Showing posts with label Artikel dakwah islam. Show all posts
Showing posts with label Artikel dakwah islam. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !



Tajuk : Isu Kalimah Allah : Kalaulah HAMIM Masih Ada dan Kalaulah Aku Berada Di Negara Darul Islam Yang Tercinta !

Artikel Oleh :
Sangtawal Sakranta.



Mungkin bagi kita generasi selepas merdeka, rasanya sudah tidak berapa kenal atau biasa dengan nama HAMIM. Namun jika kita sebut nama HAMIM itu sebuah Parti iaitu PARTI HIZBUL MUSLIMIN, yang pernah diharamkan di umur setahun jagung ( 4 Bulan) penubuhannya dalam tahun 1948 dulu! mungkin ada yang masih mengingatinya, malah ada yang mendakwa dan tersilap tafsir bahawa Perjuangan Parti PAS sekarang adalah kesinambungan dari Hizbul Muslimin itu.

Dalam artikel ini saya tidak mahu menyebut banyak tentang parti PAS, dan kalau ya pun PAS itu berkesinambungan dari Hizbul Muslimin, namun perjuangan PAS kini , bermula selepas era Ustaz Fadhil Nor sudah lari dari landasan perjuangan sebenar mereka! Akuilah hakikat yang perjuangan PAS kini tidak boleh disamakan dengan Hizbul Muslimin dahulu!

Oleh itu, artikel saya kali ini lebih berfokuskan kepada sebuah parti yang dianggap dan digelar oleh Dato’ Onn sebagai “Bahaya Dari Gunung” atau “ Red Islamic Parti” ini. Keghairahan Dato’ Onn menjaja nama dan menimbulkan persepsi negatif orang melayu islam kepada Hizbul Muslimin ini sebagai sebuah pertubuhan yang sangat merbahaya yang diresapi ideologi Komunis telah membawa kepada pengharaman parti ini selepas hanya beberapa bulan ditubuhkan iaitu selama 4 bulan sahaja!.

Parti Merah Islam ini sengaja dikaitkan dengan komunis kerana warna merah itu dikatakan berunsurkan ideologi komunis. Bahaya Dari Gunung ini telah diterjemahkan oleh Dato’ Onn sebagai satu gerakan berunsur militan yang ditubuhkan dan berpusat di sebuah gunung, iaitu Gunung Semanggol Perak untuk menggugat ketenteraman awam dan memecah belahkan umat islam di Tanah Melayu ketika itu! Namun, apakah semua tuduhan Dato’ Onn itu benar saudara? Apakah motif sebenar atau konspirasi beliau untuk membenam Hizbul Muslimin yang mulai bangkit ini ke dasar Lumpur Hitam Tanah Jawi ini ?

Bagaimanakah bermulanya perjuangan islam berbentuk intelektual ini berlaku di Tanah Air kita sehingga tertubuhnya sebuah Parti Islam yang benar-benar TULEN dalam memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Islam ini saudara???

Kepada orang melayu ahli PAS, jangan cepat melatah, sila baca artikel ini sampai habis dengan teliti dan rasional sebelum menuduh saya sengaja mengenengahkan isu ini .Mungkin ada di antara anda semua yang menuduh saya sengaja ingin mengelirukan orang-orang PAS, sebenarnya TIDAK!, bukan itu tujuan saya, saya hanya ingin berkongsi pendapat bersama kalian, itu saja! Mari kita baca dan kaji bersama! Kesimpulannya ditangan anda bukan ditangan saya.


Sebenarnya , pergerakan reformasi atau kebangkitan islam di tanah Air kita ini merupakan rentetan dari kebangkitan islam di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh kebangkitan ini melalui Majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan (1926-1931).

Gerakan politik berparti di kalangan orang Melayu bermula dengan semangat nasionalisme menuntut kemerdekaan Negara dari penjajah. Pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan ialah Kesatuan Melayu Muda ( KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob pada bulan Mei 1937 . Pertubuhan ini lebih bercorak radikal dengan semangat nasionalisme yang kuat. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu ini dari terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana telah diharamkan oleh Jepun setelah mereka menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, sebuah lagi parti politik baru orang Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau disebut juga Malay Nationalist Party (MNP). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi sebelum diambil alih teraju kepimpinannya oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang Pemikir dan tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.

PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM atau MNP dan beliau telah mendapat kepercayaan penuh golongan agama di tanah melayu untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

Dato’ Onn pula telah menubuhkan Parti UMNO pada 1.3.1946 selepas berjaya menggagalkan usaha penubuhan Malayan Union.

PKMM dibawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi telah berjaya perluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se Malaya (BATAS).

Menyedari hakikat betapa perlunya orang melayu islam bersatu dalam sebuah gerakan demi mempertahankan agama islam, parti MNP atau PKMM seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggungjawab melahirkan MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) pada tahun 1947. Selain MATA mereka juga berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se -Melaya ( PEPERMAS ).

Kejayaan PKMM di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, memberikan satu tamparan hebat kepada Dato’ Onn yang memimpin UMNO ketika itu. Setelah melihat sambutan hebat dari orang melayu terutamanya golongan agama, mungkin Dato’ Onn melihat peluang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan cara perundingan dengan British adalah mustahil dan semakin jauh . Oleh itu pada hemat saya, Dato’ Onn pun mulalah menentang PKMM, terutamanya sayap agamanya MATA ( Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya ) yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ini terbukti dengan pemulauan Parti UMNO dimana pada hari penubuhan MATA, tidak ada seorang pun wakil yang dijemput dari Parti UMNO yang hadir. Selepas itu permusuhan antara MATA dan UMNO semakin ketara.

N.J.Funston dalam bukunya- Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur, telah menyatakan bahawa tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk mengawal urusan hal ehwal agama Islam dari diterajui oleh mana-mana pihak yang tidak layak. Di dalam persidangannya, MATA telah mengisytiharkan pemisahan hal-hal yang berkaitan dengan agama tidak boleh dikawal oleh mana-mana negeri secara persendirian. Mereka berpendapat, sultan-sultan juga tidak cekap membuat keputusan dalam hal-hal agama seorang diri , dan perlu merujuk terlebih dahulu kepada MATA. Oleh itu kongres telah mendesak supaya kuasa yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada MATA sepenuhnya.

Inilah titik permulaan kepada perbezaan pola pemikiran dan halatuju perjuangan dua buah parti politik orang melayu yang sebenarnya ketika itu !

Lebih parah lagi dan lebih mengeruhkan lagi suasana politik tanah air ketika itu ialah bila Datuk Onn Jaafar tidak henti - henti melaungkan amaran pada tahun 1947 tentang kononnya ada " Bahaya Dari Gunung " yang merujuk kepada adanya ura-ura akan penubuhan sebuah Parti islam yang dirancang di Gunung Semanggol Perak.

Kemuncak kepada gerakan Islam ini , MATA dalam satu mesyuarat agungnya pada 14 Mac 1948 , bertempat di Sekolah Agama Al-Ihya As-Syarif, Gunung Semanggul Perak, telah menubuhkan sebuah Parti Islam Pertama di Tanah Melayu yang disebut Parti Hizbul Muslimin.


Matlamat Utama penubuhan Hizbul Muslimin ialah :


1.Untuk mencapai kemerdekaan.

2.Membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam.


3.Untuk mendirikan sebuah negara Islam atau Darul Islam.



Bagi mencapai ketiga-tiga matlamat di atas , Hizbul Muslimin telah mengemukakan 7 lagi objektif lain seperti berikut :

1.Untuk menimbulkan prinsip kesedaran politik di kalangan orang-orang Islam di Malaya.
2.Untuk menyatupadukan umat Islam di bawah satu ideologi.
3.Untuk menyokong kebebasan cetak, bersidang dan bersuara.
4.Untuk menambah jumlah sekolah dan menyediakan jenis pendidikan menurut keinginan masyarakat pada waktu itu.
5.Untuk mempertingkatkan akhlak orang-orang Melayu.
6.Secara amnya, untuk menjaga kebajikan dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
7.Sedia berkerjasama dengan parti-parti politik dan pergerakan Islam dari luar negeri.


Dengan kuasa Allah swt , dalam kerancakan semangat nasionalisme dan menuntut kemerdekaan negara ini, para pemikir dan intektual melayu islam mulai menyedari bahawa perjuangan atas semangat nasionalisme tidak akan membawa kita kemana-mana.

Memang mereka mengakui akan peranan penting Dato’ Onn yang telah menyatukan orang-orang melayu menentang Malayan Union sehinggakan Dato’ Onn pada mulanya dibenci Inggeris sehingga Inggeris cuba “menghapuskan” beliau. Ini kerana beliau telah sanggup berhujah dengan Raja-Raja Melayu untuk menghalang Raja-Raja dari bersetuju dengan pembentukan Malayan Union dan sanggup pula berdepan dengan tekanan Inggeris .

Namun pihak Inggeris amat licik sekali strategi mereka.Mereka tahu orang-orang melayu sangat unik dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Plan A mereka telah gagal, lalu mereka memerangkap Dato’ Onn dengan plan B pula!

Para intelektual muslim seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi sudah dapat menghidu dan membaca strategi penjajah ini dan mereka percaya Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman juga telah terpengaruh dengan pemikiran penjajah dan ultra sekular Turki .

Mereka yang pulang dari Timur Tengah seperti Mesir dan Turki menyedari perjuangan sekular di sana telah mengetepikan sama sekali Agama Islam , malah mula mengikut telunjuk penjajah!

Oleh itu, kebangkitan perjuangan politik islam yang disemarakkan oleh benih-benih perjuangan yang sedia wujud sejak 1906 lagi mula mendapat perhatian orang melayu islam di Negara ini!

Pakar strategi yang hebat merancang kebangkitan islam ini adalah Dr Burhanuddin Al - Helmy dan Ustaz Abu Bakar Al - Baqir dari Maahad Al - Ihya al Sharif (MAEAS) , Gunung Semanggol, Perak.

Pada pandangan saya, pada masa inilah timbulnya konflik pemikiran di kalangan orang melayu ketika itu samada untuk menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan mengikut cara Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang berjuang dalam UMNO atau menyebelahi perjuangan Dr Burhanuddin Al- Helmy ( PKMM dan MATA ) dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ( Hizbul Muslimin ) iaitu dengan cara menuntut kemerdekaan sekaligus membina dan menubuhkan sebuah Negara Islam yang berdaulat bergelar Darul Islam.

Maka, pada hemat saya orang melayu ketika itu benar-benar dalam dilemma!

Bagi Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman, perjuangan menuntut kemerdekaan adalah motif utama mereka walau dengan apa cara sekalipun dan mereka ini lebih cenderung kepada perundingan dengan pihak penjajah!bagi mereka, cukuplah sejarah pertumpahan darah dan menagih korban nyawa yang berlaku ke atas orang melayu seperti di zaman Tok Janggut dan Mat Kilau.

Kaedah di atas pula tidak berapa disetujui oleh Dr Buhanuddin dan Ustaz Abu Bakarr Al-Baqir yang sememangnya terpengaruh dengan gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Hassan Al-Banna. Mereka cukup percaya bahawa orang-orang kafir sememangnya tidak akan mengizinkan penubuhan sebuah Negara Islam walau dengan apa cara sekalipun!

Hizbul Muslimin dibawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mengambil keputusan untuk menyokong PKMM yang dipimpin oleh sahabatnya Dr Burhanuddin Al-Helmi tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO pimpinan Dato’ Onn.

Akhirnya hayat Parti Hizbul Muslimin atau HAMIM berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai 7 orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Mengapa Inggeris begitu takut akan Parti Merah Islam yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam ini???. Mungkin juga Inggeris terpengaruh dan termakan hasutan Dato’ Onn yang mendakwa parti ini adalah sebuah gerakan yang “Bahaya Dari Gunung” atau Dato’ Onn sendiri yang sudah termasuk kedalam perangkap Inggeris untuk mengetuai sebahagian lagi orang melayu melakukan perang psikologi menentang Hizbul Muslimin lalu dalam masa yang sama British telah mengambil kesempatan untuk mengharamkan Hizbul Muslimin, kononnya atas alasan keselamatan negara dan direstui oleh sebahagian orang melayu yang lain! Itulah kelicikan Inggeris !!!

Demikianlah Inggeris telah berjaya membenam Parti Islam pertama orang melayu ini setelah sempat bernyawa selama lebih kurang 100 hari saja !!! Kesimpulannya ialah penubuhan PKMM membawa kepada penubuhan MATA dan berakhir dengan Hizbul Muslimin.

Memang benarlah ramalan para intelektual muslim bahawa pihak Inggeris tidak akan membenarkan pengaruh dan gerakan Islam bangkit serentak dengan Politik .Prinsip ini adalah kesinambungan dari ajaran pemisahan agama dengan politik yang telah dibawa semula oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu adalah berasal dari ajaran Kristian.

Ini disebut dalam Injil Mathew 21/22 berbunyi:

“Biarkan hak (urusan) maharaja bagi maharaja, dan hak Tuhan bagi Tuhan.”


Namun, sehebat manapun mereka merancang , ALLAH swt juga ada perancanganNya sendiri. Sesungguhnya Dialah sebaik - baik perancang. UMNO dibawah pimpinan Dato’ Onn menjangkakan mereka akan bergerak bebas tanpa cabaran setelah pengharaman Hizbul Muslimin. Namun Rupa - rupanya Bahagian Agama dalam Parti Umno itu sendiri yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad membantah dasar-dasar UMNO yang semakin hari semakin menunjukkan sifatnya yang semakin sekular dan selalu mengikut telunjuk penjajah lalu beliau pun bangkit menentang UMNO . Beliau menubuhkan Persatuan Ulama Se - Malaya pada November 1951.

Salah satu sebab mengapa PAS ditubuhkan ialah sebagai protes kepada UMNO yang pada waktu itu hendak membenarkan judi dan loteri. Alasan mereka untuk mendapatkan sumber kewangan parti dengan cara tersebut menyebabkan Tuan Haji Ahmad Fuad, Haji Abdullah Fahim dari Seberang Prai dan Haji Fathullah Suhaimi dari Singapura telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya tujuan UMNO tersebut.

Persatuan Ulama Se- Malaya merintis jalan selama 4 tahun setelah melalui pahit getir dan proses rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan kerana ketika itu mereka masih di dalam UMNO. Selepas itu barulah tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) dan mereka bebas keluar dari UMNO. Sehari sebelum penamaan calon PRU 1955 PAS telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik. Kesimpulannya ialah Penubuhan parti UMNO pada tahun 1946 membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Malaya pada tahun 1951 dan akhirnya membawa kepada tertubuhnya PAS ( Parti Islam Se Malaya ) secara rasminya pada tahun 1955.

Nah, cuba lihat perjalanan sejarah sebenar parti-parti politik ini saudara. Jadi wajarlah jika saya katakan sebenarnya Parti PAS yang ada sekarang ini adalah produk serpihan UMNO pada tahun 1946. Ia bukanlah kesinambungan atau penerusan wadah perjuangan yang ditinggalkan oleh Parti Islam pertama tanah air kita iaitu Hizbul Muslimin. Lagipun jarak masa untuk kita kata ianya satu kesinambungan ini memakan masa selama 7 tahun, iaitu satu tempoh masa yang agak lama.

Satu lagi hujah saya ialah jika benar PAS ditubuhkan dalam tahun 1951, sudah tentu ia bukan digerakkan oleh saki baki ahli Hizbul Muslimin kerana Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri pun waktu itu masih ditahan dalam penjara dari tahun 1948 hingga 1952 malah selepas pembebasannya pun Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah negeri Perak. Jika dikatakan Tuan Haji Ahmad Fuad yang ketika itu berada dalam UMNO, tetapi beliau mempunyai semangat perjuangan dan cara pemikiran bekas gurunya ketika belajar di MAEAS iaitu Pengasas Hizbul Muslimin Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, saya bersetuju, Tetapi untuk mengatakan bahawa beliau menubuhkan PAS untuk meneruskan perjuangan Hizbul Muslimin, saya agak tidak bersetuju!


Mengapa orang-orang
PAS kini mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah menggantikan Hizbul muslimin saudara??? Mengapa mereka takut atau malu untuk mengaku bahawa ibu yang mengandungkan benih politik mereka adalah UMNO???

Jawapan itu berada ditangan anda, namun pada pandangan saya, selepas Hizbul Muslimin diharamkan, sudah tidak ada lagi suara suara lantang memperjuangkan kemerdekaan Negara sekaligus menubuhkan sebuah Negara Islam iaitu Darul Islam!


Satu lagi hujah saya ialah, mengapa parti PAS ini tidak ditekan atau dikekang perjalanan politik mereka oleh British seperti yang dilakukan kepada Hizbul Muslimin??? Malah British merestui Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya pertama mereka pada tahun 1955 sedangkan umur PAS adalah sebanyak 24 jam (sehari) sebelum tarikh penamaan calon mereka??? Sekali lagi soalan saya, mengapa Inggeris merestui PAS seperti juga mereka merestui UMNO saudara???


* Lihat kempen asal mereka yang berbunyi "Undilah Bulan Bintang untuk keagungan ugama, Bangsa dan Tanah air "

Jawapannya ada dalam perlembagaan Parti Pas yang ditubuhkan itu saudara !!! Cuba bandingkan perlembagaan Hizbul Muslimin yang mantap dan jelas halatuju mereka iaitu untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bergelar Darul Islam! Cuba saudara cari , apakah ada satu artikel atau peruntukan dalam perlembagaan PAS sekarang ini tentang Objektif yang paling dibenci dan ditakuti oleh Inggeris iaitu “menubuhkan sebuah Negara islam!”.

Jika anda ada terjumpa, jangan serahkan dokumen itu kepada saya, tetapi serahkanlah ia kepada bekas Menteri Besar Perak dahulu , kerana beliau pernah bersuara dan menyatakan hasratnya itu dalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa bersidang beberapa bulan yang lalu setelah beliau diasak dengan soalan maut dari pihak UMNO .Malangnya kini beliau tumpas jawatan itu apabila ada katak berbaju manusia yang melompat parti di Perak!

Penubuhan Pas yang didakwa pada pada 24 November 1951 , rupa-rupanya hanya bermatlamatkan :

1. menjadikan Islam sebagai agama rasmi,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
3. Mengetatkan peraturan kerakyatan.

Bagaimana pula dengan perlembagaan awal Pas ?

Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


* KUNCI kepada restu British
keatas PAS adalah termaktub dalam perlembagaan mereka!!! , lihat perlembagaan di atas, 2 daripada 4 objektif mereka adalah mengikut telunjuk Demokrasi! Mana ada lagi suara untuk menubuhkan Negara Islam atau menjalankan Hukum Hudud . Jadi saudara fikir-fikirkanlah sendiri.

Jadi, jika sekarang ini Parti PAS memilih untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, ia tidak menjadi kehairanan bagi saya kerana MEMANG ianya sejajar dengan Perlembagaan ke-4 diatas!!!

Inilah sebab mengapa saya amat tidak bersetuju dengan perjuangan PAS sekarang walaupun dulunya saya seorang penyokong tegar PAS, dan selepas itu termakan hasutan Anwar Ibrahim untuk menyokongnya sekejap di era Reformasi!


Pendapat Ikhlas saya, PAS mengikuti landasan perjuangan islam yang betul sehingga era pemimpin ke-6 PAS iaitu arwah Ustaz Fadhil Nor, selepas itu PAS sudah hilang prinsip perjuangan asal dan pedoman , serta PAS sudah lupa tentang janji asal mereka diawal penubuhan mereka sewaktu dalam kandungan ibunya iaitu Parti UMNO dahulu .


Kini mereka juga telah lupa akan janji-janji Allah seperti yang pernah mereka war-warkan sebelum ini , diantaranya :

“Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan”
( Surah Al-Mujadalah : Ayat 22 )

“ Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu”
( Surah Muhammad : ayat 7)

“ Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka”
( At-Taubah : Ayat 32 - 33 )


Sesungguhnya, kini mereka telah berpaling dari landasan asal perjuangan!


Bagaimana mereka tergelincir dari landasan asal ?



Perjuangan PAS bermula dengan simbol pertama mereka “Tapak Tangan Terbuka” menjadi lambang ketika mula mula terjun ke kancah politik dan pilihanraya Persekutuan pada 27 Jun 1955 dahulu.

Lambang ini seakan sama dengan lambang asal PKMM , tetapi PKMM menggunakan simbol tangan , mengangkat tangan , sambil menggenggam 5 jari tangan seperti satu penumbuk yang padu!

Walau apa pun tafsiran orang melayu ketika itu, bagi saya , lambang tangan bersama 5 jari ini menunjukkan perjuangan merebut kekuasaan demi menjalankan syariaat Allah dengan maksud 5 jari itu adalah simbol kepada 5 rukun islam.

Selepas itu lambang Tangan Terbuka ini ditukar pula kepada lambang bulan dan bintang. Iaitu sebiji bintang lima penjuru, berada di atas hujung tanduk bulan sabit, di mana dua penjuru kakinya berada dalam lingkungan bulan dan tiga penjurunya lagi berada di bahagian atas luar lingkungan bulan sabit tersebut.

* Lihat bendera kecil disebelah atas bucu kiri gambar di atas, nampak bendera hitam yang ada lambang bulan dan bintang?.


Amat malang sekali bila lambang ini juga terpaksa ditukar kerana diharamkan oleh Kerajaan di zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, iaitu pada tahun 1971. Mereka menuduh menuduh PAS sengaja menggunakan lambang Islam seperti bulan dan bintang untuk mengelirukan orang ramai. Betulkah begitu saudara ??? Tidak, ini hanya percaturan politik saja!


Sekali lagi lambang PAS ditukar kepada lambang satu bulatan putih seperti bola ping pong yang bererti bulan purnama, dengan latar belakang warna hijau dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan warna hitam. Ukurannya seperti yang tercatat dalam ‘Perlembagaan PAS, pindaan 1987’, hendaklah 3x4 atau 3:4, iaitu 3 lintang dan 4 bujur. Boleh digunakan dalam inci, kaki, cm, meter, atau sistem ukuran-ukuran lain.



Bendera PAS pula berwarna Merah - Putih. Warna merah terletak di atas warna putih yang sama lebarnya. Di pangkal sebelah kiri terletak satu bulatan hijau. Pada asalnya di dalam bulatan tersebut, tertera perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ dalam tulisan jawi berwarna putih.

* Lihat gambar bendera PAS yang berkibar di atas, satu bulatan hijau atas warna merah-putih Sang saka!


Dengan pengharaman seperti yang diterangkan di atas, lambang tersebut tidak boleh digunakan lagi dan hanya tinggal bulatan hijau sahaja.

Maka kekallah bendera PAS hampir sama dengan bendera UMNO, yang mana di sudut atas Sang Saka Merah - Putih tersebut terdapat Bulatan Hijau bagi Parti PAS dan lambang keris untuk Parti UMNO


*Lambang Parti UMNO juga berubah dari masa ke semasa seperti di atas.

*Bendera UMNO


Sesuai dengan peredaran zaman agaknya bendera PAS kini melakukan metamorfosis seperti juga UMNO , lalu berkibarlah bendera berwarna hijau penuh dengan lambang bulan purnama di tengahnya yang sudah hilang seri dan aura asal perjuangan PAS yang diasaskan oleh arwah Tuan Haji Ahmad Fuad dahulu.


Akhir sekali,… kalaulah Bendera PAS seperti dahulu yang mempunyai Kalimah Allah dan Muhammad berserta bulan dan bintang sebagai lambang perjuangan Islamnya… sudah pasti tuan Presiden PAS , Tuan Guru Hj Hadi dan ahli-ahli PAS yang lain akan berjuang mati-matian sehingga ke titisan darah terakhir mereka mempertahankan kalimah Allah itu dari terus dimiliki oleh orang yang bersekongkol dengan mereka!!!


Namun,
apakan daya , ceramah, slogan dan retorik PAS yang berbaur syiah selepas zaman arwah Ustaz Fadhil Nor dan kini lebih bersifat liberal , kononnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menjalankan Hukum Hudud adalah hanya satu rempah ratus penambah perisa sebuah Parti Politik Picisan biasa yang sudah jauh tersasar dari perjuangan asal mereka!

Segalanya menjadi tidak mungkin kerana rempah bagi perasa yang enak itu tidak termaktub dalam perlembagaan Parti PAS sebenarnya untuk menjadi menu berkhasiat dan lazat buat santapan Bangsa Jawi Islam di hari kebangkitan akhir zaman di bumi bertuah Semenanjung Emas ini ! KECUALI lah mereka sedar dan kembali kepangkal jalan, MENGANGKAT TANGAN DAN MENGGENGGAM SEMULA 5 JARI sepenuh kudrat , mencari dan meneruskan Rancangan Asal Pencetus Revolusi Intektual Islam Tulen dari gunung Semanggol !!! ALLAHUAKBAR !!!


Berbalik kita kepada tajuk asal artikel ini, iaitu dalam isu kalimah Allah ini, dimanakah pendirian PAS??? Tepuk dada tanyalah iman saudara! Iman ini bukan boleh dipaksa-paksa!


Kepada cerdik pandai yang bergelar Maknikam yang mengatasi jauharinya pula, memanglah iman itu tidak boleh dipaksa-paksa, dan penjelasan anda tentang perkara-perkara yang boleh membawa kekufuran berkaitan dengan siapa yang tidak menyokong kalimah Allah ini, di dada akhbar itu benar, tetapi dalam isu mempertahankan Kalimah Allah ini janganlah menampakkan pendirian anda lebih berpihak kepada Islam Liberal lalu menyerlahkan sedikit unsur-unsur kewahabian anda !

Demi Allah dan Rasulnya, saya akan menentang anda habis habisan dengan mata pena, dengan seluruh kudrat dan selaut tinta , sekiranya anda berpihak kepada tuntutan orang-orang kafir untuk menggunakan nama Allah ini! Ini bukan perkara kecil dan bukan perkara main-main, kita akan disoal oleh Allah tentang amanah dan tanggungjawab ini saudara!

Sejuta ucapan Tahniah kepada Dato’ Dr haron Din dan mereka mereka yang seangkatan dengannya dari PAS dalam mengenengahkan pendirian tegas dan murni ini! Saya tahu dan sememangnya percaya Dato’ Dr Haron Din tidak akan mengecewakan dan menghampakan manusia yang pernah membai’ah dirinya dan mencadangkan penubuhan Darul Syifa’ untuk kesejahteraan umat islam di Negara ini yang terlebih dahulu melihat melalui pandangan mata batinnya tentang kemajuan dan sambutan yang akan diberikan kepada Darul Syifa’ seperti sekarang ini , iaitu tidak lain dan tidak bukan Sheikh Nazim Al-Haqqani!

Mungkin Dato’ Dr haron Din tahu , dan mungkin Dajjal dan Iblis laknatullah juga sudah tahu bahawa Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan itu adalah orang yang sentiasa menghidupkan zikir khafi Allah, Allah, Allah … didalam hatinya!!!

*******

Aaahhh…!!! teringat aku pada kata-kata Sultan Melaka kepada Bendahara sewaktu Jebat bangkit meminta pengadilan dan menebus harga darah dan nyawa sahabatnya Tuah….
Kalaulah waktu ini Tuah masih ada….!!!!”

Lalu di dalam hati kecilku berkata … “ Kalaulah HAMIM masih ada! kalaulah Parti Hizbul Muslimin masih ada dan … kalaulah…. Aku berpijak di permukaan tanah sebuah Negara… Negara yang bergelar Darul Islam….. segala isu ini tak akan timbul…”

Aku berkata lagi :

Kalaulah aku berada di sebuah Negara yang bergelar Darul Islam, sudah pasti aku hanya menjumpai masjid sahaja, tak terfikir pun dihati ini untuk bertemu dengan kuil, dengan tokong , apa lagi dengan Gereja yang berselerak ini”

Dan :

Kalaupun rumah ibadat mereka yang kafir disakiti, pemimpinku atau Juara Rakyatku tidak akan tergopoh gapah menghulurkan wang sebanyak itu tanpa terlebih dahulu mencari siapa yang bersalah! Sepatutnya orang yang bersalah itulah yang mesti membaiki rumah ibadat yang dirosakkannya itu, bukan pemimpin! Kerana wang yang akan diberikan itu adalah wang rakyat! Masih ada lagi mereka yang benar-benar berhak menerima dan mendapatkan wang itu mengikut perkiraan syarak seperti anak-anak yatim, fakir miskin, ibu-ibu tunggal yang miskin, masjid-masjid atau madrasah-madrasah kampung yang sudah uzur dan lain lain !!!”

* Ini adalah seguni amanah dan Khazanah rakyat! Ini Tanggungjawab dan Amanah kepimpinan yang akan disoal oleh Allah di akhirat nanti !!! berhati-hatilah dalam mengendalikan benda di dalam guni ini!


Teringat aku kembali kepada kisah kisah pemimpin agung islam dahulu, mereka sanggup keluar malam menyamar meninggalkan istana mewah untuk melihat dan mendengar masalah rakyat, mereka sanggup berlapar dari mengambil harta baitul mal, mereka sekeluarga lebih rela bergelap dimalam hari dari mengambil lilin atau menggunakan minyak pelita dari khazanah negara kerana takut disoal oleh Allah di akhirat nanti tentang penyelewengan dan amanah mereka sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini. Mereka inilah sebenarnya Juara Rakyat!

Masih adakah di zaman ini satu usaha untuk menubuhkan sebuah Parti seperti Hizbul Muslimin dahulu dengan matlamat utama untuk menubuhkan sebuah Negara Islam Darul Islam??? Jika ada… rasanya aku ingin menjadi orang pertama yang akan menyertai gerakan itu! InsyaAllah, semoga ada usaha seperti itu atas nama sebuah kebangkitan akhir zaman!!!

Ayuh Dato’ Dr Haron Din, ayuh Tun Dr Mahathir, ayuh Tok Guru Nik Aziz , ayuh Ustaz Taib Azamuddin, ayuh Ku Li dan lain- lain tokoh yang berwibawa , ayuh Sultan- Sultan Melayu yang berdaulat, kami rindukan satu Negara dan suasana islam sebenar seperti di zaman Sultan Malikul Salih membina Empayar Islam Acheh !



Akhir sekali, entah mengapa hati ini begitu sebak ? bila menghayati senikata lagu Rasmi Perjuangan PAS yang sebenar ini , anda bagaimana? :



"Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau kalah atau capai kemenangan.

Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Walau rebah atau tegak kejayaan.

Berjuanglah wahai ansharullah
Dengan semangat yang tak kenal kalah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergerak ke gerbang jaya
Agar bebas dan kekal merdeka
Beramallah wahai roh yang suci
Hingga nyata benarnya janji Robbi"



Wassalam.

Al Fakir Ilallah : Sangtawal Sakranta.



Artikel Pilihan 1 :





Tajuk : Ustaz Abu Bakar Al-Baqir : Ulama Dari Gunung (1907-1974)

Sumber : Klik Sini

[ By : Kayacipta Oktober28, 2008.

NEGERI bumi timah ini sememangnya tidak pernah ketandusan melahirkan ulama-ulama yang berketrampilan. Malahan kewibawaan mereka menjangkau ke seantero Nusantara sekaligus melewati ke seluruh dunia Melayu. Nama-nama mereka begitu harum di langit zaman dan meniti setiap bibir pengikutnya sejak zaman berzaman. Begitu jualah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti Islam yang pertama tertubuh di Tanah Melayu.

Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood. Penubuhan Hamim dirangka oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Dr. Burhanuddin Al-Helmi, alim ulama serta cendikiawan Islam di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948 yang telah dihadiri seramai 5,000 orang. (Dr. Burhanuddin sebenarnya pernah berkhidmat di MAEAS mengajar ilmu politik Islam).

Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri yang terdiri guru-guru dan pelajar sekolah pondok seluruh tanah air. Namun begitu sejarah Hamim sebenarnya tidak panjang seperti MAEAS. Justeru itu, Ustaz Abu Bakar Baqir bukan sahaja sinonim dengan Hamim tetapi lebih tertonjol bersama kecermerlangan MAEAS. Beliau bersama pemimpin Semanggol, Haji Abdul Rahman Mahmud telah mendirikan MAEAS pada tahun 1934 di atas tanah milik bapanya bagi menggantikan pondok Al Rahmaniah yang telah uzur.

Pondok yang terkenal itu menawarkan lima mata pelajaran penting seperti Ilmu teras (tauhid, tassawuf, fiqh, tafsir, hadis): Ilmu alat (nahu arab, sarf, balaghah); Ilmu pelengkap (sejarah Islam, logika, hisab, ilmu alam, al-tibb, bahasa Inggeris, kesusasteraan Melayu, tatanegara, sejarah umum, pidato umum, seni-khat) dan ilmu pertukangan yang diajar untuk pelajar putera sahaja. MAEAS ialah sebuah sekolah agama rakyat yang cukup berjasa. Ia melahirkan ramai pemimpin, antaranya Allahyarham Tan Sri Muhammad Asri Muda, bekas Menteri Besar Kelantan.

Pengasasnya pernah disebut sebagai ulama yang sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikirullah. Kisah hidupnya tidak banyak ditulis orang. Namun begitu sumber yang dikumpulkan oleh Nabir Haji Abdullah dan risalah benar susunan Muhammad Asri (terbitan jamaah Pimpinan Umum Hizbul Muslimin) ada menyatakan bantahan terhadap penangkapan Ustaz Abu Bakar Baqir sekitar tempoh 1948-1952. Latar belakang beliau dimuatkan di dalam tulisan tersebut.

Berasal

Susur-galurnya berasal dari daerah Kendal Jawa Tengah. Datuknya, Haji Abdul Jabar merantau ke Tanah Melayu dan menetap di Gunung Semanggol pada pertengahan abad ke 19. Sebelum ke Gunung Semanggol, Haji Abdul Jabar pernah tinggal di Klang, Selangor dan kemudian berhijrah ke Kuala Kurau, Perak. Hasil usahanya, beliau meninggalkan tanah pusaka yang luas kepada anaknya, Mohd. Said iaitu bapa Ustaz Abu Bakar Baqir.

Mohd. Said cukup mementingkan pendidikan agama. Beliau mengasuh anak-anaknya; Muhaiyuddin, Abu Bakar, Abdullah, Aishah, Saodah dan Hafsah dalam suasana didikan Islam yang amat mendalam dan menerapkan Islam sebagai ad-deen. Ustaz Abu Bakar Baqir lahir di Gunung Semanggol, Perak pada 1907. Ketika usianya enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol serta mempelajari fardu ain dan Al-Quran.


Kemudian, dia menuntut di Madrasah Al Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah selama 15 tahun. Kira-kira enam tahun Ustaz Abu Bakar di pondok itu (1919-1924) mengaji fiqh, tauhid, tafsir, Al Quran dan hadis serta tatabahasa Arab.

Kepala Telaah

Di pondok ini, Ustaz Abu Bakar dilantik sebagai kepala telaah, (mengikut tradisi, jawatan itu tidak mampu disandang kecuali mereka yang mencapai tahap kelayakan akademik tertentu). Sebenarnya, pelantikan itu menunjukkan pengiktirafan Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim kepadanya. Dan pengiktirafan inilah yang mendorong Ustaz Abu Bakar menjadi pendidik di samping menubuhkan unit pengajian Kanzul Maarif di pondok itu. Menerusi unit ini Ustaz Abu Bakar bersama rakan-rakanya berlatih berdebat pada setiap malam Jumaat.

Minatnya untuk mendalami politik Islam kian bercambah apabila beberapa rakan, antaranya Ustaz Abdul Halim Haji Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Score (kerana dia pemain bola sepak) sering berdebat mengkaji kemurnian Islam berbanding komunisme, kapitalisme dan faham politik yang lain. Minat itu sentiasa dipupuk dan kian melebar ke arah menyemaikan semangat cintakan watan apabila beliau mengadakan hubungan dengan penuntut-penuntut Melayu di sekolah-sekolah agama di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Perhubungan dua hala itu bertujuan menubuhkan sekolah-sekolah agama Islam dan mencari ikhtiar mengembling tenaga untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah. Antara yang berhubung rapat dengannya; Dr. Burhanuddin Al Helmi dan Fadhullah Shuhaimi (Singapura)’ Ahmad Mahir (Kelantan); Ahmad Fuad Hassan (Kuala Kangsar); Ismail Hamzah (kemudian Mufti-Kuala Kangsar); Haji Arshad (Bagan Datoh); Abdul Hadi Kamil (Sabak Bernam) dan Haji Hassan Yunus (Bekas Menteri Besar Johor 1959-1967).

Mengikut jejak

Pada tahun 1931 apabila Tuan Guru Haji Abdullah Pak Yim berpindah ke Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar kerana menunaikan jemputan Almarhum Sultan Iskandar Shah (1918-1938) menjadi guru, beliau ikut serta sebagai pelajar pula. Di Madrasah Idrisiah dia sempat menuntut selama tiga tahun (1931-1933). Dia cukup disayangi gurunya, Haji Abdullah Pak Yim. Justeru, dia ditauliahkan sebagai guru sambil belajar iaitu pada separuh masa pertama setiap hari menjadi murid, separuh masa lagi menjadi pendidik dengan gaji RM 30.00 sebulan.

Pada tahun 1934 Ustaz Abu Bakar Baqir meletakkan jawatan dan pulang ke Gunung Semanggol. Kepulangan ini kerana dijemput oleh gurunya yang pertama iaitu pengasas Madrasah Al Rahmaniah, Haji Abdul Rahman Mahmud yang juga bakal bapa mertuanya. Setelah setahun kembali menetap di bumi kelahiranya, pada tahun 1935 dia berkahwian dengan Fatimah Abdul Rahman dan dikurniakan tujuh anak.

Kegiatan Ustaz Abu Bakar Baqir tidak hanya tertumpu kepada politik tetapi melebar ke arena ekonomi, kebajikan dan pendidikan. Namun begitu, bidang pendidikanlah yang paling menonjol. Beliau bukan sekadar ulama tetapi dikenali sebagai tokoh pendidik yang berkalibar, Pelantikannya sebagai pengerusi badan kebajikan dan pendidikan Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA) serta pernah merangka dasar pendidikan nasional membuktikan keupayaan beliau di bidang tersebut.

Dalam persidangan di MAEAS pada 15 November 1947, beliau dibantu oleh Abdul Al-Rabb Al Tamimi, berjaya membentuk Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) bertujuan menyeragamkan sukatan pelajaran sekolah agama rakyat di Tanah Melayu. Bagi mencapai matlamat itu, sebuah pusat pendidikan sekolah rakyat ditubuhkan dan ia dikelolakan oleh Syeikh Zubir Haji Ahmad yang kemudiannya digantikan oleh Abdul Rabb Al Tamimi, MAEAS telah dijadikan contoh kepada sekolah agama rakyat di tanah air ketika itu.

Dalam bidang ekonomi dan kebajikan pula, Ustaz Abu Bakar mengetuai Persatuan Al Ehya Al Syarif sehingga akhir hayatnya (didaftarkan dibawah Undang-Undang Kompeni dan Syarikat pada 1940) mengusahakan tiga projek; kilang padi, stesen pam minyak dan stesen janakuasa elektrik. Stesen janakuasa elektrik yang dibina pada tahun 1956 itu, menawarkan perkhidmatan kepada penduduk kawasan Gunung Semanggol, Bukit Putus, Bukit Gunung Semanggol, Kubu Gajah dengan bayaran RM1 sebulan bagi sebuah rumah selama satu dekad. Stesen ini kini telah diambil-alih oleh Tenaga Nasional Berhad.

Dalam menggerakkan ekonomi, beliau pernah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk menarik minat orang Melayu mengusaha dan menggunakan barang buatan sendiri yang terjamin bersih dari segi syarak. Usaha beliau berhasil apabila beberapa kilang serbuk kopi, kicap dan taucu didirikan di Taiping, Tanjong Malim, Kuala Kangsar dan Ipoh sebagai tapak permulaan penceburan bangsa Melayu dalam dunia perniagaan.

Dalam bidang politik pula, beliau akrab dengan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) seperti Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin Al Helmi. Dia cukup serasi dengan Dr Burhanuddin. Ini dapat dilihat beberapa agenda penting MAEAS, Dr Burhanuddin turut sama sebagai penggerak utama. Umpamanya, persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang berlangsung pada 22-24 Mac 1947, sekaligus mencetuskan penubuhan Pusat Perekonomian Melayu (PEPERMAS) dan MATA.

Seperti Dr Burhanuddin, Ustaz Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiring itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara. Setelah dibebaskan, Ustaz Abu Bakar tidak lagi bergiat dalam politik sebaliknya menumpukan perhatian memajukan MAEAS di samping berkhidmat sebagai ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak serta menganggotai Jawatankuasa Syariah atas sifatnya sebagai seorang ulama.

Beliau juga pernah dilantik berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara Perak dan dianugerahkan sebagai Tokoh Guru pada tahun 1975 setelah meninggal dunia. Sesungguhnya, ‘ulama dari gunung’ ini telah meninggalkan selaut jasa, segunung intan untuk bangsanya, sudahpun berpulang ke alam baqa ketika berusia 67 tahun kerana sakit tua pada tanggal 14 Julai 1974 dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Gunung Semanggol.

* Al Fatihah buat Allahyarham .. oleh ; Zabidin Hj Ismail ]



Sunday, January 11, 2009

Surat Khalifah Umar Buat Pejuang Islam



Dibawah ini saya petik surat Khalifah Saidina Umar kepada panglima perang islam Saad Bin Abu Waqqas.Surat ini berisi panduan dan nasihat kepada tentera islam agar mereka memilih langkah yang tepat untuk mengalahkan kekuatan musuh.Moga-moga ia boleh memberi sedikit pedoman kepada kita semua buat bekalan perjuangan akhir zaman.



Surat beliau berbunyi :




Saya memerintahkan tuan dan orang-orang yang bersama tuan(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara.Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan.



Saya(Umar Al-Khattab) memerintahkan tuan dan orang-orang tuan supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa pelajurit itu lebih saya takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang.



Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat dikalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan mereka dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita.



Ketahuilah,di sepanjang perjalanan kamu,ada malaikat-malaikat penjaga yang mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.Jadi,merasa malulah terhadap mereka dan janganlah kamu melakukan maksiat sedangkan kamu berjuang dijalan Allah.


Janganlah kamu katakan musuh itu lebih jahat dari kamu kerana anggapan ini tidak akan menguntungkan kita.Kadang-kadang satu kaum itu dapat dikuasai oleh orang yang lebih jahat sebagaimana kaum Israel dikuasai oleh orang kafir majusi sehingga dapat merosakkan kampung halaman mereka.Janji Tuhan itu tetap akan terjadi.


Mohonkan(berdoa) kepada Allah agar Allah mendatangkan pertolonganNya bagi kamu,sebagaimana kamu memohon kemenangan terhadap musuh-musuh kamu.Saya mendoakan kepada Allah untuk keselamatan saya dan keselamatan kamu semua.



Bertimbang rasalah tuan kepada orang-orang islam di dalam perjalanan.Jangan tuan paksakan perjalanan yang menyebabkan kepenatan bagi mereka,.jangan cuai daripada menempatkan mereka di tempat yang baik sehingga mereka sampai ketempat tujuan.


Perjalanan ini jangan sampai mengurangkan kekuatan mereka.Mereka akan berjalan menghadapi musuh dan peliharalah ternakan ternakan mereka.



Berilah peluang pelajurit berehat sehari semalam dalam satu jumaat sehingga mereka dapat kesenangan untuk memulihkan kekuatan dan dapat meletakkan senjata-senjata dan barang-barang pikulan mereka.



Jangan tuan tempatkan pasukan tuan di perkampungan ahli Zimmah dan ahli sulh(orang kafir yang tunduk di bawah pemerintahan islam dan tidak memusuhi islam).Jangan ada diantara anggota pasukan tuan memasuki kampung itu melainkan orang-orang yang tuan percayai ketaatannya beragama.Dan janganlah pula sampai mengambil sesuatu dari kampung itu kerana pada mereka(ahli-ahli kampung) ada jaminan dan pemeliharaan yang kamu diuji untuk menyempurnakannya,sebagaimana kamu diuji bersabar dengannya.


Jangan kamu minta pertolongan daripada mereka dalam memerangi ahli-ahli harbi(orang-orang kafir yang memerangi orang islam) dan jangan kamu melakukan aniaya terhadap orang-orang ahli sulh.


Apabila kamu menginjak tanah musuh,pasanglah mata-mata untuk mengamati mereka.Dan jangan tuan permudahkan tentang pekerjaan mereka.Hendaklah ada di antara tuan dari bangsa arab atau bangsa lain menjadi penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.



Bila kita telah dekat ke tanah musuh,hendaklah tuan membentuk pasukan peninjau dan mengirim pasukan-pasukan ke daerah di antara tuan dan musuh.Pasukan-pasukan itu akan memastikan kedudukan,perbekalan dan kelengkapan serta membuka rahsia dan gerakan gerakan musuh.Pilihlah pasukan peninjau itu dari kalangan orang yang berani dan bijak.Dan pilihlah untuk mereka kuda-kuda yang baik.Jika mereka bertemu dengan musuh maka musuh akan menemui pasukan tentera islam yang kuat.Pasukan pasukan yang kecil itu hendaklah terdiri dari orang yang luarbiasa dalam berperang dan sabar dalam menempuh kesukaran.dan tiada ditentukan orang dan bilangannya.


Jika tuan telah mengetahui kedudukan musuh,kumpulkan seluruh angkatan tentera tuan dan himpunkan segala kekuatan.jangan segerakan pertempuran kecuali bila tuan telah terpaksa berperang sehingga tuan telah tahu kelemahan musuh dan taktik serta strategi musuh tuan.



Hendaklah tuan mengetahui kedudukan dan keadaan bumi musuh seperti tuan mengenali penduduk-penduduknya.tuan hendaklah bertindak kepada musuh sepertimana musuh bertindak kepada tuan.



Bentuklah kawalan dan penjagaan yang teliti terhadap perajurit-perajurit tuan.berwaspadalah dan berjagalah tuan di waktu malam sehabis-habis tenaga.Jangan tuan menerima apa-apa tawaran yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.



Allah memelihara tuan dan manusia-manusia yang bersama tuan dan menolong tuan terhadap musuh-musuh tuan.



Pengajaran oleh Sangtawal dari Surat khalifah :



1.Tidak ada yang lebih penting sebagai bekalan hidup dan perjuangan kita selain dari Taqwa kepada Allah.Mereka yang bertakqwa adalah mereka yang mempunyai keimanan yang mantap dan tahan diuji ,tujuan hidup mereka hanyalah mencari redha Allah.Mereka ini tidak tertipu dengan dunia dan tidak takut mati.Malah mereka akan sanggup mati syahid beberapa kali demi agama Allah.


2. Kemenangan pejuang adalah kerana menjaga diri dari dosa,baik dosa kecil atau dosa besar.Kekalahan pihak musuh adalah kerana berlakunya dosa dan maksiat diantara mereka.Jika tidak,amat sukar bagi kita untuk mengalahkan mereka lantaran kelengkapan dan bilangan pejuang kita kurang berbanding musuh.


3.Hendaklah kita beriman kepada malaikat,dan kita hendaklah sentiasa menyedari ada malaikat yang menjaga kita dan sentiasa mengiringi kita.Oleh itu merasa malulah untuk berbuat maksiat dan dosa,kerana setiap dosa kita akan dihisab oleh Allah di hari pembalasan dan dibalas setimpal dengan apa yang kita kerjakan.


4.Tidak boleh berbangga diri dan memperlekehkan kekuatan musuh dan terlalu buruk sangka terhadap musuh kerana mungkin ada diantara mereka yang lebih baik dari kita.


5.Sentiasalah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah untuk melindungi diri kita dan keselamatan pasukan kita dari dikalahkan musuh.Doa itu otak ibadat.


6.Berlaku adil dan bijaklah kepada orang yang dipimpin oleh kita semoga perjuangan kita berjaya.Semoga semua pejuang mendengar setiap arahan dan tidak engkar atau memberontak kerana tidak berpuashati dengan kita. Semoga tiada musuh di dalam selimut atau kita tidak ditikam oleh orang kita dari belakang.


7.Tidak perlu kita menempatkan pejuang di kawasan orang Zimmah atau Sulh kerana walaupun mereka tidak memusuhi kita tapi sudah pasti akan ada perkara perkara berkaitan yang mereka akan bangkitkan sebagai balasan atas kerjasama yang mereka berikan.Sekiranya kita mahu juga pejuang memasuki kawasan mereka,lantiklah orang yang kuat iman dan takwanya supaya tidak mudah dibeli dengan sedikit ganjaran dunia!


8.Kita tidak boleh meminta pertolongan orang kafir untuk melawan orang kafir lain,contohnya meminta bantuan orang zimmah atau sulh untuk memusuhi kafir harbi.


9.Bila kita menjejakkan kaki dibumi musuh hendak menghantar perisik yang berwibawa,bijak,berani dan carilah penasihat kepada kita orang yang baik dan bukan pendusta atau penipu besar kerana pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan kita dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati kita dan bukanlah menjadi penolong kepada kita.Dengan kata lain mereka akan menjadi talibarut musuh dan akan memusnahkan kita bila bila masa saja waktu kita sedikit terleka.



10.Buatlah persiapan yang cukup dari segi mental ,spiritual dan fizikal sebelum kita menyerang musuh.Jangan melakukan serangan sebelum mengenalpasti taktik,strategi dan kelemahan pihak musuh.Janganlah kita bersetuju atau menerima apa-apa tawaran dari pihak musuh yang belum diikat perjanjian terlebih dahulu.


Kesimpulan Sangtawal:



Realitinya,orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,malah bertaraf ulamak di Malaysia(bukan semua) ini sudah tertipu awal awal lagi dengan taktik musuh.Mereka masuk kedalam Pakatan Rakyat umpama masuk kedalam jerat musuh yang akan menjerut leher mereka sendiri nanti.Prinsip perjuangan asal untuk menegakkan sebuah negara islam dan melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ini hanya tinggal kenang-kenangan saja.



Kalau dulu mereka menuding jari kearah kerajaan kerana bersubahat dengan MCA dan MIC yang kafir zimmi,namun mereka sekarang lebih teruk dari itu,mereka sanggup berpakat dengan DAP dan kafir harbi yang terang terangan tidak setuju dengan negara islam! Namun dek kerana tamakkan sedikit kuasa dan habuan dunia,mereka sanggup melacurkan agama dengan alasan kononnya direstui seluruh rakyat.Mereka bersatu dengan kafir untuk mengalahkan kerajaan yang sedia ada ,yang sudah terbukti menjaga kepentingan agama,bangsa dan negara sejak merdeka lagi.



Namun sekarang,setelah dapat memerintah 5 negeri,mereka nampaknya berusaha menjaga kebajikan babi pula.Kalau dulu mereka mengata kerajaan UMNO di Trengganu tamak dan membazir dengan pembelian Mercedes compressor,namun apa bezanya kini dengan mereka yang memilih Toyota Camry 2.4.Kedua duanya tamak dunia,megah,ria’ sombong dan membazir,sama saja! Jadi dimana lebihnya islam kamu berbanding mereka? Mungkin bezanya cuma serban,jubah,kopiah atau sejemput janggut kamu,itu saja!




Kalau dah tulisan jawi dan laungan azan yang berkumandang sejak sekian lama dibumi bertuah ini mereka mahu hapuskan,adakah mereka pula akan bersetuju denganmu wahai ulamak pas untuk membangunkan sebuah Negara islam? Itu hanya logik akal saja,takkan tak boleh fikir,belum lagi disuruh berfikir diluar kotak,lateral thinking dan macam macam jenis cara berfikir lagi lah!



Orang yang buruk akhlak dan pendusta telah dijadikan penasihat pakatan mereka dan guru yang mursyid, kamil mukamil bagi ulamak pas.Tidakkah kamu mahu mengambil pengajaran dari warkah khalifah Umar di atas yang mengatakan bahawa

“Carilah penasihat yang dipercayai kebenarannya.Pendusta tidak akan memberi manfaat dustanya sekalipun dia (pendusta) membenarkan tuan dalam sebahagian yang lain.Dan si penipu itu adalah mata- mata yang sentiasa mengamati tuan dan bukanlah menjadi penolong kepada tuan.”

Oleh itu,sedarlah dan bangkitlah dari kelalaian dan tipu helah musuh wahai ulamak PAS.Bukankah ulamak itu pewaris nabi?sepatutnya anda menjadi umarak untuk mentadbir dan memakmurkan bumi Malaysia ini dari kesesatan,ketaksuban,bid’ah dan thaghut yang berpanjangan.


Akhir kata,wahai diri saya dan anda semua yang banyak dosa,marilah kita semua bertaubat,basuhlah hati dengan zikrullah,carilah taqwa sebagai bekalan perjalanan kita.Gunakanlah akal yang waras dan hati yang tenang ,yang penuh dengan sakinah untuk menilai kebenaran.Jangalah mudah termakan tipu helah “rasuah Syurga”,




Ibu kepada segala rasuah atau bapa sekalian rasuah yang paling besar iaitu “Rasuah Syurga” ini pernah ditawarkan oleh ulamak murahan dunia untuk memancing sedikit undi pada pilihanraya. Demi mendapatkan sedikit kuasa.Ulamak ini berjudi dengan mempertaruhkan wang deposit semasa bertanding pilihanraya.Maka dengan kemenangan mereka,jawatan YB sudah pasti menjadi sandaran untuk habuan dunia.Agama mereka permainkan dan peralatkan.Bila berkuasa mereka bukan berjuang untuk membela agama dan rakyat tetapi sibuk untuk menimbun harta pula.Kepentingan agama dan keperluan rakyat menjadi nombor dua.Mereka peduli apa,jika selepas ini orang tak akan mengundi mereka lagi kerana wang pencen bulanan YB sudah cukup untuk menjadi bekalan di hari tua!



Begitulah putaran roda politik dunia.sekejap diatas,sekejap dibawah,tergolek dan digelek.Oleh itu,wahai pengundi yang bijak bestari,buatlah pilihan yang bijak demi agama,bangsa dan negara.Tanpa anda siapalah mereka!dalam politik,berpada pada,sambil itu fikir fikirkanlah juga nasib anak cucu kita.