangnya dari pemikiran yang sihat.Tidak rugi jika anda tinggalkan sebentar kerja-kerja dunia anda itu dan berfikir sebentar mengapakah sesuatu senario itu berlaku.Tanyalah diri sendiri,siapakah aku,dari mana aku dan ke mana aku?


Kelak pada Hari Semua Rahsia Disingkap,yang keluar dari mulut anda bukanlah pekikan terkejut,tetapi puji-pujian kesyukuran kepada Ilahi yang Maha Bijaksana lagi Maha Penyayang.




Artikel Pilihan 3 :



Tajuk : Meneliti Surat-Surat Lama.

Sumber : http://www.ashtech.com.my/DIL/sastera/book002.htm


(Sangtawal : Berikut saya sertakan sepucuk surat lama dari Raja Acheh kepada Raja England-King James I, sebagai membalas permohonan Raja England untuk rakyatnya berniaga di negeri Tiku dan Periaman yang dibawah naungan Negara Acheh Darussalam.Lihatlah betapa hebatnya Empayar Melayu Acheh waktu itu sehingga Raja England sendiri meminta kebenaran untuk rakyatnya berniaga.Surat ini juga menunjukkan betapa adil, berbudi bahasa dan berhemahnya Raja Acheh kepada Raja England. Lihatlah bagaimana hebat dan megahnya kerajaan Acheh yang tergambar pada permulaan surat itu….Raja yang beroleh martabat kerajaan…bermahligai gading….yang berpayung 'mas bertimbalan yang beratnya be¬ratus kati yang berpeterana 'mas, yang berciu 'mas; raja yang mengampukan kuda yang berpelana 'mas, yang be¬rumbai-rumbaikan 'mas, yang beratnya beratus kati, yang berkekang 'mas bepermata; raja yang berzirah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading 'mas, ber¬kumban perak, bergenta suasa, yang berantai suasa; raja yang bergajah berengka tinggi suasa, dan yang berperisai suasa, dan yang berlembing suasa, dan yang beristinggar suasa, dan yang berkuda berpelana suasa, dan yang ber¬gajah kursi perak, dan yang berkop perak, dan yang ber¬gong suasa, dan yang beralat 'mas dan suasa dan perak, dan yang bertimba 'mas bepermata; raja yang menyeng¬gerahakan nisan diri daripada nisan 'mas yang bergelar Megat 'Alam, yang turun-temurun daripada raja bernisan suasa; raja yang mengampukan raja-raja yang beratus-ratus daripada pihak masyrik, yang dalam negeri yang takluk ke Deli, dan yang dalam negeri yang takluk ke Batu Sawar; dan daripada pihak maghrib, yang dalam negeri yang ta¬kluk ke Priaman, dan ke Barus. raja yang memuat gajah peperangan tujuh puluh dari laut, dan bebempa daripada segala pakaian, dan persenggerahan yang indah-indah, dan daripada segala senjata yang mulia-mulia raja yang ber¬oleh kelebihan daripada lempah kelebihan Tuhan sarwa 'alam sekalian dalam takhta kerajaan negeri Acheh, Darul ¬salam; iaitu raja yang sentiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan sarwa 'alam ……silalah baca dan teliti sendiri seperti dibawah….)





Surat daripada Sultan Acheh kepada King James I (Raja' Ya'kob) England.
(Surat C)

Menurut keterangan Paderi W. G. Shellabear bahawa naskhah surat (C) yakni surat daripada Sultan Acheh ke¬pada King James I, England , di dalam Bodleian Library, Oxford juga tersimpannya. Surat itu bertarikh T.M. 1024 = T.M. 1612 (?) (Menurut keterangan Sir Richard Winstedt dalam "A History of Johore" Journal MBRAS Vol. X Part III. December, 1932, tarikh surat ini ialah July 1616. Acheh telah merampas dan menakluki Batu Sawar pada zaman (Kerajaan Johor Tua) pada T.M. 1613). Ada pun surat itu tertulis di atas kertas yang bergulung, kira-kira tiga kaki panjangnya, dan amat terhias. Tulisan¬nya lebih baik daripada tulisan dalam surat (B), tetapi ejaan-ejaannya banyak menyerupai ejaan-ejaan di dalam surat (A) dan (B), yakni yang terkenal dengan sebutan "ejaan Acheh" itu. Ada beberapa perkara dapat di pastikan daripada kan¬dungan surat itu, di antaranya:


(a) Cara aturan surat daripada raja sebuah negeri di alam Melayu kepada seorang raja negeri asing pada zaman itu. Adalah ternyata bahawa kira-kira dua per¬tiga daripada isinya, iaitu pada bahagian permulaannya, mengandungi kata-kata yang menzahirkan bagaimana ke¬agungan raja yang mengirim surat itu, dan selain dari itu baharulah di tuliskan maksud-maksud yang hendak di ma¬klumkan kepada raja yang di alamatkan surat itu.


(b) Surat ini nyataIah sebagai menjawab surat yang di kirimkan terlebih dahulu oleh King James I, England , kepada raja Acheh meminta supaya kiranya baginda itu memperkenankan orang-orang Inggeris berniaga dalam negeri Tiku dan Periaman.


(c) Perkataan "Inggeris" tidak di eja "Inglitir", tetapi suatu perkara yang menarik perhatian dalam surat itu ia¬lah tentang nama King James itu di sebutkan "Raja Ya'kob.

(d) Daripada kandungan surat ini dapat juga dicke¬tahu dengan nyatanya tentang kebesaran Kerajaan Acheh pada zaman itu, bukan sahaja negeri-negeri di dalam Su¬matra, bahkan menurut surat itu Batu Sawar (Kerajaan Johor Tua), Perak dan Pahang juga di bawah kuasanya.

(e) Kandungan surat ini demikian juga surat-surat yang ter¬lebih dahulu di terangkan itu adalah membuktikan dengan jelasnya bagaimana ke adilan raja-raja Melayu menjaga keselamatan nyawa dan harta benda saudagar-saudagar bangsa asing yang menumpang berniaga di dalam negeri baginda itu demikian juga di negeri-negeri jajahan takluk baginda.


m/s 63

m/s 64

Kandungan surat Sultan Acheh kepada King James I. England itu demikian bunyinya:¬

Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan ber¬daulat. raja yang beroleh mertabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, yang tiada terdengar oleh pendengar, yang bermahaligai gading, berukir berkerawang, bersendi bersindura, berwarna sadalinggam, yang berair 'mas, yang beristana seyojana menentang. Yang bersungai berikat batu pelinggam, yang umpama cermin sudah terupam, yang berpancuran 'mas bepermata be¬berapa daripada pancuran perak;

raja yang mengampukan perbendaharaan daripada seni 'mas, dan seni perak, dan daripada galian 'mas yang dalam negeri Priaman pada gunung negeri Salida; yang mengampukan permata sembilan jenis, yang berpayung 'mas bertimbalan yang beratnya be¬ratus kati yang berpeterana 'mas, yang berciu 'mas; raja yang mengampukan kuda yang berpelana 'mas, yang be¬rumbai-rumbaikan 'mas, yang beratnya beratus kati, yang berkekang 'mas bepermata; raja yang berzirah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading 'mas, ber¬kumban perak, bergenta suasa, yang berantai suasa;


raja yang bergajah berengka tinggi suasa, dan yang berperisai suasa, dan yang berlembing suasa, dan yang beristinggar suasa, dan yang berkuda berpelana suasa, dan yang ber¬gajah kursi perak, dan yang berkop perak, dan yang ber¬gong suasa, dan yang beralat 'mas dan suasa dan perak, dan yang bertimba 'mas bepermata;


raja yang menyeng¬gerahakan nisan diri daripada nisan 'mas yang bergelar Megat 'Alam, yang turun-temurun daripada raja bernisan suasa;

raja yang mengampukan raja-raja yang beratus-ratus daripada pihak masyrik, yang dalam negeri yang takluk ke Deli, dan yang dalam negeri yang takluk ke Batu Sawar;

dan daripada pihak maghrib, yang dalam negeri yang ta¬kluk ke Priaman, dan ke Barus raja yang memuat gajah peperangan tujuh puluh dari laut, dan bebempa daripada segala pakaian, dan persenggerahan yang indah-indah, dan daripada segala senjata yang mulia-mulia raja yang ber¬oleh kelebihan daripada lempah kelebihan Tuhan sarwa 'alam sekalian dalam takhta kerajaan negeri Acheh, Darul ¬salam; iaitu raja yang sentiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan sarwa 'alam sekalian daripada di lempahkannya ke¬limpahan kurnianya pada menyerahkan negeri daripada pi¬hak masyrik seperti Lubuk, dan Pidir, dan Semerlanga, dan Pasangan, dan Pasai, dan Perlak, dan Basitang, dan Tamiang, dan Deli, dan Asahan, dan Tanjung, dan Panai, dan Rekan, dan Batu Sawar, dan segala negeri yang takluk ke Batu Sawar, dan Perak, dan Pahang, dan Inderagiri maka daripada pihak maghrib seperti negeri Chalang, dan Daya, dan Baros, dan Pasaman, dan Tiku, dan Periaman, dan Salida, dan Indera Pura, dan Bengkulu, dan Salibar, dan Pelembang, dan Jambi. Datang kepada raja yang di negeri Inggeris yang bernama Raja Yakob, yang mengampukan negeri Britani, dan negeri Fransi, dan negeri Irlandi. Di¬kekalkan Tuhan sarwa alam sekalian jua kiranya ia dari¬pada segala seterunya. Setelah itu barang tahu kiranya raja. bahawa hamba terlalu sukacita mendengar bunyi surat yang di suruh raja persembahkan kepada hamba itu. Maka ada tersebut dalamnya, bahawa raja mohonkan barang dapat orang Inggeris beniaga dalam negeri Tiku dan Periaman, dan barang dapat orang itu duduk beniaga disana, seperti pada zaman Paduka Marhum Saidul Mukam¬mal itu. Maka titah hamba, bahawa orang Inggeris yang seperti di kehendaki raja itu tiada dapat kita beri beniaga di negeri Tiku dan Periaman, dan tiada dapat duduk beniaga di sana ; kerana negeri itu negeri dusun, lagi jauh daripada kita. Jika di aniaya orang Tiku atau orang Periaman akan orang itu, nescaya keji bunyi kita kepada Raja Ya'kob itu. Dengan anugerah Tuhan sarwa alam sekalian, jika hendak orang Inggeris yang hamba pada raja itu beniaga, maka beniagalah ia dalam negeri Acheh; dan jika ia hen¬dak menghantarkan petornya beniaga, dalam negeri Acheh di hantarkannya; supaya barang siapa berbuat aniaya ke ¬atasnya segera kita periksai, dan kita hukumkan dengan hukuman yang adil, daripada bahawa ia hamba pada raja yang berkirim-kiriman surat dengan kita itu. Di sejah¬terakan Tuhan sarwa alam jua kiranya Raja Ya'kob dalam takhta kerajaan negeri Inggeris itu selama-lamanya. Ada pun surat ini di surat dalam negeri Acheh pada bilangan Islam seribu dua puluh empat tahun.