Monday, June 06, 2011

Pahlawan Pedang Allah




Tajuk : Pahlawan Pedang Allah

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Siapa lagi kalau bukan manusia hebat bernama Khalid Al-Walid yang digelar Pahlawan Pedang Allah. Dia adalah pedang dari pedang-pedang Allah!

Insan bergelar ‘Saifullah’ ini bukan sahaja hebat dalam ilmu mempertahankan diri dan taktik ketenteraannya, tetapi seorang insan yang sangat teguh imannya dan kental semangat juangnya disamping mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dalam memastikan kemenangan selalu berada di pihak tentera islam pada setiap kali peperangan yang dipimpin olehnya.

Bermula dengan penentangan yang cukup keras terhadap Nabi Muhammad saw dan islam. Dengan ketangkasan dan kecekapan berkudanya beliau memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera islam dalam Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah. Khalid terus memusuhi islam sehingga tahun ke 6 Hijrah dimana selepas itu dia mula menerima cahaya kebenaran islam lalu memeluk agama islam.

Khalid menyertai Perang Muktah dimana 3000 orang tentera islam melawan 200,000 orang tentera Rom.Perang yang menyaksikan gugurnya panglima tentera islam bernama Zaid Bin Harithah yang juga anak angkat Nabi Muhammad saw. Selepas ditikam dengan tombak didadanya Panji-Panji Nabi Muhammad saw diserahkan kepada Jaafar bin Abu Talib. Bila tangan kanan Jaafar putus ditetak, dia pun melepaskan senjata ditangan kirinya lalu memegang Panji-Panji Nabi Muhammad saw di tangan kirinya. Bila tangan kirinya pula ditetak, dia mengepit Panji-Panji itu dengan kedua lengannya yang telah putus itu sambil berkata :

“Panji-panji Nabi Muhammad ini lebih berharga daripada nyawa saya!”, selepas itu datang seorang tentera Rom dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga badannya terbelah dua, namun panji panji itu berjaya diselamatkan dari tangan musuh oleh Abdullah bin Rawahah setelah tentera Rom itu dibunuh oleh Khalid Al-Walid. Abdullah juga akhirnya syahid dan panji-panji Nabi Muhammad saw dipegang oleh Thabit bin Arqad.

Setelah 3 orang panglima islam tiga serangkai gugur syahid, maka panji-panji perang beralih ke tangan Khalid Al-Walid pula lalu bermulalah era kegemilangan dan kehebatan Pahlawan Pedang Allah ini dalam memimpin hampir 100 siri peperangan selepas itu untuk menegakkan syiar islam dan kalimah tauhid yang suci di muka bumi ini!

Setelah kewafatan Rasulullah saw, Khalid Al-Walid ditugaskan oleh Khalifah Abu Bakar r.a untuk membenteras gejala murtad dan nabi palsu.

Beliau pernah mengalahkan nabi palsu iaitu Musailamah al-kazab.Taman Syurga Musailamah yang menjadi tempat berlindungnya kumpulan pengikut ajaran sesat itu bertukar menjadi taman maut. Seramai 12,000 orang tentera Musailamah terbunuh manakala 600 orang tentera islam gugur syahid.Musailamah maut setelah direjam oleh lembing Wahsyi, tentera islam yang sebelum keislamannya pernah membunuh Saidina Hamzah r.a dalam perang Uhud dengan cara yang sama! Wahsyi telah berjihad dengan sepenuh jiwa dan raganya disamping ingin menebus kesalahannya yang lalu ketika dia masih belum memeluk islam.

Sewaktu ingin berperang dengan tentera Parsi, tentera islam dibawah pimpinan Khalid Al-Walid sukar mendapat bekalan air setelah semua kawasan sumber air dikepung oleh musuh.Tentera Parsi dibawah pimpinan Panglima Hurmuz sengaja tidak menyerang kerana mereka mahu melihat tentera islam mati kehausan tanpa menggunakan senjata. Disaat genting itulah Pahlawan Pedang Allah ini meminta Ibnu Abbas mendirikan solat hajat kepada Allah swt minta hujan.Doa Ibnu Abbas diaminkan oleh 20,000 orang tentera islam di makbulkan Allah.Cuaca yang cerah dan panas tiba-tiba redup lalu hujan pun turun dengan lebat selepas itu! Sehinggakan lembah tempat sumber air yang dikepung musuh menjadi banjir.Musuh menjadi kelam kabut malah ada yang mati lepas selepas itu.

Selepas itu Khalid mengutus sepucuk surat kepada Panglima Parsi yang berbunyi :

“Kepada semua tentera Parsi.Peluklah agama islam, nescaya kalian akan selamat ataupun pilihlah hak sebagai zimmah (kafir yang dilindung) dengan membayar jizyah (cukai perlindungan).Sekiranyan kalian enggan, jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkan diri sendiri kerana kami datang dengan tentera yang menyintai mati sebagaimana kalian mencintai hidup”

Hurmuz sangat marah dan begitu sombong kerana tidak mahu menerima cahaya kebenaran islam, malah telah menggantung sebilah pedang ke leher utusan Khalid sebagai balasan kepada surat itu.Selepas itu Panglima tentera Parsi , Hurmuz yang sombong , kebal dan tidak pernah tewas di medan tempur itu akhirnya telah tewas oleh tetakan mata pedang Saifullah di medan perang! Selepas itu panglima tentera Parsi bernama Rustam juga mati terjatuh kedalam sungai Dajlah ketika sedang bertarung dengan Khalid dalam siri pertempuran kedua dengan tentera Parsi, hampir 30,000 orang tentera musuh terbunuh.Dalam siri peperangan ketiga, panglima Parsi Indrazaghur dan dan Bahman melarikan diri dari medan perang ketika melihat amukan dan asakan tentera islam yang begitu hebat hingga tentera musuh berundur ke tebing sungai Tigris dan Euprates!Ada tentera musuh yang sanggup terjun kedalam sungai untuk menyelamatkan diri!

Antara bait puisi yang ditulis oleh bekas tentera islam yang cedera dan dihantar pulang oleh Khalid iaitu Abu Makran Aswad dalam menceritakan kehebatan tentera islam di medan tempur berbunyi :

“Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita,
Singa-singa jantan bertempur gagah,
Belum pernah aku menyaksikan perang
dasyat seperti itu,
Antara tokoh tokoh terbesar,
Kami membunuh tujuh puluh ribu,
Saki-baki yang hancur menjadi tawanan..”

Dia pernah meminum racun yang sangat bisa dari tangan musuh untuk membuktikan keimanan dan tawakkalnya kepada Allah SWT dan sebagai satu cara dakwah dengan berkata bahawa racun itu tidak mampu berbuat apa-apa kecuali dengan izin Allah SWT, benar seperti apa yang dikatakan oleh Khalid, tidak ada apa-apa mudharat yang menimpa keatas dirinya selepas meminumnya membuatkan pemilik racun itu, Ibnu Baqilah tercengang kehairanan, namun Ibnu Baqilah masih belum menerima cahaya hidayah islam.

Satu lagi peperangan di Firadh, tentera yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid telah berjaya membunuh paling ramai musuh.Kata ahli sejarah Tarikh al-Tabari :

“Seramai 100,000 orang tentera musyrikin terbunuh.Inilah pertempuran yang membunuh paling ramai musuh”.

Peperangan Yarmuk, iaitu peperangan tentera islam menentang Tentera Rom, setelah Khalid Al-Walid berjaya menundukkan Kekuasaan Parsi benar-benar menguji kekuatan emosi dan spiritual panglima agung ini.

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.

Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid berlawan satu lawan satu dengannya.Cabaran itu disahut oleh Khalid.Ketika mereka berhenti rehat seketika, maka terjadilah dialog antara mereka seperti dibawah :

Gergorius : saya mahu bertanya kepada saudara.

Khalid : silakan.

Gergorius : benarkah saudara mendapat gelaran pahlawan pedang Allah ?

Khalid : benar.

Gergorius : benarkah Tuhan turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada saudara?

Khalid : tidak benar !

Gergorius : mengapa saudara digelar pahlawan pedang Allah?

Khalid : Tuhan mengutus seorang nabi dikalangan kami.Pada mulanya, saya juga menentang Nabi Muhammad, tetapi kemudian saya mendapat petunjuk daripada Tuhan lalu menjadi penyokong setia baginda.Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata saya adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Tuhan yang terhunus kepada kaum musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhan supaya saya menang dalam peperangan menegakkan agamanya.Kemudian saya diberi gelaran Pedang Allah.Sejak itu saya bersikap keras terhadap mereka yang menentang islam.

Gergorius: Apa yang saudara seru kepada manusia semasa menjalankan tugas?

Khalid : saya menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan saudara dan memilih tawaran menerima islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan saudara sekalian?

Khalid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya.

Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama saudara pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?

Khalid : mereka lebih mulia daripada kami.

Gergorius : mengapa?

Khalid : Kami hidup pada zaman Nabi dapat melihat mukjizat baginda.Kami menyaksikan sendiri dengan keajaibannya.Ada juga yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat baginda, namun mereka tetap menerima agama kami dengan jujur dan ikhlas, maka mereka lebih mulia dari kami.

Gergorius : Demi Tuhan, saya menyahut seruan saudara.Saya mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Khalid terkejut bercampur gembira.Muka mereka berseri dan bercahaya-cahaya.Mereka terus bersalam-salaman .Kejadian tersebut berlaku sekelip mata di medan tempur dan kedua-dua belah pasukan tentera terpegun seketika!, Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.

Peristiwa di atas menimbulkan kemarahan Theodore, Panglima besar Rom yang juga merupakan adik kepada Maharaja Rom, Hercules.Tentera Rom ketika itu berjumlah 240,000 orang; 80,000 orang tentera berkuda dimana terdapat 100 ekor gajah dikalangan mereka, 80,000 orang tentera berjalan kaki dan 80,000 orang tentera yang kakinya dirantai!

Kecerdasan emosi dan spiritual Khalid Al-Walid terserlah ketika menghadapi ujian getir ketika tentera islam ingin bertempur dengan tentera Rom.Utusan dari khalifah sampai membawa dua berita.Berita pertama ialah berkaitan dengan kewafatan Khalifah Abu Bakar pada 23 jamadilakhir bersamaan 13 hijrah.Berita kedua ialah perlantikan Khalifah islam kedua iaitu Khalifah Umar sekaligus memecat Khalid sebagai Ketua Panglima tentera Islam dan digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah.Khalid tidak pun merasa sedih atau merajuk dengan keputusan itu.Setelah bermesyuarat dengan Abu Ubaidah, mereka merahsiakan dulu kedua-dua perkara tersebut dari pengetahuan tentera islam, malah Abu Ubaidah menyerahkan tanggungjawab memimpin tentera islam kepada Khalid buat sementara waktu sehingga peperangan selesai. Akhlak dan keperibadian Khalid yang tinggi menyebabkan Abu Ubaidah menangis!. Kata Abu Ubaidah :

“saya malu menerima jawatan itu kerana ada yang lebih layak daripada saya di kalangan kita. Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab.Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia dan akhirat.Saya berasa tidak layak memegang jawatan yang penting itu”

Khalid memimpin 40,000 orang tentera islam menewaskan 240,000 tentera Rom. 50,000 orang tentera Rom mati dan hanya 3,000 orang tentera islam yang gugur syahid.Panglima Gergorius gugur syahid setelah dibunuh oleh bekas rakannya Panglima Theodore manakala Panglima Theodore pula maut ditangan Khalid, Pahlawan Pedang Allah!

Kekalahan tentera Rom kepada tentera islam amat mengejutkan dan memalukan Maharaja Rom iaitu Maharaja Hercules.Bila ditanya sebab-sebab kekalahan mereka, seorang tentera Rom menjawab :

“ Tuanku, tentera kita berperang dengan satu kaum yang berpuasa di siang hari dan beramal ibadat pada waktu malam.Mereka berpegang teguh pada janji, saling berkasih sayang sesama mereka bagaikan saudara. Mereka sentiasa mengerjakan kebaikan dan tidak melakukan kemungkaran. Tentera kita pula suka minum arak, melakukan zina, selalu mungkir janji, suka berbuat jahat, dan melakukan kezaliman.Disebabkan itulah kita kalah”

Hari hari terakhir Khalid dihabiskan di Syam(Syiria).Sewaktu beliau sakit tenat, beliau berkata :
“umur saya sekarang 58 tahun.Saya sudah menyertai lebih dari 100 peperangan. Saya terlibat secara langsung dalam peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir dan menawan Baitul Maqdis dari kuasa Kristian.”

“Saya bercita-cita mahu mati syahid, tetapi mengapa saya masih hidup? impian saya untuk mati syahid tidak tercapai, saya tidak mahu mati di atas katil begini, hanya orang pengecut saja yang mati begini” kata Khalid dengan nada penuh kesayuan.Air matanya mengalir membasahi pipinya.

“Saya tidak mahu mati diatas katil, saya mahu mati di medang perang!” Pahlawan Pedang Allah itu terus merintih hiba.

Tiba-Tiba Abu Zanad berkata untuk menenangkan Khalid Al-Walid:

“Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh”.

“Mengapa?” Tanya Khalid.

“Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan pedang Allah.Baginda juga mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan.Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir.Saudara juga tidak boleh tewas dalam peprangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan” kata Abu Zanad dengan lembut. Khalid terdiam dengan kata-kata itu.

Akhirnya pahlawan pedang Allah itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan hajatnya untuk syahid tidak kesampaian.Pemergiannya diratapi oleh seluruh umat islam.

Kata Adi bin hatim :

“Pemergian Khalid adalah satu kehilangan besar kepada umat islam.Nama Khalid bin Al-Walid dapat mengalahkan musuhnya sebelum peperangan bermula!”

Al-Fatihah untukmu wahai Saifullah ….



*[Artikel ke-226 Sangtawal sakranta...]


Monday, May 16, 2011

Raja-Raja Dari Anak Iblis Yang Memiliki 5 Kerajaan



Tajuk : Raja-Raja Dari Anak Iblis Yang Memiliki 5 Kerajaan

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Sambil membelek – belek buku Majalah Mastika keluaran Mei 2011, saya terbaca satu topik menarik pada mukasurat 56 bertajuk : “Inilah musuh sebenar manusia!”, pada bahagian Alam Mistik bersama Karimon. Pada Mukasurat 57 pula ada diceritakan nama-nama anak Iblis iaitu seramai 5 ekor dibawah sub-tajuk : “ Raja-Raja dari anak Iblis”.

Saya tulis semula untuk dikongsi bersama disini:

[[ Terdapat lima kerajaan besar yang diperintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka :

1.Dassim:
Tugas jin ini merasuk manusia bercerai berai antara suami isteri, adik beradik, sahabat handai dan jiran tetangga. Dassim juga memutuskan silaturrahim,kekeluargaan,jemaah dan seumpamanya.

2.Mabsuut:
Jin ini tugasnya merasuk dan menghasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat dan seumpamanya.

3.Thubar:
Tugasnya merasuk manusia yang ditimpa masalah, musibah dan bala bencana supaya berputus asa dari rahmat Allah. Selepas dirasuk mereka menyumpah-nyumpah dan memaki hamun kepada Allah kerana ditimpa musibah itu.

4.Zalanbur :
Tugas jin ini merasuk dan menghasut manusia supaya bergaduh,bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh.Orang yang dirasuk selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal dengan sifat panas barannya.

5.Al-Anwar:
Jin ini ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya membuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, tikam nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lesbian, seks bebas, homoseksual dan liwat. ]]

Itulah serba sedikit info tentang anak-anak Iblis dan fungsinya dalam kerajaan pakatan Iblis. Semoga kita sentiasa berwaspada terhadap hasutan dan tipudaya mereka.Mereka semua amat licik dan penuh dengan muslihat.

Diantara banyak-banyak anak Iblis diatas, kebanyakan dari manusia tidak tahan dengan hasutan dan pujukan anak iblis bernama Al-Anwar yang sentiasa menyuruh melakukan zina!

Zina adalah perbuatan keji lagi terkutuk yang amat dimurkai Allah swt ! malah Allah swt menegah hambanya menghampiri zina atau dengan kata-kata lain terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada berlakunya zina!

Jika menghampirinya pun Allah swt telah menegahnya, apakah kita sanggup melindungi atau mempertahankan si pelaku zina dikalangan umat ? apa hukumnya pula? apa lagi jika pelaku tersebut pernah didapati bersalah melakukan liwat !

Firman Allah swt dalam surah Al- Isra’ : ayat 32 bermaksud :

“Dan jangan menghampiri kamu akan zina, kerana bahawasanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan (sejahat-jahat pekerjaan) ”
[ Al-Isra’ : 32]

Firman Allah swt lagi dalam surah Al-Furqan : ayat 68-70 bermaksud :

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [ Al-Furqan : 68- 70 ]

Apakah kita masih ingin menyembunyikan kemaksiatan dan ‘pekerjaan sejahat-jahatnya ini’ oleh orang yang kita kenali sekiranya kita tahu bahawa orang tersebut benar-benar telah melakukan perbuatan terkutuk itu ? apakah kita masih mahu berkawan atau mahu menjadikan dia pemimpin kita ?

Renungi semula Firman Allah swt ini :

“Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).” [ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 2 ]


*[ Artikel ke 225 - Sangtawal Sakranta ]....



Thursday, May 12, 2011

Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam




Tajuk : Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[1]

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).[2]”

[ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]



[*Catatan ke-224 Sangtawal Sakranta.]



Tuesday, April 19, 2011

Al-Quran Palsu Yang Dicetak Oleh Omega 2001 dan Wine Press.



Tajuk : Al-Quran Palsu Yang Dicetak Oleh Omega 2001 dan Wine Press.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Hal berkaitan dengan Al-Quran Palsu atau disebut “The True Furqan” ini sudah lama diketahui umum. Saya cuma ingin menulis kembali agar kita semua tidak lupa dengan perancangan licik musuh-musuh agama islam yang mahu melihat islam hancur.Agar kita semua lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada selepas ini.

Pada awalnya Al-Quran palsu ini telah disebarkan dengan meluas di Kuwait dan Iraq dengan judul ‘The True Furqan’ atau ‘The True Furqan Al Haq’.Judul lain bagi buku ini(Al-Quran palsu) adalah ‘The 21st Century Quran’ setebal 366 mukasurat dalam bahasa arab dan Ingeris. Penyebaran buku ini adalah salah satu agenda Dajjal melalui hasil usaha Amerika dan Israel. Dikatakan selama 7 tahun hamba-hamba Dajjal telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan buku ini yang kononnya boleh menandingi kitab suci Al-Quran.

Buku ini telah dicetak oleh dua syarikat percetakan iaitu : Omega 2001 dan Wine Press pada tahun 1999.

Pada bahagian mukadimah buku itu ditulis bahawa The True Furqan adalah Bible yang ditulis dalam bahasa arab oleh The Executive Committee, antaranya ialah Al Saffee dan Al Mahdy.Mereka ini adalah nama samaran sahaja. “Tujuan The True Furqan adalah sebagai alat penyebaran agama Kristen,” kata Al Mahdy , nama samaran kepada penulis sebenar buku ini kepada Baptist News.

Ternyata Penghasilan buku ini oleh musuh-musuh islam adalah bertujuan untuk memalsukan isi kandungan kitab suci Al-Quran. Gaya bahasanya ternyata meniru kitab suci Al-Quran yang asli. Pelbagai surah dinamakan dengan surah-surah dalam Al-Quran seperti An Nur, Al Fatihah. Nama surah Al-Jana pula ditiru dari Surah Al-Jin. Ayat “Bismillah” pada setiap surah diganti dengan “Bismil Abi, Wal Ibni, Waruuhil Quds” (dengan nama bapak, anak dan roh qudus). Buku yang diterbitkan dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan kedalam bahasa inggeris itu memiliki 77 surah buatan dalam 366 halaman, diantara nama-nama surahnya adalah : Al-Fatihah, An-Nur, As-Salam, Al-Mahabbah, Al-Masih, Ats-Tsalluts, Al-Mariqin, Az-Zina, Al-Makirin, Ar-Ruat, Al-Injil, Al-Asatir, Al-Kafirin, At-Tanzil, At-Tahrif, Al-Jannah, Al-Adha, Al-Abas, Asy-Syahid.

Menurut Baptist News lagi, pada 17 April 1999 , buku ini pernah dikirimkan ke beberapa kedutaan besar negara-negara islam.The True Furqan juga telah berjaya dibawa masuk ke institusi-institusi penting penyebaran propaganda Dajjal termasuk BBC. Dalam masa yang sama, buku ini turut berada di ruang redaksi jurnal berbahasa Arab di London serta di meja editor-editor majalah berbahasa Arab, Ibrani, dan Inggeris di Yerusalem.

Beberapa contoh ayat-ayat dalam al-qur’an palsu itu seperti :

* Dalam surat Al-Muftarah :

يا أيها الناس لقد كنتم أمواتا فأحييناكم بكلمة الإنجيل الحق، ثم نحييكم بنور الفرقان الحق

Artinya : “wahai manusia sungguh kamu telah mati dan kami hidupkan kembali dengan kalimat injil al-haq kemudian kami hidupkan (kembali) dengan cahaya al-furqon al-haq”.

* Dalam surat Al-Masih :

وزعمتم بأن الإنجيل محرف بعضه فنبذتم جُلَّه وراء ظهوركم

Artinya : “dan kalian mengira bahwa al-injil itu telah dirubah (palsukan) sebagiannya dan kemudian kalian mengingkarinya dibelakang punggung-punggung kalian.”

وقلتم: آمنا بالله وبما أوتي عيسى من ربه، ثم تلوتم منكرين، ومن يبتغ غير ملتنا دينا فلن يقبل منه، وهذا قول المنافقين

Artinya : “dan kalian mengatakan : kami telah beriman dengan Allah dan apa-apa yang diturunkan Musa dari Tuhannya kemudian kalian mengingkarinya, dan barang siapa yang menjadikan selain dari agama kami sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya dan inilah perkataan orang-orang munafiq.”

Dibawah ini saya siarkan satu sedutan artikel dari laman ini, Klik :


[[ Gaya puisi dan prosa, serta bahasa Arab klasik, yang digunakan The True Furqan seolah serupa dengan Al-Quran. Bedanya, kitab ini sepenuhnya berisi ajaran Bibel. “Selama ini, tak ada terjemahan Arab klasik Bibel yang dipandang layak baca oleh kaum Muslimin,” kata Al Mahdy.

Dalam pandangan Al Mahdy, karena bahasa tulis klasiknya merupakan salah satu bahasa tersulit di dunia, kualitas bahasa adalah sumber kebanggaan orang Arab. “Mereka memperolok Bibel yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab percakapan, karena menilainya berkualitas rendah,” kata Al Mahdy. Tak mengherankan jika upaya membuat Bibel yang mirip Al-Quran pun ia lakoni. Al Mahdy adalah salah satu penulis The True Furqan.

Tapi, siapa sebenarnya sosok Al Mahdy ini? Tak pernah ada yang tahu pasti. Cuma, beberapa kalangan menduga kuat bahwa pengarang “Al-Quran palsu” ini adalah Dr. Anis Shorrosh, seorang evangelis Amerika. Dugaan ini, pernah dikemukakan M. Syamsi Ali, pemuka Islam asal Indonesia yang kini tinggal di Amerika Serikat.

Anis Shorrosh

Dalam salah satu situs webnya, Anis Shorrosh menempatkan The True Furqan dalam deretan buku-buku karyanya. Selain itu, salah satu halaman newsletter situs Trinity Broadcasting Network sempat melaporkan keberhasilan Shorrosh menyusun Al-Quran versi baru, yang menyertakan pesan-pesan Gospel.

Anis Shorrosh adalah salah satu evangelis terkemuka Amerika. Lahir di Nazareth, kota kelahiran Yesus, Anis Shorrosh mengalir darah Palestina. Konon, ayahnya meninggal ketika Nazareth jatuh ke tangan tentara Israel. Setelah Nazareth dikuasai Israel, Shorrosh pun terpaksa mengungsi ke Yordania. Ia kemudian belajar sosiologi di Mississippi College, sebelum belajar agama di New Orleans Baptist Theological Seminary. Ia juga punya dua gelar doktor dari Luther Rice International Seminary dan dari American Institute of Ministry di Dayton, Tennessee.

Walau mengaku sempat dendam terhadap Israel, belakangan Shorrosh malah bekerja di “negeri zionis” itu. Sejak 1959-1966, Anis Shorrosh telah menjadi evangelis di Timur Tengah. Tiga tahun di antaranya mengabdi pada Gereja Jerusalem Baptist. Dia juga pernah bertugas di Judea dan Samaria. Shorrosh pun mengajar di sejumlah sekolah teologi dunia. Pada 1990-an, ia lebih banyak bertugas sebagai misionaris di Afrika. Antara lain di Kenya, Capetown, Durban, dan Johannesburg. Setelah itu, pada 1995, Shorrosh bertugas di Selandia Baru, sebelum kemudian pergi ke Inggris dan Portugal. Setelah itu, barulah dia terkenal sebagai evangelis fanatik di Amerika.

Salah satu peristiwa yang mencuatkan nama Anis Shorrosh adalah perdebatannya dengan Ahmed Deedat, pendakwah Islam terkemuka asal Afrika Selatan. Deedat, peraih penghargaan Raja Faisal –penghargaan yang disebut-sebut sebagai “Nobel versi Islam”– adalah seorang kristolog, ahli ajaran Kristen, yang kerap mengundang pendeta Kristen terkemuka berdebat mengenai Injil. Perdebatan Anis Shorrosh dengan Ahmed Deedat pernah berlangsung dua kali pada 1980-an. Pertemuan pertama dengan topik bahasan “Apakah Yesus Itu Tuhan?” dilakukan di depan 5.000 hadirin di Albert Hall, London.

Pertemuan kedua, dengan hadirin tak kurang dari 12.000 orang, berlangsung di Birmingham, Inggris. Temanya, “Al-Quran dan Bibel: Yang Mana Firman Tuhan?”. Latar belakangnya sebagai keturunan Arab Palestina, boleh jadi, membuat Shorrosh punya keyakinan ekstra jika menilai miring Al-Quran serta Islam. Dan ia pun tak pernah berupaya menyembunyikan ketidaksukaannya pada Islam. Maka, setelah perdebatannya dengan Deedat, Shorrosh pun terus menorehkan reputasi sebagai pengkritik Islam yang keras. Lihat saja salah satu buku yang ditulisnya, Islam Revealed: A Christian Arab’s View of Islam.

Buku yang dipromosikan sebagai “pembuka mata untuk melihat agama mematikan yang dipercaya satu dari setiap lima orang di dunia” ini, selain berisi teks perdebatan antara Shorrosh dan Ahmed Deedat, juga berisi berbagai tudingan Shorrosh bahwa Islam merupakan kepercayaan yang salah dan penuh kekeliruan. Lebih jauh, dalam Islam Revealed, Shorrosh menggarisbawahi pendapatnya bahwa Islam sebenarnya merupakan agama teror yang menjunjung tinggi kekerasan. Walau kerap terlihat keliru menafsir Al-Quran, Shorrosh yakin, akar kekerasan Islam bersumber langsung dari Al-Quran. Maka, ia pun menganjurkan kaum Muslim untuk mengganti Al-Quran.

Mungkin, karena itu pula, Anis Shorrosh menyebut The True Furqan sebagai bacaan penting. “Inilah Quran yang lebih baik, ditulis dalam bahasa Arab yang indah dan benar, serta diterjemahkan dalam bahasa Inggris yang juga tepat,” katanya. Toh, The True Furqan bukan satu-satunya proyek Anis Shorrosh. Ia, misalnya, juga punya proyek khusus yang diberi nama “Project Informing Washington on the Truth of Islam”. Tetapi, yang disebutnya sebagai kampanye mengenai kebenaran Islam itu tak lain adalah propaganda untuk “menyadarkan” pemerintah dan rakyat Amerika bahwa negeri mereka telah diinvasi oleh Islam.

Buku-buku Anis Shorosh Lewat sebuah rekaman video berjudul Islam: A Threat or Challenge, Shorrosh berkampanye bahwa jauh sebelum peristiwa 11 September, ia sebenarnya telah sibuk mengingatkan Amerika dan seluruh dunia akan ancaman Islam. Rencananya, kaset propaganda ini dibagikan Shorrosh kepada seluruh anggota Kongres, Senat, dan politisi penting Amerika.

Toh, gaya Anis Shorrosh yang provokatif tak selalu membuat nyaman umat Kristen Amerika. Dua hari setelah serangan teroris 11 September ke Gedung World Trade Center, New York, Anis Shorrosh diundang ke Houston Baptist University (HBU). Ia diminta berceramah mengenai prinsip-prinsip dasar ajaran Islam.

Dalam ceramahnya, Shorrosh malah menghubungkan Nabi Muhammad dengan setan. Ia juga menyatakan dengan yakin, kaum Muslim adalah pencinta kekerasan. Ceramah itu pun menyinggung sebagian mahasiswa yang hadir, baik yang beragama Islam maupun sebagian yang Kristen.

Jurnal Baptist Standar pernah melaporkan bahwa ceramah Shorrosh itu memang penuh ucapan mengejutkan. Untuk menghindari masuknya teroris, misalnya, Shorrosh mengusulkan mengusir seluruh kaum Muslim yang datang ke Amerika. Shorrosh juga sempat mengatakan bahwa sebaiknya seluruh warga Amerika di Timur Tengah dipulangkan, setelah itu dibom atom saja kawasan tersebut.

Shorrosh punya satu jalan keluar saja bagi Islam. “Saya adalah salah satu dari ribuan umat Kristen yang setiap Jumat malam berpuasa dan berdoa bagi kejatuhan Islam,” katanya. Pidato semacam itu jelas membuat para petinggi universitas menyesal. Mereka meminta maaf pada hadirin atas pernyataan Shorrosh.]]


Setelah Syarikat penerbitan Omega 2001 telah menerbitkan Al-Quran palsu ini pada tahun 1999, maka dengan tidak diduga-duga nama ‘Omega’ kini bergema lagi di dunia islam amnya dan di negara kita khasnya setelah terjadinya peristiwa bersejarah yang terakam kemas pada 21.02.2011.

Oleh itu, saya berharap agar kita tidak terpengaruh dengan Al-Quran palsu “The True Furqan Al Haq”yang ternyata mahu memesongkan akidah umat islam seterusnya menghancurkan islam di muka bumi ini.

Satu lagi isu yang saya ingin sentuh di sini ialah isu Al-Kitab iaitu, Kitab Injil berbahasa melayu pula. Keputusan Kerajaan melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat Islam.

Apakah itu satu keputusan terdesak kerajaan untuk mengambil hati pengundi di Sarawak ? kalau sebelum ini para pemimpin islam di negara ini begitu lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam jika kalimah suci itu turut digunakan oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian, bagaimana pula dengan isu Al-Kitab ini ? Apakah para pemimpin dan ulama islam di negara ini begitu yakin bahawa isi Al-Kitab itu tidak akan mempengaruhi anak cucu kita nanti?

Mengapa pula Pope John Paul II mencium kitab suci Al-Quran pada 14.5.1999 ?


Klik disini untuk membacanya :
KLIK


“Absolutely, we (God) have revealed the reminder (Quran), and, absolutely, we will preserve it”
Holy Quran [15:9]

“This is an honorable Quran. In a protected book. None can grasp it except the sincere. A revelation from the Lord of the universe.”
Holy Quran [56:77-80]


Baca juga kisah perdebatan antara seorang Bekas Paderi dari Sabah [kini telah memeluk islam] dengan Pope John Paul II di sini : KLIK

Paling menarik sekali ialah penulis blog diatas – blog tausug-global iaitu saudara Asree telah memberi satu ulasan dan info yang jarang kita ketahui, pada bahagian bawah artikel diatas. Beliau mengaku pernah membaca Kitab Injil Barnaba berbahasa melayu yang telah di Tahqiq atau disemak oleh seorang ulama yang terkenal.Hebat sungguh ilmu Ulama ini kerana dipilih untuk mentahqiq kitab Injil tersebut sebelum ianya dicetak.


*[ Artikel ke-223 Sangtawal Sakranta ]



Monday, April 04, 2011

Jika Kembalinya Peti Tabut.



Tajuk : Jika Kembalinya Peti Tabut.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta .


Peti Tabut telah menjadi satu hal yang misteri sekian lama . Ia disebut hanya satu kali di dalam Al-Quran . Firman Allah swt bermaksud :

“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)

Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang Tabut secara langsung.Tidak terdapat perkataan Tabut lagi di dalam ayat-ayat yang lain.

Siapakah pula yang disebut ‘nabi mereka’ dalam ayat di atas itu? Dari ayat 246 hingga 248 surah Al-Baqarah, tidak dijelaskan Nabi manakah yang diidentitikan sebagai ‘nabi mereka ‘ itu.

Sebenarnya kisah ini berkaitan dengan kaum Bani Israel yang menuntut kepada ‘nabi mereka’ agar mereka diberikan seorang Raja kerana sebelum itu mereka hanya dipimpin oleh para hakim saja. Alasan mereka , jika mereka mempunyai seorang raja, maka mereka akan merasa lebih bersemangat untuk pergi berjihad.

Oleh itu seorang pemuda bernama Talut yang mempunyai ilmu pengetahuan dan gagah telah dipilih menjadi raja mereka. Bagaimanapun selepas dipilih menjadi raja dan bila sampai perintah perang jihad dari Tuhan, tidak kesemua dari mereka menyahut seruan jihad itu kerana kononnya mereka tidak setuju dengan perlantikan Talut yang berasal dari rakyat biasa dan bukannya dari golongan bangsawan.

Ketika mereka sedang berbalah sesama mereka ,Allah telah menghantar Peti Tabut diatas sebuah kereta lembu sebagai bukti bahawa perlantikan Talut oleh ‘nabi mereka’ itu adalah tepat dan ianya dari perintah Allah swt.

Apakah Peti Tabut ?

Peti Tabut adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang , satu setengah hasta lebar dan tinggi . Ia diperbuat dari kayu keras jenis akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin / gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni.

Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Bani Israel juga percaya, hanya pendeta dari suku Lewi saja yang mampu membawanya atau menatap isi kandungannya. Oleh itu Peti Tabut selalu ditutupi dengan kain berwarna biru dan kulit binatang.

Peti Tabut berada dalam jagaan Bani Israel hanya selama 40 tahun, selepas itu Peti Tabut pernah berpindah tangan kepada orang Filistin, namun hanya untuk 7 bulan sahaja, orang Filistin mengembalikan Tabut kepada orang Israel semula kerana mereka mendakwa ketika mereka menyimpan Peti Tabut itu banyak wabak penyakit menular dan mengorbankan banyak nyawa. Akhirnya bila Nabi Daud a.s memimpin Bani Israel melawan orang Filistin, Tabut kembali semula ke pangkuan Bani Israel. Selepas itu Allah swt memerintahkan Nabi Daud a.s membina sebuah rumah suci untuk menyimpan Peti Tabut itu, lalu usaha itu dilakukan oleh anakandanya Nabi Sulaiman a.s.Menurut catatan dalam perjanjian lama, Peti Tabut disimpan disitu sekitar tahun 955 Sebelum Masihi, namun dalam sekitar tahun 620 Sebelum Masihi didapati Tabut telah lenyap atau hilang.

Sehingga kini, Peti Tabut telah hilang ditelan masa, ianya telah lenyap bersama sejarah.Tiada siapa yang tahu dimana Peti itu berada kecuali mereka yang diizinkan Allah swt. Bangsa Yahudi dan Dajjal sedang mencari kembali Peti Tabut ini.

Di Gereja Our Lady Mary, Axum, terdapat sebuah peti yang dipercayai Peti Tabut. Ia digunakan sekali sekala bila ada perayaaan keagamaan. Banyak juga Peti Tabut disimpan di gereja-gereja di Ethiophia. Tetapi ia hanyalah peti replika saja! Peti Tabut yang sebenar masih ada tersimpan ditempat yang tersembunyi.

Apakah Sakinah yang dimaksudkan dalam ayat al-Quran diatas?

Maksud yang paling tepat untuk ‘sakinah’ ialah kebaikan, ketenangan atau ketenteraman. Maksud sebenar hanya Allah swt yang mengetahuinya.

Ada beberapa ayat al-quran lagi yang ada perkataan ‘sakinah’, antaranya ialah :

“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)

“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)

“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)

Apapun maksudnya, makna sakinah diatas lebih menjurus kepada hal-hal spiritual, ia berkaitan dengan hati atau jiwa!

Mungkinkah Peti Tabut ada tersembunyi di bumi yang aman tenteram iaitu di Bumi Darussalam?

Jika Peti Tabut sudah ditemui atau sudah kembali sekali lagi , maka ianya bererti semakin hampirlah masa akan munculnya seorang pemimpin atau Raja yang ditunggu-tunggu bagi ummah ini , seorang raja seperti Talut ! Raja yang boleh memimpin angkatan perang , dia akan memimpin sebuah kerajaan baru , kerajaan yang bernaung dibawah satu panji Khilafah! Raja ini akan memimpin kebangkitan akhir zaman dan dia tak akan terkalahkan!

“…. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” [ al-baqarah : 248]

Dalam ayat 248 surah al-Baqarah diatas, nama Talut tidak disebut, dia disebut dalam ayat sebelumnya! ‘kerajaan itu’ juga tidak dikhususkan kepada mana-mana kerajaan, Oleh itu kenyataan bila datangnya Tabut maka ia akan menjadi tanda akan berdirinya satu kerajaan boleh juga digunakan kepada kedatangan seorang pemimpin dan sebuah kerajaan yang ditunggu-tunggu diakhir zaman !

Berbalik semula kita pada Peti Tabut. Kayu yang digunakan untuk membuat peti tersebut adalah dari kayu jenis ‘penaga’ atau ‘acacia’. Kayu jenis penaga ini juga banyak terdapat di negara kita Malaysia dan di Asean.Yang menarik perhatian saya ialah ada satu tempat di Negara kita ini yang terletak di Pulau Pinang bernama Tanjung Penaga. Ia juga dulunya disebut ‘Cape Penaigre’ dan masih terpahat kukuh namanya dalam peta lama .Tahukah anda yang tempat itu merupakan nama tempatan George Town, Pulau Pinang? Tanjung ini dinamakan sedemikian kerana mengingatkan pokok Penaga Laut yang pada satu masa dulu tumbuh berleluasa di kawasan ini.Lebih menarik lagi bila Bandar George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan Heritage City Motto-nya : “Leading We Serve” ! [Klik]

*Kat atas tu ada gambar singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dalam tahun 2008 telah mengabadikan sebuah Puisi bertajuk :

"Sebatang Penaga Di Tanjung."

kami memotong kulit tanah
buat ruang dan daerah wujudmu,
anak penaga
dan anak kepada hasrat kami,
di tanjung nyaman ini.
sebatang penaga laut
kami serahkan pada seri hari
supaya kau berdiri lurus,
menyaring angin pagi
dan asin laut.
saksikanlah
pekan menjalar,
bangsa-bangsa belayar di depan bayangmu,
kapal memunggah muatan
dan manusia sibuk urusan.
hulurlah sejukmu
kepada budaya
yang berbaur bagai
dan nilai yang tegak
di depan masyarakat.
lindungilah rumah dan balai tua
yang dibina waktu
dan sejarah di bawah bukit
kerana sejarahlah
yang melukis wajah kami
di depan kampung
kota dan dunia.
serahkanlah buahmu
kepada langit dan hujan,
kepada tanjung
dan alir zamannya,
semoga pulau ini
aman di tepi selat
yang beriak tenang.....


Mari kita membelek semula sedikit sejarah lama. Pulau Pinang dulunya disebut Bīnláng Yù dalam peta pelayaran Zheng He @ Cheng Ho dari Dinasti Ming China pada abad ke-15 .Pada abad ke 15 juga Portugis mula belayar dari Goa melalui kepulauan rempah dan pernah berlabuh di Pulau Pinang yang mereka namakan Pulo Pinaom. Pulau ini juga disebut Pulau Ka-Satu atau "First Island" dan terlibat dalam perdagangan laut antara Lingga dan Kedah. Ibu negerinya adalah Tanjung Penaga dan selepas itu digelar George Town. Tanjung Penaga juga pernah disebut ‘Cape Penaigre’ atau ‘Alexandrian laurels’.

Dalam tahun 1786 , Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Fort Cornwallis dan selepas itu ditukar kepada Prince of Wales Island. Dalam tahun 2010 Pulau Pinang mempunyai jumlah kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia iaitu 1,450.5 orang per kilometer persegi dan jumlah penduduknya adalah 1,520,143. Penduduk melayunya adalah 43% , Cina 41%, India 10 % dan lain lain sebanyak 6 %.

* Bangunan Komtar di Penang

Kini Pulau Pinang ditadbir oleh seorang pemimpin yang dijolok dengan gelaran ‘Khalifah LGE’ dari DAP. Orang melayu-islam dari Pakatan Rakyat amat menyokong Khalifah ini. Kononnya Khalifah ini sangat adil dalam memperjuangkan hak rakyat. Bapanya LKS adalah pengerusi parti DAP, sebuah parti yang mempunyai ideologi seperti PAP Singapura!

*Perhatikan bentuk 1 bangunan di Kota Singa pula.

Jika dulu Singapura bernama Temasek, Kini Tanjung Penaga sudah menjadi George Town pula.

Percaturan ini sedang berjalan sejak sekian lama , namun umat melayu-islam kita semakin leka.

Jangan nantinya ‘Prince of Wales Island’ pula akan menjadi Singapura kedua ! tengok Logo Heritage City of George Town diatas betul-betul…. Kat atas sekali tu kan ada gambar singa!!! Tengok juga kaki kanan depan singa yang terangkat! Renungi dengan mendalam apa makna “Leading We Serve” itu!

*kat atas ni ada juga gambar seekor singa yang kaki kanan depannya terangkat.

Apapun kita doakan agar segalanya aman dan selamat, bak kata puitis Sasterawan Negara :

“Semoga Pulau ini aman di tepi selat yang beriak tenang”

Akhir sekali, ada baiknya kita perhatikan lambang atau logo Tentera sebuah negara dibawah dan mottonya : Klik Sini

"Yang Pertama Dan Utama"
.....

Ada 5 bintang kecil didalamnya , jika disambung dengan garisan akan membentuk bintang David! juga akan menjadi satu lambang yang.....


Hanya sekadar buat renungan.

*[Artikel ke- 221 Sangtawal Sakranta ]

Sunday, March 06, 2011

Zulqarnain Diangkat Ke Langit



Tajuk : Zulqarnain Diangkat Ke Langit.

Artikel Oleh : Sangtawal sakranta.


Dalam buku: “Alexander Adalah Zulqarnain” ,Penulisnya Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko, telah memetik satu hadis dari Tafsir Qurthubi yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa Zulqarnain pernah diangkat oleh Allah swt ke langit. Rasanya elok jika kita dapat kongsi bersama hadis yang berkaitan dengan hal yang amat menarik ini. Pada m/s 285 dibawah tajuk kecil : Alexander Diangkat Ke Langit beliau menulis :

[[ Terdapat hadis di dalam Tafsir Qurthubi, seperti berikut :

Uqbah Ibnu Amir menyatakan Nabi Muhammad mengatakan kepada segolongan orang daripada ahli kitab yang menanyakan berkenaan Zulqarnain kepada Baginda(Nabi menjawab) : “Zulqarnain adalah raja muda dari Rom, yang diberikan kekuasaan / kerajaan kemudian berjalan ke Mesir dan membina Kota Iskandariah. Ketika selesai, beliau didatangi oleh malaikat dan dimikrajkan (dinaikkan ke langit). Kemudian malaikat berkata “apa yang kau lihat?” [Zulqarnain ] menjawab “aku hanya melihat kotaku [Alexandria] dan tidak melihat yang lainnya” .Malaikat itu berkata lagi: “itu adalah bumi semuanya dan [bahagian] yang gelap (sawad) itu yang kau lihat melingkari [daratan] itu adalah lautan (bahr), Allah ingin memperlihatkan bumi kepadamu. Dan menjadikan bagimu kekuasaan (sulthon) di bumi itu. Kemudian berjalanlah di bumi, ajarilah orang yang bodoh dan teguhkanlah orang-orang yang berilmu.”]].

Berdasarkan hadis di atas , penulis buku ini menegaskan bahawa, selepas Alexander (Zulqarnain) menyiapkan Kota Iskandariah, beliau didatangi malaikat lalu membawa beliau naik ke langit. Pada aras ketinggian tertentu Zulqarnain hanya mampu melihat Kota itu sahaja, lalu beliau dinaikkan kelangit yang lebih tinggi, maka Zulqarnain pun dapat melihat seluruh planet bumi. Allah swt telah mengangkat Zulqarnain ke langit untuk memecahkan kebuntuan Zulqarnain berkaitan bahagian barat dan timur bumi. Pengetahuan ini penting bagi merangka pelan dan arah tuju kempen pembebasan dan penaklukan yang hebat oleh Zulqarnain nanti kerana sebelum zaman Zulqarnain bumi masih belum dipetakan secara lengkap.

Selepas kejadian itu Zulqarnain telah segera memetakan peta dunia ini di atas satu lembaran kulit! Penulis buku tersebut juga berpendapat bahwa peta dunia terutamanya dari Yunani yang dihasilkan selepas itu adalah dihasilkan berdasarkan peta yang dibuat oleh Zulqarnain.Contohnya peta oleh Eratosthenes (194 SM) dan Posidonius(130 SM). Ilmuan Yunani selepas itu seperti Ptolemy juga ada menghasilkan peta yang saya percaya beliau juga merujuk kepada apa yang sudah Zulqarnain tinggalkan.


Sewaktu berada di langit itu juga malaikat telah menerangkan kepada Zulqarnain bahawa yang berwarna gelap (biru tua) itu adalah lautan dan bahagian yang terang itu adalah daratan dan pulau-pulau. Dari pengamatan Zulqarnain pada ketinggian itu, jelas ternampak lautan itu mengelilingi benua Afrika, Eropah dan Asia. Selepas itulah juga Zulqarnain sedar bahawa bentuk bumi adalah seperti tembikai (oblate spheroid). Jadi tidak hairanlah jika Zulqarnain digambarkan mempunyai pengetahuan yang luas tentang ilmu astronomi sehingga Ka’ab al-Ahbar berkias “ Tali kuda Zulqarnain ditambat pada bintang-bintang”.

Saya bersetuju dengan penulis buku ini yang berpendapat bahawa keputusan berani Alexander @ Zulqarnain untuk meneruskan perjalanan ke Barat dari Kota Iskandariah merentasi padang pasir yang luas dan kering yang belum pernah ditempuh oleh orang lain sebelum ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan beliau yang luas tentang peta dunia dan bentuk muka bumi yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada beliau sehingga beliau dan angkatan perangnya selamat sampai di Kota Siwah yang berada di barat Kota Iskandariah.

Mengapa di dalam peta yang dibuat oleh bangsa Yunani kuno tidak diletakkan benua Amerika ???. Ini adalah satu bukti bahawa peristiwa seperti yang disebutkan oleh Nabi Muhammad berkenaan Zulqarnain yang diangkat oleh Allah naik ke langit adalah benar-benar berlaku. Ini kerana bangsa Yunani hanya merujuk kepada peta dunia yang dihasilkan oleh Zulqarnain yang hanya memetakan benua Afrika-Eropah-Asia yang mengambilkira ketika kejadian itu Zulqarnain diangkat ke langit pada ‘titik’ Kota Iskandariah! Benua Amerika tidak ada dalam peta Yunani kerana Benua Amerika tidak diperlihatkan oleh Allah kepada Zulqarnain ketika itu.


Sekiranya kita beranggapan bahawa seluruh kawasan yang diperlihatkan oleh Allah swt itu akan menjadi kawasan dibawah kekuasaan Zulqarnain, maka kawasan Asia juga tidak terkecuali pernah termasuk dalam daerah kekuasaan Zulqarnain.Itu sebabnya dalam buku-buku Hikayat lama atau catatan sejarah kita ada disebut kaitannya dengan Raja Iskandar Zulkarnain dari Rom mungkin ada benarnya!saya serahkan persoalan ini kepada mereka yang lebih arif tentang sejarah melayu.

Dengan adanya peristiwa Zulqarnain yang diangkat ke langit itu, maka janganlah kita berasa hairan atau mudah merasa tidak masuk akal jika dalam Hikayat melayu lama kita ada disebut tentang perjalanan watak utamanya melalui jalan udara. Superman adalah watak filem yang boleh terbang bila memakai baju terbang, tetapi dalam sejarah melayu lama, sudah lama orang melayu tahu tentang adanya baju terbang .contohnya dalam Hikayat Inderaputra ini:

“ Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran yang cantik jelita itu ada 7 orang pengasuh bidadarinya,dikelilingi oleh 7 lapis pagar jala-jala dan setiap pagar ada 7 ekor binatang yang menjaganya. Baju Tuan Puteri itu bernama Baju Anta Kesuma boleh digunakan untuk terbang! Setiap hari jumaat tuan puteri akan turun mandi dan memetik bunga serta buah-buahan di Tasik Semendera jin. [ Hikayat Inderaputera – m/s 29 ]

“Kata Inderaputera “Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang,kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi”….maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran “Hai kakanda Inderaputera duduklah kakanda di atas Tabak itu. Janganlah kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi”….. Maka tabak itupun mengikut Tuan puteri yang melayang itu dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera dunia ini seperti bukit juga besarnya..Arakian maka datanglah ke Padang Belantara hairani….Maka di cita oleh tuan puteri akan tabak itu maka tabak itu pun terletaklah di padang hairani….maka Inderaputera pun hairanlah melihat tabak itu tidak melayang lagi.
[ Hikayat Inderaputera- m/s 39 ]

Kepada siapakah pula kekuasaan diberikan oleh Allah swt bagi bahagian dunia yang tidak diperlihatkan kepada Zulqarnain dulunya? Bahagian dunia itu rupa-rupanya nya telah dikuasai oleh Iblis , Dajjal dan kuncu-kuncunya sekarang ini . Mereka sedang merancang untuk merealisasikan New World Order mereka. Zionis hanyalah alat bagi mereka.Mason-mason, para Iluninati, Jesuit dan para elit penganut Kabbalah akan dikorbankan setelah menjadi kuda tunggangan mereka sekian lama.

Salah seorang Jesuit yang telah dihantar oleh ke Melaka 466 tahun lepas iaitu St. Francis Xavier bukannya calang-calang orang.Beliau tiba di Melaka pada tahun 1545M. Beliau yang memiliki kelulusan Sarjana dalam jurusan teologi adalah sahabat kepada Ignatius Loyola.Pada 15 Ogos 1534, St Francis Xavier bersama dengan Ignatius dan lima orang yang lain seramai 7 orang mengunjungi sebuah gereja kecil di Montmartre berdekatan kota Paris dan di situ ketujuh-tujuh tokoh ini melafazkan kaul kemiskinan, kesucian dan kepatuhan. Inilah detik awal penubuhan Tarikat Jesuit (Pertubuhan Yesus) atau kita sebut Jesuit saja. Selepas itu Francis Xavier bersama-sama pengasas Jesuit yang lain bertolak ke kota Venice, Itali di mana mereka telah ditahbiskan sebagai paderi Katolik pada 24 Jun 1537.Selepas itu Xavier bertugas sebagai setiausaha kepada Ignatius Loyola di Kota Rom untuk beberapa waktu.

Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis .Xavier bertolak dari kota Lisbon pada tahun 1541 bersama-sama dengan dua orang mubaligh Jesuit yang lain menaiki kapal yang bernama Santiago. Mereka tinggal sementara di Mozambique dari Ogos 1541 sehingga Mac 1542 sebelum tiba di kota Goa pada 6 Mei 1542. Jawatan rasmi Xavier di Goa adalah sebagai Nuncio Apostolik (ataupun Duta Besar Takhta Suci Kota Vatikan) dan beliau menggunakan Goa sebagai pusat operasinya untuk tiga tahun berikutnya.

St Francis Xavier tiba di Melaka pada Oktober 1545.Pada 1 Januari 1546 telah bertolak ke Pulau Amboina dimana beliau telah tinggal sehingga bulan Jun. Xavier kemudian mengunjungi pulau-palau yang lain di Kepulauan Maluku seperti Ternate dan Morotai. Selepas itu beliau kembali semula ke Melaka. Usaha dakwah Francis Xavier di Kepulauan Maluku membawa impak yang besar dikalangan masyarakat setempat sehingga beliau digelar sebagai Hawari Timur ( Inggeris: Apostle of the East). Hasil daripada pelayanan Xavier dari tahun 1546-1547 dikalangan penduduk Pulau Amboina, Ternate dan Morotai, agama Kristian bertapak di wilayah-wilayah tersebut dan kini menjadi agama terbesar di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia (91% penduduk wilayah ini beragama Kristian)

Berbalik kita kepada Goa, Goa pernah menjadi markas utama percaturan kafir untuk menakluki Nusantara.Kitab sejarah melayu kita juga pernah dibawa ke London,diambil oleh portugis dan disimpan di Goa beberapa waktu.

Setelah Potugis menawan Melaka 1511, ada beberapa kerajaan melayu yang cuba membebaskan Melaka .Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607 – 1636M) , iaitu Sultan Aceh juga pernah cuba untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis, namun ianya tidak Berjaya. Aceh amat memusuhi Portugis ketika itu.

Oleh itu, Jesuit telah menghantar jeneral perangnya iaitu Johan Harmen Rudolf Kohler , seorang Belanda berketurunan Yahudi dan pengamal ilmu Kabbalah untuk memimpin Perang Aceh Pertama 1873. Pada 8 April 1873 tentera Belanda pun mendarat di Pantai Ceureumen dibawah pimpinan Kohler lalu menawan Masjid Raya Baiturrahman dan membakarnya! Kegemilangan kerajaan islam Nusantara pun terus malap selepas itu.

Satu perkara yang perlu kita ingat, mereka hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang akan menentukannya.Sebenarnya sebelum ketibaan St Francis Xavier pada tahun 1545 di Kota Melaka, telahpun ada ekspedisi jihad islam oleh moyang kita Saiyid Hussien Jamaluddin Kubra ke Timur dan Nusantara memintas mereka 196 tahun lebih awal iaitu pada tahun 1349.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah ( bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.[ Bukit panau terletak tidak jauh dari Danau Tok Uban, Masjid Brunei pula terletak berhampiran Danau itu ].

Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.

Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa mendapat Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) manakala dengan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.

Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah .Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam.

Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao / Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.

Semoga anak cucu keturunan Saidina Hussien r.a akan bertemu dan bercantum semula dengan anak cucu keturunan Saidina Hassan r.a di bumi Nusantara ini demi kebangkitan akhir zaman.

Sebelum saya sudahi artikel ini,ada beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian yang saya ambil dari satu forum di internet oleh orang yang gelarkan dirinya Putihkuninghitam. Begini katanya :

“ Di India ada sebuah negeri yang paling ramai umat Islam iaitu diselatan India.Nama negeri tu adalah Kera-la.Orangnya dipanggil Mala-bari.Selatnya di panggil Selat Mala-bar.Disitu juga ada nama gunung Malaya.Bila ada kelapangan boleh le baca buku yang bertajuk "Ancient Colonies in the Far East Vol ii diterbitkan pada tahun 1937 di India.(sebelum perang dunia ke 2 dan sebelum Tanah Melayu merdeka). menurut pengarang buku tersebut “Nusantara” dikenali juga dengan nama “Malayasia”.


*[ Artikel ke-219 Sangtawal Sakranta... ]


Monday, February 21, 2011

Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?



Tajuk : Dimanakah Keturunan Sultan Sharif Ali Dari Brunei ?

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


[[ Sultan Sharif Ali (TM 1425 - 1432)

Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke Brunei itu membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan. Memandangkan jasa dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan oleh Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM 1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.]]

[ rujuk sumber : Klik ]

Amat menarik sekali jika kita dapat mengetahui siapakah dan dimanakah waris keturunan Baginda ketika ini???

Dibawah ini adalah gambar sebuah masjid iaitu Masjib Brunei yang dibina berhampiran dengan Danau Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.(gambar-gambar dibawah diambil dari blog Catatan si Merah Silu, terima kasih buat saudara Radzie)



Masjid ini telah sempurna dirasmikan oleh Sultan Kelantan dengan nama Masjid Brunei Darussalam


Dibawah ini pula gambar yang mula disiarkan oleh Israel…. bendera Zionis yang berkibar diatas Dome Of Rock.Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini : Klik




Nampaknya Israel sudah mula memukul Gendang Perang mereka dengan isyarat menaikkan bendera itu.... seperti biasa.... huru hara dan kacau bilau perlu dicetuskan di jazirah Arab dan Timur Tengah, apa yang berlaku di Mesir adalah percubaan kecil sahaja.. kini merebak ke Libya pula dan akan ada lagi huru hara besar yang akan menyusul.

Bila perang meletus, huru hara dan kacau bilau berlaku... manusia akan mencari satu daerah yang aman sentosa dan selamat untuk di diami....... nama lain bagi negeri atau daerah yang aman sentosa/sejahtera ialah : DARUSSALAM.... jadi dimanakah negeri Darussalam itu??? Negeri yang ada sebutan Darussalam dimasa yang lalu bermula di Madinah Darussalam ... selepas itu di Samudera/Acheh Darussalam.... selepas itu di Patani Darussalam....selepas itu di Brunei Darussalam... dan dimanakah agaknya negeri Darussalam terakhir yang menjanjikan aman sejahtera ??? sama – sama kita berdoa semoga Allah swt melindungi kita semua dibumi Semenanjung Emas ini.... berhati-hatilah dengan mata-mata Israel dari negara singa yang sedang memantau “Negeri Darussalam sebenar" yang akan bangkit. Berhati-hati dan waspadalah dengan musuh dalam selimut dan talibarut musuh.... mungkin mereka sedang mengutip rahsia pertahanan negara... mereka boleh masuk sistem apa saja dan boleh jadi siapa saja ... semoga Negeri Darussalam Terakhir akan selamat dan rakyatnya akan aman sejahtera dibawah panji-panji pemerintahan akhir zaman.


*[ Artikel ke- 218 Sangtawal Sakranta.]