Wednesday, February 03, 2010

Tips Untuk Seorang Wanita Bergelar Isteri.



Tajuk : Tips Untuk Seorang Wanita Bergelar Isteri.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Rasanya saya bukanlah seorang yang paling layak untuk memberikan tips ini kepada seorang wanita yang akan atau telah bergelar seorang isteri. Namun entah mengapa hari ini saya terlintas untuk menulis benda-benda yang berkaitan dengan keluarga walaupun saya bukanlah seorang kaunselor keluarga atau pakar motivasi yang hebat.Lalu dengan tidak bertangguh-tangguh lagi saya tulis artikel ini . Semoga pembaca blog ini beroleh sedikit manfaat dari artikel ini.

Ada beberapa orang rakan selalu bertanya saya, apakah resepi kebahagiaan rumahtangga saya. Saya tanya pula kenapa beliau bertanya begitu? Rakan saya kata, dia melihat dari kacamata luaran saja betapa saya memiliki sebuah keluarga yang bahagia, punyai seorang isteri dan anak-anak yang kelihatan hidup cukup bahagia.

Saya selalu katakan kepada sesiapa saja, bahawa kebahagiaan hidup itu adalah kurniaan Allah swt.Kebahagiaan sebenar terletak didalam hati sanubari setiap insan.Hanya jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari erti kebahagiaan akan mengecapi nikmat kebahagiaan yang sebenarnya.Wang ringgit dan harta benda yang melimpah ruah bukanlah modal atau pengukur sejati nilai sebuah kebahagiaan.Betapa ramai manusia yang sudah tertipu dengan harta dan sebuah kehidupan yang dibina atas dasar sebuah kepura-puraan semata-mata sehingga ke hembusan nafas terakhir pun mereka gagal mengecap nikmat sebuah kehidupan berkeluarga yang benar-benar bahagia.Bohong lah jika saya katakan bahawa rumahtangga saya bahagia dan happy sepanjang masa, masakan gigi dan lidah lagi kan tergigit, inikan pula kita manusia. Ada juga ketika-ketikanya tidak bersependapat dalam urusan hidup seharian, namun kami masih mampu mempertahankan rumahtangga dan memupuk kasih sayang kami sekeluarga. Oleh itu berdoalah selalu kepada Allah swt agar diberikan kebahagiaan itu kepada kehidupan kalian kerana bahagia jiwa itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai!

Baiklah, rasanya setiap orang insan sebelum memasuki alam perkahwinan, selalu mengimpikan seorang pasangan hidup yang terbaik yang akan memberikan kebahagiaan kepada kita dan anak-anak di kemudian hari.Oleh itu rasanya eloklah anda semua kenal betul-betul siapakah mereka itu untuk dijadikan pasangan hidup anda.Anda mesti memahami perangai ,watak dan hati budinya dengan baik sebelum anda melayarkan bahtera hidup bersamanya supaya nantinya anda tidak akan menyesal di kemudian hari.

Apakah hobi bakal pasangan anda? Banyak hobi yang memberikan faedah kepada si suami dan kepada anda dan ada juga hobi yang akan membuatkan anda menyesal dikemudian hari! Sebagai satu contoh, suami yang mempunyai hobi keluar malam untuk memancing atau masuk hutan memburu binatang adalah diantara beberapa hobi yang akan menjerat diri si isteri di kemudian hari.Si suami akan keluar malam dengan alasan tersebut walaupun selepas kahwin dengan anda tanpa ragu-ragu lagi walaupun mereka ada agenda lain atau mereka bermalam dirumah isteri ke-2 secara senyap-senyap tanpa pengetahuan anda! [maaf, tidak semua suami atau pemburu atau pemancing begitu!].Ada satu lagi hobi yang paling licik dan sukar untuk ditegah oleh si isteri iaitu keluar malam untuk belajar agama atau tasawuf!!! Oleh itu, jaga-jaga wahai si isteri, tengok pada perangai dan amal suami anda selepas itu, baik kiranya anda pantau selalu! kalau betul-betul belajar dan perangai jadi semakin elok, teruskan, kalau nampak si suami semakin pelik dan nampak sasau dan mengarut , baik nasihatkan si suami agar berhenti! Zaman ini, ramai guru tareqat atau tasawuf palsu yang suka ambil kesempatan atas diri dan duit suami anda.

Apakah bakal suami anda seorang perokok tegar? Kalau boleh elakkan, cari yang tidak merokok kerana anda dan anak – anak akan beroleh ‘untung’ dan ‘sihat’ nanti.[ maaf buat suami yang perokok, kalau boleh buanglah tabiat ini kerana tabiat ini boleh membawa kepada pembaziran dan kemudharatan pada kesihatan dan sperma serta genetik anda! duit yang dibelanjakan untuk membeli rokok jika disimpan didalam tabung anak-anak selama sepuluh tahun rasanya sudah mencecah puluhan ribu ringgit!]

Apakah bakal suami anda seorang yang suka makan atau minum di kedai kopi atau berbual-bual kosong dengan kawan-kawan sehingga lewat malam atau sehingga terlepas waktu sembahyang fardhu atau selalu hilang masa berkualiti bersama anak-anak atau isteri ? Fikirkan juga tabiatnya ini! Tabiat ini juga boleh memporak perandakan rumahtangga anda nanti.

Dari segi agama pula bagaimana? Seelok-eloknya pilihlah yang beragama. Jika kurang agamanya tetapi baik perangai dan budi pekertinya serta boleh ditegur dan diajar pun kira ok la jugak, benda-benda agama ni boleh belajar dan proses belajarnya tidak ada masa tamat! Sesetengah orang tu, masa sebelum kahwin tu bukan main waraknya, cakap pun selalu berlapik ayat-ayat al-quran dan hadis, tapi lepas kahwin segalanya berubah, rupa-rupanya sebelum itu hanya lakonan semata-mata!

Satu lagi tips buat bakal isteri, Tanya-tanya la bakal suami tu, ada duit simpanan ke? Bukan tujuan untuk mengikis hartanya, tetapi sekadar ingin mengkaji watak bakal suami. Kalau bakal suami jenis orang yang ada wawasan dan tujuan hidup masa depan, sudah pasti dia ada menyimpan duit, walaupun sedikit sebulan dan gajinya tak seberapa.

Sikap ini penting kerana bila berumahtangga nanti si suami seperti ini akan berfikiran jauh demi masa depan anak-anak, perbelanjaan dan yuran pengajian anak-anak ataupun ada niat untuk meninggalkan sedikit harta kepada si isteri jika dirinya sudah tiada atau meninggal dunia [ tidak semua orang mahu mati cepat, tapi kita kena fikir bahawa ajal maut itu ditangan Allah swt, bila tiba masanya akan dijemput juga olehNya ]. Oleh itu jika sebelum kahwin pun bakal suami suka membazir dan boros berbelanja, maka tabiat ini biasanya sukar untuk dibuang bila berumahtangga, malah akan menjadi lebih parah lagi bila perbelanjaan sekeluarga meningkat.Mungkin bakal suami atau anda sendiri akan menerima padah bila si suami terpaksa berhutang dengan Along atau barang-barang kemas anda lesap di kedai pajak-gadai. Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup.Pilihlah yang sederhana dalam perbelanjaan, kedekut sangat pun boleh jadi merana juga!!! he he he….


Apa yang saya tulis di atas itu adalah tips buat wanita sebelum kahwin.Bila sudah kahwin, cerita dan perjalanan hidup pastinya agak berlainan pula. Hidup tak semestinya atau selalunya indah seperti yang kita impikan! Di awal perkahwinan semuanya nampak baik dan kasih sayang pun masih menebal, selepas kahwin beberapa bulan atau beberapa tahun, barulah masalah datang lepas satu satu.

Apa yang paling ditakuti oleh setiap orang isteri??? Tentulah jawapannya ialah takut dicerai atau dimadu!!! Oleh itu, ambillah sedikit tips dari saya buat semua wanita yang bergelar isteri.

Peranan setiap isteri di bilik tidur rasanya tak perlulah saya panjangkan disini, kerana rasanya semua sudah maklum.Apa yang ingin saya sampaikan dan kongsikan disini ialah beberapa perkara yang agak remeh temeh tetapi ia boleh menyebabkan berlakunya keretakan rumahtanggan anda.Oleh itu bukankah kita pernah mendengar ayat ; mencegah adalah lebih baik dari mengubati ; apa orang kata, ‘Prevention better than cure’

Ia bermula bila si suami anda tiba-tiba menunjukkan rasa sayang yang mendalam kepada anda! Maka berhati-hatilah! Dia juga akan menunjukkan kasih sayang yang mendalam pada anak-anak. Secara psikologinya ini adalah satu mekanisma dalam diri si suami untuk mengurangkan rasa bersalah kerana curang pada isteri atau mengkhianati kepercayaan anak-anak. Dia akan cuba mengambil hati anda dan anak anak seperti dengan membeli hadiah atau apa-apa saja yang boleh mengembirakan anda dan anak-anak.awasi jerat ini!

Suami yang tiba-tiba menjadi bengis, pemarah dan bersikap panas baran juga adalah disebabkan ada kaitan dengan orang yang ke-3, jadi si isteri jangan cepat melatah ikut mood suami, sila selidiki hujung pangkalnya dulu untuk mengetahui kedudukan sebenar!Ini semua adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga anda.

Suami akan memberikan berbagai alasan yang manis bergula untuk pulang lewat dari tempat kerja atau tidak pulang terus dari tempat kerja seperti out station dan sebagainya. Mungkin dia ada urusan lain dengan si dia atau buah hati baru.Maka, awasi jerat ini. Jadi, hobi mereka untuk memburu atau memancing ikan malam-malam akan digunakan sepenuhnya dan semakin menjadi-jadi bila tiba masanya .

Suami anda juga berubah secara tiba-tiba dari segi penampilan seperti mengambil berat tentang diet dan menjaga bentuk badan, mula membeli pakaian berjenama atau pewangi berjenama.Dia menjadi lebih ceria dan selalu senyum sendirian. Awas juga dengan jerat ini! Orang yang dilamun cinta akan menghasilkan lebih banyak hormon dan biasanya ia akan berkait rapat dengan pertambahan libido pasangan anda! Kepelikan mereka juga terserlah bila mereka memaksa si isteri juga menjaga penampilan dan bentuk badan!

Suami anda juga seperti tidak mahu berpisah walaupun seminit dengan telefon bimbitnya! Kemana saja dia pergi, mesti dikepitnya handphone itu! Oleh itu, usahlah takut, sekali sekala cubalah buka sms atau data call register handphone suami anda! Tak salah jika niat anda baik demi untuk menjaga keharmonian rumahtangga anda.Jika suami pakai prepaid, galakkan suami pakai bil, senang anda melihat nombor manakah yang selalu dipanggil oleh suami anda! Biasanya orang yang dilamun cinta amat kerap membuat panggilan sehari! Sila teliti bil telefon dan check handphone suami, awas dengan penggunaan nama samaran, seperti nama lelaki, contohnya nama “suhaimi” samaran bagi “amy” dan sebagainya. Sekali sekala cuba buat panggilan ke nombor yang paling kerap di dail oleh suami anda itu dan jangan terkejut bila anda mendail nama kononnya sahabat baik suami bernama ‘aziz’ tiba-tiba yang menjawabnya adalah ‘aziza’!

Awasi juga kawan – kawan anda atau janda-janda yang selalu datang atau berhubung dengan anda dan suami anda! awas bila suami mula menunjukkan simpati atau kesian dan perasan ingin menolong janda berkobar-kobar! [ bukan maksud saya semua teman atau janda itu jahat, tapi apa salahnya menaruh sedikit prasangka demi menjaga keharmonian rumahtangga kita ]

Awasi sikap dan tidak tanduk suami anda dan ambil perhatian jika suami mula bergurau dengan berkata ‘untuk berkahwin dua’ didepan anda atau ibu bapa mertua! mula-mula bergurau dulu, bila isteri dah lali dengan gurauan itu, si suami pun berbini dua betul-betul , jadi jangan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita bahagia atau kisah-kisah orang berpoligami yang bahagia dan penuh keberkatan yang diceritakan oleh suami anda!!!

Alasan paling bernas dan sukar untuk dilawan oleh setiap isteri dan biasanya isteri akan tewas ialah bila suami mula menggunakan kaedah atau pendekatan agama untuk berkahwin lagi! Nabi dan sahabat pun kawin lebih dari satu la, orang alim itu kahwin 4 , tapi isteri tak berbalah dan saling redha meredhai la, orang itu , orang ini kahwin ramai tapi cukup syarat dan mampu dari segi nafkah zahir batin la dan bla-bla bla lagi la! Inilah senjata utama si suami untuk membolehkan dia berkahwin lagi!

Awasi juga bakal menantu atau kekasih hati anak-anak gadis kita, biasanya dengan alasan agama atau alim-alim kucing ini, ramai anak gadis yang terperangkap dan hilang masa depannya! Ramai anak gadis yang mudah cair dengan ayat-ayat cinta berlapik nafsu berbungkus ayat-ayat al-quran dan hadis ini.Namun berdoalah selalu dengan Allah swt agar memberikan jodoh yang terbaik buat anak-anak kita yang boleh menjamin kejayaan anak cucu dan zuriat kita berjaya di dunia dan akhirat.

Isteri saya hanya seorang saja dan saya bukan penentang poligami, [maaf kepada kawan atau mereka yang berkahwin lebih dari satu! :) ] namun pada pendapat saya, seorang ‘lelaki biasa’ sudah pasti tidak mampu berlaku adil kepada setiap isteri dan anak-anak mereka walaupun pada syarat batinnya dia mampu!!! Bukankah kisah atau cerita cemburu ini juga ada timbul di kalangan isteri-isteri Nabi sendiri??? Inikan pula kita, manusia biasa!

Satu lagi pesan terakhir saya, isteri kena ambil pusing juga dengan ‘aduan’ dari jiran, kawan-kawan baik atau rakan sekerja suami terhadap suami anda!!! Ada masa kena selidiki secepat mungkin! Ingat, tidak ramai yang mahu lihat kita bahagia, tetapi ramai yang mahu lihat kita derita, itulah hakikat hidup di dunia yang dipenuhi dengan iblis ini.

Kadang-kadang cerita yang dianggap jaga tepi kain orang itu ada juga benarnya! Sekali sekala hubungi atau tanya Bos atau kawan sekerja suami bagaimana suami di tempat kerja, bukan mengongkong hidup suami atau nak jadi “Queen Controll” tapi sekadar bertanya dengan sejujur mungkin!

Oh ya, sebelum mengundur diri, di umur dunia yang semakin uzur dan akhir zaman ini, jangan pula anda si isteri berfikiran sehala saja, maksud saya, jangan anggap wanita lain saja yang akan merampas suami anda dari tangan anda! Suami anda juga boleh dirampas oleh seorang manusia bernama "lelaki" ! Ini bukan pelik, Allah telah menghancurkan kaum Nabi Luth dulu disebabkan oleh cinta sejenis inilah! bumi dibalikkan, seorang Nabi juga hampir-hampir menjadi mangsa kebuasan nafsu serakah mereka! Jadi, mengapa ini jadi pelik jika ia telah benar-benar berlaku pada hari ini dan Allah telahpun menceritakannya di dalam Al-Quran dengan sejelas jelasnya ? andainya Nabi sendiri menjadi mangsa, adilkah jika kita kata kaum Nabi Luth pula yang dianiaya? Atau Nabi dan Malaikat sengaja membuat konspirasi untuk menghancurkan kaumnya? Mengapa pula kita harus menafikan cerita ini telah berlaku dan bakal berlaku di tempat kita?

Satu petua atau tips paling berharga yang diajar oleh guru saya yang ingin saya kongsikan disini ialah, pada malam pertama anda, bersumpahlah dengan pasangan anda bahawa anda atau dirinya tidak akan melakukan perbuatan zina dengan orang ke-3 dan jika setiap diri melakukannya, dengan sendirinya akan terjatuhlah talak 3 berserta bala Allah swt keatas anda berdua! InsyaAllah, anda selamat! cubalah anda buat, atau bagi yang sudah berkahwin, tidak salah anda bersumpah semula di hadapan pasangan anda , bersumpahlah dengan nama Allah, tak payah pegang Al-Quran pun taka apa, biar Allah swt yang menjadi saksinya. Mengapa harus takut bersumpah jika anda dipihak yang benar??? InsyaAllah hidup anda akan bahagia, hati anda akan tenang .

Ikhlaskanlah hati dan bersikap jujurlah dengan pasangan anda, itulah Kunci Utama Kebahagiaan rumahtangga anda!


Maaf dipinta buat kaum Adam, hari ini tiada tips berguna buat tuan!!! Maaf sekali lagi jika saya terpaksa membocorkan rahsia atau beberapa taktik yang selalu diguna-pakai oleh kebanyakan dari kita kaum lelaki.Satu saja pesan saya, sayangilah isteri dan anak-anak anda dengan sepenuh hati kerana jasa seorang isteri teramat besar buat kita dan anak-anak dan semoga anak-anak kita nanti pula akan mengenang jasa-jasa kita pula kepada mereka ! Begitulah hidup di dunia yang sementara ini, kita hidup kerana Allah, kerja kita untuk Allah, hidup bukan untuk menongkat langit selama-lamanya! Ada masa kita sihat, mungkin esok kita sakit atau kita lumpuh dan tidak boleh bergerak, hari ini kita kaya raya, mungkin esok kita jatuh miskin dan meminta-minta! Hari ini kita cantik ,kacak bergaya dan berkuasa , mungkin esok kita jadi hodoh dan hamba orang. Itu semua bukan kerja kita, semuanya dalam urusan Yang Maha Pencipta.

Oleh itu, berdoalah selalu kepada Allah agar diberikan seorang isteri atau suami yang soleh dan sebuah kehidupan yang bahagia! saya doakan semoga semua pembaca blog ini beroleh kebahagiaan sejati! [:D ].

Terimalah dan HAYATILAH sebuah lagu yang saya tujukan kepada semua pembaca wanita yang bergelar isteri ; PADA SYURGA DIWAJAHMU! Kepada isteri-isteri yang mempunyai pengalaman suami berlaku curang, bersabarlah dengan ujian Allah dan berdoalah selalu kepadaNya.



Jadi, apakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak diuji???

Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


18 comments:

CicitPanglimahitam said...

assalamualaikum..
terima kasih sangatawal..

Anonymous said...

Salam.

Fuyooh! tips yg penuh berprasangka. Tips anda mungkin akan memudharatkan rumahtangga. Percayalah. Apa pula tanggungjawab sbg seorang isteri yg soleh? Kalau nak bahagia dua-dua kena saling memahami, timbang rasa dan tolak ansur..

Kawan saya dah 13 tahun kahwin tapi tak bahagia. Kerana apa? kerana isteri yg ego, tidak mengutamakan suami, mementingkan ibu bapa, adik beradik lebih dari suami, tidak menghormati kedua mentua dan adik beradik suami. Perbelanjaan semua suami tanggung termasuk bayaran bulanan kereta kedua yg dibeli oleh suami walaupun isteri bekerja. Gaji isteri 100% milik isteri dan tidak boleh ditanya dan disentuh. Isteri selalu moody, layan suami dan anak dgn baik sekali apabila berada dirumah mak bapak dia. Bila balik rumah mentua tak hirau sesiapa. Hanya duduk terpaku masam muka diruang tamu tidak mahu bercampur gaul dgn ipar duai. Balik sekejap ke kg mentua dah nak balik semula kerumah sendiri. Kat rumah selalu dera anak dan suami. Bila marah tak peduli makan minum anak suami sampai berminggu-minggu. Suka kpd harta benda dan kemewahan. Suka glamor. Dah berbuih mulut nasihatkan namun tidak dihirau. Sesiapa yg cuba menasihatinya akan dibuatnya musuh. Pernah berkata, "peduli apa dgn dosa" astagha...
Berkali-kali mintak cerai, namun suami tidak menceraikannya kerana sayang dan kasihankan anak-anak dan demi masa depan mereka. Walaupun pernah dipanggil dayus oleh isteri, Suami masih lagi bersabar disebabkan anak-anak..
So, I nak tanya you, isteri jenis apa mcm ni??? Tak takut dosa, tak takut pembalasan Allah dikemudian hari...
Ini bukan cerita rekaan. Ini cerita benar..Saya mendoakan agar satu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran dan kuasanya pada siisteri yg sombong, angku, bongkak, zalim, nusyuf yg hidup penuh dgn dosa dan tanpa keredhaan suamainya.
Puan sila beri pandangan pada isu ini walaupun suami lansung tiada ciri-ciri dan kriteria yg puan senaraikan utk panduan siisteri. Sekian.

Anonymous said...

salam,

saya juga tidak setuju..saya berkahwin 2, kedua-dua isteri saya bahagia, mereka tidak pernah berbalah..malah macam kawan baik..dari segi keadilan ALLAH sahaja boleh menghukum saya, tiada siapa yang layak mengukur tahap keadilan seseorang.
kenapa saya kahwin 2 ?? banyak sebab sesuatu berlaku, ada hikmah di sebaliknya..dahulu semasa saya belum berkahwin 2, isteri pertama sering mengabaikan batin saya..tapi sekarang layanannya cukup berbeza..Alhamdulillah, itu hikmah yang Allah telah beri di sebalik sesuatu kejadian..akhir kata, jodoh di tangan Allah, tiada siapa boleh pertikaikan..

Anonymous said...

artikel yang menarik...macam ada sindir2 sket berkaitan umat nabi Luth dan sumpah tu...hehe
btw, gud job n thanx!

madu tiga said...

maaf,

saya memang peminat blog anda... tapi saya rasa tip yang anda berikan kali ini kebanyakannya mengarut! dan sesetengahnya tidak Islamik....

poligami adalah cara hidup Islam... monogami dan makan luar adalah cara hidup Dajjal...

pada saya orang yang menentang... tidak menggalakkan.... tidak menyokong... memandang sinis terhadap poligami telah terjebak dalam perangkap Dajjal akhir zaman.... maka segeralah bertaubat....

janganlah mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah...sesungguhnya poligami adalah penawar akhir zaman dimana banyaknya andartu yang tidak berkahwin....janda2 yang kematian suami...dsb...

CicitPanglimahitam said...

assalamualaikum..

saudara-saudara sekalian...
tenangkan hati lapangkan dada..

pada sudut kelakian saya setuju dengan pendapat saudara sekalian..
tp mari kita renungkan pada situasi hari ini.. bapak rogol anak..bunuh anak.. jual anak..

maaf saudara saya x pandai dalam bab hukum hakam atau lebih pandai tentang kehidupan dunia ini..
kita adalah pemimpin keluarga.. corakkan yang terbaik untuk keluarga..

ambil artikel ini sebagai renungan ok..

maaf jika saya nie salah cakap..

Anonymous said...

keselamatan di akhirat..bergantung sepenuhnya apa yg dipegang semasa di dunia...ermm fikir fikir kan..

Anonymous said...

salam
Awat la puak2 yg dok hentam sangtawal ni beremosi sangat???Kan dia dah cakap sekadar pengalaman dan perkongsian,so yg boleh diterima ambil la yg rasa tak sesuai abaikanlah...yg tu pun payah ker???Bengapppp betul la manusia zaman sekarang nie!!!Yang betul2 BENAR hanya AL-Quran dan Hadis Nabi jer...tu pun tak termasuk hadis2 palsu K!!!
Go on sangtawal....

Anonymous said...

sy setuju dgn Anonymous. sy juga ade pgalaman yg sama. kalau Anonymous crita ttg kawan dia, kejadian tu jgk yg trjd pd isteri sy, isteri kawan2 sy dan org2 sekeliling yg meluahkn kekecewaannye pd sy. benda yg sama gak..isteri yg EGO, TIDAK MENGUTAMAKAN SUAMI, mementingkan ibu bapa, adik beradik lebih dari suami, TIDAK MENGHORMATI KEDUA MERTUA dan ADIK BERADIK suami. Perbelanjaan semua suami tanggung termasuk bayaran bulanan kereta kedua yg dibeli oleh suami walaupun isteri bekerja. Gaji isteri 100% milik isteri dan tidak boleh ditanya dan disentuh.isteri tidak boleh BERSABAR. susah sikit merunggut (sehingga mengeluarkan kata2 kesat). Isteri selalu MOODY, layan suami dan anak dgn baik sekali apabila berada dirumah mak bapak dia. Bila balik rumah mentua tak hirau sesiapa. Hanya duduk terpaku masam muka diruang tamu tidak mahu bercampur gaul dgn ipar duai. Balik sekejap ke kg mentua dah nak balik semula kerumah sendiri. Kat rumah selalu DERA ANAK dan SUAMI. Bila marah tak peduli makan minum anak suami sampai berminggu-minggu. Suka kpd HARTA BENDA dan KEMEWAHAN. Suka glamor. Dah berbuih mulut nasihatkan namun tidak dihirau. Sesiapa yg cuba menasihatinya akan dibuatnya MUSUH.
Berkali-kali MINTA CERAI, namun suami tidak menceraikannya kerana sayang dan kasihankan anak-anak dan demi masa depan mereka. Walaupun pernah dipanggil dayus oleh isteri, Suami masih lagi bersabar disebabkan anak-anak.. sy akui bkn semua isteri mcm isteri sy, isteri kawan2 sy dan org2 sekeliling yg meluahkn kekecewaannye pd sy.. TETAPI KEBANYAKKANNYA adlh mcm yg dsebutkn diatas. mmg benarlah Rasulullah. baginda pernah mengatakn kebanyakan penghuni neraka adalah wanita (klau xsilap cerita isra' mi'raj,jika sy silap betulkn sy)

Selipar Jepun said...

Salam Tuan Blog

Saya bersetuju dengan artikal anda walaupun saya seorang lelaki. Mana-mana komentar yg kurang bersetuju dengan artikal tuan, berkemungkinan mereka-mereka ini pernah melaluinya atau hal-hal yang seperti tuan nyatakan pernah berlaku ke atas diri mereka, sebab itu komentar-komentar yang diberikan agak beremosi. Bagi mereka-meraka yang berlapang dada tentunya akan berasa santai bila membaca artikal tuan. Tahniah untuk tuan kerana meyediakan artikal-artikal yang manjana minda.

Teruskan

Password: Mokhtar

Sangtawal Sakranta said...

Salam semua,

cicit p5hitam,
trm kasih atas komen.

anon@6.17pm,
trm kasih atas komen.apa yg memudharatkan keluarga pulak?
tips sebegini berlambak dalam majalah-majalah di negara ini, cuba baca majalah keluarga HARMONI , keluaran 1-15hb januari 2010, m/s62, bhg perihal lelaki, satu artikel yg ditulis oleh noridawati nahrawi bertajuk " mengapa suami curang?" patut awak baca! kat situ ada ditulis - tanda-tanda suami berlaku curang curang, antaranya :
1.mementingkan penampilan secara tiba-tiba,
2.suka marah dan jadi panas baran secara tiba-tiba,
3.tdk boleh berenggang dgn telefon bimbit,
4.termenung dan sering senyum sendiri,
5.terlalu mengambil berat kepada isteri tiba-tiba.

* artikel yg saya tulis diatas juga lebih kurang ni lah, malah banyak sikit tips yg saya tulis.harap saudara baca juga buku-buku sebegini supaya fikiran anda terbuka sikit, asyik dok hendap kitab lama juga tak elok utk pengetahuan am semasa!

.... kesian nya... betul ke kat umah kena dera isteri??? ...kesian.
ada benda yang kurang tu!!!...selesaikan masalah ini dengan segera!

anon @ 10.04pm,
itu pendapat awak... bukan pendapat dari hati nurani 2 orang isteri awak!
ya,bab jodoh saya setuju ianya ditangan Allah, tapi jika itu selalu dijadikan alasan utk kawin lagi, rasanya tak betul.contoh bila kita mencuri, kita kata... dah takdir saya mencuri... nak buat mcm mana?

anon@10.25,
anda faham dan cepat tangkap apa mesej yg ingin saya sampaikan!!! :)
anda sudah lama mengikuti blog saya dan sudah faham dgn cara saya menulis! tahniah!

madu 3,
apa yg mengarutnya bang??? mana ada ayat quran atau hadis tentang poligami adalah penawar akhir zaman??? jgn buat andaian sendiri, bahaya! siapa yg masuk dlm perangkap dajjal? ialah org yg selalu guna alasan agama utk kepentingan diri dan benda dibwh pusatnya saja! bang... akhir zaman, jundullah hanya dok fikir tentang pedang dan syahid je bang... sempat ke nak buat giliran ke rumah-rumah madu bang???
masuklah islam secara keseluruhannya dan jika anda mengenal "batin anda sebenar", bukan benda yg dibawah pusat wanita itu sebenar-benarnya nikmat!!! ada "ada lagi Hal" yg lebih nikmat dari itu yang menyebabkan salik leka,asyik dan mabuk beberapa lama, malah bertahun-tahun bersamaNya!!!

cicit p5 hitam,
terima kasih.ya,betul, ambil saja yg anda fikir baik dr blog ini, yg anda fikir kurang senang,hindarkan! :)

anon@1.50pm,
silap tu.... ia bergantung sepenuhnya kepada apa yang kamu niatkan dalam hati kamu...bila ia dizahirkan dengan perbuatan kamu, itu lebih baik!
ingat, setiap amalan anak adam itu berdasarkan apa yg diniatkan!

abuuwais,
trm kasih :) selamat membaca!

anon @ 5.57 pm
trm kasih atas komen,rasanya anda senasib atau org yg sama dgn anon kat atas :) ada yang tak kena tu, manusia memang tidak semuanya sempurna! berubatlah cepat-cepat!

selipar jepun,
bunyi mcm wali selipar jer!!!
anda amat memahami saya sehingga anda tahu pasword kegemaran org yg saya paling tak suka kerana dia banyak menyusahkan dan membuat persepsi umat islam jadi huru hara!
ramai yg keliru dan taksub tahap gila padanya.tok lebai bodoh pun lingkup ditangannya!
mohktar!!!.))))
oooo....mokhtar)))))
buka pintu ni mokhtar oiii)))) tadi kata nak K-Y Jelly.... ni... ni ana ada belikan untuk ente ni, seluar dalam pun ada sekali ni... ambillah... saya belikan dan sedekahkan buat ente!...ikhlas ni!!!.... mokhtar!!!!))))

he he he!!!


wassalam.

Anonymous said...

aisheh en sangtawal mcm bengang je balas komen2 pembaca.., peminat2 blog en sangtawal bagi komen elok2 je. ambik je pandangan n kritikan mereka sbg nasihat..stay cool brother.

Anonymous said...

salam...

mula2 baca blog tuan sangtawal ana rasa kagum,kerana ana menyangka tuan memperjuangkan allah dan rasul.Tapi bila sampai pada bab nikah kawin ni,ana rasa terkilan dan kecewa dgn pendapat yang tuan cedok dari seorang wanita.mungkin juga idea sang penulis itu dipengaruhi nafsu.

Alasan paling bernas dan sukar untuk dilawan oleh setiap isteri dan biasanya isteri akan tewas ialah bila suami mula menggunakan kaedah atau pendekatan agama untuk berkahwin lagi! Nabi dan sahabat pun kawin lebih dari satu la, orang alim itu kahwin 4 , tapi isteri tak berbalah dan saling redha meredhai la, orang itu , orang ini kahwin ramai tapi cukup syarat dan mampu dari segi nafkah zahir batin la dan bla-bla bla lagi la! Inilah senjata utama si suami untuk membolehkan dia berkahwin lagi!

diatas ini satu lagi yg menunjukan si penulis itu hanya mengikut hawa nafsu didalam memberi pendapatnya, biasanya hanya org kafir barat yg mengeluarkan pendapat begini dalam dakyah mereka untuk memburukan islam yang maha suci ini.

sekian wassallam.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

anon @11.22pm,
siapa yg bengang? saya atau awak??? :)

anon@2.44pm,
Terima kasih atas komen,
saya tak pernah mintak awak kagum dengan saya, simpan je untuk orang lain.Kenapa pulak kata saya cedok dari si penulis tu, dah baca ke apa yang dia tulis? dan dah buat bandinganke dengan apa yg saya tulis? baca dan fahami akan perenggan dibawah ini dengan kaitan isi artikel secara menyeluruh!

[Alasan paling bernas dan sukar untuk dilawan oleh setiap isteri dan biasanya isteri akan tewas ialah bila suami mula menggunakan kaedah atau pendekatan agama untuk berkahwin lagi! Nabi dan sahabat pun kawin lebih dari satu la, orang alim itu kahwin 4 , tapi isteri tak berbalah dan saling redha meredhai la, orang itu , orang ini kahwin ramai tapi cukup syarat dan mampu dari segi nafkah zahir batin la dan bla-bla bla lagi la! Inilah senjata utama si suami untuk membolehkan dia berkahwin lagi!]

kalau awak kata ayat dlm perenggan atas tu banyak digunakan oleh kafir barat, maka ramailah rakyat negara ini yg perlu dihukum oleh awak berfikiran begini!

saya adalah saya dan perjalanan blog ini adalah dengan cara saya tersendiri!

Dah baca cerpen-cerpen dan puisi sangtawal??? baca,hayati dan selami maknanya secara teliti!

wassalam.

Azhar said...

salam...

sang tawal tu cakap betol...bukan semua berpoligami tu bahagia..bukan semua yg kahwin satu pon bahagia..yg penting solat + doa...

saya pernah terdengar dlm radio/tv....satu ketika dulu..tapi tak ingat siapa dan bila..ada ustaz mengatakan..jika Rasulullah hidup pada zaman sekarang..nescaya dia tidak akan berpoligami..

apa pon..sangtawal cuma memberikan pendapat..itu tak salah..tak semua orang dia kenal..so dia cuma cerita berdasarkan pengalaman yg dilalui sahaja...

fikirlah secara terbuka..jangan duduk dalam kotak..hayati sejarah nenek moyang kita..baru kita tau...

yang penting.. solat + doa ...akan menjamin kebahagiaan dunia akhirat..

terima kasih

Anonymous said...

saya setuju...


tercongak2 berapa tahun nabi s.a.w. amalkan monogami..

jangan lupe, monogami pun sunnah rasulullah juga...

-anon biasa-

Sangtawal Sakranta said...

Salam,

berita ini mungkin boleh membuka sedikit minda kita , sila baca :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

wassalam

MOHD FAZRUL NIZAM BIN MOHD YUSOFF said...

apapun ambil yang baik....
yang kurang tu jadikan sempadan.....
jika ada kemusykilan berbaliklah kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang telah Nabi janjikan akan menjadi pedoman dalam kehidupan.....
bagi saya apa yang penting adalah sikap tolak ansur dan jujur dalam hubungan adalah jaminan ke arah keluarga yang bahagia...insyaallah....