Thursday, October 28, 2010

Pesan Dari Sahabat : Jadilah Insan Rabbaniyyin



Tajuk : Pesan Dari Sahabat : Jadilah Insan Rabbaniyyin.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Beberapa hari yang lalu saya ada menerima satu sms dari seorang sahabat, yang ingin saya kongsikan bersama di sini.Begini bunyinya :

[“Untuk melahirkan “Ruhbanu fillail, wa asadu fin nahar” ; Rahib diwaktu malam dan singa diwaktu siang, iaitu sifat tentera Solahuddeen pada pandangan musuh, mesti buat 8 jam Tazkiah Nafsi dalam sehari, 8 jam cari rezeki, 8 jam rehat diri.

8 jam Tazkiah ianya termasuk :

a) Program Dakwah : kepada Iman,Islam,Ihsan,..

b) Program Ibadat: termasuk zikir,Quran,tafakur,Solat wajib dan sunat ,amalan Sunat lain..

c) Program Taalim : seperti menadah kitab (belajar ilmu agama), mengajar anak-anak mengaji, mentelaah kitab2 leluhur kita dan bincang ilmu sesama ahli.

d) Program khidmat kepada diri, keluarga, ahli,seluruh umat, riadah, kesihatan, silat dan musafir untuk Agama…


Inilah Tarbiah Ahlil Haq…. Baru jadi Insan Rabbaniyyin ( Rujuk Surah Ali Imran : 79 )” ]


Terima kasih buat sahabat saya Muallim 1 atas sms diatas. Sama-samalah kita usahakan kearah itu.

Mari kita lihat maksud ayat Al-Quran yang menyeru kita menjadi Insan Rabbaniyyin ini :

“Tidaklah patut bagi seseorang yang Allah berikan kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian tergamak mengatakan kepada orang ramai; “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku, dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”, tetapi (sepatutnya dia berkata) : “ Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (Yang hanya menyembah Allah Taala- dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya” [ Surah Ali Imran : ayat 79 ]

Contoh tokoh yang menepati ciri-ciri insan Rabbaniyyin diatas ialah Sultan Salahuudin Al Ayubi. Kisah dan semangat perjuangannya dalam membela agama Allah sepatutnya menjadi contoh dan ispirasi perjuangan kepada kita semua.




Kita boleh membaca serba sedikit kisah hidupnya dalam artikel pilihan di bawah.

Sumber : Klik Sini

[ http://www.jomlayan.com/mybb/salahuddin-al-ayubi-sebagai-tokoh-katalis-kebangkitan-islam-t-2388.html ]


[[ Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dalam memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memiliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia.

Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk menjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak di bawa ke tempat pembunuhan (Bahauddin, 1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu" (Al-Baqarah:216)

Pertukaran Hidup Salahuddin Al-Ayubi

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tiba berubah. Ia yakin bahawa Allah telah mempertanggung-jawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang tak mungkin dapat dilaksanakan jika ia tidak bersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalam catatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja ia menjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannya telah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yang rendah dan syukur kepada Allah ia telah menolak godaan-godaan dunia dan segala kesenangannya (Bahauddin,1234).

Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan" yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukan seluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untuk membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir dari tanah air Islam.

Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkan perjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad.

Semangat Jihad Salahuddin Al-Ayubi

Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.

Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihad melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana ia tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)

Peperangan Salib di Hittin

Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antara tentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasan Tiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24 Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah.

Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun seperti batu di atas batu di antara salib-salib yang patah, potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusia berguling seperti buah tembikai. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini. Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapat dilihat memutih dari jauh.

Kecintaan Salahuddin Al-Ayubi kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperanggan Hittin. Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.

Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji. Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad SAW atasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia mengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi".

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad SAW. Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dan dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad, untuk menyelamatkan kamu". Ketika dia(Salahuddin) mendengar berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Salahuddin Menawan Baitul Muqaddis

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis hinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullah SAW naik ke langit.

Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

Salahuddin Yang Penyayang

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka begitu ramailah orang berpusu-pusu keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa menghitung bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perang Salib Ketiga

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Kematian Salahuddin Al-Ayubi

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"

Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat Sallahuddin Al-Ayubi

Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit berat yang menyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, "Penyakit akan meninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin, Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapa beraninya Salahuddin.

Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketika peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang.

Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai.

Salahuddin Al-Ayubi Sebagai Ulama

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul fiqh dan juga tafsir Qur'an. ]]


* [ Artikel ke -205 Sangtawal Sakranta ]




Friday, October 15, 2010

Perisik Islam Dalam Agama Lain



Tajuk : Perisik Islam Dalam Agama Lain.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Kali ini saya tulis artikel ini dengan ayat dan bahasa yang lebih ringan supaya anda semua membacanya dengan santai tetapi mampu berfikir secara tenang dan mendalam!

Selalunya yang kita dengar adalah cerita-cerita tentang kehebatan dan kelicikan pergerakan ejen-ejen CIA, Mossad, FBI, Illuminati dan Freemason yang kerjanya menjayakan setiap misi atau perancangan mengikut arahan dan telunjuk Iblis serta Dajjal. Kita juga sudah selalu dengar cerita pembongkaran teori-teori konspirasi The Hidden Hand .Tapi kali ini saya putarkan 360 darjah perhatian anda untuk berfikir sekejap; Hanya puak bukan islam atau musuh-musuh islam itu sahaja kah yang selalu membuat perancangan-perancangan licik untuk menghapuskan dan memecahbelahkan umat islam???

Tidakkah terfikir kepada kita yang golongan super-elit dan elit islam dari hiraki Rasul, Nabi, wali Allah dan para mujahidin islam berdiam diri begitu saja! Apakah mereka duduk diam sambil berpeluk tubuh melihat airmata, darah dan kesengsaraan ummat yang diratah dengan kejam oleh musuh-musuh Allah swt dan apakah mereka tidak tahu atau menghafal hadis-hadis Nabi saw tentang hal-hal atau bencana akhir zaman! Apakah wali-wali Allah itu duduk diam memerhatikan dari jauh melalui pandangan mata batin mereka apa yang telah, sedang dan akan berlaku di sekeliling mereka? Tidak saudaraku! , tidak sekali-kali, kerana sekiranya mereka berpeluk tubuh begitu , nescaya islam sudah lama hancur dan berkubur di muka bumi ini!

Misi nenek moyang kita seperti Sheikh Hussien Jamaluddin Kubra dan pendakwah islam yang lain ke Nusantara adalah membawa satu agenda dan misi yang besar untuk persiapan akhir zaman, malah kedatangan mereka seawal kerajaan Perlak-Pasai-Samudera - Aceh membawa misi dan risalah yang cukup besar, sangat bererti dan sulit!

Beberapa sahabat Nabi saw telah diutuskan nun jauh untuk berdakwah seperti hingga ke Asia dan Cina untuk tujuan dakwah islam, itu cerita yang selalu kita dengar, bagaimana pula cerita-cerita yang sangat sulit dan rahsia, yang hanya disimpan di dada-dada ulamak silam yang hanya sekali sekala dibukakan mereka dipondok-pondok atau ditempat – tempat yang tertentu saja?

Selain dari sahabat Nabi saw yang selalu tertulis dalam sejarah islam, apakah masih ada dikalangan sahabat Nabi saw yang menganut agama samawi lain yang membantu perjuangan Nabi secara senyap-senyap dan tersembunyi??? Kalau ada, siapakah mereka???

Sila baca dan renungkan firman Allah swt sperti berikut :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yahudi dan orang-orang nasaara(Nasrani) dan orang-orang sabiin, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada ) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita” [ Surah Al-Baqarah : ayat 62 ]

“Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama.Diantaranya ada golongan yang (telah memeluk islam dan ) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar).Mereka membaca ayat-ayat Allah (al-quran) , pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). [ Surah Ali-Imran : ayat 113 ]

Contoh-contoh ayat diatas membuktikan memang ada mukmin-mukmin didalam agama samawi lain [ yahudi, nasrani, sabiin ( hindu-budha) ] , mereka bertemu hakikat Nabi Muhammad ( rujuk surah As-Syu’ara ayat 196 dan 197), lalu beriman padanya. Ada diantara pendeta-pendeta mereka yang beriman secara senyap-senyap, menyembunyikan keimanan mereka, mempraktikkan islam secara rahsia melalui wasilah guru-guru mereka!

Allah swt telahpun memberitahu kita tentang mereka ini dalam firmanNya :

“Dan sesungguhnya diantara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan juga kepada apa yang diturunkan kepada mereka , sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka.Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabnya” [ Surah Ali Imran : ayat 199 ]

Bagaimana pula kisah 2 orang yahudi yang pergi menemui Nabi saw lalu bertanyakan 9 soalan dan dijawab kesemuanya oleh Rasulullah saw.Mereka pun terus beriman dengan Rasulullah saw! Habis setakat itu sajakah cerita 2 orang yahudi ini saudara? Kemana mereka selepas itu? Apa tugas mereka selepas itu? Cuba fikirkan! Apakah Rasulullah saw yang diakui mempunyai kecerdasan spiritual yang begitu tinggi itu akan melepaskan mereka pergi begitu saja kembali kepangkuan kaum mereka tanpa apa-apa pesan atau misi?

Sebenarnya Nabi saw adalah sebaik-baik perancang dan penyusun strategi dakwah yang hebat!

Mari kita baca sedikit catatan mengenai kisah diatas yang dicatat dalam Hadis- musnad Imam Ahmad, At-Tirmizi dan An-Nasa’I, hadis dari Safwan bin Isan maksudnya:

“Seorang Yahudi berkata kepada kawannya; marilah kita pergi menemui Nabi ini.Maka kedua-dua orang yahudi itupun menemui Nabi saw lalu bertanyakan mengenai 9 tanda-tanda yang jelas.Maka Nabi saw pun menyebutkan hadis itu (mengenai 9 tanda yang jelas)…Maka kedua-dua yahudi itu pun mencium tangan dan kaki Nabi saw dan kedua-duanya mengucapkan : Kami naik saksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Nabi Allah [ rujuk hadis ini dalam tesis bertajuk : Syaikh Di dalam Thariqah- Prof. Madya Jahid bin Sidek, m/s 316 ]

Nabi Muhammad saw sebenarnya sudahpun mempunyai jentera-jentera para sahabat yang bergerak dan bekerja secara sulit.Tugas mereka adalah bertindak untuk mematahkan kekuatan musuh-musuh islam. Mereka menyelinap masuk kedalam gerombolan musuh tanpa disedari, seterusnya dengan licik membunuh ketua-ketua mereka atau orang-orang penting dalam organisasi musuh. Tugas-tugas sebegini biasanya dipikul olehAbu Dujanah, Muhammad bin Musalmah, Abdullah bin Unais, Syurahbil bin Hasanah, Tamim Ad-Dari, Abdullah bin Abi Baltaah, A’la Hadrami, Umar Umayyah Ad-Damri dan ramai lagi yang sejarahnya jelas tertulis.

Setiap dari mereka di atas mempunyai misi dan tugas mereka yang sulit dan tersendiri untuk memecahbelahkan kekuatan dan benteng pertahanan musuh lalu membantut dan melembabkan pergerakan musuh. Kisah kisah mereka ini boleh anda baca dalam Hayatus Sabahah-Hadrat Ji Maulana Yusuf Kandhalavi, Mawahibul Ladunniyyah-Al-Qastalani.

Berbalik kita pada tafsiran ayat 113 , Surah Ali-Imran diatas, cuba bandingkan pula mereka yang beriman tersebut dengan sesetengah ulamak kita[tidak semua ulamak begitu!] , yang nampak zahirnya alim, warak, zuhud tetapi amat liat untuk melepaskan jawatan bila berkuasa walaupun sudah nyanyuk, mengeluarkan fatwa-fatwa merapu demi meraih undi, sibuk dengan urusan duniawi memancing undi siang dan malam, masa untuk mengajar ilmu yang haq dan tazkirah islam yang murni kepada mereka yang dahagakan ilmu islam dan tunjuk ajar ditukar kepada ceramah politik, kafir mengkafir sesama islam, meniupkan api permusuhan sesama islam, terlalu leka menyusun strategi untuk terus berkuasa di tampok kuasa dan mengisi tembolok harta bagi diri, keluarga dan kroni-kroni, mengajar dan menggalakkan orang islam mendoakan kehancuran dan pecah perut saudara sesama islam tetapi dalam masa yang sama cukup bertoleransi, lemah lembut dan baik sekali dengan teman-teman kafir seperjuangan! Apa ini semua saudara??? Tepuk dahi tanyalah hati, apa sudah jadi?

Maafkan saya jika tulisan di perenggan atas jadi meleret-leret, rasanya cukuplah dulu , nanti orang politik marahkan saya pula. Apapun, saya terpaksa tegur juga orang politik ni, contohnya saya sangat setuju dengan saranan penulis blog ini kepada PM kita , [KLIK ]

Ya, bagaimana dengan nasib sekolah agama dan sekolah sekolah pondok wahai pemimpin melayu islam??? Mengapa anda semua tidak membelanya seperti anda membela SRJK-SRJK lain? Ini tugas anda dan anda sebagai wakil kepada suara dan hasrat rakyat mesti bekerja untuk rakyat! Amanah besar ini akan disoal oleh Rabbul Jalil di akhirat nanti! Anda semua jawablah sendiri! Semoga pembentangan Bajet 2011 petang ini akan membawa sedikit kegembiraan dan rahmat kepada kakitangan awam yang banyak berjasa dan kepada semua institusi dan jentera yang berjuang untuk meninggikan syiar islam di Malaysia ini! Bukan bajet yang menambahkan jumlah gereja ,tokong-tokong, kuil-kuil agama lain yang akan menambahkan lagi laknat Allah kepada para pemimpin yang mengaku dirinya islam dan ingat, natijahnya juga nanti akan terpias kepada rakyat jelata juga!

Kembali kita kepada tajuk asal, ya… gerakan risikan dan dakwah ini masih berjalan hingga kini.Masih ingat artikel lama saya bertajuk : Isu Kalimah Allah : Pencetus Kebangkitan Ahli Sufi? [ KLIK]

Masih ingatkah anda bagaimana Abu Yazid Al-Bustami menjawab 50 soalan Ketua Paderi Kristian dan menjawab soalan apakah kunci syurga dan langit?

Dengan jawapan dan ilmu yang mantap mereka pun terus beriman kepada Allah swt melalui Abu Yazid.Setakat itu sajakah cerita itu saudara? Apa yang terjadi seterusnya kepada Ketua Paderi dan paderi-paderi lain yang dalam satu catatan lain mengatakan mereka semua seramai 500 orang telah mencampakkan rantai salib mereka ke laut! Mereka telah menukarkan Gereja mereka menjadi Masjid! Selepas itu cerita berkenaan mereka senyap begitu saja! Apakah mereka (bekas paderi-paderi) itu , yang telah berbai’ah dengan Abu Yazid dan mengambil jalan kesufian dengan Grandsheikh Sufi Agung itu terus tinggal menetap dan beribadat di masjid bekas gereja itu hingga ke akhir hayat mereka? Tentunya tidak saudaraku!

Firman Allah swt berikut boleh menjadi renungan kita bersama :

“Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
[ Surah Al-Hajj : ayat 40 ]

Apa yang penting sekali yang ingin saya sampaikan disini ialah kita bangsa melayu-islam sudah ada Program khusus yang dibawa dan telah diperkenalkan oleh nenek moyang kita iaitu “mempersiapkan diri untuk bangkit di akhir zaman”.

Mengapa kita membiarkan diri ‘terleka’ dengan subjek-subjek sampingan lain sehingga melupakan subjek-subjek teras dalam program asal yang telah dirintih oleh wali-wali Allah dan Raja-Raja Melayu yang berdaulat sejak ribuan tahun dahulu lagi??? Apakah subjek teras itu saudara? Subjek teras itu ialah “bersatu, berilmu, beradat , beriman, diredhai, diberkati,beroleh keramat dan sakti”. Apakah subjek-subjek sampingan yang lain yang mengganggu perjalanan subjek teras ini saudara? Fikir-fikirkanlah sendiri! … antaranya ialah POLITIK yang memecahbelahkan ummat dan MEDIA MASSA serta IT yang boleh melekakan Ummat !

Perjalanan hidup kita menuju Allah dan untuk hidup bersama Allah , analoginya mudah saja, jika kita mahu menghubungi si A, kita mesti belajar dan tahu segala berkaitan dengan diri si A. Kita kenal dulu siapa si A , ataupun kita tanya dulu siapa si A melalui orang yang dah kenal si A, kita kena tahu nombor telefon si A, jika dah selalu dail nombor si A, kita mudah ingat nombor si A, lalu kita savekan nombor telefon si A atas satu nama ringkas, bila ingin menghubungi si A, kita tekan je nama ringkas si A yang kita savekan tadi, maka dengan sendirinya jadi speed dial, perhubungan kita dengan si A pun jadi mudah dan mesra , akhirnya kita amat gembira sekali bila si A pula yang selalu menghubungi kita! Kita pun senang meminta pertolongan si A bila kita ada masalah, kadang kadang si A menghulurkan bantuan tanpa kita pinta jika si A mula menyayangi diri kita! Lebih hebat lagi seperti dengan teknologi moden sekarang kita boleh berbual-bual dengan telefon bimbit melalui video dan bersua wajah dengan si A walaupun berada jauh beribu batu! Perbualan seperti ini sudah lama wali-wali Allah kuasai!

Menempuh jalan kerohanian dan melakukan latihan kerohanian adalah umpama kita menyusun nombor-nombor telefon tadi
, jika salah tekan atau salah atur nombor tadi, maka panggilan kita akan tersasar dan tidak sampai kepada si A, mungkin panggilan kita akan disahut setan! Jika sampai ke peringkat keadaan boleh nampak orang yang dipanggil, itu maknanya sudah sampai kepada peringkat rahsia dalam rahsia dan semua rahsia akan ditutup kepada orang awam selepas itu!

akhir sekali, marilah kita berdoa semoga beroleh kegembiraan seperti mereka yang dinyatakan di dalam Firman Allah swt , surah Al-Qiamah; ayat 22-23 seperti berikut:

"Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.Kepada Tuhannya mereka melihat " [ Al-Qiamah :22-23 ]

Selamat membaca.Wassalam.


* [Artikel ke -204 Sangtawal Sakranta.]



Sunday, October 10, 2010

Syair Keramat Tok Kenali


Tajuk : Syair Keramat Tok Kenali

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tok Kenali, adalah seorang tokoh agama dan wali Allah di alam melayu yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi berkaitan dengan ilmu dan kehebatannya .

Terima kasih kepada sahabat saya Muallim 1, yang sudi berkongsi ilmu berbentuk kupasan-kupasan mendalam terhadap karya Tok Kenali melalui arwah gurunya dan memberikan keizinan kepada saya pula untuk menyiarkan kembali beberapa perenggan dari syair itu.

Syair karya arwah Tok Kenali seperti dibawah ini jarang jarang sekali kita temui dan baca , antaranya ialah :

“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,

Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,
Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,
Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”


Mengikut sahabat saya Muallim 1, Syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syaikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah.Beliau merupakan khadam dan murid kepada Tok Kenali. Saya dan Muallim1 tidak pasti apa lagi isi kandungan risalah tersebut selain dari ia mengandungi syair ini yang menyebabkan ianya diharamkan oleh Majlis agama islam.

Risalah ini pernah menggegarkan Kedah-Perak awal tahun 70-an, Syaikh Mahmud pernah dipanggil untuk menjawab isykal-isykal yang ditimbulkan dari risalah ini. Beliau bersama sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hamid Bukit Besar yang juga anak murid Tok Kenali telah menjawab segala kemusykilan-kemusykilan oleh para ulama Kedah-Perak ketika itu.

Bagaimanapun ,tidak ada kata sepakat pada waktu itu dalam membenarkan atau menyesatkan risalah ini. Tetapi , kini risalah itu telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak dan Kedah, setelah puluhan tahun Syaikh Mahmud pulang ke Rahmatullah.

Kupasan Peribadi sahabat saya Muallim 1 tentang Syair diatas:

[[ Pada baris pertama syair itu ada perkataan atau kalimah “Daulat Tuanku”, kalaulah ini merupakan kalimah syirik seperti yang pernah didakwa oleh sesetengah pihak, takkan Tok Kenali masukkan kedalam syairnya pula, takkan beliau tidak faham akan maksudnya atau tidak tahu akan hakikat kalimah itu!

Siapakah golongan bendera merah puteh itu?

Golongan Merah ialah golongan para mujahiddin yang menjaga agama dan berjuang menegakkan agama Allah dengan diri dan darah mereka! Contoh mereka yang berjuang dengan cara ini ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Dol Said dan ramai lagi…

Golongan Puteh pula ialah puak pondok, puak yang menjaga agama islam dengan kitab, mereka belajar dan mengajar ilmu.

Golongan Kuning ialah puak Raja – Raja Melayu, puak yang menjaga agama dalam kesulthanan. Mereka juga memikul amanah untuk memastikan melayu-islam akan kekal sehingga ke akhir zaman.

Golongan Hijau ialah ialah puak Al-Khaidir a.s, puak yang menjaga agama dengan kesaktian. Contoh mereka yang berada dalam puak ini ialah Tok Ku Paloh , semua Jundullah atau pendekar sufi. Nabi Khaidir a.s dikatakan pernah sembahyang sebanyak dua kali bersama Tok Ku Paloh, kali pertama Tok Ku Paloh berimamkan Nabi Khaidir a.s , kali kedua Nabi Khaidir a.s hadir sembahyang subuh berimamkan Tok Ku Paloh pula.

Kelabu pula ada 2 tafsiran iaitu merujuk kepada fahaman Ibnu Taimiyyah dan satu lagi merujuk kepada Syiah.

Hitam pula merujuk kepada fahaman golongan wahabi.

Kelabu dan hitam ini dicela pegangan dan fahaman mereka oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Ramai diantara pengikut sebuah parti pembangkang sekarang ini yang berfahaman syiah dan wahabi.

Simbol besi pula merujuk kepada dacing, alat penimbang yang digunakan oleh satu komponen beberapa parti di negara ini, manakala simbol keris pula digunakan oleh sebuah parti di negara ini.

Mengikut Firasat dan Kasyaf Tok Kenali kesemua golongan kelabu,hitam dan golongan bersimbolkan besi dan keris nanti akan dibinasakan Allah!!! ]]


Lihat dan renunglah sendiri wahai sahabatku sekalian, mutu dan keunggulan semua parti atau golongan diatas sudah semakin merosot kini , malah telah mengalami zaman kejatuhannya. Para pemimpin mereka asyik mengejar harta dunia, pangkat, malah sudah ada yang sanggup bersekongkol dengan kafir demi kelansungan kuasa mereka.

Atas sebab itulah marilah kita bersatu agar kita termasuk kedalam 3 golongan iaitu golongan Merah atau Puteh atau Hijau manakala golongan Kuning berada dalam kategori nya yang tersendiri dan akan bangkit dengan sendirinya atas sokongan dari 3 golongan lain iaitu; [merah-puteh-hijau] InsyaAllah!!!

Ketepikan soal politik sempit yang menyebabkan perpecahan ummah !
Melayu -islam harus bersatu !
Melayu- islam harus kuat!


Ayuh, sambutlah saranan wali Allah Tok Kenali seperti yang tertulis dalam karya syairnya diatas. Syair keramat seorang wali Allah yang kuasa kasyafnya mampu menembusi ruang masa hingga ke 100 tahun kedepan dengan izin Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!




* [ Artikel ke-203 Sangtawal Sakranta ]...

Wednesday, October 06, 2010

Titah Raja ; Melayu Dan Islam Adalah Dua Ramuan Sakti !



Tajuk : Titah Raja ; Melayu Dan Islam Adalah Dua Ramuan Sakti !

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat…”
itulah antara titah Raja Dr Nazrin dalam Youtube dibawah: [ perhatikan pada minit yang ke 0.15 ].



Dengar baik-baik Titah Raja diatas pada minit ke 6.15 … “Barang simpanan Allah ; melayu islam di bumi ini…” itu adalah kata – kata seorang Raja yang menjaga amanah, terkeluar tanpa sengaja dari mulut baginda!

Bagi mereka yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan “Barang Simpanan Allah” ini sudah pasti akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja mereka yang menjaga amanah dan kesucian agama islam.

Raja-Raja Melayu tahu “Ramuan Sakti” itu adalah satu amanah Allah yang wajib dipertahankan sejak turun temurun lagi. Cuba perhatikan pada minit yang ke- 7.27… ia berkaitan dengan amanah yang perlu dipikul oleh seorang raja dan keturunanannya… … seperti titah Baginda :

“ bahawa yang perlu dipertahankan itu… bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang raja.. tetapi kerajaan baginda kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah Negara … tanpa Negara apalah ertinya suatu bangsa…”

Barang yang disimpan sudah pasti akan digunakan bila tiba waktunya.

Pemegang amanah “Barang Simpanan” melalui auliya’ Allah sejak zaman berzaman sudah tahu bila masanya “Barang Simpanan” itu akan dikeluarkan dan digunakan!

Dajjal dan hamba iblis juga sudah tahu dari zaman berzaman “barang Simpanan” itu ada tersimpan di bumi Semenanjung Emas ini. Itu sebabnya awal-awal lagi Negara Singa di selatan tanah air kita telah dijadikan tapak utama mereka memantau kebangkitan “Barang Simpanan” itu.

Bila Raja semakin berilmu dan memahami islam, bila Raja semakin takutkan Allah, manusia akan takut padanya, bila Raja tidak memandang dunia, dunia akan mengejarnya… dan bila Raja bertemu Daulatnya yang sebenar … maka tunggulah saat kebangkitan “Barang Simpanan” di bawah naungan kerajaannya.




Akhir sekali , marilah kita renung kembali wasiat Raja-Raja Melayu demi memastikan “Barang simpanan Allah di bumi ini” kekal.




*[Artikel ke -202 Sangtawal Sakranta.]

Thursday, September 30, 2010

Mata Duitan !!!



Tajuk : Mata Duitan !!!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa tajuk artikel kali ini bunyinya begitu : “Mata Duitan!”.

Sengaja saya letakkan tajuk macam tu sebab mata dan duit memang ada kaitannya dalam artikel ini.

Kita menyimpan dan menggunakan wang setiap hari, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang cuba melihat dan meneliti apa yang tertera diatas kertas yang kita namakan wang itu?

Percayakah anda jika saya katakan bahawa suatu masa nanti wang akan mati? Atau dengan kata lain wang kertas yang kita gunakan ini akan menjadi tidak bernilai lagi. Diwaktu itu mereka yang bergelar “mata duitan” akan menangis dan meyesal kerana menyimpan sekian banyak wang di dalam bank atau dibawah bantal!!! Tak percaya???…. Sila baca artikel pilihan saya dibawah nanti!

Siapa yang akan gembira dan paling berkuasa di waktu wang kertas sedang nazak nanti???

Sudah tentulah zionis dan hamba dajjal! Mereka tergelak kerana mereka telah berjaya memperdaya manusia agar terlalu memuja dan menyimpan wang kertas tetapi mereka sendiri menyimpan emas!

Sila baca artikel lama saya bertajuk : Zionis dan Emas : Klik





Mari kita lihat wang kertas kita! Ringgit Malaysia.

Keluarkan wang kertas terbaru dari poket anda bernilai RM1, RM5, RM10, RM50 dan RM100 sekarang! Mari kita perhatikan satu persatu. Pastikan lampu bilik atau lampu rumah anda terang

Wang kertas RM1:

Mula-mula tengok muka sebelah depan, tengok gambar Raja disebelah kanan. Hadapkan wang tersebut kepada punca cahaya. Sila balikkan wang tersebut dan tengok sebelah belakang, lihat mata kiri Raja berada betul-betul didalam sebuah piramid! Apa maknanya semua itu?

Wang kertas RM5 :

Tengok muka belakang wang dan perhatikan mata kiri dan mata kanan Raja betul-betul bertindih dengan dua tiang menara berkembar petronas dan hujung kanan jangkasudut [lambang freemason] mencucuk mata kiri Raja.

Wang kertas RM10 :

Tengok muka belakang wang, lihat pada mata kiri Raja, pusingkan wang tersebut kearah lawan jam sebanyak 90 darjah! Anda akan nampak mata kiri Raja betul betul dibawah tapak piramid!

Wang kertas RM50 :

Tengok muka belakang wang [wang RM50 yang terbaru, ada gambar bunga raya kat depan tu tak ada bentuk piramid kecil,jadi tengok wang keluaran sebelumnya, tapi kalau dipusingkan lawan jam 90 darjah, nampak juga bentuk piramid tu oleh pelepah kelapa sawit tu] , fokuskan pada mata kiri Raja, anda akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil dimata Raja!!!

Wang kertas RM100:

Tengok muka belakang wang, fokuskan pada mata kiri Raja, anda juga akan nampak satu segitiga berbentuk piramid kecil diatas mata Raja!!!

Saya tidak mempunyai wang kertas RM2 dalam simpanan saya, bagi pembaca yang masih menyimpannya , boleh cuba tengok apa yang ada disebelah kiri mata Raja!

Apakah semua ini terjadi secara kebetulan???

Mengapa lambang piramid berada dimata kiri Raja Melayu??? Boleh pembaca semua tolong tafsirkan kepada saya.Mungkinkah ia berkait dengan kuasa??? Kuasa wang… kuasa Raja…

Saya tinggalkan dulu persoalan ini kepada saudara semua…

Baca, fikir dan kajilah secara mendalam selepas anda semua membaca dua artikel pilihan saya dibawah ini.Selamat membaca!


**************************************************


Artikel Pilihan 1


Sumber : Klik

[[…Dr. Mahathir Mohamad dan Dinar Emas
October 29, 2009 by Sabri Ahmad

Salam semua….artikel ini saya ambil dari blog Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih glamour dengan panggilan blog chedet , bekas perdana Menteri Malaysia yang banyak menyumbag baktinya pada negara kita.Ulasannya tentang dinar emas cukup jelas sekali.So mengapa kita masih tidak mahu membeli dan menyimpan dinar untuk masa depan.

Chedet on November 4, 2008 2:46 PM :

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas, emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

Kredit : http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html ...]]



Artikel Pilihan 2 :

Sumber : Klik


[[..Wang Kertas Sudah Tiada Nilai


December 9, 2009 by Sabri Ahmad

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada
air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risknot only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas over time there is only one direction for the dollar to go lower.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.

Paul! Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board,we have a 75% chance of a crisis within 5 years.

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam” ai Lagi..mungkin 5 tahun lagi..

p/s : Artikel diatas saya ambil di forum carigold.com.Saya tidak dapat mengesahkan siapa dan bila artikel ini ditulis tidak dapat saya sahkan , walaubagaimana pun artikel ini boleh dijadikan info yg berguna untuk kita semua…]]


* [ Artikel ke-201 Sangtawal Sakranta... ]


Tuesday, September 28, 2010

Daulat Raja Melayu



Tajuk : Daulat Raja Melayu.

Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta.


Dalam artikel saya yang lepas, saya ada menulis perkataan “Daulat Tuanku” sebagai tanda ucapan tahniah dan taat setia saya kepada Baginda Sultan atau Raja bagi negeri Kelantan atas pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Kelantan yang baru.Namun ada beberapa orang pembaca yang memberi komen mengatakan bahawa sebutan “Daulat Tuanku” adalah tidak sesuai dan ada unsur-unsur penyembahan , malah telah diresapi oleh amalan pemujaan.

Komen saudara Kuzy seperti berikut :

[[ dAULAT tuanku???

"Apabila Mubalig-mubalig Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seoleh-olah agama anutan mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh mubalig-mubalig Islam tadi. Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga kehari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar -pembesar negeri. Tahu kah anda semua apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ??? Ia adalahNAMA SE EKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN AFARIT, laungan daulat tuanku bererti DAULAT TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ??? Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasullah disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak, Pengorbanan diri dan Harta. Tidak ada dimana-mana hadis Rasullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau disebuat dimana-mana ayat dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam agama Islam"

camana ni bro???
SUMBER;-
http://abatasa2.blogspot.com/2010/03/iblis-dan-alamnya-musuh-kamu-yang_11.html

harap saudara Sangtawal dapat memberi penjelasan.

-kuzy- ]]

Komen seorang lagi pembaca[Anon] begini :

[ Utk makluman, secara rasminya seruan Daulat Tuanku telah diganti dengan seruan Allahu Akbar di Istana Kelantan.
September 24, 2010 11:35 AM]

Dari komen pertama di atas , benarkah Daulat itu adalah nama bagi seekor Jin Iblis? Mana satu yang betul, jin atau iblis? Dari sumber manakah ia diperolehi?

Persoalan yang lain ialah, benarkah setelah ulamak atau mubalig islam tadi berjaya menjadi penasihat sultan, mereka tidak menasihatkan Sultan supaya meninggalkan kesemua adat istiadat lama itu? Apakah para auliya’ Allah yang menjadi penasihat Raja tidak reti atau tidak faham lansung tentang tatacara dan adat istiadat melayu lama yang digunapakai sehingga kini.

Memang saya akui adalah lebih baik atau elok digantikan laungan “Daulat Tuanku” itu dengan sebutan “Allahuakbar”, tapi apakah kita sudah benar-benar tahu atau faham apa itu “Daulat Raja”

Sekiranya kita tahu dan faham apa itu “Daulat Raja ”, maka pada pendapat peribadi saya, tidak ada salahnya kita menyebut “Daulat Tuanku” sebagai tanda taat setia dan hormat kita kepada ketua negeri atau Ulul Amri selagi niat dan aqidah kita kepada Allah swt tidak terpesong . Maksud saya sewaktu kita menyebutnya tidak terlintas sedikitpun di hati kecil kita Raja itu adalah Tuhan yang disembah.Lagipun Sultan adalah ketua agama islam dan adat istiadat setiap negeri, apa salahnya kita menghormati Baginda.

Mengapa sejak kebelakangan ini semakin ramai orang melayu yang mempertikai hak Raja-Raja Melayu?

Jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat Dajjal dan tangan ghaib yang sudah ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem raja di tanah melayu ini. Gandingan Umarak dan ulamak seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu amat-amat merisaukan dan menggerunkan mereka?

Jadi apakah rancangan mereka kini dan seterusnya?

Untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan Demokrasi berparlimen, namun mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan. Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara. Para ahli politik pembangkang juga menyerang institusi Raja dan hak-hak keistimewaan Raja dan orang melayu. Semakin hari rakyat mulai membenci Raja, itulah yang mereka mahu! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta, terlibat dengan skandal tertentu , pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak Raja sendiri menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada Raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi Raja.

Untuk menghancurkan Daulat Raja, Ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah WalJamah yang selama ini menasihati raja dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan Ulamak berfahaman wahabi. Fahaman Wahhabi ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand telah berjaya menghancurkan kekuasaan para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini.

Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita ialah bila Ulamak Wahhabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak lansung , rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar.Maka Daulat Raja akan luntur dan hilang sirnanya!

Malang sekali bila ada orang melayu yang mengaku dan tidak berbangga menjadi melayu. Ini adalah satu kebodohan sehingga mereka lupa apa yang ditakrifkan dengan melayu itu sendiri. Ia bukan sahaja mentakrifkan bangsa sahaja tetapi mencakupi agama islam. Jika mereka tidak merasa bangga menjadi melayu, dengan sendirinya mereka sendiri tanpa sedar tidak berbangga menjadi seorang muslim, jadi mereka bangga menjadi apa???

Definisi Melayu :

“Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.

Apa itu Daulat?

Perkataan Daulat sebenarnya berasal daripada perkatan Arab, iaitu `Daulah' yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

Oleh itu sumber yang mengatakan Daulat itu adalah ‘Dewa Daulat’ atau jin/iblis amat meragukan saya.

Daulat bagi Raja ini penting kerana :

i Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan.
ii Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.
iii Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.
iv Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.

Sultan memperkukuhkan ‘Daulat’ melalui beberapa cara, diantaranya melalui penggunaan bahasa .Bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam' atau ‘bahasa istana’ contohnya : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.

Sultan juga mengukuhkan ‘Daulat’ melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui penggunaan:
-warna dan perhiasan rumah dan perahu.
-Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja
-Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning
-Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir, hulasan bantal besar dan tilam."

Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja. Contohnya:
- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.
- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.
- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu.
- Penggunaan payung ubur-ubur berwarna kuning.

Apa yang saya nyatakan diatas tentang ‘Daulat’ adalah secara umum dan kebanyakannya telah ditulis orang.Saya ada juga bertanya dan berbincang dengan beberapa orang sahabat tentang “Daulat” Raja ini. Disini saya ingin menyiarkan beberapa SMS seorang sahabat yang saya panggil Muallim 1 berkaitan dengan “Daulat Tuanku”

Tulis Muallim 1 melalui SMS beliau kepada saya :

“ Daulat Tuanku- Hakikatnya ianya satu doa semoga Negara ini terpimpin dengan berkat kepimpinan Tuanku .Asalnya sembahan rakyat di zaman Sriwijaya berbentuk sujud kepada Raja kerana Raja adalah bayangan Tuhan di bumi,diolah, digubah cara sembahan sujud tadi kepada sembahan kini tanpa ada tanda-tanda seperti sembahan terhadap Al-Khaliq seperti sujud dan rukuk. Bila Para Auliya’ menguasai istana para Raja-Raja Melayu dulu, segala adat-adat diraja yang dilarang syarak ditukar kepada adat-adat diraja yang tidak merosakkan akidah”

“Daulat dalam bahasa arab ialah Kerajaan, dimelayukan dengan makna ‘Demi Kerajaan Tuanku’”

“Hakikat adat melayu berasal dari Hindu-Budha Sriwijaya dan Majapahit… bila para Auliya’ menguasai Raja [ nama Raja ditukar kepada Sultan] , mereka menjadi penasihat-penasihat kesultanan melayu…. Segala adat-adat yang tertolak diganti kepada adat-adat keislaman…. Biar mati anak , jangan mati adat…. Pentingnya adat melayu kerana hakikat adat melayu adalah subjek-subjek akhlak dalam Tasawuf, dengan kita beradat memudahkan kita mengamali Tasawuf islam, walaupun kita tidak tahu punca asal budaya [ Budaya= berasal dari gabungan-gabungan kalimah ‘budi’ dan ‘daya’ ] tersebut dipetik. Mafhum hadis : “Sesungguhnya hanya aku diutus untuk memperbaiki akhlak”. Dengan teras hadis inilah para auliya’ menyusun adat melayu”

“Sini kita boleh nampak kemasukan fikrah wahhabiah dalam kesultanan kita.Ada orang yang tidak berbangga jadi melayu.Ini kebodohan! Melayu adalah bangsa islam, seperti Israel adalah bangsa agama yahudi, kalau tak berbangga jadi islam… kalimah Melayu berasal dari constitusi antara Merong Mahawangsa dengan Sheikh Abdullah Al-Humairy (murid kepada Sheikh Abdul Qadir Jilani) dalam membentuk ikatan-ikatan bangsa-bangsa yang ada dibawah pemerintahannya. Siapa yang menerima islam Sunnah Aqidahnya,Syafie Feqahnya,Junaidy Tasawufnya maka dia berada dibawah Bangsa Al-Mala’u(yang menguasai pemerintahan)… Bangsa – bangsa yang tidak inginkan Al-Mala’u inilah menjadi Pagan, Iban, Jakun, Negrito, Sakai, Dayak dll…”

“Ini cara mereka buang kekuatan islam iaitu Sulthan…. Ingat Uthmaniyyah! Siapa pemusnahnya?..”

“Bila kita tengok akhbar-akhbar sehari dua ni,ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad ke-V semuanya dimulai dgn “Allahuakbar”… memang yang baik tetap baik tapi jangan kata ucapan “Daulat Tuanku” ucapan syirik, dewa, jin,….. seakan-akan para Auliya’ yang menasihati Raja-Raja dulu tidak reti!”

Itulah antara SMS-SMS berguna dari sahabat saya Muallim 1 untuk kita kongsikan bersama.Terima kasih diucapkan kepada Muallim 1 yang sekali sekala kami gelar Sheikh !!! [ jangan marah yer, ya sheikh... gurau je]

Dibawah ini saya sertakan beberapa artikel pilihan untuk kita kongsi bersama berkaitan dengan Raja dan Daulat.

Artikel Pilihan 1 – Dari Blog Merah Silu

Sumber : Klik

[[.. Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.

Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh.

Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.

Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan: “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.

Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.

Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.

Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.
Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.

Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul… Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.

Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.

Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.

Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.

Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.

Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.

Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?

Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.

Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.

Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat… Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.

Jangan jadi seperti sesetengah raja yang sebenarnya tidak layak menaiki takhta kerana kalau dikaji susur-galur keturunan mereka dari raja-raja yang terdahulu, mereka bukanlah waris yang sebenar. Lalu menggunakan jin, membuat perjanjian dengan makhluk halus untuk melindunginya, untuk menghebatkan penampilannya juga untuk menundukkan orang lain supaya dianggap sebagai seorang yang berdaulat, mempunyai kekuatan sakti yang tidak ada pada orang lain, kononnya inilah tanda dia memang seorang raja. Kalau begini, orang kebanyakanpun boleh belajar. Ilmu penunduk, penggerun, seri muka dan segala ilmu yang sewaktunya, yang banyak menggunakan khidmat golongan jin memang sudah menjadi pakaian orang kebanyakan sekarang terutama ahli-ahli politik dan perniagaan yang ingin mendapatkan kelebihan untuk berjaya dalam jidup.

Bezanya, golongan jin-jin yang kuat lagi perkasa dan bertaraf tinggi mungkin tidak mahu mendampingi mereka yang tidak berdarah raja… Maka orang kebanyakan yang sibuk ke sana-ke mari menuntut pelbagai jenis ilmu batin untuk meningkatkan keupayaan diri masih lagi kurang power, masih tidak dapat menandingi seorang berdarah raja yang mempunyai sedikit kesedaran batin.

Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…

Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.

Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.

Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.

Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.

Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.

Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi:

Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.

Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…

Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.

Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”

Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…



Artikel Pilihan 2 – Dari Blog Alamjin-tuan Kelarias

Sumber : Klik


[[...Raja-Raja melayu dahulu berdaulat:

TAJUK INI SENGAJA SAYA TULISKAN SEBAGAI JAWABAN YANG KURANG SEMPURNA KEPADA SALAH SEORANG PEMBACA YANG INGIN MENGETAHUI SEBAHAGIAN KETERANGAN MENGENAI SISTEM BERAJA ITU. ADAKAH IANYA ISLAMIK ATAU BUKAN. JADI SAYA TULISKAN SEBAGAI PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA DALAM MENANGGAPI ISTILAH DAN GELARAN BESAR ITU PADA MASA AKAN DATANG. RUJUKLAH PANDUAN PANDUAN YANG LEBIH BANYAK DI LUAR SANA, INI SEBAGAI PEMBUKA SELERA MINDA SAHAJA. SAYA MENGAKUI KURANGNYA DIRI SAYA AKAN KEFAHAMAN PERKARANYA YANG SEBENAR. WALAUPUN BEGITU ANGGAPLAH INI SEBAGAI MODAL MULA UNTUK KITA FIKIRKAN BERSAMA SAMA.

TERKELIRU BUKAN BERARTI JAHIL MURAKKAB.

Ramai sebenarnya orang melayu kelas bawahan yang bukan dari kalangan raja raja atau kerabat diraja menganggap raja raja melayu berdaulat dan tidak boleh buat main main dan ramai juga kaum cerdik pandai yang yang anti dengan kaum sunni itu TERMASUK YANG SUNNI SENDIRI TERKELIRU tanpa berfikir panjang menghukumkannya dengan syirik dan khurafat. Akan tetapi kebanyakkannya masih mempunyai rasa hormat yang tinggi dengan kepercayaan yang menebal bahawa raja masih berdaulat dan berkeramat seperti dahulu walaupun mungkin ada segelintir dari rakyat di negara kita ini yang tidakk memahaminya termasuk menolak untuk mendoakan mereka para raja itu dengan doa kebaikan pada setiap kali khutbah jumaat...


Perkara ini bukan sahaja disedari oleh rakyat berbangsa melayu dahulu tetapi ia turut disedari oleh bangsa lain seperti kaum cina dan india pada masa itu. Kelas bawahan tetap disumpah sebagai rakyat dan tidak layak menduduki " Takhta" kerajaan di mana mana negeri sekalipun. Oleh itu itu perkara "takhta" juga membawa maksud dan pengertian yang penuh dengan rahsia simbolik tertentu kepada mereka yang sudi menerima dan memahaminya.


Cuba perhatikan perkataan daulat, yang sering kita dengar dari ungkapan para rakyat jelata di hadapan para raja raja yang masih mengekalkan adat istiadat beraja pada hari ini. " Daulat Tuanku " , adalah satu kalimah yang sering dibacakan di hadapan seorang raja apabila seseorang dari kalangan rakyat atau pegawai istana ingin mengadap seorang raja. Begitu juga apabila kita perhatikan istilah " tuanku ". Ia juga membawa erti dan maksud yang tersirat sehinggakan saya rasa jika diterjemahkan sedalam dalamnya akan membawa fitnah. Saya sangat pasti diri saya akan dituduh sesat kerana cuba membawa atau menyebarkan ajaran yang jauh menyeleweng dari ajaran agama islam yang sebenar, pada pandangan ahli syariat. Akhirnya mendapat fitnah yang tidak akan ada penghujungnya. Jadi apa yang ada di dalam niat hati saya mudah mudahan para pembaca dapat menjiwai ertinya yang sebenar melalui pemahaman yang dicampakkan oleh Allah swt ke dalam hati mukmin dengan sebenar benar kefahaman.


Benar, setiap perkara yang berkaitan dengan perkara perkara hakikat kejadian sesuatu hendaklah disembunyikan pengetahuannya dari disebarkan kepada rakyat jelata atau murid yang tidak dapat segera memahami perkaranya . Begitu juga dengan orang awam yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang perjalanan para ahli kerohanian besar zaman dahulu. Jadi saya akan simpan sahaja apakah erti sebenar istilah "Tuanku - Tuan - Ku - Tuhan- Ku " , cukup di sini sahaja isyarat dari saya maka yang selebihnya carilah sendiri di mana mana kedai buku atau laman web di internet sebagai panduan seterusnya untuk kefahaman diri sendiri.


Apa salahnya dalam mencari kebenaran siapakah diri kita ini yang sebenarnya selain dari cuba menguasai ilmu perbahasan lidah yang berbelit belit tentang ketuhanan yang kononnya boleh mengenal tuhan itu , mengambil sedikit waktu untuk belajar dan mengkaji istilah istilah yang diguna pakai oleh para raja atau sultan yang ada pada hari ini. Sudah barang pasti pada agakkan saya akan kuranglah sedikit dakwa dakwi untuk menyalahkan orang lain kerana kedangkalan ilmu kalau bahasa kasarnya , atau kerana kurangnya ilmu pengetahuan bahasa halusnya mengenai rahsia para wali Allah menyembunyikan kebesaran diri di dada dan ditinggalkan pada namanya. Saya ingat pada satu peribahasa melayu lama, harimau mati meninggalkan b****g , manusia mati meninggalkan apa..? Saya rasa eloklah para pencari ilmu asas mengenal diri mengkaji tentang asal usul gelaran besar diraja itu dari sibuk memahami ilmu martabat tujuh dan sifat dua puluh yang hanya ligat dibibir menguji kepintaran orang lain dalam perkara ilmu sifat. Sendiri pun tidak pernah musyahadah, bibir gatal menggelembungkan buih di lautan yang nyata dari perkataannya serta dadanya pula kosong sekosongnya dari ilmu lataif dari akhfa' tuhan azza wajalla.


GELARAN DYMM SPB YDPA

Bertitik tolak dari persoalan itu, datanglah istilah 'Duli Yang Maha Mulia'. Istilah ini berkait rapat dengan 'Daulat Tuanku' yang telah mendapat kritikan pedas dari kalangan ahli ilmu usuluddin beberapa waktu yang lalu. Termasuk dari golongan ahli tasawuf yang bertarikat itu sendiri . Hairan bagi diri saya mengapa mereka yang kononnya memperjuangkan kebaikan dan kesucian akhirnya terjerat dengan ilmu syariat dan tasawufnya sendiri. Jawaban saya mudah begini, tuhan belum berkehendak untuk membukakan ilmu rahsianya. Istilah istilah kebesaran ini membangkitkan rasa marah sehingga kunonnya bangkit rasa ingin memperjuangkan islam yang suci termasuk memperjuangkan kesucian sifat tuhan yang tidak boleh sama sekali berdiri pada zat yang baharu alam ini kerana 'Yang Maha Mulia' itu tidak patut berdiri pada zat makhluk kerana sifat itu hanya layak berdiri pada zat tuhan yang maha agung. Jika ia berdiri pada seorang raja yang jelasnya raja itu ialah manusia. Tahukah mereka dari mana asal usulnya perkataan 'Raja' dan tahukah mereka apakah sebenarnya maknanya yang telah diguna pakai oleh para arif billah untuk memartabatkan seorang raja yang bergelar sulthan itu .


Maka sibuklah para cerdik pandai ilmu zahir yang nyata ini mengwar warkan kesalahan pada istilah gelaran kebesaran yang dipakaikan kepada seorang raja supaya dipadam atau dilucutkan istilah unik tersebut dari terus dipakai oleh para raja raja dan sultan sultan melayu. Sedikit masa lalu kita telah mendengar desas desus yang mengatakan istilah 'Yang Maha Mulia' hanya layak dipakai oleh tuhan yakni yang bernama Allah swt. Ia tidak layak sama sekali dipakaikan kepada makhluk yang dijadikan olehNya sehingga ada yang mengatakannya sebagai kafir dan syirik kerana menduakan tuhan.


Sememangnya manusia tidak memilikki sifat yang amat mulia sehingga melebihi kemuliaan tuhan. Tetapi dalam hal ini ia amat berbeza sama sekali kerana menyangkut dengan masalah hakikat ilmu ketuhanan. Sebab itu, jika ingin disabitkan kesalahan maka sultan dahulu harus dihukum sesat kerana memakai gelaran besar wahdatul wujud. Amat payah untuk dimengerti oleh kita yang pengetahuannya mengenai hakikat dan makrifat ketuhanan jauh ketinggalan.


Itu sebabnya mulut , lidah dan hati ini hendaklah dikawal dan dikunci dengan menongkatkan lidah ke langit serta mematikan diri sebelum mati dari memuntahkan tuduhan atau perkataan yang menyinggung atau menjatuhkan orang lain kerana perkataan itu sendiri akan berbalik kepada dirinya sendiri selepas beberapa waktu nanti. Alangkah terkejutnya mereka itu jika mereka tahu perjuangan orang orang tua , para ilmuan dan para masyaikh yang berstatus ulama besar besar dahulu menciptakan satu istilah kebesaran sebagai gelaran yang membawa maksud yang amat tersembunyi rahsia maknanya sehingga tidak mampu dikesan oleh komputer senang cerita, sehingga ke hari ini.

DAULAH , DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA

Daulah atau daulat adalah istilah yang sama . Begitu juga 'duli' juga berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri negara yang berkaitan dengan pemerintahan. 'Yang Maha Mulia' juga berasal dari al-karim dengan erti yang maha mulia sebagai sebagai dewa ketuhanan. Pada zaman dahulu, raja raja melayu ramai sebenarnya yang memilikki ilmu ketuhanan sehingga ramai di antara mereka yang mencapai status seorang wali Allah sehingga tidak disedari oleh rakyatnya masa itu sehingga sekarang. Istilah 'duli' dengan daulat berbeza dari segi timbangan wazannya sahaja. Apa pun jika pendapat saya ini melencong dari kebenaran yang lebih ramai maka saya bersetuju untuk dipersalahkan. Ini hanyalah tafsiran sendiri yang tidak menyangkut dengan kebenaran mana mana fakta.


Rakyat jelata tetap dimartabatkan sebagai manusia yang menduduki alam syariat dan tarikat, tidak akan sekali kali mereka itu sebagai orang kebanyakkan mendapat julukan ini yang besar lagi terhormat kerana alam maqam mereka dengan kelompok diraja itu sendiri amat jauh berbeza di antara bumi dan langit. Boleh dikatakan keseluruhan raja raja melayu itu berdarah raja Iskandar Zulqarnain yang pernah membiakkan gennya di Tanah Asia Tenggara ini suatu masa dahulu melalui perkahwinan campur. Begitu juga dengan Sultan Perak sekarang, sebenarnya baginda masih mempunyai darah keturunan raja dari sebelah saudaranya yang lain cuma mungkin tidak disedari oleh para kaum kerabat diraja dan tidak dapat dikenali asal usul yang jelas salasilah keturunan sebelumnya. Senang cerita, dari kelompok yang lain dan jauh pula dari kerabat yang sepatutnya menduduki tahta. Saya bukan pula mempertikaikan kesultanan kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini, malah saya masih menyokongnya kerana almarhum guru kami pernah beberapa kali menyebut namanya dahulu. Mungkin ada sebab kebaikkan lain yang selalu dilakukannya sehingga menutup kekurangan dirinya, wallahu a'alam.

PENGERTIAN SAMBIL LALU

Mungkin saya boleh ertikan atau samakan kalimat rekaan saya ini iaitu 'Negara Al Karim Yang Amat Mulia - Di Pimpin Oleh (Keturunan) Baginda Muhammad SAW Bertuhankan Allah Yang Maha Agung - Diketuai Oleh Sipulan Yang Menguasai Keilmuan' atau saya bawakan dengan kalimat uniknya 'Duli Yang Maha Mulia - Seri Paduka Baginda - Yang Di pertuan Agung -Sulthan Sipulan'. Kalau kita sedia memahami kata kata ini maka sebenarnya orang tua tua dulu atau tuan sheikh mursyid dahulu kala tahu erti maksud ini. Merekalah sebenarnya yang telah bertanggungjawab merajakan seseorang pemimpin dari kalangan raja raja melayu dengan gelaran yang bukan bukan itu. Tok tok arab inilah yang telah menimbulkan suasana adab, adat beristiadat bersendikan syarak untuk raja raja melayu dan merajakan mereka sebagai ketua agama dan ketua pemerintah kepada seluruh rakyat di negeri negeri melayu.


Pernahkah kita terdengar perkataan 'Sulthan Auliya' yang biasa dipakaikan kepada salah seorang manusia agung zaman dahulu iaitu Sheikh Abdul Qadir Al Jiilani setelah beliau itu wafat dikemudian harinya. Istilah sultan itu juga mempunyai maksud yang tersurat dan yang tersirat. Kebetulan ada juga manusia jahil yang mengaku ngaku sebagai 'Sulthan Auliya' dizaman ini, malah diwar warkan lagi ke seluruh penjuru dunia. Tunggulah azab dan siksaan dari Allah di kubur nanti seperti mana yang telah terjadi ke atas salah seorang ketua jemaah dengan pengikutnya yang tertipu dan ramai di negara kita ini beberapa hari yang lalu. Seorang Sulthan Auliya' original tidak akan dikenali oleh manusia ramai kecuali selepas kewafatannya.

ISTILAH SULTAN DAN PENGERTIANNYA RINGKAS.

Para mursyid yang tidak mempunyai hak sebagai pemerintah negara waktu itu memilih anak anak muridnya sendiri yang terdiri dari kalangan raja raja yang bertaqwa dengan diberikan gelaran dari tok tok arab mursyid ini seperti gelaran 'Sulthan dan sebagainya dengan tujuan mengangkat tinggi, setinggi tingginya ketuanan mereka dan kejayaan mereka menguasai ilmu ketuhanan sebenarnya. Istilah Sultan itu sendiri diambil dari firman Allah satu satunya di dalam al quran jika tidak salah saya , basmalah, taawuz, " Yaa Aiyuhal Jinnu Wal Insu, Inistata'tum An Tanfuzuu Min Aqtaaris Samaawaati Wal Ardhi, Fanfuzuu, Laa Tanfuzuuna Illa Bis Sulthaan.."Wahai jin jin dan sekalian manusia, jika sekiranya kamu ingin melepasi ufuk langit dan bumiKu, terbanglah atau lepasilah ianya. Sebenarnya kalian tidak akan mampu melepasinya MELAINKAN dengan sultan...yakni ILMU ILMU yang menjadi asas kekuatan tertentu..".


Jadi istilah Sultan itu bermaksud ILMU yang dimilik oleh seorang raja, bukannya ia tidak mempunyai apa apa erti. Sudah barang tentu ILMU yang dimaksudkan itu ialah ilmu yang amat berharga sehingga dia dimuliakan oleh para wali. Kebetulan pula rakyat pada waktu itu amat takut melihat raja, adakah kerana kerisnya yang ajaib dan sakti sahaja bukan, mereka amat takut dan segan dengan ilmu ketuhanan yang dimiliki oleh raja atau pembesar istana.

RAJA RAJA MELAYU RAMAI YANG JADI WALI ALLAH.

Sehinggalah ada diantaranya memang bergelar wali seperti para Sultan di Melaka termasuklah Sulatan Mahmud Syah yang akhirnya jadi darwisy berkelana membawa diri seperti Ibrahim Adaham dan Malik Bin Dinar. Perkataan raja raja ini pula masin, ibarat kata kata sumpahan bala yang pasti akan terjadi jika salah seorang raja berdaulat berkeramat ini murka dan melepaskan kata kata, memang akan tersumpah mereka yang terkena sumpahan dari kata kata mereka para 'raja' pada zaman dahulu . Ramai orang sedar bahawa raja raja melayu dahulu mempunyai 'daulat' atau 'kuwalat' yang bererti bala musibah akibat terlajak kata atau meninggalkan adab sehingga boleh mendatang azab sengsara hidup di dunia akibat menderhaka kepada raja atau sulthan.


Raja raja dahulu memang kebanyakkannya bermulut masin dan ada keramat masing masing. Berbeza dengan raja sekarang yang sudah tidak lagi mengamalkan cara hidup beramal ibadat seperti raja melayu dahulu yang kuat beribadah puasa dan solat sunat saban hari siang dan malam. Sukar kita menemuinya lagi zaman sekarang. Tapi mereka masih menggunakan gelaran gelaran besar dari para wali wali Allah dahulu sebagai kenang kenangan dan mudah mudahan menjadi satu pengajaran di akhir zaman ini supaya para raja sudi mengembalikan diri dan jiwanya kembali seperti zaman datuk nenek moyang mereka dahulu. Kita sebagai rakyat tetap mendoakan mereka mudah mudahan mereka mendapat taufiq dan hidayah kembali meneliti diri diri mereka , siapakah keturunan mereka yang sebenarnya.

ISTILAH TAKHTA PADA PANDANGAN SAYA.

Oleh itu pada pendapat saya yang lemah dan entah apa apa ini, kita sebagai rakyat jelata yang tidak tahu apa apa mengenai rahsia para raja raja terima sahajalah adat istiadat yang diwarisi sampai sekarang termasuk adat yang pelik dirasakan oleh rakyat yang kononnya bijak pandai dalam beragama itu supaya merendahkan diri dan kajilah erti maksud yang tersurat dan yang tersirat di dalam 'istana mahkota raja' atau 'singgahsana takhtanya...( Rujuk istilah TAKHTA di dalam kamus dewan dan carilah artinya dalam bahasa arab- sebagai contoh : Min Tahtihal Anhaar".) Tahtiha : Tahta.Tahta berasal dari bahasa arab juga dengan ejaan aslinya ta' ha' ta yang berertikan di bawah. Di bawah tahta ada sungai di atas tahta ada kerajaan Istana Mahligai Syurga. Naik tahta berarti naik di atas tahta' itu sendiri yakni Istana Mahligai atau Singgahsana sebagai pemerintah rakyat jelata.


Jadi raja raja dan sistem pemerintahan beraja amat hampir dengan sistem pemerintahan islam kerana itulah contoh pemerintahan dari zaman dahulu yang telah diperaktikkan oleh Rasuulullah saw hingga ke zaman para khalifah khalifah yang sebenarnya banyak membawa kemakmuran dan kedamaian di dalam sesebuah negara jika tiada pembelot bermaharajalela. Maka sedikit hari lagi dunia akan mnempuh kembali kepada sistem pemerintahan beraja dengan panggilan sempurnanya khalifah Amiirul Mukminiin meninggalkan sistem demokrasi ciptaan yahudi laknatullah alaihim ajama'iin. Selamat sampai ke Pintu Gerbang Daulah Islam Akhir Zaman. ]]


Sangtawal Sakranta
...