Pada suatu petang di medan peperangan Uhud, Abdullah Bin Jash r.a berkata kepada rakan seperjuangannya Saad Bin Abi Waqas r.a :
“Wahai sahabatku Saad!, marilah kita sama-sama berdoa kehadrat Allah swt.Marilah kita sama-sama memohon kepadaNya kerana apabila seseorang memohon keinginan dariNya dan seorang lagi akan mengikutnya dengan berkata Amin, maka dengan cara ini Allah akan memperkenankan akan permohonannya itu”
Mendengar kata-kata dari sahabatnya itu, lalu Saad r.a pun bersetuju dan mereka pun pergi ke satu sudut penjuru untuk memohon doa.
Maka Saad r.a mula memohon doanya dengan berkata :
“Ya Allah, tatkala diriku ini berada di dalam medan pertempuran itu besok harinya, dengan limpah rahimMu ya Allah, biarlah hendaknya daku dihadapkan dengan seorang musuhku yang kuat dan garang. Biarlah musuhku itu menyerang daku ini dengan rupa kekuatan tenaganya yang mencabar dan biarlah dapat aku menolaknya dengan segala kekuatan tenaga yang daku miliki.Selepas itu ya Allah, biarkanlah daku memperolehi kemenangan dengan membunuhnya keranaMu dan biarkan daku dapat memperolehi harta rampasannya dengan limpah kurnia dariMu ya Allah”.
Abdullah r.a pun berkata : “Amin”
Kemudian tibalah giliran Abdullah r.a memulakan doanya dengan memohon :
“ya Allah ya Tuhanku, biarlah dapat daku menemui pahlawan-pahlawan musuhku besok yang terdiri dari mereka-mereka yang lemah.Biarlah musuhku itu kelak menyerang daku dengan rupa kemarahan yang amat membara dan biarlah daku perangi musuhku itu kelak dengan segala kekuatan yang ada padaku.Kemudian ya Allah, biarlah musuhku itu menewaskan dan membunuh daku.Dapatlah musuhku itu menceraikan hidung dan telinga-telingaku dari anggota badanku.Dan apabila daku berdiri berhadapanMu di hari Pengadilan kelak, Engkau bolehlah menyoal akan daku, “wahai Abdullah! Bagaimanakah hidung dan telinga-telingamu itu boleh hilang? ”. Dimana di hadapanMu kelak ya Allah, daku akan menjawab, “Semuanya telah hilang di jalan Allah swt dan RasulNya” .kemudian Engkau akan berkata ya Allah “Benar,tentu semuanya yang telah hilang itu adalah dijalanKu”..
Lalu sesudah selesai Abdullah r.a berdoa, Saad pun mengucapkan “Amin” .
Maka pada keesokan harinya, berlakulah Perang Uhud dansegala-galanya telah terbukti bahawa doa kedua-dua orang sahabat itu telah diperkenankan oleh Allah swt.
Saad r.a berkata :
“Doa Abdullah adalah lebih mulia.Pada waktu petangnya,apa yang daku saksikan ialah hidung dan telinganya diikat dengan benang! ”
* Medan Perang di Bukit Uhud dan makam para Pejuang yang Syahid Fisabilillah di jalan Allah swt.
[Sumber : disunting dari Buku “Kesah-Kesah Para Sahabat : Oleh Mohammad Zakariyya- Mazahir Ulum,Saharanpur. m/s 101- 102 ]
Sumber : Buku : Kasyfu Al-Asrar ( Pembukaan Segala Rahsia), oleh Asy-Syeikh Muhammad Shaleh Bin ‘Abdullah Mengkabauw, diterjemah Oleh Noraine Abu, terbitan Al-Hidayah Publications, m/s 34-37.
Saya amat tertarik sekali bila membaca Kitab lama yang telah dialih dari tulisan jawi ke tulisan rumi ini.Terima kasih kepada mereka yang berusaha dan terlibat dalam menghasilkan buku-buku seumpama ini.Usaha seperti ini harus disokong dan diberi tempat istimewa dihati pemburu ilmu dan pencinta kebenaran.
Kitab “Kasyfu Al-Asrar” ini disusun dan dikupas dalam bentuk soal jawab dan asalnya bertulisan jawi, Ia banyak digunakan di pondok-pondok di negara ini dan telah diulang cetak banyak kali.
* Kulit hadapan Buku tersebut : boleh menjenguk ke laman Penerbitnya : Klik
Saya ingin memetik kupasan menarik dibawah tajuk : Asal Kejadian Anggota Badan(jasad) Adam untuk dikongsikan bersama di sini:
[ Soal 79 : Dan mana awal asal kejadian anak Adam?
Jawab : Adapun awal asal kejadian anak Adam itu, iaitu daripada anasir yang empat perkara : 1.Tanah 2. Air 3.Angin 4. Api
Soal 80: Adapun tanah itu jadi daripada apa, dan air itu jadi daripada apa, dan angin itu jadi daripada apa, dan api itu jadi daripada apa?
Jawab: Adapun tanah itu daripada air, dan air itu daripada angin, dan angin itu daripada api, dan api itu daripada rahsia Muhammad.
Soal 81 : Dan tanah itu tanah yang mana, dan air itu air yang mana, dan angin itu angin yang mana, dan api itu api yang mana?
Jawab : Adapun tanah itu badan Muhammad, adapun air itu cahaya Nur Muhammad, adapun angin itu nafsu Muhammad, dan adapun api itu nazhir(perasaan hati) Muhammad.
Soal 82 : Dan tanah itu jadi apa, dan air itu jadi apa, dan angin itu jadi apa, dan api itu jadi apa?
Jawab : Adapun tanah itu jadi daging, air itu jadi tulang, angin itu jadi urat dan api itu jadi darah.
Soal 83 : Aku Tanya lagi, mana kejadian diri yang batin?
Jawab : Adapun kejadian diri yang batin itu, iaitu kejadian daripada anasir yang empat yang batin.
Soal 84 : Dan mana anasir empat yang batin?
Jawab: Iaitu : wujud, ‘ilmu, nur dan syuhud. Dan erti wujud itu zatNya, dan erti ilmu itu sifatNya, dan erti nur itu asma’Nya, dan erti syuhud itu af’alNya.
Soal 85 : Zat itu apa kepada kita, dan sifat itu apa kepada kita , dan asma’ itu apa kepada kita, dan af’al itu apa kepada kita?
Jawab : Adapun zat itu rahsia kepada kita, dan sifat itu nyawa kepada kita, dan asma’ itu hati kepada kita dan af’al itu tubuh kepada kita * [ Sangtawal : untuk memahami apa yang disebut dalam jawapan ini, adalah lebih baik bertanya kepada mereka yang arif dalam ilmu tasawuf, semoga kita benar-benar faham akan maksud huraiannya itu ! ]
Soal 86 : Dan beberapa kejadian kita daripada ibu dan bapa ?
Jawab : Adapun kejadian daripada ibu itu, empat perkara : lemak, darah, rambut, daging. Dan empat perkara daripada bapa iaitu : kulit, ‘Ashab(saraf), urat, tulang. ]
Semoga apa yang saya sampaikan disini memberi sedikit manfaat kepada kita bersama.
Tajuk :Suara Salam Rasulullah Saw Selepas Kewafatan Baginda.
Artikel Oleh :Sangtawal Sakranta.
Ada kelompok dari keturunan Rasulullah saw yang bergelar golongan Alawiyyin.Populasi mereka tersebar ke seluruh pelusuk dunia.Mereka dikenali dengan nama Syed, Sayyid, Syarif, Habib dan Syarifah.Ada juga dikalangan mereka yang telahpun sampai ke Nusantara ini.
Pada abad ke-3 Hijrah, telah berlakunya kekacauan dan pemberontakan khususnya di negeri Iraq.Kerajaan Bani Abasiyah tidak mampu mengatasi pemberontakan dan kacau bilau dalam dunia islam waktu itu.Ahlul Bait Nabi diancam, diburu, dibunuh dan banyak berlaku fitnah dan kerosakan.Oleh itu ramai yang berpindah ketempat baru mencari dan memulakan penghidupan baru.
Salah seorang dari anak cucu keturunan Rasulullah saw ialah Al-Imam Ahmad Al-Muhajir, telah memilih untuk berhijrah ke Hadhralmaut, Yaman Selatan , iaitu sebuah negeri yang tandus dan gersang, jauh dari kesibukan kota dan keriuhan manusia demi membina semula sebuah suasana yang tenang dalam menunaikan tanggungjawab agama.Mereka berkorban meninggalkan pangkat dan kebesaran di tanah Hijaz dan Madinah, mereka pergi meninggalkan kemewahan dunia mencari sesuatu yang lebih bererti.
Cara hidup Al-Muhajir iaitu mencari kedamaian dan ketenangan diterima baik oleh anak cucu mereka dan cara hidup mereka telah dikekalkan oleh masyarakat setempat beberapa zaman selepas itu.
Generasi seterusnya ialah anak Al-Muhajir iaitu Abdullah, tetapi beliau sendiri mengubah namanya kepada nama Ubaidillah, kerana baginya dia masih tidak layak dipanggil Abdullah (hamba Allah) kerana masih lagi merasakan kekurangan dalam ilmu dan amal.Sifat-sifat mereka ini seperti sifat merendah diri dan sukakan perdamaian dalam suasana harmoni dan kasih sayang yang diwarisi sejak turun temurun dari nenek moyang mereka iaitu Rasulullah saw.
Selepas Ubaidillah, generasi Alawiyyin diteruskan oleh anaknya iaitu bernama Alwi.Dialah orang pertama yang digelar Alawi dari kalangan Ahlul Bait.Selepas dari itu semua keturunan mereka menisbahkan diri mereka kepada Alwi dengan nama Bani Alawi, Ba Alawi atau Alawiyyin.
Dari Alwi kepada anaknya Muhammad yang digelar Sahib Ahaumu’ah dan generasi ini diteruskan pula oleh anak Muhammad yang bergelar Alwi. Dari Alwi ini generasi Alawiyyin diteruskan lagi kepada anaknya yang bernama Ali.
Ahlul Bait yang bergelar Ali Bin Alwi Bin Muhammad ini dikenang dalam sejarah sebagai seorang yang amat istimewa dikalangan Alawiyyin.Dia digelar dengan nama Masyhurnya Imam Ali Khali’ Qasam.Dia adalah wali Allah dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan nenek moyangnya iaitu Nabi Muhammad saw.
Dalam manqib Ali khali’ Qasam disebutkan, bila beliau memberi salam kepada Rasulullah saw, baik didalam solat ataupun diluar solat, Rasulullah saw terus menjawabnya :
“Wa’alaikas salam, ya Sheikh”
Suara jawapan salam dari Rasulullah saw itu didengari dengan jelas, sehingga ada masanya , ramai orang dari jauh yang berpusu-pusu berebut untuk datang ke Kota Tarim untuk solat berjamaah dengan Imam Ali Khali’ Qasam, semata-mata hanya untuk mendengar suara Rasulullah saw menjawab salam Imam Ali Khali’ Qasam .
Imam Ali Khali’ Qasam adalah ahlul Bait pertama yang berpindah ke Kota Tarim lalu mendirikan sebuah Masjid iaitu Masjid Ba Alawi yang masih berdiri kukuh hingga ke hari ini[gambar diatas]. Beliau meninggal dunia dan dimakamkan di Zanbal.
Alangkah bertuahnya mereka yang dapat mendengar suara Rasulullah saw secara lansung selepas kewafatan Baginda ratusan tahun sebelum zaman Imam Ali Khali’ Qasam. Betapa istimewanya Imam Ali Khali’ Qasam dihati Rasulullah Saw sehingga Baginda terus menjawab salam dari cicitnya itu!
[ Artikel ini disunting oleh Sangtawal dari Majalah Hakiki- Meniti Jalan Ilahi, Bil 0027, dari artikel asal bertajuk “Ahlul Bait Rasulullah, Siapa?” m/s 6 – 8 ]
Saya amat tertarik dengan jurai keturunan ke-20 (Ahmad Jalal Shah) , ke-21 (Ali Nurul Alam) , ke-28 ( Al-Jufri) , ke-28( Jamalullail) dan dari pecahan ke-28 Jamalullail itu kepada Al-Seri dalam salsilah dibawah:
Bukankah Raja-Raja Melayu dahulu kala juga banyak guna nama Shah, Jamalullail dan Seri ini?
Di atas itu adalah silsilah yang bernasabkan kepada cucunda Nabi saw Saidina Husien r.a, bagaimana pula silsilah keturunan Nabi saw dari keturunan Saidina Hasan r.a pula? Terutamanya yang akan bangkit di akhir zaman?persoalan ini saya tinggalkan kepada anda semua untuk mengkajinya!
Tajuk :Kerosakan Pertama Di Muka Bumi Adalah Dari Perbuatan Tangan Manusia.
Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.
Al-Quran adalah merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang paling hebat.Sesungguhnya ia adalah sebuah kitab suci yang abadi, Qodim, diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui malaikat Jibril a.s sebagai panduan hidup sepanjang zaman.Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah yang bergelar Ummi adalah menjadi satu tanda dan bukti bahawa Al-Quran itu bebas dari ciptaan makhluk dan ianya adalah kitab suci yang terpelihara di sisi Allah swt.
Firman Allah swt dalam surah Al-Haqqah : ayat 43 – 47 bermaksud :
“Quran adalah wahyu yang diturunkan daripada Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian, benar-benar kami potong urat tali jantungnya. Maka, sekali-kali tidak ada seorang pun daripada kamu yang dapat menghalang (kami) daripada pemotongan urat nadi itu”
Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Isra’ : ayat 88 ,yang bermaksud :
“Katakanlah : Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul bagi membuat yang serupa dengan Quran ini, nescaya mereka tidak mampu membuat yang serupa dengannya,sekalipun sebahagian daripada mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”
Di dalam Al-Quran, perkataan tangan (aidi) digunakan kepada tiga subjek (pemilik) iaitu : Allah,Manusia dan Malaikat.
* Penggunaaan perkataan TANGAN di dalam Al-quran adalah sebanyak 122 kali dalam 113 ayat, iaitu sebanyak 16 kali dalam 15 ayat merujuk kepada Allah, 105 kali dalam 97 ayat merujuk kepada tangan manusia, dan sebanyak 1 kali dalam 1 ayat merujuk kepada malaikat. [ * Rujuk buku – “Revolusi IQ-EQ-SQ: Menyingkap Rahsia Kecerdasan Berdasarkan Quran Dan Teori Neurosains Mutakhir” , tulisan Taufik Pasiak, m/s 248 ]
Dalam hubungan dengan kegiatan manusia, “pekerjaan” ‘Tangan’ dikaitkan dengan dua perkara iaitu kerosakan (Al-Fasad) dan bencana (musibah). Menurut Al-Quran, kerosakan dan bencana di muka bumi ini, baik di darat mahupun di laut, disebabkan oleh tangan manusia itu sendiri. (Lihat surah ar-Rum:41 dan surah Al-Syura :30 )
Pembunuhan pertama manusia iaitu pembunuhan Habil oleh Qabil adalah merupakan contoh dan kejadian pertama bagaimana tangan itu digunakan.
Firman Allah swt dalam surah Al-Ma’idah : ayat 28 bermaksud :
“Jika engkau(Qabil) merentangkan tanganmu(yadaka) bagi membunuhku, aku(Habil) tidak merentangkan tanganku bagi membunuhmu”.
Biarpun Habil merayu dengan kata-kata seperti diatas, dia tetap dibunuh oleh saudaranya Qabil kerana merebut seorang wanita.Inilah kerosakan pertama di muka bumi yang dilakukan oleh tangan manusia sendiri.
Kisah ini bermula setelah isteri Nabi Adam , Hawa melahirkan anak kembar mereka yang pertama iaitu Qabil dan Iqlima, seterusnya anak kembar yang kedua mereka iaitu Habil dan Labuda.. Bila dewasa Qabil membuat perusahaan pertanian manakala Habil bekerja dalam bidang penternakan.
Allah swt memerintahkan supaya Nabi Adam a.s mengahwinkan mereka demi kelansungan zuriat Nabi Adam a.s di mukabumi.Qabil ingin dijodohkan dengan adik kembar Habil(Labuda) , manakala Habil ingin dijodohkan dengan adik kembar Qabil (Iqlima). Ini mendatangkan rasa tidak puas hati Qabil lalu dia membantah.Untuk berlaku adil antara keduanya, Allah swt memerintahkan melalui Nabi adam a.s supaya meletakkan syarat supaya kedua mereka itu menyediakan persembahan korban dan serahkan kepada Allah swt untu memilih dan membuat keputusan.
Habil pun memilih dan menyediakan seekor binatang yang sihat,gemuk dan paling disayanginya untuk dibuat korban, manakala Qabil menyediakan seguni gandum yang paling buruk dari hasil pertaniannya.Mereka pun meletakkan persembahan korban mereka diatas sebuah bukit, tiba-tiba datang api yang besar lalu menyambar korban yang disediakan oleh Habil menandakan Allah swt menerima Korban Habil berbanding Qabil.Maka Habil lebih layak untuk dikahwinkan dengan Iqlima yang lebih cantik dan elok paras rupanya berbanding Labuda.
Selepas itu, ketika ketiadaan Nabi Adam a.s, Qabil pun pergi ketempat kerja Habil dengan perasaan penuh dendam dan irihati dan berniat untuk membunuhnya.Ketika memikirkan bagaimana cara untuk membunuh Habil, maka Iblis pun segera menjelma sebagai seekor burung yang memukul kepalanya sendiri dengan batu sehingga mati! Begitulah liciknya perancangan Iblis dalam memeprdayakan mangsa pertamanya dari golongan anak-anak Adam.
Tanpa berfikir panjang, Qabil pun terus membunuh Habil dengan memukul kepala Habil dengan batu sehingga mati.
Selepas itu Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya Habil yang kian membusuk, malah sudah ada burung-burung yang cuba untuk menyambar mayat saudaranya itu.
Allah swt Yang maha Pengasih dan Penyayang tidak merelakan mayat hambanya yang soleh itu sedemikian rupa, maka ditunjukkannya kepada Qabil bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan itu kedalam lubang yang digali dan menutupnya kembali dengan tanah.Oleh itu Qabil pun mendapat idea lalu menguburkan mayat saudaranya itu dengan cara seperti itu juga. Itulah kerosakan pertama yang dilakukan oleh manusia dengan menggunakan tangan mereka! Hayatilah kisah mereka yang diabadikan oleh Allah dalam Al-Quran :
“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain.Ia (Qabil) berkata: “Aku pasti membunuhmu”. Berkata(Habil) : “sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa” [ Al-Ma’idah : 27 ]
“Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang diantara orang-orang yang rugi” [ Al-Ma’idah : 29 ]
Bagaimana pula untuk menerangkan dengan lebih baik berkaitan dengan “Tangan Allah” seperti yang kita pernah temui dalam Al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi saw?
Daripada penjelasan yang disebutkan dalam banyak ayat Al-Quran, perkataan “tangan” memperolehi kedudukannya yang tersendiri.
Dari sudut lain, Allah swt sendiri memberikan analogi kekuasaanNya dengan perkataan Tangan seperti firman berikut :
“Katakanlah kurnia itu di tangan Allah” [ sural Ali-Imran :73 ]
“Maha Suci Allah yang ditanganNya kekuasaan” [ surah Al-Mulk :1 ]
“Binatang-binatang-ternak adalah sebahagian daripada perbuatan tangan Kami” [ surah Ya-sin : 71 ]
“Hai iblis, apa yang menghalang mu daripada sujud kepada apa yang Aku ciptakan dengan tanganKu” [ surah Shad : 75 ]
Perlu ditegaskan disini ialah perkataan “Tangan Allah” dalam ayat –ayat diatas , bukanlah bermaksud ianya serupa dengan tangan jasmani manusia atau tangan makhluk ciptaanNya.Maha Suci Allah dari bersifat seperti sifat makhluk ciptaanNya.
Firman Allah swt dalam surah Al-Ikhlas : ayat 4 bermaksud :
“Dan tiada suatu apa pun yang setara denganNya”
[ *Ahli Sunnah telah membentangkan penjelasan tentang pengertian ayat diatas :
1. Sesungguhnya Allah Taala itu tiada sesiapa atau suatu apa pun yang menyamaiNya samada dari segi zat atau pun sifatNya. 2. Tiada yang sama atau setara denganNya. 3. Dia tidak berjisim dan berjirim.Kata-kataNya pula bukanlah dengan huruf dan suara ] *rujuk buku “Keajaiban Surah Al-Ikhlas “ oleh Jamaluddin Yusuf Bin Abdullah, m/s 68.
[* Dan berkenaan dengan “Tangan Allah” pula, mereka telah mentafsirkannya sebagai Kekuasaan dan Keupayaan untuk mewujud atau menghilangkan sesuatu. Firman Allah azza wajalla :
“Orang-orang Yahudi berkata : “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakana itu.(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” ( surah Al-Ma’idah : ayat 64 ).
Jika apa yang orang –orang yahudi itu maksudkan ialah tangan jasmani ,maka Allah telah membidas sangkaan mereka itu dengan laknat.Dan sekiranya mereka maksudkan dengan kekuasaan dan keperkasaan disamping menafikan tangan jasmani maka jawapan bagi mereka juga adalah kelaknatan kerana sangkaan mereka bahawa Allah tidak memberi.
Kemudian Allah Taala berfirman bahawa tanganNya bukanlah berbentuk tangan jasmani sebagaimana yang dapat difahami dari ayat yang berikut :
“Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” ( Al-Ma’idah: 64 )
Sayugia, istilah tangan itu sendiri secara umumnya membawa maksud kekuasaan, keperkasaan dan keupayaan ke atas sesuatu.] ( *Rujuk Buku yg sama tulisan Jamaluddin Yusuf, m/s 78-79 . )
Rasulullah saw sendiri kerap menggunakan perkataan tangan dalam ucapannya, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Baginda bersabda :
“Tidak ada satu makanan pun yang dimakan seseorang yang lebih baik daripada dia bekerja dengan tangannya”
Pernah Rasulullah bersabda :
“Setiap muslim harus bersedekah”, lalu bila sahabat bertanya mengenai orang yang tidak mampu, baginda menjawab :
“Hendaklah dia bekerja dengan tangannya lalu dia memanfaatkan bagi dirinya sendiri untuk bersedekah”
Oleh itu wahai saudaraku sekalian, berhati-hatilah kita semua dalam menggunakan tangan kita sehari-hari .Kerosakan di muka bumi ini boleh dihindarkan jika manusia menggunakan tangan mereka dengan baik, dan ingatlah setiap perbuatan tangan kita juga akan dicatat dan sudah pasti akan dihisab di akhirat kelak.
“Dan diletakkan sebuah kitab, lalu kamu melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) didalammya, dan mereka berkata : ‘Aduhai,celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan (tidak pula) yang besar, tetapi ia mencatat semuanya’.Dan mereka mendapati apa yang mereka kerjakan ada (tertulis).Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang pun jua” ( surah Al-Kahfi : ayat 49 ).
Marilah kita bersama menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah swt atas segala nikmat pemberianNya, kerana menganugerahkan kita anggota badan iaitu tangan yang sempurna, dan kerana anugerahNya itulah kita dapat menggunakan tangan kita ini untuk bekerja dan beribadat kepada Allah swt.Maka gunakanlah tangan kita dengan sebaik mungkin dan berkelakuan baiklah kita sesama manusia sesuai dengan anugerah kemuliaan dari Allah kepada anak-anak Adam a.s.
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan” [ Al-Isra’ : 70 ]
Sebelum meneruskan artikel ini, terlebih dahulu saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.Bukan niat saya untuk mencari permusuhan, tetapi adalah berniat menegur saja demi kebaikan bersama.
Petang kelmarin, sebelum masuk waktu maghrib, saya menerima satu soalan yang agak berat dari anak lelaki sulung saya yang berumur 10 tahun.Soalannya begini :
“Ayah, benarkah Allah itu mempunyai tangan seperti kita ?”. Saya terkejut dengan soalan itu, lalu saya menjawab : “Kenapa Along bertanya begitu?”. Dia menjawab : “Along bertanya begitu kerana setiap kali nak masuk waktu solat magrib TV selalu mengulang-ngulang satu hadis yang berkata Allah membentangkan tanganNya!”.
Saya terkejut dan termenung sejenak dengan jawapannya itu.
Memang benar, petang kelmarin pun ada Hadis yang disebutkannya itu. Kalau tak silap saya Hadis tu dari Abu Musa yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari .Saya tak ingat sepenuhnya hadis tersebut tetapi maksudnya lebih kurang begini: Allah Azza Wajalla membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat hambaNya pada siang hari dan Allah membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat hambaNya di malam hari ( ada lagi sambungannya tapi saya tak ingat, maafkan saya dan jika ada pembaca yang tahu berkaitan hadis ini, agar boleh membantu dalam ruang komen dibawah).
Memang baik usaha menyiarkan hadis tersebut, tetapi saya mula terfikir mengapa ia selalu diulang-ulang, bukankah banyak lagi hadis-hadis sahih dari Bukhari dan Muslim yang boleh kita siarkan? Mungkin boleh disiarkan secara bergilir-gilir setiap hari.Itu Cuma cadangan saya.
Apa yang paling saya takuti ialah siaran yang berulang-ulang itu akan melekat dalam fikiran anak-anak kita dan seterusnya ia akan menimbulkan satu persepsi yang kita semua tidak mahu menerimanya (minta dijauhkan!) bila mereka meningkat dewasa nanti , iaitu mereka nanti akan menganggap Tuhan atau Allah swt itu bersifat seperti sifat manusia, mempunyai tangan,kaki dan sebagainya. Dari sudut psikologi pula, pengulangan sesuatu fakta secara berterusan akan menimbulkan satu kesan yang mendalam dalam fikiran dan sikap kita.
Memandangkan saya bukan ahli agama atau pakar hadis, maka saya pun jawab la soalan anak saya tadi dengan cara yang termampu oleh saya ,namun jauh disudut hati, saya bimbang sekiranya apa yang saya jelaskan itu masih tidak boleh diterima oleh akal dan hati anak sekecil itu.
Semoga pihak yang berkenaan “ambil peduli” dengan apa yang saya utarakan ini.Kalau boleh,hentikan siaran berulang hadis tersebut dan siarkan hadis-hadis lain yang lebih sesuai sebab masih banyak hadis-hadis Nabi saw yang lain berkaitan dengan fadhilat dan kelebihan Solat umpamanya.
Jika saya tersilap,maafkan saya dan jika cadangan saya ini tidak diterima,abaikan saja.Saya sekadar menyuarakan rasa hati saya saja.Mungkin selepas ini ada komen yang menyuruh saya komen tentang siaran lain terutamanya yang mendedahkan aurat dan melalaikan kerana apalah sangat siaran hadis tersebut yang masa siarannya beberapa minit saja itu berbanding dengan siaran lain (yang melalaikan) yang berjam-jam lamanya. Itu terpulanglah kepada anda semua !
Tajuk :Perjalanan Penuh Liku Dan Duri Seorang Osama.
Artikel Oleh :Sangtawal Sakranta.
Ramai orang yang tidak tahu kisah hidup Osama Bin Laden. Osama dilahirkan pada tahun 1957,dia bukan warga asal Arab Saudi.Ibunya berasal dari Syiria, dia anak ke-7 dari 50 orang adik beradik.
Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadralmaut (Yaman selatan), hari pertama beliau datang ke arab saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Dia mula naik dalam bisnes selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk mem bina istana Raja Saud dengan tender paling murah!
Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantong duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya.
Bapa Osama meninggal dunia ketika osama berumur 13 tahun.Jadi, persoalannya benarkah Osama kaya raya selepas kematian ayahnya sedangkan waktu itu dia hanya berusia 13 tahun dan kekayaan bapanya itu pula terpaksa dikongsi dengan 50 orang adik beradik yang lain?
Osama mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981, amat terpengaruh dengan pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia masuk dan menawan Afghanistan, osama terus ke Pakistan dan bertemu Jemaah islami di karachi, selepas itu ke penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, selepas itu dia memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke afghanistan .
Pada tahun 1986 dia mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syiria,Mesir dan Arab Saudi..... “DISINILAH BERMULA SEGALANYA”.... cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang nyata telah dipengaruhi oleh Amerika!!!!
Peperangan pertama osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera russia 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.
Dalam thn 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke arab saudi untuk mengumpulkan tentera dan senjata.
Namun pada tahun 1989, Osama dihalang campur tangan dlm urusan negara Afghanistan (mengapa???- mengapa dia mula dicurigai oleh Taliban???- perlu difikirkan sendiri! ) , dia pindah ke Yaman dan menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab.
Selepas itu , dari Arab beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan dia berbaik dengan JOHN GARANG iaitu ketua PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN! siapa John Garang ni tuan-tuan??? carilah sendiri yer!
Tahun 1992 Arab Saudi telah meng isyhtihar Osama musuh Negara mereka dan merampas harta beliau dan sehingga 1994 hartanya telah dibekukan.Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi!!!
KENAPA JADI BEGITU TUAN-TUAN??? sebab nya adalah mungkin untuk menekan osama menjadi ejen amerika/CIA !!! itu saja. Selepas itu osama melakukan penentangan kepada Arab Saudi dan menubuhkan ARC(Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan Negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak Berjaya.
Selepas itu dia kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.
Dalam tempoh 10 tahun, CIA terlibat membantu menyalurkan kepakaran dan senjata ke Afghanistan dan mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia.
Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin.
Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!
Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi asia barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh CIA sebelum dia melangkahkan kaki ke Afghanistan.
Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialysis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!
Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji konspirasi dunia.
Fatwa atau pegangan kumpulan Al-Qaeda yang membolehkan ‘bom berani mati' amat bertentangan dengan konsep dan peperangan dalam islam, kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak atau orang awam yg tidak berdosa. Ia nampak lebih kepada kaedah mencetuskan provokasi dan kemarahan masyarakat dunia dan dengan ini THH dan zionis mudah mendapat alasan untuk memerangi negara-negara islam kononnya untuk memerangi keganasan, padahal mereka sendiri adalah juara pengganas dan bapak segala konspirasi dunia!
Apa pula pendapat anda semua tentang Osama???
Sangtawal Sakranta.
[*Sebenarnya, artikel diatas adalah diedit semula dari komen saya kepada sahabat saya - ‘Orang Gombak ‘ dalam artikel “Bila Si Baju Merah Bermandi Darah Di Thai” yang lepas ]
Sebarang maklumat, artikel, komen,gambar atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan saya sebagai pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.Harap maklum.Terima kasih.
Kata-Kata Aluan Dari Sangtawal
Selamat bertandang ke teratak Sangtawal Sakranta...
Di sini hamba sediakan satu wadah perjuangan buat Melayu-Islam mengikut cara hamba yang tersendiri.
Ambillah apa-apa yang anda fikir berguna dan jangan ambil peduli dengan apa yang anda fikirkan tidak berguna.
Setiap insan pasti ada kekurangan pada dirinya dan hamba juga tidak terkecuali dari itu kerana hamba juga bukanlah orang yang paling sempurna.
Selamat membaca, berfikir dan selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara !
“Setiap artikel yang tersiar di Blog Sangtawal ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan , dakwah , perjuangan islam dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat @ link http://sangtawal.blogspot.com/hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.
Keajaiban Hati / Istana Allah / Qalbi Ciptaan Allah
Sabda Nabi SAW bermaksud ; “ Didalam tubuh manusia itu,ada seketul darah,jika darah itu baik,maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah hati (qalbi)”.
"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
(Abu al-A’la al-Maududi)
Perjalanan Dan Belitan Ular Zion
Berwaspada Dengan Freemason
Waspadalah Kita Terhadap Lingkaran Musuh -Musuh Kita :
Berwaspadalah Dengan Misi,Visi Dan Strategi Mereka :
Mengapakah gereja terbesar,CCC terletak di Bukit Jalil?dan renungilah kata kata Paderi Kristian Calvary Church,CCC disini
Bahayanya Belitan Ular....hati-hati...
??? Bahtera nabi Nuh A.S
Semenanjung Emas... Inikah Tanah Yang Dijanjikan(Land Of Promise) ?
Dimanakah Lokasi Sebenar Land Of Promise Itu???
.........Mereka sendiripun tidak tahu dan belum pasti di manakah lokasi Land of Promise yang sebenar seperti yang disebutkan dalam kitab Mormon itu yang ditulis oleh ? nabi Joseph Smith itu.Pelbagai usaha dan kajian saintifik telah dibuat oleh yahudi zionis atau oleh golongan Kristian untuk menyatakan kepada dunia bahawa Land Of Promise itu di Mesoamerica.Maka terciptalah satu hypothesis iaitu “Meso Hypothesis” untuk memberitahu dunia bahawa merekalah bangsa yang terpilih dan Tanah air merekalah yang terpilih sebagai Land Of Promise yang dijanjikan.
Biarpun sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang,namun sejarah tidak pernah menipu kita ,kitalah yang mencatat sejarah,dan saya selalu berkata pada diri saya bahawa kebenaran tetap ada di sepanjang zaman!
Pada tahun 1995, seorang bekas Professor kimia dari Montana State University iaitu Dr Ralp A. Oslen,Ph.D telah menulis sebuah buku hasil dari kajian spesifik beliau bertajuk : The Malay Peninsular as the Setting for the Book Of Mormon , sebuah buku setebal 295 mukasurat itu menyanggah dakwaan Meso Hypothesis tetapi membuktikan kepada dunia dan zionis-Kristian bahawa apa yang mereka dakwa Land Of Promise dalam kitab Mormon itu adalah Meso America adalah palsu dan ciptaan mereka untuk mengaburi mata manusia lain di atas muka bumi ini!
Dalam bukunya yang penuh dengan kontroversi itu,beliau telah menyokong sepenuhnya teori atau The Malay Hyphotesis ( Mala Hypothesis) setelah membuat kajian terperinci dari segala aspek termasuk mengkaji semula apa yang tertulis dalam kitab Bible dan Old Testament.
Selepas itu beliau membuat kesimpulan dan mempunyai kepercayaan yang penuh bahawa Land Of Promise itu adalah Semenanjung tanah melayu atau Semenanjung Emas ! Bukti-bukti yang dikemukan oleh beliau amat memukau pemikiran saya.Perincian dan penerangan yang khusus tentang lokasi lokasi terpilih dalam Kitab Mormon itu diterangkan secara logik,berfakta dan cukup bijak.Contoh yang saya sertakan disini adalah sedikit berbanding dengan apa yang beliau tulis dalam bukunya yang setebal 295 mukasurat itu:
Banyak perkataan ini merujuk kepada Bandar Bandar yang ada di Land Of Promise , ada disebut dalam kitab Mormon itu seperti : neck of land adalah Segenting Kra,Zarahemla adalah Tanah Merah,Bountiful adalah Kota Bharu,Moroni adalah Maran,Nephi adalah Kuala Pilah,Mormon adalah Malim,River Sidon adalah sungai Kelantan,Manti adalah Gunung Tahan,Corianton adalah Kuantan, Antiparah adalah Tapah,Mulek adalah Pasir Puteh,ada juga disebut Cameron Highland dan banyak lagi…anda boleh membacanya sendiri!
Hypothesis dari Dr Oslen ni mengatakan bani israel ke 13 (bani khazar) yg dikatakan hilang dari tanah Kanaan satu masa dulu mengembara dan belayar mencari zion hingga sampai ke Malay Peninsula dan mereka menggelarkannya sebagai "the Land of Promise". Teori Dr Oslen ni adalah berdasarkan dari manuskrip - Book of Mormon (BM), yg dipadankan lokasinya berdasarkan dari keadaan geografi yg diterangkan dalam BM ini dan mendapati ianya bertepatan dengan keadaan geografi di Malay Peninsula. Apakah kepentingannya bani ke 13 yg hilang ini hingga ramai scholar yg mengkaji Book of Mormon itu????
"Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya- Nya adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada sebuah pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya saja hampir2 menerangi walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya. Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." [Al Quran An Nur : ayat 24 – 35],