Wednesday, January 13, 2010

Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !

Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta.



Mungkin bagi kita generasi selepas merdeka, rasanya sudah tidak berapa kenal atau biasa dengan nama HAMIM. Namun jika kita sebut nama HAMIM itu sebuah Parti iaitu PARTI HIZBUL MUSLIMIN, yang pernah diharamkan di umur setahun jagung ( 4 Bulan) penubuhannya dalam tahun 1948 dulu! mungkin ada yang masih mengingatinya, malah ada yang mendakwa dan tersilap tafsir bahawa Perjuangan Parti PAS sekarang adalah kesinambungan dari Hizbul Muslimin itu.

Dalam artikel ini saya tidak mahu menyebut banyak tentang parti PAS, dan kalau ya pun PAS itu berkesinambungan dari Hizbul Muslimin, namun perjuangan PAS kini , bermula selepas era Ustaz Fadhil Nor sudah lari dari landasan perjuangan sebenar mereka! Akuilah hakikat yang perjuangan PAS kini tidak boleh disamakan dengan Hizbul Muslimin dahulu!

Oleh itu, artikel saya kali ini lebih berfokuskan kepada sebuah parti yang dianggap dan digelar oleh Dato’ Onn sebagai “Bahaya Dari Gunung” atau “ Red Islamic Parti” ini. Keghairahan Dato’ Onn menjaja nama dan menimbulkan persepsi negatif orang melayu islam kepada Hizbul Muslimin ini sebagai sebuah pertubuhan yang sangat merbahaya yang diresapi ideologi Komunis telah membawa kepada pengharaman parti ini selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan iaitu selama 4 bulan sahaja!.

Parti Merah Islam ini sengaja dikaitkan dengan komunis kerana warna merah itu dikatakan berunsurkan ideologi komunis. Bahaya Dari Gunung ini telah diterjemahkan oleh Dato’ Onn sebagai satu gerakan berunsur militan yang ditubuhkan dan berpusat di sebuah gunung, iaitu Gunung Semanggol Perak untuk menggugat ketenteraman awam dan memecah belahkan umat islam di Tanah Melayu ketika itu! Namun, apakah semua tuduhan Dato’ Onn itu benar saudara? Apakah motif sebenar atau konspirasi beliau untuk membenam Hizbul Muslimin yang mulai bangkit ini ke dasar Lumpur Hitam Tanah Jawi ini ?

Bagaimanakah bermulanya perjuangan islam berbentuk intelektual ini berlaku di Tanah Air kita sehingga tertubuhnya sebuah Parti Islam yang benar-benar TULEN dalam memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam ini saudara???

Kepada orang melayu ahli PAS, jangan cepat melatah, sila baca artikel ini sampai habis dengan teliti dan rasional sebelum menuduh saya sengaja mengenengahkan isu ini .Mungkin ada di antara anda semua yang menuduh saya sengaja ingin mengelirukan orang-orang PAS, sebenarnya TIDAK!, bukan itu tujuan saya, saya hanya ingin berkongsi pendapat bersama kalian, itu saja! Mari kita baca dan kaji bersama! Kesimpulannya ditangan anda bukan ditangan saya.


Sebenarnya , pergerakan reformasi atau kebangkitan islam di tanah Air kita ini merupakan rentetan dari kebangkitan islam di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh kebangkitan ini melalui Majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan (1926-1931).

Gerakan politik berparti di kalangan orang Melayu bermula dengan semangat nasionalisme menuntut kemerdekaan Negara dari penjajah. Pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda ( KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937 . Pertubuhan ini lebih bercorak radikal dengan semangat nasionalisme yang kuat. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu ini dari terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana telah diharamkan oleh Jepun setelah mereka menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, sebuah lagi parti politik baru orang Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau disebut juga Malay Nationalist Party (MNP). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sebelum diambil alih teraju kepimpinannya oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang Pemikir dan tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM atau MNP dan beliau telah mendapat kepercayaan penuh golongan agama di tanah melayu untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

Dato’ Onn pula telah menubuhkan Parti UMNO pada 1.3.1946 selepas berjaya menggagalkan usaha penubuhan Malayan Union.

PKMM dibawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi telah berjaya perluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se Malaya (BATAS).

Menyedari hakikat betapa perlunya orang melayu islam bersatu dalam sebuah gerakan demi mempertahankan agama islam, parti MNP atau PKMM seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggungjawab melahirkan MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) pada tahun 1947. Selain MATA mereka juga berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se -Melaya ( PEPERMAS ).

Kejayaan PKMM di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, memberikan satu tamparan hebat kepada Dato’ Onn yang memimpin UMNO ketika itu. Setelah melihat sambutan hebat dari orang melayu terutamanya golongan agama, mungkin Dato’ Onn melihat peluang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan cara perundingan dengan British adalah mustahil dan semakin jauh . Oleh itu pada hemat saya, Dato’ Onn pun mulalah menentang PKMM, terutamanya sayap agamanya MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya ) yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ini terbukti dengan pemulauan Parti UMNO dimana pada hari penubuhan MATA, tidak ada seorang pun wakil yang dijemput dari Parti UMNO yang hadir. Selepas itu permusuhan antara MATA dan UMNO semakin ketara.

N.J.Funston dalam bukunya- Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur, telah menyatakan bahawa tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk mengawal urusan hal ehwal agama Islam dari diterajui oleh mana-mana pihak yang tidak layak. Di dalam persidangannya, MATA telah mengisytiharkan pemisahan hal-hal yang berkaitan dengan agama tidak boleh dikawal oleh mana-mana negeri secara persendirian. Mereka berpendapat, sultan-sultan juga tidak cekap membuat keputusan dalam hal-hal agama seorang diri , dan perlu merujuk terlebih dahulu kepada MATA. Oleh itu kongres telah mendesak supaya kuasa yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada MATA sepenuhnya.

Inilah titik permulaan kepada perbezaan pola pemikiran dan halatuju perjuangan dua buah parti politik orang melayu yang sebenarnya ketika itu !

Lebih parah lagi dan lebih mengeruhkan lagi suasana politik tanah air ketika itu ialah bila Datuk Onn Jaafar tidak henti - henti melaungkan amaran pada tahun 1947 tentang kononnya ada " Bahaya Dari Gunung " yang merujuk kepada adanya ura-ura akan penubuhan sebuah Parti islam yang dirancang di Gunung Semanggol Perak.

Kemuncak kepada gerakan Islam ini , MATA dalam satu mesyuarat agungnya pada 14 Mac 1948 , bertempat di Sekolah Agama Al-Ihya As-Syarif, Gunung Semanggul Perak, telah menubuhkan sebuah Parti Islam Pertama di Tanah Melayu yang disebut Parti Hizbul Muslimin.


Matlamat Utama penubuhan Hizbul Muslimin ialah :


1.Untuk mencapai kemerdekaan.

2.Membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam.


3.Untuk mendirikan sebuah negara Islam atau Darul Islam.



Bagi mencapai ketiga-tiga matlamat di atas , Hizbul Muslimin telah mengemukakan 7 lagi objektif lain seperti berikut :

1.Untuk menimbulkan prinsip kesedaran politik di kalangan orang-orang Islam di Malaya.
2.Untuk menyatupadukan umat Islam di bawah satu ideologi.
3.Untuk menyokong kebebasan cetak, bersidang dan bersuara.
4.Untuk menambah jumlah sekolah dan menyediakan jenis pendidikan menurut keinginan masyarakat pada waktu itu.
5.Untuk mempertingkatkan akhlak orang-orang Melayu.
6.Secara amnya, untuk menjaga kebajikan dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
7.Sedia berkerjasama dengan parti-parti politik dan pergerakan Islam dari luar negeri.


Dengan kuasa Allah swt , dalam kerancakan semangat nasionalisme dan menuntut kemerdekaan negara ini, para pemikir dan intektual melayu islam mulai menyedari bahawa perjuangan atas semangat nasionalisme tidak akan membawa kita kemana-mana.

Memang mereka mengakui akan peranan penting Dato’ Onn yang telah menyatukan orang-orang melayu menentang Malayan Union sehinggakan Dato’ Onn pada mulanya dibenci Inggeris sehingga Inggeris cuba “menghapuskan” beliau. Ini kerana beliau telah sanggup berhujah dengan Raja-Raja Melayu untuk menghalang Raja-Raja dari bersetuju dengan pembentukan Malayan Union dan sanggup pula berdepan dengan tekanan Inggeris .

Namun pihak Inggeris amat licik sekali strategi mereka.Mereka tahu orang-orang melayu sangat unik dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Plan A mereka telah gagal, lalu mereka memerangkap Dato’ Onn dengan plan B pula!

Para intelektual muslim seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi sudah dapat menghidu dan membaca strategi penjajah ini dan mereka percaya Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman juga telah terpengaruh dengan pemikiran penjajah dan ultra sekular Turki .

Mereka yang pulang dari Timur Tengah seperti Mesir dan Turki menyedari perjuangan sekular di sana telah mengetepikan sama sekali Agama Islam , malah mula mengikut telunjuk penjajah!

Oleh itu, kebangkitan perjuangan politik islam yang disemarakkan oleh benih-benih perjuangan yang sedia wujud sejak 1906 lagi mula mendapat perhatian orang melayu islam di Negara ini!

Pakar strategi yang hebat merancang kebangkitan islam ini adalah Dr Burhanuddin Al - Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al - Baqir dari Maahad Al - Ihya al Sharif (MAEAS) , Gunung Semanggol, Perak.

Pada pandangan saya, pada masa inilah timbulnya konflik pemikiran di kalangan orang melayu ketika itu samada untuk menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan mengikut cara Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjuang dalam UMNO atau menyebelahi perjuangan Dr Burhanuddin Al- Helmy ( PKMM dan MATA ) dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ( Hizbul Muslimin ) iaitu dengan cara menuntut kemerdekaan sekaligus membina dan menubuhkan sebuah Negara Islam yang berdaulat bergelar Darul Islam.

Maka, pada hemat saya orang melayu ketika itu benar-benar dalam dilemma!

Bagi Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, perjuangan menuntut kemerdekaan adalah motif utama mereka walau dengan apa cara sekalipun dan mereka ini lebih cenderung kepada perundingan dengan pihak penjajah!bagi mereka, cukuplah sejarah pertumpahan darah dan menagih korban nyawa yang berlaku ke atas orang melayu seperti di zaman Tok Janggut dan Mat Kilau.

Kaedah di atas pula tidak berapa disetujui oleh Dr Buhanuddin dan Ustaz Abu Bakarr Al-Baqir yang sememangnya terpengaruh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Hassan Al-Banna. Mereka cukup percaya bahawa orang-orang kafir sememangnya tidak akan mengizinkan penubuhan sebuah Negara Islam walau dengan apa cara sekalipun!

Hizbul Muslimin dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mengambil keputusan untuk menyokong PKMM yang dipimpin oleh sahabatnya Dr Burhanuddin Al-Helmi tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO pimpinan Dato’ Onn.

Akhirnya hayat Parti Hizbul Muslimin atau HAMIM berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai 7 orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Mengapa Inggeris begitu takut akan Parti Merah Islam yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam ini???. Mungkin juga Inggeris terpengaruh dan termakan hasutan Dato’ Onn yang mendakwa parti ini adalah sebuah gerakan yang “Bahaya Dari Gunung” atau Dato’ Onn sendiri yang sudah termasuk kedalam perangkap Inggeris untuk mengetuai sebahagian lagi orang melayu melakukan perang psikologi menentang Hizbul Muslimin lalu dalam masa yang sama British telah mengambil kesempatan untuk mengharamkan Hizbul Muslimin, kononnya atas alasan keselamatan negara dan direstui oleh sebahagian orang melayu yang lain! Itulah kelicikan Inggeris !!!

Demikianlah Inggeris telah berjaya membenam Parti Islam pertama orang melayu ini setelah sempat bernyawa selama lebih kurang 100 hari saja !!! Kesimpulannya ialah penubuhan PKMM membawa kepada penubuhan MATA dan berakhir dengan Hizbul Muslimin.

Memang benarlah ramalan para intelektual muslim bahawa pihak Inggeris tidak akan membenarkan pengaruh dan gerakan Islam bangkit serentak dengan Politik .Prinsip ini adalah kesinambungan dari ajaran pemisahan agama dengan politik yang telah dibawa semula oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu adalah berasal dari ajaran Kristian.

Ini disebut dalam Injil Mathew 21/22 berbunyi:

“Biarkan hak (urusan) maharaja bagi maharaja, dan hak Tuhan bagi Tuhan.”


Namun, sehebat manapun mereka merancang , ALLAH swt juga ada perancanganNya sendiri. Sesungguhnya Dialah sebaik - baik perancang. UMNO dibawah pimpinan Dato’ Onn menjangkakan mereka akan bergerak bebas tanpa cabaran setelah pengharaman Hizbul Muslimin. Namun Rupa - rupanya Bahagian Agama dalam Parti Umno itu sendiri yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad membantah dasar-dasar UMNO yang semakin hari semakin menunjukkan sifatnya yang semakin sekular dan selalu mengikut telunjuk penjajah lalu beliau pun bangkit menentang UMNO . Beliau menubuhkan Persatuan Ulama Se - Malaya pada November 1951.

Salah satu sebab mengapa PAS ditubuhkan ialah sebagai protes kepada UMNO yang pada waktu itu hendak membenarkan judi dan loteri. Alasan mereka untuk mendapatkan sumber kewangan parti dengan cara tersebut menyebabkan Tuan Haji Ahmad Fuad, Haji Abdullah Fahim dari Seberang Prai dan Haji Fathullah Suhaimi dari Singapura telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tujuan UMNO tersebut.

Persatuan Ulama Se- Malaya merintis jalan selama 4 tahun setelah melalui pahit getir dan proses rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan kerana ketika itu mereka masih di dalam UMNO. Selepas itu barulah tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) dan mereka bebas keluar dari UMNO. Sehari sebelum penamaan calon PRU 1955 PAS telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik. Kesimpulannya ialah Penubuhan parti UMNO pada tahun 1946 membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya pada tahun 1951 dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya PAS ( Parti Islam Se Malaya ) secara rasminya pada tahun 1955.

Nah, cuba lihat perjalanan sejarah sebenar parti-parti politik ini saudara. Jadi wajarlah jika saya katakan sebenarnya Parti PAS yang ada sekarang ini adalah produk serpihan UMNO pada tahun 1946. Ia bukanlah kesinambungan atau penerusan wadah perjuangan yang ditinggalkan oleh Parti Islam pertama tanah air kita iaitu Hizbul Muslimin. Lagipun jarak masa untuk kita kata ianya satu kesinambungan ini memakan masa selama 7 tahun, iaitu satu tempoh masa yang agak lama.

Satu lagi hujah saya ialah jika benar PAS ditubuhkan dalam tahun 1951, sudah tentu ia bukan digerakkan oleh saki baki ahli Hizbul Muslimin kerana Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri pun waktu itu masih ditahan dalam penjara dari tahun 1948 hingga 1952 malah selepas pembebasannya pun Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah negeri Perak. Jika dikatakan Tuan Haji Ahmad Fuad yang ketika itu berada dalam UMNO, tetapi beliau mempunyai semangat perjuangan dan cara pemikiran bekas gurunya ketika belajar di MAEAS iaitu Pengasas Hizbul Muslimin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, saya bersetuju, Tetapi untuk mengatakan bahawa beliau menubuhkan PAS untuk meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin, saya agak tidak bersetuju!


Mengapa orang-orang
PAS kini mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah menggantikan Hizbul muslimin saudara??? Mengapa mereka takut atau malu untuk mengaku bahawa ibu yang mengandungkan benih politik mereka adalah UMNO???

Jawapan itu berada ditangan anda, namun pada pandangan saya, selepas Hizbul Muslimin diharamkan, sudah tidak ada lagi suara suara lantang memperjuangkan kemerdekaan Negara sekaligus menubuhkan sebuah Negara Islam iaitu Darul Islam!


Satu lagi hujah saya ialah, mengapa parti PAS ini tidak ditekan atau dikekang perjalanan politik mereka oleh British seperti yang dilakukan kepada Hizbul Muslimin??? Malah British merestui Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya pertama mereka pada tahun 1955 sedangkan umur PAS adalah sebanyak 24 jam (sehari) sebelum tarikh penamaan calon mereka??? Sekali lagi soalan saya, mengapa Inggeris merestui PAS seperti juga mereka merestui UMNO saudara???


* Lihat kempen asal mereka yang berbunyi "Undilah Bulan Bintang untuk keagungan ugama, Bangsa dan Tanah air "

Jawapannya ada dalam perlembagaan Parti Pas yang ditubuhkan itu saudara !!! Cuba bandingkan perlembagaan Hizbul Muslimin yang mantap dan jelas halatuju mereka iaitu untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bergelar Darul Islam! Cuba saudara cari , apakah ada satu artikel atau peruntukan dalam perlembagaan PAS sekarang ini tentang Objektif yang paling dibenci dan ditakuti oleh Inggeris iaitu “menubuhkan sebuah Negara islam!”.

Jika anda ada terjumpa, jangan serahkan dokumen itu kepada saya, tetapi serahkanlah ia kepada bekas Menteri Besar Perak dahulu , kerana beliau pernah bersuara dan menyatakan hasratnya itu dalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa bersidang beberapa bulan yang lalu setelah beliau diasak dengan soalan maut dari pihak UMNO .Malangnya kini beliau tumpas jawatan itu apabila ada katak berbaju manusia yang melompat parti di Perak!

Penubuhan Pas yang didakwa pada pada 24 November 1951 , rupa-rupanya hanya bermatlamatkan :

1. menjadikan Islam sebagai agama rasmi,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
3. Mengetatkan peraturan kerakyatan.

Bagaimana pula dengan perlembagaan awal Pas ?

Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


* KUNCI kepada restu British
keatas PAS adalah termaktub dalam perlembagaan mereka!!! , lihat perlembagaan di atas, 2 daripada 4 objektif mereka adalah mengikut telunjuk Demokrasi! Mana ada lagi suara untuk menubuhkan Negara Islam atau menjalankan Hukum Hudud . Jadi saudara fikir-fikirkanlah sendiri.

Jadi, jika sekarang ini Parti PAS memilih untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, ia tidak menjadi kehairanan bagi saya kerana MEMANG ianya sejajar dengan Perlembagaan ke-4 diatas!!!

Inilah sebab mengapa saya amat tidak bersetuju dengan perjuangan PAS sekarang walaupun dulunya saya seorang penyokong tegar PAS, dan selepas itu termakan hasutan Anwar Ibrahim untuk menyokongnya sekejap di era Reformasi!


Pendapat Ikhlas saya, PAS mengikuti landasan perjuangan islam yang betul sehingga era pemimpin ke-6 PAS iaitu arwah Ustaz Fadhil Nor, selepas itu PAS sudah hilang prinsip perjuangan asal dan pedoman , serta PAS sudah lupa tentang janji asal mereka diawal penubuhan mereka sewaktu dalam kandungan ibunya iaitu Parti UMNO dahulu .


Kini mereka juga telah lupa akan janji-janji Allah seperti yang pernah mereka war-warkan sebelum ini , diantaranya :

“Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan”
( Surah Al-Mujadalah : Ayat 22 )

“ Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu”
( Surah Muhammad : ayat 7)

“ Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka”
( At-Taubah : Ayat 32 - 33 )


Sesungguhnya, kini mereka telah berpaling dari landasan asal perjuangan!


Bagaimana mereka tergelincir dari landasan asal ?



Perjuangan PAS bermula dengan simbol pertama mereka “Tapak Tangan Terbuka” menjadi lambang ketika mula mula terjun ke kancah politik dan pilihanraya Persekutuan pada 27 Jun 1955 dahulu.

Lambang ini seakan sama dengan lambang asal PKMM , tetapi PKMM menggunakan simbol tangan , mengangkat tangan , sambil menggenggam 5 jari tangan seperti satu penumbuk yang padu!

Walau apa pun tafsiran orang melayu ketika itu, bagi saya , lambang tangan bersama 5 jari ini menunjukkan perjuangan merebut kekuasaan demi menjalankan syariaat Allah dengan maksud 5 jari itu adalah simbol kepada 5 rukun islam.

Selepas itu lambang Tangan Terbuka ini ditukar pula kepada lambang bulan dan bintang. Iaitu sebiji bintang lima penjuru, berada di atas hujung tanduk bulan sabit, di mana dua penjuru kakinya berada dalam lingkungan bulan dan tiga penjurunya lagi berada di bahagian atas luar lingkungan bulan sabit tersebut.

* Lihat bendera kecil disebelah atas bucu kiri gambar di atas, nampak bendera hitam yang ada lambang bulan dan bintang?.


Amat malang sekali bila lambang ini juga terpaksa ditukar kerana diharamkan oleh Kerajaan di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, iaitu pada tahun 1971. Mereka menuduh menuduh PAS sengaja menggunakan lambang Islam seperti bulan dan bintang untuk mengelirukan orang ramai. Betulkah begitu saudara ??? Tidak, ini hanya percaturan politik saja!


Sekali lagi lambang PAS ditukar kepada lambang satu bulatan putih seperti bola ping pong yang bererti bulan purnama, dengan latar belakang warna hijau dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan warna hitam. Ukurannya seperti yang tercatat dalam ‘Perlembagaan PAS, pindaan 1987’, hendaklah 3x4 atau 3:4, iaitu 3 lintang dan 4 bujur. Boleh digunakan dalam inci, kaki, cm, meter, atau sistem ukuran-ukuran lain.



Bendera PAS pula berwarna Merah - Putih. Warna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya. Di pangkal sebelah kiri terletak satu bulatan hijau. Pada asalnya di dalam bulatan tersebut, tertera perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dalam tulisan jawi berwarna putih.

* Lihat gambar bendera PAS yang berkibar di atas, satu bulatan hijau atas warna merah-putih Sang saka!


Dengan pengharaman seperti yang diterangkan di atas, lambang tersebut tidak boleh digunakan lagi dan hanya tinggal bulatan hijau sahaja.

Maka kekallah bendera PAS hampir sama dengan bendera UMNO, yang mana di sudut atas Sang Saka Merah - Putih tersebut terdapat Bulatan Hijau bagi Parti PAS dan lambang keris untuk Parti UMNO


*Lambang Parti UMNO juga berubah dari masa ke semasa seperti di atas.

*Bendera UMNO


Sesuai dengan peredaran zaman agaknya bendera PAS kini melakukan metamorfosis seperti juga UMNO , lalu berkibarlah bendera berwarna hijau penuh dengan lambang bulan purnama di tengahnya yang sudah hilang seri dan aura asal perjuangan PAS yang diasaskan oleh arwah Tuan Haji Ahmad Fuad dahulu.


Akhir sekali,… kalaulah Bendera PAS seperti dahulu yang mempunyai Kalimah Allah dan Muhammad berserta bulan dan bintang sebagai lambang perjuangan Islamnya… sudah pasti tuan Presiden PAS , Tuan Guru Hj Hadi dan ahli-ahli PAS yang lain akan berjuang mati-matian sehingga ke titisan darah terakhir mereka mempertahankan kalimah Allah itu dari terus dimiliki oleh orang yang bersekongkol dengan mereka!!!


Namun,
apakan daya , ceramah, slogan dan retorik PAS yang berbaur syiah selepas zaman arwah Ustaz Fadhil Nor dan kini lebih bersifat liberal , kononnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menjalankan Hukum Hudud adalah hanya satu rempah ratus penambah perisa sebuah Parti Politik Picisan biasa yang sudah jauh tersasar dari perjuangan asal mereka!

Segalanya menjadi tidak mungkin kerana rempah bagi perasa yang enak itu tidak termaktub dalam perlembagaan Parti PAS sebenarnya untuk menjadi menu berkhasiat dan lazat buat santapan Bangsa Jawi Islam di hari kebangkitan akhir zaman di bumi bertuah Semenanjung Emas ini ! KECUALI lah mereka sedar dan kembali kepangkal jalan, MENGANGKAT TANGAN DAN MENGGENGGAM SEMULA 5 JARI sepenuh kudrat , mencari dan meneruskan Rancangan Asal Pencetus Revolusi Intektual Islam Tulen dari gunung Semanggol !!! ALLAHUAKBAR !!!


Berbalik kita kepada tajuk asal artikel ini, iaitu dalam isu kalimah Allah ini, dimanakah pendirian PAS??? Tepuk dada tanyalah iman saudara! Iman ini bukan boleh dipaksa-paksa!


Kepada cerdik pandai yang bergelar Maknikam yang mengatasi jauharinya pula, memanglah iman itu tidak boleh dipaksa-paksa, dan penjelasan anda tentang perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran berkaitan dengan siapa yang tidak menyokong kalimah Allah ini, di dada akhbar itu benar, tetapi dalam isu mempertahankan Kalimah Allah ini janganlah menampakkan pendirian anda lebih berpihak kepada Islam Liberal lalu menyerlahkan sedikit unsur-unsur kewahabian anda !

Demi Allah dan Rasulnya, saya akan menentang anda habis habisan dengan mata pena, dengan seluruh kudrat dan selaut tinta , sekiranya anda berpihak kepada tuntutan orang-orang kafir untuk menggunakan nama Allah ini! Ini bukan perkara kecil dan bukan perkara main-main, kita akan disoal oleh Allah tentang amanah dan tanggungjawab ini saudara!

Sejuta ucapan Tahniah kepada Dato’ Dr haron Din dan mereka mereka yang seangkatan dengannya dari PAS dalam mengenengahkan pendirian tegas dan murni ini! Saya tahu dan sememangnya percaya Dato’ Dr Haron Din tidak akan mengecewakan dan menghampakan manusia yang pernah membai’ah dirinya dan mencadangkan penubuhan Darul Syifa’ untuk kesejahteraan umat islam di Negara ini yang terlebih dahulu melihat melalui pandangan mata batinnya tentang kemajuan dan sambutan yang akan diberikan kepada Darul Syifa’ seperti sekarang ini , iaitu tidak lain dan tidak bukan Sheikh Nazim Al-Haqqani!

Mungkin Dato’ Dr haron Din tahu , dan mungkin Dajjal dan Iblis laknatullah juga sudah tahu bahawa Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan itu adalah orang yang sentiasa menghidupkan zikir khafi Allah, Allah, Allah … didalam hatinya!!!

*******

Aaahhh…!!! teringat aku pada kata-kata Sultan Melaka kepada Bendahara sewaktu Jebat bangkit meminta pengadilan dan menebus harga darah dan nyawa sahabatnya Tuah….
Kalaulah waktu ini Tuah masih ada….!!!!”

Lalu di dalam hati kecilku berkata … “ Kalaulah HAMIM masih ada! kalaulah Parti Hizbul Muslimin masih ada dan … kalaulah…. Aku berpijak di permukaan tanah sebuah Negara… Negara yang bergelar Darul Islam….. segala isu ini tak akan timbul…”

Aku berkata lagi :

Kalaulah aku berada di sebuah Negara yang bergelar Darul Islam, sudah pasti aku hanya menjumpai masjid sahaja, tak terfikir pun dihati ini untuk bertemu dengan kuil, dengan tokong , apa lagi dengan Gereja yang berselerak ini”

Dan :

Kalaupun rumah ibadat mereka yang kafir disakiti, pemimpinku atau Juara Rakyatku tidak akan tergopoh gapah menghulurkan wang sebanyak itu tanpa terlebih dahulu mencari siapa yang bersalah! Sepatutnya orang yang bersalah itulah yang mesti membaiki rumah ibadat yang dirosakkannya itu, bukan pemimpin! Kerana wang yang akan diberikan itu adalah wang rakyat! Masih ada lagi mereka yang benar-benar berhak menerima dan mendapatkan wang itu mengikut perkiraan syarak seperti anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-ibu tunggal yang miskin, masjid-masjid atau madrasah-madrasah kampung yang sudah uzur dan lain lain !!!”

* Ini adalah seguni amanah dan Khazanah rakyat! Ini Tanggungjawab dan Amanah kepimpinan yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti !!! berhati-hatilah dalam mengendalikan benda di dalam guni ini!


Teringat aku kembali kepada kisah kisah pemimpin agung islam dahulu, mereka sanggup keluar malam menyamar meninggalkan istana mewah untuk melihat dan mendengar masalah rakyat, mereka sanggup berlapar dari mengambil harta baitul mal, mereka sekeluarga lebih rela bergelap dimalam hari dari mengambil lilin atau menggunakan minyak pelita dari khazanah negara kerana takut disoal oleh Allah di akhirat nanti tentang penyelewengan dan amanah mereka sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini. Mereka inilah sebenarnya Juara Rakyat!

Masih adakah di zaman ini satu usaha untuk menubuhkan sebuah Parti seperti Hizbul Muslimin dahulu dengan matlamat utama untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Darul Islam??? Jika ada… rasanya aku ingin menjadi orang pertama yang akan menyertai gerakan itu! InsyaAllah, semoga ada usaha seperti itu atas nama sebuah kebangkitan akhir zaman!!!

Ayuh Dato’ Dr Haron Din, ayuh Tun Dr Mahathir, ayuh Tok Guru Nik Aziz , ayuh Ustaz Taib Azamuddin, ayuh Ku Li dan lain- lain tokoh yang berwibawa , ayuh Sultan- Sultan Melayu yang berdaulat, kami rindukan satu Negara dan suasana islam sebenar seperti di zaman Sultan Malikul Salih membina Empayar Islam Acheh !



Akhir sekali, entah mengapa hati ini begitu sebak ? bila menghayati senikata lagu Rasmi Perjuangan PAS yang sebenar ini , anda bagaimana? :



"Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau kalah atau capai kemenangan.

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau rebah atau tegak kejayaan.

Berjuanglah wahai ansharullah
Dengan semangat yang tak kenal kalah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergerak ke gerbang jaya
Agar bebas dan kekal merdeka
Beramallah wahai roh yang suci
Hingga nyata benarnya janji Robbi"



Wassalam.

Al Fakir Ilallah : Sangtawal Sakranta.



Artikel Pilihan 1 :





Tajuk : Ustaz Abu Bakar Al-Baqir : Ulama Dari Gunung (1907-1974)

Sumber : Klik Sini

[ By : Kayacipta Oktober28, 2008.

NEGERI bumi timah ini sememangnya tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama yang berketrampilan. Malahan kewibawaan mereka menjangkau ke seantero Nusantara sekaligus melewati ke seluruh dunia Melayu. Nama-nama mereka begitu harum di langit zaman dan meniti setiap bibir pengikutnya sejak zaman berzaman. Begitu jualah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti Islam yang pertama tertubuh di Tanah Melayu.

Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood. Penubuhan Hamim dirangka oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Dr. Burhanuddin Al-Helmi, alim ulama serta cendikiawan Islam di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948 yang telah dihadiri seramai 5,000 orang. (Dr. Burhanuddin sebenarnya pernah berkhidmat di MAEAS mengajar ilmu politik Islam).

Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri yang terdiri guru-guru dan pelajar sekolah pondok seluruh tanah air. Namun begitu sejarah Hamim sebenarnya tidak panjang seperti MAEAS. Justeru itu, Ustaz Abu Bakar Baqir bukan sahaja sinonim dengan Hamim tetapi lebih tertonjol bersama kecermerlangan MAEAS. Beliau bersama pemimpin Semanggol, Haji Abdul Rahman Mahmud telah mendirikan MAEAS pada tahun 1934 di atas tanah milik bapanya bagi menggantikan pondok Al Rahmaniah yang telah uzur.

Pondok yang terkenal itu menawarkan lima mata pelajaran penting seperti Ilmu teras (tauhid, tassawuf, fiqh, tafsir, hadis): Ilmu alat (nahu arab, sarf, balaghah); Ilmu pelengkap (sejarah Islam, logika, hisab, ilmu alam, al-tibb, bahasa Inggeris, kesusasteraan Melayu, tatanegara, sejarah umum, pidato umum, seni-khat) dan ilmu pertukangan yang diajar untuk pelajar putera sahaja. MAEAS ialah sebuah sekolah agama rakyat yang cukup berjasa. Ia melahirkan ramai pemimpin, antaranya Allahyarham Tan Sri Muhammad Asri Muda, bekas Menteri Besar Kelantan.

Pengasasnya pernah disebut sebagai ulama yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikirullah. Kisah hidupnya tidak banyak ditulis orang. Namun begitu sumber yang dikumpulkan oleh Nabir Haji Abdullah dan risalah benar susunan Muhammad Asri (terbitan jamaah Pimpinan Umum Hizbul Muslimin) ada menyatakan bantahan terhadap penangkapan Ustaz Abu Bakar Baqir sekitar tempoh 1948-1952. Latar belakang beliau dimuatkan di dalam tulisan tersebut.

Berasal

Susur-galurnya berasal dari daerah Kendal Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke 19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar pernah tinggal di Klang, Selangor dan kemudian berhijrah ke Kuala Kurau, Perak. Hasil usahanya, beliau meninggalkan tanah pusaka yang luas kepada anaknya, Mohd. Said iaitu bapa Ustaz Abu Bakar Baqir.

Mohd. Said cukup mementingkan pendidikan agama. Beliau mengasuh anak-anaknya; Muhaiyuddin, Abu Bakar, Abdullah, Aishah, Saodah dan Hafsah dalam suasana didikan Islam yang amat mendalam dan menerapkan Islam sebagai ad-deen. Ustaz Abu Bakar Baqir lahir di Gunung Semanggol, Perak pada 1907. Ketika usianya enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol serta mempelajari fardu ain dan Al-Quran.


Kemudian, dia menuntut di Madrasah Al Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah selama 15 tahun. Kira-kira enam tahun Ustaz Abu Bakar di pondok itu (1919-1924) mengaji fiqh, tauhid, tafsir, Al Quran dan hadis serta tatabahasa Arab.

Kepala Telaah

Di pondok ini, Ustaz Abu Bakar dilantik sebagai kepala telaah, (mengikut tradisi, jawatan itu tidak mampu disandang kecuali mereka yang mencapai tahap kelayakan akademik tertentu). Sebenarnya, pelantikan itu menunjukkan pengiktirafan Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim kepadanya. Dan pengiktirafan inilah yang mendorong Ustaz Abu Bakar menjadi pendidik di samping menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok itu. Menerusi unit ini Ustaz Abu Bakar bersama rakan-rakanya berlatih berdebat pada setiap malam Jumaat.

Minatnya untuk mendalami politik Islam kian bercambah apabila beberapa rakan, antaranya Ustaz Abdul Halim Haji Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Score (kerana dia pemain bola sepak) sering berdebat mengkaji kemurnian Islam berbanding komunisme, kapitalisme dan faham politik yang lain. Minat itu sentiasa dipupuk dan kian melebar ke arah menyemaikan semangat cintakan watan apabila beliau mengadakan hubungan dengan penuntut-penuntut Melayu di sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Perhubungan dua hala itu bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah agama Islam dan mencari ikhtiar mengembling tenaga untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Antara yang berhubung rapat dengannya; Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Fadhullah Shuhaimi (Singapura)’ Ahmad Mahir (Kelantan); Ahmad Fuad Hassan (Kuala Kangsar); Ismail Hamzah (kemudian Mufti-Kuala Kangsar); Haji Arshad (Bagan Datoh); Abdul Hadi Kamil (Sabak Bernam) dan Haji Hassan Yunus (Bekas Menteri Besar Johor 1959-1967).

Mengikut jejak

Pada tahun 1931 apabila Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim berpindah ke Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar kerana menunaikan jemputan Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938) menjadi guru, beliau ikut serta sebagai pelajar pula. Di Madrasah Idrisiah dia sempat menuntut selama tiga tahun (1931-1933). Dia cukup disayangi gurunya, Haji Abdullah Pak Yim. Justeru, dia ditauliahkan sebagai guru sambil belajar iaitu pada separuh masa pertama setiap hari menjadi murid, separuh masa lagi menjadi pendidik dengan gaji RM 30.00 sebulan.

Pada tahun 1934 Ustaz Abu Bakar Baqir meletakkan jawatan dan pulang ke Gunung Semanggol. Kepulangan ini kerana dijemput oleh gurunya yang pertama iaitu pengasas Madrasah Al Rahmaniah, Haji Abdul Rahman Mahmud yang juga bakal bapa mertuanya. Setelah setahun kembali menetap di bumi kelahiranya, pada tahun 1935 dia berkahwian dengan Fatimah Abdul Rahman dan dikurniakan tujuh anak.

Kegiatan Ustaz Abu Bakar Baqir tidak hanya tertumpu kepada politik tetapi melebar ke arena ekonomi, kebajikan dan pendidikan. Namun begitu, bidang pendidikanlah yang paling menonjol. Beliau bukan sekadar ulama tetapi dikenali sebagai tokoh pendidik yang berkalibar, Pelantikannya sebagai pengerusi badan kebajikan dan pendidikan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) serta pernah merangka dasar pendidikan nasional membuktikan keupayaan beliau di bidang tersebut.

Dalam persidangan di MAEAS pada 15 November 1947, beliau dibantu oleh Abdul Al-Rabb Al Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) bertujuan menyeragamkan sukatan pelajaran sekolah agama rakyat di Tanah Melayu. Bagi mencapai matlamat itu, sebuah pusat pendidikan sekolah rakyat ditubuhkan dan ia dikelolakan oleh Syeikh Zubir Haji Ahmad yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Rabb Al Tamimi, MAEAS telah dijadikan contoh kepada sekolah agama rakyat di tanah air ketika itu.

Dalam bidang ekonomi dan kebajikan pula, Ustaz Abu Bakar mengetuai Persatuan Al Ehya Al Syarif sehingga akhir hayatnya (didaftarkan dibawah Undang-Undang Kompeni dan Syarikat pada 1940) mengusahakan tiga projek; kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik. Stesen janakuasa elektrik yang dibina pada tahun 1956 itu, menawarkan perkhidmatan kepada penduduk kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol, Kubu Gajah dengan bayaran RM1 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Stesen ini kini telah diambil-alih oleh Tenaga Nasional Berhad.

Dalam menggerakkan ekonomi, beliau pernah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menarik minat orang Melayu mengusaha dan menggunakan barang buatan sendiri yang terjamin bersih dari segi syarak. Usaha beliau berhasil apabila beberapa kilang serbuk kopi, kicap dan taucu didirikan di Taiping, Tanjong Malim, Kuala Kangsar dan Ipoh sebagai tapak permulaan penceburan bangsa Melayu dalam dunia perniagaan.

Dalam bidang politik pula, beliau akrab dengan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin Al Helmi. Dia cukup serasi dengan Dr Burhanuddin. Ini dapat dilihat beberapa agenda penting MAEAS, Dr Burhanuddin turut sama sebagai penggerak utama. Umpamanya, persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang berlangsung pada 22-24 Mac 1947, sekaligus mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu (PEPERMAS) dan MATA.

Seperti Dr Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiring itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara. Setelah dibebaskan, Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah atas sifatnya sebagai seorang ulama.

Beliau juga pernah dilantik berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Guru pada tahun 1975 setelah meninggal dunia. Sesungguhnya, ‘ulama dari gunung’ ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsanya, sudahpun berpulang ke alam baqa ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada tanggal 14 Julai 1974 dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

* Al Fatihah buat Allahyarham .. oleh ; Zabidin Hj Ismail ]



Thursday, January 07, 2010

Isu Kalimah Allah : Bayangkan Jika..(...)..!



Tajuk : Isu kalimah Allah : Bayangkan Jika ..(…)..!

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


“Gagasan Yang Baik Adalah Apa Yang Digambarkan, Bukan Yang Ditulis!”

Bermula dari ungkapan keramat diatas , saya cuba untuk menyampaikan apa yang terjadi dan bakal terjadi sekitar isu Kalimah Allah ini dalam artikel saya kali ini untuk tatapan seluruh umat islam, terutamanya Melayu-islam yang berada di permukaan Tanah Jawi Yang Dijanjikan (Land Of Promise) ini!

Gambarkan juga bermaksud Bayangkan! Ya, cuba pejam mata anda dan cuba bayangkan apa saja mengikut kreativiti atau ingatan anda! Sudah tentu anda juga sedang bermain dengan warna-warna jika ia melibatkan gambaran kerana dengan cara itu setiap objek yang anda bayangkan akan menjadi bererti dan lebih bermakna.

Betapa hebatnya gambaran atau Daya Imaginasi ini saudara. Bayangkan seorang arkitek boleh menghasilkan sesuatu rekabentuk bangunan yang cantik atau seorang pereka fesyen pakaian boleh mereka fesyen pakaian yang cantik dan sebagainya hanya dengan memulakannya didalam otak , iaitu dengan hanya membuat sedikit gambaran pada mindanya.Oleh itu gambarkan gagasan anda selalu, insyaAllah ia akan menjadi satu kenyataan!!!

Untuk mejadikan gambaran itu lebih menarik, perlu dimasukkan juga unsur - unsur bunyi, emosi atau perasaan. Seorang pengarah filem yang hebat tentulah mempunyai daya imaginasi dan kepintaran spiritual yang tinggi! Sejauh mana ia mengolah dan mengarah filem itu dengan penuh kreativiti di mindanya, sejauh dan sehebat itulah mutu filem yang dihasilkannya.

Baiklah, kini saya mahu anda semua Bayangkan… ya, Cuma bayangkan saja diri anda menjadi seperti “anak-cucu kita” bila Kalimah Allah ini menjadi milik agama lain selain islam dan mereka akan bebas sesuka hati menulis dan menggunakannya dalam penulisan dan apa saja bentuk media dakwah mereka. Apa akan terjadi nanti agaknya???

Kepada mereka yang malas untuk membayangkannya atau malas berimaginasi, disini saya sertakan satu “Cerita benar” sebagai panduan, Cuma gantikan watak utama dalam cerita itu iaitu arwah Gus Dur dengan “diri anda” atau “anak-cucu kita”.Mudah saja.

Jadi , sila lihat , sila dengar setiap patah perkataan, sila berikan konsentrasi dan seluruh emosi dan jiwa anda kepada sebuah babak yang sudah siap digarap ini dengan teliti, dan selepas itu anda berfikirlah dengan tenang , selami maksud dan makna yang tersurat dan tersirat serta buatlah satu kesimpulan mengenainya!!!




Perhatian !!! : Bukan tujuan saya ingin menghina atau memperlekehkan Gur Dur, Tidak! Apa lagi Gus Dur (arwah) telahpun pergi meninggalkan kita menemui Tuhannya,(maafkan saya) tapi saya siarkan Cerita Benar ini sekadar untuk memberi satu pengajaran berguna buat anak bangsa saya terutamanya yang muslim.

Oleh itu, Anggapkan generasi selepas ini, iaitu “anak cucu kita” yang berada ditempat itu, gantikan tubuh badan arwah Gus Dur dalam cerita diatas itu dengan tubuh “anak cucu kita yang KELIRU” atau kita sendiri(minta jauh dari Allah!) akan beraksi dalam babak seperti itu!

* Mari kita mulakan…. [ tulisan berwarna biru - itu ucapan kata-kata paderi ]

[Di sebuah gereja… Lebih 10 ribu para pendeta, hamba Tuhan ( kenapa tak sebut Allah?) dan umat Kristiani, akan memberkati hamba Allah ini ( hamba Allah merujuk kepada anak cucu kita , kenapa tak sebut hamba Tuhan pula?), paderi doakan untuk anak cucu kita yang KELIRU itu kepada Tuhan mereka, tengok satu tangan mereka ke atas! Amat berlainan sekali dengan cara kita berdoa!

Allah Bapa yang bertakhta di kerajaan syurga, Allah Abraham( Ibrahim ) , Allah Ismail, Allah Yaakub, … dimulai dengan nama Allah…. Selepas itu kata : bawa "anak cucu kita" … Ya Tuhan kedalam tanganmu, tengok… bila merujuk kepada Tuhan mereka , mereka akan sebut TUHAN atau GOD , bukan Allah,… tengok ayat “keberadaannya ditengah bangsa ini bukan sesuatu yang kebetulan”…. Untuk kesejahteraan bangsa kami Indonesia (cuba tukarkan kepada Bangsa Malaysia, bukan bangsa melayu ye! ).. apa kamu akan rasa???

Kami percaya Bapa, … yang mendatangkan “Indonesia Baru” … cuba gantikan dengan “Malaysia Baru” , apa kamu rasa???

“Kami akan melakukan perkara-perkara besar ditengah bangsa ini”apa perkara besar itu???

“berkati [anak cucu kita] Ya Tuhan… dalam kegiatannya hari-hari”….. segala jemaah yang dipimpinnya… 50 juta ahli NU… cuba bayangkan NU itu sebuah parti kat Malaysia ni!!! … membawa bangsa ini kepada kesejahteraan yang luar biasa???

“Terima kasih bapa, kami percaya, empati yang beliau telah berikan kepada kami…” apa yang telah beliau berikan???

“Allah yang kami puji, kami sembah dalam Jesus Kristus Tuhan” apa maknanya itu saudara???

Ingin kah kita dan anak cucu kita nanti dikelirukan dan disesatkan sebegitu saudara-saudaraku???


Selepas itu ‘anak cucu kita’ akan didoakan pula oleh seorang paderi wanita lain, yang datang dari jauh dari Amerika … Ibu Siti ? Jacob?? Sekali lagi saudara… dari Amerika!!! Mengapa dari Amerika untuk menyampaikan pesan Tuhan, bukan Pope dari Vatican, Rome???

Tengok ayat dalam doanya, LORD, GOD, JESUS, semua nama itu diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia dengan TUHAN atau TUHAN JESUS, kenapa mereka tak guna ALLAH??? , mengapa hanya mereka di Malaysia mahukan Tuhan itu ditukar kepada Allah???

“Aku akan berikan kekuatan untuk menyelesaikan apa yang perlu engkau selesaikan untuk bangsa ini," . apakah urusan yang tak selesai itu saudara???

“Aku akan menjadi kekuatan mu dan aku akan menolong kau…”

“Aku ciptakan kau dalam kandungan ibumu untuk membantu menyembuhkan negeri ini…” DAN AKHIRNYA… ].

Mahukah “anak cucu kita” nanti menjadi semakin keliru dan bengong, lalu membiarkan diri didoakan oleh orang lain kepada Tuhan lain selain dari tuhan kita yang sebenar iaitu Allah???

Fikir fikirkanlah!!

Sekali lagi, cuba bayangkan kita atau “anak cucu kita” yang berada dalam babak “Cerita Benar di atas” !!! cuba Bayangkan jika…!!!


Bagaimana pula suasana di Malaysia?


Sekeping surat ( Klik) yang dihantar oleh pihak Gereja ini kepada orang yang mereka harap-harapkan akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ( Bakal PM ) ini sangat besar maknanya dalam mengorak dan menentukan halatuju perjalanan dakwah mereka. Bagi kita orang islam pula harapan dan isi surat tersebut amatlah kita bimbangi demi mempertahankan akidah anak bangsa kita di kemudian hari !!!

Sila klik gambar surat tersebut dan bacalah sendiri dengan hati-hati serta teliti setiap patah perkataan dan baris ayat tersebut , semoga Allah swt akan membuka mata hati anda semua pada hari ini. InsyaAllah. Sila baca disini : KLIK SINI.


Sekali lagi, pada pandangan saya, isu “Kalimah Allah” ini sesuatu yang besar dan penting untuk diperjuangkan oleh setiap muslim yang mengaku dirinya sebagai seorang Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Haron Din dalam isu ini. Kepada Ulamak diatas pagar dan kepada mereka yang kononnya menyokong kalimah ini digunakan oleh orang bukan islam, tetapi telah memberikan Hujah atau garis panduan kasar jika ingin menggunakannya juga atau tips-tips yang kononnya bijak itu, saya rasa mereka tidak ikhlas dan ada agenda tersendiri atau agenda peribadi yang mereka ingin perjuangkan.

Semoga Sultan dan Raja-Raja yang bertindak sebagai Ketua Agama Islam turut campur tangan dan mengambil satu langkah yang tepat dan drastik serta tidak bertangguh-tangguh dalam hal ini demi menjaga kesucian Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi Negara ini . Lagipun rasanya tidak wajar kes ini dibicarakan di mahkamah sivil. Kalau selalu tangguh, jadilah kita Pak Tangguh - Tangguh! Tak sudah – sudah dan tiada Full Stop! Tak ada pekdahnya untuk membuang masa atau bermain dengan masa ni !!! bukankah Allah bersumpah dengan masa, Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


Sejarah Asal usul mahkamah dan peguam serta Demokrasi??? , sila baca Artikel lama disini : Demokrasi Vs Khilafah/ Raja-Raja : Klik Sini


Satu artikel dan kupasan menarik bertajuk : “ Allah Inti Ibadah, Kenapa Katholik Mahu Gugat?” oleh Datuk Dr Siddiq Fadhil , boleh baca : Klik Sini


Kalaulah Si Budak Munsyi Abdullah aka Bapa Persuratan Melayu Moden itu masih ada!!! Apa hujahnya pula ye??? Sebab dialah orang pertama yang menterjemahkan Bible ke Bahasa Melayu, tentu besar pahala baginya bukan?? Nak tahu siapa dia? : Klik Sini
atau Klik Sini.

Apabila orang kristian pun menggunakan nama Allah : Sila Klik

Oh ya, untuk mengenali siapa itu Gus Dur dan hubungannya dengan pemikiran islam liberal, sila Klik Sini . untuk mengenangnya!





Artikel Pilihan 1 :

Tajuk : Kisah Ketua Paderi Seluruh Sabah Masuk islam.

Sumber : Klik Sini


turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS
dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
Terbitan : 24 Mei 2002

( Rev.Thomas Laiden -- Ust.Tajuddin Othman Abdullah)

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad terus bergolak agak elok perwakilan UMNO merenung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.

Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai seorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD.

RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu.

Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik-beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun.

Dialog Dengan Pope John Paul

Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu-bapa dan adik-beradik, apabila ibu-bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu-bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.


7 Rukun Kristian

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i). Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii). Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii) Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci
v). Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi) Kristi Imaman - menjadi paderi
vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Air Suci (Holy Water)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.

Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah ama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Ekaristi Maha Kudus

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk-moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Sebenarnya agama Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti didalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian.

Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w

Ketika itu saya masih belajar di Vantikan, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.


Hidayah


Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku.

Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat.

Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak diantara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?" Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam."

Peluk Islam

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai Islam.

Dengan Kekuatan Diri setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa, kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Diperangi Keluarga

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!" Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu-bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya.

Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar.

Kesatuan gereja

Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.

Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian.

Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukanseperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?" Saya katakan,"Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"

Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.

Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.

Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.

Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata : jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'





* Untuk mengikuti kisah seorang bekas Pastor (paderi) memeluk islam, sila ikuti youtube di bawah :

Bhg 1 : Klik Sini


Bhg 2 : Sila lihat dibawah!



* sila lihat pada minit ke 3.22 hingga ke minit 3.30 diatas, nama Ustaz Tajuddin Othman yang pernah menjadi seorang paderi dan pernah belajar hingga ke Gereja Vatican City di Rome seperti yang diceritakan dalam artikel pilihan 1 diatas disebut dengan jelas oleh Ustaz ini !

Bhg 3 : Klik Sini