Thursday, December 17, 2009

Edisi Khas Maal Hijrah : Siapa Pemegang Tongkat Kerajaan Syurga?


Tajuk : Edisi Khas Maal Hijrah 1431 H : Siapa Pemegang Tongkat Kerajaan Syurga?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Bersempena dengan Sambutan 1 Muharam 1431 Hijrah esok , saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua pengunjung Blog Sangtawal dan seluruh umat islam semua.

Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu persaudaraan! Hijrah itu perpaduan! Dan Hijrah itu permulaan kepada sebuah episod perjuangan!

Hijrah itu satu keazaman untuk mencapai segala yang terbaik untuk agama, keluarga, bangsa dan tanahair.Semoga pencapaian kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutamanya dalam ilmu dan amal! Kebahagiaan hidup selepas Hijrah sering didambakan oleh insan yang melakukan hijrah!

Semoga tahun Hijrah yang bakal kita tempuhi ini menjanjikan kemanisan dan harapan kepada kebangkitan akhir zaman yang kita nantikan.

Hari ini yang berlalu, hanyut dalam pelukan masa ,akan menjadi sejarah untuk dikenang pada hari esoknya!

Kerajaan Syurga telah bermula dengan Kedatangan Islam, Muhammad dan Al-Quran!

Kerajaan Syurga adalah Kerajaan Allah , telah lama bangkit dengan kedatangan Islam dan Nabi Muhammad saw yang membawa rahmat ke segenap penjuru alam.Baginda telah membawa risalah kebenaran islam dan cahaya iman, menyampaikan Wahyu Allah swt melalui Al-Quran , meninggalkan khazanah Hadis sebagai rujukan dan Sunnah baginda buat ikutan.Muhammad atau Al-Amin yang dipercayai, mempunyai budi pekerti yang terpuji, seorang manusia terhebat dalam sejarah peradaban manusia dari zaman Adam ke hari kiamat, dia adalah Pemimpin Agung pemegang Tongkat Kerajaan Syurga.

Sekitar lima ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Isa yang lalu , Tuhan telah memberikan satu perkhabaran yang menakjubkan tentang masa depan melalui nabinya iaitu Nabi Daniel. Tuhan sebenarnya telah menampakkan garis besar dari sejarah dunia dalam masa 2,500 tahun, dari masa Nabi Daniel sampai ke zaman kita sekarang.

Ramalan kerajaan besar dunia dan kekuasaan dunia ini berasal dari mimpi yang Tuhan berikan kepada Nebuchadnezzar ( atau disebut Raja Bukhtanasar - hidup sekitar 625BC hingga 562BC ) , Raja dari Babel (Babilon), sekitar 2,500 tahun yang lalu.

Sebuah mimpi yang sungguh meresahkan Sang Raja, kerana dia tidak dapat mengingati mimpi itu semula setelah dia tersedar dari tidurnya.

Setelah semua penduduk Babel yang bijaksana gagal menolong Sang Raja untuk mengingat kembali atau mentafsirkan mimpinya, seorang Pemuda Yahudi yang bernama Daniel tiba di tempat kejadian, menyatakan bahwa Tuhan yaitu Allah swt yang menguasai Kerajaan Syurga , melalui dirinya akan cuba mengungkapkan semua misteri Sang Raja itu.


Berdiri di hadapan Sang Raja, Nabi Daniel dengan berani menyatakan:

"Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi." [ Daniel 2: 31-35 ].




* gambar-gambar bahagian tubuh patung seperti dalam mimpi Nebuchadnezzar :

*Kepala dari emas


*Dada,tangan,lengan dan badan dari perak.


*Pinggang,perut dari tembaga.


*Kaki dari campuran besi dan tanah liat.


Siapakah yang dimaksudkan dengan batu yang akan meremuk dan menghancurkan patung tersebut lalu batu itu menjadi gunung besar dan akan memenuhi bumi pula ?

Siapakah yang akan memegang Tongkat Kerajaan Allah atau Kerajaan Syurga yang tidak akan terkalahkan itu?

Islam adalah sebuah kerajaan Allah atau agama yang diredhai Allah sebagai sebuah kerajaan yang adil.Kerajaan ini mempunyai kitab hukumnya iaitu Al-Quran.Pemimpin atau Raja yang menguasai kerajaan ini di bumi ialah Muhammad saw, kerajaan dan kekuasaannya adalah untuk selama-lamanya :

“Kerajaan-kerajaan dunia itu hancur dihakimi dengan kedatangan manusia kudus, anak manusia milik Allah Yang maha Tinggi,yang membawa Kerajaan Syurga, dan zaman pemerintahannya adalah selama-lamanya” [ Daniel 7 :17-18 ]

Ternyata “Manusia Kudus, anak manusia” milik Allah yang dimaksudkan oleh Nabi Daniel itu bukanlah Nabi Isa seperti yang didakwa oleh penganut kristian tetapi Nabi Muhammad Saw!

Cuba baca lagi maksud ayat di dalam Kitab Ulangan 34 : 10 , kata-kata Nabi Daniel yang bermaksud :

“Aku terus melihat dalam penglihatan malam itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia ; datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapanNya”

Ayat diatas dikupas dengan panjang lebar oleh Augustinus Sriurip Ragil Wibawa (Seorang Paderi Kristian Gereja Protestan di Bandung Indonesia yang akhirnya memeluk agama islam selepas mendapat cahaya dan hidayah dari Allah swt ) dalam bukunya bertajuk “Muhammad Dalam Taurat dan Injil” , pada mukasurat 32 adalah episod ramalan atau peristiwa perjalanan malam. Israk dan Mikraj yang dilakukan Nabi Muhammad bagi bertemu langsung dengan Allah, dalam rangka menerima perintah sembahyang lima waktu. “anak manusia” dalam ayat diatas merujuk kepada Nabi Muhammad saw.Dia juga memberi alasan bahawa selepas Nabi Musa tidak ada lagi nabi dari kalangan Bani Israel yang diajak berbicara secara langsung oleh Allah melainkan Nabi Muhammad saw ketika Israk Mikrajnya , bukannya nabi Isa!

Telah terbukti bahawa pada zaman Jesus, Kerajaan Allah masih belum datang dan masih ditunggu-tunggu oleh mereka termasuk Nabi Isa sendiri.Bahkan diceritakan di dalam Bible sendiri, setelah Jesus bangkit, Kerajaan Allah itu masih belum tiba.Ia tertulis dalam Kitab Kisah Para Rasul 1:3 yang berbunyi :

“Kepada mereka ia menunjukkan diriNya setelah penderitaanNya selesai dan dengan banyak tanda ia membuktikan, ia hidup.Sebab, selama empat puluh hari, ia berulang-ulang menampakkan diri dan berbicara kepada mereka tentang Kerajaan Allah.”

Telah terbukti juga bahawa Kerajaan Allah ini tidak berpindah kepada bangsa lain, bahkan ia bertahan dan tidak akan berkesudahan untuk selama-lamanya! Setelah Nabi Muhammad saw, tidak ada lagi Nabi, baik dari bangsa arab mahupun dari Bangsa Israel.Ini adalah kerana hanya Muhammad sahaja yang paling layak dan diberkati menjadi “Pemegang Tongkat Kerajaan” yang terakhir (Kitab Kejadian 49:10) seperti yang diramalkan oleh Nabi Yaakub.

Ternyata, walaupun selepas kehancuran kerajaan Rum dan Parsi seperti yang diceritakan dalam Al-Quran, Surah Ar-Rum ayat 1-7, bekas wilayah kekuasaan Nebuchadnezzar atau tanah Babilon itu masih dikuasai oleh kerajaan islam dan anak cucu Nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s.

Cuba renungi janji Allah kepada Nabi Ibrahim(Abraham) dalam Kitab Kejadian 13 : 14 – 17 ini :

“ Setelah Lot (nabi Luth) berpisah daripada Abraham, berkatalah Tuhan kepada Abraham ; “pandanglah sekelilingmu dan lihatlah dari tempat engkau berdiri itu ke timur dan ke barat, ke utara dan ke selatan, sebab seluruh negeri yang kau lihat itu akan Ku berikan kepadamu dan kepada keturunanmu untuk selama-lamanya. Aku akan menjadikan keturunanmu sebanyak debu tanah sehingga jika ada yang dapat menghitung debu tanah, keturunannmu pun akan dapat dihitung.Bersiaplah, jalankan negeri itu menurut panjang dan lebarnya, sebab kepadamulah akan ku berikan negeri itu”


Itulah Islam, sebuah Kerajaan Allah, yang dipimpin oleh kekasih Allah iaitu Muhammad saw. Kerajaan yang akan menghancurkan segala paganisme Rom dan Parsi.Hanya Allah sahaja yang disembah.Tidak ada Tuhan lain selain Allah.Mereka adalah kaum muslimin, mereka lah yang bernaung dibawah kerajaan syurga.Merekalah penegak Kalimah Toyyibah “Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Utusan Allah” Kedatangan Kerajaan Allah telah memadamkan api yang disembah di parsi untuk selama-lamanya!

Sebuah Hadis yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud :

“Kisra (penguasa Parsi) mati, tiada lagi Kisra selepasnya. Sekiranya Kaisar (penguasa Rom) musnah, tiada lagi kaisar selepasnya. Demi nyawaku di tangaNya, akan dibelanjakan khazanah mereka berdua di jalan Allah”

Kekuasaan Nabi Muhammad keatas Kerajaan Allah ini sesungguhnya telah disahkan oleh nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Thawban, salah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) meriwayatkan yang beliau mendengar nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:

"[Seluruh] bumi dikecilkan bagiku sehingga aku dapat melihat kebanyakan daripada bahagian timur dan kebanyakan daripada bahagian barat. Dan aku dimaklumkan bahawa kerajaanmu akan merangkumi semua yang ditunjukkan kepadamu..."
[ Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Al-Tirmizi , Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah]

Ya, semua bangsa-bangsa yang susur galurnya bertemu pada Nabi Ibrahim atau Nabi Ismail telah mengambil bahagiannya menjadi pemimpin dalam Kerajaan Allah selepas Kematian Muhammad saw seperti bangsa Arab, bangsa Turki, bangsa Kurdish dll….

Hanya satu bangsa sahaja lagi yang belum bangkit menjadi pelengkap kepada kebangkitan akhir zaman di tanah yang dijanjikan ( Land Of Promise ) sebelum munculnya Al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa Al-Masih!

Bangsa manakah agaknya yang akan bangkit, yang akan membawa Panji Hitam dari Timur itu? Bangkit mewarisi amanah dan Tongkat Kerajaan Syurga yang ditinggalkan Nabi Muhammad saw?..... mungkinkah Bangsa itu Bangsa Jawi atau Bangsa Mim??

Mari kita hayati Sabda Nabi berkaitan kebangkitan akhir zaman :

“Akan datang Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka umpama kepingan-kepingan besi. Barang siapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salji”

Nantikan hari kebangkitan itu!!! Ia pasti akan tiba bila sampai waktunya.



Wassalam.

Sangtawal Sakranta.






Artikel Pilihan

Tajuk : Ramalan Daniel Tentang Kekuasaan Islam

Sumber : Klik Sini



[ Abu Hurairah berkata: "Nabi (s.a.w.) bersabda:

"Perbandinganku dengan nabi-nabi lain adalah seperti seorang lelaki yang membina sebuah rumah dan telah membinanya dengan sempurna kecuali satu bata di satu penjuru. Apabila orang ramai melihat rumah tersebut, mereka kagum dengan keindahannya dan berkata: "Adakah bata [terakhir] ini akan diletakkan di tempatnya". Maka aku adalah bata tersebut, dan aku adalah Nabi yang terakhir.".

[ Diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari ]


Ramalan Nabi Danial A.S

" Lalu raja menyuruh memanggil orang-orang berilmu, ahli jampi, ahli sihir dan para Kadim, untuk menerangkan kepadanya tentang mimpinya itu; maka datanglah mereka dan berdiri di hadapan raja. Kata raja kepada mereka: "Aku bermimpi, dan hatiku gelisah, kerana ingin mengetahui mimpi itu." Lalu berkatalah para Kadim itu kepada raja (dalam bahasa Aram): "Ya raja, kekallah hidupmu! Ceritakanlah kepada hamba-hambamu mimpi itu, maka kami akan memberitahukan maknanya."

Tetapi raja menjawab para Kadim itu:

"Aku telah mengambil keputusan, yakni jika kamu tidak memberitahukan kepadaku mimpi itu dengan maknanya, maka kamu akan dipenggal-penggal dan rumah-rumahmu akan dirobohkan menjadi timbunan batu; tetapi jika kamu dapat memberitahukan mimpi itu dengan maknanya, maka kamu akan menerima hadiah, pemberian-pemberian dan kehormatan yang besar daripadaku. Oleh sebab itu beritahukanlah kepadaku mimpi itu dengan maknanya!" Mereka menjawab pula: "Silakan tuanku raja menceriterakan mimpi itu kepada hamba-hambanya ini, maka kami akan memberitahukan maknanya."

Jawab raja: "Aku tahu benar-benar, bahawa kamu mencuba menangguhkan waktu, kerana kamu melihat, bahawa aku telah mengambil keputusan, yakni jika kamu tidak dapat memberitahukan kepadaku mimpi itu, maka kamu akan kena hukuman yang sama; dan aku tahu bahawa kamu telah bermufakat untuk mengatakan kepadaku hal-hal yang bohong dan busuk, sampai keadaan berubah. Oleh sebab itu ceriterakanlah kepadaku mimpi itu, supaya aku tahu, bahawa kamu dapat memberitahukan maknanya juga kepadaku."

Para Kadim itu menjawab raja: "Tidak ada seorang pun di muka bumi yang dapat memberitahukan apa yang diminta tuanku raja! Dan tidak pernah seorang raja, bagaimanapun agungnya dan besar kuasanya, telah meminta hal sedemikian dari seorang berilmu atau seorang ahli jampi atau seorang Kadim. Apa yang diminta tuanku raja adalah terlalu berat, dan tidak ada seorang pun yang dapat memberitahukannya kepada tuanku raja, selain dari dewa-dewa yang tidak berdiam di antara manusia."

Maka raja menjadi sangat geram dan murka kerana hal itu, lalu dititahkannya untuk melenyapkan semua orang bijaksana di Babel. Ketika titah dikeluarkan supaya orang-orang bijaksana dibunuh, maka Danial dan teman-temannya pun terancam akan dibunuh. Lalu berkatalah Danial dengan cerdik dan bijaksana kepada Ariokh, pemimpin pengawal raja yang telah pergi untuk membunuh orang-orang bijaksana di Babel itu, katanya kepada Ariokh, pembesar raja itu: "Mengapa titah yang begitu keras ini dikeluarkan oleh raja?" Lalu Ariokh memberitahukan hal itu kepada Danial.


Maka Danial menghadap raja dan meminta kepadanya, supaya dia diberi waktu untuk memberitahukan makna itu kepada raja. Kemudian pulanglah Danial dan memberitahukan hal itu kepada anaknya, Misael dan Azarya, teman-temannya, dengan maksud supaya mereka memohon kasih sayang kepada Allah semesta langit mengenai rahsia itu, supaya Danial dan teman-temannya jangan dilenyapkan bersama-sama orang-orang bijaksana yang lain di Babel.

Maka rahsia itu disingkapkan kepada Danial dalam suatu penglihatan malam. Lalu Danial memuji Allah semesta langit. Berkatalah Danial: "Terpujilah nama Allah dari selama-lamanya sampai selama-lamanya, sebab daripada Dialah hikmat dan kekuatan! Dia mengubah saat dan waktu, Dia memecat raja dan mengangkat raja, Dia memberi hikmat kepada orang bijaksana dan pengetahuan kepada orang yang berpengertian; Dialah yang menyingkapkan hal-hal yang tidak terduga dan yang tersembunyi, Dia tahu apa yang ada di dalam gelap, dan terang ada padaNya. Ya Allah nenek moyangku, kupuji dan kumuliakan Engkau, sebab Engkau mengurniakan kepadaku hikmat dan kekuatan, dan telah memberitahukan kepadaku sekarang apa yang kami mohon kepada-Mu: Engkau telah memberitahukan kepada kami hal yang dipersoalkan raja."

Sebab itu pergilah Danial kepada Ariokh yang telah ditugaskan raja untuk melenyapkan orang-orang bijaksana di Babel; maka pergilah dia serta berkata kepadanya, demikian:

"Orang-orang bijaksana di Babel itu jangan kau lenyapkan! Bawalah aku menghadap raja, maka aku akan memberitahukan kepada raja makna itu!" Ariokh segera membawa Danial menghadap raja serta berkata kepada raja demikian: "Aku telah mendapat seorang dari antara orang-orang buangan dari Yehuda, yang dapat memberitahukan makna itu kepada raja." Bertanyalah raja kepada Danial yang namanya Beltsazar: "Sanggupkah engkau memberitahukan kepadaku mimpi yang telah kulihat itu dengan maknanya juga?"

Danial menjawab, katanya kepada raja: "rahsia, yang ditanyakan tuanku raja, tidaklah dapat diberitahukan kepada raja oleh orang bijaksana, ahli jampi, orang berilmu atau ahli nujum. Tetapi di syurga ada Allah yang menyingkapkan rahsia-rahsia; Dia telah memberitahukan kepada tuanku raja Nebukadnezar apa yang akan terjadi pada hari-hari yang akan datang. Mimpi dan penglihatan-penglihatan yang tuanku lihat di tempat tidur ialah ini: Sedang tuanku ada di tempat tidur, ya tuanku raja, timbul pada tuanku fikiran-fikiran tentang apa yang akan terjadi di kemudian hari, dan Dia yang menyingkapkan rahsia-rahsia telah memberitahukan kepada tuanku apa yang akan terjadi. Adapun aku, kepadaku telah disingkapkan rahsia itu, bukan kerana hikmat yang mungkin ada padaku melebihi hikmat semua orang yang hidup, tetapi supaya maknanya diberitahukan kepada tuanku raja, dan supaya tuanku mengenal fikiran-fikiran tuanku.

Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, sedang pahanya dari besi dengan kakinya sebahagian dari besi dan sebahagian lagi dari tanah liat. Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. Maka dengan sekaligus diremukkannya juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi.

Itulah mimpi tuanku,dan sekarang maknanya akan kami katakan kepada tuanku raja: Ya tuanku raja, raja segala raja, yang kepadanya oleh Allah semesta langit telah diberikan kerajaan, kekuasaan, kekuatan dan kemuliaan, dan yang ke dalam tangannya telah diserahkanNya anak-anak manusia, di manapun mereka berada, binatang-binatang di padang dan burung-burung di udara, dan yang dibuatNya menjadi kuasa atas semuanya itu--tuankulah kepala yang dari emas itu. Tetapi sesudah tuanku akan muncul suatu kerajaan lain, yang kurang besar dari kerajaan tuanku; kemudian suatu kerajaan lagi, yakni yang ketiga, dari tembaga, yang akan berkuasa atas seluruh bumi. Sesudah itu akan ada suatu kerajaan yang keempat, yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu; dan seperti besi yang menghancur-luluhkan, maka kerajaan ini akan meremukkan dan menghancurluluhkan semuanya. Dan seperti tuanku lihat kaki dan jari-jarinya sebahagian dari tanah liat tukang periuk dan sebahagian lagi dari besi, itu berarti, bahawa kerajaan itu terbagi; memang kerajaan itu juga keras seperti besi, sesuai dengan yang tuanku lihat besi itu bercampur dengan tanah liat. Tetapi sebagaimana jari-jari kaki itu sebahagian dari besi dan sebahagian lagi dari tanah liat, demikianlah kerajaan itu akan menjadi keras sebahagian dan rapuh sebahagian. Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkahwinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat. Tetapi pada zaman raja-raja, Allah semesta langit akan mendirikan suatu kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya, dan kekuasaan tidak akan beralih lagi kepada bangsa lain: kerajaan itu akan meremukkan segala kerajaan dan menghabisinya, tetapi kerajaan itu sendiri akan tetap untuk selama-lamanya, tepat seperti yang tuanku lihat, bahawa tanpa perbuatan tangan manusia sebuah batu terungkit lepas dari gunung dan meremukkan besi, tembaga, tanah liat, perak dan emas itu. Allah yang maha besar telah memberitahukan kepada tuanku raja apa yang akan terjadi di kemudian hari; mimpi itu adalah benar dan maknanya dapat dipercayai."

Lalu sujudlah raja Nebukadnezar serta menyembah Danial; juga dititahkannya mempersembahkan korban dan bau-bauan kepadanya. Berkatalah raja kepada Danial:

"Sesungguhnyalah, Allahmu itu Allah yang mengatasi segala tuhan dan Yang berkuasa atas segala raja, dan Yang menyingkapkan rahsia-rahsia, sebab engkau telah dapat menyingkapkan rahsia itu." Lalu raja memuliakan Danial: dianugerahinya dengan banyak pemberian yang besar, dan dibuatnya dia menjadi penguasa atas seluruh wilayah Babel dan menjadi kepala semua orang bijaksana di Babel. Atas permintaan Danial, raja menyerahkan pemerintahan wilayah Babel itu kepada Sadrakh, Mesakh dan Abednego, sedang Danial sendiri tinggal di istana raja."
[Danial 2:1-49 ]


Lima kerajaan besar akan memerintah Jerusalam sehinggalah Tuhan mengutus utusannya yang terakhir untuk memerintah kerajaan Tuhan yang keenam dan terakhir yang akan kekal sehingga ke akhir zaman. Turutan sejarah kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Jerusalam daripada masa tersebut sehingga ke hari ini adalah seperti berikut:

1. Kepala emas: Menggambarkan dinasti Babilonia/Chaldean di bawah pemerintahan Nebuchadnezzar yang mendapat mimpi tersebut. Pada tahun 586 S.M., Nebuchadnezzar II memusnahkan Jerusalam dan Kuil Yahudi lalu mengusir kaum Yahudi ke serata bandar-bandar Babilonia.

2. Dada dan tangan daripada perak: Dinasti Parsi yang pada tahun 537 S.M. di bawah pemerintahan Cyrus Agung Parsi telah menakluk Babilonia dan membenarkan kaum Yahudi kembali ke Parsi dan membina semula Kuil mereka.

3. Perut dan paha daripada tembaga: Empayar Greek yang berkuasa memerintah bandar ini buat seketika pada tahun 333 S.M. semasa Alexander Agung menambah Palestin kepada empayarnya.

4. Kaki daripada besi: Golongan Ptolemi dari Mesir mengambil alih Jerusalam pada tahun 323 S.M. di bawah pimpinan Ptolemi I dari Mesir. Pada zaman ini, bangsa Seleucid memerintah Siria dan Mesapotamia. Sekitar tahun 198 S.M., raja Seleucid bernama Antiochus III menakluk Judaea. Kaum Yahudi memberontak dan mengalahkan bangsa Siria, membina semula Kuil pada tahun 165 dan untuk suatu tempoh yang pendek keluarga Maccabe/Hasmone Yahudi yang kecil memerintah sehinggalah empayar Rom yang gagah melanggar bandar tersebut pada tahun 63 S.M.

5. Kaki daripada besi dan tanah liat: Empayar Rom ditubuhkan semasa pemerintahan Augustus (27 S.M. - 14 M), mewarisi Republik Rom. Ia mengambil alih Jerusalam pada tahun 63 S.M. Semasa di bawah pemerintahan Herod Agung, Kuil Yahudi siap dibina semula dengan indah dan megah. Kurang daripada seabad kemudian, semasa pemberontakan kaum Yahudi terhadap Rom, Titus menawan Jerusalam pada tahun 70 M dan memusnahkan bandar tersebut. Untuk tempoh di antara tahun 614 hingga 628, ia jatuh di bawah tentera Parsi di bawah pimpinan Khosrau II tetapi ditawan semula oleh Rom di bawah pimpinan Heraclius. Empayar Rom kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian oleh Konstantin kepada bahagian Barat dan Timur (Bizantin) pada tahun 325M, dan menjadi pusat penyembahan berhala bagi bangsa Rom dan putsat Kristian.

Perbezaan yang amat jauh di antara dua teologi yang dipegang oleh rakyatnya, iaitu paganisma dan Kristian, menyebabkan mereka tidak dapat bersatu dan pemerintahan empayar bertukar tangan di antara pemimpin penyembah berhala dan pemimpin Rom Kristian. Seperti yang diramalkan oleh nabi Danial, kerajaan kelima ada kalanya kuat dan ada kalanya lemah. Ia adalah kerajaan yang besar tetapi dipecahkan oleh dua teologi yang bertentangan dan perselisihan dalaman yang sengit di antara dua kumpulan ini, serta di dalam kumpulan-kumpulan ini dengan pengikut-pengikut mereka, di antara mazhab-mazhab Kristian yang berbagai yang berselisih antara satu sama lain, dan banyak persidangan diadakan untuk mencerca mazhab lain dan menuduh mereka sebagai kufur. Sesungguhnya inilah ramalan nabi Danial bahawa "Seperti tuanku lihat besi bercampur dengan tanah liat, itu berarti: mereka akan bercampur oleh perkawinan, tetapi tidak akan merupakan satu kesatuan, seperti besi tidak dapat bercampur dengan tanah liat".


6. Batu dipotong tanpa tangan (Islam, kerajaan Tuhan) : Pada tahun 638 M, umat Islam mengambil alih Jerusalam. Sahabat nabi Muhammad (s.a.w.) dan khalifah Islam yang kedua, iaitu Umar ibn-Al-Khattab tiba di bandar tersebut dengan menaiki keldai, lantas memenuhi ramalan Zakaria 9:9. Umat Islam tidak mengusir penganut-penganut Kristian dan kaum Yahudi, juga tidak menyembelih mereka. Sebaliknya umat Islam bersikap bertolak-ansur terhadap mereka dan kepercayaan mereka. Tidak lama selepas itu, pada tahun 688-691, umat Islam membina Masjid Dome of the Rock di tapak Temple. Pada tahun 1099, para salibi di bawah seorang bangsawan Perancis bernama Godfrey of Bouillon menawan bandar tersebut dan menyembelih ramai penduduknya.

Jerusalam ditawan semula oleh umat Islam pada tahun 1187 di bawah pimpinan Salahudin (Saladin) yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan Kristian. Kaum Yahudi melarikan diri dari Eropah dan bernaung di bawah pemerintahan Islam di Jerusalam. Semakin lama, bilangan mereka semakin bertambah sehinggalah ia diambil alih oleh tentera Britain pada tahun 1917.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengambil langkah-langkah untuk merampas Palestin dari tangan umat Islam dan menubuhkan negara Yahudi di situ. Walaupun penduduk Yahudi tidak melebih se pertiga penduduk, mereka telah diperuntukkan 60% daripada tanah di situ yang mana mereka telah meluaskan tanah milik mereka melalui peperangan. Jerusalam sendiri telah diisytiharkan sebagai Zon Antarabangsa yang terbuka kepada mereka daripada semua agama oleh PBB pada bulan November, 1947.

Kini, sedikit demi sedikit, ia ditukarkan kepada bandar yang eksklusif untuk bangsa Yahudi. Pada tahun 1980, Knesset Israel mengeluarkan pengisytiharan satu pihak bahawa Jerusalam adalah ibu negaranya meskipun ditentang oleh masyarakat antara bangsa.

Seperti yang kita lihat di atas, Kerajaan Tuhan dan nabinya yang terakhir digambarkan oleh nabi Danial seperti berikut:

1. Terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia. Ini ditunjukkan pada bahagian 6.14 buku ini sebagai ramalan mengenai Nabi Muhammad (s.a.w.), dan pada penghujung bahagian tersebut kita telah melihat bagaimana beliau mengumpamakan dirinya seperti "bata" yang melengkapkan bangunan yang dibina oleh nabi-nabi terdahulu.


2. Batu ini akan memukul patung tersebut di kakinya yang dibina daripada besi dan tanah liat, dan memecahkannya. Islam bukan sahaja berjaya menghalau Rom dan Bizantin dari Jerusalam, tetapi juga dari Afrika Utara dan sebahagian Eropah. Mereka kemudiannya memerintah negara-negara ini selama beberapa abad dan menjadi pusat pengajian sains (di Sepanyol) dan mencapai kemajuan dalam berbagai bidang, daripada sains kepada etika kepada kehakiman. Oleh itu, rantaian ini melengkapkan pautan terakhirnya dengan mengusir mereka dari Jerusalam dan mengembalikannya sebagai kerajaan Tuhan, iaitu negara Islam.

3. Gunung besar yang memenuhi seluruh bumi. Pada suatu ketika, Islam menguasai kebanyakan kawasan Asia, Afrika dan Eropah. Terdapat banyak bukti yang mulai ditemui bahawa umat Islam juga telah merentas Lautan Atlantik dan menetap di Amerika Utara [20]. Sumber-sumber Barat kini mengakui bahawa Islam adalah agama yang paling pesat berkembang di dunia. Semakin ramai yang mempelajari Islam dan menganut Islam setiap hari. Ke mana pun anda pergi, dari Afrika Selatan, ke Jerman, ke Belanda, ke England, ke Amerika, ke Argentina, anda akan dapati bahawa semakin ramai yang memeluk Islam setiap hari.

Sesungguhnya, ini disahkan oleh nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri. Thawban, salah seorang sahabat Nabi (s.a.w.) meriwayatkan yang beliau mendengar nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda: "[Seluruh] bumi dikecilkan bagiku sehingga aku dapat melihat kebanyakan daripada bahagian timur dan kebanyakan daripada bahagian barat. Dan aku dimaklumkan bahawa kerajaanmu akan merangkumi semua yang ditunjukkan kepadamu..." Diriwayatkan oleh Muslim, Al-Tirmathy, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Majah. ]


Tuesday, December 15, 2009

Siri Pendekar Sufi : Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat Kilau


Tajuk : Siri Pendekar Sufi : Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat kilau

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tentunya ramai yang sudah melupai diri pendekar sufi negeri Pahang yang terbilang ini, iaitu Mat Kilau atau nama sebenarnya iaitu Muhammad bin Imam Rasu.Dilahirkan pada tahun 1847.Beliau berjuang menentang penjajahan Inggeris di Negeri Pahang bersama ayahnya iaitu Imam Rasu atau digelar Tok Gajah atau Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang dan gurunya Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.

Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar.Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad.Beliau juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama Daud.Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang yang berasal dari Kelantan .

Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman memulakan pemberontakan mereka menentang penjajah sekitar tahun 1891 hingga 1895.

Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan cahaya berkilau-kilauan.Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu seorang bidan kampung .Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat dan terkenal.Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu.Selepas itu Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam , madu dan air zam zam.

Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya.Bulu roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke kanan.Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya. Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya. Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7 tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa.Bila dia bermain atau bergaduh , pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!

Genap umurnya 10 tahun , Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata.Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi.Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.

Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang..Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad.Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.

Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk menundukkan Gajah dan harimau.ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang.

Selepas Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik anak imam Daud barulah ayahnya Imam Rasu mengajarkan ilmu kebatinan pahlawan melayu kepadanya!Selepas itu dia dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu silat dengan Pendekar Arif pula sehingga selepas itu dikatakan Mat kilau semakin mahir menggunakan segala jenis senjata dan mampu ghaib pula!Ada cerita yang mengatakan bahawa Pendekar Arif mampu mengelak tikaman orang walaupun badannya digulung dengan tikar!

Mat kilau pertama kali terjun ke medan perang pada tahun 1868 dalam Perang Saga iaitu melawan angkatan Tun Mutahir yang dibantu oleh Temenggung Johor.Pihak Mat Kilau dan ayahnya Tok gajah menang dengan cemerlang.Oleh kerana khidmatnya yang cemerlang itu, Mat Kilau dilantik oleh Sultan Ahmad menjadi Orang kaya Budu.

Kedatangan beliau ke Budu menjadikan seorang pendekar di Budu yang bergelar Andak sakit hati.Secara diam-diam dia ingin menguji kehebatan ilmu persilatan Mat Kilau.Pada suatu hari, seperti biasa selepas subuh Mat Kilau masuk kedalam belukar di belakang rumahnya untuk mandi embun, yang sudah menjadi amalan diri hariannya sejak bergelar seorang pahlawan.Andak secara tiba-tiba melemparkan sebilah lembing kearah belakang Mat Kilau dari tempat persembunyiannya, namun dia sangat terkejut kerana mata lembingnya yang tajam itu, yang mampu menumbangkan beberapa ekor kijang sebelum itu tidak mampu menembusi kulit Mat Kilau.Mat Kilau menoleh kearah Andak lalu berkata : “Bukan pahlawan melayu namanya jika menikam orang dari belakang”

Lalu diajaknya Andak berlawan dengannya sekadar latihan silat saja lalu disambut oleh Andak.Hanya dengan sekelip mata saja dan mudah Mat kilau dapat menjatuhkan Andak.Selepas itu Andak mengaku kalah lalu terus menjadi sahabat yang setia kepada Mat Kilau pula.

Wan Da dan Wan Aman , anak kepada Tun Mutahir telah membantu Raja Mahadi mengalahkan Tengku Kudin di Selangor, jadi sebagai balasannya Wan Da mendesak supaya Raja Mahadi membantunya pula menyerang dan merampas kuasa di pahang pula.Serangan kali kedua dapat dipatahkan dengan jayanya oleh pahlawan Pahang termasuk Mat Kilau, Imam Rasu dan Datuk Bahaman.Kekalahan puak Raja Mahadi juga amat memalukan mereka , lalu Raja mahadi pun memutuskan untuk tidak lagimenyebelahi Wan Da. Wan Da dan Wan Aman mat marah lalu berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin pula untuk mengalahkan Raja Mahadi! Wan Da diutus oleh Tengku Kudin ke Pahang sebagai tanda persahabatan dan meminta Bendahara Ahmad membantu mereka menentang Raja Mahadi di Kelang.

Bendahara Ahmad bersetuju menghantar tenteranya termasuk pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyertai pasukan Tengku Kudin dengan alas an Raja Mahadi pernah melanggar Pahang dan Tengku Kudin juga sanggup menghadiahkan sedikit wang sebagai balasannya! Perang berlaku dan sekali lagi pahlawan pahang berjaya membantu Tengku Kudin mengalahkan Raja Mahadi.Hubungan baik antara Tengku Kudin dengan Bendahara Ahmad menimbulkan rasa tidak senang hati pihak Inggeris lalu mereka mengambil kesempatan untuk bertapak di Pahang pula setelah mereka berjaya bertapak di Perak ,Selangor,Singapura, Negeri Sembilan, Melaka dan pulau Pinang dengan menghantar wakil Inggeris atau seorang Residen .

Oleh kerana Pahang telah campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor, maka Gabenor Inggeris di Singapura meminta Bendahara Ahmad bersetuju menerima kunjungan wakil Inggeris kononnya untuk melawat dan menjalinkan persahabatan dengan Pahang pula.Taktik Inggeris mula menjadi setelah Bendahara Ahmad bersetuju walaupun hasrat Inggeris itu mula dicurigai oleh beberapa pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat Sir Andrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak.Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad : “ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” . “Kita terlupa pula untuk berbuat begitu” kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya “ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?” tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka” jawab Mat Kilau bangga. “bolehkah kami melihatnya” kata Gabenor itu lagi. “Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya” kata Mat kilau lagi.

Kepulangan Gabenor Sir Andrew Clarke ke England digantikan pula oleh Gabenor yang baru iaitu Sir William Jervois. Gabenor yang baru ini telah membaca semua laporan tentang negeri Pahang lalu menghantar seorang pegawai penyelidiknya yang bernama William Cameron ke pahang kononnya untuk menyelidik dan melihat keindahan alam! Padahal ingin mengkaji dan menyelidik dimanakah terdapatnya bijih dan emas yang banyak kerana Pahang memang terkenal kaya dengan hasil bijih dan emasnya, lagipun Pahang sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pada pendapat saya, persetujuan Bendahara Ahmad inilah yang menjadi penyebab berlakunya malapetaka dan bencana di pahang serta pencetus kepada kebangkitan semangat penentangan penjajah oleh Pahlawan pahang seperti Mat Kilau , Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Nantikan siri berikutnya kisah Pahlawan sufi yang hebat ini dalam artikel saya yang akan datang!
……………
……………Sebagai ringkasannya …… saya sertakan sedikit isi artikel yang akan datang! ( kalau saya rajin ler!!!)


*Bermulanya era penjajahan Inggeris di Pahang….

*Mat Kilau ditembak …. Tetapi peluru biasa tidak mampu menembusi kulitnya…. Hanya peluru emas sahaja yang boleh merobek sedikit kulitnya tetapi tidak pada daging dan tulangnya!

*Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang juga Kebal dari segala macam senjata tajam dan tidak lut peluru! Pernah belajar ilmu kebatinan di Siam! Beliau amat berdendam dan memusuhi Mat Kilau.

*Mat Kilau boleh ghaib dalam sekelip mata… ada orang kata, kebolehannya itu berkait rapat dengan amalan beliau yang amat meminati dan istiqamah mengamalkan zikir Ya Latif

*Bendahara Ahmad masuk dalam perangkap Inggeris … menjadi raja boneka Pahang.

*Mat Kilau diisytiharkan penderhaka dan pemberontak, hadiah wang ditawarkan untuk menangkapnya.

*Mat Kilau mengalahkan Panglima terhebat dari Perak Datuk Awang Kelana yang dipinjamkan oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau.

*Pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

*Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

*Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

*Mat Kilau diusung dan di arak sebagai pejuang selepas Pengisytiharan dirinya!

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !”

Pada pendapat saya , Mat Kilau, Tok Gajah , Datuk Bahaman dan pasukannya mampu berlawan dan boleh menang dengan Inggeris di Pahang, tetapi SEBENARNYA mereka tidak mahu bertempur dengan Bendahara Ahmad dan pasukannya yang terdiri dari orang-orang melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka.Mereka juga tahu Bendahara Ahmad telah dipaksa oleh Inggeris untuk menghapuskan mereka!Mereka rela mengambil keputusan untuk melarikan diri , bukan kerana takut tetapi demi menjaga kepentingan Raja dan Rakyat Pahang agar mereka tidak terkorban secara sia-sia akibat tipu muslihat licik penjajah!

*Makam Pahlawan Terbilang , Muhammad Bin Imam Rasu @ Mat Kilau

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.

* Buku Rujukan Sangtawal :
1. Mat Kilau Pahlawan Pahang ; Abdul Latip Talib.
2. Jejak Pahlawan Mat Kilau ; Dr Talib Samat.
3. Pahlawan Pulau Tawar ; Arman Sani.





Artikel Pilihan 1 :

Tajuk : Mat Kilau The Malay Warrior,

Sumber : Klik Sini

[Out of the many Malay warriors of Pahang who stood up against the British in the late 1880’s, only one lived to witness with his very own eyes the nation’s independence. He was Mat Kilau, the son of local chieftain Imam Perang Rasu (a.k.a Tok Gajah), and one of the Malay warriors who rebelled between the 1880s and 1890s when the colonial masters extended their rule to Pahang.

Mat Kilau even had the opportunity to shout the magical word “Merdeka” on August 31, 1957, something that his contemporaries Datuk Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong and Tok Janggut or the earlier ones like Datuk Maharaja Lela and Dol Said did not live to do. But on that historic day, none of the hundreds who turned up at the state mosque field in Kuantan realised that the high-spirited but frail-looking centenarian standing among them was Mat Kilau, the man who once tormented the British.

Mat Kilau’s obscurity is equally legendary. The feared warrior went into oblivion for more than half a century as he was on the run after the British put a price on his head and branded him a traitor to the Sultan. At the initial stages, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid and Mat Lela staged a formidable resistance that unnerved the British. Mat Kilau and Datuk Bahaman’s names are etched in the nation’s annals as those responsible for the Lubuk Terua war where they attacked a police post set up by the British and fatally wounded two British policemen. They even conquered Temerloh.

However, with more reinforcement and a clever ploy of accusing the group of betraying the Sultan, the British succeeded in stopping more locals from joining the group and isolated it from the community. This eroded the group’s strength that at one time reached 600 and prompted them to flee.

The British continued to hunt them. Records show that his father Tok Gajah who was also involved in the resistance took refuge in Hulu Terengganu and died there, while Datuk Bahaman and several of his followers surrendered to the Siamese rulers.

What happened to Mat Kilau then is unclear till today but he definitely went through a lot of hardship especially when he had to move from place to place and take refuge under different names like Mat Dahan, Mat Dadu and Mat Siam. After being on the run for many years, he returned to Pahang and settled in Kampung Batu 5, Gambang, Kuantan, under the name of Mohamed bin Ibrahim @ Mat Siam.

Mat Kilau’s real identity only came out into the open when he himself made a declaration after the Friday prayers at the Pulau Tawar mosque in Jerantut on Dec 26, 1969. After months of research and investigations, the Pahang state government finally confirmed that he was indeed Mat Kilau.

Unfortunately 10 days after the confirmation, Mat Kilau died on Aug 16, 1970, at his home in Kampung Batu 5. He is said to have died at the age of 122 based on his estimated birth year of 1847. He was buried with full honours befitting a national hero at his birthplace, Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.

His adopted son who later became his son-in-law as well, Abu Bakar Awang, 80, said that before he revealed his real identity he was very evasive each time when asked about his background. Mat Kilau probably feared that he was yet to be pardoned for the allegations that he had betrayed the Sultan. During the uprising, Pahang was under the reign of Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah. He waited almost 12 years after independence to reveal that he was Mat Kilau as he feared the Sultan hadn’t forgiven him,” said Abu Bakar.

One of his daughters, Aminah, 80, when met at her home in Kampung Batu 5, confirmed that before Mat Kilau declared his actual identity, none of his children had the faintest idea that their father known as Mat Siam was actually a warrior dreaded by the English.

Aminah is among four out of Mat Kilau’s five surviving children who have settled around Kuantan. The others are Sabariah, Abdul Rahman, Salamah and Razali, while the eldest, Zaleha, married to Abu Bakar, died in 1978.

Continuing the story, Abu Bakar, despite his advanced age, recalled vividly Mat Kilau’s excitement on the run-up to the proclamation of independence. “On that day (Aug 31, 1957), he woke up early and after the subuh (dawn) prayer he got ready to leave for Kuantan as he was aware that the proclamation was also being held in the states, other than at Merdeka Stadium in Kuala Lumpur. I was wondering why he was so eager to go to the state mosque field. Even though he was more than 100 years old then, I noticed he was so excited to celebrate the historic occasion,” he said.

Abu Bakar who is the lead instructor of Seni Silat Tapak Setia Suci, the art of self-defence he inherited from his warrior father-in-law, remembered clearly how Mat Kilau had donned a white round-necked T-shirt with a grey overcoat and a kain sampin wrapped over the top part of his dark long pants. He wore shoes and his head was wrapped with a piece of cloth known as kain cindai. “Even I was intrigued where he got all those things and what the kain cindai signified,” he said.

According to tradition, the kain cindai is a piece of silk cloth used by Malay warriors to wrap around their head before getting into the ring to confront their foes. Abu Bakar said the bizarre clothing and behaviour prompted Mat Kilau’s wife Ajrah Bakar to reproach him, asking, “what’s wrong with you?”. Upon getting ready, Abu Bakar and Mat Kilau left the house together and waited for the free bus ride made available by the authorities in conjunction with the celebration.

Though the bus was packed with people, nothing could deter Mat Kilau who was obviously impatient to get to the field. “When we arrived at the field, we waited for the proclamation of independence. We managed to see the parade ... there were decorated cars too and he (Mat Kilau) was visibly exulted,” Abu Bakar recalled. When the shouts of Merdeka began, Mat Kilau too joined in chorus. While at the field Mat Kilau told Abu Bakar, “see, who would have thought I too will live to see this country’s independence”. This made Abu Bakar wonder what this man was actually trying to say. Abu Bakar, who lived with Mat Kilau since the age of 18, noted that his father-in-law felt contented with the opportunity to shout “Merdeka” at the field in Kuantan. He was too feeble to go the Merdeka Stadium in Kuala Lumpur to witness the proclamation of independence there.

Abu Bakar said the declaration of Merdeka was probably the most defining moment for the warrior who tried to defend his race, religion and the sovereignty of his nation from occupation by foreign powers. Abu Bakar now hopes that some historical texts especially those describing him as someone who betrayed the Sultan be revised. “The English labelled Mat Kilau and his colleague Datuk Bahaman as rebels and traitors just to hoodwink the people so that they wouldn’t support their struggle,” said Abu Bakar, who is also the Kampung Batu 5 headman. Mat Kilau’s grandson, Alhamadi Abu Bakar, 40, said though his grandfather did not leave any wealth, he left a legacy and unparalleled gallantry to be inherited by the coming generations in defending the nation from various forms of colonisation. – Bernama

Source: BERNAMA (By TUAN SHARIFAH SHAHANI and MOHD SHUKRI ISHAK) ]



"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya"
[ Surah Al-Haj : Ayat 78 ]

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh kamu ) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya"
[ Surah Al-Anfal : Ayat 60 ]

"Wahai orang-orang yang beriman! apabila bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling(undur) dari menentang mereka "
[ Surah Al-Anfal : Ayat 15 ]


* Siri Pendekar Sufi : Siri 1. Tok Janggut




Saturday, December 12, 2009

Misteri Homunculus Otak Manusia !



Tajuk : Misteri Homunculus Otak Manusia !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Homunculus Otak atau disebut Brain Homunculus adalah satu istilah yang tidak asing lagi dalam bidang sains neuroanatomi dan perubatan.Homunculus digambarkan oleh saintis barat seperti “makhluk kecil berupa manusia” dalam otak manusia yang menggambarkan diri manusia itu sendiri yang mewakili kerja deria ( pancaindera ) dan cara kerja sistem lokomotornya.

Dari perspektif sains, Homunculus merujuk kepada Persepsi Otak terhadap tubuh badan diri kita sendiri.Peratusan tertentu dari input sensori deria tubuh kita (sensory input) digambarkan di satu kawasan di kortek serebrum otak yang disebut somatosensory cortex ( Sensory Homunculus ) , manakala semua impuls saraf yang menggerakkan anggota badan kita disebut sistem motor atau sistem lokomotor di gambarkan di motor cortex ( Motor Homunculus).Oleh itu peratusan input saraf deria atau output saraf motor berkadar terus dengan keluasan kepenggunaan yang digambarkan di kortek serebrum otak kita yang disebut Homunculus.

*Diagram kaitan antara kortek serebrum otak dengan Homunculus.


*Diagram Motor Homunculus


Secara relatifnya, si 'toyol' Homunculus ini mempunyai tangan yang besar kerana menggambarkan banyak deria sentuh dan rasa menggunakan tangan serta output saraf motor untuk pergerakan banyak dilakukan oleh tangan , selepas itu peratusan terbesar diikuti oleh lidah(berkata-kata dan merasa), bibir, telinga(mendengar), muka dan organ sex juga adalah besar jika dibandingkan dengan anggota tubuh badan yang lain.

Dibawah ini saya kutip beberapa artikel dalam bahasa inggeris untuk bacaan agar memberi lebih kefahaman kepada anda semua berkaitan dengan Homunculus ini:

[The homunculus is also commonly used to describe the distorted human figure drawn to reflect the relative space human body parts occupy on the somatosensory cortex (sensory homunculus) and the motor cortex (motor homunculus). The lips, hands, feet and sex organs have more sensory neurons than other parts of the body, so the homunculus has correspondingly large lips, hands, feet, and genitals. Well known in the field of neurology, this is also commonly called 'the little man inside the brain.'

From a scientific perspective, "homunculus" refers to the brain's perception of the body. A certain percentage of sensory area in the cerebral cortex is connected to each body part; the image of the homunculus is the image of a man whose proportions reflect these relative areas. For example, a human's lips are much more sensitive than the upper arm. This is because more cortex area is devoted to the lips than to the upper arm; the image of the homunculus would therefore have very large lips and a very small, insignificant upper arm. Likewise, each fingertip would be much larger than any other part of the arm or hand.

*Sensory Homunculus

For those unfamiliar with the sensory homunculus, here’s a classic image(gambar atas),

What this picture does is distort the human body to show how much of the brain in responsible for sensing each part. The size of each body part becomes proportionate to the amount of the brain involved in sensing that body part. So the hands and lips in particular have a disproportionate amount of the brain monitoring what goes on there.

The motor homunculus shows how much of the brain is responsible for moving each part of the body, and it’s even more distorted - the lips and hands in particular are enormously enlarged.]


Mari kita kaji berkaitan dengan otak kita atau lebih spesifik lagi tentang serebrum otak. Serebrum kortek otak berfungsi untuk menyimpan maklumat tentang semua deria dan pergerakan motor tubuh kita.Kulit otak ini adalah luas, iaitu keluasan permukaannya berukuran 2,352 cm persegi ( 2352cm x 2352cm )! sejengkal orang dewasa lebih kurang 15 cm panjang, cuba fikirkan betapa luasnya permukaan ini bila kita bentangkan ia! , lihatlah betapa Bijaksana dan Hebatnya Allah swt Yang Maha Pencipta, menjadikan kulit otak seluas itu boleh muat dan berada dalam tengkorak kepala kita yang hanya boleh muat isipadu jisim atau benda sebanyak 2000cc sahaja!

*Otak dan tulang kepala(skull) manusia.

Jika kita bentangkan kulit otak atau kortek serebrum otak kita, kita akan dapati ianya seperti sebuah buku atau kertas yang besar dan terbentang luas! Didalamnya tercatat segala perbuatan dan deria manusia seperti melihat, mencium bau, merasa dengan lidah, menyentuh dengan tangan, dan mendengar dengan telinga! Didalamnya juga tertulis segala aktiviti kita atau segala pergerakan lokomotor kita baik yang kita sedari atau tidak!

Pernah beberapa tahun dahulu saya terfikir, apakah “adil” bagi seorang penderma mata atau organ lain dihukum oleh Allah di akhirat nanti jika organ atau anggota tubuh badannya yang didermakan kepada orang lain digunakan untuk membuat kejahatan ? Padahal dia sudah mati ketika itu! Atau dia tidak melakukan perbuatan keji seperti apa yang dibuat oleh penerima organ darinya seperti melihat aurat wanita, melihat maksiat dengan menggunakan mata orang lain! Apa kita sebut : lembu punya susu , sapi dapat nama! Saya terfikir begitu kerana ada hadis yang mengatakan bahawa diakhirat nanti setiap diri akan dibalas dengan apa yang dikerjakan oleh anggota badannya, malah anggota badannya sendiri akan berkata-kata dan menjadi saksi pada hari kiamat nanti dihadapan Tuhannya di Hari Pengadilan!

Firman Allah swt dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud :

“Dan janganlah mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu akan dipertanggungjawabkan”
[ Surah Al-Isra’ : ayat 36 ]

Selepas beberapa tahun berlalu, saya terbaca maksud beberapa ayat suci Al-Quran ini, lalu saya teringat kembali tentang persoalan yang pernah bermain difikiran saya di atas.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Isra’ ayat 13 bermaksud :

“Dan setiap manusia kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpai terbuka”
[ Al-Isra’ : 13 ]

Firman Allah swt lagi dalam Surah Al-Kahfi ayat 49 bermaksud :

“ Dan diletakkan sebuah kitab , lalu kamu melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata, ‘aduhai, celaka lah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan (tidak pula) yang besar, tetapi ia mencatat semuanya’ . Dan mereka mendapati apa yang mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seseorang pun jua”

[ Surah Al-Kahfi : ayat 49 ]

Apakah yang dimaksudkan dengan Kitab terbuka itu merujuk kepada Homunkulus Otak kita? , kerana ada orang yang membuat tafsiran ayat “ Kitaban yalqau mansyura” itu sebagai “Sebuah gulungan yang terbentang” [ Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Holy Qur’an , Tex: Translation and Commentary, penerjemah Ali Audah, Jakarta: Pustaka Firdaus,1995 ]

Jika erti “sebuah gulungan yang terbentang” itu adalah merujuk kepada Homunculus, maka ia secara logiknya boleh diterima kerana ia boleh dikaitkan dengan bentuk gulungan kortek serebrum otak manusia dalam kepala kita yang disusun secara bergulung-gulung membentuk Gyrus dan Sulcus! Iaitu dengan cara memadatkan jisim tanpa mengurangkan jumlah luas permukaan sebenar kortek serebrum otak dengan cara berlipat-lipat supaya ianya boleh muat dalam tempurung kepala yang saiznya agak kecil itu! Lihat bentuk otak kita! Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu itu dengan penuh kebijaksanaan!


Lalu saya membuat kesimpulan , Mungkinkah Homunculus Otak kita inilah yang menjadi wakil manusia secara fizikalnya di akhirat nanti untuk menghadapi hari pengadilan atau menerima hukuman??? Hanya denga cara demikian barulah terjadinya “adil” pada si penderma organ tadi kerana dia tidak perlu menanggung hukuman bagi kesalahan atau dosa yang dia tidak buat walaupun si penerima organ itu membuat dosa dengan menggunakan organ yang diperolehi dari orang lain (penderma). Mungkin itulah maksud ayat Al-Quran yang mengatakan Allah swt tidak menganiaya seorang pun jua!

Homunculus otak adalah manifestasi kepada persepsi otak itu sendiri terhadap jasadnya!

*Sensory Homunculus dan Motor Homunculus

Jadi benarlah firman Allah dan sabda Nabi Muhammad bahawa setiap insan itu disertai oleh seorang pendampingnya iaitu Qarin! Mungkinkah si kerdil Homunculus ini adalah Qarin Kita ??? mungkin pembaca sekalian boleh memberikan pendapat masing-masing pula!

Mari kita kaji dengan lebih teliti lagi apa itu Homunculus ini sebenarnya!

Kawasan-kawasan yang diwakili oleh Homunculus itu adalah terdiri daripada:

1) Kawasan motor yang berfungsi dan bertanggungjawab kepada setiap pergerakan tubuh badan manusia.Ia biasanya bertindak sebagai tindakbalas kepada setiap ransangan deria luar yang diterima .

2) Kawasan deria atau tempat menerima persepsi apa yang ditangkap oleh pancaindera seperti lihat, dengar, hidu, rasa, sentuh dan ia bertugas sebagai tempat memahami atau mentafsir setiap ransangan dari luar badan manusia.

3) Kawasan asosiasi atau penggabungan yang berfungsi untuk menyatukan dan menentukan semua kerja otak yang tidak berhubungan lansung dengan proses motor dan deria.

Perpaduan ketiga-tiga kawasan tersebut secara sistematik dan padu akan membentuk kesedaran rasional manusia.Bersama dengan kesedaran emosional dan spiritual, tiga jenis kesedaran ini akan membentuk fungsi luhur manusia atau secara falsafahnya , penyatuan 3 jenis kesedaran ini akan membentuk minda manusia!

Pada pendapat saya, Homunculus Otak adalah wujud, tetapi gambaran Rupa Homunculus itu adalah gambaran dari saintis barat yang kebanyakan mereka bukan muslim.Mungkin juga rupa bentuk yang kita lihat hari ini yang hodoh itu sudah direncana dan dimanipulasi oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya! Jadi, rupa sebenar Homunculus Otak kita ini adalah masih misteri sehingga kini sebenarnya!

*Rupa Motor Homunculus yang hodoh!

Baiklah, mari kita fikirkan bersama, apakah kaitannya antara Homunculus dengan wudhuk kita?

Ramai yang sudah tahu bagaimana untuk berwudhuk dengan betul tetapi tidak ramai orang yang berfikir kenapa dalam aturan mengambil air sembahyang atau wudhuk itu, tangan didahulukan, selepas itu diikuti dengan mulut (lidah untuk berkata-kata dan merasa dan bibir terlibat), selepas itu muka (mata terlibat), menyedut air ke hidung (deria bau terlibat) tangan kesiku (anggota lokomotor tangan terlibat) , sapu air ke dahi hingga kepala (lobus frontal otak terlibat) , telinga (pendengaran terlibat ), dan kaki ( sistem lokomotor terlibat). Lihatlah betapa sempurnanya ajaran Islam itu hinggakan Allah swt melalui rasulnya Nabi Muhammad saw telah mengajar kita bahawa sebelum kita membuat amal ibadat pun semua anggota yang terlibat secara lansung dengan deria pancaindera dan sistem lokomotor telah kita bersihkan terlebih dahulu!!! Sudahkah anda nampak kehebatan dan kecanggihan ajaran islam itu??? Penyucian jiwa dimulai dengan penyucian Homunculus!!!



Mari kita fikirkan lagi!

Nabi Muhammad saw juga pernah mengajar kita cara mencegah kemungkaran atau maksiat iaitu, jika kita berkuasa menggunakan tangan, tegahlah kemungkaran dan maksiat itu dengan menggunakan tangan, jika tidak mampu, gunakan kata-kata nasihat semoga mereka mendengar dan berfikir, dan jika kita tidak mampu,berkatalah di dalam hati kita sebagai tanda protes.Bukankah itu juga merujuk kepada Motor Homunculus otak juga?

Dalam Al-Quran perkataan Tangan dan Lidah banyak disebut.Perkataan Tangan disebut sebanyak 122 kali dalam 113 ayat . Kerosakan pertama di bumi adalah disebabkan oleh tangan manusia! Peristiwa pembunuhan Habil oleh Qabil adalah contoh pertama bagaimana kerosakan itu dilakukan oleh tangan manusia!

Firman Allah swt dalam Surah Al-Ma-idah ayat 28 yang bermaksud :

“Jika engkau (Qabil) merentangkan tanganmu (yadaka), bagi membunuhku, aku (Habil) tidak akan merentangkan tanganku bagi membunuhmu”

[ Surah Al-Ma’idah : 28 ]

Perkataan lidah disebut dalam Al-Quran sebanyak 25 kali.Lidah terlibat dalam 3 kegiatan penting iaitu berkata-kata (lidah sebagai alat pertuturan,artikulasi) , makan, dan bernafas.

Kesimpulannya, Tangan dan Lidah adalah sumber kekuasaan semulajadi anugerah Allah swt kepada kita.Dengan tangan kita boleh bekerja, memerintah, menyuruh, memukul, menikam atau memenggal kepala orang manakala dengan lidah pula kita boleh berkata-kata, memberi arahan, mengherdik orang, menghina orang, mengumpat hal orang atau dengan tangan dan lidah juga kita boleh berdoa kepada Allah untuk kebaikan diri kita dan orang lain bukannya mendoakan kemusnahan orang lain . Wajarkah doa seperti itu ditujukan kepada saudara seagama dan sebangsa dengan kita? Mengapa tidak halakan doa kita itu kepada si Kafir Zimmi saja?


Semoga semua orang alim mengajar dengan Haq dan menjadi contoh tauladan kepada seluruh umat islam, bukankah Ulamak itu pewaris Nabi ???

Sabda Nabi saw bermaksud :

“Ulama adalah pewaris nabi kerana mereka memiliki ilmu.Seluruh penghuni langit mencintainya dan penghuni lautan memohon ampun bagi mereka sampai hari kiamat”

[Kitab Sirrul Asrar , Sheikh Abdul Qadil Al-jailani, m/s 5 ]

Semoga semua orang alim atau ulamak bertaraf mufti menjalankan amanah mereka memberi dakwah dan tarbiah kepada sesiapa saja dan dimana saja mereka berada, bukannya memilih bulu iaitu hanya sudi memberi ceramah atau dakwah kepada mereka yang sudah “berjurus”, yang tak pernah tinggal solat atau tak pernah tidak hadir forum perdana hal ehwal islam, atau hanya sudi memberi ceramah atau dakwah di atas mimbar emas dalam masjid atau di dewan kuliah berhawa dingin tetapi mengatakan TIDAK untuk mengajar dan mentarbiah mereka yang telah jauh berpaling meninggalkan agama Allah seperti di sarang penagihan dadah, dikelab malam , di pusat karaoke, di pusat judi , di rumah urut dan pelacuran!!!

Apakah ilmu, ketokohan dan martabat kita akan jatuh merundum bila kita pergi berdakwah ketempat-tempat yang saya sebutkan diatas??? Hina sangatkah mereka itu untuk diperdengarkan dakwah kearah islam dan mengenal Allah?

Sesungguhnya bisa ular tidak akan hilang bila menyusur akar!!!

Alangkah malunya kita, terutamanya pada sembilan orang wali Allah dan wali-wali Allah yang lain , yang diutuskan ke Nusantara ini dikala kebanyakan Bangsa Jawi ini tenggelam dalam kekufuran , menganut agama hindu-budha , hanyut mengikut pelbagai kepercayaan paganisme dan animisme yang karut marut telah bersusah payah mengislamkan semula Bangsa Jawi di Nusantara ini , tetapi tiba-tiba kini ada di kalangan kita yang mengaku ulamak pewaris nabi ini tidak bersetuju dengan saranan dakwah yang bijak dan begitu luas ruang lingkupnya!

Mahal sangatkah harga sehelai jubah, kopiah atau serban mereka untuk turun ke medan jihad dakwah ini? Sehingga mereka begitu takut untuk terjun ke medan jihad dakwah yang lebih mencabar! Mungkin mereka takut diri dan maruah mereka juga turut tercemar sama! Apakah mereka tidak percaya akan pertolongan Allah swt dalam perjuangan dakwah ini atau apakah mereka tidak percaya ada masih ada lagi sekelumit rahmat dan keampunan dari Allah kepada mereka yang bertaubat dan kembali ke jalan Allah swt.

Firman Allah swt dalam Surah Al-baqarah , ayat 257 bermaksud :

“Allah lah wali (pelindung) bagi orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kesesatan) kepada cahaya (hidayah). Dan Orang-orang yang kafir wali mereka adalah thagut (syaitan) yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kesesatan.Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”

[ Surah Al-Baqarah : ayat 257 ]

Ya, mungkin mereka lupa kisah seorang pelacur yang memberikan air minum untuk seekor anjing yang sedang kehausan telah dibalas oleh Allah swt dengan keampunan dan Syurga??? Ya, mungkin atas sebab itulah juga mereka menjadi pewaris nabi pada tahun 1430 hijrah, bukan menjadi pewaris nabi pada seribu atau seratus tahun yang sudah!!! Mungkin kerana Allah swt sudah tahu setakat manakah keupayaan mereka! Jika mereka ditempat Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra , tentu misi jihad dakwah ke Nusantara pasti akan hancur dan tak kesampaian!

Semoga Homunculus otak kita akan diterima oleh Allah swt termasuk dalam golongan kanan atau lebih lebih bahagia lagi jika diterima oleh Allah termasuk dalam golongan yang didekatkan kepadaNya iaitu Al-Muqarrabun! Ingat saudaraku sekalian, kita hanya tidak boleh lagi menjadi malaikat atau Rasul, tetapi peluang untuk menjadi Al-Muqarrabun masih ada dan terbentang luas dihadapan kita??? Jadi mengapa kita tidak mahu berusaha ke arah itu ??? Salahkah kita jika kita memasang angan-angan untuk menjadi golongan Al-Muqarrabun? jika sekiranya dengan memasang niat seperti itu, setidak-tidaknya ia akan membimbing dan membaiki kita menjadi seorang hamba Allah yang markahnya hari ini lebih baik dari semalam! Tentunya ramai yang marah atau mengutuk bila kita sentiasa berulang alik ke masjid bersembahyang berjumaah, atau selalu bercakap berkaitan dakwah dan kebaikan, selalu menegur mereka yang membuat kesilapan, namun percayalah dalam hati kecil mereka, mereka tidak marah dan amat berterima kasih tetapi oleh kerana nafsu dan ego, mereka tewas di tangan iblis!

Firman Allah didalam Surah Al-A’raf ayat 27-28 bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan itu wali-wali bagi orang-orang yang tidak beriman. Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata; Kami dapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu (seperti syirik), dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad) !, sesungguhnya Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan keji, mengapa kamu mengada - ngadakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui!. Katakanlah, Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan. Dan (katakanlah) luruskanlah mukamu di setiap solat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepadaNya sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, (demikian pulalah) kamu akan kembali kepadaNya. Sebahagiannya diberi petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan wali-wali (pelindung) mereka selain Allah dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk”

[ Surah Al-A’raf : ayat 27-28 ]

Akhir sekali, sesungguhnya Allah swt tidak melihat rupa paras kita , tetapi Allah swt melihat dan menilai Hati / Qalbi kita !

Bagaimana pula untuk menjelaskan peranan dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menulis amalan kita samada baik atau buruk dalam buku amalan kita itu tanpa tertinggal atau terlupa sedikit pun?

Adakah mereka menulis seperti kita menulis?

Selamat membaca dan selamat berfikir!


Wassalam

Sangtawal Sakranta.