Tajuk : Pakaian Panglima Dan Hulubalang Dahulu Kala Dalam catatan LamaArtikel Oleh : Sangtawal SakrantaSudah lama rasanya tidak menulis artikel, hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan pembaca sekalian berkenaan dengan
‘pakaian’ orang dulu dulu.Bila kita dengar perkataan pakaian, maka fikiran kita tentulah membayangkan bagaimana orang-orang dahulu berpakaian, siap berdestar di kepala , berbekung, berkeris, nampak segak seperti dalam kebanyakan filem filem melayu purba yang pernah kita tonton sebelum ini.
Di musim cuti sekolah ini biasanya ia dimeriahkan lagi oleh majlis kenduri-kenduri kahwin.Oleh itu, tak lupa juga di kesempatan ini Sangtawal ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pembaca blog ini yang akan atau baru saja mendirikan rumahtangga, saya doakan agar kalian beroleh bahagia dan dirahmati Allah swt hingga ke anak cucu dan hingga ke hujung nyawa!
Bila melihat
pakaian raja sehari ketika dipersandingkan itu, maka terbayanglah oleh kita betapa hebat dan segaknya pemuda atau hulubalang melayu dahulu kala!
Namun, orang tua-tua melayu kita biasanya
low profile, cakapnya lembut, selalu berlapik dan berkias! Itu sebabnya
saya nasihatkan kepada pembaca semua agar jangan terlalu sombong dengan orang-orang tua kita, terutama yang telah lanjut usia tetapi masih kuat ingatannya dan masih kuat fizikalnya!
Hampirilah mereka, hormatilah mereka dan mintalah mereka ajarkan ilmu-ilmu berguna kepada kita semua, insyaAllah mereka akan ajarkan kita ilmu yang sangat berguna!Berkaitan dengan hal
‘pakaian’ ini, arwah datuk saya pernah berpesan kepada saya, agar
mencari pakaian-pakaian yang baik untuk dipakai pada badan agar terpelihara dari musuh dan iblis! pakaian itu jugalah yang kita pakai bila berperang dengan musuh-musuh Allah nanti! Carilah pakaian nabi-nabi atau pakaian wali-wali Allah katanya. Pada mulanya saya tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu, maklumlah waktu itu umur baru belasan tahun, datuk kata, tak apa, nanti bila saya besar saya akan faham.
Hal berkaitan dengan
‘pakaian’ ini terbiar berlalu begitu saja sehinggalah datuk kembali ke rahmatullah. Beberapa minggu selepas kematian datuk , nenek memanggil saya dan memberikan beberapa naskhah lama peninggalan arwah datuk kerana nenek tahu saya ialah jenis orang yang suka menyimpan benda – benda lama. Antaranya ada satu naskhah tulisan tangan setebal 52 mukasurat bertarikh
6.5.1359 masihi
( 651 tahun silam), menurut kata nenek inilah naskhah atau catatan yang amat datuk sayangi, ia dalam bentuk fotokopi kerana naskhah asal telah hilang selepas seorang daripada saudara datuk meminjam dan menghilangkannya, nasib baik beliau telah membuat salinan fotokopi, itupun tulisannya sudah kabur dan amat susah untuk dibaca!

*Di bahagian atas catatan tertulis "Inilah pakaian untuk laki-laki yaitu panglima dan hulubalang...."



Saya pernah membawa naskhah ini kepada arwah guru utama saya Habib Zain, beliau nasihatkan saya supaya menyimpan baik-baik naskhah ini dan naskhah ini adalah catatan orang dulu-dulu tentang pakaian-pakaian mereka, katanya , cukuplah dengan pakaian yang sedia ada yang diajari olehnya kerana untuk memakai pakaian dalam catatan ini, ia sudah kehilangan salsilah dan punca rantaian atau sumber rujuknya! Takut jadi isim atau kepanasan jika memakainya.
Pesan arwah guru, catatan ini banyak berkait dengan Tareqat Syattariah yang banyak diamalkan oleh orang-orang melayu Patani dan Ulama Patani silam. Jika bertemu dengan mereka yang ahlinya atau tahu selok belok pemakaian ‘pakaian ini’ dan dimana duduk letaknya dibadan bolehlah belajar, tiada salahnya, Cuma katanya bila memakai apa-apa pakaian atau kalimah dibadan, jangan terlalu taksub kepadanya, nanti boleh menjadikan kita syirik dengan kehebatan pakaian itu, padahal makhluk tiada kuasa, hanya Allah swt yang berkuasa! Itulah yang membezakan antara pemakaian dan amalan. Bagi guru utama pula,
dia menekankan untuk melebihkan amalan, kerana dengan izin Allah amalan akan bertukar menjadi pakaian bila kita terdesak katanya.Kata arwah guru, setiap pendekar sufi itu mesti cukup amalan dan pakaiannya!Saya termenung sendirian, mungkin
‘pakaian’ inilah, yang tercatat dalam naskhah ini yang datuk maksudkan dulu, namun oleh kerana ketika itu umur saya di belasan tahun, mungkin datuk tidak terus mengajar saya. Apapun , kesedihan dan penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana atas sikap kelekaan saya juga, tidak pernah saya bertanya datuk berkaitan ‘pakaian’ ini di hari-hari akhir usia datuk, sehingga datuk pergi membawa bersama ilmu atau pakaian yang tidak ternilai itu.
Arwah guru bercerita, pernah dulu ketika Mat Kilau meminta perlindungan Tok Ku Paloh, semasa Mat Kilau berada dirumah Tok Ku Paloh, sebelum mandi Mat Kilau memecat Kalimah atau pakaiannya lalu disangkutkannya di dinding rumah Tok Ku Paloh, walaupun orang biasa dengan mata kasar tidak nampak, tapi Tok Ku Paloh yang ketika itu menyandang pangkat Wali Qutubul Zaman boleh nampak, lalu dia berkata kepada Mat Kilau, pemakaian itu bukan tak boleh, tapi lebih baik jika ia digabungkan dengan zikrullah kerana ia sendiri tidak akan mampu menandingi kehebatan Zikrullah! Lalu Mat Kilau pun menjadi murid kepada Tok Ku Paloh pula untuk beberapa ketika !.
Arwah guru juga ada ceritakan bahawa ada seorang tua yang selalu keluar rumahnya sesudah subuh untuk menoreh getah dan selalu berjalan di dalam gelap tanpa membawa lampu suluh! Bila diperhatikan betul-betul oleh orang kampung , tubuh lelaki tua itu terutamanya dibahagian dahinya selalu nampak cerah bila berada didalam gelap, bila ditanya oleh beberapa orang kampung, apakah amalannya, dia berkata tidak ada apa-apa yang istimewa, buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang, tetapi bila ditanya oleh arwah guru saya secara ‘direct ‘- kalimah atau pakaian apakah yang dipakai di dahinya dan ditubuhnya? Dia terus terkejut dan berkata, ‘pakaian’ itu umpama lampu basikal, dinamo basikal adalah Qalbi dan putaran roda basikal itu adalah zikrullah, oleh itu untuk mencerahkan lampu basikal, jangan biarkan roda itu berhenti dari menggerakkan dinamo basikal!
Saudaraku sekalian, sekarang bukan masanya untuk bersuka ria, mengumpul harta bertimbun-timbun, berangan-angan ingin hidup ribuan tahun lagi, leka dengan hiburan dan maksiat . Sekarang adalah masa untuk belajar, menyucikan diri dan mengisi kekuatan diri zahir dan batin untuk menghadapi bencana besar dihadapan kita yang sedang menanti! Musuh-musuh Allah dan Rasulnya sudah lama bersedia. Mereka sangat-sangat mengidamkan bumi Semenanjung Emas ini. Mereka sangat –sangat hauskan darah anak cucu Nabi Ibrahim a.s dan nabi Yusuf a.s di bumi Mala ini.
Carilah ilmu peninggalan nenek moyang yang dulu dan amalkan selalu.
Carilah pakaian pakaian yang perlu, jika mahu!Namun perlu diingat : sebaik-baik pakaian adalah Pakaian Taqwa.
Wahai Melayu-Islam Nusantara, bersatulah!!!
*P/s- sekiranya ada di antara pembaca sekalian yang tahu berkaitan dengan catatan/ilmu /pakaian di atas, saya amat-amat berharap agar dapat hubungi saya di e-mail : sangtawal@yahoo.com dengan kadar seberapa segera.
Sangtawal Sakranta.