Showing posts with label puisi - santai. Show all posts
Showing posts with label puisi - santai. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Puisi : Hari Ini Dan Esok Untuk Siapa ?



Hari ini dan esok untuk siapa?


Hari ini kita bebas kesana kemari,
Hari esok entah bagaimana harus kita lalui,
Mungkin kita akan terkurung sekali lagi,
Atau mungkin saja kita lepas sekali lagi.


Hari ini kita mengecap hidangan paling istimewa,
Hari esok entah bagaimana rupa santapan dan rezeki kita
Mungkin kita akan kehausan dan berlapar sekali lagi,
Atau mungkin saja kita kenyang sekali lagi.


Hari ini kita bijak berkata-kata dan bersandiwara,
Hari esok entah bagaimana lidah kita kelu untuk bersuara,
Mungkin kita akan bisu terpaku sekali lagi,
Atau mungkin saja kita bersorak gembira sekali lagi.


Hari ini kita boleh bangun tegak berdiri,
Hari esok entah bagaimana belikat kita tiba-tiba sakit,
Mungkin kita akan berkerusi roda lagi,
Atau mungkin saja kita berlari sekali lagi.


Hari ini kita boleh saja minum kopi,
Hari esok entah bagaimana nasib pembancuh kopi
Mungkin kita akan minum secawan kopi lagi,
Atau mungkin saja kita kena bancuh kopi sendiri.


Hari ini kita boleh jadi Freemason atau zionis
Hari esok entah bagaimana kita boleh jadi reformis,
Mungkin kita akan tertipu dan terjajah lagi,
Atau mungkin saja kita jadi pengemis sekali lagi.


Hari ini kita boleh lepas di dunia,
Hari esok entah bagaimana nasib kita di sana.
Mungkin kita akan masuk ke dalam sekali lagi,
Atau mungkin saja kita jadi penunggu setia jeriji besi.

Hari ini hari kita ,
Hari esok pula, untuk siapa?


Nukilan : Sangtawal Sakranta… 14.7.2009 @ 10.35 pm





Tuesday, December 16, 2008

Bush dan sepasang kasut terbang !




Aku adalah sepasang kasut

Aku diperbuat di Eropah,

Aku dihantar ke timur tengah,

Aku dibeli dan dipakai warga iraq.

Aku berkhidmat padanya siang dan malam

Aku melindungi sepasang kakinya.


Namun aku tetap dihina

Biarpun diriku berjenama

Aku dikerjakan sesuka hatinya

Aku selalu berlari bersamanya.

Aku memburu berita bersamanya.

Aku selalu berkorban untuknya.


Jasaku padanya bukan sedikit.

Duri,najis,kelikir ,lumpur yang melekit,

Menjadikan diriku saban hari sakit,

Tiada siapa yang mendengar aku menjerit.


Bila aku sudah lusuh dan rosak

Pemilikku mula memberontak

Lalu dilemparkan aku ke muka penyangak

Sebelah diriku berjaya dielak

Sebelah lagi diriku mula dilanyak.


Aku bangga menjadi kasut yang hina

Kerana aku berjaya mengejutkan dunia

Biarpun umat islam sedang tidur lena

Aku bangkit untuk membela agama

Aku mewakili suara rakyat iraq dan dunia

Aku berjaya memalukan penguasa dunia

Hanya dengan diriku yang hina.


Nukilan : Sangtawal Sakranta…. 15.12.08 @ 3.00pm



klik disini untuk adengan kasut terbang.