Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa


Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa

Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.

Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.

Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

Kalau kita ada sinaran,
Dapat memandang keseluruhan,
Tidaklah lagi ada perbezaan,
Lenyaplah segala perbalahan.

*********************************************

*Puisi di atas adalah karya Sheikh Jalaluddin Rumi, seorang Sufi Besar dan Penyair Agung Parsi. Puisi beliau diatas ditulis kira-kira 800 tahun yang silam, termasuk dalam kitab atau kumpulan karya sufinya yang tersohor iaitu
“ Mathnawi”.

Saya petik puisi di atas dari sebuah buku berjudul “Bicara Sufi” tulisan Abdul Majid Khatib, terbitan Pustaka Aman Press tahun 2009, m/s 54 -55






Sangtawal Sakranta...

Friday, July 31, 2009

Puisi Terindah Dari Allah: Demi 7 Sumpah.



Puisi Terindah Dari Allah : Demi 7 sumpah.


Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia mengiringi,
Demi siang hari bila menampakkan diri,
Demi malam apabila ia menutupi,
Demi langit berserta seluruh binaannya,
Demi bumi serta yang ada di hamparannya,
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan ciptaannya…
Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaannya,
Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya
dan

Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya….”

[Al-Qur an,Surah Asy-Syams: ayat : 1 – 9 ]





Sunday, February 08, 2009

Sumpah Keramat Kepada Penderhaka Raja sejak 1300 Tahun Dahulu




Sumpah keramat kepada penderhaka raja
sejak 1300 tahun dahulu .



Buat melayu yang mudah lupa,
Yang lupa akan dia benih asal usul keturunannya,
Yang lupa akan dia akar budi dan sifat bangsanya,
Yang lupa akan dia pokok adab dan dahan akhlak agamanya,
Yang lupa akan dia pucuk dan kuntuman bahagia
Bernaung dibawah payung mahkota



Wahai melayu yang masih alpa,
Hari ini akan aku titipkan kembali
Sejarah lama 1300 tahun lampau
Sumpah setia dan taat setia rakyat jelata
Pada Sang Raja di dalam Negara
Terpahat dan tersurat indah
Jadi ingatan dan khazanah bangsa
Di hamparan batuan megalithic
Yang terpamer di Muzium Balaputra Dewa di Palembang,
Yang ditulis dalam Bahasa melayu kuno,
Bercampur bahasa Sanskrit dan jawa-ka,
Dengan tulisan Pallawa yang dikenal Prasasti Boom baru
Dizaman Empayar Melayu Sriwijaya pada tahun 400 Masihi


Sumpahan(sapatha) pada prasasti itu berbunyi:


"Tida ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
niwunuh ya sumpah
maka langit,
maka sakit,
maka gila,
droraka,
upuh tuwa
kasihan
wasikarana


kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku
santi
dngan gotra santananya
swastha
niroga
nirupadrawa
subhiksa"


MAKSUD SUMPAH (SAPATHA) :

Sumpah ini ditujukan kepada barangsiapa yang tidak setia kepada negara (tida ya
bhakti tatwa arjawa dy-aku). Mereka akan dibunuh oleh sumpahnya (niwunuh ya sumpah), hilang ingatan (maka langit), sakit (maka sakit) dan gila (maka gila). Perbuatan melawan negara itu bentuknya bermacam-macam seperti durhaka (drohaka), meracun orang lain (upuh tuwa), mengguna-gunai orang lain supaya jatuh cinta (kasihan), mengguna-gunai orang lain supaya tunduk kepada kemahuannya (wasikarana).



Tetapi sebaliknya apabila rakyat bakti-setia kepada negara (kadaci ya bhakti tatwa arjawa dy-aku), mereka akan dapat keselamatan (santi) dengan seluruh keluarganya (dngan gotra santananya), sejahtera (swastha), sihat-walafiat (niroga), bebas dari kecelakaan (nirupadrawa) dan makmur sejahtera (subhiksa).



Oleh itu
Sedarlah wahai bangsaku,
Marilah kita bersatu,
Taat perintah Duli Tuanku,
Semoga kita selamat,makmur dan sejahtera selalu,
Dengan izin Tuhan yang Satu.

Nukilan : Sangtawal sakranta , 8.2.2009 @ 11.45 am

Friday, February 06, 2009

Puisi : Perutusan Buat Penderhaka Raja


Wahai hamba Tuhan ,

Taatlah kamu pada Titah Perintah Ulul-Amri mu,

Selagi dia tidak menyuruh kamu berbuat maksiat dan kejahatan.



Wahai hamba sahaya,

Rakyat jelata di bumi bertuah,

Janganlah kamu mencarik adat,

Menderhaka dan biadap itu bukan sifat melayu islam



Negeri ini masih beraja,masih bertuan,

Mana ada ketuanan rakyat!

Jangan kau lupa sejarah 1875,

Masih ramai lagi keturunan Datuk Maharajalela

dan Datuk Sagor yang akan berjuang di Perak

Demi Raja dan Sultan jika terus diasak dan diancam.



Bukan Titah sebarang Titah,

Berkat daulat bersulam kata,

Kenalkah dikau siapa dia?,

Tahukah dikau darah siapa mengalir ditubuhnya?

Janganlah engkar,angkuh dan sombong,

Takut nanti badan binasa,

Sesal kemudian tiada berguna



Masih ingatkah dikau sejarah lama perak,

Bukankah sultan Muzaffar Shah III itu

juga digelar Marhun Hajiullah

Kerana boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata!



Masih ingatkah dikau sejarah datuk Meor Abdur Rahman

Mahaguru Persilatan Gayung yang ternama itu

Jatuh sakit beberapa hari bila Sultan Alang Iskandar

Anakanda Sultan Idris menyentuh bahunya

dengan keris kerajaan Perak!



Inikan pula dikau yang hanya ada kulit tetapi tiada isinya,

Janganlah cuba berlagak perkasa dan menderhaka pada raja!

Wahai hamba Tuhan dan hamba raja yang derhaka,



Ingatlah surah Ali Imran,ayat 26 ini:


“Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,

Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki,

Dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki,

Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki,

Dan Engkau hinakan orang yang Engkau hendaki,

Ditangan Engkaulah segala kebajikan,

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu”



Nukilan : Sangtawal Sakranta, 6.2.2009 @ 10.30 am