Thursday, November 19, 2009

Bukan Matamu Yang Sakit Tetapi Hatiku Yang Sakit


Tajuk : Bukan Matamu Yang Sakit Tetapi Hatiku Yang Sakit !

Artikel oleh :
Sangtawal Sakranta



Barangkali anda semua pernah mendengar lirik lagu ini suatu masa dahulu iaitu :

“Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki”

Allah juga berfirman didalam Al-Quran , surah Al-Hajj, ayat 46 yang bermaksud :
“Tidakkah mereka mahu mengembara di muka bumi ini sehingga hati mereka dapat memahami, dan telinga mereka dapat mendengar? Bukanlah mata mereka yang buta, tetapi hati mereka yang ada di dalam dada”

Entah bagaimana pula terdetik untuk menulis sedikit tentang mata.Mungkin kerana beberapa hari yang lalu mata saya sakit, mungkin dimasuki sedikit habuk atau kuman lalu pandangan mata agak terganggu sedikit, imej nampak berbalam dan sedikit bertindih! Apa orang kata, Diplopia!. Jadi bila nak baca sesuatu saya terpaksa julingkan sedikit mata, barulah nampak terang dan jelas sedikit! Mungkin saya terlalu lama menyelam di lautan alam cyber!

Mungkin juga sejak akhir-akhir ini mata agak silau terlihat angka-angka Ringgit Malaysia yang terlalu banyak dari seseorang hamba Allah hinggakan belanja untuk beli sebuah katil pun mahal sekali! tu baru katil, belum tilamnya lagi! bertuahlah badan orang tersebut sebab ada orang yang sanggup memberikannya wang sebegitu banyak sebab terlalu sayangkan dirinya !

Nak tahu macam mana Diplopia? sila letak hujung jari telunjuk anda atas bola mata anda di kelopak atas mata anda dan tekankan sedikit, anda akan nampak imej bertindih bukan?

Mungkin juga terlintas dihati untuk menulis tentang mata untuk membetulkan sedikit persepsi kita tentang mata dan penglihatan kita daripada disalahtafsirkan oleh mereka yang ada kepentingan dan lebih parah lagi bila ia ditafsirkan oleh Tok Bomoh atau Penjual ubat jalanan yang tidak bertauliah! Para penjaja ubat mata ini boleh kita lihat dimana-mana, hatta dengan belanja RM10 ke RM 20 saja semua penyakit mata termasuk ‘cataract’ dapat diubati dikaki-kaki lima atau di pasar-pasar malam saja!

Lebih hebat lagi bila ada penjaja ubat dan Tok Bomoh itu mengurut mata pelanggannya, dan tiba-tiba penglihatan kembali menjadi terang benderang dan ajaib sekali, padahal kecerahan mata itu hanya bersifat sementara- ini boleh berlaku dalam kes “Lens Dislodge” atau Lens dislocate ( kanta mata tercabut) akibat urutan (digital massage) tadi!

Bagi orang yang tidak tahu konsep mata menjadi cerah tiba-tiba itu adalah merupakan satu perkara yang ajaib dan pelik baginya , ditambah pula si penjual ubat tadi pandai memberi ucapan mengalahkan doktor pakar mata , disertai dengan ayat-ayat Al-Quran dan keratan-keratan akhbar sebagai bukti / testimoni keajaiban dan menjadinya ubat beliau yang berselerakan itu… maka sebab itulah orang ramai pun datanglah berduyun-duyun melihat persembahan mereka.

Tetapi bagi orang yang sudah tahu sebab-akibat mengapa ia jadi begitu (boleh cerah tiba-tiba!) pertunjukan mereka itu adalah perkara biasa, tidak pelik dan boleh dihuraikan dengan mudah! Cuma mungkin orang itu tidak mahu mengeruhkan lagi suasana atau tidak mahu mengacau periuk nasi si penjual ubat itu jika dia berhujah biarpun saban hari dia diajak dan dicabar untuk berhujah di kaki lima itu.

* Mata siapa yang sebenarnya sakit?

Senangnya mereka mencari rezeki dengan menipu orang demi mencari sesuap nasi! Pelbagai produk kesihatan yang dapat memulihkan penglihatan mata atau boleh menambahkan kecerahan mata dijual dengan bebas dan ada yang terlepas ke pasaran tanpa pemantauan pihak Farmasi!

Oleh itu berhati-hatilah kita dengan ubat sedekian rupa .Sayangilah mata kita dan hargailah nikmat anugerah mata dan penglihatan oleh Allah ini.Tanpa mata hilanglah peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini.

Mata adalah satu pancaindera yang dikurniakan oleh Allah swt kepada kita untuk melihat.Oleh itu jagalah kesihatan mata kita sebaik mungkin kerana kerosakan mata sukar diubati!

Pelbagai jenis penyakit boleh dikaitkan dengan mata seperti jangkitan kuman, kerosakan pada otak di kawasan lobus oksipital dimana semua input saraf imej akan diproses, kerosakan mata seperti buta sejak azali (congenital) , kerosakan saraf optik mata, trauma atau chemical injury (contohnya terkena asid atau alkali) , dan masalah mata yang kebanyakan kita hidapi ialah Refractive Error seperti rabun jauh atau rabun dekat. Ia boleh dibetulkan dengan memakai cermin mata atau lebih moden dan nampak lebih bergaya lagi dengan memakai contact lens.

*Pelbagai jenis dan warna contact lens.Boleh pilih yang mana berkenan di hati!

Seperti contact lens yang nampak hebat dan pelbagai jenis atau jenama itu ditambah lagi dengan produk yang berbagai warna, maka berebut-rebutlah anak-anak muda atau mak-mak janda untuk menjadikan mata mereka berwarna hijau atau biru padahal jika mereka perhatikan kebanyakan doktor pakar mata sendiri pun hanya memakai cermin mata biasa, bukannya tidak ada duit untuk membelinya atau tidak ada masa untuk menukar dan menjaga contact lens tetapi mesti ada sebabnya.Tetapi ramai yang tidak mahu bertanya mengapa mereka ( doktor pakar tadi) lebih suka pakai cermin mata berbanding contact lens, mungkin jawapan yang diberikan oleh mereka akan membuatkan si penanya terkejut dan berfikir seketika bahawa mereka (doktor pakar mata) takutkan jangkitan kuman atau corneal ulcer!

* Penyakit corneal ulcer.

Maksud tersirat dari cerita di atas yang ingin saya sampaikan di atas ialah, jangan suka mengikut sangat perkembangan fesyen semasa atau terus menari mengikut rentak orang lain secara membabi-buta, belajarlah, berfikirlah , bertanyalah dan berbincanglah dengan orang yang lebih arif berkaitan dengan ilmu tersebut jika kita tidak tahu, jangan mudah menuduh secara melulu jika tidak benar-benar tahu kerana tuduhan melulu akan membenihkan fitnah dan fitnah itu akan membuahkan permusuhan dan permusuhan itu boleh menyuburkan dosa, menggelapkan hati kita dengan zulmat dan menambahkan pecah belah ummah! Bila dosa kita bertambah , Iblis akan tergelak lalu masuklah kita dalam golongan kiri atau jadilah kita wali setan.

Kepada mereka yang berkata boleh berkawan dengan setan itu, kemungkinan besar dia juga Wali Setan atau Wali Plastik sedangkan Allah swt berkali-kali menegaskan seperti dalam Surah Yaasin bahawa Setan itu adalah musuh kita yang paling nyata. Maka takutlah kita semua dari mengikut Wali Setan ini kerana sudah pasti kita akan termasuk dalam golongan orang-orang musyrikin, Firman Allah swt dalam Surah Al-An’am, ayat ke 121 yang bermaksud :

“Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada wali-walinya agar mereka membantahi kamu (Muhammad) dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang musyrik”

Tidak ramai yang mempunyai masalah mata yang disebut Diplopia atau Double Vision (Imej Bertindih/berkembar). Diplopia diambil dari perkataan Greek : Diplo- double, Opia- Vision. Diplopia boleh dikelaskan lagi kepada 2 jenis iaitu jenis Monocular dan Binocular.

Diplopia bukan krisis, ia adalah masalah mata.Diplopia bukanlah sama erti dengan kejulingan mata (strabismus-misalignment of the eyes from birth) tetapi jika dikatakan strabismus itu salah satu penyebab kepada binocular diplopia, ia bolehlah diterima dalam bidang perubatan atau lebih spesifik lagi Ophthalmology. Oleh itu jika tidak tahu, jangan mudah kita membuat tafsiran melulu!

Antara penyebab lain Binocular Biplopia ( Double vision terjadi pada kedua-dua belah mata) selain dari strabismus ialah , kerosakan pada saraf yang mengawal otot extraocular mata, Diabetes,Graves disease, Myasthenia Gravis, trauma kepada bola mata atau tulang orbit sekitar mata.

Antara penyebab kepada Monocular Diplopia ( Double Vision yang terjadi pada satu mata sahaja) ialah astigmatism, keratoconus, pterygium, cataract, lens dislocation, xeropthalmia atau masalah pada retina mata.

Oleh itu untuk mengatakan Diplopia itu disebabkan oleh “Kejulingan Mata” sahaja tidak cukup biarpun bagi mereka yang “tidak tahu” atau “jumud dengan ilmu yang sedia ada” atau “tidak mahu belajar dan menerima pendapat orang lain”, kenyataan di atas itu sudah cukup hebat dan bagus!Oleh itu, untuk tahu penyakit mata kita kena betul betul belajar pasal mata! Jangan turut melibatkan orang lain pula supaya termakan atau menerima bulat-bulat fahaman kita.Jangan biarkan orang lain mengikut persepsi kita sahaja!

Strabismus (mata juling) boleh dikelaskan pula kepada beberapa jenis seperti berikut :

*Banyak jenis Strabismus ( mata Juling).

Terimalah kenyataan bahawa objek yang kita lihat ini sebenarnya telah menipu kita dan semuanya adalah terbalik sebenarnya ! Tetapi Allah swt amat menyayangi diri kita dengan memberikan Anugerah memahami objek supaya membuat persepsi bahawa OBJEK yang TERBALIK hasil dari mekanisma cahaya masuk melalui iris mata , difokuskan di kanta mata (lens) dan di paparkan di retina, diproses oleh sel kon dan sel rod itu, dihantar ke otak melalui saraf optic, bersilang di Kiasma optic itu DITAFSIRKAN oleh otak sebagai TIDAK TERBALIK!

*Objek yang dipaparkan di retina mata kita adalah terbalik!

Maka dapatlah kita lihat sepohon pokok yang pucuknya di atas dan akarnya dibawah, lembu yang dikatakan bodoh itu berjalan dengan kakinya di bawah dan kepalanya di atas! Semua ini adalah anugerah Allah swt kepada kita!!! Maka haruslah kita selalu bersyukur kepadanya, jika ditarik sedikit nikmat ini, maka terbaliklah segala dunia dan isinya ini pada pandangan kita!



Jadi benarlah Firman Allah swt, bahawa bukan mata itu yang buta, tetapi Hati yang didalam dada! Atau secara saintifiknya bukan mata itu yang buta, tetapi fikiran kita yang buta.Oleh itu lihatlah sesuatu objek atau perkara itu dengan mata dan fikiran juga.


Disini saya ingin berkongsi satu cerita berkaitan dengan mata ini dengan saudara semua, semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.

Pernahkah saudara mendengar kisah seorang tokoh ulama sufi yang masyhur ini iaitu Imam Sheikh Junaid Al-Bagdadi.Beliau adalah seorang wali Allah dan seorang jutawan di kota Bagdad ketika itu, namun hatinya tidak terikat dengan dunia.

Suatu ketika ketika beliau diserang penyakit mata yang agak teruk, dia pun memanggil seorang Doktor kristian merawatnya.Lalu kata Doktor itu selepas merawatnya :

“Jika matamu masih merasa pedih, elakkan dari terkena air”. Selepas itu Doktor itu pun pulang.

Selepas itu bila masuk waktu solat, Imam Junaid mahu solat tetapi wudhuknya telah terbatal.Dia pun terus mengambil wudhuk tanpa menghiraukan nasihat si Doktor Kristian tadi.Selepas solat dia pun tidur.

Setelah terjaga dari tidur, tiba-tiba matanya sudah menjadi sembuh seperti tidak pernah sakit sebelumnya!Ketika itu juga beliau terdengar satu seruan :

“Junaid telah rela mengorbankan matanya demi nikmatKu, sekiranya untuk tujuan yang sama dia berdoa kepadaKu untuk semua penghuni neraka, nescaya Aku perkenankan doanya”

Keesokan harinya Doktor tadi datang kembali untuk merawat Imam Junaid, alangkah terkejutnya dia bila melihat mata Imam Junaid telah sembuh.Dia hairan kerana mengikut pengajiannya penyakit mata yang dihidapi oleh Imam junaid itu agak kronik, dan tak mungkin sembuh dengan begitu cepat sekali!

“Aya yang telah kamu lakukan?” , Tanya Doktor itu.

“Aku berwudhuk lalu solat” jawab Imam Junaid.

Mendengar jawapan itu, Doktor itu berfikir seketika dan menundukkan kepala serta sangat terharu.Dia sedar bahawa agama Junaid ini adalah benar.Lalu dia pun berkata :

“Kesembuhan ini tentu dari Tuhan Yang Maha Mencipta!, bukan dari makhluk-makhluk ciptaanNya” .Dia pun memeluk islam ketika itu juga.

Doktor Kristian itu berkata lagi :

“Selama ini, Hatikulah yang sakit, bukan matamu dan engkaulah pengubatnya!”

Pada kisah yang lain pula, di suatu hari, di sebuah dewan tempat Imam Junaid mengajar agama,ada seorang Pemuda Kristian di antara orang ramai yang sedang mendengarnya .Tiba-tiba pemuda itu bangun lalu bertanya :

“Wahai Sheikh Junaid! Rasulullah saw bersabda: ‘Waspadalah engkau terhadap firasat orang mukmin kerana dia dapat melihat dengan Nur Allah’.Apakah maksudnya?"

Lalu Sheikh Junaid pun tunduk sebentar lalu mengangkat semula kepalanya serta memandang tepat ke muka pemuda itu lalu berkata :

“Sesungguhnya masa keislamanmu sudah dekat, Oleh itu , maka islamlah kamu!” jawab Sheikh Junaid.

Orang ramai terkejut dan terpinga-pinga dengan soalan dari Pemuda itu dan jawapan dari Sheikh Junaid, mereka tidak tahu yang pemuda bersama mereka itu adalah seorang Kristian.Pada waktu itu juga pemuda itu terus memeluk islam!

Saudaraku sekalian, itulah antara contoh-contoh tauladan yang ditunjukkan oleh orang-orang soleh dan kekasih Allah dimasa lalu bagaimana cara dakwah yang penuh hikmah.Ia menjadi kuntuman sejarah yang harum mewangi sepanjang zaman!

Itulah Konsep Dakwah yang kita perlu contohi, berdakwah dengan Ilmu dan Hikmah bukan dengan Nafsu dan Fitnah! Konsep atau cara berdakwah banyak! Janganlah kita mudah atau cepat menuding jari kearah orang yang kita tidak suka sedangkan empat jari lagi menunjuk kearah kita! Berhujahlah dengan ilmu dan janganlah kita terperangkap dengan fahaman kita dan merasa hanya diri kita atau jemaah kita atau parti kita saja yang mengikut segala sunnah nabi yang betul, sedangkan orang lain tidak! Mana kita tahu apa yang ada dalam hati orang? Kita bukan wali seperti Imam Junaid Al-Baghdadi!


* kalau kita selalu sangat tengok objek atau warna hijau lama-lama, tanpa berpaling, mungkinkah mata kita akan jadi begini?


Semoga yang Haq tetap Haq dan yang Bathil tetap Bathil dan semoga yang Haq akan mengalahkan yang bathil!


Mungkin pada hari ini kita ditimpa masalah atau kesempitan dalam hidup, mungkin pada hari ini kita diuji oleh Allah swt, kerana setiap insan yang beriman tidak boleh mengaku dia sudah beriman sedangkan dia masih belum diuji apatah lagi bila kita mengaku pejuang islam, sudah pasti dugaan dan ujiannya bukan sedikit.Allah pasti akan menguji tahap keimanan kita.

Maka bersabarlah! itulah ubat yang paling mujarab ketika ini.Jika kita boleh memberikan nasihat begitu kepada orang lain, dan ia berlaku kepada diri kita pula, mengapa kita tidak boleh bersabar? Mungkin ada hikmahnya disebalik semua itu.Jika selama ini kita terlalu vokal atau ekstrem dalam memberikan sesuatu pendapat, sehingga orang pun menghukum fahaman kita itu dengan emosi atau perasaan bukannya dengan fikiran , lalu jadilah ia satu fitnah yang akan berlarutan dan tiada kesudahannya.

Mungkin antara hikmahnya ialah selepas ini kita mesti lebih berhati-hati supaya orang lain yang juga berilmu atau orang yang lebih tua dari kita tidak mudah tersinggung atau terguris hati kecilnya. Atau mungkin selepas ini kita tergerak hati untuk membelek kitab kitab lama ilmu Tasawuf pula, mana tahu barangkali! jangan asyik dok bertajdid je! barulah keilmuan kita jadi lengkap kerana Ulama sebenar ialah ulama yang menuntut dan mengajarkan ketiga-tiga jenis ilmu ini iaitu Feqah, Usuluddin dan Tasawuf!

Tetapi setiap kesabaran itu pun ada tahapnya.Jika ia melibatkan maruah diri dan cabaran berupa halangan dalam penyampaian ilmu , maka ada rasionalnya kesabaran itu tercabar. Maka bangunlah berjuang demi kebenaran!.Kita akan melihat dan menilainya secara jujur siapakah berada di pihak yang benar nanti!

Saudaraku sekalian, Kembalilah kita kepada sirah dan perjuangan Nabi Muhammad saw yang sebenar! mengapa kita harus berpecah belah dengan isu yang boleh diselesaikan dengan cara paling baik dan berhemah? Musuh-musuh islam sedang bertepuk tangan dan bergembira melihat telatah umat islam yang bermusuhan dan tidak bersatu! Mereka hanya menunggu saat dan ketika yang sesuai untuk meratah dan menyembelih umat islam hidup-hidup!darah kita ini sudah lama halal bagi mereka! Mereka sudah pasti tidak akan takut berbuat demikian kerana mereka tahu umat islam sendiri pun suka melihat saudaranya termusnah!


*Bermunajat dan berdoalah selalu kepada Allah swt untuk kesejahteraan dan perpaduan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat.


Mungkin doa atau munajat Rasulullah dalam Perang Uhud ini ,yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ini boleh kita renungkan, fikirkan dan amalkan selalu .Saya ambil doa munajat ini dari sebuah Buku berjudul - Jihad Peperangan Rasulullah Saw , m/s 301-303 : Ahmad Adnan Fadzil, terbitan Pustaka Syuhada.


[“Ya Allah, Wahai Tuhan kami!, bagi-Mu segala pujian.Ya Allah wahai Tuhan kami, tiada siapa yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, tiada sesiapa yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan., Tiada yang dapat memberi petunjuk kepada sesiapa yang Engkau sesatkannya, Tiada sesiapa yang dapat menyesatkan sesiapa yang yang Engkau beri petunjuk kepadanya.Tiada siapa yang dapat memberi kepada sesiapa yang Engkau tegahkan pemberian kepadanya, Tiada yang dapat menghalang sesiapa yang Engkau berikan kepadanya, Tiada sesiapa yang dapat menghampirkan sesiapa yang Engkau jauhkan, Tiada sesiapa yang dapat menjauhkan sesiapa yang Engkau hampirkan.

Ya Allah,wahai Tuhan kami, hulurkanlah kepada kami daripada keberkatan-Mu, rahmat-Mu, kurnia-Mu, dan rezeki-Mu.


Ya Allah wahai Tuhan kami, aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap, yang tidak terhalang, dan tidak hilang.


Ya Allah, wahai Tuhan kami, aku memohon kepadaMu pertolongan di Hari kesempitan dan ku mohon keamanan di Hari ketakutan.


Ya Allah wahai Tuhan kami, aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang Engkau jadikan berlaku kepada kami dan kejahatan yang Engkau tegahkan kami.


Ya Allah ,wahai Tuhan kami, jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman-iman itu di dalam hati-hati kami, jadikanlah kami benci kepada kufur, fasik dan maksiat dan jadikanlah kami termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk.


Ya Allah , wahai Tuhan kami, matikanlah kami di dalam islam, hidupkanlah kami di dalam islam, dan masukkanlah kami di kalangan orang-orang soleh, bukan orang-orang yang dihina dan tidak pula yang difitnah.


Ya Allah, wahai Tuhan kami, perangilah orang-orang kafir yang membohongi rasul-rasulMu, dan menyekat jalan agamaMu, dan jadikanlah keatas mereka azab seksa-Mu.


Ya Allah , wahai Tuhan kami, perangilah orang-orang kafir yang dikurniakan kitab (yakni ahli al-kitab) . Wahai Tuhan Yang Maha Benar.”]


Mengapa dalam keadaan yang genting dan sibuk berperang itu, Rasulullah menyuruh tenteranya membuat saf dan Baginda bermunajat dengan doa yang panjang lebar??? Mengapa tidak membaca doa pendek atau niat saja dalam hati? Bukankah doa baginda kekasih Allah ini akan terus termakbul tanpa hijab atau halangan untuk sampai kepada Tuhan? Tetapi Rasulullah tetap mahu mengajar umatnya Kecerdasan Spiritual yang tinggi! Sila baca turutan doa baginda, baginda hanya meminta untuk mengalahkan musuh-musuhnya di perenggan terakhir doanya,mengapa? kalaulah kita … dalam situasi perang sebegitu mungkin kita doakan biarlah kita menang dan musuh kalah dari awal doa sampai habis doa! Betul tak???

Maka fikir-fikirkanlah sauadaraku sekalian!

Maafkanlah segala kesilapan saya jika ada yang terguris dengan artikel saya di atas!

*Tak lupa buat adik-adik yang sedang menghadapi exam SPM, semoga berjaya di dunia dan akhirat ! berusaha, berdoa dan bertawakkallah selalu!
[sepatutnya artikel ini saya poskan kelmarin, tapi talian internet saya bermasalah sikit]

Sekian , Wassalam.

Sangtawal Sakranta.


Thursday, November 12, 2009

CKKAZ II : Bhg 4 - Fenomena Eureka



Tajuk : CKKAZ II : Bhg 4 - Fenomena Eureka

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


300 tahun sebelum Masihi, Dalam sebuah Istana raja, seorang tukang emas terkenal di Kota Syracus kelihatan pucat lesi mukanya, buntu fikirannya dan berdebar-debar degup jantungnya setelah si Raja Hieron berkata buat kali ketiganya “Aku curigakan Mahkota ini!”. Dia sedar bahawa kata-kata si Raja itu adalah umpama hukuman mati baginya!Haruskah dia berterus terang dengan Raja atau Raja hanya ingin menguji dirinya?

*Dari masalah Mahkota Raja , membawa kepada Fenomena Eureka!

Fikirnya , mungkin Raja sudah mengetahui perbuatan khianatnya iaitu dengan membuat sebuah Mahkota Raja yang tidak tulen, iaitu dari emas 24 karat seperti yang diingini oleh si raja! Bagaimana si Raja tahu dia mencampurkan sedikit tembaga dalam pembuatan Mahkota Raja itu dan sedikit emas yang sepatutnya di buat Mahkota Raja disimpannya dengan tujuan untuk dijualnya! Ahh… bukannya banyak , sedikit sahaja… tetapi apa yang menghairankannya, bagaimana si Raja mengetahuinya? Padahal waktu dia membuatnya itu, didalam rumahnya yang tertutup dan hanya dia seorang yang terlibat membuatnya!

Kisah diatas begitu masyhur sekali , ini kerana penglibatan seorang yang pintar dizamannya iaitu Archimedes.Dialah yang sebenarnya memberikan maklumat kepada Raja Hieron mengenai mutu mahkota emas yang tidak murni itu! Namun bagaimana Archimedes mampu membuat kesimpulan begitu? Sedangkan pada zamannya, ukuran atau parameter matematik yang diketahui adalah setakat segitiga, segiempat, bulatan dan bentuk-bentuk ringkas sahaja!

Ceritanya begini, Archimedes pun merasa gementar dan kebingungan bila dipanggil oleh Raja Hieron yang bertanya bagaimana ingin mengetahui sama ada mahkota itu tulen atau tidak.Walaupun dia terkenal sebagai seorang yang pintar dizamannya, namun dihadapan Raja waktu itu, dia terasa sangat bodoh sekali kerana pada waktu itu dia hanya pandai mengira atau mengukur benda-benda yang bentuknya teratur saja! Tetapi Mahkota yang ada dihadapannya itu sangat aneh,berbentuk tidak sekata dan penuh dengan hasil seni ukiran yang menarik dengan bucu-bucu yang tidak sekata!

Pada mulanya Archimedes memohon kepada Raja untuk meleburkan semula dan menjadikan mahkota itu berbentuk segiempat dan rata, tetapi Raja tidak mengizinkannya! Kerana Raja sangat menyayangi Mahkota itu dan tidak mahu ianya menjadi rosak! Archimedes samakin kebingungan!

Maka, pulanglah Archimedes kerumahnya dan terus memikirkannya untuk beberapa hari, namun dia masih gagal memecahkan persoalan itu.

*Archimedes balik kerumahnya dan cuba memikirkan masalah itu,namun dia buntu!

Pada suatu hari, dia pun pergilah ke tengah Kota Syracus, iaitu ke tempat mandi para aristokrat untuk mandi menenangkan fikirannya seketika, dia cuba untuk tidak mengingati masalah tersebut barang seketika…. Ketika dia mula masukkan dirinya kedalam bekas mandi tersebut perlahan - lahan … dia terasa tenang dan santai…..



Tetapi secara tiba-tiba beliau bangun tanpa seurat benang pun dan berkata :

“Aha… Eureka,Eureka, Eureka!” bermaksud “Aha.. aku dapat, aku dapat,aku dapat!” Beliau sangat gembira dan seperti orang histeria lalu terus berlari pulang kerumahnya!


Rupa-rupanya Archimedes seolah-olah mendapat ‘ilham’ untuk menyelesaikan persoalan Raja yang begitu menghantui fikirannya! Ketika dia memasukkan dirinya perlahan-lahan kedalam kolam tempat mandi itu, airnya turut menaik hinggalah ia melimpah keluar bila Archimedes menenggelamkan keseluruhan tubuhnya ke dalam bekas mandi itu, maka dia terus membuat kesimpulan berdasarkan pemikiran kreatifnya bahawa jumlah berat bahan yang masuk kedalam bekas itu mestilah sama dengan berat air yang melimpah keluar ! Lalu terhasillah Hukum Archimedes! Cerita ini dihuraikan dengan panjang lebar oleh Isaac Asimov dalam tulisannya The Eureka Phenomenon, dalam Norton Reader, edisi ke-6.

*Sehingga kini, Potensi sebenar otak dan akal yang masih menjadi misteri!

Archimedes mengira kemurnian atau keaslian emas yang terkandung dalam mahkota raja itu mengikut rumusan yang dikenali oleh ahli kimia sekarang sebagai berat jenis. Berat jenis emas ialah 19.3gram per sm3 air.Ini bermaksud, 1 sm3 (sentimeter padu) air akan melimpah keluar dari sebuah bekas yang penuh berisi air jika emas murni seberat 19.3 gram dimasukkan.

Berat tembaga pula ialah 8.92 gram per sm3 air, jadi mengikut Archimedes, jika berat emas murni mahkota raja yang mengandungi emas tulen itu seberat 100 gram ,maka sudah pasti air yang melimpah keluar ialah seberat 5.18 sm3.

Oleh kerana Mahkota Raja itu tidak tulen dan dicampur sedikit tembaga untuk menjadi emas suasa, maka menurut Archimes sudah tentu jumlah berat air yang keluar itu tidak sama kerana pada prinsipnya, benda yang sama mestilah mempunyai berat jenis yang sama!




Mari kita belajar dari pengalaman Archimedes, ternyata penyelesaian kepada sesuatu masaalah itu terjadi dengan izin Tuhan ketika kita berada dalam suasana yang tenang atau gelombang otak kita berada pada gelombang Alfa! Ilham (Eureka) itu muncul selepas kita penat berfikir dan berusaha keras !

Pengajarannya ialah, jika kita ingin mendapatkan suatu jawapan atau kesimpulan kepada persoalan rumit dalam hidup kita, kita mesti berusaha terlebih dahulu, seperti berfikir dan berusaha bersungguh-sungguh kemudian tenangkan diri kita seketika dan pohonlah petunjuk dari Allah swt. Biasanya jawapan akan muncul disaat kita dalam keadaan santai atau fikiran kita terputus sejenak dengan masalah yang sedang kita hadapi.


Bagaimana pula untuk mendapatkan ketenangan? Bukankah Allah berfirman bahawa bila kita mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang?

Marilah kita berfikir , berzikir , berdoa dan selalu bersembahyang kepadaNya

*Inilah Rahsia kepada segala rahsia,maka marilah kita bersolat dengan khusyuk/fokus!

Di atas hanya satu contoh dari pelbagai jenis cerita berkaitan dengan cara dan gaya berfikir manusia – manusia hebat atau Genius yang cuba saya paparkan! Contoh cerita Archimedes ini bagi saya cukup menarik, kerana ia melibatkan hasil pemikiran kreatif menghasilkan output pemikiran berupa ilham yang datang tiba-tiba, fenomena ini lain dari yang lain! Kerana ia menemukan perkara baru hingga menerbitkan formula sains yang boleh merubah dunia.


Bagaimana pula dengan kisah Sir Isaac Newton , dilahirkan pada 1642 , merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya Tarikan Graviti alam dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.


Bapa Newton meninggal tiga bulan sebelum kelahirannya, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya.

Pada suatu hari Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.

Beliau pun bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa ia hanya jatuh ke tanah, tidak ke atas? Lalu beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.

Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.Lalu dia pun bertanya lagi dirinya, mengapa ia berwarna?

Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.

Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton.

Sir Isaac Newton pernah dikatakan gila kerana asyik memikirkan kenapa buah epal jatuh dari pokok. Masakan tidak gila, kalau kita tentu dah ambil buah epal tu dan makan. Buat apalah nak penat-penat fikir. Akibat gilanya itu wujudlah teori graviti.Sikapnya yang suka bertanya itu menjadikan dirinya seorang yang hebat!

Pernahkah anda mendengar cerita kesungguhan dan percubaaan demi percubaaan selepas kegagalan seorang manusia bernama Thomas Edison yang merupakan orang pertama mencipta lampu ? Tahukah kita bahawa dia juga pernah dikatakan gila dan tidak siuman oleh gurunya sendiri? Malah pernah dianggap ‘bodoh’ oleh rakan-rakannya.Sekolah pun hanya bertahan setakat 3 bulan dan kemudian dibuang sekolah kerana dianggap manusia pelik dan tidak boleh diajar.

Namun, sejarah manusia dan peradaban sudah pasti tidak boleh meminggirkan hasil usaha Thomas Edison ini, kerana tanpanya sudah pasti seluruh manusia bergelap tanpa cahaya lampu di malam hari!

*Albert Einstein: Orang Abad Ini !

Bagaimana dengan Albert Einstein pula? Tokoh yang dilahirkan pada tahun 1879 di Jerman dan berketurunan Yahudi ini adalah seorang ilmuwan Fizik tersohor yang tidak perlu saya perkenalkan lagi , beliau adalah ilmuwan terbesar dalam abad ke-20. Dia mengemukakan teori Relativiti dan juga banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu mekanik kuantum, mekanik statistik, dan kosmologi.

Dia dianugerahkan Penghargaan Nobel dalam Fizik pada tahun 1921 untuk penjelasannya tentang kesan fotoelektrik dan “Pengabdiannya bagi Fizik Teoretis. Pada tahun 1999, Einstein dinamakan “Orang Abad Ini” oleh majalah Time. Untuk menghargainya, sebuah Persatuan dalam fotokimia dinamai Einstein, sejenis unsur kimia juga dinama Einsteinium , malah sebuah asteroid juga dinamakan Einstein pada tahun 2001.

Jangan fikir siapa dia, mari kita dengar apa yang dia kata . Berikut adalah pemikiran dan kata-kata Hikmah dari Einstein :

* Sesiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah mencuba sesuatu yang baru

* Saya ingin memahami pemikiran Tuhan; selebihnya adalah soal biasa saja.

* Pengetahuan tanpa agama adalah pincang. Sedang agama tanpa pengetahuan adalah buta.

* Belajarlah dari masa lalu, hiduplah untuk masa depan. Yang paling penting adalah tidak berhenti bertanya.

* Kecerdasan tidak banyak berperanan dalam proses penemuan. Ada suatu lompatan dalam kesedaran, ia disebut intuisi atau apapun namanya, penyelesaiannya muncul begitu saja dan kita tidak tahu bagaimana atau mengapa.
[ Bukankah dari ayatnya di atas Einstein juga pernah mengalami Eureka?]

* Sesuatu yang terindah yang kita alami adalah: Pengalaman misteri kita; Ia-lah sumber dari seni dan pengetahuan sejati.

* Agama Sejati adalah kehidupan nyata, hidup dalam jiwa manusia, hidup dalam kebajikan dan hidup dalam kebenaran, bagi semua.

* Tuhan tidak mempermainkan semesta seperti dadu.

* Kebahagiaan dalam melihat dan memahami merupakan anugerah terindah alam.

* Hakikatku adalah yang aku fikirkan, bukan apa yang aku rasakan.

* Orang-orang seperti kita, yang percaya pada Fizik, mengetahui bahawa perbezaan antara masa lalu, masa kini, dan masa depan hanyalah sebuah ilusi yang terus menerus ada.

* Mencari kebenaran lebih bernilai dibandingkan menguasainya.

* Usaha pencarian kebenaran dan keindahan merupakan kegiatan yang memberi peluang bagi kita untuk menjadi kanak-kanak sepanjang hayat.

* Aku Berfikir terus menerus berbulan bulan dan bertahun tahun, sembilan puluh sembilan kali dan kesimpulannya salah. Untuk yang ke seratus itu aku benar.

* Kebanyakan orang mengatakan bahwa kecerdasanlah yang melahirkan seorang ilmuwan besar. Mereka salah, karakterlah yang melahirkannya.

* Lebih mudah mengubah plutonium dari pada mengubah sifat jahat manusia.

* Bila mana jalan keluar terasa mudah, Tuhan-lah yang memberikan jawapan.
[Jadi , siapa kata Einstein tidak mempercayai Tuhan?]

* Hanya kehidupan bagi kehidupan lain sajalah, yang bermanfaat .
[apakah yang dimaksudkan Einstein itu? Adakah ia berkaitan dengan alam akhirat?]

* We cannot solve our problems with the same thinking we used when we created them.

* If you can’t explain it simply, you don’t understand it well enough.

* In the middle of difficulty lies opportunity.

*Once we accept our limits, we go beyond them.

*Anyone who has never made a mistake has never tried anything new.

* Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning.

* Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.




Itulah antara beberapa kata hikmah dari seorang insan yang bernama Albert Einstein, jadi tidak hairan lah jika ramai manusia yang hidup selepasnya begitu mengkagumi pemikirannya biarpun Dia dikatakan juga seorang anggota freemason!

Rahsia otak Einstein menjadi objek kajian saintis terkini! :



Di atas adalah renretan kisah-kisah manusia hebat yang berlaku ratusan tahun dahulu.Semuanya sudah menjadi satu sejarah. Hari pun silih berganti dan pepatah ada mengatakan yang patah pasti akan ada tunas baru yang akan tumbuh silih berganti.

Mari kita baca pula kisah-kisah manusia hebat yang ada disekitar kita pula!

Satu Artikel Pilihan saya kali ini adalah dipetik dari blog hebat Saifulislam.com
Selamat membaca, Klik Sini :

Topik : Sukarnya Menjadi Genius

[Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.

Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.

Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?

ADI PUTRA

*Si Pintar Adi Putra

Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.

Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi ’sumpah’ ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.

Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.

*Si Pintar Chan Yao ban

Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proses home schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan’ yang bakal memanfaatkan kelebihannya.

Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri’ dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?

SUFIAH YUSOF

Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.

Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.

Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.

Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.

Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!

Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda’s College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa’.
Apakah semua ini?

JOHN NASH

Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.



Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.

Katanya,

More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.

Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!

Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.

PENGAJARAN

Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.

Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan.

Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?

Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi’ al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.

Apakah rahsia mereka?

Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus.

Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.

BUAT PENDAKWAH

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.

Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.

Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!

Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.

Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama’ atau ‘hidup tidak mengikut sunnah’.

Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah.

Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur ]]



Sebagai kesimpulannya, Eureka adalah anugerah Ilahi, Namun perlukah kita menjadi seorang yang Genius dahulu , barulah kita dapat mengalami pengalaman Eureka? Tidak adakah cara lain atau apakah dalam ajaran agama kita islam mempunyai cara bagaimana ingin selalu berEureka ini?

Jawapannya sudah pasti : ADA! , dalam Agama Islam yang sempurna ini, dan dalam ajaran Nabi Muhammad SAW sebagai Manusia Contoh dan Ikutan yang paling sempurna, Pasti ada pelbagai kaedah untuk mencapai Eureka(Ilham), malah untuk mencapai apa yang lebih hebat dari Eureka seperti Karomah, Kasyaf dan Laduni pun ada!!! Tapi bagaimana???

Nabi Muhammad saw mengalami pengalaman yang lebih hebat dari Eureka, iaitu ketika Israk Mikraj!

Kata Kunci : Kembali kita kepada Al-Quran, Zikrullah, Solat.

Nantikan siri CKKAZ II- Bhg 5 nanti !

Wassalam!

Sangtawal Sakranta.


Monday, November 09, 2009

CKKAZ II : Bhg 3 - Teori Titik Tuhan ( God Spot) Yang Mengelirukan !



Tajuk : CKKAZ II : Bhg 3 – Teori Titik Tuhan(God Spot) Yang Mengelirukan.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Ingin saya memetik kembali beberapa perenggan dari artikel saya yang lepas
(CKKAZ II- Bhg 2) seperti berikut :

[Apakah teori-teori yang dikemukakan oleh saintis dan ilmuan barat itu dapat mengukur keupayaan sebenar kekuatan akal manusia anugerahi Ilahi yang sebenar??? Jawapannya sudah pasti : TIDAK ! dalam artikel yang berikut nanti saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menolak Teori Titik Tuhan atau God Spot oleh Donah Zahar dan Ramachandran itu dengan hujah saya yang tersendiri.

Bagi saya Teori TITIK TUHAN atau GOD SPOT ini adalah satu perancangan sulit Dajjal dan Freemason untuk memerangkap pemikiran manusia supaya mengakui perasaan beragama itu adalah sama pada setiap manusia atau ia terbentuk secara semulajadi selari dengan perkembangan evolusi manusia dan ini sebenarnya lebih kepada kecenderungan pendapat pemikiran Orientalis dan Liberalisasi agama kearah Agama Dajjal yang satu dalam kerangka mereka menyambut kedatangan Dajjal dan New World Order(NWO).]

*Awas dengan agenda si mata satu ini!

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk membicarakan berkaitan Teori God Spot ini, rasanya eloklah kita membaca dulu satu artikel yang berjudul Kecerdasan Masa Depan :

Klik Sini :

[ Kecerdasan masa depan

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
Shaharomtm@yahoo.com


Kita telah sekian lama dicanangkan dengan konsep kecerdasan IQ sebelum diperkenalkan dengan EQ. Bagaimanapun, konsep terbaru SQ yang menyingkap spiritual individu dikatakan lebih holistik.

WACANA tentang kecerdasan telah mengalami satu perkembangan luar biasa dan titik perubahan yang menarik. Selama ini kita hanya mendengar kecerdasan intelektual atau intelligence Quotient (IQ) sebagai penentu kecerdasan seseorang.

Bahkan dikatakan seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi dipercayai memiliki masa depan yang cerah dan berpotensi untuk berjaya dalam hidupnya.

Persepsi masyarakat terhadap seseorang yang mempunyai IQ yang tinggi berbeza daripada yang mempunyai IQ yang rendah.

Ujian IQ dianggap kayu pengukur yang mutlak dan diyakini. Kemudian pada sekitar dekad 90-an, kita dikejutkan pula dengan penemuan Daniel Goleman tentang kecerdasan emosi atau emotional intelligence (EQ).

EQ merupakan satu kemahiran dan kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan juga orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan kemahiran itu untuk memandu pemikiran dan tindakan.

Kini pada alaf baru, kita dikejutkan pula dengan penemuan Danah Zohar dan Ian Marshall tentang kecerdasan spiritual atau Spiritual Quotient (SQ) sebagaimana dibentangkan dalam buku SQ: Connecting: The Ultimate Inteliigence.

Penemuan itu lebih menarik, apabila Zohar dan Marshall mengatakan SQ adalah kemuncak kecerdasan (ultimate intelligence).

IQ, EQ dan SQ telah diilustrasikan dengan cara yang menarik. Komputer memiliki IQ yang tinggi kerana dapat beroperasi tanpa kesalahan sama sekali, sedang binatang sering memiliki EQ yang tinggi kerana peka situasi dan bertindak balas pantas terhadap sekeliling.

Namun SQ ditampilkan sebagai insan kreatif yang dapat mengubah peraturan (tidak seperti komputer) dan juga mengubah situasi (tidak seperti binatang).

Kita sebagai manusia menyelami SQ supaya kreatif, fleksibel dan berwawasan, kerana ia berkait langsung dengan masalah-masalah aktual yang seringkali menyertai psikologi kehidupan manusia.

Ketika perkembangan psikologi manusia sedang cenderung ke arah sesuatu yang serba materialistik dan konsumerisme duniawi, maka SQ memalingkan perkembangan psikologi itu ke arah psikologi ketuhanan.

Spiritual dianggap sebagai jantung kepada segala-galanya (the heart of everything). Itulah sebabnya SQ adalah hati nurani kita, kata Zohar dan Marshall.

Jeritan SQ adalah suara hati. Suara yang paling jernih dalam kehidupan kita, yang tidak mungkin ditipu oleh sesiapa pun, termasuk diri kita.

Kebenaran sejati sebenarnya terletak pada suara hati ini, kerana SQ menyingkap kebenaran yang lebih sering tersembunyi di tengah adegan-adegan hidup yang serba kepalsuan.

SQ mengajak bahkan membimbing kita menjadi diri yang asli. Kecerdasan spiritual hanya berada pada manusia yang bersih secara spiritual tidak kira sama ada ia Islam, Kristian, Hindu dan sebagainya
Jika IQ bersandarkan nalar, rasio intelektual, sementara EQ membawa kecerdasan kepada emosi kita, maka SQ berpusat pada spiritual space (ruang spiritual).

Secara ilmiah, penyelidikan ahli psikologi saraf, Michael Persinger pada awal 90-an dan pakar saraf VS Ramachandran dan rakannya dari Universiti California, menemukan kewujudan God-spot dalam otak manusia.

Ini menunjukkan pusat spiritual yang terletak di antara jaringan saraf dalam otak. Namun begitu, kajian adanya god-spot dalam penyelidikan VS Ramachandran bukanlah untuk membuktikan keberadaan Tuhan, tetapi untuk menunjukkan bahawa otak manusia telah berkembang ke arah pencarian agenda-agenda fundamental dalam hidup ini, seperti rasa memiliki dan mengunakan sensitiviti, makna dan nilai kehidupan.

Jika ujian IQ terkenal dengan School Aptitude Test (SAT), sementara EQ lebih kepada latihan emosi ke arah kecerdasan, maka ujian untuk mengetahui SQ meliputi: kapasiti diri untuk menjadi fleksibel, seperti aktif dan adaptif secara spontan, tingkat kesedaran diri yang tinggi, kualiti kepekaan diri dengan visi dan nilai serta memiliki sudut pandangan hidup yang holistik,

Tidak ketinggalan mempunyai kecenderungan untuk selalu bertanya mengapa, bagaimana jika dan sekali gus melihat jawapan fundamental.

SQ mengarahkan hidup kita untuk selalu berhubungan dengan pemaknaan hidup dan esensi spiritual yang melampaui semua tradisi agama.

Maka, kehadiran SQ membimbing kita untuk berani atau pluck dalam istilah Zohar dan Marshall. Berani di sini adalah menurut suara hati dan bertindak dengan penuh kesedaran.

Kalaulah SQ benar-benar hidup dalam hati umat manusia sama ada Islam, Kristian, Hindu atau orang yang tidak percaya pada agama, maka dunia alaf baru yang kita warisi adalah dunia yang cerdas yang berteraskan kearifan, kebijaksanaan dan kerohanian yang mana nilai-nilai ini adalah pegangan universal umat manusia.

Benarlah kata Zohar dan Marshall lagi, Spiritual Intelligence is an ultimate intelligence. Keamanan dan kesejahteraan masa depan dunia sebenarnya milik manusia yang mempunyai SQ yang tinggi ]


*Apa pula kata penulis barat dalam satu artikel di laman web Dailymail berkaitan dengan God Spot ini :

Artikel 1 :

Klik Sini:


Research into brain's 'God spot' reveals areas of brain involved in religious belief

Scientists searching for a 'God spot' in the brain have found three areas that control religious belief.

A study of 40 participants, including Christians, Muslims, Jews and Buddhists, showed the same areas lit up when they were asked to ponder religious and moral problems.

MRI scans revealed the regions that were activated are those used every day to interpret the feelings and intentions of other people.

'That suggests that religion is not a special case of a belief system, but evolved along with other belief and social cognitive abilities,' said Jordan Grafman, a cognitive neuroscientist at the National Institute of Neurological Disorders and Stroke in Bethesda, Maryland.

Scientists, philosophers and theologians continue to argue about whether religious belief is a biological or a sociological phenomenon.

Some evolutionary theorists believe a belief in a religious power may have helped our ancestors to survive great hardship compared to those with no such convictions.

Others argue that it arises from the structure of the highly adaptable brain itself.
In the latest study, published in the journal, Proceedings of the National Academy of Sciences, Professor Grafman and his colleagues asked three types of question, while performing brain scans.

First, volunteers were asked to think about statements about whether God intervenes in the world, such as 'God's will guide my acts'.

This activated the lateral frontal lobe regions of the brain, used by humans to empathise with eachother.

Then they were asked to dwell on God's emotional state. When it came to statements such as 'God is wrathful', the areas that lit up were the medial temporal and frontal gyri, which helps us to judge emotions of others.

Finally the participants were asked to contemplate abstract statements such as 'a resurrection will occur'. This time they tapped into the right inferior temporal gyrus, which we use to understand metaphorical meaning.


In all three cases the neural activity in the subjects’ brains corresponded to brain networks known to have nonreligious functions.

'There is nothing unique about religious belief in these brain structures,' Professor Grafman said.

'Religion doesn't have a 'God spot' as such, instead it's embedded in a whole range of other belief systems in the brain that we use every day.'

The networks activated by religious beliefs overlap with those that mediate political beliefs and moral beliefs, he said.

Dr Andrew Newberg, director of the Centre for Spirituality and the Mind at the University of Pennsylvania, told the New York Times that Dr Grafman’s findings were in line with other research that has so far failed to find any specific structure in the brain that is dedicated to religious belief.

'Religion has so many different aspects that it would be very unlikely to find one spot in the brain where religion and God reside,' Dr Newberg said.

But he was doubtful that brain scans like those taken by Dr Grafman could capture all of what religion is.

'There may be other elements that science is not capable of measuring,' Dr Newberg said.

Future research could look at whether human brains respond in a similar way for different religions, given that this study focused only on Western Christian beliefs.

'The more interesting studies will wind up comparing different belief systems with similar dimensions to see if they also activate the same brain areas,' Dr Grafman said.
'If they do, we can better define why those brain areas evolved in humans.'


Artikel 2 : anda boleh membacanya sendiri.Sila

Klik Sini:


Mari kita lihat anatomi otak serta fungsinya secara ringkas :



Apakah itu God Spot?


*God Spot yang dipercayai terletak di Lobus temporal Otak berhampiran dengan Pineal Gland

God Spot sebenarnya adalah satu istilah yang diperkenalkan oleh saintis barat dan sudah pasti mereka bukan beragama islam dan ianya merujuk kepada satu kawasan saraf di otak manusia yang dikatakan berfungsi dan bertindakbalas terhadap aspek agama dan ketuhanan.Mereka juga cuba mengaitkan God Spot ini dengan elemen Kecerdasan Spiritual (SQ) !

Dengan berselindung di sebalik teori yang berkaitan dengan sains dan spiritual dan bersembunyi disebalik pengajian dan kaedah terbaru motivasi ,banyak pihak termasuk saintis dan pakar pengajian psikologi dan kerohanian , telah mengakui kebenaran teori tersebut.Oleh itu jaga-jaga wahai sekalian umat islam, jangan kita terperangkap dengan “Mind Control” Dajjal-Freemason ini.



*Spiritual dari mata ke-3 !

Sudah pasti adalah menjadi sesuatu yang amat pelik bunyinya jika makna perkataan God Spot itu ditukar kepada Titik Tuhan! Ia amat janggal sekali bunyinya bila kita yang berada di Malaysia ini menyebutkannya bukan?

Sebenarnya Ramachandran menemui titik ini secara tidak sengaja setelah membuat ujian keatas pesakitnya yang mengidap penyakit sawan atau epilepsy. Selepas itu beliau membuat ujian kepada beberapa orang sihat pula dengan cara memberi soalan atau menyuruh mereka memikirkan berkenaan Tuhan dan Kegamaan, maka satu kawasan saraf di satu bahagian otak temporal mereka akan terangsang dan ia diukur dengan mesin EEG dan MRI .Lalu tempat saraf yang paling kuat memberikan tindakbalas ini mereka namakan God Spot.

Secara ringkasnya, mereka mendakwa kononnya dapat mengukur “suara hati” manusia yang sifatnya begitu subjektif sekali!!!

Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mengakui kebesaran dan kewujudan Allah swt Yang Maha Pencipta! padahal mereka tahu Akal manusia terbatas untuk menerokai ilmu Allah yang paling tinggi dan tidak terbatas itu!

Firman Allah dalam Surah Az-Dzaariyat ayat 21 yang bermaksud :

“Dan (juga) pada diri kamu sendiri,maka apakah kamu tidak melihat?”

Itulah ayat yang mencabar manusia untuk mencari dirinya sendiri sebenarnya!

Bukannya ayat untuk mencari jejak tuhan atau satu titik atau tempat Tuhan tinggal didalam tubuh badan fizikal manusia ciptaanNya itu.


Saya cukup tidak bersetuju dengan Teori God Spot ini semenjak ia mula diperkenalkan lagi.Terutamanya bila mengkaji siapakah Donah Zohar dan suaminya itu :


*Danah Zohar dan suaminya.

Siapakah Danah Zohar ini sebenarnya ?

Biodata danah zohar dalam laman webnya : Klik Sini

[ Danah Zohar was born and educated in the United States. She studied Physics and Philosophy at MIT, and did her postgraduate work in Philosophy, Religion & Psychology at Harvard University.

She is the author of the best-selling The Quantum Self and The Quantum Society, which extend the language and principles of quantum physics into a new understanding of human consciousness, psychology and social organization. In 1997 she published Who’s Afraid of Schrödinger’s Cat?, a survey of 20th century scientific ideas, and her business book, ReWiring the Corporate Brain: Using the New Science to Rethink How We Structure and Lead Organizations. In February 2000 she published SQ: Spiritual Intelligence — The Ultimate Intelligence. Her latest book is Spiritual Capital: Wealth We Can Live By, published in April 2004.

Danah Zohar has been a Visiting Fellow at Cranfield School of Management and at the Maquarie University School of Management in Sydney, Australia. She has been a Visiting Lecturer at Oxford Brookes University.

Described by the Financial Times and Prentice Hall as “one of the world’s greatest management thinkers”, Zohar has been active in management education and consultancy.

Companies to which she has made in-house presentations at senior management level have included The Swedish Forestry Commission, Volvo, Astra Pharmaceutical, Werner Lambert Pharmaceutical, Philip Morris Tobacco, Marks & Spencer, Shell, British Telecom, Motorola, Philips, Norwich Union Financial Services, Merita Financial Services (Finland), Skandia Insurance and Financial Services, The Bank of International Settlements, Scottish Enterprise, Fife Enterprise, BMW, McCann Erikson, Coca Cola, and McKinsey.

She was on the faculty of Shell UK’s “Challenges for Change” senior management training program and has addressed the leadership team of Shell USA’s transformation process for senior management. She recently worked with McKinsey’s new global spiritual intelligence training initiative.

Danah Zohar lectures widely throughout the world at conferences organized by UNESCO, The European Cultural Foundation, The Davos World Economic Forum, The World Business Academy, YPO, IFTDO (the International Federation of Training and Development Organizations), the British Cabinet Office, Japan’s Council for the Growth of Future Generations, The American National Education Association (NEA), Britain’s Work Foundation, and the Australian National Government. She has addressed members of The Swedish National Parliament and has worked with local government representatives and educators in several countries.

Danah Zohar currently lives in Oxford, England with her husband and co-author Dr. Ian Marshall and their extended family. ]


Kita lihat pula biodata Danah Zohar ini dari Wiki pula
: Klik sini


[[ Danah Zohar (born in 1945) was born and educated in the United States. She studied Physics and Philosophy at MIT, and did her postgraduate work in Philosophy, Religion & Psychology at Harvard University, where she was a student of Erik Erikson. Danah Zohar has been a Visiting Fellow at Cranfield School of Management and at the Maquarie University School of Management in Sydney, Australia. She has been a Visiting Lecturer at Oxford Brookes University. Danah Zohar is active in management education and consultancy. She regularly speaks at leadership forums and works with corporate leadership teams worldwide. She has worked with the leadership initiatives of both local and national governments. Together with her husband and coauthor Ian Marshall she runs workshops for leaders on the importance of spiritual intelligence, spiritual capital and their connection with sustainability.

As a one of pioneers in extending the language and principles of quantum physics into a new understanding of human consciousness, psychology and social organization, Danah Zohar wrote The Quantum Self, The Quantum Society, and ReWiring the Corporate Brain. This path has led her to write two other ground-breaking books (coauthored with Ian Marshall) SQ - Spiritual Intelligence, The Ultimate Intelligence, and Spiritual Capital: Wealth We Can Live By which constitute work on spiritual intelligence and spiritual capital.

Applying language and metaphors from quantum physics, chaos theory and complexity science and combining them with philosophy, psychology and sociology Danah Zohar (together with her husband and coauthor Ian Marshall) set concepts of spiritual intelligence (SQ) and spiritual capital as missing pieces in the way to sustainability.

Main points of spiritual intelligence (SQ) and spiritual capital concepts

Spiritual intelligence (SQ) is the intelligence with which we access our deepest meanings, purposes, and highest motivations

Spiritual capital reflects what an individual or an organization exists for, believes in, aspires to, and takes responsibility for.

SQ, spiritual capital, and sustainability are crucially linked.

SQ’s sense of meaning, values, and purpose generates spiritual capital. Spirituals capital’s wealth of meaning, values and higher motivation are necessary to sustainable capitalism and sustainable society.

Connection between three kinds of capital (material, social and spiritual) and three major human intelligences (IQ, EQ and SQ):

Capital Intelligence Function
Material Capital IQ: Rational Intelligence What I think
Social Capital EQ: Emotional Intelligence What I feel
Spiritual Capital SQ: Spiritual Intelligence What I am


Zohar and Marshall (1997)

Danah Zohar coined the term »spiritual intelligence« and introduced the idea in her book ReWiring the Corporate Brain: Using the New Science to Rethink How We Structure and Lead Organizations in 1997. Later, together with Ian Marshall she developed the concept, which was introduced in 1999 at The Masters Forum. In the year 2000, Danah Zohar and Ian Marshall published a book, SQ: Ultimate intelligence. In 2004 the authors upgraded the concept with notion of Spiritual Capital and demonstrated the crucial link between SQ, SC, and sustainability. By their definition Spiritual Intelligence is the intelligence with which we access our deepest meanings, purposes, and highest motivations.

It is the intelligence that makes us whole, that gives us our integrity. It is the soul's intelligence, the intelligence of the deep self. It is the intelligence with which we ask fundamental questions and with which we reframe our answers.

The word “spiritual” in relation to the intelligence has no necessary connection with organized religion. A person may be high in SQ but have no religious faith or belief of any kind. Equally, a person may be very religious but low in SQ (SC)

The word spiritual in the Zohar/Marshal concept comes from the Latin word spiritus which means “that which gives life or vitality to a system”

Zohar and Marshall introduced 12 qualities of SQ. They derive these principles from the qualities that define complex adaptive systems. In biology, complex adaptive systems are living systems that create order out of chaos, they create order and information and defy the law of entropy.

Those principles are:


1. Self-Awareness: Knowing what I believe in and value, and what deeply motivates me

2. Spontaneity: Living in and being responsive to the moment

3. Being Vision- and Value-Led: Acting from principles and deep beliefs, and living accordingly

4. Holism: Seeing larger patterns, relationships, and connections; having a sense of belonging

5. Compassion: Having the quality of "feeling-with" and deep empathy

6. Celebration of Diversity: Valuing other people for their differences, not despite them

7. Field Independence: Standing against the crowd and having one's own convictions

8. Humility: Having the sense of being a player in a larger drama, of one's true place in the world

9. Tendency to Ask Fundamental "Why?" Questions: Needing to understand things and get to the bottom of them

10. Ability to Reframe: Standing back from a situation or problem and seeing the bigger picture; seeing problems in a wider context

11. Positive Use of Adversity: Learning and growing from mistakes, setbacks, and suffering

12. Sense of Vocation: Feeling called upon to serve, to give something back ]]


Sebenarnya bila kita kaji tentang perkataan “ZOHAR” itu pun sudah cukup untuk kita kaitkan penulis buku ini dengan agenda Dajjal-Yahudi-Freemason-Kabbalah.


Cuba Lihat Sini, Klik :

Zohar dan kaitan dengan Yahudi, Kabbalah, dan Dajjal, Klik Sini :


Jika anda melihat kepada buku-buku karangannya, anda akan terkejut bila ada di antara buku yang dikarang olehnya bertajuk ISRAEL dan Israel : the land and its people.

Lihat sini : Klik



*Berjilid-jilid buku ilmu Kabbalah berjudul "ZOHAR"


*Kebangkitan ilmu Kabbalah di akhir zaman untuk menentang Jundullah!


Seterusnya mari kita lihat hujah mereka yang mengatakan adanya
God spot ialah :


1).Dengan menggunakan mesin ECG(alat perakam gelombang otak) menunjukkan adanya gelombang-gelombang tertentu bila seseorang mengalami perasaan mistik atau ditanya berkaitan dengan hal-hal keagamaan.

2).Ayunan 40 Hz yang ditemui oleh Denies Pare dan Rodolfo Llinas, dan dikembangkan oleh Danah Zohar dalam teori kecerdasan spiritualnya.

Gelombang atau ayunan 40 Hz ini terjadi ketika otak tanpa pengaruh ransangan pancaindera sama sekali dan gelombang itu bertindak secara seragam.mereka membuat kesimpulan adanya hubungan intrinsik antara thalamus dan kulit otak (cerebral cortex) antara mereka sendiri tanpa apa-apa maklumat empirik.

Jadi mereka berkata kesedaran intrinsik inilah asas kepada kesedaran manusia.

Dengan menggunakan MEG (Magneto Encephalograph), di dapati gerakan - gerakan saraf berlangsung secara padu pada tahap 40 Hz.Kesatuan itu kemudian membentuk fikiran manusia kata mereka.

Titik Tuhan atau God Spot mengikut Ramachandran berada di lobus temporal otak.Beliau berkata kononnya kawasan saraf itu aktif bila orang yang di uji disebut atau ditanya berkaitan Tuhan, agama dan perkara perkara mistik. Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa titik itu memang wujud secara semulajadi.

Lalu mereka mengembangkan lagi penemuan ini dan mengatakan bahawa Kesedaran beragama atau rasa ber-Tuhan itu wujud dalam setiap diri manusia secara semulajadi atau dengan kata lain sifat ingin beragama itu wujud serentak dengan kejadian tubuh badan manusia itu sendiri.Oleh itu mereka menganggap semua mereka yang beragama itu menganut sesuatu jenis agama tidak kira Islam, Kristian, Budha, Hindu dan sebagainya mengikut persepsi dan pilihan hati setiap individu tersebut mengikut citarasa masing-masing TETAPI sebenarnya mereka adalah DALAM KESATUAN BERAGAMA!

Sebenarnya mereka sehingga kini masih belum berjaya mengukur “Rasa Hati” yang berunsur subjektif itu.Teori dan rumusan mereka diatas adalah berdasarkan ilmu Falsafah dan Teologi agama mereka semata-mata yang bergantung sepenuhnya kepada logik akal semata-mata.Mereka sebenarnya masih kabur dengan ERTI SPIRITUAL SEBENAR.

Selama berkurun-kurun Si Dajjal cuba mengkaji ilmu yang digunakan oleh Asif Barkhia memindahkan Istana Ratu Balqis dihadapan Nabi Sulaiman a.s dalam sekelip mata.

Ribuan tahun mereka masih buntu memecahkan kod-kod ilmu mentafsir mimpi oleh Nabi Yusof a.s kerana itu adalah ilmu-ilmu rahsia yang diajarkan khas oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih!

Entah berapa lama ahli-ahli sihir Firaun berfikir dan mengkaji bagaimana tongkat Nabi Musa a.s boleh bertukar menjadi ular dan menelan semua ular-ular jelmaan dari ilmu sihir mereka? Tidak hebatkah lagi ilmu sihir mereka??? Bagaimana Sihir mereka ditewaskan oleh Mukjizat Nabi Musa a.s itu?

Iblis sendiri pun tidak tahu apakah lagi rahsia yang Allah SWT ajarkan kepada Nabi Adam selain dari ilmu mengenal benda-benda ketika beliau masih berada di dalam syurga sebelum di turunkan ke alam dunia!

Iblis semakin buntu dan takut pula dengan Mukjizat terhebat iaitu Al-Quran yang diturunkan kepada kekasih Allah swt Nabi Muhammad saw.


Iblis dan anak cucunya sangat-sangat menggeruni Ayat Qursi yang merupakan SENJATA SPIRITUAL yang ditinggalkan oleh Baginda sebagai Pusaka kepada umatnya yang disayangi sebagai benteng pertahanan diri dari ancaman Iblis kerana setiap huruf pada bacaan itu akan mengaktifkan kod-kod tersembunyi yang boleh mencetuskan malapetaka kepada tubuh ,jasad mereka dan alam-alam yang tersembunyi disebalik tabir alam nyata ini !




Hujah-Hujah saya menolak TITIK TUHAN (GOD SPOT) di lobus temporal otak :

1).Allah tidak bertempat secara khusus dalam diri setiap manusia ciptaanNya itu. Dari istilah ‘Titik Tuhan' itu sendiri pasti akan difahami oleh orang kebanyakan kita bahawa disitulah terletaknya Tuhan dalam diri manusia. Atau Tuhan berada di otak manusia, istilah itu memberikan indikasi bahawa Tuhan mempunyai tempat tertentu padahal Allah tidak bertempat.

2).Akal adalah juga makhluk Allah, jadi tidak ada keraguan lagi bahawa Otak mempunyai ayunan 40 Hz walaupun tanpa ransangan kerana otak atau akal itu hidup di sisi Tuhannya.

3).Jika itu Titik Tuhan, mengapa sewaktu pesakit di bius, ayunan 40 Hz itu hilang? adakah Tuhan juga sudah mati? Kerana walaupun manusia di bedah tetapi gerak jantung,
aturan pernafasan dan otak bawah sedar masih boleh berfungsi.Ini menunjukkan manusia itu sebenarnya bergantung kepada Nyawa atau Teknologi Ruh yang diberikan oleh Allah untuk hidup, bukan Titik Tuhan.

4).Banyak terjadi dalam kes Barah otak atau bila berlaku kecederaan pada bahagian Lobus Temporal otak dan selepas dilakukan pembedahan atau barahnya dibuang , ada pesakit yang sembuh dan boleh berfungsi seperti biasa.Dalam kes seperti ini adakah jejak Tuhan dalam diri manusia itu juga akan hilang begitu saja bersama sel-sel barah itu?

5).Jika kita belajar neuroanatomi , kawasan Lobus Temporal adalah banyak berkaitan dengan pentafsiran input deria bau dan pendengaran, manakala input penglihatan akan ditafsir di bahagian belakang otak (Occipital Lobe).Jadi jika di lobus temporal ada Titik Tuhan,dan di bahagian otak belakang tidak ada Titik Tuhan , maka secara analoginya Tuhan hanya boleh dihidu baunya , dan didengar suaranya sahaja , manakala Tuhan tidak akan mampu dilihat kerana untuk nampak sesuatu atau bila imaginasi (mengambil data yang sedia ada dalam bentuk memory ) memerlukan Lobus Occipital yang terletak di belakang otak.

6).Ujikaji dan soalan yang ditanya oleh VS Ramachandran dan pasukannya dari California University pada tahun 1997 itu adalah secara umum dan bertaraf Tong Sampah manakala subjek yang dipilih walaupun dari pelbagai agama tidak boleh mewakili subjek sebenar kerana perkara berkaitan dengan spiritual, kejiwaan dan ketuhanan ini sangat subjektif dan tidak boleh diukur atau disukat dengan alat..... contohnya bila disebut Tuhan... bagi subjek Kristian...dia akan nampak tiang salib dan suasana dalam gereja, bagi subjek Hindu- Budha dia akan nampak tokong atau patung dan suasana dalam kuil... bagi subjek yang beragama islam pula... jangan marah... kebanyakan penganut yang beragama islam yang kurang ilmu tasaufnya bila disebut akan Allah... mereka akan terus membayangkan Tulisan atau khat Huruf Allah atau menggambarkan kubah masjid atau bulan bintang atau suasana dalam Masjid... jadi .. input-input utusan yang berjalan dalam sel neuron atau axon ke otak-otak subjek yang dikaji lalu otak mereka pun mulalah mengaplikasikan data-data yang sedia ada dalam otak mereka , maka terjadilah satu keadaan yang kita sebut berfikir atau tahap kesedaran itu sebenarnya !!!! Oleh itu, bagaimana boleh kita katakan disitu ada Titik Tuhan ? tidakkah ini satu teori yang merapu?

7). Sepatutnya mereka meletakkan nama GOOD SPOT ( titik kebaikan) bukannya GOD SPOT ( Titik Tuhan ) kerana dakwaan yang berkaitan dengan rasa beragama itu adalah lebih cenderung kepada unsur-unsur kebaikan kerana boleh dikatakan semua agama menganjurkan supaya setiap penganutnya berbuat baik .Berbuat baik itu pula meliputi semua perkara termasuklah perkataan , perbuatan , perangai, tingkah laku dan emosi!

8). Islam sudah lama menyebut berkenaan wujud diri manusia itu telah sedia ada satu keinginan dan keperluan kepada Allah swt. Ia juga disebut FITRAH. Fitrah ini bagi saya adalah satu hukum kehidupan yang dibuat oleh Pencipta manusia itu sendiri dan segalanya akan berjalan mengikut peraturan atau jalan yang telah ditetapkan olehNya.

Firman Allah swt dalam Surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud :

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Satu hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bermaksud :

“Setiap yang lahir itu, dilahirkan dengan keadaan Fitrah”

Penemuan saintis seperti God Spot itu hanyalah bukti TAMBAHAN sahaja kepada kebenaran Al-Quran dan Islam, tiada lebih dari itu.

9).Sepatutnya Danah Zohar mengatakan setiap manusia haruslah beragama, lalu dengan beragama itu maka terhasillah apa yang disebut spiritual itu kesan dari amalan atau latihan kerohanian beragama.Dia tidak perlu mengaitkannya dengan kawasan God Spot , Tetapi sebaliknya beliau mengatakan spiritual itu wujud tanpa harus beragama. Oleh itu banyak ilmuwan yang mengkaji berkaitan God Spot ini menganggap ianya adalah Kebenaran Universal padahal ianya adalah satu pembohongan yang sangat nyata!

10). VS Ramachandran , walaupun seorang saintis yang tinggal di barat namun dia mungkin tidak boleh dipisahkan dengan unsur-unsur agama Hindu, dimana mereka percaya Kelenjar Pineal yang terletak dalam otak di bahagian Lobus Temporal itu adalah mata ke-3 manusia yang bersifat spiritual, digunakan untuk mencapai Nirvana! Para Yogi juga percaya dengan cakra-cakra tersebut! Oleh itu teori yang dikemukakan mungkin dipengaruhi oleh unsur Hindu.

11). Jika dibandingkan dengan organ Hati, organ otak adalah kurang penting jika kita membicarakan soal jiwa,nafsu, Qalbu dan Ketuhanan dalam islam.Kedudukan SA Node pada dinding Atrium kanan jantung adalah juga masih misteri, malah dalam Hadis Qudsi , Allah berfirman bahawa Hati itu adalah istana Allah, malah ada juga ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa Tuhan itu berada lebih dekat dengan urat leher kita dimana saya sudah mengupasnya dalam Artikel saya yang lalu “Hidupkan Jiwa Tasawuf- Keajaiban Qalbu” dimana SA Node itu sangat dekat dengan urat leher kita.Pun begitu Saya TIDAK mengatakan disitulah terletaknya Allah kerana Allah sudah pasti tidak bertempat dan tidak boleh disamakan dengan makhluk ciptaanNya.

12).Penglibatan Danah Zohar sebagai penulis yang memperkenalkan teori Spiritual Intelligence , SQ yang mengambil penemuan VS Ramachandran sebagai salah satu pendokong teorinya ternyata mempunyai agenda tersembunyi yang dirancang oleh Dajjal-Freemason dalam bentuk Kawalan Minda manusia yang berselindung disebalik falsafah ilmu sains kearah mewujudkan satu agama dalam satu sistem Dajjal di akhir zaman iaitu New Word Order!

Sebagai penutupnya,sekali lagi saya ulangi.... hanya dengan mempelajari Al-Quran dan Tasawuf islam sahaja mereka akan mampu meneroka alam-alam mistik dan spiritual sebenar! inilah RAHSIA yang paling ditakuti oleh Dajjal.Bagi saya , secara peribadinya kawasan Titik Tuhan yang disebut itu memang ada disebutkan oleh ahli hakikat dan makrifat... ada satu alam atau LATHAIF NAFS yang halus lagi tersembunyi yang berada di antara dua kening kita... betul-betul DI HADAPAN God spot itu.. iaitu Alam Qo Baqousaini... yang pernah dibincangkan secara panjang lebar oleh Tokku Paloh dalam Ilmunya Lathifatul Asrar ! disitulah tempat masuknya nur atau cahaya !!!... Seterusnya cahaya itu akan bergerak ke Lathaif-Lathaif lain seperti …..

Bagaimana Pula pendapat anda tentang program motivasi dibawah ini??? … saya sebenarnya masih TIDAK PASTI dan masih mengkajinya !!! anda boleh membantu saya? Apakah sama : belajar Tasawuf dan amalan suluk bertahun tahun boleh disamakan dengan hanya masa 3 hari menghadiri kursus ini ??? Anda pula bagaimana???



Wawancara 1:



Wawancara 2 :



Wassalam.

Sangtawal Sakranta.