Sunday, October 10, 2010

Syair Keramat Tok Kenali


Tajuk : Syair Keramat Tok Kenali

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya .

Terima kasih kepada sahabat saya Muallim 1, yang sudi berkongsi ilmu berbentuk kupasan-kupasan mendalam terhadap karya Tok Kenali melalui arwah gurunya dan memberikan keizinan kepada saya pula untuk menyiarkan kembali beberapa perenggan dari syair itu.

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah :

“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,

Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”


Mengikut sahabat saya Muallim 1, Syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Saya dan Muallim1 tidak pasti apa lagi isi kandungan risalah tersebut selain dari ia mengandungi syair ini yang menyebabkan ianya diharamkan oleh Majlis agama islam.

Risalah ini pernah menggegarkan Kedah-Perak awal tahun 70-an, Syaikh Mahmud pernah dipanggil untuk menjawab isykal-isykal yang ditimbulkan dari risalah ini. Beliau bersama sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bukit Besar yang juga anak murid Tok Kenali telah menjawab segala kemusykilan-kemusykilan oleh para ulama Kedah-Perak ketika itu.

Bagaimanapun ,tidak ada kata sepakat pada waktu itu dalam membenarkan atau menyesatkan risalah ini. Tetapi , kini risalah itu telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak dan Kedah, setelah puluhan tahun Syaikh Mahmud pulang ke Rahmatullah.

Kupasan Peribadi sahabat saya Muallim 1 tentang Syair diatas:

[[ Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu?

Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi…

Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu.

Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan. Mereka juga memikul amanah untuk memastikan melayu-islam akan kekal sehingga ke akhir zaman.

Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula.

Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah.

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi.

Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi.

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!! ]]


Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya. Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah !
Melayu -islam harus bersatu !
Melayu- islam harus kuat!


Ayuh, sambutlah saranan wali Allah Tok Kenali seperti yang tertulis dalam karya syairnya diatas. Syair keramat seorang wali Allah yang kuasa kasyafnya mampu menembusi ruang masa hingga ke 100 tahun kedepan dengan izin Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!




* [ Artikel ke-203 Sangtawal Sakranta ]...

48 comments:

Anonymous said...

aku rasa kau ni dah pandai tambah sendiri ni...cuba tunjukkan risalah asal nya bru cter...keris dan besi tu merujuk pada kekuasaan dan kekuatan manusia akan hancur sbb bersifat baharu hanya Allah yg maha berkuasa...kekal sempurna kekuasaannya ..

kau ingat wali ni sibuk dengan parti ker...

Anonymous said...

salam..
bro,setahu-kwn-kelabu-tue-warna-pakaian-para-wali

Anonymous said...

aaa.... kantoi....hahaha

Sangtawal Sakranta said...

salam,

anon @1.49am,
ho ho ho.... rileks dulu , sabar bro... kau jangan nak tuduh aku sembarangan... sila bagi e-mail kau pada aku, aku akan tunjukkan risalah yang asal... kulitnya berwarna hijau, saiznya kecik je... sama saiz dengan surah yaa sin.... yang kau pandai - pandai menambah pasal simbol besi dan keris tu kau ambik dari mana ?

kau ingat wali Allah tak ambik pusing pasal politik ciptaan dajjal ni ke? lepas tu kau pikir wali tu kerja dia dok atas sejadah ,buat ibadat 24 jam saja ke? tu jer ke kerja wali Allah ???

anon@8.57 am,
kelabu yang dimaksudkan dalam syair diatas ialah lambang atau bendera, yang saudara maksudkan itu pakaian.Tidak semestinya semua wali itu memakai pakaian kelabu.

wassalam.

naga siluman said...

pakaian wali selalunya hitam
syair tu terbuka untuk pelbagai tafsiran
lain orang lain tafsirannya
cuma tok kenali ni kasyaf
dia je tau ape yang dia maksudkan

sang lang buana said...

salam sangtawal yg mnujukkan keawalan jahilnya dalam menafsirkan apa sbenarnya yg cuba di sampaikan...dalam pondok anda menrangkan apa yg sebenarnya maksud ini..jgn memandai bro.skian trima kasih buat mu yg akan mmecah belahkan lagi golongan seperti hamba.

786 copymaster said...

Saya tak tahu tentang tafsir warna hitam dan kelabu tp kalau syiah dan wahabi memang saya ada terdengar yg dua kumpulan ini merupakan satu cabaran utk umat akhir zaman sbb 2 kumpulan ini bergerak melalui satu sistem yg tersusun kata Saidina Ali

" kebenaran yg tdk bersistem akan dikalahkan olen kebatilan yg ada sistem '

minta maaf kalau terjemahan saya kelam kabut tp lbh krg itu maknanya

changkatlobak said...

sempoi bro,

teruskan menulis

cebong said...

"sang lang buana dan yang seangkatan dengannya...
sangat cantik,awal masuk memberi salam...
sudah didalam,jagalah adab dan tertib...usah mudah menghukum...
kaedah dan cara yang dangkal..
berilah pendapat,hujah dan kata yang bernas..
dalam menyampai sambil brkias..
sama-sama berkongsi ilham dan ilmu..
baru indah hati dan jiwa dirasa.."

Senang cerita emak dan bapak kita tak pernah MENGAJAR kita BERKOKOK!
bila bertandang ke rumah orang.

Anonymous said...

pening kt Nabi Khaidir tu..hidup lg ke die?

FaizalAzri said...

*jangan mudah-muadah salahkan ajaran orang lain.

tafsiran bersifat subjektif, melainkan tuan punya itu menerangkan apa yang dilihat dan ada juga beberapa situasi yang ada orang lain memehami lebih dari apa yang "tuan punya" penyampaian. Waalahualam.

jika kurang bersetuju berikan sebab-sebabnya , bukan hendak tunjuk hebat tapi hendak perbaiki pegangan yang mungkin kita silap/salah pegang.

Anonymous said...

Seorang pejuang yang berjuang dengan cara yang tersendiri.Tidak berpihak kepada mana mana pertubuhan.Hanya berminat untuk mencari kebenaran. Boleh ditegur atau diajar oleh semua.Boleh dibawa berbincang.Sedia menerima segala kritikan.Bersedia berkongsi pengalaman. Sedia membantu setakat yang termampu.Saya bukan manusia yang sempurna....maka harapan saya kepada anda semua...bantulah saya...dan terimalah saya seadanya.Wassalam.<<sifat sangtawal

Anonymous said...

simbol keris banyak, ada persatuan silat yang ada simbol keris, so semua ni subjektif... jgn kaitkan parti politik sahaja, saya rasa elok ketepikan fahaman politik, lagi satu sesiapa yang masuk blog ni haruslah bijak menilai, kita tidak boleh percaya 100 peratus tulisan penulis blog ini.
Ia sekadar pandangannya. PANDANGANNYA. jadi kita kena bijak menilai, teruskan menulis sangtawal. Allah MAHA MELILHAT MAHA MENGETAHUI

BUKALAH HATIMU... said...

Kek bawah ni baru tafsiran yg baru eh!!!! yg ateh tu sumo old style...heheh!!



Bukalah Hatimu

Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)

Anonymous said...

Org Malayu pun kena jolok gak sikit.....cam gini...

________________________________

Seloka Cak Kun Cak - SM Salim & M.Nasir

Tan Sri: Satu masa yang telah silam
M.Nasir: Tak dapat diambil kembali

Tan Sri: Melayu mashyur serata alam
M.Nasir: Hidup mewah gagah sekali

Tan Sri: Pahlawan kita nama terbilang
Ditakuti ramai perwira

M.nasir: Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak semangat kerana bangsa

Tan Sri: Kelekaan jangan dikenang
M.Nasir: Lautan duka kelak dikenang

Tan Sri: Hampir tinggal sehelai benang
M.Nasir: Bencana sengaja dipinang

Tan Sri: Jika perhati bangsa dagang
Kapak beliung ditangan memegang

M.Nasir: Kekayaan hendang diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

Tan Sri: Disulami syair termashyur
M.Nasir: Usahlah berdengkur
Kita yang bertafakur

Duet: Yang mana khilaf tegur menegur
La..la...la..la...

Korus:
Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih

Jadikah bersih, hatipun bersih

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa

Tan Sri: Awak yang payang membelah ruyung
M.Nasir: Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung

.....................

biyar sedaq diri kita tu....nanti org pijak2 kepala kita.

harap maklum.

KantaN said...

Aku paling suka part yang ni....


Qoute(((

Korus:
Tan Sri: Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih

Kulitnya bersih hatipun bersih
Memikul belati tiada memilih

Jadikah bersih hatipun bersih
Berkata bermulut fasih

Jadikah bersih, hatipun bersih

Duet: Dialah khazanah pintu terpilih
a.a.aa...aa

MARI BERFIKIR......

Sangtawal Sakranta said...

salam,

786 kopimaster,
terima kasih atas komen dan sangat setuju dengan pendapat tuan.

changkatlobak,
terima kasih atas sokongan :)

cebong,
terima kasih atas komen dan nasihat.saya pun minta maaf dari pembaca jika saya terkasar bahasa.
nasihat yang baik dan berguna adalah baja untuk menyuburkan hati dan jiwa:)

anon@3.54am,
banyak pendapat tentang Khaidir a.s ni, ada yang kata nabi dan ada yang kata wali. baginda "masih ada".

sahabatku Faizalazri,
terima kasih atas komen.ya tafsiran itu memang berbeza-beza.sama-samalah kita berbincang dengan cara yang berhemah.oh ya... maaf, saya terdelete e-mail awak semalam sbb masuk dalam spam, boleh hantar e-mail tu semula?

anon@11.47am,
terima kasih kerana mengingatkan saya. :)))

anon@11.50am,
terima kasih atas komen.ya saya setuju dengan anda.apa yang tertulis disini adalah pandangan saya, terpulang kepada anda untuk menilainya, maafkan saya jika pandangan saya tidak serupa dengan pandangan anda semua.lain orang lain persepsinya.terima kasih atas sokongan dan galakan, insyaAllah saya akan terus menulis selagi terdaya, doakan kesihatan saya dan semoga saya banyak masa terluang untuk menulis.
ya , simbol keris ada simboliknya yang tersendiri,saya pun ada gambar keris juga kat banner atas tu! he he he... tapi dalam kontek syair tok kenali diatas yang empunya ilmu berkaitan dengannya iaitu sahabat saya mija kata ia berkaitan dengan sebuah parti politik...

bukalah hatimu,
terima kasih atas syair versi moden tu, menarik! ya... hitam campur putih memang kelabu....:)

wassalam

Santri Pondok said...

salam kepada sangtawal..

bg golongan yg tidak boleh terima ye terpulang.. yg penting anda sudah sampai kn.. sampai kn dr sumber yg betul.. bukan sekadar rekaan.. byk golongan yg konon nyer faham agama nie menolak kitab2 para ulama'.. lagi lah pulak kl kene kt parti or jema'ah masing2.. lagi lah x leh terima.. walau pn didatang kn bukti kitab para ulama' sekali pn ditolak.. Itulah iman sekadar bertaklid seperti mana yg dikupas kn oleh Imam Sanusi..

terus kn belajar & mengajar.. biar tingkat iman kite dengan ilmu.. bukan sekadar ikut2an..

wassalam

HambaFakir said...

Amanah allah pada kita bukan untuk memper'Esakan Dia.
politik dalam islam yg memecahbelahkan sesama saudaranya sendiri.

ada akal renungkan, ada hati melihat.

-wassalam-

sangbogoroyo said...

Salam abg sang,

Saya tido umah tok ayah minggu lepas. Terima kasih di atas salam :)

Anonymous said...

nk tambh ckit..ni ada kat lagu silat abjad...

http://www.youtube.com/watch?v=sNBJ9sxjCLE

Anonymous said...

Salam
Sangtawal,,,agak lama tidak berkunjung ke sesawang enta.Ana paling teruja membaca petikan enta yg di bawah ini;
"Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini."
Adakah itu merujuk kepada Barisan Nasional dan Parti UMNO???
So kalau dah tau geng nie nak lingkupppp ,,ayuh !!!sambutlah seruan JIHAD kita bergabung dgn Pakatan Rakyat dan Parti PAS...Apa komen enta bro????

"Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!!"

Sudah terang lagi bersuluhkan Firasat nie?????

Anonymous said...

hahahaha.....PAS,PKR,pakatan rakyat pun satu serpihan dari UMNO juga...kalau tidak pun bawa doktrin yg sama.....jangan buta sejarah bro.

SEKULAR!!!!!!!atau SEKULAR Artartuk!!!!!

faizul darius said...

Tahniah Sangtawal, satu pandangan baik dari Sangtawal.

Anonymous said...

so nk buat apa untuk naikkan ISLAM???Kalau dah PR , PAS , KEADILAN tak diberi peluang?Harapkan BN dan UMNO dah 50 thn tak memartabatkan ISLAM.So bg la peluang org lain pulak....sebab dok nampak PAS walau pun serpihan dari UMNO lebih nk kan ISLAM dari UMNO tu...tak kan yg tu pun x reti nk tgk bro????

cebong said...

Salam.
Sahabat yang dangkal ingin berkongsi akal dan rasa..
Apakah kiranya jika ianya ada memberi sedikit laluan dan ruang..
Khususnya untuk bangsaku yang bersaksi,beragama syariat "nabi MUHAMMAD HABIBULLAH"..dr kalangan aku dan engkau didalam PAS,PKR,UMNO dan segala macam ngo seangkatan dengannya..
Dan dikhususkan lagi bagi 'aku dan engkau' yang tak berapa waktu lagi baki umurnya..
Buka sedikit skru 'karat' yang berada didalam kepala2 aku dan kalian...
Keluarkan sedikit "diri" dari kepompong yang 'busuk dan hina' ini..(bukan menghina hebat ciptaanmu ya rabb)
Gabungkan sekalian "diri" kita menjadi satu yang "utuh" dan "teguh"..
Adunkan dengan kalimah "hak" yang suci..
Rasa..rasa...dan seterusnya rasakanlah..getar kehebatan dan kekuatan yang tercetus yang dapat dirasa...
Saf teguh yang menggentarkan hati musuh!....
wa'alam.

HambaFakir said...

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku ( muhammad ) adalah pesuruh Allah.

Anonymous said...

aiyo.. >.<

hee... jgn la mcmni kwn, udah la tuh.

ttg siapakah "gerangan" yg akan teraujui Islam tidak perlulah dipersoal kerna Allah yang menjaga Islam dan KITA hanya menjalankan tanggunjawab jadi mengapa semua ingin teriak menjadi jaguh.

tujuan agung adalah iman, perlaksanaan adalah syariat/islam, istiqamah adalah ehsan.

maka berjuanglah atas kadar yang telah Allah letak/tetapkan dimana kita (Diamana bumi dipijak disitu langit dijunjung) teruskan dakwah dan berdoa agar kita dipilih sebagai hamba-hamba Allah yang menegakkan Islam. insyaAllah

-FAF

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

santri pondok,
terima kasih kerana memahami dan memberikan sokongan tuan atas usaha yang tak seberapa ini.

Hamba Fakir,
terima kasih atas komen dan ingatan.

Adik Sang,
sama-sama :) bila boleh jumpa? semoga Tok ayah sampai hajatnya utk mengerjakan umrah bulan 11 nanti.doakan.

anon@5.20am,
terima kasih atas info.

Abuuwais,
terima kasih kerana sudi singgah di teratak ana.semoga islam gemilang kembali! lambang roket DAP pun besi juga tu! he he he!

anon@12.37 pm,
terima kasih, setuju dengan anda.

Faizul,
terima kasih.

Abuuwais,
ana doakan semoga islam terus gemilang, tak kira la mereka yg mendukungnya dari parti mana pun.

cebong,
sangat setuju dengan tuan.

Hamba fakir,
hati-hati dengan ungkapan itu! :)

FAF,
terima kasih atas komen.

sangbogoroyo said...

salam abg sang,
insyaallah dipermudahkan urusan tok ayah ke mekah. insyaallah 30hb ni saya balik ke kelantan. ahad atau isnin baru dtg ipoh semula.

hafszach said...

macam mana dgn mualaf...????
diorang tu semuanyerr bukan berbangsa melayu..

Anonymous said...

sajak tok kenali pernah dibacakan oleh guru saya pak lang mid..murid kpd syeikh mahmud nasri uthmani disurau kubur tok kenali pd awal 70an dulu..lalu didengar oleh tuan guru hj ahmad bangkok anak sulong tok kenali,dia turun dari rumah beliau lalu brtny siapa baca syair tersebut?lalu beliau brktat bhw dia mendengar syair itu sewaktu dia masih kanak2 lagi.Dsitulah bermulanya perkenalan antara syk mahmud dgn tuan guru hj ahmad...Muallim1

Abu Naim said...

hafszach: tentang mualaf...di sinilah rahsia kebijaksanaan MELAYU yang tersembunyi...

di bumi melayu...melayu yang islam adalah melayu, yang islam juga jadi melayu sedangkan yang lahir melayu ttp tiada islamnya maka hilanglah melayu itu...make sense tak?

er, betul ke ni encik sang tawal?

sya'ir tok kenali tu, kalau baca dengan hati yang bersuluh mmg nampak apa yang tersirat, yang tak nampak tu gilap lagilah cermin ya :)...maaf

Anonymous said...

salam...sy juga ahli abjad...kitab gerak sy hilang...sy beli di kupang baling...sy dari yayasan khairiah...di mana sy blh dpt kitab 2?boleh bantu...

wan megat said...

email sy kasut_terbang86@yahoo.com
budak yayasan

wan megat said...

salam...sy juga ahli abjad...kitab gerak sy hilang...sy beli di kupang baling...sy dari yayasan khairiah...di mana sy blh dpt kitab 2?boleh bantu...

Anonymous said...

Kitab Gerak Kilat Menyambar sudah tidak dicetak lagi.Wan Megat taip alamat yg buleh saya hantar postkan kitab ini.Saya akan buat 1photocopy utk anta.Muallim1

Sangtawal Sakranta said...

salam,
saudara wan megat boleh email kpd saya nama dan alamat sebenar sauadara, nanti saudara saya muallim 1 boleh bantu.

emailkan ke sangtawal@yahoo.com

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Naga siluman,

terima kasih atas komen, ya syair itu hanya tok kenali yang tahu akan maksudnya, tetapi syair itu ditulis oleh khadam dan anak muridnya syaikh Mahmud Nasri.Sahabat saya muallim 1 ada pertalian ilmu dengan penulis ini.Syaikh Mahmud pernah belajar di pondok Gajah Mati kedah dan pondok Tok Padang Jelapang, penulis juga pernah menerima sanad @ jalan ilmu hulubalang sufi dari moyang sahabat saya muallim 1 iaitu Tuan Guru Haji Tayyib Seberang Pasir Mas dan selepas itu menerima Tareqat Ahmadiyah dari nenek sahabat saya muallim 1 iaitu Sheikh Abdul Rahman Jabat.

Sang Lang buana,
Saya tidak kisah anda berkata saya jahil atau tidak, tetapi cara anda tersebut nampak sangat angkuh.nak tanya sikit anda dari pondok mana? anda dalam golongan mana? kenapa berkata saya akan memecahbelahkan saudara pula? risalah diatas adalah dipetik dari risalah asal, ia diterbitkan oleh Percetakan Al-Ahliyyah sdn bhd tanpa ditulis tahun cetak.petikan diatas dipetik pada mukasurat 44 dan 45.
Boleh anda sebut dalam bab mana anda akan dipecahbelahkan oleh saya, boleh kita berbincang secara ilmiah disini, anda tidak boleh menyimpan ilmu anda begitu saja, kerana tugas orang pondok ialah untuk belajar dan mengajar ilmu Allah.sekali lagi saya dan sahabt saya muallim 1 ingin sekali tahu anda dari pondok mana?

sangtawal sakranta.

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM SANGTAWAL...MNTAK JASA BAIK TUAN UTK E MAIL KN KITAB HIJAU YG TUAN CKPKN...SAYA TRIGIN SGT NK TGK..MOGA2 BOLEH BRKGSI ILMU.. "GERAK ALAMAT HIDUP,DIAM ALAMAT MATI"

Anonymous said...

e mail saya: azlanmazlan87@yahoo.com

HAMBA ALLAH said...

menurut pendapat jumhur ulama`Nabi Khaidir a.s. hidup di zaman nabi yahya a.s lagi.apesal plak bleh hidup pulak di zaman ulama` melayu.....???
cubafikir berapa lamakah jangka masa antara zaman Nabi Yahya a.s. dgn Nabi Muhammad S.A.W.....??bukankah berpuluh-puluh ribu tahun..??adakah kupasan terbaik yang anda salurkan itu logik dari segi pemikiran akal yang serba jahil ini.....???
HARAP DIJAWAB DENGAN PENUH KEALIMAN....SEBAB IMAM SYAFIE` PERNAH BERKATA"NESCAYA AKU MENANG JIKA BERBAHAS DENGAN 10 ORANG BERILMU,TETAPI AKU AKAN KALAH JIKA BERBAHAS DENGAN 1 ORANG JAHIL"

Anonymous said...

Salam kpd Hamba Allah,
sebelum anda membicarakan jangka hayat Nabi Khaidir, lebih baik anda bertanyakan sahaja dimana kubur atau makamnya Nabi Isa a.s jika yg disalib itu bukannya Nabi Isa? Anda bukan org yg jahil pasti anda mengetahui bahawa yg disalib itu bukannya Nabi Isa a.s..
tak usahlah mempersoalkan keistimewaan Nabi2 dan Wali2, mereka tu khalifah yg diberi keistimewaan oleh Allah,
Anda bkn jahil, pasti pernah dgr ayat 'kun fayakun' bukan?
Hanya Allah yg layak memberi atau menarik zat2nya kpd siapa dan dari siapa saja yg Dia kehendaki..

Wallahualam..

Unknown said...

Bro..buleh rujuk tuan guru hj ahmad junaiddin yg skrg memegang amanah sebagai anak murid syeikh mahmud pengarang kitab tu...boleh jumpa di selama perak..sy rasa bro dh slah tafsir tu..bait syair tu bkn karangan tok kenali.. Tp krangan anak murid dia selaku pngarang kitab mutiara di tgh mata...syeikh mahmud sendiri..salh tafsiran bro tu...bkenaan warna2 tu..sbenarnya mnceritakan ttg 3 golongan yg Allah sebut dalam quran..1-an'amta'alaihim , 2-maghdubialaihim,3-addhollin..boleh kontek sy di fb-muhdhafiz_69@yahoo.com

Unknown said...

Jum kita bersatu....bendera ah menunggu

Mansor Yaakob said...

Assalamualaikum wbt tuan... maaf menganggu tuan yg terlena setelah 10 tahun berlalu... izinkan saya copas... n share serta mengamalkan sajian di atas... ikhlas kerana allah swt aamiin2... (Hamba Allah)

Mansor Yaakob said...

Alhamdulillah aamiin... pencerahan yg amat menarik sekali...

Miqdad said...

GERAK KILAT MENYAMBAR DAN MUTIARA DI TENGAH Mata bagai mana boleh miliki kitab ni.?no tel sya 011-10300404