Thursday, June 10, 2010

Pakaian Panglima Dan Hulubalang Dahulu Kala Dalam Catatan Lama



Tajuk : Pakaian Panglima Dan Hulubalang Dahulu Kala Dalam catatan Lama

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Sudah lama rasanya tidak menulis artikel, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian berkenaan dengan ‘pakaian’ orang dulu dulu.Bila kita dengar perkataan pakaian, maka fikiran kita tentulah membayangkan bagaimana orang-orang dahulu berpakaian, siap berdestar di kepala , berbekung, berkeris, nampak segak seperti dalam kebanyakan filem filem melayu purba yang pernah kita tonton sebelum ini.

Di musim cuti sekolah ini biasanya ia dimeriahkan lagi oleh majlis kenduri-kenduri kahwin.Oleh itu, tak lupa juga di kesempatan ini Sangtawal ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pembaca blog ini yang akan atau baru saja mendirikan rumahtangga, saya doakan agar kalian beroleh bahagia dan dirahmati Allah swt hingga ke anak cucu dan hingga ke hujung nyawa!

Bila melihat pakaian raja sehari ketika dipersandingkan itu, maka terbayanglah oleh kita betapa hebat dan segaknya pemuda atau hulubalang melayu dahulu kala!

Namun, orang tua-tua melayu kita biasanya low profile, cakapnya lembut, selalu berlapik dan berkias! Itu sebabnya saya nasihatkan kepada pembaca semua agar jangan terlalu sombong dengan orang-orang tua kita, terutama yang telah lanjut usia tetapi masih kuat ingatannya dan masih kuat fizikalnya! Hampirilah mereka, hormatilah mereka dan mintalah mereka ajarkan ilmu-ilmu berguna kepada kita semua, insyaAllah mereka akan ajarkan kita ilmu yang sangat berguna!

Berkaitan dengan hal ‘pakaian’ ini, arwah datuk saya pernah berpesan kepada saya, agar mencari pakaian-pakaian yang baik untuk dipakai pada badan agar terpelihara dari musuh dan iblis! pakaian itu jugalah yang kita pakai bila berperang dengan musuh-musuh Allah nanti! Carilah pakaian nabi-nabi atau pakaian wali-wali Allah katanya. Pada mulanya saya tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu, maklumlah waktu itu umur baru belasan tahun, datuk kata, tak apa, nanti bila saya besar saya akan faham.

Hal berkaitan dengan ‘pakaian’ ini terbiar berlalu begitu saja sehinggalah datuk kembali ke rahmatullah. Beberapa minggu selepas kematian datuk , nenek memanggil saya dan memberikan beberapa naskhah lama peninggalan arwah datuk kerana nenek tahu saya ialah jenis orang yang suka menyimpan benda – benda lama. Antaranya ada satu naskhah tulisan tangan setebal 52 mukasurat bertarikh 6.5.1359 masihi ( 651 tahun silam), menurut kata nenek inilah naskhah atau catatan yang amat datuk sayangi, ia dalam bentuk fotokopi kerana naskhah asal telah hilang selepas seorang daripada saudara datuk meminjam dan menghilangkannya, nasib baik beliau telah membuat salinan fotokopi, itupun tulisannya sudah kabur dan amat susah untuk dibaca!


*Di bahagian atas catatan tertulis "Inilah pakaian untuk laki-laki yaitu panglima dan hulubalang...."







Saya pernah membawa naskhah ini kepada arwah guru utama saya Habib Zain, beliau nasihatkan saya supaya menyimpan baik-baik naskhah ini dan naskhah ini adalah catatan orang dulu-dulu tentang pakaian-pakaian mereka, katanya , cukuplah dengan pakaian yang sedia ada yang diajari olehnya kerana untuk memakai pakaian dalam catatan ini, ia sudah kehilangan salsilah dan punca rantaian atau sumber rujuknya! Takut jadi isim atau kepanasan jika memakainya.

Pesan arwah guru, catatan ini banyak berkait dengan Tareqat Syattariah yang banyak diamalkan oleh orang-orang melayu Patani dan Ulama Patani silam. Jika bertemu dengan mereka yang ahlinya atau tahu selok belok pemakaian ‘pakaian ini’ dan dimana duduk letaknya dibadan bolehlah belajar, tiada salahnya, Cuma katanya bila memakai apa-apa pakaian atau kalimah dibadan, jangan terlalu taksub kepadanya, nanti boleh menjadikan kita syirik dengan kehebatan pakaian itu, padahal makhluk tiada kuasa, hanya Allah swt yang berkuasa! Itulah yang membezakan antara pemakaian dan amalan. Bagi guru utama pula, dia menekankan untuk melebihkan amalan, kerana dengan izin Allah amalan akan bertukar menjadi pakaian bila kita terdesak katanya.

Kata arwah guru, setiap pendekar sufi itu mesti cukup amalan dan pakaiannya!

Saya termenung sendirian, mungkin ‘pakaian’ inilah, yang tercatat dalam naskhah ini yang datuk maksudkan dulu, namun oleh kerana ketika itu umur saya di belasan tahun, mungkin datuk tidak terus mengajar saya. Apapun , kesedihan dan penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana atas sikap kelekaan saya juga, tidak pernah saya bertanya datuk berkaitan ‘pakaian’ ini di hari-hari akhir usia datuk, sehingga datuk pergi membawa bersama ilmu atau pakaian yang tidak ternilai itu.

Arwah guru bercerita, pernah dulu ketika Mat Kilau meminta perlindungan Tok Ku Paloh, semasa Mat Kilau berada dirumah Tok Ku Paloh, sebelum mandi Mat Kilau memecat Kalimah atau pakaiannya lalu disangkutkannya di dinding rumah Tok Ku Paloh, walaupun orang biasa dengan mata kasar tidak nampak, tapi Tok Ku Paloh yang ketika itu menyandang pangkat Wali Qutubul Zaman boleh nampak, lalu dia berkata kepada Mat Kilau, pemakaian itu bukan tak boleh, tapi lebih baik jika ia digabungkan dengan zikrullah kerana ia sendiri tidak akan mampu menandingi kehebatan Zikrullah! Lalu Mat Kilau pun menjadi murid kepada Tok Ku Paloh pula untuk beberapa ketika !.

Arwah guru juga ada ceritakan bahawa ada seorang tua yang selalu keluar rumahnya sesudah subuh untuk menoreh getah dan selalu berjalan di dalam gelap tanpa membawa lampu suluh! Bila diperhatikan betul-betul oleh orang kampung , tubuh lelaki tua itu terutamanya dibahagian dahinya selalu nampak cerah bila berada didalam gelap, bila ditanya oleh beberapa orang kampung, apakah amalannya, dia berkata tidak ada apa-apa yang istimewa, buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang, tetapi bila ditanya oleh arwah guru saya secara ‘direct ‘- kalimah atau pakaian apakah yang dipakai di dahinya dan ditubuhnya? Dia terus terkejut dan berkata, ‘pakaian’ itu umpama lampu basikal, dinamo basikal adalah Qalbi dan putaran roda basikal itu adalah zikrullah, oleh itu untuk mencerahkan lampu basikal, jangan biarkan roda itu berhenti dari menggerakkan dinamo basikal!

Saudaraku sekalian, sekarang bukan masanya untuk bersuka ria, mengumpul harta bertimbun-timbun, berangan-angan ingin hidup ribuan tahun lagi, leka dengan hiburan dan maksiat . Sekarang adalah masa untuk belajar, menyucikan diri dan mengisi kekuatan diri zahir dan batin untuk menghadapi bencana besar dihadapan kita yang sedang menanti! Musuh-musuh Allah dan Rasulnya sudah lama bersedia. Mereka sangat-sangat mengidamkan bumi Semenanjung Emas ini. Mereka sangat –sangat hauskan darah anak cucu Nabi Ibrahim a.s dan nabi Yusuf a.s di bumi Mala ini.

Carilah ilmu peninggalan nenek moyang yang dulu dan amalkan selalu.

Carilah pakaian pakaian yang perlu, jika mahu!

Namun perlu diingat : sebaik-baik pakaian adalah Pakaian Taqwa.

Wahai Melayu-Islam Nusantara, bersatulah!!!


*P/s-
sekiranya ada di antara pembaca sekalian yang tahu berkaitan dengan catatan/ilmu /pakaian di atas, saya amat-amat berharap agar dapat hubungi saya di e-mail : sangtawal@yahoo.com dengan kadar seberapa segera.


Sangtawal Sakranta.


52 comments:

Unknown said...

salam saudaraku ..
Sering terjumpa dan beberapa kali berdiskusi dengan mereka yang punya 'pakaian' ini , kebanyakan mereka sangat merendah diri , bersembunyi dan berlagak jahil , mereka sangat menyembunyikan siapa diri mereka yg sebenar ,

pernah merantau sehingga ke selatan filipina , disana masih ada orang tua2 yg mengamalkan 'pakaian' ini , cuma ada beberapa perbezaan dengan kita disini , mereka sudah banyak dipengaruhi oleh budaya dan amalan setempat , malah tok guru yg benar2 alim sangat susah ditemui disana ,

peliharalah pakaian itu dengan baik , jaga dan rahsiakan dengan cermat , jgn mudah mendedahkan kecuali pada mereka yg layak ..

warisan bani jawi tdk akan pudar , sejahteralah bangsaku selamanya ,

Unknown said...

Pak Tawal, dah ready ke...

'sesungguhnya agama itu menembusi akal fikiran manusia'

'sucikan dirimu dari aib maka akan terbuka bagimu pintu ghaib'

'melalaikan diri dari Zikrullah menjauhkan diri dari Allah dan berpaling dari kuliahnya dan tersisih kamu dari Juz'iyyahnya'

sekadar ingat-mengingati, maaf seandainya kata-kata ini menyinggung perasaan sesiapa juga...

Unknown said...

hehehe...

teruskan usaha Pak Tawal dan sama-sama kita bermunajat padanya di dinihari,InsyaALLAh... ibarat berjalan kita pada ALLAH, berlari ALLAH kepada kita...

Anonymous said...

minggu lepas saya ke muzium terengganu ... ada juga beberapa pakaian .. yang ada tulisan dibaju tersebut ... mungkin yang ini dimaksudkannya ???

Anonymous said...

adam dan hawa di syurga perpakaian dan terlucut pakaian nyer apabila diusir dari syurga.apakah maksud pakaian tersebut?

Anonymous said...

arrtikel yg paling baik saya rasa setakat ini...ramai org muda hari ni suka 'memakai' atau mencari 'pakaian' ini dengan tujuan kuat, org berasa gerun atau sebagai pemikat. namu ramai yg tidak mahu mencari 'pencuci' kepada pakaian tersebut. maka jadilah mereka org yg memakai baju tapi tidak berbasuh. kesimpulannya, byk ilmu tua melayu ttg amalan berpakaian ini. tp jika tidak diiring dengan taqwa dan amalan rohani, maka si pemakai akan menggunakannya ke jln yg tidak baik. semoga saudara tawal beroleh rahmatnya. sekian

Anonymous said...

salam, adakah ini yang org tua kata sebagai 'pakai baju'.Biasa nya di amalkan oleh org dulu2

Anonymous said...

Dio japok doh betul la jenis sesat ni

Anonymous said...

Buat anon @ 12.13am

yang tertulis di tiang arash tu lah pakaian yang terlucut tu
jangan kita pun sama begitu
tu jugak yang menyelamatkan anak Adam dari ditelan bumi kerana membunuh adiknya

Anonymous said...

salam sahabat,

Aii mahadaya : kalau anda mahu komenpun ,berilah maksud anda sejelas-jelasnya supaya orang lain bleh lihat apa kelemahan dia / kalau main pakai hentam kemudian larikan diri , baik tak payah komen / agama ni bukan syok sendiri / mendakwa lain dari yang lain - anehlah konon - kemudian pakai dakwa semua orang lain tak kena / 'agama'dia je yang betul - orang tua ada berpesan.kalau kehadiran kita tak mampu beri manfaat JANGAN PULA MEMBAWA MUDARAT! / saya harap anda faham ...baik anda tak payah komen ..

salam buat sangtawal dan semua pembaca:

... kisah 'pakaian' ni memang jadi ilmu rahsia orang dahulu / selagi ianya bersanad & bersilsilah hingga sampai Rasulullah SAW - tidak ada salah mengamalkannya / kan ke AL Quran tu penuh rahsia - yang mampu mengali rahsianya adalah di kalangan kekasihnya / kata sesetengah hukamak makna Al Quran itu bermukim hingga ke lapis ke 7 / saya juga sedikit masa dulu ada terima baiah dalam tarekat syatariah - ambil dari susur Tok Pulau Manis hingga Tok Syiah Kuala ,Acheh... dan saya yakin ilmu ni ada beredar di kalangan pengamal lama / ilmu sebegini tidak akan di pandang hingga terjadinya huru-hara dan perang - selain taqqarrub pada Allah, kita kena penuhi dada dgn perlbagai ilmu asal sahaja tidak menyeleweng... /
moga cetusan ini menambah minat anak muda akan ilmu beragama - kerana fardhu ke atas agamalah yg mula2 sekali dititikberatkan /kalau asas tidak kukuh - dalamannya tiada 'bekas' ,sukar juga menampung imu sebegini...

cikgu azhar

Anonymous said...

Salam.

Nak amal Ilmu Khalifah kenalah letakkan diri sbg Khalifah ALLAH. Silap takrif serapah atau silap amalan sikit saja dapatlah Ilmu Jin Kafir.

Anonymous said...

Ada gabungan ilmu Wifiq ke kat situ???

doncin cai said...

salam
sangtawal

maafkan saya.....
tok guru tuan yang bernama habib zain
jika tidak keberatan, namakan negeri arwah tinggal semasa hayatnya.....
habib, setahu saya adalah gelaran kepada syed/sayed yang dah mengerjakan haji

terima kasih

hafszach said...
This comment has been removed by the author.
hafszach said...

Benar kata2 Pak Tawal seperti di bawah ni :-

Saudaraku sekalian, sekarang bukan masanya untuk bersuka ria, mengumpul harta bertimbun-timbun, berangan-angan ingin hidup ribuan tahun lagi, leka dengan hiburan dan maksiat . Sekarang adalah masa untuk belajar, menyucikan diri dan mengisi kekuatan diri zahir dan batin untuk menghadapi bencana besar dihadapan kita yang sedang menanti! Musuh-musuh Allah dan Rasulnya sudah lama bersedia. Mereka sangat-sangat mengidamkan bumi Semenanjung Emas ini.

NOTA :

Musuh2 islam yang nyata adalah Yahudi dan nasara itu sendiri seperti yang Allah sebut di dalam Al-Quran tetapi terdapat juga musuh islam yang menjadi proxy yahudi dan nasara ni Dari kalangan bangsa melayu sendiri.. dan yahuDi dan masuk ke dalam negara kita semenjak negara belum merdeka lagi..

Sila baca bukti dan fakta sahih di bawa ini :

SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA UMNO BERSEKONGKOL DGN YAHUDI SEJAK ZAMAN SEBELUM KEMERDEKAAN NEGARA LAGI...

Bila UMNO kata mereka yg memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini.. maka hampir 80% golongan muda dan golongan cerdik pandai dari kalangan bangsa melayu akan bangun berdiri meminta bukti serta fakta yg kukuh siapa dia manusia2 dlm UMNO yg mempertahanankan tanah air kita dahulu..


Orang UMNO mana yg mengangkat senjata menentang penjajah..?? orang UMNO mana yg terpaksa melarikan diri ke dlm hutan dgn meninggalkan anak isteri / suami semata2 kerana diburu oleh tentera2 british kerana dituduh sbg komunis dan gerakan2 berhaluan kiri..

Tun Mahathir dan Tunku Bedol Raman Kat mana masa tu..?? dibawah naungan British bukan..?? menjadi anak emas Britishkan..!!


Knp para pemimpin melayu yg menentang British ditangkap di bawah ISA, dibunuh dan diburu sehingga ke dlm hutan..?? siapa yg menjadi dalang dan tali barut British serta pemberi maklumat risikan kpd pihak British tentang gerakan2 pejuang melayu tersebut sehinggakan mereka semua dijejaki dan ditangkap oleh british... ??


Golongan yg menjadi Baruah British inilah yg pada waktu dan ketika ini dgn tidak berasa segan silu mengatakan bahawa mereka semualah yg berjuang menuntut kemerdekaan..


Wahai sekalian Mahluk UMNO kalau kalian semua bodoh jangan pula cuba nak memperbodohkan org lain terlebih2 lagi golongan generasi muda melayu..


Semua org tahu yg UMNO ini dululah yg menjadi kakitangan serta mata telinga British dan bekerja dgn kerajaan British untuk mentadbir Malaya.. huhu.. kalau dgn Puak2 tak berpelajaran serta sengal bolehlah nak temberang... .


Semua org tahu bahawasanya,Orang2 UMNO nilah dahulunya yg mengampu pihak British serta menghasut serta merendah2kan org melayu dgn hasutan yang cukup popular pada masa itu..
" Macam mana org melayu nak perintah negara sendiri kalau nak buat Jarum sebatang pun tak tahu "

Justeru itu UMNO dgn redha menerima pakai Perlembagaan Negara ciptaan Sir Load Reid ( seorang Yahudi ) hingga ke hari ini dan membakulsampahkan hukum Allah.. - bukti nyata UMNO bersekongkol dgn musuh Allah yang nyata..

Kami merayu kepada sekelian Penyokong serta Ahli UMNO yang kononnya drpd golongan cerdik pandai melayu, silalah Tuan2 dan Puan2 senaraikan beberapa nama2 Para pejuang UMNO yg telah ditangkap serta dipenjara oleh pihak British dan telah menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kesucian Agama dan Maruah bangsa Melayu..

Sila nafikan bahawa org yang merangka serta menulis Perlembagaan Negara Malaysia ( Sir Load Reid ) Bukan seorang Yahudi Laknatullah.. sehinggakan dalam frasa2 terakhir Perlembagaan Negara Yahudi sendiri menulis " Bahawasanya selepas ini tiada sebarang Undang2, akta mahupun peraturan baharu yang boleh mengatasi segala Undang2 yang telah termaktub di dalam perlembagaan Negara baru Malaysia yang merdeka lagi berdaulat.

* Dengan termatrinya frasa2 terakhir tersebut maka segala hukum Allah telah dipijak2 serta diinjak2 di bawah telapak kaki yahudi Laknatulullah hanya dgn kita berpegang kepada Perlembagaan Negara ciptaan yahudi tersebut.

Anonymous said...

Saya rasa tak perlu jadikan contoh dengan menyebut parti politik dalam hal berbincangan ilmu ni.
Tidak memberi bekas tiap sesuatu jika anda telah ada pakaian yang baik.
Dalam Islam pun sejak Nabi Adam lagi telah ada 72 sifat Yahudi ni. Jadi buanglah sifat ni guna satu sahaja jalan yang betul tu.
Gunalah pakaian Lamjalallah untuk jalan kebaikan.
Wasalam

Sangtawal Sakranta said...

salam buat semua,

rinandamku,
terima kasih atas komen dan perkongsian pengalaman,ya, orang-orang kita banyak menyimpan khazanah ilmu, jika tidak dipecahkan ruyung,manakan pula mendapat sagunya!

zaim,
terima kasih atas komen dan ingatan :) insyaAllah.

anon@9.43pm,
maksud pakaian dalam artikel saya kali ini bukan apa yang tertulis dibaju seperti yang saudara maksudkan itu.Pakaian yang saya maksudkan ialah pemakaian kalimah-kalimah tertentu secara bayangan (nadzor) di badan.

anon@12.13am,
pakaian adam dan hawa yang terlucut itu ialah pakaian fizikal di syurga.

Jmazli,
terima kasih kerana selalu memberikan komen yang berguna.terima kasih atas ingatan.

Mahadaya yang sesat lagi menyesatkan,
maafkan saya kerana terpaksa memadamkan ajaran setan dalam penulisan tuan.

anon 10.38am,
jangan dilayan si Mahadaya tu, dia sedang mengembangkan ajaran agama baru asalamanya itu didalam blognya, jadi dia sengaja menjampok kat blog-blog lain untuk mendapat perhatian dan link ke blognya!

anon@10.44am,
terima kasih atas komen dan perkongsian ilmu.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

cikgu azhar,
sangat setuju dengan pendapat tuan.terima kasih.

zaidi ali,
terima kasih atas komen.semoga kita dijauhkan dari ilmu jin kafir.

anon@3.20pm
maaf, saya tidak pasti.

doncin cai,
namanya syed Mohd Zain Bin Syed Daud dari jurai keturunan ahlul bait - al-yahya , jurai saidina husien.sudah meninggal dunia.
arwah dulu tinggal di Kg Patani, Pengkalan Datu , kelantan.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

hafszach,
terima kasih atas komen dan sesi penerangan politik yang panjang lebar.sila baca artikel saya sebelum ini berkaitan Hamim dan Hizbul muslimin serta artikel berkaitan dengan misteri angka 13.

anon@9.20am,
terima kasih atas komen.sangat setuju dengan pendapat tuan,

amat tertarik dengan kata-kata tuan ini :
"Tidak memberi bekas tiap sesuatu jika anda telah ada pakaian yang baik."

wassalam.

marul82 said...

adakah buku yang arwah datuk saudara bagi ni menunjukan pakaian ini akan dipakai oleh tentera panji hitam ufuk timur.. ( saya cuma bagi pandangan sahaja)

Muhammad Qul Amirul Hakim said...

Pakaian induk adalah pakaian taqwa. Pakaian2 lain boleh membawa ke arah syirik jika tidak betul cara memakainya. Pakaian 'berupa kalimah' dll spt yg diamalkan oleh Mat Kilau dll itu hanya sesuai utk Arifbillah...

Anonymous said...

Sangtawal,
Tulislah kembali buku lama tersebut. Buat dua tiga salinan dan "Laminate"kan. Sayang kalau ilmu tersebut hilang dimakan zaman.

Teruskan usaha. Saya memang suka tulisan saudara, cuma nak menyampuk atau bagi pandangan, ilmu saya teramatlah cetek :)

Anonymous said...

Salam
Kami berasal Kalam Tunggal
Pakaian kami Lamjalallah

Bermula langkah kami dengan Doa
Wallahughalibun ala amri......

Ditangan kami Pedang Saifullah,
bernama Dzulfakar
Dzikir kami..
Waufauwidhu amri ilallah innallah habasirun bill ibad
ketika memancung..

Kami lah Tentera Sabil yang tak terkalahkan
Datang dari Mashrikh ke Maghrib tujuan kami
Dengan kibaran Panji panji Hitam
Bersama kami Tentera Badar datang membantu
Kami lah di gelar Pemuda Bani Tamim

sama said...

assalamualaikum
sedara tukar link boleh minat blog ni, http://satu-23.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum...
saya nak tau, setelah guru tuan meninggal dunia...sanad tersebut jatuh kepada siapa sekarang..takkan hilang tidak bersanad..sekadar bertanya

Sangtawal Sakranta said...

SALAM SEMUA,

marul82,
maaf,saya tidak pasti pakaian manakah yang akan dipakai oleh tentera Al-Mahdi, kerana Al-Mahdi sendiri pun tidak tahu beliau Al-Mahdi sebelum dia dilantik dan dikenal oleh Nabi Isa a.s.

Qul amirul,
setuju dengan kamu,
tetapi apa salahnya belajar tentang pakaian mereka, kerana setiap yang arifbillah itu dahulunya adalah orang biasa yang belum tahu dan sampai ke makrifatullah, kecuali dengan izin Allah. wali itu kekasih, jadi apa salahnya kita bercita-cita untuk menjadi kekasih Allah.

anon@2.13pm,
terima kasih atas komen.
bagus cadangan saudara tu...
tak apa, bagilah apa-apa komen yang berguna, saya tidak menapis komen anda :)

anon@2.18pm
teruskan perjuanganmu!

sama,
terima kasih,silakan!

anon@5.14pm,
artikel ini berkait dengan ilmu arwah datuk yang tidak sempat saya pelajari,
arwah guru saya pula adalah orang yang berbeza, dan sudah tentu sanadnya ada dan terus bersambung dikalangan murid-muridnya, insyaAllah

wassalam

Anonymous said...

Saya menjumpai anda dari blog mded melalui blog mistisfiles.

Sy dapati blog saudara amat berguna kerana banyak perkara2 berkaitan dengan agama ada disini. Cuma komen saya, mistisfiles, bukanlah satu blog yg layak utk ada dalam list disini, kerana ia menyanggah dengan blog2 islam yg lain.

Ini kerana saya dapati blog tersebut lebih berbentuk manipulasi dalam manipulasi dan merupakan kajian2 terhadap tindak tanduk org ramai. Mereka sebenarnya sedang cuba menumbangkan kerajaan yg ada hari ini, dan sekaligus bersekongkol dengan pertubuhan Arqam yg telah difatwakan sesat. Jadi mereka ini saling lengkap melengkapi.

Sesatnya Arqam adalah kerana pandangan2 mereka yg membawa kesesatan dan ini sinonim dengan mistisfiles.

Berdasarkan search saya di internet baru2 ini mengenai nama "kfir" saya dapati ini adalah nama bala tentera Israel. Nama ini bermakna singa dalam bahasa hebrew. Dan ada gambar seekor singa berwarna biru. Kerana Arqam memakai selendang atau tutup kepala biru (dipakai oleh ketuanya) saya merasakan ada satu pertalian di situ.

Ini hanya 2 sen pendapat dari saya dan olahan saya sendiri setelah membaca mistisfiles, kajian saya mengenai kfir dan saya jadikan pengetahuan sy dari sudut agama islam kita utk melihat akan kebenaran yang sebenarnya.

Wassalam.

sangbogoroyo said...

salam abg sang,

agak2 saya la kan, sebab kita semua menanggung rahsia yg sama, maka pakaian kita pun sama la :. Cuma sebab kita ni tertutup dgn hijab, maka Nur tu pun tertutup la. :)


p/s : 19 hb dan 20hb saya balik kelantan. 20hb tu insyaAllah singgah umah tok ayah teh jap sebelum gerak ke ipoh.

Anonymous said...

salam,

pasti pakaian yg 'terjalin.tersulam.terkait'dgn jalinan benang-benang yang sahih sumbernya.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

anon@1.59pm,
terima kasih atas komen saudara.
Ramai orang tersilap persepsi dengan blog mistisfiles ini kerana cara mereka berfikir dan menulis lain dari yang lain.saya minta saudara baca dengan teliti dan berfikir secara mendalam terutamanya dalam siri ATBM @ alter terahsia Bangsa Melayu-nya.
bagi saya, blog tersebut tidak ada agenda untuk meruntuhkan kerajaan yang sedia ada dan bukan blog ahli arqam...kalau nak kata blog orang tablig tu ada la sikit-sikit.para penulis blog tersebut juga adalah terdiri dari mereka yang menguasai bidang ilmu yang pelbagai... lihat komen di blog tersebut yang mencecah 300-400 komen, sudah cukup membuktikan 'ada sesuatu dengan blog ini'.
saya selalu mengikuti blog itu sekian lama dan bagi saya blog tersebut adalah yang terbaik bagi tatapan melayu setakat ini!
maaf jika pendapat saya tidak seperti pendapat tuan.mungkin ia bergantung kepada bagaiman cara kita berfikir!

adik sang,
terima kasih atas komen.
Ya, itulah yang sepatutnya setiap diri cari dalam setiap dirinya, pakaian fitrah anugerah Ilahi yang suci bersih dan bercahaya-cahaya sudah ada pada setiap diri, namun cahaya diri lebih malap dari cahaya duniawi,maka apa yang tertulis pada pakaian asal tidak nampak oleh empunya badan!
sampaikan salam hormat saya pada atuk(pokteh) ye! atuk ada cerita hari tu pasal kalimah lam alif jadi pedang terbang!!! adik sang boleh tanya la dia :)

anon@11.32am.
komen yang paling pendek dan paling bernas setakat ini! he he he.
"seluruh diri adalah pakaian, seluruh pakaian adalah kalimah dan bila kalimah tercerai hilanglah diri!"

wassalam.

Anonymous said...

Salam..

Semoga saudara sangtawal sentiasa berada dalam limpah dan kurnia dariNYA.. Insyaallah..

Kepada saudara anon 1.59pm,
hai sampai kesini saudara komen tentang blog mistisfiles tu.. Benar kata saudara sangtawal, kita kena baca dgn teliti dan berfikir secara mendalam, baru dapat maksudnya. Lepas ni jangan cakap saudara sangtawal nie fanatik kat mistisfiles lak ;-).

Kalau x silap saya melalui pembacaan saya Imam mahadi nanti akan muncul dengan memakai serban@penutup kepala bewarna biru. Minta diperbetulkan jika silap. Wallahualam..

Anonymous said...

PEMBETULAN........Hang Tuah.
Anonymous said...
Gen XI Tok Kadok.
assalamualaikum wbt dn mohon maaf bertandang di laman sesawang blog ini. bercakap mengenai 'pakaian' ini jangan sampai terpesong akidah dan syirik, sebab tentera2 yg berkemahiran tinggi tidak perlu kan "pakaian" cuma perlukan ketangkasan berfikir/bertindak spontan serta kelengkapan yang perlu. (iaitu ketahanan mental dan fizikal dan kekuatan rohani dan jasmani sahaja) contoh: lihat saja perjuangan Almarhom Lt Adnan Saidi
dan pejuang2 tanah air yg gugur dan masih hidup ramai lagi, contoh paling mudah Kanang AK Langkau beliau bukan islam tetapi perjuangan nya tidak mengenal bangsa musuh negara, semangatnya masih berkobar2 tapi siapa menghargainya, berbanding sahabat yg bertandang disini cakap bukan main lagi, jika benar bagai dikata, masuklah tentera atau polis. "pakaian" yg tuan2 semua maksudkan itulah menjadi punca ketakutan untuk bertempur sebab telah berkata didalam hati "aku dah ada pakaian ini betul kah".
melalui pengalaman sebagai bekas tentera yg telah banyak kali menempuh pertempuran2 dengan anggota2 PKM era 70 an dan 80 an. nak tengok yang menggigil dan tak keruan, tentera dari kalangan yg memakai "pakaian" ini lah yg selalu menimbulkan masaalah. tak percaya masuk lah tentera ade jawabannya.
oleh itu janganlah bermegah dengan "pakaian" untuk menjadi seorang pejuang cukuplah dengan akal, kemahiran, keberanian dan jati diri "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung". harap maaf kalau menyanggah tak bertempat. muhasabah lah diri, kenangkanlah Hang Tuah yang ketaksuban nya kepada sebilah keris kepunyaan 'tamingsari' kerana 'kemampuannya' semoga allah mengampuni dosa nya kerana kepercayaan tu. al fatehah untuk almarhum hang tuah.
*
saya memohon ampun dan maaf sekiranya emosi ni membuatkan saudara/saudari marah dan berkecil hati.

Anonymous said...

Bercakap2 sesuatu yg tidak kita tahu duduk perkara sebenar adalah perkara sia2. Dalam Islam melarang kita berbuat perkara sia2, apalagi bergaduh dan berdebat sesuatu perkara yg kita sendiri tidak jelas mengenainya.

Ini merangkum dalam setiap perkara kehidupan kita, juga termasuk hal2 agama dan perkara2 yg ghaib. Apa bila kita diberitahu kan hal syurga neraka, adalah payah utk kita membayangkan syurga dan neraka dalam ertikata sebenar yg allah telah sediakan. Melainkan melalui bayangan2 ayat yg disebut dalam quran, itupun masih belum dapat kita bayangkan dengan jelas.

Jadi, adalah perkata sia2 jika bergaduh, bertelingkah mengenai perkara2 ini dan mendabik dada mengatakan syurga atau neraka yg anda bayangkan itu adalah dalil lengkap dan semua org kena patuh dengan pendapat anda.

Jadi, cuba applikasikan situasi ini jika anda sedang bertelagah atau berdebat hal2 sprt Imam Mahdi, serban imam mahdi, pakaian tentera imam mahdi dan segala yg berkaitan dengan perkara2 ini dan perkara yg semua org tidak pasti.

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

anon@8.58am,
terima kasih atas komen.semoga beliau membaca blog itu dari mula sampai akhir sebelum membuat apa-apa kesimpulan.Tentang warna serban al- mahdi itu, saya tidak tahu.mungkin ada diantara pembaca lain yang boleh memberikan fakta atau maklumat berkaitan dengannya.

anak cucu tok kadok,
terima kasih atas komen.
saudara, tentang komen saudara :
"janganlah bermegah dengan "pakaian" untuk menjadi seorang pejuang cukuplah dengan akal, kemahiran, keberanian dan jati diri "dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung".... sebenarnya tiada orang bermegah dengan pakaian ini pun saudara... dah tak ramai yang tahu pasal pakaian ini... saudara pun apa kurangnya, cakap bukan main lagi disini... masuk polis masuk tentera la..
he he he :)

anon@11.05am,
terima kasih dan sangat setuju dengan komen tuan.

wassalam

Anonymous said...

Ambo Lubok Bunut di Kadok:
He he he masuk askar & polis tapi kalau tak dok pakaian Iman buat gapo.
Sejarah Tok Kadok pun apo kurangnya berapa ramai kaum kerabat yang pindah ke Selatan Thai kerana tak setuju dengan Tok Kadok kerana ada mungkin telah tiada "pakaian pakaian" itu.
Jangan bandingkan ilmu hakikat denge ilmu akal.

Anonymous said...

Gen XI Tok Kadok.
assalamualaikum semua, ok lh tu sekadar menduga je bukan ape pun, pakcik sebenarnya dah berpencen dan telah berkhidmat selama 26 tahun 1 bulan 8 hari, jadi dalam tempoh tu berbagai2 suku kaum yg jumpa dan terkira juga cara beramal nya, jadi masing2 lah dengan cara tersendiri, pakcik tidak membandingkan ilmu akal dan ilmu hakikat, cuma mengajak memahami apa erti perjuangan sebagai tentera sahaja tak lebih dari itu, pakcik cuma terkilan tak dapat membalas dendam dengan senjata pada tangan ini atas kematian datuk di tangan komunis (PKM) di perak pada tahun 1948 dulu, sebab sememang itu lah niat saya sewaktu menjadi tentera dulu.dendam tu masih ada walau dah berumur 50 tahun, ingatlah komunis tu bukan kaum cina sahaja tetapi dari bangsa melayu sendiri,mereka dari perak,johor,negeri sembilan, pahang dan melaka termasuk di sabah dan serawak (PKKU).kesimpulannya pakcik hentikan setakat ini dan mohon maaf berbanyak2 kepada semua. akal tua tak terkira simpangnya, akal muda hanya mengikut kata hati.pakcik tumpang lalu dan selepas ini hanya memerhati bual bicara, tiada menyanggah kedepan atau kebelakang,kalau perlu pun mungkin tidak diulas lagi, cuma memerhati gelagat yang empunya diri, assalamualaikum wbt.

Anonymous said...

Ambo Lubok Bunut di Kadok:>
Buat Gen XI Tok Kadok,

Jangan disimpan dendam kesumat dalam diri apa yang lepas biar berlalu, begitu juga Ayah saya ada lah seorang tentera di zaman awal lepas Jepun dulu. Dendamnya pada Komunis tu lah yang membuat dia masuk tentera walau sebenar terpaksa. Setelah Abg angkatnya di bunuh masa 14 hari dalam perintah bintang 3 dia ambil keputusan menyerang pasar tepi sungai dekat sekarang panggung Lido Kota Baharu tu. Masa tu dia lulus Darjah 6 Inggeris bayangkan takut di tangkap Polis dia terpaksa 2 tahun menyembunyikan diri di Kem Pengkalan Chepa menjadi tukang sapu. Umur 15 tahun belum buleh masuk askar. Setelah 17 tahun umurnya baru boleh dengan No 2744 dan ketua dalam Tiger Seksyen 3 Melayu. Cuma pesan dia pada saya sebelum meninggal jangan bawa dendam akan menyusahkan diri yang mana contoh dirinya mungkin ada pencen kalau tidak pun sebagai Hakim.
Buang lah dendam itu insyaallah tenang jiwa kita .
Wasalam dan minta maaf terkasar dalam tulisan lalu.

doncin cai said...

salam untuk semua
saya jadi pening !!!!!!
adakah yang menulis tentang pandangan Generasi Pak Kaduk mengenali beliau ?
mungkin saya bukan orang kelantan, tetapi naluri saya mengatakan jawapan soalan yang beri tadi, adalah YA !
tuan tuan mengenali Gen XI Pak Kaduk
@ Gen XI Pak Kaduk
saya dapati mereka memberi pandangan pandangan yang positive walaupun ada yang agak emosional.. terimalah se adanya walaupun ianya pahit

@anom 1.57pm ( June 25 )
pandangan peribadi saya, definasi tuan terhadap komunis dalam ruang lingkup yang agak kecil...dari apa yang saya baca, kapitalis dan komunis/sosialis adalah sengaja di cipta oleh zionis untuk mencapai matlamat mereka....bukan perkara yang mengejutkan jika komunis terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, kerana komunis bukannya ugama....samsiah fakeh, musa ahmad, rashid mydin, abdullah c.d tetap se aqidah dengan kita
wallahhualam

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

terima kasih atas komen yang bernas-bernas diatas,
bagilah komen apa-apa yang difikirkan berguna, tak apa, komen anda semua tidak akan ditapis...
terima kasih.

wassalam.

sangbogoroyo said...

salam abg sam,
dah balik jumpa tok ayah dah. TOk ayah citer juga berkenaan jubah nabi ( Kalimah Lam Alif)

Anonymous said...

Hulubalang Kalathana kata:>

Salam.
Rajin mencari ringan mulut bertanya dapatlah yang dicari tu.

Tahniah.

Wasalam.

Anonymous said...

Salam.

Mentauhidkan Allah dalam pakaian Hulubalang Dahulukala.

Pakaian berupa Kalimah tak perlu di uji kerana kalau tak yakin masih tak mantap Iman pengamalnya.

Wasalam.

Anonymous said...

salam,rajah bulatan besar itu disebut rajah"hari dan ketika" atau disebut juga perlangkahan.rajah yang berbentuk orang dgan lam jalaalah dbahagian hadapan, yang itu adalah pakaian yang sebenarnya,atuk saudara berasal dari negeri kedah ka?sememangnya kebanyakan pemilik amalan ini dari wilatah utara semenanjung,dan berpegang dgan thoriqat syattariyyah,

HambaFakir said...

tak semestinya tarikat..
ni ilmu akhirat yg dibawa untuk kegunaan dunia.

Anonymous said...

assalamualikum..
alhamdllah segala puji bg allah..
segala yg baik adalah dtg dr nya..
ramai yg masih bercerita tenteng tok kadok (dr kelantan)..
ade yg masih merungkai sejarahnye..saya kagumi dan hargai..masih ada yg sayang..
tetapi,
dlm kita mencari ILMU,mestilah berlandaskan dalil2 soheh aqli' mahupun naqli'.jgn lah mudah terpedaya dgn tipu daya syaitan yg sesungguhnya tertulis terang lg nyata.
rujuk lah kpd rujukan soheh..
cucu bongsu tok kadok masih hidup sampai skarng.rumahnya d tapak asal tanah tok kadok,jln said kuning.(tok su nik som namanya)seangkatan dgnnye yg masih hidup bernama daud bin petah(pok od)yg juga merupakan cucu kpd tok petah,iaitu anak tok ngah cik,yg mengembelai gajah2 istana negeri kelantan.(iaitu moyang saya,dan saya cucu sulung lelaki daud)relung gajah kg kadok(tempat gajah2 istana mandi dan di urus)masih wujud,iaitu di dalm dusun milik keluarga saya di kg kadok.daud juga masih hidup dan menetap k kg kadok(kira2 50 mtr d blakang rumah tok kadok)saya dan cucu tok kadok juga mempunyai pertalian darah yg d akui beliau sendiri(sebelah ayah dr pasir mas).
untuk pengetahuan,
tok ngah cik,dato said kuning,tok kadok adalah sepupu sealiran darah.mereka bersama2 keturunannya yg lain termasuk alim ulama dan hulubalang melayu pd mase itu menentang musuh.perjuangan mereka meneruskan perjuangan mereka2 sebelomnya di zaman terdahulu.(sila rujuk rujukan soheh sejarah negeri kelantan)
menyebut tentang pakaian pula..
jgn lah d sebarkan ape2 melibatkan mereka dan keturunan selepasnye...(melainkan yg benar).takut nanti ia menjadi satu fitnah..dan andai di salah erti oleh mereka yg jahil ilmu,takut mengibkan pula arwah si mati..bg yg arif pula,itu salah satu nikmat ilmu yg masih di cari hingga kini.
jika di kaji tokoh2 ini,ada satu persamaannye.ILMU agamanye,iman dan taqwanya
berserta jihad mereka...salasilah keturunan itu juga masih d kagumi kerana d katakan dtg dr keturunan syed kadok,yg mempunyai hubungn darah dr keturunan ahlul bait' dr tanah arab.maka,..
bukan niat menegur sesiapa..sekadar mengingatkan sesama agama.
memandangkn ia sinonim kisah sejarah keluarga kami juga,adalah baik jika mendapat izin empunya badan(bukan dr saya,tp mereka2 g terdahulu dr saya yg nyata lg arif)..insyaalah kami berlapang dada berbesar hati membantu (kalau ilmu tk berapa nak ada,jgn berani2).
jemput la menziarah kg kadok..bnyak tinggalan sejarah yg boleh membuka mata..makam raja abdullah,tok panjang,said kuning,tok petah,tok ngah cik dan yg lain2.(FYI,kubur dato' d kg kadok sentiasa meriah d hari raya,anak cucu dtg menziarah sampai kini..ramai yg sudah berjaya dan berjasa untuk agamanye..alhamdllah.
sama2 la kita berdoa untuk mereka,semoga arwah2 mereka yg berjuang untuk agamanye ini di semadikan indah bersama mereka2 yg bertaqwa.
tak sempurna jihad tampa syahid..tk kan sempurna shahid tampa syahadah.


-mohamad hakimi-

Unknown said...

Assalamualaikum Mohamad Hakimi, saya berminat untuk mendalami sejarah Tok Kadok Dan keluarga, terutama rantaian Tok Petah.
Andainya kita boleh bertemu dan ziarahi yang paling tua di generasi sekarang, ia akan mendekati hasrat saya untuk mengetahui sejarah silam dan sebenar keluarga nya Dan Tok Petah sendiri.
Kalau anda terliput blog ini, sila hubungi saya di Lotus15.nik@gmail.com
Sekian

Nik Amiruddin

Unknown said...

Sy ingin bertanya macam mana nak ke aceh

Unknown said...

Terbang ke Medan, dan jalan darat ka Bandar Aceh atau daerah Acheh.

Unknown said...

Salam satu kerabat...sy cicit kpd Tok Petah....ayhda sy brnama Hj Mustapha Bin Haji ismail Bin Petah(Tok Petah)...dgr dri crta dri ayhda sy Tok Petah mrpkn hulu balang Sultan kelantan....dan pengkalan Petah dri nme moyang saya...

Unknown said...

Assalamualaikum...saye ne kalau beli baju...die yang pakai....

Unknown said...

salam wbt..saya mahu bertanya, adik beradik hj ismail ni ada x nama hussin? tinggal dekat tali air belakang sekolah kebangsaan kadok?

ALMAHDIAHMAD IMAM AKHIR ZAMAN UTUSAN ALLAH SWT BUAT SEMUA UMAT UMAT UMAT ISLAM AMIN RABILL AL-AMIN said...

Ya di persilakan berjumpa dgn imam mahdi di )
M(