Showing posts with label mistik/sains. Show all posts
Showing posts with label mistik/sains. Show all posts

Tuesday, June 29, 2010

Awan Bentuk Jenazah Di Langit, Apa Petandanya?



Tajuk : Awan Berbentuk Jenazah Di Langit , Apa Petandanya ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Pada awal pagi ini, saya menerima sms dari seorang yang saya kenali , agar membeli dan membaca akhbar Kosmo, kerana katanya namanya ada disebut dalam akhbar tersebut yang bertajuk “Awan berbentuk jenazah”.

Saya pun terus menefon tuan empunya diri bertanyakan apa cerita sebenar disebalik kejadian yang disaksikan sendiri oleh beliau pada pagi ahad beberapa hari lepas iaitu sekitar 6.40 pagi 27/6/2010 bersamaan dengan 14 Rejab 1431 H itu.

Menurut beliau , apa yang ditulis dalam akhbar itu adalah benar tetapi bukan cerita penuh kejadian di pagi itu, namanya sendiri pun dieja salah iaitu suhaimi [ nama sebenar suhairi] .

Anda semua boleh membaca artikel tersebut disini, Klik


[[ Awan berbentuk jenazah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. ]]


Cerita sebenar sewaktu kejadian itu dari mulut kenalan saya ialah begini:

Sewaktu dia sedang berkawal di menara kawalan kem tentera itu, tiba-tiba dia [suhairi] melihat awan berbentuk objek sedang turun perlahan-lahan, setelah diamati betul betul dia amat terkejut kerana awan tersebut berbentuk seperti jenazah yang sudah dikafankan, cantuman kain kafan jelas di bahagian kepala dan kaki serta ia turun perlahan- lahan secara berdiri dan berhenti bersetentang dengan satu lagi gumpalan awan yang berbentuk orang yang memakai serban dan berdiri seolah- olah sedang menyembahyangkan jenazah tersebut! Diwaktu itulah kalimah syahadah jelas terlihat dari kepala hingga ke kaki gumpalan awan berbentuk jenazah itu! Fenomena ini disaksikan oleh sahabat beliau dan beberapa orang rakan tentera yang lain, sayangnya gambar yang sempat dirakam hanyalah seperti yang ditunjukkan diatas.

Fenomena ini berbeza dengan cerita sejadah berdiri! Sejadah boleh dicapai tangan manusia, tetapi tangan tak tercapai awan dilangit!

Semua itu tidak mustahil dan boleh terjadi jika Allah swt inginkan ia terjadi, namun segala perkara yang Allah swt ciptakan itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri, mungkin ada sesuatu alamat atau petanda yang Allah swt sampaikan agar kita berfikir.

Apa yang pasti, dunia sudah semakin uzur dan kita kini berada dipenghujung zaman!

Terserah kepada anda semua untuk mentafsirkan fenomena ini! Sesudah subuh , 14 rejab 1431 Hijrah!

Apakah itu petanda para pejuang akhir zaman sudah mulai bangkit lalu syahid dan akan dikafankan dan disembahyangkan sendiri oleh malaikat yang mulia dilangit???

Atau , apakah itu petanda umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan dikorbankan beramai-ramai dalam satu peristiwa dahsyat yang menyayat hati?

Atau, apakah ia merupakan petanda yang ketua yang memerintah sesuatu negeri itu akan mangkat tidak lama lagi?

Atau, apakah itu petanda telah perginya seorang wali atau kekasih Allah swt di bumi yang mana dia tidak pernah dikenali oleh orang dibumi sebelum ini, lalu dia mati dan jasadnya telah dimandikan, dikafankan lalu diangkat dan disembahyangkan oleh malaikat – malaikat di langit?

Atau….. teruskan berfikir….

Lalu… kuatkan iman dan perbanyakkanlah amalan….

Bukankah orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati???


Wassalam.

Sangtawal Sakranta...

Monday, February 08, 2010

TSSB - Bhg 1 : Cik Siti Wan Kembang



Tajuk : Tanah Serendah Sekebun Bunga(TSSB) : Bhg 1 : Cik Siti Wan Kembang

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Saya mulakan artikel ini dengan satu puisi yang ditulis oleh Dr Zulkifli Bin Hj Mohamad yang dijadikan Lirik Pembuka Panggung Untuk Teater Tari Tanah Serendah Sekebun Bunga arahannya:

Klik Sini :


Tanah Serendah Sekebun Bunga
Lapang luas tulangnya bergunung
Pinggirnya Laut Andaman dan China Selatan
Langkasuka negri Anak Raja Naga
Kerajaan Melayu lama yang agung
Hilang tanda luput cerita dari ingatan

Lembah Emas yang tiada sempadan
Ligor di utara Singgahpura di selatan
Langkawi di barat Tioman di Timur
Tanah Merah tempat Raja bersemayam
Jauh di ulu sungai nun di daratan
Bertembokkan gunung agar makmur

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negri perumpama lagenda Melayu
Zaman berzaman terus dipuja
Asalnya taman kesukaan baginda
Raja Putri Mas Chayam dirgahayu
Bergelar Che Siti yang pertama

Raja pemerintah abad ke tujuh
Raja perempuan disegani semua
Pedagang Parsi ke Maharaja China
Kaya emas bersaing Raja Sri Wijaya
Bergabung bergelar Sri Wijaya Mala
Berkhabar sampai telinga Sri Mahraja

Che Siti Mas Chayam punya cerita
Bersemayam di Gunung Cinta Wangsa
Abad yang lama ampunya sejarahnya
Che Siti unggul lambang putri raja
Keturunan Kerajaan Funan di Kemboja
Sebelum Champa sebelum Chenla

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Cerita ceriti rampai Melayu Lama
Berakar umbi dalam titih silah
Raja berjalan ke pelusuk Negara
Supaya negeri adil saksama
Rakyat jelata bersatu tak berpisah

Dalam igau mimpi Sang Rajuna
Bertemu Puteri Zubaidah Champa
Bersama Ratu Laut Selatan dari Jawa
Mengkhabarkan negeri dalam bahaya
Langkasuka dan Sekebun Bunga
Diserang musuh ditimpa bencana

Terbakar hangus kota dan desa
Gelimpang tubuh bertakung darah
Menjadi jarak padang tekukur
Diserang musuh garang dari utara
Ditakuk ditetak pahlawan gagah
Angkatan Langkasuka bergalah ber undur

Langit gelap ribut puting beliung
Sungai bergelombng tebing rapuh terjunam
Bencana kedua menimpa Negara
Tak kira musuh selamat tak seorang
Di telan beliung kota terbenam
Tenggelam hanyut hilang ke muara

Itulah kisah Hikayat Langkasuka
Yang hilang negerinya entah kemana
Menjadi kota terbenam di tasik
Tempat bersemadi si naga-naga
Itulah cerita yang jadi lagenda
Dilagu dinyanyi menjadi asyik

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Bencana mimpi menjadi nyata
Igauan Sang Rajuna yang setia
Kalau sudah bagai dikata
Tiada upaya usaha sang raja
Takdir Illahi kitalah yang terima

Zulkifli bin-haji Mohamad, KL, 2003


Intro bagi siri TSSB :

Artikel dipetik dari : Klik Sini


[ Kerajaan Bumi Merah

Di dalam sejarah China, Suishu ada menyebutkan tentang negeri yang bernama Chih Tu atau “Red Earth”(Bumi Merah) yang merujuk kepada negeri Kelantan. Pensejarah China pada tahun 607 masehi itu memerikan yang Chih Tu berada di sebuah lokasi di ulu Sungai Kelantan yang menghubungkannya dengan penghasilan emas di Ulu Kelantan dan Ulu Pahang.

Chih Tu pernah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara China. Kawasan tengah Langkasuka ini hilang kepentingannya apablia Kiu Li (Kuantan) di selatan Langkasuka menjadi penting kerana hubungannya dengan Sungai Pahang.

Keberadaan Kelantan di dalam kerajaan Langkasuka pula sukar untuk dipisahkan kerana posisi hubungannya dengan Pattani, di mana Pattani bukan hanya berdiri sebagai ibukota dan pelabuhan Langkasuka tetapi sekaligus sebuah negeri besar yang mempunyai lingua-franka yang sama dengan Kelantan, serta hubungan kekeluargaan di kalangan para pemerintahnya.

Langkasuka juga dikatakan sebagai sebuah negeri yang bersujud kepada kekuatan kerajaan Funan, terletak di antara Cambodia dan Vietnam, di utara Teluk Siam sekitar abad pertama. Chih Tu, Pattani dan Kallah(Kedah) di dalam Langkasuka mempunyai fungsi yang tersendiri di dalam pemerintahan dan perdagangan yang berpandukan musim dan arah angin itu sehingga menarik perhatian kerajaan-kerajaan besar Asia Tenggara termasuk Sri Wijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera dan Chaiya, Siam, Majapahit di Jawa Timur serta Kesultanan Melaka sendiri.

Kerajaan Bumi Merah juga mempunyai sejarah pendudukan awal di rantau ini dan Gua Cha di daerah Gua Musang, Kelantan adalah termasuk di dalam tapak penemuan pendudukan awal budaya Hoabinhian di utara Semenanjung Tanah Melayu, juga termasuk dalam himpunan tapak-tapak di Vietnam, Thailand, Myanmar dan Utara Sumatera, 13,000 tahun yang lalu.

Tapak penemuan tersebut adalah meliputi lindungan batu kapur yang paling penting sekitar Malaysia. Dalam zaman Neolithik, iaitu 2000 sebelum masehi pula timbul artifak dan seramik di Gua Cha dan Gua Musang yang mempunyai kesan gabungan masyarakat Mon dari barat utara dan Khmer dari timur utara Siam (Thailand dibentuk pada tahun 1934) yang menghasilkan budaya Ban Kao Khok Phnom Di di tengah-tengah negara Thailand sekarang ini. Mungkin ini terjadi hasil daripada penghijrahan pertanian kaum austro-asiatik dan pelayaran kaum austronesian. Kerana itulah adanya lakaran lukisan perahu di dalam gua-gua yang menghubungkan pelayaran dan penghijrahan dalam kehidupan mereka.

Di dalam “Hikayat Kelantan” pula, sejarah negeri ini memerikan cerita-cerita perpindahan dan perebutan kuasa di kalangan anak-anak raja Kelantan yang menjadi Sultan Pattani serta sebaliknya. Bumi Kelantan yang sentiasa bergolak ini tidak lekang dari perang, termasuk perang saudara sekitar tahun 1890-1900. Sultan Pattani yang terakhir, Sultan Abdul Kadir telah melarikan diri mencari perlindungan daripada bapa mertuanya, Sultan Kelantan dengan pihak British sewaktu baginda diburu oleh Raja Siam dalam pemberontakan pemisahan Pattani dan wilayah-wilayah Selatan Siam dari negeri-negeri Melayu Semenanjung pada tahun 1909. Pendekatan angin perubahan sentiasa bertiup di negeri pantai timur yang penuh dengan sejarah tradisi dan budaya ini.

Rakyat negeri Kelantan pula begitu berbangga dengan gelaran Negeri Cik Siti Wan Kembang kerana zaman kegemilangan pemerintahan baginda yang begitu memartabatkan nilai-nilai kesenian di dalam kehidupan kerana kecintaannya kepada seni mengukir, menenun, membatik, menyongket dan menghasilkan wadah-wadah Melayu untuk tatapan seluruh rakyat jelata serta pedagang.

Negeri pesisir pantai Laut China Selatan ini juga terkenal di kalangan rakyatnya dengan sejarah dan lagenda Puteri Saadong dari abad ke tujuh belas dan kisah Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dari awal abad ke dua puluh. Puteri Saadong yang terkenal dengan rupa-akal-budi, semangat kenegaraan dan kesetiaan terhadap suaminya, Raja Abdullah, menjadi inspirasi rakyat Kelantan. Kehilangan baginda puteri dari pandangan rakyat jelata untuk pertapaan dan pengabdian dirinya menjadikan misteri kehidupannya sebuah cerita lagenda.

Sejarah perjuangan Tok Janggut pula menjadikan beliau sebagai seorang wira Melayu dalam menuntut kemerdekaan dari pihak British. Semangatnya menentang penjajahan minda dan budaya orang Melayu menjadikan beliau sebagai salah seorang nasionalis Melayu awal pada zamannya di awal tahun 1900. Pembunuhannya oleh pihak British dalam pemberontakan pada tahun 1915 tetap menjadi misteri kehilangannya. Kelantan kemudiannya diwar-warkan sebagai Serambi Mekah kerana pengembangan pengajaran Islam oleh guru agama terkenal, Tok Kenali (Haji Muhamad Yussuf).

Inilah yang menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang banyak lagenda, mempunyai sejarah yang panjang, kaya dengan seni dan budaya serta ilmu agamanya. Keperibadian tokoh-tokoh telah mengabadikan simbolika yang kukuh, sekaligus menimbulkan pemikiran budaya yang dinamik.

Kelantan mula menjadi tumpuan para pengkaji sejarah, antropologi, politik, budaya dan seni, bermula dengan Skeat dan Anandale sekitar tahun 1890an, Jeanne Cuisinier dan Raymond Firths sekitar 1930an hinggalah kepada pengkaji barat yang lain termasuk William Malm, Amin Sweeney, David Wyatt, William Roff, Douglas Raybeck, Robert Winzeler, Clive Kessler, Richard Winsteadt dan Mubin Sheppard. Pengkaji tempatan yang berminat dengan Kelantan pada awalnya termasuklah pengkaji perintis dari Universiti Malaya seperti Ismail Hussein, Mohd Taib Othman, Nik Safiah Karim dan Kassim Ahmad. Manakala penulis rakyat Kelantan sendiri pula termasuklah Mohamad Nik Mohd Salleh, Ibrahim Nik Mahmood, Abdullah Al-Qari Haji Salleh, S.Othman Kelantan, Abdul Rahman Al-Ahmadi serta Abdullah Nakula.

Di dalam pengembaraan budaya Stewart Wavell yang tercatat dalam bukunya, Naga King’s Daughter (1963), banyak cerita tentang kehidupan masyarakat, misteri, seni dan budaya di Kelantan sekitar awal tahun 1960an dipaparkan. Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, peristiwa ketegangan kaum pada 13 Mei 1969, Tahun Melawat Malaysia 1990 serta Pilihanraya Umum 1990 banyak membawa angin perubahan kepada negeri Kelantan, termasuklah perubahan budaya. Meskipun begitu, Kelantan tetap dengan gelaran Kota Bharu Kota Budaya, negeri yang penuh tradisi Melayu serta kuat mempertahankan martabat bangsanya di Malaysia sehingga digelar “Cradle of Malay Culture”. Pada tahun 2005 pula Kelantan telah memartabatkan Kota Bharu sebagai Kota Islam di Malaysia.

Kedudukan Kelantan yang dilihat sebagai terpisah dari permodenan dan jauh terpencil dari kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur, sering dijadikan penyebab kepada sebuah kehidupan tradisional yang konservatif. Walaupun Kelantan masih dipisahkan oleh kawasan perhutanan di sebelah barat dan selatan serta pesisir pantai Laut China Selatan di sebelah timur, negeri ini sudah dihubungi lebuhraya, jalan keretapi dan jalan udara. Musim tengkujuh yang membawa hujan pada setiap penghujung tahun terus meniupkan angin timur laut, manakala dua belas jenis angin yang meniup dalam tubuh manusia Kelantan, tetap menjadi misteri yang bermain dan membawakan simbolika dalam ceritera Dewa Muda. Angin globalisasi pula semakin menghimpit, dan menjadikan Kelantan sebuah tembok kekuatan Bangsa Melayu. ]


*Penemuan rangka manusia berusia 8000 tahun di Gua Bewah, Hulu Terengganu dalam akhbar Mingguan Malaysia m/s 20 kelmarin (8/2/2010) :

[ HULU TERENGGANU 6 Feb. - Satu penemuan rangka manusia yang disemadikan dalam keadaan meringkuk seperti bayi di dalam kandungan dipercayai berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, November tahun lalu.

Dengan penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu, ia membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut.

Semasa ditemui, rangka berada dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.

Pakar Arkeologi daripada Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui sama dengan rangka manusia.

Bagaimanapun, katanya, jantina dan usia rangka manusia itu belum dikenal pasti.

"Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut….. untuk baca seterusnya ( Klik Sini )

Saya percaya penemuan di atas amat berkait rapat dengan penemuan rangka manusia di Gua Cha suatu masa dahulu ( Klik Sini ) .


Marilah kita sama – sama membaca sedikit artikel sejarah yang saya ambil dari Wikipedia di bawah untuk mendapat sedikit gambaran mengenai negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dan kaitannya dengan Cik Siti Wan Kembang :

Sejarah Ringkas Negeri Kelantan:

[Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. ]

Hayati lagu Dikir ini yang berjudul : Tanah Serendah Sekebun Bunga




[Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Jata/ Lambang Negeri Kelantan.

Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. "BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini





Artikel Pilihan 1 :


Sumber : Klik Sini




["CIk Wan Kembang" adalah nama sebenarnya. Gelaran tambahan "siti" adalah diberikan oleh pedagang arab.

FAKTA

*Nama asal Cik Wan Kembang
*Kematian ayah sejak usia empat tahun
*Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
*Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
*Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
*Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
*Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
*Memerintah Kelantan selama 67 tahun

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.


Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

Sejarah Pemerintahan

Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.


Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Kecantikan & Keperawanan

Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, ( Puteri Raja Loyor ) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.



Artikel Pilihan 2 :

Tajuk : Kaitan Antara Syed Hussien Jamaluddin Kubra
Dengan Keturunannya di kelantan


Sumber : Klik Sini



[Syed Hussien Jamaluddin Kubra :

Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU SEJARAH DI SEKOLAH.

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.

2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.

3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.

4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.

5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.

6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.

7. Beliau ketua Wali 7.

8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa


Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yangagak luas sayup mata memandang.

Shaik Thanauddin pula menetap di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya. Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.

Semua informasi yang disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial, kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard Winsteadt.

Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama ‘Perak Man’.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.

Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.

Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.

Kota Jelasin terletak kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan


Semasa pemerintahan Puteri Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah

Kini Kota Jelasin hanya dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut kini ditumbuhi belukar.

Bukit Marak terletak kira-kira 20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting sekitar tahun 1605.

Bukit Marak juga menjadi tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja Abdullah.

Semasa berada di Bukit Marak, Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda. Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung Ayam.

Hingga kini kesan-kesan peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya. Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.

Daripada maklumat yang didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri. ]

*Apa pula kaitan antara Langkasuka dan Naga Tasik Chini ?

Klik Sini :

[Persoalan2 dan pertanyaan tersebut telah membawa aku kepada sebuah buku "The Naga King's Daughter" oleh Stewart Wavel yang ditulis pada tahun 1965 setelah penjelejahannya bersama Kumpulan Oxford dan Cambridge pada tahun 1963 dan dinaungi oleh Tunku Abdul Rahman. Perjalanan tersebut bukan hanya membuka pemikiran tentang Menora, tetapi juga hubungannya dengan Langkasuka, Puteri Saadong, Main Peteri, Semangat Laut, Laut dan Angin serta Tasik Cini dan Orang Asli.

Naga King's Daughter telah membuka perjalanan aku semasa bertugas di Bangkok (1998-2000). Termasuklah bengkel seni untuk sekolah rendah yang aku kelolakan di Nakhorn Sri Thammarat di Bahagian Utara Selatan Siam, berdekatan dengan Suratthani(pengkalan ke Koh Samui).

Banyak yang ditemui di Nakhorn Sri Thammarat, dari Nasi Kerabu, Tukang Mas Kelantan, Kerabat Kelantan dan dibawa ke Nakorn dalam perjalanan ke Bangkok untuk dijadikan buruh semasa Rama I, Ramkamheng, serta juga bertemu guru-guru Manora.

Untuk hari penutuh kami mengambil keputusan untuk mengadakan sebuah persembahan Manora di mana 13 orang penari pelajar menarikan tarian Menora, dan hati aku begitu gembira kerana aku tahu tarian tersebut tidak akan hilang, walaupun ianya tidak lagi berada dinegeri Melayu, tetapi negeri yang dulunya adalah negeri Melayu Ligor dan sebelumnya Sri Dharmanagara, tempat yang dikatakan di mana ugama Buddha dikembangkan, kemudiannya ditawan oleh Siam Ayutthaya dan menukarkan namanya kepada Nakorn Sri Thammarat.]


* Ada juga mitos yang mengatakan Sita Dewi atau Cik Siti Wan Kembang adalah orang yang sama, benarkah begitu ??? antara mitos dan misteri yang berlegar sekitar nama Cik Siti Wan Kembang amatlah banyak ditemui, contohnya boleh dibaca kat sini :

Klik Sini

[ANTARA dunia mitos, legenda dan sejarah...inilah sumber untuk mencari, menyediliki dan menyusun teks sastera seni budaya. Watak Sita Dewi diperkenalkan melalui teks Ramayana dan berkembang dalam seni persembahan wayang kulit. Watak Sita Dewi di perikan sebagai wanita jelita berkulit kuning gading, berhias sanggul bergelung, dengan susunan bunga melor, leher - dada berdokoh, ulu lengan berpontoh. Watak penting ialah sikap wanita yang setia jujur kepada suami Seri Rama. Betapa pula kesetiaannya dicurigai teruatama ketika dia dapat dilarikan oleh Rahwana yang berjaya melarikannya dari lingkaran sakti. Siapakah yang sanggup penyebelahinya? Laksamana yang ditugas menjadi lingkaran sakti, ketika Rama harus keluar memburu kijang emas yang diingini puteri. Setelah dirampas Rahwana, siapa yang datang membantunya? Jentayu, ya jentayu harus bertempur dengan garoda, unggas raksaksa jelmaan Rahwana.

Cik Siti Wan Kembang juga kerap dikaitkan dengan mitos. Sumber lisan konon puteri ini dijumpai oleh Awang Selamat dengan isterinya Mak Kelembai. Hal ini cerita lisan yang sudah menjadi cerita asas dalam teks sastera klasik lainnya. Termasuk teks Hikayat Pasai, Sejarah Melayu juga Inderaputera dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Kita kembali dipaparkan dengan kenyataan yang hampir dengan sejarah, kerana Cik Siti pernah wujud, lahir dan menjadi Ratu penting di wilayah kerajaan Kelantan Lama. Maka kitapun hampir percaya konon cerita, Cik Siti puteri Raja Ahmad, bondanya Cik Banun anak Seri Nara Diraja ayahanda Raja Ahmad putera Raja Dewi (puteri Sultan Mahmud dengan Onang Kening) dengan Raja Mansur Sempurnalah asal usul seperti yang dipercayai, hingga Cik Siti berkuasa di wilayah Kelantan Lama , kerajaaan Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayung. Konon di zamannya telah digunakan duit siling emas (kupang) dengan logonya terkenal hingga sekarang, kijang lambang mata wang terbitan Bank Negara Malaysia.
...bersambung

(lih.Abdullah Zakarian dan Zahir Ahmad, 2007) ]

Persoalannya:

Mengapa Cik Siti Wan Kembang memilih Gunung Chintawangsa di Hulu Kelantan berhampiran dengan Gunung Ayam, Taman Rusa, Gua Cha, Taman Negara Kuala Koh ???

Apakah kaitan antara Cik Siti Wan Kembang dengan binatang kesayangannya iaitu Kijang ??? Sehingga beliau menyuruh rakyat mencetak duit dengan gambar kijang, Jata atau Lambang Negeri Kelantan juga ada Kijang! Apakah misteri atau rahsia yang dimiliki oleh kijang ini sehingga Lukisan Kijang ini wujud di dinding batu di zaman Mesir Purba seperti di bawah???





Nantikan Dalam TSSB- Bhg 2.

Wassalam.

* Perhatian ! : Semua artikel yang di ambil dari mana-mana sumber dibuat tanda [ hingga ]

Sangtawal Sakranta.


Sunday, January 31, 2010

Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?


Tajuk : Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Artikel yang ingin saya tulis kali ini adalah berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan atau sebuah negeri yang dulunya pernah diberikan nama Kalathana atau Medang Gana. Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land) juga adalah nama sebutannya.Nama Negeri Kelantan Serambi Mekah juga adalah sangat popular dan menjadi sebutan dizaman Tok Kenali.

Mari kita jejaki sedikit catatan lama sejarah berkaitan dengan nama negeri ini.Berikut adalah beberapa catatan yang saya ambil dari artikel-artikel saya yang terdahulu:

[1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Itali, mengatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.

3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M), Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau “Ku-lan-tan”.

4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang bererti Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.

Berdasarkan letak geografinya, sebahagian ahli sejarah justeru beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropah, Paul Wheatley cenderung mempercayai bahawa Chit-tu itu terletak di Kelantan.

Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan pernah ditakluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat menentukan dari mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebutkan bahawa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.

Sebahagiannya dari sumber:
Hamid, Rogayah A. dan Mariyam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006). ]

Itulah serba sedikit catatan-catatan purba berkenaan dengan Negeri Kelantan.

Sila baca satu lagi artikel yang dipetik dari blog ini : http://faizn.blog.friendster.com/

berkaitan dengan Kelantan dan kaitannya dengan Kerajaan Sriwijaya, Tulis Faizn begini :

[ Kerajaan Sriwijaya Awal: Indonesia atau Malaysia?

Kelantan adalah sebuah negeri diSemenanjung yang banyak menyimpan rahsia-rahsia sejarah. Kalau dikaji dari sejarah Kelantan purba sehinggalah Kelantan di zaman Long Yunus [Kelantan Moden] maka kita akan membuat satu konklusi bahawa Kelantan merupakan KUNCI pembukaan sejarah-sejarah di Asia Tenggara seterusnya memegang peranan penting dalam penyebaran berbagai agama dan kebudayaan yang mengaitkan negeri China, Korea, Jepun, Arab dan India. Ternyata bumi Kelantan adalah PUSAT segala-galanya.

Sebut sahaja nama-nama negeri atau pulau-pulau, maka Kelantan tetap dikaitkan walaupun ianya mempunyai nama yang sering berubah-ubah. Inilah yang menimbulkan kebingungan dan kekeliruan para ahli pengkaji sejarah dalam menentukan lokasi nama-nama tempat atau negeri sehingga berlaku percanggahan di antara satu sama lain.

Dua faktor yang menyebabkan peninggalan-peninggalan lama hilang dan tidak dapat dikesan lagi lokasinya ialah:

1-kerana dari sudut geografinya Kelantan merupakan sebuah negeri di Semenanjung yang sering dilanda banjir. Hakisan-hakisan yang sering berlaku banyak meruntuhkan dan menenggalamkan kesan-kesan sejarahnya ke dalam bumi dan sungai, dan;

2-peperangan-perangan yang berlaku samada oleh serangan-serangan dari luar atau perangan sendiri telah membawa bencana dan banyak membinasakan kesan-kesan purba. Contohnya satu tempat yang terdapat di hilir Kelantan sekarang kira-kira 3 batu di sebelah barat-daya Bukit Panau, ibu kota yang namanya YAWATOKI bagi negeri Kelantan dalam abad pertama sehingga beberapa abad kemudian dikatakan telah tenggelam ke dalam bumi [pada akhir abad yang ke 14 masehi sewaktu menjadi ibu-kota Empayar Chermin Jeddah]

Kota YAWATOKI dan BUKIT PANAU waktu itu dikatakan terletak di tepi pantai. YAWATOKI bererti “TITIK JAWA” yang bermaksud, DARI KOTA INILAH POLITIK DAN KEBUDAYAAN [BANGSA] JAWA MULA BERKEMBANG KE SELURUH ASIA TENGGARA.

Ahli-ahli sejarah dan arkeologi Indonesia, ahli arkeologi dari Amerika dan Belanda masih tercari-cari pusat kerajaan SRIWIJAYA yang pertama kerana tiga buah kawasan utama iaitu di Bukit Siguntang di Palembang, Muara Takus dan Muara Jambi tidak ada kesan-kesan yang menunjukkan bukti bahawa kawasan-kawasan tersebut wujud bersama-sama kerajaan SRIWIJAYA di peringkat awal.

Prasasti-prasasti [batu bersurat] yang dijumpai tidak dapat menunjukkan bahawa Palembang pusat SRIWIJAYA di awal abad 7 Masehi. Prasasti Kedukan Bukit di Palembang yang paling tua tarikhnya [638Masehi] dan paling penting dalam konteks kajian untuk mencari lokasi pusat SRIWIJAYA yang awal juga tidak menemukan bukti-bukti yang jelas dan masih disangsikan.

Bronson seorang ahli arkeologi dari Amerika yang telah mengemuka beberapa hipotesis hanya dapat menjumpai kesan-kesan peninggalan sejarah terutama di Bukit Siguntang dan Palembang yang menunjukkan bekas-bekas permukiman manusia dan penemuan arca dan seramik yang berasal dari China dan Thailand adalah pada abad ke 14 hingga 17 Masehi.

Beliau kemudian mengemukakan pendapatnya bahawa apa yang ditemui oleh para arkeologi Indonesia adalah penemuan seramik dan arca perbakala peninggalan MAJAPAHIT dan SINGGOSARI serta KESULTANAN PALEMBANG.
Jadi di manakah pusat SRIWIJAYA yang sebenarnya?

Garis lintang 5 darjah 50 minit ! ]



*Peta Negeri Kelantan, Benarkah Sungai Kelantan itu Sungai Sidon?

Misteri berkaitan dengan Gua Cha ini amat menarik perhatian saya.Apa tidaknya, Gua ini pernah digali dan diselongkar oleh pengkaji-pengkaji barat sebanyak dua kali pada tahun dan 1936 dan1954.Selepas itu oleh pengkaji tempatan pada tahun 1979.

Apakah misteri yang ada di Gua Cha sehingga para pengkaji barat sanggup meneroka daerah Ulu Kelantan dan menyeberangi Sungai Nenggiri semata-mata untuk membuat penggalian di Gua Cha yang berada di dalam hutan belukar itu? Dari mana mereka mengetahui rahsia tentang khazanah bangsa melayu yang tersimpan dan terkambus di dasar Gua Cha ribuan tahun silam? Mari kita bongkar kembali misteri ini!

*Gua Cha

Gua Cha terletak ditebing kiri Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, 16 km ke hilir Kampung Kuala Betis. Ianya merupakan satu kawasan batu kukup atau batu lindungan yang mempunyai keluasan lantai hampir 300 meter persegi.

* Sungai Nenggiri , Hulu Kelantan


Dari sudut arkeologi, Gua Cha boleh dikatakan tapak yang paling aktif sekali diselidiki, di Semenanjung Malaysia. Penemuan gua ini telah dilaporkan oleh H.D. Noone pada tahun 1936 manakala kajian yang lebih mendalam dijalankan oleh G.de G. Sieveking pada tahun 1954 dan sekali lagi pada tahun 1979. Kajian terbaru pula dijalankan oleh Haji Adi bin Haji Taha ditapak yang sama.

Hasil dari kajian-kajian yang dijalankan lebih dari 30 tinggalan manusia zaman 'Hoabinhian' dan Neolitik ditemui di Gua Cha. Tembikar-tembikar yang dibuat dalam pelbagai bentuk dan ragam dan alat-alat perhiasan juga ditemui dalam kuantiti yang banyak dan merupakan perkakas pengkebumian yang ditanam bersama mayat. Bukti tinggalan makanan yang ditemui di Gua Cha menunjukkan yang masyarakat tersebut bukan sahaja memburu haiwan kecil tetapi juga haiwan besar .

Pentarihan karbon menunjukkan yang Gua Cha telah didiami oleh masyarakat 'Hoabinhian' sejak 10,000 tahun yang silam dan diikuti oleh masyarakat Neolitik pada kira-kira 4,000 tahun yang lalu. Bukti beras terbakar juga ditemui di Gua Cha dibahagian lapisan atas menunjukkan bahawa disitu pernah wujud satu penempatan manusia disekitar Gua Cha.

Baiklah, sila baca satu keratan akhbar berikut :

KLIK sini :


ARKIB akhbar utusan : 18/01/2008

[ Rais dapatkan rangka manusia Gua Cha

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan berlepas ke England minggu depan untuk mendapatkan tulang rangka manusia Gua Cha pada zaman purbakala yang kini disimpan di University of Cambridge’s MacDonald Institute of Archaelogy.

Tulang rangka itu dari gua di Kelantan, kira-kira 5,000 lepas, dikeluarkan dari Malaysia pada 1950-an oleh bekas pengarah Muzium Taiping, G. de Sieveking ke rumahnya di United Kingdom.

Sieveking (1925-2007) seorang ahli arkaelogi zaman purbakala, yang lebih terkenal kerana kerja-kerja mengenai batu api dan lombong batu api.

Seorang penuntut doktor falsafah di University of Cambridge, beliau menjalankan penggalian di Malaysia pada 1950-an, yang paling terkenal di Gua Cha.

Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara kementerian itu hari ini, Rais akan mengetuai satu delegasi untuk memuktamadkan penghantaran pulang tulang rangka itu, yang dianggap penting dan bernilai bagi penduduk kuno di Malaysia.

Pesuruhjaya Warisan Negara, Datuk Prof. Emeritus Zuraina Majid telah mengilhamkan usaha itu untuk membawa balik tulang rangka berkenaan awal apabila beliau masih lagi berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM).

Jabatan itu menyatakan Gua Cha, yang terletak di benteng Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, merupakan sebuah tapak zaman purbakala di Asia Tenggara dan telah menyimpan kira-kira 40 tulang rangka.

– Bernama ]

* Skeleton Manusia Gua Cha yang dipamerkan di University Of Cambridge

Adalah dianggarkan lebih kurang 40 rangka manusia atau “human skeleton” yang dijumpai di Gua tersebut telah dipindahkan oleh Seiveking ke England dalam tahun 50-an dalam 10 kotak besar! Apa yang menarik perhatian saya ialah mengapa rangka manusia ini disimpan di University tersohor iaitu University Of Cambridge???

Rangka manusia Hoabinhian telah ditemui oleh Gale Sieveking di dalam gua ini. Antara yang ditemui ialah 5 biji mangkuk daripada tanah liat dikebumikan bersama simati sebagai bekalan di alam lain. Pada tangannya terdapat seramik gelang tangan yang bersaiz besar. Usia artifak ini sekitar 1000 BC. Sebelum itu, pada tahun 1936 H.D. Noone telah menemui pelbagai artifak purba termasuk Beliung yang diperbuat dari batu Neolithic.



Lihat betul-betul gambar diatas, mengapa ada 5 buah mangkuk yang berukuran dari kecil ke besar di tanam sekali dengan mayat tersebut? Apa maksud 5 dan kaitan dengannya atau apakah ada 5 lagi alam yang akan ditempuhi oleh mereka mengikut kepercayaan mereka itu agaknya??? Mungkin maksud tersirat ialah mereka juga mempunyai kepercayaan bahawa alam ini hanya tempat persinggahan saja, masih ada lagi alam-alam lain yang akan ditempuhi oleh setiap jiwa!

Fikirkan lagi, jika rangka manusia itu pun mereka sanggup mengusung dan membawa pulang ke London, bagaimana pula dengan khazanah bangsa yang lain terutamanya manuskrip-manuskrip lama yang mengandungi ilmu-ilmu yang tidak ternilai ? bagaimana dengan peralatan orang melayu yang lain seperti senjata lama dan sebagainya? Kalau boleh, mereka mahu merompak dan membolot kesemuanya, mereka mahu menguburkan terus segala ketamadunan melayu, agar melayu yang tertinggal selepas penjajahan adalah melayu bodoh, melayu yang hilang identiti dan jati diri serta mengalami rasa inferiority yang amat kompleks. Kalau boleh mereka mahu menghilangkan terus bekas bekas ketamadunan dan kemegahan silam orang melayu supaya melayu kini kehilangan jejak dan terus dalam kealpaan.

Siapakah Gale Sieveking ???

Dengan mengkaji siapakah orang ini, maka kita bolehlah mengagak apakah motif atau tujuan dia membawa pulang begitu banyak tulang rangka manusia purba dari perut bumi kita ke rumahnya di United Kingdom dalam tahun 50-an.

Apakah tugas yang diberikannya sebagai Pengarah Muzium Taiping adalah satu Konspirasi untuk merompak dan melenyapkan terus kesan sejarah dan peradaban Melayu kononnya atas nama kajian dan pemuliharaan ?

Mari kita lihat siapa Gale Sieveking sebenarnya! Mari kita baca personaliti dan wataknya melalui kacamata isteri dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Klik Sini :


Saya hanya ingin mengambil sedikit artikel dari link di atas, selebihnya anda boleh membacanya di sana :

[ In memoriam: Gale Sieveking 1925-2007

September 5th, 2007

Gale Sieveking was an archaeologist who worked in Malaya from the 1950s and onwards. He is best known for his excavation of Gua Cha in Kelantan, where over 30 humain remains have been found, buried in two distinct time frames, the Hoabinhian and the Neolithic. This tribute was published in the Newsletter of the Society of Antiquarians in London. Special thanks to Dr Ian Glover for this bit of news.
[ Dia telah menjadi terkenal kerana tulang rangka manusia Gua Cha dari Negara kita.Mereka telah menciplak dan mengkaji khazanah Negara kita menjadi milik mereka! Beliau sebenarnya bukan ingin sangat mengkaji tentang arang batu dan jenis tanah di Tanah Jawi, tapi mereka mahu kaji lebih dari itu! ]

Memories of Gale Sieveking (1925–2007)

The call, in the last issue of Salon, for further reminiscences concerning our late Fellow Gale Sieveking produced a fruitful bounty of information. Since Gale played such an important part in the development of archaeology as a discipline and in our understanding of prehistory, these valuable insights into his life and work are worth recording in full.

Our Fellow Ann Sieveking has generously provided a copy of the address that she gave at her late husband’s funeral. We are also very grateful to our Fellows Juliet Clutton-Brock, Michael Thompson, Michael Kerney and Phil Harding for their accounts of the lasting impression that Gale made on them, and to Professor Rory Mortimore, now Head of Civil Engineering and Geology at the University of Brighton, who provides an account of Gale’s ability to build multi-disciplinary teams around the study of flints and prehistoric technology.

[Saya amat tertarik dengan minat Gale Sieveking terhadap Prehistoric Technology ! Mungkinkah dia juga sedang mengkaji dan mencari bekas-bekas atau lombong Nabi Sulaiman dulu? Bukankah hutan Pahang adalah hutan yang tertua di Dunia dan disitu ada Gua Kota Gelanggi dan sebuah Kota Raya Purba yang ghaib ? ]

Ann Sieveking writes: ‘Gale was born on 26 August 1925 at Cagnes-sur-Mer, in the Alpes Maritimes. Having been born in France he was entitled, at the age of seventeen, to choose between French and British nationality, but in 1942 there was little liberty to do so and, with certain regrets, he relinquished his French nationality.

‘On leaving school, he joined the Fleet Air Arm, trained in flying in Canada, swam in the sea of Colombo and sat in an outlook post on top of a fort in Malta. Gale once related that his flying duties were curtailed when, on a training flight, he neglected to lower the undercarriage of his craft through a small oversight.

[Gale Sieveking bukan seorang pengkaji biasa! Biasanya pengkaji yang diajar menggunakan pesawat atau selok belok penerbangan dan berenang di laut dalam bukan untuk misi biasa! Lagipun, dia diarahkan untuk datang ke Malaya dahulu kerana mungkin ada sebab penting, malah dia sanggup melupakan hasratnya untuk meneruskan pengajian pakarnya (PhD) semata-mata untuk datang berkhidmat sebagai ‘kononnya’ Pengarah Muzium.Apa yang dikumpulkan dalam Muzium saudara??? Fikir-fikirkanlah sendiri! Dia ni pun bukan main liciknya sehingga dalam masa beberapa tahun je kat Malaya ni boleh buka dan jaga 3 lagi Muzium selain dari Muzium Taiping iaitu di Melaka, Kuala kangsar dan Seremban.Mungkinkah dia seorang freemason atau Illuminati ? ]

‘As soon as he was able to do so, he went up to King’s College, Cambridge. A grateful but insolvent Government financed ex-service personnel for two years of a three-year degree. For the first part of the tripos, Gale read history, but he was captivated by archaeology and in his final year he studied prehistory.

He then embarked on a PhD, but he left this unfinished since he had married, was in need of an income and had been offered a post as Deputy Director of Museums in Malaya. In 1953, Malaya was in the midst of the state of emergency declared by the British colonial government in 1948 as a response to Communist insurgency.

Opportunities for travelling and exploring were limited, but Gale still managed to open three new regional museums – in Malacca, Seremban and Kuala Kangsar – and he excavated sites of all periods wherever it was possible to do so.

‘The first of these was a seventeenth-century Portuguese fort in Johore Lama, facing Singapore across the Straits; another was an early Indian trading post in the mangrove swamps near Taiping, and a third, again in Johore, was the rescue of a collection of Chinese porcelain – one cannot say “excavation”, as the finder had put his pickaxe through the hoard when extending his vegetable patch. This had been buried for safety in a wooden box and included a number of blue and white Ming dynasty bowls of imperial quality, though how they came to be abandoned there remains a mystery.

[Penemuan alat-alat dari Zaman Dinasti Ming ini tidak direkodkan dalam sejarah kita saudara! Kemana hilangnya lagi barang-barang atau khazanah sejarah bangsa kita yang lain di bawah jagaan si Gale Sieveking ini? ]

‘Perhaps of most interest to Gale was his excavation of Gua Cha, a habitation site in a rock shelter on the Nengiri river in Kelantan. Gua Cha had been found in 1935 by H D Noon, but Noon had not survived the war. Working with our Fellow Michael Tweedie, then of the Raffles Museum, Singapore, Gale’s was the first systematic excavation of Gua Cha, where he found a slaughtering station for wild boar, along with human burials of both Mesolithic and Neolithic date, the latter with jadeite bracelets, polished stone axes and pottery bowls containing a supply of small animals, presumably for sustenance in the next world.

‘The site was in an isolated part of the jungle, but a police post had been established here to round up the indigenous people of this part of the peninsula who were suspected of supporting the insurgents with food and intelligence. Attired in jungle green, Gale and Ann Sieveking, along with Michael Tweedie and a number of museum staff, worked under military escort, and were kept supplied by parachute drops with food and – marvellously – paperback thrillers to read. When the dig was finished, all returned to civilisation down the Nengiri river on bamboo rafts; the human cargo survived the hazards better than did some of the finds.

[Tengok saudara, bagaimana mereka tahu disitu ada sesuatu yang berharga, sedangkan disitu adalah hutan belukar dan untuk membekalkan makanan kepada mereka pun, terpaksa menggunakan pengangkutan udara! Lagi satu, mengapa ketika penggalian mereka itu , mereka dikawal ketat oleh polis dan tentera? Cuba fikirkan! Benda-benda yang dijumpai adalah seperti yang mereka nyatakan, tetapi percayakah kita hanya itu saja??? Mungkin ada benda lain seperti emas atau barang yang lebih berharga yang mereka temui tetapi tidak dinyatakan sebagai barang yang ditemui agaknya! ]

‘After three years in Malaya, four Sievekings returned to England. Gale joined the British Museum, where he stayed for the rest of his professional career. Gale’s first research project was an analysis of Grand Pressigny flint, a beautiful honey-coloured stone found in east-central France and mined, worked and traded in the Neolithic. Grand Pressigny flint was unusual in being identifiable by its colour; at this date most flints were considered indistinguishable one from another. Gale was one of a group of researchers who established that flint from different localities could be identified by their trace elements. This analysis made it possible to map the distribution of flints from different mines; for example, axes from Grimes Graves were identified and shown to be distributed widely in England and in France, while French flint travelled in the opposite direction.

[ Sudah terang lagi bersuluh, beliau hanya ditugaskan untuk merompak khazanah sejarah bangsa kita dalam masa 3 tahun , kononnya atas kapasiti seorang pengarah muzium! Mengapa ketika beliau pulang ke England, beliau tidak terus mengkaji Tulang Rangka manusia purba sebanyak 10 kotak itu, tetapi meneruskan kajian keatas “Grand Pressigny Flint” ? Mengapa Tulang rangka manusia purba itu disimpan di University of Cambridge’s MacDonald Institute of Archaelogy saudara ? untuk siapa dan untuk apa ia perlu berada disitu? Bukankah selain dari ujian pentarihan menggunakan karbon, tulang itu juga boleh diambil sample DNA nya dan dikaji ? lihat di Link ini : Klik Sini

bagaimana mereka mengkaji dengan teliti dan mendalam DNA dan jenis Chromosome dalam genetic manusia. Ada juga disentuh disitu tentang Ancient WaterWays. ]


Juliet Clutton-Brock writes: ‘Gale will be sadly missed as an archaeologist of spirit and a loyal friend. Gale was an undergraduate at Cambridge during the crucial time when archaeology was in transition from an amateur occupation for treasure hunting to the practice of serious scientific research. The great names of this period – Graham Clark, Charles McBurney, Gordon Childe and Frederick Zeuner – had a determining and controlling influence on students who wished to join them in this endeavour, and they did not suffer fools gladly. Gale was one of the lucky few who was trained in prehistory on Clark’s excavations at Star Carr in the early 1950s, and it surely influenced his approach to prehistory and its interpretation for the rest of his career.

‘I was lucky to be given the opportunity, as an archaeozoologist, to work with Gale on the animal remains from his 1970s excavations at Grime’s Graves. Gale became a friend and colleague who was always supportive and always full of new ideas for how to approach the study of prehistoric remains. For me, these were the very large collection of antler picks from the flint mines as well as the skeleton of a dog, excavated so carefully that the remains of its last meal, tiny bones from a pig’s foot, were still with it, and the skull of an aged mare who had lost most of her teeth. Gale was an “ideas man”, but with a disciplined approach, and such people are sorely needed in any field of research.’

Michael Kerney writes: ‘Gale and I joined forces for an expedition to Thailand from 1 December 1965 to 31 March 1966. Our project had two aims: one was to locate sites in the limestone massifs in the country’s north and north-eastern provinces with Palaeolithic and earlier remains, sealed by stalagmite deposits, and thus datable using protactinium-thorium-uranium isotopic methods; the other was to investigate the relationship between the bronze age in Thailand and contemporary cultures in Yunnan. ]

[ Baca ayat dalam perenggan diatas, maksudnya selepas berada di Malaya selama 3 tahun, Beliau telah melakukan satu lagi misi ke Thailand pada tahun 1965-1966, tengok mereka sentiasa ada 2 benda yang dilakukan untuk mengelabui mata masyarakat umum.Misi utama mereka ialah untuk mengkaji hubungan antara Thailand dan Yunnan! ]

Oleh itu , segala taktik mereka itu tidaklah menghairankan kita, jika kita baca kajian mereka tentang Malay Peninsular as the setting of Books Of Mormon, KLIK SINI :

anda semua akan terkejut bila mereka melukis peta , bentuk taburan hutan, bentuk mukabumi, lokasi Bandar-bandar utama, malah mereka sudah mampu mendaki dan meneroka hutan Pahang , melepasi Banjaran Gunung Tahan, meneroka tanah tinggi Cameron Highland sejak 200-300 tahun yang lalu! Malah mereka telah mengukur jarak di Segenting Kra sejauh 1 hari setengah perjalanan dari titik timur ketitik barat (atau sebaliknya) dalam satu garis lurus!

Kembali kepada satu persoalan misteri yang menyelubungi Gua Cha ini, Bagaimana mereka tahu di Gua Cha itu tersembunyi segala khazanah purba??? Dari sumber manakah mereka perolehi maklumat itu???

*Tulang Rangka yang digali selepas Gale sieveking iaitu pada tahun 1979.

Salah satu Kata Kunci kepada segala persoalan misteri ini ialah bila kita kaitkan kawasan Hulu Kelantan ini dibawah pemerintahan siapa sebenarnya pada suatu masa dahulu?

Hulu Kelantan adalah dibawah Kekuasaan Puteri Saadong pada zaman dahulu! Apa kaitannya pula antara Puteri Saadong dengan Che Siti Wan Kembang ? Apa pula kaitan antara Kerajaan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan Chittu atau Tanah Merah (Zarahemla) dan Bukit Panau(Yawatoki) ? Apakah hubungan antara Chittu dengan Empayar Majapahit Kelantan Lama? Benarkah mereka yang berketurunan Wan, Nik, Pengiran dan Che itu ada kaitan pula dengan Bangsa Arab Quraisy Purba ?

Mengapa pula Gereja Terbesar CCC terletak di atas Bukit Jalil??? Tengok peta semula!

Atau baca dan kaji semula hasil kajian mereka berkaitan dengan Land Of Promised .

Pada mulanya mereka menyangka dan cuba mendakwa Land Of promised itu berada di tempat mereka ; Mesoamerica ! Klik Sini :

Namun setelah Dr Ralph A. Olsen , telah membentangkan kajian dan bukti-bukti kukuh yang Land Of Promised itu berada di Malay Peninsula, sila baca The Malay Theory atau Malay Hypothesis kat sini : Klik Sini :


Boleh juga Klik Sini :

Barulah seluruh dunia mula membuka mata dan mula mengidamkan Bumi Yang dijanjikan ini! Semenanjung Emas!!!

Mengapa pula Tun Dr Mahathir menamakan pusat pemerintahan baru Negara kita PUTRAJAYA!!! Buka Cinajaya atau Indiajaya atau Jawajaya atau SatuMalaysiajaya???

Fikir-fikirkanlah! mungkin Tun ada sebab dan ada sesuatu yang Tun sudah tahu berkenaan dengannya!

Jika pembaca sekalian sudi berkongsi maklumat dan info, sila nyatakan di ruangan komen di bawah.

Selamat membaca !

Sangtawal Sakranta





Artikel Pilihan

Tajuk : Data-Data Arkeologi

Sumber : Klik Sini

[ ABSTRAK

Arkeologi membangkitkan kesedaran tentang gambaran yang mengasyikkan, jumpaan-jumpaan yang menarik, misteri masa silam, kemahiran purba, kerja-kerja penyelidikan yang teliti dan publisiti. Seolah- olah terdapat sesuatu dorongan untuk terus menggali, untuk memegang objek, untuk membayangkan keadaan sebelumnya. Arkeologi adalah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasai teori ahli arkeologi .(1)

Arkeologi mempunyai hubungan dengan manusia pada masa lepas. Tumpuannya adalah pada keadaan budaya dalam perspektif masa (2).Sebahagian dari masa prasejarah tidak mempunyai rekod bertulis. Ahli prasejarah atau arkeologi kekurangan rekod bertulis, mereka terpaksa menggunakan artifak- artifak yang selalunya diperolehi melalui carigali oleh para arkeologi(3) . Ada beberapa sub bidang seperti arkeologi prasejarah yang mengkaji zaman sebelum wujudnya tulisan. Arkeologi adalah pengkajian dari aspek material yang berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia silam(4) .


PENGENALAN

Arkeologi adalah berasal dari perkataan 'archaios' yang bermakna yang telah lalu dan 'iogos' yang bermakna pengetahuan(5) . Ini menerangkan bahawa akrekologi adalah pengetahuan masa lalu. Ahli arkeologi menggunakan data bukan bertulis seperti artifak, ekofak, feature dan data konteks. Ahli arkeologi juga berminat pada ruang waktu yang luas contohnya peringkat atau tahap yang sama ada pada zaman gangsa awal atau lewat sejarah yang tidak bersifat peribadi iaitu menyentuh soal riwayat hidup atau peranannya terhadap pembangunan masyarakat. Peranan arkeologi hanya meriwayatkan kisah sesuatu kelompok silam contohnya kisah hidup serta cara hidup masyarakat zaman gangsa atau besi(6) .

Antara aspek yang dapat dikaji oleh ahli akrekologi seperti dalam pola ekonomi berkebnaan cara mengumpul , memburu dan menjalankan pertanian. Aspek pola pertempatan dikaji berdasartkan keadaan kelopok kecil meraka sama ada hidup menetap dalam kampung kemudian menjadi kampung besar dan berubah menjadi urrban (kawasan pembangunan). Dalam aspek keudayaan kebendaaan berkenaan artoifak mereka sama ada daripada batu atau atau alat mentenan lain serta pola perhiasan meraka yang boleh menunjukan taraf status mereka dalam masyarakat mereaka. Dalam aspek kebudayaan dilihat dari segi kepercayaan, kubur, kuil, patung dan seterusnya buat kesimpulan.

Ahli arkeologi melihat artifak-artifak sebagai satu cara manusia memenuhi keperluan asas bagi mendapatkan makanan, tempat tinggal dan perlindungan dari musuh., arkeologi menrut bagi sesetengah sarjana ia adalah kerja seni dan pelengkapan diri. Semua ini tidak mempunyai harga kecuali kerana nilai dalaman dan keindahannya(7) . Arkeologi mengkaji orang yang telah mati yang selalunya tidak bernama dan budaya yang jarang difahami oleh individu. Perbezaan juga wujud kerana arkeologi mengkaji kerja- kerja manusia artifak-artifak mereka serta tempat-tempat kegiatan mereka dan bukan manusia itu sendiri. Arkeologi tidak meliputi segala bidang yang ada(8) .

DATA ARKEOLOGI

Data-data arkeologi adalah untuk melihat dari mana datangnya manusia itu dan apakah aktiviti yang pernah dilakukannya dahulu sama ada mereka berburu, bertani atau bertukang kesemua ini akan dapat diketahui apabila terdapat pengujian terhadap tinggalan-tinggalan yang merupakan data arkeologi dan data ini akan diuji dengan radiokarbon atau labih dikenali 'carbon14'. Umpamanya bagi menentukan asal-usul nenek moyang orang-orang Melayu di Nusantara daripada mana asalnya dan bentuk kebudayaan yang pernah dilakukan dan masyarakatnya(9) .

ARTIFAK

Artifak adalah 'as anything made or modified by human being'(10) dan contohnya ialah alat batu, gendang gangsa dan tembikar. Artifak ada juga yang dibuat perubahan organik seperti buluh dan rotan tapi kesemua bahan itu tidak dikesan lagi kerana kawasan lembap. Manakala bagi Karl Huterer, pakar arkeologi berpendapat di Asia Tenggara bila kaji artifak zaman silam ia terbahagi dua iaitu kategori;

1. Artifak maintenan ;

Alat memotong bahan organik untuk berburu seperti sumpitan yang digunakan untuk berburu dan ia diperbuat dari buluh dan buluh ini dipotong dengan menggunakan alat dan alat inilah yang dimaksudkan sebagai alat artifak maintenan

2. Artifak ekstraktif;

Ia adalah alat yang digunakan secara langsung untuk berburu dan mendapatkan hasil. Contohnya sumpitan adalah salah satu alat ekstraktif yang digunakan untuk berburu dan mendapatkan hasil.

Di Perak terdapat kebudayaan Tampaniah yang mana tinggalan-tinggalan berupa alat-alat adalah menyerupai alat-alat di India, Siam, Burma dan Jawa(11) . Manusia pada peringkat ini lebih berbentuk bergantung hidup dan kepada pemburuan dan berpindah randah yangg menunjukkan ada unsur-unsur cannablism dan mendiami gua-gua(12) . Telah terdapat tinggalan-tinggalan di Gua-gua, bukit dan lembah sungai yang menyatakan berkenaan zaman paleolitik. Penemuan yang didapati bahawa ia adalah bahan inorganik iaitu batuan maka dengan ini jelaslah bahawa ia adalah dari zaman batu awal. Penemuan alat-alat pemotong daripada yang tersangat tua usianya yang digunakan olejh manusia purba sejak zaman manusia homosapian lagi. Alat-alat ini ditemui di Kota Tampan Perak(13) . Ia juga dikenali sebagai alat maintenan kerana digunakan untuk memotong sesuatu benda contohnya pengetuk batu (Nut Craker) yang telah dijumpai semasa dijalankan kerja carigali oleh pakar kaji perba bernama H. D. Colling tahun 1983 di Kota Tampan(14) .

Pada zaman paleolitik, alat-alat utama yang digunakan untuk berburu memotong, melapah dan memepertahankan diri diperbuat daripada batu. Matlamat penciptaan alat-alat batu itu ialah untuk membantu orang zaman paleolitik meneroka sumber alam sekitar. Alat-alat itu dibentuk daripada alat-alat batu sungai dan secara amnya alat-alat batu itu dikenali sebagai alat pemotong kapak genggam dan alat batu repehan. Alat batu zaman ini tidak dilicinkan dan tidak menunjukkan tahap pencapaian yang tinggi dalam seni pencapaian. Alat-alat itu dicipta khusus keran fungsinya boleh membantu memenuhi keperluan hidup manusia semasa berburu. Menangkap ikan dan memungut hasil(15) . Menakala bagi bahan organik dipervcayai mereka telah menggunakan sumpitan untuk berburu dan bukannya untuk berperang(16) .

EKOFAK

Kulit siput, sisa tulang mamalia dan flora dan fauna yang terdiri daripada debunga adalah merupakan data ekofak yang merupakan data yang wujud kesan perlakuan atau perbuatan manusia. Contohnya ditapak Gua Kecil, Pahang. Penggalian yang dibuat oleh F.L Dunn dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan dan membahagikan Gua ini kepada tiga fasa kerana ditapak gua ini telah dijumpai longgokam-longgokan kulit siput yang dikatakan sisi makanan manusia zaman prasejarah(17) .

Kehadiran kulit-kulit siput dan tulang mamalia serta artifak hoabinhian merupakan fasa pertama yang menyatakan tentang aktiviti membuat dan mengumpul bahan-bahan seperti makanan. Kulit siput dan tulang mamalia ini makin meningkat dan seterusnya pada Fasa tiga terdapat peralatan batu berasah dan alat maintenan tidak digunakan lagi walaupun terdapat banyak lagi kulit siput tetapi ianya ianya semakin berkurangan secara mendadak dan dikatakan bahawa berlakunya perkembangan aktiviti manusia dari berburu dan mengumpul makanan kepada permulaan ekonomi pertanian dikalangan masyarakat neolotik. Di sini, Gua Kecil fasa 1 mewakili zaman hoabinhian, dimana alat batu berepeh digunakan dengan jumpaan tulang-tulang mamalia dan kulit-kulit siput ia telah menunjukkan berlaku pengurangan secara mendadak. Ia dikaitkan dengan aktiviti memburu dan mengumpul makanan yang semakin berkurangan.

FEATURE

Apa-apa data yang tidak boleh dibawah balik kemuzium atau tempat yang lain atau mengasingkannya dari tempat asal adalah merupakan data feature. Sebagai contoh apabila kita membuat penggalian dengan teliti dan berhati-hati kita dapat melihat data yang tidak boleh dibawah balik, contohnya sistem parit dan lubang tiang rumah (physt hole). Apa yang boleh dilakukan untuk jadikan bukti ialah bahan tersebut haruslah dilukis atau diambil gambarnya sahaja. Contoh yang dapat dikesan adalah Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil. Satu daripada cepu-cepu granit yang dijumpai masih mengandungi beberapa benda pemujaan purba seperti biji-biji permata, mutiara dan ketul-ketul logam serta beberapa lapis emas, perak dan tembaga dalam pelbagai rupa seperti rupa lembu jantan, kura-kura, bunga teratai dan rupa dewi dalam keadaan duduk(18) .

Dr. Lamb berpendapat pemujaan disitu adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-siasa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitanya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang ditengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu. Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memeberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium(19) .

DATA KONTEKS

Bermaksud data yang berkaitan kawasan alam semulajadi purba. Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu stradigrafi menegak, stradigrafi mendatar dan data negatif.

STRADIGRAFI MENEGAK

Perbezaan dalam longgokan dari atas ke bawah dengan menunjukkan turutan yang benar maka ia adalah disebut Stradigrafi. Prinsip stradigrafi adalah lapisan bawah adalah lebih tua daripada lapisan atas dengan syarat tiada gangguan dilonggokan itu. Cara untuk membezakan satu lapisan dengan satu lapisan berdasarkan perbezaan warna tanah, kandungan dan jenis tanah.

Pasir putih

Pasir kuning

Pasir bercampur

Tanah liat

Selain itu kita mesti fikirkan jenis tinggalan yang kita perolehi. Kita hendaklah menentukan sama ada;

Tinggalan Indigeneous Atau Insitu

Membawa maksud ia telah dijumpai dalam tempat asalnya dan tidak ada perubahan. Contohnya yang dapat dilihat di Tapak Kota Tampan, dimana ditemui bengkel kerja membuat alat-alat batu seperti batu pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa-sisa repehan dan alat-alat batu yang lain. Bengkel ini belum terganggu dan ditinggalkan dalam keadaan asal dan repehan rata dibawah untuk membolehkan kedudukan batu stabil. Tapak bengkel kerja itu dalam keadaan yang asal atau insitu dan ini bermakna tapak ini belum diganggu(20) .

Tinggalan infiltrated

Tinggalan arkeologi yang dikesan dalam lapisan itu adalah bukan sezaman dengan jumpaan dalam lapisan itu kerana lapisan atas telah terjatuh ke dalam lapisan lebih bawah sebab ganggunan stradigrafi seperti penggalian lubang untuk pengkuburan. Selalunya ia adalah dalam kajian komponen pelbagai. Penggalian di Gua Cha telah dilakukan dengan teliti dan ia merupakan komponen pelbagai menurut Sieveking. Dia kebudayaan yang wujud ialah Hoabinhian dan neolitik. Kebudayaan hoabinhian dijumpai dilapisan tebal yang tanahnya berwarna coklat tua yang mempunyai barang hoabinhian seperti alat-alat batu, tinggalan sisa manusia dan sisa tulang haiwan yang kesemuanya dalam kuantiti yang besar. Sementara itu, kebudayaan neolitik pula dijumpai di lapisan tanah hitam berbatu yang terletak di lapisan yang lebih atas lapisan tanah coklat tua. Disini dijumpai kubur-kubur yang disertakan dengan barangan pengkebumian seperti tembikar, alat batu yang sudah digilap, rantai, manik cengkerang, sudu cengkerang dan gelang batu. Kedua-dua lapisan tanah semulajadi ini terpisah oleh lapisan tanah sterile deposit yang tidak mengandungi sebarangt tinggalan arkeologi. Mungkin terdapat gangguan stradigrafi yang disebabkan oleh hakisan.

Tinggalan Residual

Ia juga berlaku di tapak komponen pelbagai, ia bukan yang berusia tua daripada benda-benda lain di lapisan itu. Di gua Niah telah dijumpai tengkorak Homosapien. Melalui kaedah radiokarbon 14 arang kayu yang berhampiranb dengan tulang tengkorak itu adalah berumur kira-kira 40 000 tahun(21) . Namun penemuan Robert Fox di Pualu Palawan Filipina telah dijumpai tengkorak yang serupa. Manusia homosapien diantara Gua Niah dan Pulau Palawan di Filipina adalah sama kerana tanah besar adalah bersambungan di zaman air batu (Pleistosen)(22) .

STRADIGRAFI MENDATAR

Bermaksud kajian yang dijumpai dalam lapisan yang sama. Prinsip Assiocian Finds atau kajian kumpulan sekutu apa yang dujumpai dalam satu lapisan yang sama adalah sezaman dengan syarat tidak ada gangguan dan ia bukanlah barang warisan. Di Kota Tampan, 12 jenis tanah telah diambil dari bahagian yang berbeza. Didapati contoh tanah adalah sama dengan abu gunung berapi di Tasik Danau Toba. Abu itu dipertarikhkan melalui kaedah Fission Track lebih kurang 31000 300 B.P(23) dan dianggarkan ianya 30 000 tahun dahulu.

DATA NEGATIF

Dimana tidak ada sesuatu di tapak itu. Ini penting sebab boleh memberi pentafsiaran yang baik bagi tapak itu. Contohnya di Muara Sungai Sawarak zaman proto sejarah, Tom Harrison telah menjumpai pusat perdangangan, banyak tembikar China di jumpai zaman Sung dan Yuan tetapi tidak dijumpai tembikar biru putih dari zaman ming. Berdasarkan ini maka penafsian yang dibuat ialah perdagangan maritim telah lenyap sebelum zaman Ming.

KESIMPULAN

Dalam arkeologi data-data yang disebutkan di atas tadi adalah amat penting penggunaannya kerana dengan cara inilah sesuatu data atau bahan-bahan tinggalan zaman dahulu akan dapat dikenal pasti sama ada ia sahih atau tidak dari segi kegunaannya dan sama ada ia berusia lebih tua atau tidak dan dengan ini kita akan dapat mengenalpasti sama ada data itu boleh digunakan sebagai bahan bersejarah atau hanya satu penipuan atau satu kesilapan pentafsiran bahan-bahan arkeologi. Dalam hal ini ketelitian amatlah penting. ]