Tuesday, June 29, 2010

Awan Bentuk Jenazah Di Langit, Apa Petandanya?



Tajuk : Awan Berbentuk Jenazah Di Langit , Apa Petandanya ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Pada awal pagi ini, saya menerima sms dari seorang yang saya kenali , agar membeli dan membaca akhbar Kosmo, kerana katanya namanya ada disebut dalam akhbar tersebut yang bertajuk “Awan berbentuk jenazah”.

Saya pun terus menefon tuan empunya diri bertanyakan apa cerita sebenar disebalik kejadian yang disaksikan sendiri oleh beliau pada pagi ahad beberapa hari lepas iaitu sekitar 6.40 pagi 27/6/2010 bersamaan dengan 14 Rejab 1431 H itu.

Menurut beliau , apa yang ditulis dalam akhbar itu adalah benar tetapi bukan cerita penuh kejadian di pagi itu, namanya sendiri pun dieja salah iaitu suhaimi [ nama sebenar suhairi] .

Anda semua boleh membaca artikel tersebut disini, Klik


[[ Awan berbentuk jenazah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
berita@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut. ]]


Cerita sebenar sewaktu kejadian itu dari mulut kenalan saya ialah begini:

Sewaktu dia sedang berkawal di menara kawalan kem tentera itu, tiba-tiba dia [suhairi] melihat awan berbentuk objek sedang turun perlahan-lahan, setelah diamati betul betul dia amat terkejut kerana awan tersebut berbentuk seperti jenazah yang sudah dikafankan, cantuman kain kafan jelas di bahagian kepala dan kaki serta ia turun perlahan- lahan secara berdiri dan berhenti bersetentang dengan satu lagi gumpalan awan yang berbentuk orang yang memakai serban dan berdiri seolah- olah sedang menyembahyangkan jenazah tersebut! Diwaktu itulah kalimah syahadah jelas terlihat dari kepala hingga ke kaki gumpalan awan berbentuk jenazah itu! Fenomena ini disaksikan oleh sahabat beliau dan beberapa orang rakan tentera yang lain, sayangnya gambar yang sempat dirakam hanyalah seperti yang ditunjukkan diatas.

Fenomena ini berbeza dengan cerita sejadah berdiri! Sejadah boleh dicapai tangan manusia, tetapi tangan tak tercapai awan dilangit!

Semua itu tidak mustahil dan boleh terjadi jika Allah swt inginkan ia terjadi, namun segala perkara yang Allah swt ciptakan itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri, mungkin ada sesuatu alamat atau petanda yang Allah swt sampaikan agar kita berfikir.

Apa yang pasti, dunia sudah semakin uzur dan kita kini berada dipenghujung zaman!

Terserah kepada anda semua untuk mentafsirkan fenomena ini! Sesudah subuh , 14 rejab 1431 Hijrah!

Apakah itu petanda para pejuang akhir zaman sudah mulai bangkit lalu syahid dan akan dikafankan dan disembahyangkan sendiri oleh malaikat yang mulia dilangit???

Atau , apakah itu petanda umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan dikorbankan beramai-ramai dalam satu peristiwa dahsyat yang menyayat hati?

Atau, apakah ia merupakan petanda yang ketua yang memerintah sesuatu negeri itu akan mangkat tidak lama lagi?

Atau, apakah itu petanda telah perginya seorang wali atau kekasih Allah swt di bumi yang mana dia tidak pernah dikenali oleh orang dibumi sebelum ini, lalu dia mati dan jasadnya telah dimandikan, dikafankan lalu diangkat dan disembahyangkan oleh malaikat – malaikat di langit?

Atau….. teruskan berfikir….

Lalu… kuatkan iman dan perbanyakkanlah amalan….

Bukankah orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati???


Wassalam.

Sangtawal Sakranta...

38 comments:

Anonymous said...

salam saudara tawal..
alhamdulillah siapa yg terlihat dan diberi ingatan sebelum terlambat. semoga kita sama2 dapat ingat mengingati sesama sendiri.

CicitPanglimahitam said...

Asalamualaikum saudara..

apa yang saudara jangkakan itu mungkin semua nya benar(dengan izin Allah SWT)..

kite perlu sedarkan diri kita jihadunnafsi.. dan kite kene ajak umat islam bersama2 kembali mentauhid kan Allah SWT..ahli keluarga kita, sahabat handai dan umat islam yakni saudara muslim dan muslimat kita sendiri..

saudara..
terlau banyak kemungkaran, kemaksiatan dan fitnah2 besar umpama gulungan tsunami melanda..ianya juga akan menghanyutkan diri kita juga jika kita tidak mengambil tindakan proaktif dari sekarang..

saudara..

mari kita bersatu.. bersama2 menegakkan Agama Allah SWT..Kerana Allah SWT... Amin Yarabbal A'lamin

Anonymous said...

Biasanya siapa yang mengalaminya dialah yang ada kaitan dengan tanda2 tu.

Siapa yang melihat tu dialah yang kena banyak2 musahabah diri....sepatutnya tak payah cerita kat orang,nanti org tafsirkan diri yang empunya badan dengan tafsiran yg bukan2.

Subhanallah.

Juru Taip said...

Itu lah klu dan hint Penawar Penyakit Al Wahan,Allah datangkan simbol yang mudah.Tapi banyak yang buta tuli.

"Cinta dunia takut mati",Ubatnya belajarlah MATI.Nabi bersabda :"Bila kamu mati baru ketemui Allah SWT" sila cek hadis tentang Dajjal.

Bila bertemu Allah SWT barulah jatuh muhabbah,musyahadah maka sembuhlah al Wahan itu.Cinta dunia beralih arah kepada Cinta Kepada Allah.

Mati itu ada bayak jenis.Matikanlah dirimu sebelum kamu mati.

Jadi tafsirkanlah yang positif jangan asyik pikir nak berperang, berbunuhan, berjihad mati-matian akhirnya cuma memusnahkan mahkluk ciptaan Allahm.

Jihad Akbar ko tak buat.Jihad menentang hawa nafsu tulah yng natijahnya belajar Mati sebelum Mati.Baru nafsu tu terkawal.

salam.penat taip upah tak bayar.

Anonymous said...

Atau, apakah itu petanda telah perginya seorang wali atau kekasih Allah swt di bumi yang mana dia tidak pernah dikenali oleh orang dibumi sebelum ini, lalu dia mati dan jasadnya telah dimandikan, dikafankan lalu diangkat dan disembahyangkan oleh malaikat – malaikat di langit?


Subhanallah, beruntungnya jika dapat mati dalam keadaan begini..

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

Jmazli,
Alhamdulillah, semoga kita saling berpesan-pesan kearah kebaikan.

cicit p5 hitam,
terima kasih atas komen dan ingatan.

anon@12.24pm
semuanya bergantung kepada niat kita.apa salahnya menceritakan sesuatu kebaikan itu jika tujuannya adalah atas dasar dakwah agama dan guna untuk berfikir dan berusaha membaiki diri.

juru taip,
terima kasih atas komen yang keras dan agak kasar bunyinya.
Saya ada beberapa solan buat tuan :

1.Bolehkan tuan ajar saya bagaimana cara untuk belajar mati sebelum mati... apakah fana itu bersamaan dengan mati? dan apa pula beza fana asma, fana af'al dan fana zat?

2.Bagaimana tuan boleh katakan mati sedangkan nyawa dan Roh itu dalam urusan tuhan?

3.Bolehkan tuan nyatakan sumber hadis diatas?

4.Bagaimanakah untuk bertemu dengan Allah seperti yang tuan nyatakan : "Bila bertemu Allah SWT barulah jatuh muhabbah,musyahadah maka sembuhlah al Wahan itu"

5.Ada berapa jenis mati tuan?

6.Mengapa tuan kata berperang atau berjihad hanya memusnahkan makhluk Allah? kalau begitu tuan biarkan kafir musrikin membunuh ahli keluarga tuan, saudara seagama tuan atau membunuh tuan sendiri kerana jika tuan melawan ia akan menyebabkan musuh atau lawan tuan terbunuh dan pada tuan ini mungkin tidak elok!kerana musuh tuan itu makhluk Allah!

7.Apakah maksud Jihad akhbar seperti yang tuan katakan : "Jihad Akbar ko tak buat"

8.Apakah layak kita membicarakan penawar atau ubat al- wahan sekiranya kita mengaku diri sebagai hamba tetapi kita masih keluh kesah,mengadu domba dan meminta upah?


Anon@5.01pm,
Ya , beruntunglah jika kita semua termasuk dalam golongan itu.... kalau tuan ada masa dan kelapangan, bacalah kisah wali Allah bernama Uwais Al-qarni... menarik dan banyak pengajaran tentang makam ikhlas...

wassalam.

Anonymous said...

Hulubalang Kalathana kata:>

Salam Sahabat

Tuan Sang Tawal bacalah Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah ada cerita tersirat dalam yang tersurat, siapa dia sebenarnya??????????????

Wasalam Sahabat

Anonymous said...

Tapi bab perang akhir zaman tu memang banyak dah di perkatakan.

Mungkin juga awan tu petanda dah nak terjadi perang tersebut.Kalau baca kajian konspirasi beberapa tahun mendatang ini adalah tahun-tahun yang berat.
2011,2012,2013=1431 H,1332,1433----nombor tak cantik.

Bab mati sebelum mati yang Juru taip katakan tu, kalau tak salah Sang Tawal juga ada cerita dalam tulisan lamanya mengenai tasauf.Aku pun belajar dari pembacaan tulisan kamu.Aku rasa si Juru taip tu tukang taip jer kot.

Azman_one said...

Ni aku Qoute:(((Atau….. teruskan berfikir….

Lalu… kuatkan iman dan perbanyakkanlah amalan….

Bukankah orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu mengingati mati???)))

_________________________________

Aku pun banyak gak idea nak tulis dan tafsirkan tentang awan ni ...tapi tuan punya blog jenis marah2 jer dia gak suruh orang berfikir.Jenis tak sabar.Cuba tengok dengan tukang taip pun nak marah.

Relek lah bro...pssstfff!

Anonymous said...

Anon:July 1, 2010 11:45 AM

------->10 tahun mendatang ini banyak sign pengantian.Harun Yahya kata semua karekter utama akhir zaman akan muncul dalam beberapa tahun ini....apa pendapat korang semua,betul tak kata HY tu?



*************
Hulubalang Kalathana kata:>

Salam Sahabat

Tuan Sang Tawal bacalah Hikayat Muhammad Ali Hanafiyah ada cerita tersirat dalam yang tersurat, siapa dia sebenarnya??????????????


.................

Apa yang tersurat tu tak faham lah???

***********************

Anonymous said...

Atau, apakah itu petanda telah perginya seorang wali atau kekasih Allah swt di bumi yang mana dia tidak pernah dikenali oleh orang dibumi sebelum ini, lalu dia mati dan jasadnya telah dimandikan, dikafankan lalu diangkat dan disembahyangkan oleh malaikat – malaikat di langit?


Subhanallah, beruntungnya jika dapat mati dalam keadaan begini..

......................

Kadang kadang natijahnya terbalik,bukannya mati tapi baru jer muncul.Sebab alam abstrak dengan alam nyata ada batas/refleksi yang menbataskan.

saja tambah garam.

Juru Taip said...

Alahai!!kebetulan time lunch ni aku termasuk balik kat sini... kacang jer soalan tu....

terima kasih atas komen yang keras dan agak kasar bunyinya.

j:tak keras mana pun,cuma ada org cepat terkezut,tak sabar dan bukannya komen cuma mentafsir.

Saya ada beberapa solan buat tuan :

J:Silakan!!!


1.Bolehkan tuan ajar saya bagaimana cara untuk belajar mati sebelum mati... apakah fana itu bersamaan dengan mati? dan apa pula beza fana asma, fana af'al dan fana zat?

J:Fana yang saudara tanyakan tak lengkap dan jazam,sila fikir dulu sebelum bertanya serta bertanya dengan ikhlas.

2.Bagaimana tuan boleh katakan mati sedangkan nyawa dan Roh itu dalam urusan tuhan?

J:Bolih saudara berikan dallilnya..

3.Bolehkan tuan nyatakan sumber hadis diatas?

J:Sila rujuk surah al Jumu'ah ayat 6-8.Hadisnya sudah dinyatakan.Sila baca dengan tenang.


4.Bagaimanakah untuk bertemu dengan Allah seperti yang tuan nyatakan : "Bila bertemu Allah SWT barulah jatuh muhabbah,musyahadah maka sembuhlah al Wahan itu"

J:Bertemu dengan Allah adalah bengan mengamalkan rukun Ihsan.Sila rujuk hadis Jibrail as.

5.Ada berapa jenis mati tuan?

J:Sudah tahu bertanya pula.

6.Mengapa tuan kata berperang atau berjihad hanya memusnahkan makhluk Allah? kalau begitu tuan biarkan kafir musrikin membunuh ahli keluarga tuan, saudara seagama tuan atau membunuh tuan sendiri kerana jika tuan melawan ia akan menyebabkan musuh atau lawan tuan terbunuh dan pada tuan ini mungkin tidak elok!kerana musuh tuan itu makhluk Allah!

J:Astagfirullah al azim....apakah kejahatan di balas dengan kejahatan???.....atagfirrullah.


7.Apakah maksud Jihad akhbar seperti yang tuan katakan : "Jihad Akbar ko tak buat"

J:Dah di jawab dalam post tu,sila baca dan fahami betul2.

8.Apakah layak kita membicarakan penawar atau ubat al- wahan sekiranya kita mengaku diri sebagai hamba tetapi kita masih keluh kesah,mengadu domba dan meminta upah?

J:Aku bukan membicarakan tapi menaip.Sila scan betul2.

Sekarang aku nak bertanya pula kat saudara....jeng jengggg!!!

Jangan risau satu jer soalannya: Apakah saudara akan merasa puas selepas membunuh insan lain padahal ia juga satu bapa dan satu ibu dengan saudara,tahukah saudara Rasullullah saw telah berperang dalam puluhan peperangan tapi seorangpun tak pernah dibunuh olihnya,setiap seorang yang saudara bunuh bermakna satu nyawa dan satu nama terhapus di loh mahfuss,tak takut ke??? adus!!! terpanjang pula tu.......


Anonymous said...

Anon:July 1, 2010 11:45 AM

------->10 tahun mendatang ini banyak sign pengantian.Harun Yahya kata semua karekter utama akhir zaman akan muncul dalam beberapa tahun ini....apa pendapat korang semua,betul tak kata HY tu?


Nak tanya :Siapakah karekter yang saudara maksudkan?

Salam.

Anonymous said...

Rileks sahabatku Sang Tawal

Si Juru Taip tu, memang belum cukup ilmunya tentang sunnah Nabi saw, seperti saya juga.

Dia mungkin tak percaya atau tak pernah dengar kisah Para sahabat nabi Saw berperang, menikam, menebas, memanah musuh, menombak hingga musuh Islam terkorban. Dan pada hakikatnya ALLAH yang mencabut nyawa mereka yang terbunuh itu.

Jangan gabra Sang Tawal, lepas ni Juru Taip akan "berpencak" dengan gayanya menyalahi Sunnah.


Parti Cap Angin

Anonymous said...

Kata Hulubalang Kalathana:>

Kalau gitu tak usah lah ikut perintah Allah tu, dah ada sifat penafian tentang harusnya berperang dengan orang kafir yang ada dalam Al Quran.
Contohnya Surah Al-Anfaal ayat 17 @ Surah-Mumtahinah ayat 1-2 tu.

Jangan bandingkan diri manusia dengan Rasulullah yang Maksum tu tapi perintah Allah tetap suruh Nabi memerangi dan membunuh orang2 kafir yang memusuhi umat Islam.

Anon 11.45 am July 1.

Sebab tu la suruh baca Hikayat Ali Hanafiyah tu supaya faham tentang harus berperang dengan orang kafir jangan kita semua tahu beri pendapat ikut hati tanpa landasan Agama Islam. Baca kaji tanya orang Alim supaya faham yang tersirat siapa Muhammad Ali Hanafiah yang Saidatina Fatimah cumburui itu ketika Rasulullah menyebut namanya.

Buat sahabat Sangtawal teruskan usaha anda dan sentiasa berada dalam kandungan kalimah Allah.

Anonymous said...

Ni cerita awan ke cerita berperang ni???

Hormatlah sikit pembaca senyap.Jangan keluar topik!!!!!!

kalau nak sembang perang, sila masuk pot lain.Kesihan tuan blog.

harap maklum.

Anonymous said...

buat,Ano...July 3, 2010 12:18 PM

Rasanya diorang dah faham dah makna awan-awan tu.Tu yang cerita bab-bab lain pulak.


Muhammad Ali Hanafiah ni 'journey' dia memang menarik tapi over sikit lah, tak mau dengar cakap BOSS,akhirnya terperangkap dalam gua.

Tapi gambar awan tu warna hitam kan???

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

sahabatku Hulubalang Kalathana,
terima kasih atas komen, insyaAllah saya akan membaca dan mengkaji kisah tersebut.

anon@11.45am.
terima kasih.... tarikh tarikh tu mainan THH saja... jangan terperangkap dengan rancangan jahat mereka.

azman_one,
rilek la bro... saya tak marah pun :)bagi la apa-apa pendapat anda, saya amat menghargainya.

anon@12.20pm,
terima kasih kerana menambah garam! :)

jurutaip,
terima kasih kerana menjawab soalan yang bertahap kacang? selalu masuk blog ni ke???
saya pun nak jawab la satu soalan dari tuan itu...

["satu jer soalannya: Apakah saudara akan merasa puas selepas membunuh insan lain padahal ia juga satu bapa dan satu ibu dengan saudara,tahukah saudara Rasullullah saw telah berperang dalam puluhan peperangan tapi seorangpun tak pernah dibunuh olihnya,setiap seorang yang saudara bunuh bermakna satu nyawa dan satu nama terhapus di loh mahfuss,tak takut ke??? adus!!! terpanjang pula tu......."]

bila baca je soalan tu... agak terkejut juga... sebab rupa-rupanya saudara tak baca habis lagi sirah perjuangan dan peperangan Rasulullah.... betulkah nabi tidak pernah membunuh musuh di medan perang?????

bukankah di medan perang Uhud, Rasulullah telah melancarkan lembing terus ke leher Ubai bin Khalaf sehingga tembus ke belakang ketika Ubai sedang menerpa kearah baginda dengan pedang dan menaiki kuda.Ubai MATI tersungkur BERLUMURAN DARAH!!!

parti cap angin,
terima kasih dan sangat setuju dengan kamu.

Hulubalang Kalathana,
Ya...terima kasih atas komen dan ilmu yg dikongsikan bersama.

beberapa ayat al-quran tentang perang :

1.surah at-taubah ayat 41.

2.Surah Al-Baqarah, ayat 216 : bermaksud :"diwajibkan ke atas kamu berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci"

3.Surah an-nisak-ayat 74.

4.Surah al-Baqarah ayat 193.

5.surah al-anfal ayat 45. dan ayat 15

anon@12.18 pm,
terima kasih atas komen.
saya ok je... oleh kerana banyak yang komen pasal perang, jadi saya pun jawab je lah! jgn marah yer!

anon@12.59pm,
terima kasih atas komen.

wassalam.

doncin cai said...

salam semua

saya ni jahil...tapi gemar mengikuti tulisan sang tawal
___________________________________
....Alahai!!kebetulan time lunch ni aku termasuk balik kat sini... kacang jer soalan tu........
___________________________________

apa ni ?????
apa ni........??????????
kalau soalan tu mudah untuk di jawab oleh @mesin taip namun tidak pada saya, TETAPI saya tidak suka intro saudara untuk memberikan jawapan
.."termasuk balik kat sini...."
ter = tidak sengaja SEDANGKAN @mesin taip pada pandangan saya sengaja "termasuk"
@mesin taip
saya minta maaf terlebih dahulu..
betul, saudara punya ilmu yang tinggi tetapi jangan lah tunjuk hebat..jawab lah supaya orang lain faham.. straigh to the point
yang menilai kehebatan kita, adalah orang2 lain
itu sebab ada peribahasa MELAYU
"angkat bakul........"
salam

HAMBA said...

Hamba salah seorang pembaca senyap di sini.Dah konfius lah...

1.Betul ke Nabi pernah bunuh orang?
2.Betul ke nnabi tak pernah bunuh orang?
3. Sama ke atau apa bezanya antara Nabi dan Rasullullah?

pada tawal,juru taip,ano-ano dan lain2 minta Maaf kalau bahasa hamba tak molek.Hamba adalah hamba.

ilmu ibarat barang berharga tak boleh hulur sebarangan,apatah lagi org yg tak beradab dan suka beburuk sangka.

maaf sekali lagi.

Anonymous said...

Pergi Tak Kembali
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Sempena gambar awan....

Anonymous said...

Kalau Nabi bunuh orang dituduh menyebarkan agama dengan pedang,kalau tak bunuh pula di tuduh jadi master mind asyik mengarah para sahabat aje untuk membunuh.

konspirasi semua tu,jangan layan sangat taip writer tu.Citttt!!!

Waris Si Umar said...

Salam Tuan,

Tuan, saya ada membaca sebuah buku bertajuk 'Membongkar Misteri Dajjal' karya Muhammad Nurani Maarif dan saya kira buku tersebut sangat sesuai dibaca oleh masyarakat Melayu Islam kita. Saya cadangkan agar tuan dapat membaca karya tersebut dan tuan dapat memberi review (kerana saya ingin mendengar pendapat dan pandangan tuan) terhadap karya tersebut.
disini juga saya sediakan pautan website penulis tersebut untuk tatapan kita semua.

http://kalamnurani.wordpress.com/

atau

http://www.kalamnurani.com/

Juru Taip said...

(((bila baca je soalan tu... agak terkejut juga... sebab rupa-rupanya saudara tak baca habis lagi sirah perjuangan dan peperangan Rasulullah.... betulkah nabi tidak pernah membunuh musuh di medan perang?????))))

Aku lagi terkezuttt bila ko kata Rasullullah pernah bunuh orang.

Wama ramaita iz romaita walakinnallaha rama, .....Siapa kah yang membunuh musuh sebenarnya??

doncin cai said...

apa ni ?????
apa ni........??????????
kalau soalan tu mudah untuk di jawab oleh @mesin taip namun tidak pada saya, TETAPI saya tidak suka intro saudara untuk memberikan jawapan

Alahaiii Donkey cai jelous pulak dia....


Anonymous said...



konspirasi semua tu,jangan layan sangat taip writer tu.Citttt!!!

July 4, 2010 4:39 PM


Jelas ko yg tak faham hakikat kejadian tu.

Anonymous said...

Ha ha ha Taip writer memang lah Allah yang membunuh mereka habis kita ni siapa????
Mengadap wajah pun kita tak tahu siapa inikan pulak nak pertikai siapa yang membunuh............
Allah tak ada muka pada orang yang bermuka muka betulkan akidah dulu baru tahu siapa kita ni

Maaf saudara Sangtawal saje menyampuk
nak tengok siapa sebenar jahil ni

Wasalam

doncin cai said...

@ mesin taip
salam
saya tidak cemburu apa apa, tapi saya cuma ingin tahu jawapan tanpa berkias....
-----------------------------------

5.Ada berapa jenis mati tuan?

J:Sudah tahu bertanya pula.
-----------------------------------
kemungkinan moderator tahu atau tidak, saya tidak pasti...tapi, pada saya kalau tahu, buat apa saya nak bertanya....

doncin cai said...

anonymous July 5,2010 2:39PM
anonymous July 4,2010 4:39PM
salam
saya ingin mengenali tuan berdua....
address saya, sambung.... @gmail.com
dont let me down
ikhlas

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Doncin cai,
terima kasih atas komen.setuju dengan pendapat awak tu :)

Hamba,
terima kasih atas komen dan pertanyaan.
Rasanya tak perlu nak rasa keliru, ada masa baca buku buku sejarah perjuangan dan peperangan nabi.Perlu ingat, dalam konteks peperangan hanya ada 2 kemungkinan, menang atau kalah ataupun kamu dibunuh atau kamu terpaksa membunuh.... jadi apa yang saya katakan di atas adalah nabi membunuh dalam kontek peperangan, jangan pula keliru dengan membunuh tanpa sebab atau sengaja mengikut hawa nafsu.

cerita berkaitan nabi membunuh Ubai bin Khalaf di medan perang uhud itu bukannya saya reka sendiri, tapi saya baca dalam buku yang anak saya beli berjudul : "Muhammad Bin Abdullah-Peribadi Seorang Pahlawan" tulisan Abdul Hakim Ahmad pada mukasurat 91.


anon@4.06pm
Terima kasih atas kiriman senikata lagu rabbani, jika saudara mahu mendengar lagu tersebut, sila lihat posting lama saya di sini :

http://sangtawal.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-buat-allayarham-asri-rabbani.html

anon@4.39pm,
sabar, jangan marahkan jurutaip... :)dia juga saudara kita.biarkan dia memberikan komen dan pendapat nya disini, saya tak kisah pun.he he he

waris si umar,
terima kasih atas info, insyaallah saya akan mencari dan membaca buku tersebut.

juru taip,
terima kasih kembali atas komen, tapi berlembutlah sedikit, rasanya tak elok saudara panggil orang dengan panggilan donkey... kenpa nak marah-marah ??? masih di ammarah lagi??? bagaimana mahu berbicara tentang mahabbah atau mati sebelum mati saudara?

anon@2.39,
terima kasih kerana menyampuk :)))
setuju dengan saudara.

Doncin cai,
kalau semua murid dah tahu jawapannya, maka tak payah la ada exam!!! he he he

wassalam.

Anonymous said...

Motto Universitas Exeter adalah “Lucem sequimur” yang
berarti “Kami Mengikuti Cahaya”. Mungkin bagi orang awam, istilah
“Cahaya” di sini dipersepsikan sebagai ilmu pengetahuan. Namun dalam paganism-codex, “Light” atau “Cahaya” merupakan nama lain daripada “Lucifer”. Wikipedia menyebut Exeter, Inggris, dengan kalimat, “Exeter ialah sebuah kota di Inggris. Merupakan ibukota Devon. Penduduknya berjumlah 100.000. Di kota ini ada sebuah katedral, reruntuhan kastil,
dan sejumlah dinding peninggalan Kekaisaran Romawi. Exeter dibangun
oleh bangsa Romawi, yang menyebutnya Isca Dumnoniorum. Setelah mereka meninggalkannya dan bangsa Anglo-Sakson pindah di abad ke-7, nama ini diubah menjadi Exeter. Kemudian Exeter menjadi pusat perlawanan dalam
penaklukan Normandia. Sekarang kota ini menjadi tempat kedudukan
Meteorological Office, yang memperkirakan cuaca di negeri ini.”


Tuan, saya menjumpai ini di sebuah blog negara hiran mengenai mason.

Saya ingin menanyakan pendapat tuan yang lebih arif berkenaan dengan topik itu.

http://ahmadsamantho.wordpress.com/2009/10/19/sisi-gelap-harry-potter/

Anonymous said...

Kita kena berhati2 dengan dakyah kaballah, pagan, illuminati kerana mereka ini mencedok perkara2 yg ada dalam agama Islam dan menjadikan codex pertubuhan mereka dan sekaligus menyelewengkan penganut2 Islam.

Berkenaan cahaya, sebagai Islam, kita perlu melihat apa yg dipersepsikan sebagai cahaya. Jika lain bunyinya, seperti menyegutukan Allah dan ada unsur2 lain, memang lah sah ianya menyeleweng.

HAMBA said...

Terima kasih sTawal dan Jurutaip...

Sekarang baru Hamba faham apa maknanya Rasullullah membunuh dan tidak membunuh itu.

Rasul tak membunuh kerana perlu mengisbatkan segala perbuatan atas perbuatan Allah SWT, segalanya ini di nyatakan dalam firman Allah...(Tidak kah kau perhatikan bahawa Aku yang membuat segala perbuatanmu dan apa yang engkau perbuat itu...Surah al Baqarah).

Rasanya itu yg paling tepat iaitu MengISBATkan afaal Mahkluk kepada afaal Allah SWT.Orang yang tidak mengisbatkan atau menafikan.... mereka sebenarnya masih tersandung dalam syirik-syirik halus lagi tersembunyi.Mereka ini masih terhijab dengan ilmu dan dunianya.Itulah biang-biang penyakit al-wahan.

Buat juru taip yang budiman...

Hamba ingin meminta sedikit padangan dari saudara,apakah sebenarnya tingkatan2 hamba/salik itu?

Keterangan dan pencerahan dari saudara sangat hamba hargai.Mudahan dapat membantu hamba serba sedikit.

SALAM.

Anonymous said...

Wah menarik tu...


teruskan lagi dikusi macam ni ye.

Yang macam ni lagi penting dari cerita tafsir awan tu.

Anonymous said...

Saya pernah melihat movie "Australia". Di dalam salah satu adengan ada menunjukkan ribut atau puting beliung memusing berbentuk seperti awan yg ditunjukkan dalam artikel ini.

Puting beliung bila berlaku memang akan menaik ke langit. Jadi pendapat saya itu adalah salah satu fenomena puting beliung yg melibatkan awan.

Ia bukanlah tanda2, menunjukkan seorang yg wali atau ternama akan meninggal dunia atau apa2 yg bersangkutan.

Dizaman arab jahiliyah dulu, dan juga menjadi "taboo" bagi org2 melayu, bila biawak melintas atau ada apa2 saja binatang melintas, dikatakan sebagai ada peristiwa malang yg akan berlaku.

Secara penerangan saintifik, jika kita selalu berfikiran negatif, secara saikologi otak kita, perkara buruk seperti ditakutkan pun berlaku juga.

Secara penerangan agama, kita disarankan bersangka baik sesama manusia dan juga Allah. Jika kita bermimpi perkara yg buruk, kita disarankan utk tidak menceritakan perkara buruk itu kepada org lain, ditakuti perkara itu menjadi kenyataan. Mimpi adalah mainan syaitan, jika berlaku mimpi buruk, kita dinasihatkan meludah 3x kesebelah kiri (ala2 ludah, bukan betul2 sampai air liur jatuh 3ketul jatuh ke lantai) dan kemudian bangun membasuh muka. Kemudian baru menyambung tidur. Lebih elok jika dapat melakukan sembahyang sebelum tidur dan menyimpan cerita itu.

Perkara yang kita takutkan adalah hujan yg lebat berterusan. Hujan adalah rahmat Allah, akan tetapi harus kita risau juga jika hujan membawa musibah dan langsung banjir.

Ada doa2nya untuk kita membaca, untuk memohon perlindungan dari Allah mengelakkan dari bencana yang terlangsung dari hujan. Ini dapat kita saksikan penerangan dalam Al-Quran mengenai banjir untuk kaum Nuh dan juga hadis2 mengenai kegusaran Nabi bila berlaku hujan.

Anonymous said...

Baru-baru ini sedang saya google, saya terjumpa kitab-kitab (buku2) dari nusantara mengenai perubatan dan cara hidup dan segala yg berkaitan dengan Tuhan yg Esa.

http://my.opera.com/raja%20batak/search/?search=asal+raja+batak

Persoalan timbul adakah :-

1) Telah ada kaum Nusantara yg menganut agama tauhid, Allah yg satu sejak zaman berzaman di belah nusantara ini.

2) Berdasarkan buku2 kuno itu, diketahui bahawa telah ada peradaban seperti kaji bintang dari kaum ini. Teringat saya mengenai satu nabi yg pandai mengkaji bintang samada Nabi Nuh atau Nabi Hud.

Adakah kaum ini saki baki dari kaum2 dua nabi diatas yg terselamat.

3) Terdapat lukisan2 mengenai embrio bayi di dalam perut sebelum zaman itu mempunyai sains dan teknologi spt skrg. Ini amat sy takjub.


4) Terdapat juga sebilah keris tumbuk lada tapi dinamakan dengan bahasa kaum itu, tetapi masih iras2bunyi tumbuk lada.

Persoalan2 ini timbul :-

Adakah org melayu berinduk kan kaum ini. Adakah kita pernah menjadi sebahagian dari kaum ini satu ketika dulu dan setelah kita berkacukan dengan bangsa2 lain, maka kita melupakan asal usul kita?

Adakah penjajah dengan konsep divide and rule telah membuatkan melayu ber-etnik2 atau membentuk etnik2 sendiri, dan mengeji etnik2induk?

Adakah keistimewaan dan kelebihan kaum Melayu pada asalnya telah digelapkan lantas kita sesama kita mengeji sesama melayu nusantara, tanpa kita ketahui asal usul kita dan menjadi bangsa yg dilupakan sebagai cara halus menghapuskan Melayu.

Konsep divide and rule penjajah telah berjaya membuat kaum yg pada zaman kuno nya menyembah allah yg esa, kini sebahagian telah menjadi menganut agama kristian.

Harap tuan sangtawal dapat memberikan pendapat.

Anonymous said...

Salam Semua.
Kejadian di alam semesta atas SunahTullah.

Setiap kejadian alam berlaku tidak terlepas dari hukum alam. Jangan mudah mentafsirkan yang bukan-bukan.
Faktor setempat perlu diambil ikhtibar dan perlu berhujah, kenapa terbentuknya awam sedemikian.

Jangan anggap perkara aneh, terus kita membuat rumusan yang pelbagai. Kita berhujah perlu berdalilkan Al-quran dan Hadis Nabi.

Biarlah kita menjadi manusia yang diberi petunjuk olah Allah bukan manusia yang suka membuat andaian yang merapu dan merepek.

Sekian..

-adam amin-
Jerlun, Kedah

Generasi Pejuang Bangsa said...

subhanallah ...Allah itu maha berkuasa.

terima kasih sdr yg mendapat gambar yang seawajarnya difikirkan oleh umat Islam

Sangtawal Sakranta said...

salam semua,

terima kasih atas komen dari anda semua.

wassalam.

GOBLOK said...

Jurutype,
Insaflah wahai tuan hamba.....tuan hamba membalas komen dengan nada yg marah nampaknya....MARAH itu berpunca dr SETAN....janganlah tuan hamba berperangai seperti SETAN yang dilaknat ALLAH....think b4 u speak...

Anonymous said...

Ek eh dia lak yang boleh jatuh hukum org perangai Setan ke tak. Patutnya insaf le diri awak dulu.
Allah entah apa lagi hukum kat kita ni dia yang dulu dulu.
Nyawa pun tak tahu ditarik kut mana lagi ni.

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259