Saturday, September 10, 2011

Republic Communist Of Malaya



Tajuk : Republic Comunist Of Malaya

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin ramai dari kalangan kita yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa suatu masa dahulu sudah ada usaha atau idealisme untuk menubuhkan sebuah Negara atau Republik Komunis Malaya oleh PKM [Parti Komunis Malaya].

Oleh kerana kita semua tidak membaca atau menghayati sejarah perjuangan bangsa, maka kita mudah terkeliru dengan dakyah musuh-musuh kita yang sememangnya suka memutar belitkan sejarah.

Ada yang mendakwa pejuang melayu awal menuntut kemerdekaan bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar, malah mereka menuduh para pejuang awal sanggup bersekongkol dengan British demi untuk mencapai kemerdekaan negara seterusnya mengikut telunjuk penjajah dalam membentuk sebuah Negara Bangsa. Lebih teruk dan malang lagi bila mereka mula mengagung-agungkan perjuangan Komunis dalam usaha mencapai kemerdekaan Negara ini walhal mereka tidak tahu atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa yang menubuhkan Pasukan Tentera Anti-Jepun atau MPAJA adalah Komunis [ PKM ]. Penubuhan MPAJA juga turut direstui , malah disokong penuh oleh British.

Mereka juga terlupa atau telah buat-buat lupa bahawa British pernah mengiktiraf PKM pada tahun 1942.

Mereka jangan lupa bahawa mereka juga pernah dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di Ceylon (Sri Lanka) dan India dengan senjata, peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio wireles dan sumber kewangan.

Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.

Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua kelengkapan yang pernah diberikan untuk menentang Jepun sebelumnya, tetapi sayap bersenjata PKM enggan .Ini adalah kerana agenda besar mereka adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Komunis di Tanah Melayu masih belum tercapai.

Maka , sejak dari itu bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.
PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agungnya, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960.

Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari Malaysia pada tahun 1967. Selepas itu PKM yang merasakan ketiadaan tentera British adalah satu peluang keemasan untuk mereka menubuhkan sebuah republik komunis, telah meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.

Perlu di ingat , antara tahun 1942 hingga 1945, MPAJA sudah mempunyai ahli seramai 4 hingga 5 ribu orang. Di saat inilah juga PKM melalui MPAJA telah menggerakkan agenda besar sebenar mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Komunis dengan berselindung di sebalik perjuangan menentang tentera Jepun untuk menarik sokongan orang melayu agar menyokong mereka padahal itu bukan matlamat sebenar mereka.

Jangan kita lupa bahawa selepas British kalah dan di era pendudukan Jepun , lebih daripada 10 ribu nyawa yang terkorban angkara MPAJA dan PKM. Itu angka yang dicatatkan dan dilaporkan, angka yang sebenar mungkin lebih banyak. Kekejaman mereka berakhir dengan kembalinya British ke Tanah Melayu dan membawa idea Malayan Union.

Pejuang bangsa ketika itu sebenarnya menghadapi dua rintangan dan cabaran yang besar iaitu dalam menentang Malayan Union dan dalam masa yang sama menentang PKM dan MPAJA.

Sejarah nampaknya kini berulang bagi mereka yang sudah nampak akan permainan tangan-tangan ghaib di bumi Melayu yang bertuah ini!

Ingat, permainan mereka dulu telah berjaya menjadikan Temasek iaitu sebahagian dari Tanah Melayu sebagai Nan Yang , sebuah Negara Cina Baru atau Negara Cina Seberang Laut. Parti PAP Singapura berjaya mengklonkan legasi mereka di tanah melayu, walaupun nama parti berlainan tetapi matlamat mereka adalah sama! Mengapa orang melayu-islam tidak nampak atau sengaja tidak mahu ambil peduli tentang perkara ini?

Permainan mereka kali ini belum mencapai target mereka yang sebenar iaitu untuk menjadikan seluruh tanah melayu ini milik mereka, walaupun Pulau Ka-Satu atau "First Island" yang ibu negerinya dulu disebut Tanjung Penaga( kini disebut George Town) secara simbolik nampaknya kini sudah jatuh ke tangan mereka.

Minta dijauhkan oleh Allah SWT akan usaha-usaha ke arah menghidupkan semula Republic Communist Of Malaya atau Negara Nan Yang ke-2 selepas Temasek. Semoga bangsa melayu-islam kita tidak menyokong atau memilih perjuangan cara komunis ini.

Saya terjumpa satu artikel menarik yang ditulis oleh Mokhtar Petah dalam manuskrip bukunya, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh yang mengatakan bahawa dulu Mufti Mesir pernah berfatwa bahawa sesiapa yang menerima ajaran Komunis ini maka ia dikira murtad! Baca tulisan beliau dibawah :

[[.... Pada satu hari aku telah terjumpa surat khabar lama, ’Majlis’, dalam peti di rumah datukku. Aku telah membaca surat khabar bertulisan Jawi itu dengan mengeja atau merangkak-rangkak. Aku telah membaca dan memahami rencana pengarangnya, iaitu:

’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari sanalah menjalar ke benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan agama al Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar (Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama Islam)..... ]].

Anda boleh membaca tulisan penuh beliau seterusnya dalam artikel pilihan 2 di bawah ini.

Sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1954 , di tulis oleh Dr Purcell, menceritakan berkaitan dengan era-komunis di tanah melayu.

Boleh baca ringkasannya di sini, Klik


**************************************************************************


Artikel Pilihan 1

Sumber : Klik


MPAJA...Komunis atau Pejuang Kemerdekaan ?

Siapa sebenarnya MPAJA...? sebuah pertubuhan berideologikan komunis atau pasukan tentera yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Banyak pihak kini keliru mengenai Malayan People Anti Japanese Army, MPAJA atau Pasukan Tentera Anti-Jepun ini.

Apakah benar MPAJA berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu atau ada agenda lain disebaliknya?.

MPAJA, ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya, PKM, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945.

MPAJA ditubuh bagi melancarkan serangan gerila terhadap Jepun di Tanah Melayu.

Penubuhan MPAJA pada 1942 disokong penuh oleh British yang tertarik dengan ketegasan PKM menentang Jepun. British menggunakan kesempatan ini untuk bekerjasama dengan MPAJA.

Serentak itu, British telah mengiktiraf PKM pada tahun 1942 sebaik sahaja British kalah di tangan Jepun.

Seorang putra negara yang menyimpan banyak maklumat dan pengalaman berkaitan MPAJA, mendedahkan hubungan peringkat awal British dengan komunis.

Datuk Seri J.J Raj pernah menjadi ketua polis di beberapa negeri, berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, PDRM mulai 1947, iaitu dua tahun selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Apa kata beliau mengenai MPAJA....

"Ya..MPAJA adalah Komunis. MPAJA dalam tahun 1944 dapat banyak bantuan daripada British-sediakan airdrop dan beribu-ribu senjata untuk menentang Jepun...MPAJA dalam masa pemerintahan Jepun 1942 hingga 1945, mereka dalam hutan jalani latihan dan British bantu termasuk hantar pasukan tenteranya untuk sama-sama jalani latihan dengan MPAJA termasuk pegawai polis pun turut serta dalam latihan. Tetapi apabila Jepun menyerah diri, pada masa itu MPAJA mula keluar dari hutan dan ambilalih, masa itu tiada siapa, polis boleh dikatakan amat kurang, jadi MPAJA bermaharajalela lebih kurang 3 bulan".

MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Tanah melayu sebagai tanah air, tetapi kerana sentimen anti Jepun kaum Cina yang berakar umbi sejak konflik China-Jepun dan kerana layanan buruk tentera Jepun terhadap kaum Cina.

Semua orang tahu bahawa negara China dan Jepun mempunyai sejarah politik yang agak panjang.

Bagi orang Cina, perasaan anti Jepun wujud lanjutan daripada perselisihan di antara China-Jepun di Timur Jauh.

Penglibatan Jepun di China akhir kurun ke-19 sehingga Perang Dunia Pertama dan tindakan Jepun menyerang China pada tahun 1937 menambahkan perasaan benci dan marah orang-orang Cina terhadap Jepun.

Oleh itu, kedatangan Jepun ke Tanah Melayu mendapat tentangan daripada orang-orang Cina.

Beribu-ribu orang Cina dibunuh atau diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun, tanpa mengira sama ada mereka bersalah atau tidak.

Selain itu, mereka menerima pelbagai sekatan dan tekanan seperti dipaksa membayar cukai kepala, dihalang menghantar wang ke negara China, disekat keluar rumah dan sebagainya.

Ramai orang Cina terpaksa melarikan diri ke hutan dan bertindak balas dengan menyertai Parti Komunis Malaya, PKM.

PKM pula menggunakan kesempatan ini untuk menyatukan orang cina dengan menubuhkan MPAJA bagi menentang Jepun. Peluang PKM terbuka apabila Kuomintang yang menjadi saingan mereka mulai lemah.

MPAJA mempunyai kekuatan antara 4 ribu hingga 5 ribu orang.

Semasa pendudukan Jepun ini juga, kesempatan diambil oleh PKM melalui MPAJA untuk menumpukan usaha menubuhkan negara Komunis.

Menurut Datuk Seri J.J Raj, sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu, anggota PKM atau Bintang Tiga telah keluar daripada hutan untuk membalas dendam. Mereka melakukan keganasan dan kezaliman serta bertindak menawan beberapa balai polis selain membunuh ramai anggota keselamatan serta orang awam.

"Komunis itu sebenarnya adalah di kalangan rakyat Tanah Melayu yang masuk dalam hutan tujuan menentang kerajaan Malaya dan menubuhkan Republic Comunist Of Malaya, itulah tujuannya. Daripada tahun 1948 hingga 1952, lebih kurang 10 tahun mereka berada dalam hutan dan menentang kerajaan. Pada masa itu, mereka menembak, membunuh polis dan Pasukan Keselamatan. Boleh dikatakan pada tahun 1947-1948 tentera Malaya, Polis masih lemah dan tidak cukup kelengkapan. Bagaimanapun, pada 1950, polis mula kuat dan sudah cukup latihan dan mula bertindak untuk menentang komunis".

PKM juga melakukan serangan terhadap pasukan polis yang keseluruhannya terdiri daripada orang-orang Melayu, pemimpin-pemimpin kampung dan orang-orang Cina yang dicap sebagai pembelot.

Mereka menggunakan latihan dan persenjataan yang dibekalkan oleh British ketika melawan Jepun untuk membunuh orang awam dan menentang pasukan keselamatan selepas perang berakhir.

Gerakan ganas itu telah menyebabkan lebih 10 ribu anggota tentera, polis dan orang awam cedera atau terbunuh.

Tindakan itu terus berlarutan sehingga British kembali semula ke Tanah Melayu dengan membawa rancangan untuk menubuhkan Malayan Union.

Kini ramai yang keliru dengan status MPAJA. Mereka menganggap anggota MPAJA adalah pejuang kemerdekaan. Apa yang sebenar ialah, anggota MPJA merupakan alat PKM untuk menentang Jepun bagi menubuhkan sebuah negara Komunis di Malaya ketika itu.

PKM dan MPAJA tidak terlibat dalam membawa kemerdekaan Tanah Melayu. Ketika Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada British secara aman, PKM kembali ke dalam hutan dan melakukan kegiatan subversif serta melakukan pembunuhan dan sabotaj.

Kegagalan rundingan Baling 1955 menunjukkan bahawa PKM lebih suka menggunakan kekerasan dan bukan demokrasi.

Pembinaan sebuah memorial dan tugu memperingati perjuangan komunis menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu oleh Gecinta di Taman peringatan Nilai, Negeri sembilan telah mengundang kontroversi.

Memorial itu dibina untuk memperingati 18 orang pemimpin MPAJA yang dibunuh oleh tentera Jepun akibat pengkhianatan pemimpin kanan mereka sendiri pada 1 September 1942.

Memorial tersebut terpahat perkataan "Hero 1 September".

Manakala sebuah tugu peringatan yang dibina bersebelahan dengan memorial itu dipahat dengan perkataan: "Sebuah monumen memperingati hero-hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun 1941 hingga 1945".

Persoalannya, wajarkah pengiktirafan sebesar itu diberi kepada MPAJA yang umum mengetahui, hanya berjuang berdasarkan iedologi dan bukannya perjuangan untuk memerdekakan Tanah Melayu.

Ramai pihak menyuarakan rasa tidak senang terhadap pembinaan memorial itu yang dibimbangi hanya akan mengundang kekeliruan.

Datuk Seri J.J Raj menyangkal pendapat segelintir pihak yang menganggap Jepun dan komunis turut memainkan peranan ke arah kemerdekaan negara. Menurut beliau, kedatangan Jepun serta Komunis ke Tanah Melayu sebenarnya hanya mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.

"Ramai orang claim dia yang jadi pejuang kemerdekaan. Itu hanya khabar angin, Jepun hanya ingin menakluki negara-negara Asia Tenggara dan Malaya satu daripadanya. Kedua, kerana pengganas komunis, British serah diri itu adalah salah. Tujuan komunis adalah untuk tubuhkan Republic Comunist Of Malaya, jadi bagaimana kita kata mereka yang bawa kemerdekaan....orang pertama pejuang kemerdekaan ialah Dato' Onn Jaafar..the greatest Worrior..bekerjasama dengan united all Malaya untuk capai kemerdekaan Malaya..kemudian Dato' Onn serah kepada Tunku Abdul Rahman yang berunding dengan British untuk kemerdekaan."

Tidak dinafikan orang cina turut memainkan peranan dan memberi sumbangan ke arah kemerdekaan serta pembangunan negara.

Penglibatan dan sumbangan orang cina seperti Tun HS Lee dan Tun Tan Cheng Lock yang menyertai rombongan menuntut kemerdekaan daripada British yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman tidak boleh diperkecilkan.

Sebaliknya MPAJA atau PKM hanya menentang Jepun kerana ideologi mereka untuk menubuhkan negara Komunis di Malaya bukan untuk membawa demokrasi dan kebebasan.
Posted by blograjamaria at 9:12 PM Tuesday, August 14, 2007


Artikel Pilihan 2

Sumber : Klik

MENGENANG ZAMAN LAMPAU

by Mokhtar Petah on Friday, October 22, 2010 at 11:09am

PARTI KOMUNIS MALAYA

Kerajaan Jepun telah melantik bapaku menjadi ketua kampung Ngor dan kampung-kampung kecil sekitarnya, iaitu Changkat Duku, Tualang Bengok dan Tanjung Tok Yen. Sebagai ketua kampung bapaku telah dianugerahkan sebuah lencana tembaga sebesar mata kukuran dan disekelilingnya berbentuk seperti mata gergaji. Kuasa ketua kampung pada masa itu sama dengan ketua-ketua kampung pada masa ini.

Manakala Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPJA) telah melantik bapaku menjadi ketua orang-orang Melayu yang menyertai pergerakan mereka. Bapaku dan penduduk-penduduk kampung terpaksa menjadi seperti ’golok bermata dua’; menyokong kerajaan Jepun dan menyokong orang-orang dari Parti Komunis Malaya (PKM).

Beberapa orang ahli-ahli Malayan People’s Anti Japanese Army(MPAJA) dan ahli Jawatankuasa cawangan Parti Komunis Malaya (PKM) daerah Kuala Kangsar sering datang menemui bapaku di Paya Pak Banun. Mereka telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampungku dan kampung-kampung lain.

Di antara keder-keder Parti Komunis Malaya (PKM), Wang Seng (lelaki Cina, berkelulusan Senior Cambridge) dan bekas wartawan sebuah surat khabar Inggeris di Singapura. Dia menganut fahaman Marxisme dan berkiblatkan kepada Komunis China, Baharuddin Tahir atau Baharuddin ’topi mengkuang’, berasal dari Sumatera, tinggal di Kati. Jadi anggota KMM sebelum perang dunia Kedua, menyertai gerakan anti-Jepun dan menjadi anggota PKM dan kader penyusunan massa. Dia sentiasa memakai topi mengkuang, lepasan sekolah agama Islam di Indonesia.

Seorang guru agama Islam – Mudir Madrasatul Kamaliah, Kati, Kuala Kangsar, Fakeh Haji Ghazali berasar dari Chemor dekat Ipoh, telah menjadi mubaligh agama Islam bagi pihak Malayan People’s Anti Jamapenese Army (MPAJA).

Fakeh Ghazali telah mengeluarkan fatwa, bahawa orang-orang Melayu dan Islam lebih baik bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) daripada bekerjsama dan menyokong penjajah Jepun dan penjajah Inggeris yang berkuasa atas orang Melayu dan umat Islam.

”Parti Komunis Malaya (PKM) berjuang menentang penjajah Jepun dan Inggeris dan membantu orang Melayu memerdekakan tanah air mereka, tetapi orang Islam jangan sampai merosak akidah kerana bekerjasama dengan pihak parti komunis,” katanya.

Fakeh Ghazali telah memberi amaran kepada umat Islam, bahawa komunis menafikan wujud Allah. Fahaman itu amat bahaya kepada umat Islam, setiap orang Islam yang menganut fahaman komunis menjadi murtad dan kafir.

Menurutnya, penjajah Jepun dan penjajah Inggeris mengamalkan dasar kapitalisme dan memperhambakan manusia. Mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan boleh menguasai umat Islam

Dua orang perempuan Cina masih muda kader Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Che Som dan Che Bee telah menjadi penyebar fahaman komunis di kalangan kaum ibu Melayu di kawasan Kuala Kangsar telah tiga kali datang ke kami.

Mereka telah meminta bapaku, supaya memujuk seorang perempuan muda yang cantik, isteri orang, di kampung Changkat Duku supaya menjadi kader Parti Komunis Malaya (PKM) seperti mereka. Tetapi bapaku telah menolak pemintaan mereka itu.

Pada satu hari, dalam satu perjumpaan antara Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) dengan orang-orang kampungku, telah tercetus pertengkaran antara bapaku dengan beberapa orang ahli Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Pera. Pertengkaran itu terjadi setelah bapaku menentang pendapat mereka yang mengatakan komunisme sama dengan Islam.

”Kalau nak ajak kami masuk komunis, kami tak nak, kami orang Islam,… kami boleh bekerjasama kerana melawan Jepun,…tapi kalau ajak kami jadi kafir kami tak boleh,” kata bapaku kepada mereka.

Pertengkaran itu telah dapat diredakan setelah Baharuddin ’topi mengkuang’ menyokong pendapat bapaku. Dia memberitahu, fahaman komunis tidak boleh diterima oleh orang-orang Islam. Orang-orang Melayu boleh bekerjasama dengan orang-orang komunis kerana sebab-sebab tertentu, seperti menentang penjajah. Walau pun pertengkaran itu menjadi reda dan masing-masing telah faham, tetapi beberapa orang lelaki China telah menyimpan perasaan marah kepada bapaku.

Sebenarnya di kalangan Parti Komunis Malaya (PKM) ada di antara orang-orang Cina – sama dengan orang-orang China dalam parti-parti politik mereka sekarang – , yang berhasrat hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara Cina baru atau Cina seberang laut (nan yang) – negara komunis dan semua orang Melayu menganut komunis.

Singapura yang dulunya sebuah negeri Melayu, tetapi kerana cita-cita kalangan orang-orang Cina seperti yang aku utarakan di atas ini, maka kini pulau itu Temasik itu telah menjadi sebuah republik yang dikuasai oleh orang-orang China seberang laut.

Sebagai seorang yang telah dewasa dengan pergolakan politik tanah air dan dunia, aku mendapati penjajah yang dilakukan dengan senjata dan politik sama bahasanya dengan penjajahan ekonomi seperti yang wujud di negara kita sekarang ini.

Kejayaan penjajahan ekonomi oleh penghijrah-penghijrah (immigrants) dalam sesebuah negara, akan menjadikan penduduk-penduduk asal negara itu lemah dalam semua bidang. Mereka terkapai-kapai ke sana kemari dalam keadaan ’menang sorak kampung tergadai. Anak-anak muda mereka, walaupun berpendidikan tinggi, tetapi tidak lebih dari jadi buruh dalam negara sendiri, sama ada buruh kasar atau pun buruh berkolar putih.

Tiga malam kemudian, kira-kira tujuh orang lelaki China telah datang ke dangau kami. Mereka telah mengajak bapaku mengikut mereka ke dalam kebun getah tidak jauh dari belakang dangau kami kerana hendak berunding. Tetapi apa bila tiba dalam kebun getah itu mereka telah menangkap bapaku dan mengikatnya pada sebatang pokok getah di situ.

Mereka memberi kata dua kepada bapaku; kalau bapaku mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), mereka tidak akan membunuh bapaku, tetapi kalau bapaku tidak mahu bekerjasama dengan mereka, maka mereka akan membunuhnya.

Menurut bapaku, setelah dia mengaku akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak akan menyebelahi Jepun, maka mereka telah melepaskan bapaku dan mereka telah meminta maaf kepadanya.

Semenjak dari malam itu, bapaku telah berpura-pura bekerjasama dengan orang-orang Parti Komunis Malaya (PKM). Secara sulit dia telah berhubung dengan dua orang sheikh ’Pergerakan Parang Panjang’, iaitu Sheikh Othman di Kampung Baiyan, Taiping dan Kiyai Salleh, Batu Pahat, Johor.

Kerana bapa dan ibuku mementing pelajaran aku dan adikku, lebih-lebih lagi kerana di huma kami tiada guru untuk mengajar kami membaca Quran, maka mereka mengambil keputusan berpindah dari huma itu ke kampung kami.

Setelah kami berpindah ke kampung, tidak ramai orang Parti Komunis Malaya (PKM) yang datang ke rumah kami. Hanya Wang Seng dan Baharuddin topi mengkuang yang sering datang secara bersembunyi-sembunyi.

Pada tiap-tiap malam gurila-gurila Parti Komunis Malaya (PMK) sentiasa berkeliaran di sekitar kebun getah dan belukar di pinggir kampung kami. Mereka juga telah menyebarkan surat-surat khabar Parti komunis Malaya (PKM) di kampung kami dan kampung-kampung lain. Di antara surat-surat khabar dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi dan Jawi, ialah Bintang Merah, Berita Benar, Suara Rakyat dan Bintang Timur.

Perigi tempat kami mengambil air mandi terletak di bawah bukit, kira-kira 300 ela dari rumah kami. Kira-kira seminggu sekali aku mendapati surat-surat khabar itu diletak di pinggir telaga itu dan ditutup dengan daun pisang.

Sama ada di rumah datukku mahupun di rumah bapaku tidak ada tersimpan surat-surat khabar lama. Datuk dan bapaku seperti kebanyakan orang kampung Melayu di hulu-hulu negeri dan di pendalaman pada masa itu amat jarang membaca surat khabar.

Pada masa itu hanya surat-surat khabar Parti Komunis Malaya (PKM) itu sahaja yang ada. Media itu telah menjadi bahan bacaanku dan sumber ilmu pengetahuan am(general knowlege)ku, terutama mengenai media hal ehwal dunia.

Aku masih ingat-ingat lupa, iaitu pada muka dua surat khabar Bintang Merah ada sebuah artikel tiga kolum. Dalam artikel itu ada tulisan lebih kurang begini ’…British, Amerika dan mereka yang beragama Kristian tidak akan henti-henti untuk memusnahkan umat Islam. Mereka mempengaruhi umat Islam dengan kemewahan hidup, budaya alat mereka yang berlawanan dengan Islam dan bahasa Inggeris, kerana bahasa itu menjadi bahasa dunia’.

Walaupun aku masih belajar dalam darjah tiga di sekolah Melayu, tetapi kerana aku rajin membaca surat khabar Jawi dan buku-buku agama bertulisan jawi juga, maka aku telah mempunyai pengetahuan am yang agak baik berbanding dengan murid-murid sedarjah denganku, di sekolah Melayu tempat aku belajar.

Walaupun aku masih kanak-kanak, tetapi aku telah mengetahui kerja dan peranan pemberita dan wartawan. Pada usia begitu aku telah mempunyai cita-cita untuk menjadi wartawan seperti Wang Seng anggota Parti Komunis Malaya(PKM) atau macam abang saudaraku, Abdullah Kuak yang pandai menulis rencana-rencana untuk majalah-majalah agama di Pulau Pinang dan Singapura.

Aku mulai mengetahui tugas dan peranan wartawan ialah dari Baharuddin (topi mengkuang) dan Wang Seng. Manakala Wang Seng telah mengajarku mengenai surat-surat khabar di negara China dan negara-negara lain.

Aku masih ingat akan kata-kata Wang Seng, ”…orang baca surat khabar dapat banyak ilmu, orang tak baca surat khabar fikirannya jadi lemah.”

Wang Seng juga orang yang pertama telah mengajar ilmu kewartawanan kepadaku. Walaupun dia tidak mengajarku bagaiamana menulis berita, rencana dan sebagainya, tetapi dia telah memberitahu kepadaku, di mana surat khabar di terbitkan, bagaimana berita-berita, rencana-rencana dan gambar-gambar didapati oleh surat-surat khabar di seluruh dunia. Dia juga memberitahu, orang-orang China memandang wartawan sebagai ’Raja yang tidak bermahkota’.
Dengan menggunakan surat khabar ’Bintang Merah’, Wang Seng telah mengajarku mengenai kepala berita (head line), berita dalam negeri, berita luar negeri dan beberapa pengetahuan mengenai persurat khabaran.

Wang Seng telah menasihatkan aku, apabila aku telah tamat belajar nanti, pekerjaan yang baik bagiku ialah bekerja sebagai wartawan. Katanya, bekeraja sebagai wartawan boleh memusing dan mencorakkan dunia ini. Menurutnya guru hanya mengajar murid-muridnya di sekolah, tetapi wartawan mengajar semua manusia, walaupun mereka itu raja, presiden, pegawai kerajaan, pedagang, buruh kasar atau para petani di kampung-kampung.

Sementara Baharuddin ’topi mengkuang’, telah memberitahu ramalannya kepada bapa dan ibuku, iaitu apabila aku telah besar dan dewasa nanti, aku akan menjadi orang yang berilmu pengetahuan dan terkenal atau tersohor. Manakala adikku, Ghazali, akan menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, tetapai tidak terkenal atau tidak tersohor seperti aku.

Perkataan dan ramal Baharuddin ’topi mengkuang’ itu telah merangsang semangatku untuk menjadi seorang pemberita atau wartawan. Kerana cita-cita itulah agaknya, aku telah menjadi seorang kanak-kanak yang rajin membaca. Ingin mengetahui sesuatu yang wujud di alam ini. Di sekolahku, aku pernah dimarah oleh dua tiga orang guruku, kerana aku telah banyak bertanya kepada mereka akan perkara-perkara yang mereka tidak dapat menjawabnya atau sengaja tidak mahu menjawab.

Aku masih ingat, pada masa itu kebanyakan guru tidak suka murid-murid mereka lebih pandai dari mereka. Mereka itu masih kuat memegang pada fahaman ’guru makan garam dulu dari murid’.

Aku sering mendengar dua orang kader Parti Komnunis Malaya (PKM) itu bercakap dengan bapaku, bahawa orang-orang komunis yang menentang Jepun bertujuan untuk membela orang-orang Melayu, membela agama Islam dan menolong mereka menuntut kemerdekaan. Tetapi, walaupun aku masih kecil, aku tidak percaya kepada percakapan mereka itu. Aku sering diberitahu oleh ustaz Mohd.Amin Farid dan ustaz Mohd. Khir Nawawi yang mengajar aku mengaji Quran, iaitu orang-orang komunis tidak percayakan Allah dan musuh agama Islam.

Pada satu hari aku telah terjumpa surat khabar lama, ’Majlis’, dalam peti di rumah datukku. Aku telah membaca surat khabar bertulisan Jawi itu dengan mengeja atau merangkak-rangkak. Aku telah membaca dan memahami rencana pengarangnya, iaitu:

’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari sanalah menjalar ke benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan agama al Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar (Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama Islam).

Kita pernah mewartakan 30,000 buah masjid Islam di Russia telah ditutup oleh kerajaan komunis sama ada dijadikan panggung wayang atau pun kandang kuda dan jamban dan beberapa banyak pula gereja Kristian telah bernasib seperti masjid-masjid itu.’

Pada masa itu gerila-gerila Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Perak terdiri dari orang-orang China yang kebanyakan dari mereka penanam-penanam sayur dan tembakau, halia, sayur-sayuran secara haram di dalam kawasan-kwasan Hutan Simpan, di sepanjang kaki banjaran Gunung Bintang Hijau dari daerah Kuala Kangsar hingga ke daerah Grik atau Hulu Perak.

Selain dari mereka itu, terdapat juga guru-guru sekolah cina, peniaga-peniaga kecil seperti tukang basikal, bengkel kenderaan, tukang kayu dan buruh ladang getah dan lombong bijih timah.

Manakala dalam kawasan Sungai Siput Utara, Kinta hingga ke Perak Selatan, Tanjung Maling anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) terdiri dari pemuda dan pemudi China yang bekerja sebagai buruh ladang getah dan buruh lombong bijih Timah. Dan sedikit dari mereka itu terdiri dari guru-guru China, peniga dan mereka yang bekerja dengan kerajaan Inggeris.

Kebanyakan orang-orang China suku Hainam, suku Kong Sai yang bekerja di Rumah Rehat, hotel dan restoran menjadi ahli Parti Komunis Malaya (PKM). ’Parti Komunis Malaya telah mengambil peluang menggunakan perasaan anti-Jepun khususnya di kalangan penduduk-penduduk China. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Tentera Anti – Jepun Penduduk Tanah Melayu. Keanggotaannya terbuka kepada semua penduduk Tanah Melayu. Topi yang dipakai oleh Tentera Anti – Jepun ini mempunyai tiga bintang yang dianggap mewakili orang Melayu, China dan India. Tentera ini juga lebih dikenali sebagai askar Bintang Tiga. Oleh kerana semasa pendudukan Jepun, pertubuhan yang teratur dan kuat untuk menentang Jepun ialah Bintang Tiga yang dikendalikan oleh Parti Komunis, maka ramai orang China, yang tidak pun bersimpati dengan fahaman komunis, telah menganggotai Bintang Tiga kerana mereka bencikan Jepun. Jadi, satu lagi kesan pendudukan Jepun yang penting ialah menguatkan Parti Komunis Malaya.

Usaha Jepun hendak menentang Bintang Tiga membawa kesan yang buruk. Kebanyakan anggota polis Jepun ialah orang Melayu. Apabila Jepun hendak menghapuskan Bintang Tiga, orang Melayu yang menjadi polis Jepun diarah melakukannya. Jadi, sebenarnys pertentangan Jepun dengan Bintang Tiga, telah merupakan pertikaian orang Melayu dengan orang China kerana dalam pasukan polis Jepun ramai orang Melayu dan dalam Bintang Tiga kebanyakan-nya orang China. Dengan itu hubungan orang Melayu dengan orang China menjadi renggang.’

Sementara hartawan-hartawan China menjadi golok mata gua; mereka membantu Jepun dan membantu Inggeris. Kata datukku, bahawa orang-orang China seperti punai dengan pokok jerai, di mana ada buah jerai masak , di situlah banyak burung punai.

Kerana bapakku ketua kampung, maka semua orang China suku Kong Sai yang hidup sebagai setinggan atas tanah Hutan Simpan kerajaan telah ’bergantung harap’ kepadanya, terutama untuk menolong mereka supaya tidak diganggu gugat oleh askar Jepun. Sama ada terpaksa atau secara sukarela, mereka itu adalah penyokong-penyokong Parti Komunis Malaya (PKM).

Mereka sering membawa kepada ayah dan ibuku ayam Tongsan dan sayur-sayuran. Aku telah belajar menggatih basikal dengan menggunakan basikal orang-orang China kebun sayur yang sering datang ke rumahku.

Semenjak pada zaman penjajah Inggeris hingga pada masa ini, ada di antara orang-orang pendatang di Tanah Melayu atau Malaysia mempunyai perasaan jujur bergaul dengan orang-orang Melayu, ada yang perpura-pura bergaul tetapi hati di dalam bermusuhan dan ada pula yang berbaik- baik dengan orang-orang Melayu dengan berazimatkan ’ anti perkauman’ tetapi mereka mempunyai tujuan yang tertentu atau ’ada udang di sebalik batu’.

Sekumpulan orang-orang Cina yang kaya raya di Ipoh telah pergi ke London membuat tuntutan kepada Kerajaan British supaya tidak memberi kemerdekaan kepada orang-orang Melayu. Sementara itu sebilangan besar orang-orang Cina di Johor dan Singapura yang menunggu-nunggu masa untuk menjadikan Singapura sebuah Negara Cina Seberang laut. Mereka telah berhasrat demikian setelah terbitnya sebuah buku geografi di Negara Cina yang memaparkan peta Kepulauan Melayu sebahagian dari Negara China.

Amalan-amalan tidak sihat itu masih berlaku dalam pergaulan hari-hari, politik, sosial, pendidikan dan pernigaaan dan perdagangan pada masa kini. Maka sama ada pemimpin-pemimpin Melayu nampak atau tidak, bahawa falsafah ’telunjuk lurus kelingking berkait’ terus wujud dalam masyarakat ’majmuk dan muhibbah’ di negara ini.

Pada masa aku menulis buku ini, aku khuatir negara kita ini akan berlaku seperti pantun Melayu yang telah ditulis oleh seorang ahli parti Islam, Hizbul Muslimin pada tahun 1945, penulis dan guru agama, Yahaya Nasim:

Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Sini Cina sana Cina,
Malaya jadi pajak judi.

( Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah )


Artikel Pilihan 3

Sumber : Klik


Red star over Malaya

By CHEAH BOON KHENG

A look at how communism took root in Malaya.

COMMUNISM made its way into Peninsular Malaysia in the 1920s through the efforts of Indonesian agents, such as Tan Malaka, Alimin and Musso.

Its ideas were first formally introduced in Asia in 1914, in Dutch-ruled Indonesia, with the founding of the Indies Social Democratic Association (ISDA), led by the Dutch Marxist and trade unionist, Hendricus Sneevliet.

The association later became the Perserikataan Komunist Indonesia, or Indonesian Communist Party, on May 23, 1920 – the first communist party in Asia.



A 1980 communist propaganda poster extolling the Communist Party of Malaya’s 50-year struggle. – File photo

The China Communist Party (CCP) was not founded until May 1921 and the Indian Communist Party, not until December 1925.

Of the Indonesian agents, Tan Malaka was the most outstanding and impressive. He was the South-East Asian representative of the Moscow-based Communist International (Comintern), and operated widely in Bangkok, Manila, Penang and Singapore. As he successfully evaded arrest, his secret activities won the respect and admiration of Western intelligence officials who described him in their reports as, “The Scarlet Pimpernel”.

Tan Malaka’s dismal assessment of communism’s future in Malaya, in a coded message dated Nov 25, 1925, which was intercepted by British Special Branch, said the agents’ work so far had not been successful among Malays and Indians, and any success could only come from the Chinese “whatever sort of movement it may be”.

On his recommendation, CCP agents were invited over to Malaya to win over Chinese workers and to address Chinese schools and night classes. In 1925 they succeeded in forming an “overseas branch of the CCP”, which later became the Nanyang (South Seas) Communist Party under the leadership of Fu Ta Ching.

It was around this time, too, that CCP agents arrived as teachers and spread their wings in Chinese schools in Sarawak, which joined Malaysia in 1963, and where a Chinese-led communist movement grew but was never acknowledged by the Comintern as being in Malaya. (An amorphous body, the Sarawak Communist Organisation, emerged in the 1960s, launched an uprising in 1962 but disbanded itself in 1972-73.)

The Nanyang Communist Party was the forerunner of the Communist Party of Malaya, which was established in 1930 by the Vietnamese Nguyen Ai Quoc (better known as Ho Chi Minh), who had replaced Tan Malaka as the Comintern representative in South-East Asia.

Ho reportedly criticised the poor record of CCP agents in Malaya, especially their failure to make headway in recruiting Malays and Indians, and urged the CPM to resolve the racial question.
Not a registered body, the CPM worked underground. It was constantly harassed by the British police, which raided its meeting places and printing presses and carried out arrests, detentions and banishments (of those who were Chinese nationals) to disrupt their activities.

The party established new cells in both urban and rural areas, but its support never extended into the Malay and Indian population, making more headway among Chinese workers and their trade unions. Its documents were usually issued in Chinese.

According to British intelligence, its membership for the period 1934-1940 remained around 1,500 to 1,700 owing to its own stringent conditions. This was the same even for the post-World War II period when membership rose slightly. The ratio of Chinese to Malays in communist-front organisations was said to be 15:1 and as high as 50:1 in the CPM itself.

In 1932 and again in 1935, the CPM suffered schisms, which led to purges. This gave the police an opportunity to plant Lai Tek, a British agent, in the party. A Chinese-speaking Vietnamese, he was passed on to the British Special Branch from the French Surete in Saigon and worked his way up to become secretary-general by a claim of Ho Chi Minh’s friendship and support after the latter’s arrest in Hong Kong in 1932.

Lai Tek secretly passed on information to the police, which allowed them to disrupt the organisation. His collaboration continued until the outbreak of war, when he was captured by the Japanese Army and he collaborated with them as well.

Before Malaya fell, he concluded an anti-Japanese front with the British authorities, under which CPM members were trained, armed and sent out to conduct guerrilla warfare behind enemy lines in the last few weeks of the war.

Fortuitously, the CPM thereby acquired a 7,000-strong guerrilla force, the Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA), during the Japanese Occupation as well as British official recognition of the party.

Although Lai Tek collaborated with the Japanese in an extensive destruction of the CPM, he kept the MPAJA intact to assist the British Army. He was keeping his options open.

After the war the party disbanded the MPAJA, but did not relinquish all its arms, adopted a moderate policy of cooperation with the British, scaled down its goal of a “Malayan People’s Republic” to self-government, and, not surprisingly, did not demand independence due to Lai Tek’s continuing role as British agent.

But in 1947, he was unmasked and ousted. He managed to escape with the party’s funds to Hong Kong, but it eventually tracked him down and he was killed.

Post-war industrial unrest, caused by unemployment, low wages, employers’ intransigence and trade union militancy in which communists were involved, culminated in a series of murders of employers and plantation managers, which were blamed on the CPM.

The British administration, unable to control the situation, declared a State Of Emergency, closed down communist-dominated trade unions and arrested their leaders.

The CPM’s rank-and-file scattered underground, and the party issued a call to them and to former MPAJA comrades to take up arms again and flee to the hills and jungles.

Clearly taken by surprise, the CPM’s decision to revolt was made in panic, accelerated by and partly in response to the severity of government action. A month later, the CPM was proscribed.
The declaration of the State of Emergency had far-reaching unintended consequences. It led to draconian Emergency laws, the rise of communalism, and an initial military regime (under General Sir Gerald Templer) to combat communist subversion and terrorism, ethnic urbanisation, the end of colonial rule and the birth and building of a new nation.

But, until it laid down its arms in 1989, the CPM had by-passed the mainstream of politics, nation-building and major developments in Malaysia. It failed to stop the formation of Malaysia, her rapid social and economic development since the May 13, 1969, riots, and Malaysia’s turn to a non-aligned and neutral foreign policy and rapprochement with Soviet Russia and Communist China, which undermined their support of the CPM’s struggle and which led to its isolation and final disarmament and dissolution.

'The writer was professor of history at Universiti Sains Malaysia until his retirement, and until recently was a visiting professor at the National University of Singapore. He has written several books, including ‘The Masked Comrades: A Study of the Communist United Front in Malaya’ (1979) and ‘Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941-1946’ (1983)'


* [ Artikel ke-232 Sangtawal Sakranta... ]



Saturday, August 20, 2011

Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad



Tajuk : Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad.

Oleh : Sangtawal Sakranta


Maha Suci Allah Swt telah menjanjikan kepada kita akan mendatangkan satu kaum yang sangat mencintai Allah swt dan Allah swt juga amat menyintai mereka sebagai pembela agama Allah swt setelah terjadinya banyak peristiwa murtad. Ini janji Allah swt, bukan mimpi!

Hayatilah Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 54 ini :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya ( jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” [ Al-Maidah : 54 ]

Semoga Allah swt mendatangkan kaum yang dijanjikan itu di zaman ini. Di zaman umat islam begitu lemah , dihina dan ditindas dimana-mana. Di zaman fitnah Dajjal semakin berleluasa.

Semoga Islam kembali gemilang ditangan mereka yang akan berjuang dengan gagah dan bersungguh-sungguh dijalan Allah swt.

Ya Allah, bantulah kami dalam agamaMu,

Perteguhkanlah dan tetapkanlah iman kami,

Bimbinglah kami menuju rahmat dan keredhaanMu.

Amin…..


*[ Artikel ke-231- Sangtawal Sakranta .... ]


Wednesday, August 10, 2011

Cegah Murtad Sebelum Terlambat .



Tajuk : Cegah Murtad Sebelum Terlambat.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.



Selepas membaca beberapa artikel di blog, Klik , dan Klik

dan membaca motto dalam artikel itu yang berbunyi : “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia” yang terdapat di Gereja tersebut, saya merasa terpanggil untuk menulis sedikit pandangan berkaitan isu murtad ini.

Melihat kepada motto mereka itu, dapat kita rasakan betapa besarnya cita-cita dan matlamat mereka !

Dalam pada pemimpin melayu islam kita asyik melobi “1 Malaysia” yang nampaknya lebih “mesra undi” rakyat , dalam keadaan kita sedikit terleka, ada segelintir dari kita umat islam sedang dipengaruhi secara halus untuk meninggalkan agama islam.

Dari usaha memohon menggunakan kalimah ‘Allah’, seterusnya kepada membawa masuk Bible berbahasa melayu, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa gerakan mereka untuk menyebarkan dakyah Kristian tidak pernah berhenti malah bertambah subur.

Tidak dapat dinafikan bahawa gerakan dan usaha para pendakwah mereka amat halus dan sangat konsisten. Berbeza dengan ulamak kita [tidak semua] yang banyak terlibat dalam politik dan sibuk berkempen untuk menjaga peti undi dan periuk nasi, serta mengamalkan cara fitnah-maki hamun, mengkeji, sentiasa mencari kelemahan pihak lain, menolak kerjasama dan penyatuan, menghasut, menyalakan api permusuhan, memecah-belahkan ummah, memutar belit dan menggunakan ayat suci Al-Quran untuk tujuan politik dan peribadi.

Ulamak peti undi bukan mahu berdakwah untuk mengembangkan agama islam, jauh sekali untuk menyeru orang bukan islam ke arah memahami ajaran islam seterusnya memeluk islam, tetapi lebih mengelirukan umat.

Lebih teruk dari itu, ada juga golongan yang dikatakan berjuang untuk islam tetapi dalam nada yang lain mengutuk tindakan JAIS dalam pemeriksaan keatas Gereja tersebut demi menyelamatkan akidah umat islam.Ada juga pemimping yang lebih terlebih sudu dari kuah berkata bahawa berada di Gereja tak semestinya murtad walhal telah tertulis motto di Gereja tersebut : “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Disini contohnya , Klik , Anda boleh lihat kesungguhan dan cita-cita mereka. Gereja yang khabarnya terbesar di Asia tersebut boleh memuatkan 5000 orang dalam dewan utamanya sudah pasti tidak akan dibiarkan kosong begitu saja!!! Berhati-hatilah kita semua agar mereka yang akan mengisi tempat kosong itu nanti bukan terdiri dari diri kita, ahli keluarga dan saudara mara kita!

Mengapa ini semua terjadi?

Jawabnya; Ini terjadi bila orang-orang beriman tidak mahu membela agama Allah swt, maka Allah swt tidak menetapkan iman dan pendirian mereka.Barangkali mereka telah lupa kepada peringatan Oleh Allah swt dalam Al-Quran berikut :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu.” ( Surah Muhammad: ayat 7 )

Para pemimpin negara pula nampaknya tidak mengambil serius isu ini padahal inilah sebesar besar amanah dan tanggungjawab [membenteras murtad] yang perlu dipikul oleh setiap pemimpin islam yang pastinya akan ditanya di hadapan Allah swt kelak apakah peranan mereka semasa di dunia ini.

Wahai ulamak warisan nabi, bangkit dan bersatulah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan syiar islam agar islam sirna kembali....


* [ Artikel ke-230 Sangtawal Sakranta... ]


Monday, June 27, 2011

Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’



Tajuk : Bangkit Dari Kekalahan Dalam ‘The Battle Of Lepanto’

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Bila kita sebut The battle Of Lepanto, maka akan terkenang kita kepada peristiwa kekalahan pertama tentera islam dizaman Empayar Othmaniah. Walaupun sebelum itu mereka tidak pernah kalah kepada musuh, namun dalam The Battle of Lepanto, mereka kalah dengan teruk dan amat mengejutkan dunia islam.Menang atau kalah dalam peperangan itu adalah lumrah, namun apa yang saya ingin tekankan disini ialah kekalahan tentera islam kepada tentera Kristian yang mereka gelar “Holy League” (Spain and its territories, Republic of Venice, the Papacy, Republic of Genoa, the Duchy of Savoy, the Knights Hospitaller, and others)

Di perut kapal-kapal milik raja yang dikalahkan oleh pihak Kristian terdapat ketulan-ketulan emas yang begitu banyak. Ia tersimpan di perut kapal dan sentiasa dibawa oleh raja ke mana saja dia belayar kerana bimbang ianya akan hilang.Tidak pasti ketulan-ketulan emas itu masih terbenam didasar lautan ataupun sudah menjadi milik musuh.

Orang Kristian tidak pernah melupakan detik penting mereka mengalahkan tentera islam iaitu pada 7hb Oktober 1571. Detik dimana mereka merayakan kekalahan tentera islam sambil menyaksikan sebanyak 240 buah kapal perang tentera islam Empayar Othmaniah karam dan mengorbankan nyawa kira-kira 30,000 orang islam berbanding hanya 12 buah kapal perang tentera Kristian dan hanya kira-kira 9,000 nyawa mereka yang terkorban.

Itulah sebabnya pada 7 Oktober pada setiap tahun di gereja-geraja besar Kristian loceng dibunyikan kerana memperingati 'The Battle of Lepanto'.

9hb Julai ini, nampaknya ada pihak yang ingin membunyikan “loceng” besar di tanah melayu bumi berdaulat ini lebih awal. Apakah ini termasuk salah satu dari agenda sulit Dajjal untuk mencetuskan kekecohan dan huru hara di Negara kita?


Sekali lagi buat ingatan kita semua, disini saya ingin memetik tulisan Ustaz Jaafar Bin Salleh dalam bukunya : 3 Tokoh Bakal Menakluk Dunia : Al-Mahdi-Dajjal-Nabi Isa Al Masih , m/s 65 :

[[ Nabi saw bersabda,maksudnya : “Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat:

1.Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai).

2.Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi)

3.Seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu”
(Hadis Riwayat At-Tabrani dalam Al-Kabir)

Ketika mengulas hadis di atas , ‘Allaamah Mufti Brunei dalam kumpulan fatwanya bilangan 30, halaman 164 membuat komentar, katanya: “Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang islam ialah mereka mengikut cara orang Eropah atau cara barat, iaitu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit-jerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Sedangkan Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik-mekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan islam”

Sabda Nabi saw ,maksudnya :

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan” (Hadis Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir) ]]

Masyarakat moden sekarang yang kononnya berjiwa liberal, sudah faham segala-galanya tentang dunia, alam ini dan makna sebenar kehidupan sering mengagung-agungkan demokrasi sebagai sistem terbaik untuk kesejahteraan umat sejagat. Ia disanjung sebagai ideologi pentadbiran dan pemerintahan yang ideal, adil lagi saksama.

Tetapi pernahkah anda terfikir,demokrasi sebenarnya dicipta yahudi untuk membolehkan manusia buruk akhlak naik memegang tampuk kepimpinan dan kekuasaan masyarakat? kerana ia berdasarkan suara serta sokongan ramai, kononnya suara ramailah yang terbaik dalam menentukan halatuju pentadbiran serta pemerintahan negara. Mereka yang memperjuangkan demokrasi ialah yang menganut falsafah sophistry, iaitu ilmu yang diasaskan oleh cendekiawan dan pemikir yunani yang bergelar sophist sejak 2500 tahun dahulu.

Menurut ahli sophist... kebenaran adalah apa yang dapat dibuktikan dengan kata-kata... atau kesaksian melalui lima pancaindera badan dan logik akal sehingga tidak dapat disanggah lagi. Natijahnya, siapa yang lebih pandai bercakap dan mengemukakan bukti yang kukuh sehingga tidak dapat ditandingi lawan, dialah yang benar. Maka natijah seterusnya... kebenaran boleh dijual-beli ,asalkan kena harganya...

Bukan kita tidak tahu,dalam kehidupan seharian,"kebenaran" boleh dilesapkan, lalu digantikan dengan "bukti yang sahih". Dalam sesuatu perdebatan,orang jahat dan licik boleh menggunakan teknik berhujah yang sesuai, oratoriol skills berserta soalan rhetorics untuk menekan orang yang benar sehingga dia terlupa fakta yang ingin dikemukakan lalu dituduh sebagai penipu pula.

Siapa golongan sophist itu??? mereka adalah masyarakat arcadia yang terdiri dari puak yahudi yang telah membawa diri dari jurusalem... kemungkinan besar mereka adalah dari keturunan para penyembah berhala yang pernah diketuai samiri, pengikut Nabi Musa yang telah mengajak kaumnya menyembah patung lembu emas buatannya.

Kajilah sejarah permulaan demokrasi ala barat,demokrasi berparlimen yang bermula dengan peristiwa perjanjian Magna Carta yang berlaku di England 800 tahun dahulu yang didalangi oleh yahudi ini yang akhirnya menjurus kepada jatuhnya sistem beraja dan istana dibawah tapak kaki mereka... iaitu bangsawan ciptaan/palsu atau tuan tanah (land barons)

Oleh itu selalu saya tekankan disini... menjadi satu trend masa kini golongan yang berfahaman sophist [bukan semua] , yang ada ilmu asas guaman sekarang ini lebih berminat untuk berpolitik dan sudah banyak ahli parlimen atau wakil rakyat yang ada kelulusan undang-undang... mereka ini selalu menjadikan sesi pembahasan usul masalah rakyat dalam parlimen... sebagai mahkamah dan tempat bertikam lidah, berhujah dan menegakkan benang basah dengan penuh keyakinan dan berbelit belit fakta hingga rakyat menyangka merekalah sebenarnya juara atau pejuang kebenaran...

Semoga Allah swt sentiasa mengekalkan keamanan dibumi bertuah ini. Amin.

Apapun yang akan terjadi, kita perlu bangkit dari kekalahan dalam The Battle of Lepanto yang pertama!!!


*[ Artikel ke 228 Sangtawal Sakranta ... ]


Monday, June 06, 2011

Pahlawan Pedang Allah




Tajuk : Pahlawan Pedang Allah

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.

Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak didadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :

“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.

Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!

Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.

Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.

Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :

“Kepada semua tentera Parsi.Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan).Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup”

Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh.Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates!Ada tentera musuh yang sanggup terjun kedalam sungai untuk menyelamatkan diri!

Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi :

“Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..”

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.

Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh.Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :

“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.

Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :

Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.

Khalid : silakan.

Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?

Khalid : benar.

Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?

Khalid : tidak benar !

Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?

Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah.Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?

Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?

Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.

Gergorius : mengapa?

Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.

Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!

Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom.Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah.Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah.Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu.Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :

“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab.Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat.Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”

Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!

Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :

“ Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman.Disebabkan itulah kita kalah”

Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :
“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.

Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:

“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.

“Mengapa?” Tanya Khalid.

“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.

Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian.Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.

Kata Adi bin hatim :

“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”

Al-Fatihah untukmu wahai Saifullah ….



*[Artikel ke-226 Sangtawal sakranta...]


Monday, May 16, 2011

Raja-Raja Dari Anak Iblis Yang Memiliki 5 Kerajaan



Tajuk : Raja-Raja Dari Anak Iblis Yang Memiliki 5 Kerajaan

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sambil membelek – belek buku Majalah Mastika keluaran Mei 2011, saya terbaca satu topik menarik pada mukasurat 56 bertajuk : “Inilah musuh sebenar manusia!”, pada bahagian Alam Mistik bersama Karimon. Pada Mukasurat 57 pula ada diceritakan nama-nama anak Iblis iaitu seramai 5 ekor dibawah sub-tajuk : “ Raja-Raja dari anak Iblis”.

Saya tulis semula untuk dikongsi bersama disini:

[[ Terdapat lima kerajaan besar yang diperintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka :

1.Dassim:
Tugas jin ini merasuk manusia bercerai berai antara suami isteri, adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangga. Dassim juga memutuskan silaturrahim,kekeluargaan,jemaah dan seumpamanya.

2.Mabsuut:
Jin ini tugasnya merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat dan seumpamanya.

3.Thubar:
Tugasnya merasuk manusia yang ditimpa masalah, musibah dan bala bencana supaya berputus asa dari rahmat Allah. Selepas dirasuk mereka menyumpah-nyumpah dan memaki hamun kepada Allah kerana ditimpa musibah itu.

4.Zalanbur :
Tugas jin ini merasuk dan menghasut manusia supaya bergaduh,bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh.Orang yang dirasuk selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal dengan sifat panas barannya.

5.Al-Anwar:
Jin ini ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya membuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, tikam nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lesbian, seks bebas, homoseksual dan liwat. ]]

Itulah serba sedikit info tentang anak-anak Iblis dan fungsinya dalam kerajaan pakatan Iblis. Semoga kita sentiasa berwaspada terhadap hasutan dan tipudaya mereka.Mereka semua amat licik dan penuh dengan muslihat.

Diantara banyak-banyak anak Iblis diatas, kebanyakan dari manusia tidak tahan dengan hasutan dan pujukan anak iblis bernama Al-Anwar yang sentiasa menyuruh melakukan zina!

Zina adalah perbuatan keji lagi terkutuk yang amat dimurkai Allah swt ! malah Allah swt menegah hambanya menghampiri zina atau dengan kata-kata lain terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada berlakunya zina!

Jika menghampirinya pun Allah swt telah menegahnya, apakah kita sanggup melindungi atau mempertahankan si pelaku zina dikalangan umat ? apa hukumnya pula? apa lagi jika pelaku tersebut pernah didapati bersalah melakukan liwat !

Firman Allah swt dalam surah Al- Isra’ : ayat 32 bermaksud :

“Dan jangan menghampiri kamu akan zina, kerana bahawasanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan (sejahat-jahat pekerjaan) ”
[ Al-Isra’ : 32]

Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Furqan : ayat 68-70 bermaksud :

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [ Al-Furqan : 68- 70 ]

Apakah kita masih ingin menyembunyikan kemaksiatan dan ‘pekerjaan sejahat-jahatnya ini’ oleh orang yang kita kenali sekiranya kita tahu bahawa orang tersebut benar-benar telah melakukan perbuatan terkutuk itu ? apakah kita masih mahu berkawan atau mahu menjadikan dia pemimpin kita ?

Renungi semula Firman Allah swt ini :

“Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).” [ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 2 ]


*[ Artikel ke 225 - Sangtawal Sakranta ]....



Thursday, May 12, 2011

Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam




Tajuk : Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[1]

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).[2]”

[ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]



[*Catatan ke-224 Sangtawal Sakranta.]