Showing posts with label Kebangkitan Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Kebangkitan Akhir Zaman. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Baluh




Tajuk : Baluh

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin ramai di antara kita sudah tidak tahu apa itu “baluh” dan apakah fungsi baluh di alam melayu ini. Di negeri Kedah baluh disebut Jelapang atau Kepuk. Baluh , Kepuk atau Jelapang adalah merupakan satu binaan tempat simpanan padi selepas dituai sebelum diproses menjadi beras dengan menggunakan Lesung menumbuk padi atau dengan menggunakan mesin secara moden.

Kini Baluh sudah kehilangan fungsinya, malah semakin terpinggir dan dilupakan. Baluh atau jelapang terutamanya di negeri negeri sebelah utara kini hanya tinggal memori dan kalau ada pun sudah menjadi muzium keluarga atau telah diubah fungsinya menjadi stor barang.

Orang Melayu dulu pernah menjadikan Baluh sebagai lambang kekayaan mereka, semakin besar Baluh mereka, menandakan yang seseorang itu semakin kaya dan mempunyai tanah sawah padi yang luas. Selain itu orang melayu dahulu kala suka menyimpan padi sebagai stok makanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini seperti peperangan , kemarau panjang, banjir besar dan sebagainya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak terduga oleh mereka, mereka masih mempunyai sumber makanan yang menjadi asas keperluan utama untuk kelangsungan kehidupan manusia.

Sifat mengambil langkah berjaga-jaga ini semakin terhakis dalam masyarakat melayu kita sekarang.Mungkin juga kerana generasi muda kita ini tidak pernah merasai zaman derita dibawah penjajahan , zaman perang dan darurat.

Semoga orang melayu kita sedar dan kembali mengamalkan sikap berjaga-jaga ini. Lebih baik lagi jika dapat membina Baluh dan menyimpan makanan dalam bentuk padi. Padi tahan lama. Padi adalah bekal yang terbaik kerana disamping ia boleh diproses menjadi beras, ia juga boleh digunakan untuk penghasilan benih yang baru.Itu sebab penduduk pribumi seperti orang asli suka membawa bersama mereka padi huma sebagai bekal berpindah randah.

Lebih elok lagi sekiranya Baluh itu dibina oleh setiap orang melayu dirumah masing-masing dan diubah suai sedikit agar binaannya menjadi lebih kukuh dengan menggali kubu dibawahnya. Di waktu ini memang kita rasakan itu semua tidak perlu kerana Negara kita masih aman, namun sedarlah wahai orang melayu semua, di sebuah Negara jiran kita sehingga kini telah mempunyai lebih daripada 500 buah kubu bawah tanah yang boleh memuatkan kira-kira 900,000 nyawa. Untuk apa mereka dirikan begitu banyak kubu bawah tanah saudara saudaraku sekalian? Fikirkan.







Mereka juga telah bersedia dengan stok-stok makanan dan ubat-ubatan seperti berikut.




Sifat datuk nenek kita dahulu cukup berjaga-jaga, kalau tidak percaya pergi tanya mereka. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menyimpan sekurang-kurangnya sebilah golok atau keris dibawah bantal mereka ketika mereka itu tidur! Untuk apa itu semua saudara? Fikirkan. Pesanan ini diselitkan secara halus dalam sebuah peribahasa seperti “sediakan payung sebelum hujan”.

Jadi apa salahnya kita mengikuti cara mereka itu dengan mengambil sikap berjaga-jaga dan selalu berwaspada. Bayangkanlah jika Bandar Kuala Lumpur di bedil dan diserang dari udara, apa akan jadi saudara? Lebih teruk lagi Bandar KL tidak dilengkapi oleh Siren Amaran Serangan Udara seperti Ibukota Singapura atau Manila. Di Singapura, rakyatnya sudah dibiasakan dengan ujian bunyi siren amaran serangan udara ini sebulan sekali iaitu setiap minggu pertama tepat jam 12 tengahari.Mereka nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk ‘makan besar’!!!

Baca dan lihat dalam Hikayat Hang Tuah, beliau merupakan seorang pendekar sufi yang selalu berwaspada hatta ketika tidur pun beliau begitu berhati-hati.

“ Maka Sang Kertaksa masok-lah ka-dalam rumah Laksamana lalu ka-tempat tidor Laksamana. Maka di-lihat-nya kelakuan Laksamana tidor itu naga kepulir ( tidur bertindih nafas kanan-lambong kanan). Manakala keris panjang diselit di rusuk kiri dan keris penduanya ( keris pandaknya) diselit di rusok kanannya-kedudukan kedua tangan. Maka dalam hatinya: `Sunggoh-lah Laksamana ini hulubalang besar lagi penjurit kepetangan dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga).” ( Hikayat Hang Tuah - ms 250 )

Sila baca artikel di sini ,bagaimana sebuah negara kecil tetapi bercita-cita besar, sekutu zionis sedang membuat persiapan rapi untuk menempuh hari-hari sukar yang mendatang, namun apakah kita juga sudah bersedia ???

Oleh itu, mari sediakan payung dahulu sebelum hujan, barulah boleh berkata “ alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” dan barulah boleh berkata “ berpantang mati sebelum ajal” barulah kekal slogan “takkan melayu hilang di dunia” !!!

Dari dulu hingga kini saya amat tidak menyukai slogan “ 1 Malaysia ”, kerana pada pendapat saya slogan itu akan melemahkan melayu islam, matlamatnya kabur dan bermotifkan keuntungan politik sedangkan ia menghampiri ungkapan NWO - 1 World Government. Perpaduan yang diharapkan wujud hasil dari laungan 1 Malaysia itu hanya akan menjadi ‘Perpaduan Kosmetik’ dan ibarat telur dihujung tanduk! Saya tidak pasti samada ianya diungkap secara kebetulan atau sudahpun dirancang beratus-ratus tahun yang lalu oleh Freemason dan Illuminati yang menjadi hamba Dajjal dan Iblis. Mengikut plan mereka Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1 World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia sebenarnya merujuk kepada Government!

Perlu diingat sekali lagi saudaraku sekalian,Pada pendapat saya perancangan penubuhan sebuah Negara yang bernama Malaysia bermula seawal kedatangan Jesuit ke Nusantara iaitu St Francis Xavier.

Pergerakan menjayakan agenda mereka dijalankan secara senyap dan sulit. Pada tahu 1927 barulah batu asas Freemason diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.Namun satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis mengatakan bahawa nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Ini maknanya perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON.Nama Malaysia telah ada sebelum kita merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia pada 1963.

Selang 10 tahun selepas perletakan batu asas itu, penasihat luar USA Professor Rupert Emerson telah membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY .Kritikan perancangan penubuhan MALAYSIA juga telah dibuat pada tahun1937.USA gelarkan Professor ini sebagai "specialist on nationalism in Asia". Waktu itu beliau menjawat professor of political science and international relations in Harvard University.

Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk :

"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

seperti di atas telah dibuang oleh USA di dalam website rasminya setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.

Itu sebabnya saya lebih gemar menyebut nama Negara ini sebagai Tanah Melayu berbanding dengan nama Malaysia, kerana nama Malaysia ini sudah dirancang sebelum merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia lagi.

Alangkah indahnya jika slogan 1 Malaysia itu ditukar kepada “1 Melayu Semua Islam”.

Kini usaha-usaha kearah NWO semakin kuat, huru hara dan kacau bilau perlu sentiasa dicetuskan dan disegerakan. Teknik pecah dan perintah akan digunakan selepas itu oleh mereka.
Proksi mereka kali ini bukan dari orang luar, tetapi mungkin orang melayu juga terlibat.

Anda semua sila baca artikel- artikel dibawah ini dengan minda yang terbuka dan buangkan sentimen politik anda seketika. Selepas itu bertafakurlah sejenak, beristigfar dan mohonlah petunjuk dari Allah swt.

Artikel 1:


Artikel 2 :


Selamat membaca....

*[ Artikel ke - 150 sangtawal sakranta ]

Saturday, April 14, 2012

Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu



Tajuk : Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Orang melayu dulu – dulu memang tidak boleh dipisahkan dengan kain lilit pinggang yang disebut bengkong atau bengkung. Bagi wanita melayu, amalan berbengkong bukan sahaja menjadikan bentuk tubuh badan mereka bertambah menarik malah ianya juga dipercayai boleh mengelakkan perut menjadi buncit.Sehingga kini amalan memakai bengkong masih diamalkan terutamanya ketika lepas bersalin.

Bagi lelaki melayu pula, amalan berbengkong sudah menjadi lumrah harian mereka. Jika di negeri sebelah pantai timur, lelaki melayu dulu-dulu biasanya boleh dikatakan setiap dari mereka wajib memakai atau membawa dua helai kain yang disebut ‘kain lepas’[ nipis, panjang seperti selendang], satu untuk diikat di pinggang dan satu lagi untuk dililit pada kepala.

Bagi pendekar melayu pula, pelbagai warna, jenis dan cara berbengkong mempunyai makna dan rahsianya yang tersendiri.

Mengapa pula pendekar melayu mengamalkan melilit pinggang mereka sebelum makan? Dan cara makan orang melayu pula ialah duduk bersila?Jika dikaji dan diteliti, banyak rahsia yang tersembunyi dalam setiap perlakuan orang melayu itu sendiri.

Mengapa pula ketika ingin pergi berperang atau bertikam pendekar melayu melilitkan kain bengkong secara berlapis-lapis pada perut dan pinggangnya? Tentu ada rahsia besar yang tersembunyi .

*Berkain semutar di kepala dan berkain lepas sudah menjadi kebiasaan orang melayu dulu.

Bagi kebanyakan pendekar , seni keris merupakan seni tertinggi, namun ramai yang tidak tahu ada lagi seni yang lebih rahsia , contohnya ‘seni cindai’ dalam silat gayong yang menggunakan kain. Dikatakan ilmu seni Cindai itu pertama kali diperturunkan oleh ADMAR kepada anak perempuannya Siti Aisyah dan mula diajarkan ilmu ini kepada murid-murid yang terpilih hanya bermula pada tahun 1964. Dulu dikatakan Arwah Mahaguru Dato’ Meor pernah menggunakan hanya seutas tali tasi halus untuk mengerat dan memutuskan sebatang dahan pokok Rhu sebesar betis orang dewasa di Pantai Cahaya Bulan.

Tentang kain Bengkong yang dililit berlapis-lapis pada pinggang dan perut ini, mari kita soroti cerita bagaimana persediaan pemakaian Laksamana Hang Tuah sebelum berdepan dengan Hang Jebat.

“Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja, seraya memakai di hadapan raja: pertama dipakainya serual beledu hijau sampai kelutut-nya, sudah itu maka berkain hijau di-gansi yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan ikat pinggang khatifah tujoh belit bersurat ayat Quran dan berbaju kesumba murup bersurat do`a besar-besar dan memakai keris Parong sari itu. Maka mastul pemberian Syeikh Mansur itu di-pakai-nya…”

( Hikayat Hang Tuah - ms.313).


Dalam peristiwa itu, bila keris Taming Sari berada di tangan Hang Tuah, maka Hang Jebat tahu amat sukar untuk mengalahkan seni keris, tambahan pula, keris yang dipakai oleh Hang Tuah adalah Taming Sari, maka Hang Jebat teringat akan pesanan guru mereka Sang AdiPutra dan Sang Persentanala bahawa masih ada lagi seni lain yang boleh mengatasi seni keris, lalu Hang Jebat dengan pantas menarik kain langsir istana untuk dijadikan senjata, tapi malangnya ketika kain itu jatuh, ia menyelimuti tubuh Hang Jebat dan membatasi pergerakannya.Maka ketika itulah Hang Tuah mengambil kesempatan menikam sahabatnya itu.

Cerita sebab kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah sebenarnya banyak versi jika kita membaca dari berbagai sumber, namun apa yang cuba saya ketengahkan dalam artikel ini ialah masih ada lagi seni yang menggunakan ‘kain’ untuk berdepan dengan musuh.Namun harus diingat , seni ini perlu diisi dengan kebatinan peringkat tinggi dan biasanya hanya murid-murid terpilih sahaja yang diajar ilmu ini. Kita juga sepatutnya berbangga dengan amalan serta cara pemakaian orang-orang tua kita dahulu seperti berbengkong kerana ia mempunyai banyak rahsia yang tersembunyi.

Teringat pula kehebatan cerita Kiyai Salleh dengan selempang merah dan parang panjangnya yang terbang tanpa tuan memenggal kepala musuh ketika melawan komunis sehingga diiktiraf oleh Almarhum Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim sebagai Panglima Melayu pada tahun 1945 . Itu adalah contoh berkaitan dengan seni kain juga , dalam bentuk selempang…



*Selempang merah dan parang panjang


Ermm... semoga masih lagi ada melayu yang mengamalkan seni-seni rahsia seperti diatas.... dan semoga Tak kan Melayu Hilang Di Dunia...


*[ Artikel ke- 247 Sangtawal Sakranta ]



Wednesday, October 26, 2011

Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.



Tajuk : Wan Derus: Panglima Perang Dari Pulau Langkasuka.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ahli sejarah jarang sekali mendedahkan secara terperinci siapakah sebenarnya Wan Derus, iaitu suami kepada tokoh Lagenda Langkawi iaitu Mahsuri. Masyarakat umum juga mungkin sudah melupai nama Panglima perang yang hebat ini kerana tenggelam oleh cerita – cerita sekitar sumpahan mahsuri.

Wan Derus sebenarnya adalah adik kandung kepada Wan Yahya sendiri [lebih terkenal sebagai Dato Pakerma Jaya dalam cerita Lagenda Mahsuri ]. Wan Derus yang juga suami kepada Mahsuri adalah anak kepada Wan Embong dan Wan Cik Bunga.Hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Wan Yahya, Wan Kecik dan Wan Derus. Makam Wan Embong dan isterinya sehingga kini masih ada di Makam Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Dikatakan bahawa keluarga Wan Derus ini ada pertalian darah dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir melalui sebelah ibu Tun.

Dalam tahun 1810, siam telah menyerang Pulau Langkawi, dulu Pulau ini disebut Pulau Langkasuka, tetapi serangan mereka telah dipatahkan oleh panglima-panglima Pulau Langkasuka termasuklah Panglima Wan Derus.

Antara sahabat-sahabat rapat Wan Derus ialah Syed Salim, Syed Bakhori dan Syed Ali . Dalam tahun 1820an Aceh pula telah menyerang Negeri Satun. Ketika itu Negeri Satun diperintah oleh Raja Bokhori iaitu anak kepada Tengku Alang Perkasa. Maka Raja Satun pun meminta pertolongan dari angkatan perang dari Pulau Langkasuka. Ketika itu Pulau ini dibawah naungan pemerintahan Raja Satun. Aceh mengupah orang Siam untuk menyerang Satun.Peperangan berlaku di persisiran pantai bernama Ban Khuan atau Ban Chuan. Perang ini dimenangi oleh Satun.

Ketika Panglima Wan Derus pergi berperang inilah peristiwa fitnah dan pembunuhan isterinya Mahsuri terjadi di Pulau Langkawi.Hukuman bunuh telah dijatuhkan oleh abang ipar Mahsuri sendiri iaitu Wan Yahya atau Dato Pakerma Jaya atas hasutan isterinya Wan Mahora.

*Walaupun saya percaya, bukan disini jasad Mahsuri disemadikan sebenarnya, saya ambil juga gambar ini sebagai kenang-kenangan.


Keturunan Wan Derus juga dikatakan ada kaitan dengan Pattani Darussalam.

Mengikut arwah datuk saya, kemungkinan Wan Derus juga adalah seorang pendekar sufi pengamal Tariqat Syatariah memandangkan ramai hulubalang Pattani sezamannya memakai “pakaian Perang” itu.

Jika benar keturunan Wan Derus berasal dari Pattani, maka semakin bercantumlah beberapa puzzle dalam pencarian saya selama ini, malah ianya menjadi lebih menarik kerana ada kaitan dengan pangkal nama “Wan” atau “Che”. Menurut seorang forumer dalam Forum Lagenda Mahsuri asal gelaran “Wan” di pangkal nama ialah dari keturunan Saiyid Ahmad Saman Al-Aidrus bin Saiyid Hakim bin Saiyid Husein bin Syed Abdullah Al Aidrus.Saya sendiri tidak pasti kesahihannya, diharap pembaca semua boleh memberikan sedikit pandangan berkaitan keturunan ‘Wan’ atau ‘Che’ ini.

Apatah lagi bila mengetahui Mahsuri juga adalah seorang pendekar sufi berketurunan dari Pandak Mayah ke Radin Masjoro ke Raden Patah ( Kesultanan Islam Demak- warisan Majapahit ) bersusur galur kepada Sunan Ampel ( keturunan ke-24 dari Rasulullah s.a.w ).

Oleh itu, siapakah keturunan sebenar dari Wan Derus dan Mahsuri di bumi bertuah ini perlulah diberi perhatian sewajarnya!

Di sini juga timbul kesangsian, apakah benar Keturunan ke-7 Mahsuri yang pernah digembar-gemburkan suatu masa dahulu dari Phuket itu “benar-benar” keturunan Mahsuri dan Wan Derus ??? atau sebaliknya ??? kerana saya pernah terbaca di satu Forum,[ KLIK ] penulis yang mendakwa dirinya adalah keturunan sebenar Mahsuri iaitu saudara Tanggo [ nama samaran] rasanya lebih meyakinkan, lebih munasabah, logik, berfakta dan saya kira lebih menghampiri kebenaran.

Jika apa yang didakwa oleh Tanggo benar, maka sekali lagi sejarah Lagenda Mahsuri perlu diubah! Tapi sayang, setelah bertahun menulis di forum, akhirnya saudara Tanggo kini tidak menulis lagi malah meninggalkan satu persoalan besar yang belum terungkai oleh ribuan pembacanya.Apapun, saya doakan semoga perjalanan hidup dan perjuangan saudara Tanggo yang penuh berliku itu akan dipermudahkan oleh Allah swt., kerana saya cukup percaya bahawa kebenaran itu tetap ada di sepanjang zaman.

Sila baca di sini

Dan sekiranya saudara Tanggo membaca artikel ini, saya mohon agar saudara memberikan komen disini atau saudara Tanggo boleh meneruskan semula penulisan beliau di Forum tersebut, kerana ramai rakyat Malaysia mengikuti Forum tersebut dan ingin sekali mengetahui kebenaran dan kesudahan cerita saudara itu.Kebenaran perlu ditegakkan biarpun ia pahit untuk ditelan.




*Gambar Pedang dan Pending diatas yang dikatakan milik Wan Derus diatas saya ambil ketika saya dan keluarga melawat ke Kota Mahsuri di Pulau Langkawi bulan lepas .Ketika berada disitu, entah mengapa , hati saya merasakan yang Pedang dan Pending itu bukan kepunyaan Panglima Wan Derus. Walaubagaimanapun saya amat tertarik dengan bentuk ukiran yang halus dan jika diteliti ia mengandungi kalimah tertentu yang berlainan pada 7 permukaan 4 segi, termasuklah di kepala Pending itu.Rasanya ia milik seorang wanita.Anda boleh melihatnya sendiri jika pergi ke sana.

*Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau cerita tentang Wan Derus dan keturunannya, bolehlah berkongsi cerita anda disini.Cerita anda dialu-alukan.

*[ Artikel ke- 235 Sangtawal Sakranta ]....


Saturday, August 20, 2011

Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad



Tajuk : Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad.

Oleh : Sangtawal Sakranta


Maha Suci Allah Swt telah menjanjikan kepada kita akan mendatangkan satu kaum yang sangat mencintai Allah swt dan Allah swt juga amat menyintai mereka sebagai pembela agama Allah swt setelah terjadinya banyak peristiwa murtad. Ini janji Allah swt, bukan mimpi!

Hayatilah Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 54 ini :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya ( jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” [ Al-Maidah : 54 ]

Semoga Allah swt mendatangkan kaum yang dijanjikan itu di zaman ini. Di zaman umat islam begitu lemah , dihina dan ditindas dimana-mana. Di zaman fitnah Dajjal semakin berleluasa.

Semoga Islam kembali gemilang ditangan mereka yang akan berjuang dengan gagah dan bersungguh-sungguh dijalan Allah swt.

Ya Allah, bantulah kami dalam agamaMu,

Perteguhkanlah dan tetapkanlah iman kami,

Bimbinglah kami menuju rahmat dan keredhaanMu.

Amin…..


*[ Artikel ke-231- Sangtawal Sakranta .... ]


Monday, June 27, 2011

Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’



Tajuk : Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Bila kita sebut The battle Of Lepanto, maka akan terkenang kita kepada peristiwa kekalahan pertama tentera islam dizaman Empayar Othmaniah. Walaupun sebelum itu mereka tidak pernah kalah kepada musuh, namun dalam The Battle of Lepanto, mereka kalah dengan teruk dan amat mengejutkan dunia islam.Menang atau kalah dalam peperangan itu adalah lumrah, namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah kekalahan tentera islam kepada tentera Kristian yang mereka gelar “Holy League” (Spain and its territories, Republic of Venice, the Papacy, Republic of Genoa, the Duchy of Savoy, the Knights Hospitaller, and others)

Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak. Ia tersimpan di perut kapal dan sentiasa dibawa oleh raja ke mana saja dia belayar kerana bimbang ianya akan hilang.Tidak pasti ketulan-ketulan emas itu masih terbenam didasar lautan ataupun sudah menjadi milik musuh.

Orang Kristian tidak pernah melupakan detik penting mereka mengalahkan tentera islam iaitu pada 7hb Oktober 1571. Detik dimana mereka merayakan kekalahan tentera islam sambil menyaksikan sebanyak 240 buah kapal perang tentera islam Empayar Othmaniah karam dan mengorbankan nyawa kira-kira 30,000 orang islam berbanding hanya 12 buah kapal perang tentera Kristian dan hanya kira-kira 9,000 nyawa mereka yang terkorban.

Itulah sebabnya pada 7 Oktober pada setiap tahun di gereja-geraja besar Kristian loceng dibunyikan kerana memperingati 'The Battle of Lepanto'.

9hb Julai ini, nampaknya ada pihak yang ingin membunyikan “loceng” besar di tanah melayu bumi berdaulat ini lebih awal. Apakah ini termasuk salah satu dari agenda sulit Dajjal untuk mencetuskan kekecohan dan huru hara di Negara kita?


Sekali lagi buat ingatan kita semua, disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :

[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat:

1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).

2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)

3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”
(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]

Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal, sudah faham segala-galanya tentang dunia, alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat. Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal, adil lagi saksama.

Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat? kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai, kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara. Mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry, iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.

Menurut ahli sophist... kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata... atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi. Natijahnya, siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan, dialah yang benar. Maka natijah seterusnya... kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...

Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan, lalu digantikan dengan "bukti yang sahih". Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai, oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.

Siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem... kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri, pengikut Nabi Musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.

Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka... iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah (land barons)

Oleh itu selalu saya tekankan disini... menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist [bukan semua] , yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang... mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen... sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah, berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...

Semoga Allah swt sentiasa mengekalkan keamanan dibumi bertuah ini. Amin.

Apapun yang akan terjadi, kita perlu bangkit dari kekalahan dalam The Battle of Lepanto yang pertama!!!


*[ Artikel ke 228 Sangtawal Sakranta ... ]


Monday, June 06, 2011

Pahlawan Pedang Allah




Tajuk : Pahlawan Pedang Allah

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.

Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak didadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :

“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.

Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!

Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.

Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.

Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :

“Kepada semua tentera Parsi.Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan).Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup”

Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh.Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates!Ada tentera musuh yang sanggup terjun kedalam sungai untuk menyelamatkan diri!

Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi :

“Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..”

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.

Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh.Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :

“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.

Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :

Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.

Khalid : silakan.

Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?

Khalid : benar.

Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?

Khalid : tidak benar !

Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?

Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah.Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?

Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?

Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.

Gergorius : mengapa?

Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.

Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!

Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom.Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah.Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah.Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu.Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :

“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab.Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat.Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”

Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!

Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :

“ Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman.Disebabkan itulah kita kalah”

Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :
“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.

Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:

“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.

“Mengapa?” Tanya Khalid.

“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.

Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian.Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.

Kata Adi bin hatim :

“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”

Al-Fatihah untukmu wahai Saifullah ….



*[Artikel ke-226 Sangtawal sakranta...]


Monday, April 04, 2011

Jika Kembalinya Peti Tabut.



Tajuk : Jika Kembalinya Peti Tabut.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Peti Tabut telah menjadi satu hal yang misteri sekian lama . Ia disebut hanya satu kali di dalam Al-Quran . Firman Allah swt bermaksud :

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang Tabut secara langsung.Tidak terdapat perkataan Tabut lagi di dalam ayat-ayat yang lain.

Siapakah pula yang disebut ‘nabi mereka’ dalam ayat di atas itu? Dari ayat 246 hingga 248 surah Al-Baqarah, tidak dijelaskan Nabi manakah yang diidentitikan sebagai ‘nabi mereka ‘ itu.

Sebenarnya kisah ini berkaitan dengan kaum Bani Israel yang menuntut kepada ‘nabi mereka’ agar mereka diberikan seorang Raja kerana sebelum itu mereka hanya dipimpin oleh para hakim saja. Alasan mereka , jika mereka mempunyai seorang raja, maka mereka akan merasa lebih bersemangat untuk pergi berjihad.

Oleh itu seorang pemuda bernama Talut yang mempunyai ilmu pengetahuan dan gagah telah dipilih menjadi raja mereka. Bagaimanapun selepas dipilih menjadi raja dan bila sampai perintah perang jihad dari Tuhan, tidak kesemua dari mereka menyahut seruan jihad itu kerana kononnya mereka tidak setuju dengan perlantikan Talut yang berasal dari rakyat biasa dan bukannya dari golongan bangsawan.

Ketika mereka sedang berbalah sesama mereka ,Allah telah menghantar Peti Tabut diatas sebuah kereta lembu sebagai bukti bahawa perlantikan Talut oleh ‘nabi mereka’ itu adalah tepat dan ianya dari perintah Allah swt.

Apakah Peti Tabut ?

Peti Tabut adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang , satu setengah hasta lebar dan tinggi . Ia diperbuat dari kayu keras jenis akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin / gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni.

Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Bani Israel juga percaya, hanya pendeta dari suku Lewi saja yang mampu membawanya atau menatap isi kandungannya. Oleh itu Peti Tabut selalu ditutupi dengan kain berwarna biru dan kulit binatang.

Peti Tabut berada dalam jagaan Bani Israel hanya selama 40 tahun, selepas itu Peti Tabut pernah berpindah tangan kepada orang Filistin, namun hanya untuk 7 bulan sahaja, orang Filistin mengembalikan Tabut kepada orang Israel semula kerana mereka mendakwa ketika mereka menyimpan Peti Tabut itu banyak wabak penyakit menular dan mengorbankan banyak nyawa. Akhirnya bila Nabi Daud a.s memimpin Bani Israel melawan orang Filistin, Tabut kembali semula ke pangkuan Bani Israel. Selepas itu Allah swt memerintahkan Nabi Daud a.s membina sebuah rumah suci untuk menyimpan Peti Tabut itu, lalu usaha itu dilakukan oleh anakandanya Nabi Sulaiman a.s.Menurut catatan dalam perjanjian lama, Peti Tabut disimpan disitu sekitar tahun 955 Sebelum Masihi, namun dalam sekitar tahun 620 Sebelum Masihi didapati Tabut telah lenyap atau hilang.

Sehingga kini, Peti Tabut telah hilang ditelan masa, ianya telah lenyap bersama sejarah.Tiada siapa yang tahu dimana Peti itu berada kecuali mereka yang diizinkan Allah swt. Bangsa Yahudi dan Dajjal sedang mencari kembali Peti Tabut ini.

Di Gereja Our Lady Mary, Axum, terdapat sebuah peti yang dipercayai Peti Tabut. Ia digunakan sekali sekala bila ada perayaaan keagamaan. Banyak juga Peti Tabut disimpan di gereja-gereja di Ethiophia. Tetapi ia hanyalah peti replika saja! Peti Tabut yang sebenar masih ada tersimpan ditempat yang tersembunyi.

Apakah Sakinah yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran diatas?

Maksud yang paling tepat untuk ‘sakinah’ ialah kebaikan, ketenangan atau ketenteraman. Maksud sebenar hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Ada beberapa ayat al-quran lagi yang ada perkataan ‘sakinah’, antaranya ialah :

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)

Apapun maksudnya, makna sakinah diatas lebih menjurus kepada hal-hal spiritual, ia berkaitan dengan hati atau jiwa!

Mungkinkah Peti Tabut ada tersembunyi di bumi yang aman tenteram iaitu di Bumi Darussalam?

Jika Peti Tabut sudah ditemui atau sudah kembali sekali lagi , maka ianya bererti semakin hampirlah masa akan munculnya seorang pemimpin atau Raja yang ditunggu-tunggu bagi ummah ini , seorang raja seperti Talut ! Raja yang boleh memimpin angkatan perang , dia akan memimpin sebuah kerajaan baru , kerajaan yang bernaung dibawah satu panji Khilafah! Raja ini akan memimpin kebangkitan akhir zaman dan dia tak akan terkalahkan!

“…. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” [ al-baqarah : 248]

Dalam ayat 248 surah al-Baqarah diatas, nama Talut tidak disebut, dia disebut dalam ayat sebelumnya! ‘kerajaan itu’ juga tidak dikhususkan kepada mana-mana kerajaan, Oleh itu kenyataan bila datangnya Tabut maka ia akan menjadi tanda akan berdirinya satu kerajaan boleh juga digunakan kepada kedatangan seorang pemimpin dan sebuah kerajaan yang ditunggu-tunggu diakhir zaman !

Berbalik semula kita pada Peti Tabut. Kayu yang digunakan untuk membuat peti tersebut adalah dari kayu jenis ‘penaga’ atau ‘acacia’. Kayu jenis penaga ini juga banyak terdapat di negara kita Malaysia dan di Asean.Yang menarik perhatian saya ialah ada satu tempat di Negara kita ini yang terletak di Pulau Pinang bernama Tanjung Penaga. Ia juga dulunya disebut ‘Cape Penaigre’ dan masih terpahat kukuh namanya dalam peta lama .Tahukah anda yang tempat itu merupakan nama tempatan George Town, Pulau Pinang? Tanjung ini dinamakan sedemikian kerana mengingatkan pokok Penaga Laut yang pada satu masa dulu tumbuh berleluasa di kawasan ini.Lebih menarik lagi bila Bandar George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan Heritage City Motto-nya : “Leading We Serve” ! [Klik]

*Kat atas tu ada gambar singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam tahun 2008 telah mengabadikan sebuah Puisi bertajuk :

"Sebatang Penaga Di Tanjung."

kami memotong kulit tanah
buat ruang dan daerah wujudmu,
anak penaga
dan anak kepada hasrat kami,
di tanjung nyaman ini.
sebatang penaga laut
kami serahkan pada seri hari
supaya kau berdiri lurus,
menyaring angin pagi
dan asin laut.
saksikanlah
pekan menjalar,
bangsa-bangsa belayar di depan bayangmu,
kapal memunggah muatan
dan manusia sibuk urusan.
hulurlah sejukmu
kepada budaya
yang berbaur bagai
dan nilai yang tegak
di depan masyarakat.
lindungilah rumah dan balai tua
yang dibina waktu
dan sejarah di bawah bukit
kerana sejarahlah
yang melukis wajah kami
di depan kampung
kota dan dunia.
serahkanlah buahmu
kepada langit dan hujan,
kepada tanjung
dan alir zamannya,
semoga pulau ini
aman di tepi selat
yang beriak tenang.....


Mari kita membelek semula sedikit sejarah lama. Pulau Pinang dulunya disebut BÄ«nláng Yù dalam peta pelayaran Zheng He @ Cheng Ho dari Dinasti Ming China pada abad ke-15 .Pada abad ke 15 juga Portugis mula belayar dari Goa melalui kepulauan rempah dan pernah berlabuh di Pulau Pinang yang mereka namakan Pulo Pinaom. Pulau ini juga disebut Pulau Ka-Satu atau "First Island" dan terlibat dalam perdagangan laut antara Lingga dan Kedah. Ibu negerinya adalah Tanjung Penaga dan selepas itu digelar George Town. Tanjung Penaga juga pernah disebut ‘Cape Penaigre’ atau ‘Alexandrian laurels’.

Dalam tahun 1786 , Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Fort Cornwallis dan selepas itu ditukar kepada Prince of Wales Island. Dalam tahun 2010 Pulau Pinang mempunyai jumlah kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu 1,450.5 orang per kilometer persegi dan jumlah penduduknya adalah 1,520,143. Penduduk melayunya adalah 43% , Cina 41%, India 10 % dan lain lain sebanyak 6 %.

* Bangunan Komtar di Penang

Kini Pulau Pinang ditadbir oleh seorang pemimpin yang dijolok dengan gelaran ‘Khalifah LGE’ dari DAP. Orang melayu-islam dari Pakatan Rakyat amat menyokong Khalifah ini. Kononnya Khalifah ini sangat adil dalam memperjuangkan hak rakyat. Bapanya LKS adalah pengerusi parti DAP, sebuah parti yang mempunyai ideologi seperti PAP Singapura!

*Perhatikan bentuk 1 bangunan di Kota Singa pula.

Jika dulu Singapura bernama Temasek, Kini Tanjung Penaga sudah menjadi George Town pula.

Percaturan ini sedang berjalan sejak sekian lama , namun umat melayu-islam kita semakin leka.

Jangan nantinya ‘Prince of Wales Island’ pula akan menjadi Singapura kedua ! tengok Logo Heritage City of George Town diatas betul-betul…. Kat atas sekali tu kan ada gambar singa!!! Tengok juga kaki kanan depan singa yang terangkat! Renungi dengan mendalam apa makna “Leading We Serve” itu!

*kat atas ni ada juga gambar seekor singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Apapun kita doakan agar segalanya aman dan selamat, bak kata puitis Sasterawan Negara :

“Semoga Pulau ini aman di tepi selat yang beriak tenang”

Akhir sekali, ada baiknya kita perhatikan lambang atau logo Tentera sebuah negara dibawah dan mottonya : Klik Sini

"Yang Pertama Dan Utama"
.....

Ada 5 bintang kecil didalamnya , jika disambung dengan garisan akan membentuk bintang David! juga akan menjadi satu lambang yang.....


Hanya sekadar buat renungan.

*[Artikel ke- 221 Sangtawal Sakranta ]

Sunday, March 06, 2011

Zulqarnain Diangkat Ke Langit



Tajuk : Zulqarnain Diangkat Ke Langit.

Artikel Oleh : Sangtawal sakranta.


Dalam buku: “Alexander Adalah Zulqarnain” ,Penulisnya Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, telah memetik satu hadis dari Tafsir Qurthubi yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa Zulqarnain pernah diangkat oleh Allah swt ke langit. Rasanya elok jika kita dapat kongsi bersama hadis yang berkaitan dengan hal yang amat menarik ini. Pada m/s 285 dibawah tajuk kecil : Alexander Diangkat Ke Langit beliau menulis :

[[ Terdapat hadis di dalam Tafsir Qurthubi, seperti berikut :

Uqbah Ibnu Amir menyatakan Nabi Muhammad mengatakan kepada segolongan orang daripada ahli kitab yang menanyakan berkenaan Zulqarnain kepada Baginda(Nabi menjawab) : “Zulqarnain adalah raja muda dari Rom, yang diberikan kekuasaan / kerajaan kemudian berjalan ke Mesir dan membina Kota Iskandariah. Ketika selesai, beliau didatangi oleh malaikat dan dimikrajkan (dinaikkan ke langit). Kemudian malaikat berkata “apa yang kau lihat?” [Zulqarnain ] menjawab “aku hanya melihat kotaku [Alexandria] dan tidak melihat yang lainnya” .Malaikat itu berkata lagi: “itu adalah bumi semuanya dan [bahagian] yang gelap (sawad) itu yang kau lihat melingkari [daratan] itu adalah lautan (bahr), Allah ingin memperlihatkan bumi kepadamu. Dan menjadikan bagimu kekuasaan (sulthon) di bumi itu. Kemudian berjalanlah di bumi, ajarilah orang yang bodoh dan teguhkanlah orang-orang yang berilmu.”]].

Berdasarkan hadis di atas , penulis buku ini menegaskan bahawa, selepas Alexander (Zulqarnain) menyiapkan Kota Iskandariah, beliau didatangi malaikat lalu membawa beliau naik ke langit. Pada aras ketinggian tertentu Zulqarnain hanya mampu melihat Kota itu sahaja, lalu beliau dinaikkan kelangit yang lebih tinggi, maka Zulqarnain pun dapat melihat seluruh planet bumi. Allah swt telah mengangkat Zulqarnain ke langit untuk memecahkan kebuntuan Zulqarnain berkaitan bahagian barat dan timur bumi. Pengetahuan ini penting bagi merangka pelan dan arah tuju kempen pembebasan dan penaklukan yang hebat oleh Zulqarnain nanti kerana sebelum zaman Zulqarnain bumi masih belum dipetakan secara lengkap.

Selepas kejadian itu Zulqarnain telah segera memetakan peta dunia ini di atas satu lembaran kulit! Penulis buku tersebut juga berpendapat bahwa peta dunia terutamanya dari Yunani yang dihasilkan selepas itu adalah dihasilkan berdasarkan peta yang dibuat oleh Zulqarnain.Contohnya peta oleh Eratosthenes (194 SM) dan Posidonius(130 SM). Ilmuan Yunani selepas itu seperti Ptolemy juga ada menghasilkan peta yang saya percaya beliau juga merujuk kepada apa yang sudah Zulqarnain tinggalkan.


Sewaktu berada di langit itu juga malaikat telah menerangkan kepada Zulqarnain bahawa yang berwarna gelap (biru tua) itu adalah lautan dan bahagian yang terang itu adalah daratan dan pulau-pulau. Dari pengamatan Zulqarnain pada ketinggian itu, jelas ternampak lautan itu mengelilingi benua Afrika, Eropah dan Asia. Selepas itulah juga Zulqarnain sedar bahawa bentuk bumi adalah seperti tembikai (oblate spheroid). Jadi tidak hairanlah jika Zulqarnain digambarkan mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu astronomi sehingga Ka’ab al-Ahbar berkias “ Tali kuda Zulqarnain ditambat pada bintang-bintang”.

Saya bersetuju dengan penulis buku ini yang berpendapat bahawa keputusan berani Alexander @ Zulqarnain untuk meneruskan perjalanan ke Barat dari Kota Iskandariah merentasi padang pasir yang luas dan kering yang belum pernah ditempuh oleh orang lain sebelum ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan beliau yang luas tentang peta dunia dan bentuk muka bumi yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada beliau sehingga beliau dan angkatan perangnya selamat sampai di Kota Siwah yang berada di barat Kota Iskandariah.

Mengapa di dalam peta yang dibuat oleh bangsa Yunani kuno tidak diletakkan benua Amerika ???. Ini adalah satu bukti bahawa peristiwa seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad berkenaan Zulqarnain yang diangkat oleh Allah naik ke langit adalah benar-benar berlaku. Ini kerana bangsa Yunani hanya merujuk kepada peta dunia yang dihasilkan oleh Zulqarnain yang hanya memetakan benua Afrika-Eropah-Asia yang mengambilkira ketika kejadian itu Zulqarnain diangkat ke langit pada ‘titik’ Kota Iskandariah! Benua Amerika tidak ada dalam peta Yunani kerana Benua Amerika tidak diperlihatkan oleh Allah kepada Zulqarnain ketika itu.


Sekiranya kita beranggapan bahawa seluruh kawasan yang diperlihatkan oleh Allah swt itu akan menjadi kawasan dibawah kekuasaan Zulqarnain, maka kawasan Asia juga tidak terkecuali pernah termasuk dalam daerah kekuasaan Zulqarnain.Itu sebabnya dalam buku-buku Hikayat lama atau catatan sejarah kita ada disebut kaitannya dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Rom mungkin ada benarnya!saya serahkan persoalan ini kepada mereka yang lebih arif tentang sejarah melayu.

Dengan adanya peristiwa Zulqarnain yang diangkat ke langit itu, maka janganlah kita berasa hairan atau mudah merasa tidak masuk akal jika dalam Hikayat melayu lama kita ada disebut tentang perjalanan watak utamanya melalui jalan udara. Superman adalah watak filem yang boleh terbang bila memakai baju terbang, tetapi dalam sejarah melayu lama, sudah lama orang melayu tahu tentang adanya baju terbang .contohnya dalam Hikayat Inderaputra ini:

“ Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran yang cantik jelita itu ada 7 orang pengasuh bidadarinya,dikelilingi oleh 7 lapis pagar jala-jala dan setiap pagar ada 7 ekor binatang yang menjaganya. Baju Tuan Puteri itu bernama Baju Anta Kesuma boleh digunakan untuk terbang! Setiap hari jumaat tuan puteri akan turun mandi dan memetik bunga serta buah-buahan di Tasik Semendera jin. [ Hikayat Inderaputera – m/s 29 ]

“Kata Inderaputera “Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang,kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi”….maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran “Hai kakanda Inderaputera duduklah kakanda di atas Tabak itu. Janganlah kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi”….. Maka tabak itupun mengikut Tuan puteri yang melayang itu dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera dunia ini seperti bukit juga besarnya..Arakian maka datanglah ke Padang Belantara hairani….Maka di cita oleh tuan puteri akan tabak itu maka tabak itu pun terletaklah di padang hairani….maka Inderaputera pun hairanlah melihat tabak itu tidak melayang lagi.
[ Hikayat Inderaputera- m/s 39 ]

Kepada siapakah pula kekuasaan diberikan oleh Allah swt bagi bahagian dunia yang tidak diperlihatkan kepada Zulqarnain dulunya? Bahagian dunia itu rupa-rupanya nya telah dikuasai oleh Iblis , Dajjal dan kuncu-kuncunya sekarang ini . Mereka sedang merancang untuk merealisasikan New World Order mereka. Zionis hanyalah alat bagi mereka.Mason-mason, para Iluninati, Jesuit dan para elit penganut Kabbalah akan dikorbankan setelah menjadi kuda tunggangan mereka sekian lama.

Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang.Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola.Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537.Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.

Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis .Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.

St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545.Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-palau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur ( Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)

Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara.Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.

Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.

Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya! Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.

Satu perkara yang perlu kita ingat, mereka hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang akan menentukannya.Sebenarnya sebelum ketibaan St Francis Xavier pada tahun 1545 di Kota Melaka, telahpun ada ekspedisi jihad islam oleh moyang kita Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra ke Timur dan Nusantara memintas mereka 196 tahun lebih awal iaitu pada tahun 1349.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah ( bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.[ Bukit panau terletak tidak jauh dari Danau Tok Uban, Masjid Brunei pula terletak berhampiran Danau itu ].

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa mendapat Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) manakala dengan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah .Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam.

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao / Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Semoga anak cucu keturunan Saidina Hussien r.a akan bertemu dan bercantum semula dengan anak cucu keturunan Saidina Hassan r.a di bumi Nusantara ini demi kebangkitan akhir zaman.

Sebelum saya sudahi artikel ini,ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian yang saya ambil dari satu forum di internet oleh orang yang gelarkan dirinya Putihkuninghitam. Begini katanya :

“ Di India ada sebuah negeri yang paling ramai umat Islam iaitu diselatan India.Nama negeri tu adalah Kera-la.Orangnya dipanggil Mala-bari.Selatnya di panggil Selat Mala-bar.Disitu juga ada nama gunung Malaya.Bila ada kelapangan boleh le baca buku yang bertajuk "Ancient Colonies in the Far East Vol ii diterbitkan pada tahun 1937 di India.(sebelum perang dunia ke 2 dan sebelum Tanah Melayu merdeka). menurut pengarang buku tersebut “Nusantara” dikenali juga dengan nama “Malayasia”.


*[ Artikel ke-219 Sangtawal Sakranta... ]


Monday, February 21, 2011

Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?



Tajuk : Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


[[ Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)

Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM 1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.]]

[ rujuk sumber : Klik ]

Amat menarik sekali jika kita dapat mengetahui siapakah dan dimanakah waris keturunan Baginda ketika ini???

Dibawah ini adalah gambar sebuah masjid iaitu Masjib Brunei yang dibina berhampiran dengan Danau Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.(gambar-gambar dibawah diambil dari blog Catatan si Merah Silu, terima kasih buat saudara Radzie)



Masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh Sultan Kelantan dengan nama Masjid Brunei Darussalam


Dibawah ini pula gambar yang mula disiarkan oleh Israel…. bendera Zionis yang berkibar diatas Dome Of Rock.Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini : Klik




Nampaknya Israel sudah mula memukul Gendang Perang mereka dengan isyarat menaikkan bendera itu.... seperti biasa.... huru hara dan kacau bilau perlu dicetuskan di jazirah Arab dan Timur Tengah, apa yang berlaku di Mesir adalah percubaan kecil sahaja.. kini merebak ke Libya pula dan akan ada lagi huru hara besar yang akan menyusul.

Bila perang meletus, huru hara dan kacau bilau berlaku... manusia akan mencari satu daerah yang aman sentosa dan selamat untuk di diami....... nama lain bagi negeri atau daerah yang aman sentosa/sejahtera ialah : DARUSSALAM.... jadi dimanakah negeri Darussalam itu??? Negeri yang ada sebutan Darussalam dimasa yang lalu bermula di Madinah Darussalam ... selepas itu di Samudera/Acheh Darussalam.... selepas itu di Patani Darussalam....selepas itu di Brunei Darussalam... dan dimanakah agaknya negeri Darussalam terakhir yang menjanjikan aman sejahtera ??? sama – sama kita berdoa semoga Allah swt melindungi kita semua dibumi Semenanjung Emas ini.... berhati-hatilah dengan mata-mata Israel dari negara singa yang sedang memantau “Negeri Darussalam sebenar" yang akan bangkit. Berhati-hati dan waspadalah dengan musuh dalam selimut dan talibarut musuh.... mungkin mereka sedang mengutip rahsia pertahanan negara... mereka boleh masuk sistem apa saja dan boleh jadi siapa saja ... semoga Negeri Darussalam Terakhir akan selamat dan rakyatnya akan aman sejahtera dibawah panji-panji pemerintahan akhir zaman.


*[ Artikel ke- 218 Sangtawal Sakranta.]