Tuesday, December 16, 2008

Bush dan sepasang kasut terbang !




Aku adalah sepasang kasut

Aku diperbuat di Eropah,

Aku dihantar ke timur tengah,

Aku dibeli dan dipakai warga iraq.

Aku berkhidmat padanya siang dan malam

Aku melindungi sepasang kakinya.


Namun aku tetap dihina

Biarpun diriku berjenama

Aku dikerjakan sesuka hatinya

Aku selalu berlari bersamanya.

Aku memburu berita bersamanya.

Aku selalu berkorban untuknya.


Jasaku padanya bukan sedikit.

Duri,najis,kelikir ,lumpur yang melekit,

Menjadikan diriku saban hari sakit,

Tiada siapa yang mendengar aku menjerit.


Bila aku sudah lusuh dan rosak

Pemilikku mula memberontak

Lalu dilemparkan aku ke muka penyangak

Sebelah diriku berjaya dielak

Sebelah lagi diriku mula dilanyak.


Aku bangga menjadi kasut yang hina

Kerana aku berjaya mengejutkan dunia

Biarpun umat islam sedang tidur lena

Aku bangkit untuk membela agama

Aku mewakili suara rakyat iraq dan dunia

Aku berjaya memalukan penguasa dunia

Hanya dengan diriku yang hina.


Nukilan : Sangtawal Sakranta…. 15.12.08 @ 3.00pm



klik disini untuk adengan kasut terbang.

Sunday, December 14, 2008

Takwa adalah sebaik baik bekal untuk perjalanan kita


Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah ibarat seorang musafir kelana yang mengembara dari satu tempat kesatu tempat menuju ke destinasi yang tertentu.


Musafir kita masih terlalu jauh,kerana tempat tujuan akhir kita ialah alam akhirat yang kekal abadi.Dunia ini ibarat sepohon kayu ditepi jalan yang menjadi tempat kita berteduh sementara meneruskan perjalanan kita.


Kita sebagai seorang musafir dan sekaligus pejuang dijalan Allah perlu mengetahui beberapa perkara,agar kita berjaya sampai ke matlamat akhir kita .


Pertama sekali kita perlu tahu kemana arah tujuan hidup kita atau matlamat akhir kita supaya kita tidak tersesat dalam perjalanan yang jauh ini.Kita juga mesti tahu dan yakin bahawa tempat akhir tujuan hidup kita adalah negeri akhirat.Rasulullah saw bersabda “Dunia ini adalah tempat bertanam untuk dipetik hasilnya di akhirat”


Kedua ialah kita perlu tahu membaca dan perlu tahu alamat atau panduan di sepanjang jalan supaya kita selamat sampai ke tempat tujuan .Panduan hidup kita ialah Al-Quran ,hadis dan sunnah nabi.Ia juga merangkumi hukum Allah iaitu wajib,sunat,haram,makruh ,harus dan subhat.

Allah yang mencipta kita sudah semestinya tahu berkenaan diri kita dan Dia juga yang mengajar kita dan memberi panduan hidup kepada kita supaya sampai ke tempat tujuan dengan selamat.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,jika kamu berpegang teguh pada keduanya nescaya kamu tidak sesat iaitu Al-Quran dan sunnahku”


Ini bermakna sebarang isme ciptaan manusia tidak dapat memberi keselamtan di dunia,lebih lebih lagi diakhirat.Pengalaman dan sejarah telah membuktikan betapa ideologi ciptaan manusia hanya boleh mencetuskan pelbagai krisis dan huru hara.Pemimpin menyalahgunakan kuasa,terlibat dengan rasuah,ulama tidak berfungsi,bapa tidak betanggungjawab,isteri derhaka kepada suami,anak anak tidak mentaati kedua ibubapa dan dunia sudah hilang serinya dimana permusuhan demi permusuhan yang akhirnya menjurus kepada kehancuran dan malapetaka.Tiada lagi kasih sayang,tiada lagi ukhwah dan persaudaraan ,tiada lagi kebahagiaan dan keharmonian hidup sejagat.Inilah kehinaan yang Allah timpakan kepada manusia sebelum dicampakkan kedalam neraka di akhirat.



Ketiga,setelah kita tahu matlamat kita,peraturan kita,maka marilah kita patuhi semua peraturan yang digariskan oleh Allah itu.Ada undang-undang tetapi kita tidak mematuhinya samalah dengan tidak ada undang-undang.Jika kita tidak mahu mematuhi hukum- hukum yang Allah tetapkan itu,bukan saja kita tidak akan selamat di akhirat,bahkan di dunia lagi kita mungkin akan merasai azab Allah.



Keempatnya ialah kita perlu meyediakan bekalan yang secukupnya untuk perjalanan ini.Bekalan sangat penting bagi setiap musafir.Tanpa bekalan akan sulitlah perjalanan bahkan memungkinkan kita tidak sampai ke tempat yang dituju.Sebaik baik bekalan itu ialah bekalan takwa.Antara pengertian takwa diantaranya ialah takut dan taat akan Allah,mengasihi saudara seperti mengasihi diri kita sendiri,berbaik sangka dengan perkara yang menimpa kita,redha,sabar dengan takdir Allah tentang apa yang berlaku dan akan berlaku,kita tinggalkan segala larangan Allah,amalkan perintahNya,zahir dan batin.

Oleh itu orang yang bertakwa itu ialah orang yang dapat memenuhi kehendak Allah dan islam secara keseluruhan.Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah : 207 yang bermaksud “Hendaklah kamu masuk kedalam islam itu secara keseluruhannya”



Oleh itu,untuk selamat dalam perjalanan ini, kita perlu kepada persefahaman,permuafakatan,persaudaraan dan perlu bersatu untuk meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini.Rasulullah pernah bersabda “ Berjemaah( bersatu) itu rahmat dan berpecah itu azab”

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan hadis diatas :
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:


Pertama: Hendaklah kita bertakwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).





Thursday, December 11, 2008

Surat terbuka(1) untuk blogger Surind Raj.

Saudara se-negaraku surind Raj,

Pertama sekali saya menyeru anda supaya masuk islam dan belajar islam secara menyeluruh supaya anda benar benar faham islam,ajaran dan cara hidup islam yang sebenar.


Sesungguhnya islam itu amat menggalakkan persaudaraan,kasih sayang,keamanan,menyintai ilmu dan tidak sesekali menolak duniawi.Ia adalah sebuah agama samawi dan teramat sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.


Islam tidak pernah menganjurkan kekerasan,radikal atau ekstrim ,apa lagi untuk menyuntik benih-benih permusuhan dan kebencian sesama kita.Justeru itu islam amat menentang kekerasan dan kekejaman malah peperangan dizaman Rasulullah adalah untuk menegakkan kalimah tauhid dan mempertahankan diri dan agama dari ancaman kuffar.Peperangan qital dizaman nabi mempunyai sebab sebab syarat-syarat yang tertentu yang boleh kita pelajari melalui kisah kisah perjuangan nabi dalam ilmu Al-maghazi.( lihat artikel saya sebelum ini)


Saya seorang islam,Saya tidak pernah memusuhi saudara,tetapi adalah tugas saya untuk menyedarkan saudara bahawa sebenarnya saudara sudah keliru terhadap ajaran agama islam yang maha suci ini dan sudah terlalu jauh menyimpang dari fitrah beragama manusia sejagat malah sudah lari dari kebenaran sejati yang saudara cari-cari selama ini..Apa pun pandangan yang diberikan kepada saudara,nyata teramat payah untuk saudara terima kerana saudara kini sedang melihat islam dari kacamata saudara yang sudah jauh terkeliru.Oleh itu doa saya kepada Allah agar saudara diberi taufik dan hidayah untuk mendekati islam dan jika saudara menerima sinar islam sebagai penyuluh hidup saudara…..sayalah orang yang paling gembira sekali terhadap pengislaman anda!


Saya mendapat tahu berkenaan dengan blog anda dari beberapa rakan blogger saya.Setelah menjenguk dan membaca beberapa artikel tulisan anda,ternyata tulisan dan kritikan anda terhadap islam dan ibadat haji berjaya membuatkan segelintir umat islam di negara ini marah terhadap anda tambahan pula kritikan anda dibuat ketika umat islam sedang bersiap sedia untuk menyambut Aidil Adha.Kritikan anda itu seolah-olah menyimbah minyak keatas api setelah golongan hindraf bertindak tidak sopan dihari perayaan aidilfitri yang lalu dimajlis rumah terbuka PM.Kritikan anda juga mengimbas kembali pembunuhan tragis Saddam ditali gantung sempena Aidil Adha yang lalu.Setelah meneliti blog anda,rupa rupanya anda telah menjadi seorang blogger semenjak oktober 2006 lagi,anda juga telah mempunyai ramai pengikut dan peminat yang tersendiri.Secara peribadinya biarlah saya menggambarkan diri anda melalui maksud tersirat disebalik tulisan , gambar dan logo yang ada di blog anda itu.Ini hanya pendapat peribadi saya saja,dan semoga anda terimanya dengan hati yang terbuka.


Kesimpulan saya,anda seorang yang agak berani,dengan menggunakan nama Surind Raj.Anda berani menyuarakan pendapat anda…anda bebas berhujah dengan akal anda.Namun anda perlu ingat..keberanian biarlah kena pada tempatnya…kebebasan media dan IT ini janganlah anda salahgunakan sehingga dengan kritikan anda itu boleh menjadi sumber perpecahan dan ketegangan kaum dan agama di negara ini.


Tanggapan saya, anda adalah seorang Atheis.Anda juga penyokong sosialis dan sifat perkauman anda juga saya rasa agak tebal.Anda juga penyokong Gay-straight alliance.dan banyak lagi gambar/logo di blog anda yang mempunyai maksud yang tersendiri dan saya tidak mahu mengulas lanjut disini.Rasanya suara anda tidak mewakili agama hindu,budha,kristian atau islam.Anda seorang pejuang sosialis,penentang ISA dan gambar tangan yang menggengam keatas,adalah simbol freemason dan agak keterlaluan jika saya juga meragui anda sebagai penyokong hindraf .



Setelah meneliti hujah dan beberapa artikel tulisan anda,sememangnya anda banyak berhujah menggunakan akal.Disinilah titik bermulanya perbezaan pendapat antara anda dan kebanyakan rakyat negara ini yang secara keseluruhannya hidup beragama dan mengamalkan gaya atau cara hidup yang selari dengan ajaran agama masing masing.Mungkin bagi anda ianya tidak salah.Ini adalah kerana anda sudah membebaskan diri anda sendiri dengan ikatan agama atau tuhan.Kemungkinan juga sekarang ini blog anda dijadikan medan tempat anda memperbaiki diri,ilmu perbandingan agama yang anda pelajari dan sememangnya blog anda telah menjadi kelas tutorial atau forum untuk anda menjadi lebih vokal dan berani untuk bersuara ! Namun anda sedikit bernasib baik kerana anda menulis dalam bahasa inggeris,dimana orang orang tertentu saja yang boleh memahaminya.jika anda menulis dalam bahasa Malaysia saya percaya sudah ramai umat islam melayu yang akan menyerang blog anda!


Biarpun anda sendiri begitu yakin dengan kemampuan akal,tetapi semua orang sudah tahu akan keterbatasan akal.Akal tidak mampu mengupas isu kerohanian atau ketuhanan kerana ilmu ini berkaitan dengan keimanan dan keimanan itu biasanya berkaitan dengan alam ghaib! Anda lebih mempercayai fakta,angka dan logik akal.


Baiklah..saya mulakan polemik perbahasan kita kepada satu cerita yang mungkin saudara telah mendengarnya…ada seorang guru sekolah rendah yang cuba untuk mendangkalkan pengertian murid tentang Tuhan didalam kelasnya…dialognya begini:

Guru :Apakah kalian dapat melihatku?

Murid: Ya,dapat!

Guru:Itu tandanya saya wujud.

Guru : Adakah kamu dapat melihat batu kapur untuk menulis ini?

Murid: Ya,kami melihatnya!

Guru: Itu buktinya batu kapur untuk menulis ini wujud,dan apakah kalian melihat pembaris ini pula?

Murid:Ya,kami melihatnya!

Guru:Apakah kalian melihat Allah?

Murid :Tidak!

Guru:Nah,itu tandanya Allah tidak ada,tidak wujud!

Lalu ada diantara mereka seorang murid yang pintar

Lalu dia bertanya kepada kawan –kawan dihadapan gurunya pula

Murid:Adakah kamu melihat akal guru kita ini?

Murid lain: Tidak!!!...jawab mereka serentak..guru tadi terkebil kebil matanya..

Murid:Nah..maka jelas sekali guru kita ini tidak mempunyai akal !!!


Saudara surind,

Ilmu yang anda pelajari iaitu “comparative religion” di kolej tertentu adalah menjadi landasan utama anda membelasah agama islam,kristian dan agama lain dalam penulisan saudara.Namun percayalah saudaraku,kehebatan logik akal saudara tidak boleh membawa kita kemana-mana.Dunia dan segala isinya ini semakin menjadi tidak bererti jika saudara terus berhujah menggunakan logik akal saja.Keterbatasan akal dan ketidakmampuan akal untuk mencungkil seribu satu macam kejadian di alam ini adalah bukti kita adalah makhluk yang lemah dan ada Yang Lebih Bijak mencipta kita dan mengatur segala gerak geri kita ini dan seluruh kehidupan ini.Contoh mudah ialah kenapa perjalanan hidup anda hari ini yang dirancang rapi dari A hingga Z tidak seperti yang dirancang saudara seawal saudara bangun dari tidur tadi?kenapa???kalau ikut akal logik anda semuanya akan berjalan lancar bukan?bagaimana pula anda mengalami mimpi,lalu anda menceritakan mimpi itu kepada orang lain.Apa perasaan anda jika ada diantara mereka yang tidak percaya akan mimpi anda itu sedangkan anda betul betul mengalaminya! Kalau anda percaya kepada mimpi anda,kenapa anda tidak boleh percaya kepada adanya alam ghaib dan wujudnya Allah yang Maha Pencipta.Sekiranya anda kata anda sendiri yang mengatur kehidupan anda,maka anda sendiri kah yang menidurkan anda dan anda sendirikah yang mengejutkan anda dan siapa pula yang menjaga anda sewaktu anda tidur itu ,dan sekiranya anda berkata itu sudah lumrah hidup manusia secara semulajadinya,mesti tidur,makan,minum,kahwin…maka soalan saya lagi… kenapa pula antara kita waktu tidurnya tidak sama,mimpi kita tidak sama dan banyak lagi perkara yang kita buat ini tidak mengikut atau menghasilkan apa yang kita mahu tetapi… telah diatur oleh Sang Pencipta!


Saudaraku Surind,

Jika anda berkata Tuhan tidak ada,Al-Quran itu sihir atau ciptaan Muhammad,maka saya ingin sekali lagi mengajak anda supaya masuk islam,belajar islam secara menyeluruh bukan separuh separuh.Maka saya percaya anda akan menemui kebenaran yang hakiki hanya dalam agama islam.Percayalah!sesungguhnya islam adalah sebuah agama kebenaran…disampaikan melalui nabi Muhammad yang sudah terkenal sebelum kerasulannya lagi dengan gelaran Al-Amin..iaitu yang bercakap benar!...

Firman Allah didalam Surah Al-Fushilat ,ayat 44 yang bermaksud “Katakanlah : Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.Dan orang-orang yang tidak beriman,pada telinga mereka ada sumbatan,hingga Al-Quran merupakan suatu kegelapan bagi mereka.”


Para pejuang Atheis terlalu mengagungkan logik akal,namun mereka lupa bahawa akal berfungsi disebabkan mereka ada pancaindera yang menjadi alat untuk akal.Bagi mereka sesuatu yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera adalah tidak wujud.Pancaindera bekerja untuk akal.Mereka menolak akal ini diciptakan Allah.Oleh itu soalan saya lagi,bolehkah pengertian akal sahaja dapat menetukan kebenaran yang hakiki? Bagaimana pula akal yang selalu berkata bahawa kepala kita selalu berada diatas ketika kita berjalan baik ketika kita berjalan di kutub utara atau dikutub selatan? Bagaimana pula pendapat anda bahawa akal ini melihat bumi ini adalah satu hamparan mendatar secara horizontal dan bukan bulat?


Maka disinilah kita menilai keterbatasan akal itu jika akal berfungsi tanpa ilmu.Dengan ilmu,akal akan menerima kenyataan yang bumi ini bulat,setiap objek yang di lambung keatas akan jatuh kebawah kerana adanya daya graviti…lalu kamu berkata ahhhh…hukum alam memang begitu!!!…malah kamu percaya adanya kuasa graviti atau kuasa tarikan magnet,tetapi adakah kamu nampak tenaga yang boleh menggerakkan objek itu…jawabnya juga tidak…jadi, kenapa anda masih percaya?…jawabnya kerana anda ada ilmu…ilmu anda menyatakan kejadian itu terjadi mengikut hukum fizik semata mata dan “full stop”.Jika saya tanya anda lagi, setiap hukum atau undang undang itu mesti ada penciptanya,jadi siapa yang mencipta hukum alam itu pula?


Jika anda berkata anda benar,maka sila kemukakan satu atau banyak bukti apa yang dinyatakan oleh kitab suci kami Al-Quran itu salah atau bertentangan dengan hukum fizik atau hukum alam.Al-Quran adalah mukjizat atau keajaiban dunia yang perlu anda terokai wahai saudaraku Surind.Dengan kemudahan IT dan teknologi terkini anda bukannya susah untuk mencari Al-Quran digital dan bacalah makna atau isi Al-Quran itu moga moga anda beroleh cahaya yang terang dan kebenaran nya tidak boleh dipertikaikan lagi.Bacalah surind,Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia,bukan hak milik mutlak kami umat islam sahaja,ia adalah mukjizat.Dalam sejarah islam,hati Saidina Umar boleh cair dan berubah menyintai islam bila mendengar dan menghayati isi kandungannya yang dibacakan oleh adiknya yang lebih dahulu memeluk islam.Anda kenal saidina Umar?dia adalah musuh utama nabi Muhammad,tetapi bila Allah memberikan cahaya dan hidayah pada hatinya,beliau memeluk islam dan menjadi sahabat nabi,malah menjadi khalifah islam yang kedua selepas Abu bakar untuk memperjuangkan Islam.Kamu cubalah Surind,moga moga hati anda menjadi tenang dan pintu hati anda terbuka untuk islam!Kebenaran Al-Quran adalah sepanjang zaman.Ilmu al-Quran cukup sempurna ,kerana ia adalah rujukan dan panduan hidup kami umat islam.


Setelah anda mengerti berkaitan islam,menimba ilmu dari Al-Quran,ingin sekali saya mengajak anda untuk mengenali diri dan hati kita pula wahai Surind.Tahukah kamu hati atau Qalbu atau hati nurani itu adalah rahsia dalam rahsia seorang manusia itu.Alangkah ruginya kamu jika kamu tidak mahu mengenal hati kamu sendiri wahai Surind.Islam kuat kerana iman dan iman itu terletak dihati kami semua.Ada yang nilai imannya tinggi dan ada imannya bernilai rendah malah ada orang islam yang sanggup menggadai iman demi sedikit habuan dunia.Allah menilai segala amal perbuatan kita melalui setakat mana keikhlasan dan takwa kita yang tersembunyi didalam hati kita.Alam Qalbu adalah alam tertinggi yang mengalahkan sistem teknologi terkini dan hukum akal.Percayalah Surind!


Allah sebagai Pencipta sudah menyatakan akan ada orang seperti kamu Surind yang membantah tentang adanya Tuhan dan segala ciptaanNya.seperti Firman Allah ini ‘Katakanlah: terangkan kepadaku tentang apa yang kamu sembah selain Allah?Perlihatkan kepadaKu,apakah yang telah mereka ciptakan dari bumi ini?Atau adakah mereka bersekutu dengan Allah dalam penciptaan langit?Bawalah kepadaKu kitab yang sebelum Al-Quran ini atau peninggalan dari pengetahuan(orang-orang dahulu),jika kamu adalah orang-orang yang benar”…(surahAl-Ahqaaf : 4)

Allah juga telah menceritakan golongan Atheis ini melalui firmannya yang bermaksud “Dan di antara manusia ada orang –orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,tanpa petunjuk dan tanpa kitab(wahyu) yang bercahaya”..( surah Al- Hajj:8),firman Allah lagi yang bermaksud “mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia;sedangkan tentang kehidupan akhirat mereka adalah lalai”..( surah Ar-Ruum:7)


Bersesuaian dengan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw dengan ayat “Iqrak!” yakni “bacalah olehmu: wahai Muhammad”,islam memang menggalakkan proses pembelajaran dan ilmu,namun ilmu yang amat dituntut oleh Allah ialah ilmu yang boleh membawa kepada pengertian iman dan mengenal Allah.Ia juga adalah ilmu untuk mengenal kebenaran!.Firman Allah “Dan orang-orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa wahyu yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar”..(surah sabaa’ : 6)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah itu telah sesat hati mereka dan mereka ini tidak akan mendapat hidayah dari Allah.Dan sesungguhnya orang-orang mukmin ialah mereka yang beroleh petunjuk. Dan kehidupan mereka diredhai Allah.

Semoga saudara surind sudi memeluk islam dan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,nescaya Dia akan memberikan petunjuk kepada hatinya.”…(surah At-Taghaabun : 11)


Saudaraku Surind Raj..

Persoalan hati dan iman inilah yang membuatkan jurang perbezaan antara kita makin jauh,keimanan bagi golongan Atheis adalah berdasarkan apa yang boleh dicapai oleh pancaindera dan diterima oleh akal sedangkan islam amat menekankan soal hati dan bagaimana untuk menjaga dan menghidupkan hati.Dari hatilah timbul jiwa yang tenang tenteram,damai dan bahagia.Melalui hati barulah kita boleh mengenal Allah(makrifat kepada Allah).Cara untuk meyakini wujud Allah ialah melalui bukti-bukti(ciptaan-Nya) yang menunjukkan Zat-Nya.Bukti bukti itu perlu dinilai dengan hati dan akal.Dengan akal sahaja ia tidak akan dapat membawa kita kemana-mana.Hati memerlukan akal supaya mampu menerima pengetahuan tentang bukti-bukti kekuasaanNya.Tanpa berfikir kita sudah tentu tidak akan mengetahui siapakah pemilik sebenar dari bukti bukti itu.Tanpa ilmu pegetahuan pula maka tidak akan ada makrifat untuk mengimani bukti bukti penciptaan itu.Oleh itu janganlah kau berpaling dari kebenaran ini wahai Surind,nanti allah akan memalingkan hati kamu dari usaha mencari kebenaran sebagaimana firman Allah bermaksud “Maka,bila mereka berpaling dari kebenaran,nescaya Allah(pasti) memalingkan hati mereka”…(Ash- shaf : 5 ) dan lagi firman Allah.. “mengapa kamu sampai menjadi kafir,padahal ayat-ayat Allah telah dibacakan kepadamu”..( Ali-imran :101)


Menurut fahaman guru utama anda…Richard Dawkins…rujuk posting diblog surind : pada hari Isnin,24.11.08 :

Richard Dawkins - "What if you're wrong?" (A video excerpt of Richard Dawkins at a Q & A session after a lecture on the God Delusion at the Randolph-Macon Woman's College in Lynchburg, Virginia on October 23, 2006).

Menurut Richard dawkins,orang yang percayakan Tuhan dan beragama ialah orang yang ada DELUSION…apa makna delusion itu wahai sahabatku Surind?..delusion adalah satu komponen major untuk penyakit schizophrenia (sakit jiwa)selain dari HALLUCINATION….Mengikut pengelasan ICD10 dan DSM1V, mental disorder dibahagikan kepada psikosis dan neurosis.Seseorang yang ada delusion dan hallucination memenuhi ciri ciri psikosis .Psikosis lebih teruk dari neurosis.Jadi secara mudahnya guru anda menyatakan semua orang beragama ialah orang gila…anda pula menyokong hujah guru anda ini dengan meletakkan sekali video youtube dalam blog anda.Kenapa anda begitu berani berkata begitu wahai Surind? Siapakah yang gila sebenarnya ?….anda atau kami yang beragama?apakah pula jawapan anda tentang firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,silih bergantinya siang malam ,terdapat bukti-bukti (tentang kekuasaan dan wujud Allah) bagi orang-orang yang berakal.yakni orang-orang yang mengingati Allah,baik sambil berdiri dan duduk mahupun dalam keadaan berbaring.Dan mereka(selalu)berfikir tentang penciptaan langit dan bumi…” ( surah Ali-imran : 190-191 ).Oleh itu apakah sudah penuh wad-wad psikiatri di negara ini dengan umat islam yang selalu berfikir dan berakal ini sekiranya mereka semua gila menurut andaian kamu???..


Cuba renungi lagi firman Allah ini… “Diantara tanda tanda kekuasaanNya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna kulit kamu dimana ia telah menjadi bukti yang nyata tentang kekuasaan Allah bagi orang-orang yang mengetahui.dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan pada waktu siang hari kamu berusaha mencari sebahagian dari Kurniaan-Nya”..(surah Ar-Ruum : 22-23)



Janganlah pula cepat emosional jika saya katakan orang yang tidak percayakan Tuhan itu sebenarnya orang yang tidak berakal.Orang yang tidak berakal juga adalah orang yang kurang siuman dan mengikut hukum islam mereka ini tidak disyaratkan untuk menjalani syariat islam kerana syarat utama menjalankan syariat islam ialah berakal.Golongan Atheis ini sebenarnya yang mengidap delusion,bukan orang yang beragama dan percayakan Tuhan!.mereka mempunyai keyakinan yang teguh bahawa semua yang terjadi adalah semulajadi dan tidak ada Pencipta.Bagi saya ,golongan ini lebih teruk lagi kerana sekaligus mempunyai ciri-ciri psikosis dan neurosis juga seperti ‘mania’,iaitu sifat ego ,sombong dan bongkak yang keterlaluan dengan menganggap merekalah yang paling bijak!


Sejarah membuktikan,penemuan hukum sains dengan penetapan Hukum Snellius yang ditunjangi oleh hukum dasar kedua dalam Termodinamik (1580-1626) telah menjadi penemuan bermakna bagi sains moden,dimana menurut Leconte’ de Nevey,ketua jabatan fizik dan falsafah Universiti Sarbone,Perancis “ia adalah penemuan yang menakjubkan terhadap terbukanya pemahaman kita kepada benda mati,dengan perhitungan alternatif-alternatif”.pendapat ini disambut baik oleh golongan Atheis dan ditambah pula dengan kenyataan ahli fizik terkemuka Ludwig Boltzmann(1844-1906),menetapkan bahawa teori tentang tahap-tahap (evolusi) benda mati dan menerima kembali tahap akhir kepada permulaan yang ditetapkan Hukum Boltzman.

Namun hukum fizik ini disangkal pula oleh ahli fizik terkemuka kemudiannya iaitu Edwar Lozekiel,dengan menerangkan bagaimana alam semesta ini tercipta seperti katanya “Hukum kedua teori termodinamik iaitu yang berunsur panas atau kalori bertentangan dengan pendapat yang menyatakan bahawa kejadian alam semesta ini secara azali atau tidak terkawal adalah salah.Sains menetapkan bahawa kejadian alam semesta tidak mungkin secara azali,kerana unsur panas terus menerus akan menjadi dingin,dan tidak mungkin terjadi kekuatan zat sebaliknya.Maka benda atau alam akan rosak kekuatan energinya dalam waktu yang lama,juga akan terhenti semua kegiatan pada wujud”.dengan itu penemuan ini menyimpulkan bahawa setiap benda mesti ada permulaan atau dengan kata lain ia mesti diciptakan.oleh itu kejadian alam menetapkan kewujudan Allah.Allah memang tidak memerlukan permulaan kerana Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir.Tidak mungkin alam semesta menciptakan dirinya sendiri.Firman Allah bermaksud “Apakah mereka diciptakan dari tiada,ataukah mereka sendiri yang menciptakan?ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi?” (surah Ath-Thur : 35-26 )

Sebenarnya banyak lagi teori-teori yang boleh diketengahkan dalam membahaskan ilmu tentang kewujudan Allah ini seperti teori gerak elekron dalam atom,yang dapat saya simpulkan disini bahawa sesuatu yang beredar,bergerak,berputar pasti ada titik permulaan,baik waktu mahupun ruang bermula putaran itu.Penemuan sains tentang sel dan mitokondria serta DNA dan susunan protein RNA nya amat menakjubkan dan mengajak kita berfikir tentang hebatnya ciptaan Allah ini.Ini belum lagi kita kupas berkenaan pembohongan Teori Evolusi Darwin dan banyak lagi.Oleh itu sekiranya golongan Atheis masih berdegil dan masih tidak boleh menerima adanya Allah,maka wajar sekali Allah mengutuk mereka ini dengan firmanNya yang bermaksud. “terkutuklah manusia!Mengapa ia mendustakan(mengkufurkan) Tuhannya?” ( surah ‘Abasa : 17)…firman Allah lagi bermaksud “Tidakkah manusia melihat? Bahawa kamilah yang menciptakanmu dari setitik mani? tetapi lihatlah! Ia menjadi pembangkang yang nyata!” ( surah Yaasin :77 )




Saudaraku surind,

Saya tidak menyalahkan anda sepenuhnya atas tulisan atau kritikan saudara.saya juga tidak menyalahkan saudara Mahaguru58 atas laporan polis yang dibuat keatas anda,mungkin dia mewakili suara umat islam secara umum,maka dia bertindak mengikut cara dia,cuma saya berjuang dengan cara saya yang tersendiri iaitu ingin mengajak semua insan mengenali islam,hidup dengan cara yang dianjurkan islam dan mengajak anda mengenal diri kita,siapa kita,dari mana kita,apa tujuan kita diciptakan dan kemana tujuan akhir hidup kita.Saya juga amat menyintai keamanan dan persaudaraan kerana itu saja kunci kebahagiaan hidup kita dalam sebuah negara majmuk berbilang agama,bangsa dan warna kulit ini.Buat apa kita bermusuhan kerana natijah permusuhan itu amat dasyat dan akan berpanjangan.Dendam kesumat akan berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang akan memusnahkan manusia , dunia dan segala isinya.Bukankah sejarah telah mengajar kita bahawa perbalahan dan permusuhan pertama manusia antara Habil dan Qabil membawa kepada pembunuhan pertama manusia,ia hanya berpunca dari sifat dengki dan dendam kerana merebut seorang wanita.Peristiwa ini juga berkisar kepada erti pengorbanan yang ikhlas dijalan Allah.


Bagi saya, saya setuju dengan pendapat anda pada khamis 14.2.08 dalam blog anda yang mengatakan “islam is not for everybody!”,maksud saya islam itu untuk semua,ia adalah agama yang membawa kebenaran dan sesuai di sepanjang zaman.Sesiapa boleh mengkritik islam tetapi ingat,jangan sampai menghina islam dan rasul kami.


Sesungguhnya keimanan itu adalah satu perkara yang rumit,hatta orang islam sendiri yang mengaku dirinya cukup sempurna pun kadang kala tersesat atau tergelincir akidah dalam perjalannya menuju Allah.



Saudaraku Surind,

Saudara seorang "free thinkers".oleh itu jika anda seorang free thinkers maka lebih mudah bagi saya menyeru dan mengajak anda masuk islam dan anda mungkin lebih mudah menerima islam nanti kerana anda sudah melepaskan diri dari ikatan agama lain berbanding dengan mereka yang ada ikatan agama dan kepercayaan yang kuat.Tidakkah anda terbaca banyak kisah - kisah golongan atheis yang masuk islam setelah mendapat hidayah dari Allah dan setelah betul betul memahami islam secara keseluruhannya?.Cubalah anda baca kisah mereka itu,bagaimana mereka mencari Tuhan dan penemuan mereka tentang wujudnya Tuhan.Percaya atau tidak sebenarnya anda sedang mencari satu agama yang sesuai dengan jiwa anda...percayalah islam adalah paling sesuai untuk anda.islam itu indah ! islam itu memudahkan kita bukan menyusahkan kita .Islam itu petunjuk bukannya root of evil seperti yang anda sangka!


Sekian dulu coretan dari saya : sangtawal sakranta….ahli BPN.


Surat terbuka kedua akan menyusul nanti menyentuh tentang kritikan anda berkaitan ketuanan melayu,racist,homoseksual,terrorism,sosialis,IFC dan pluralisme dan lain-lain.!

Terima kasih kerana sudi membaca!!!


Sunday, December 07, 2008

Berkorbanlah ! demi agama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua,semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah pengorbanan agung nabi Allah Ibrahim dan puteranya Nabi Allah Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT.

Sesungguhnya setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan.Pengorbanan pula tiada erti jika tiada keikhlasan dari lubuk hati kita.Oleh itu jagalah hati,lidah,anggota jasad kita agar selari dengan niat dan nawaitu perjuangan kita.

Semoga kita menyambut hari raya dengan penuh kesederhanaan.Bantulah mereka yang memerlukan pertolongan kita agar mereka juga dapat mengecap sedikit nikmat kebahagiaan di hari raya...biarpun hanya untuk seketika cuma....

Semoga kita tidak terkorban secara hina atau sia sia dalam perjuangan.
maaf zahir batin .Salam perjuangan dari saya: Sangtawal Sakranta.......

hayatilah lagu ini :klik sini

Saturday, December 06, 2008

Isu pendidikan : Ulama mesti beri jalan keluar !


Sekarang ini isu pendidikan negara diperkatakan semula oleh semua,namun sistem pendidikan manakah yang paling tepat dan bagaimana pula ingin menegakkannya.Persoalan ini telah menjerumuskan manusia moden kedalam jurang kekeliruan yang sangat dalam.Isu pendidikan terus hangat walaupun berbagai bagai dasar dan akta pendidikan telah dicipta dan dilaksanakan.

Apa yang pasti,manusia mesti kembali kepada sistem pendidikan Rasulullah kerana ia telah terbukti berjaya membawa keamanan dan kebahagiaan sejagat 1400 tahun yang lampau.Tugas ini sudah menjadi keperluan yang sangat mendesak justeru persoalan pendidikan ini muncul sebagai masalah paling kronik pada abad ke 20 dan ke-21 ini.

Rasulullah SAW dididik oleh Allah,dan kemudiannya baginda mendidik manusia dengan sebaik baik didikan.Hanya bagindalah pemimpin yang berjaya mendidik manusia untuk memikul dua tugas secara serentak iaitu sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah.Para sahabat yang dididik oleh baginda mempunyai hati yang akrab dengan Allah sebagai hamba,manakala sebagai khalifah,fikiran dan tenaga lahir mereka mengatur kehidupan manusia.Mereka dipuji oleh Allah dan disanjung baktinya oleh manusia.Sejarah hidup mereka terus menjadi sebutan,cita cita dan tauladan manusia sepanjang zaman.

Arus kebangkitan islam yang semakin hebat ini telah menimbulkan hasrat yang kuat dikalangan pejuang-pejuangnya untuk mencungkil kembali khazanah peninggalan Rasulullah SAW yang mulia itu.Malangnya ramai pejuang hanya berjaya mencungkil 'jasad lahir' saja daripada pendidikan Rasullah tetapi gagal menggali roh pendidikan islam itu.Akibatnya,lahirlah generasi yang lemah,beku dan menyerah kalah kepada keadaan ataupun golongan yang terlalu agresif,ekstrim,emosional dan kasar dalam perjuangan.

Ada pula yang terjebak dengan perangkap musuh dengan mencampur adukkan sistem pendidikan islam dengan sistem pendidikan sekular kerana mereka percaya cara itu lebih praktikal dan lebih toleran.Malah,ada diantara mereka yang berjuang untuk mmenyamaratakan segalanya atas alasan liberal atau pluralisme.Tetapi sedarlah kita bahawa Allah menolak formula itu melalui firmannya dalam surah Al-baqarah:42..."Dan janganlah kamu campur-adukkan antara yang hak dan yang bathil,dan janganlah kamu sembunyikan yang haq itu sedangkan kamu mengetahuinya..."

Selagi pendidikan Rasulullah SAW tidak dapat ditegakkan,selagi itulah islam tidak akan dapat didaulatkan kembali.Sesungguhnya islam dibangunkan dengan kekuatan Taqwa iaitu kekuatan yang lebih utama daripada kekuatan fizikal,ekonomi,ketenteraan dan lain lain kekuatan lahiriah.Tanpa Taqwa,pejuang islam akan gagal walau setepat atau sebijak manapun mereka mengaturkan perjuangan.

Taqwa hanya dapat dihasilkan oleh sistem pendidikan yang tepat.Sebab itulah...kembali kepada pendidikan Rasulullah adalah perkara utama yang perlu dibuat oleh kita semua.

Oleh itu,siapakah lagi orang selain pakar akademik yang akan menggerakkan usaha ini kalau bukan para ulama???Mereka mesti tampil untuk menjelaskan dasar,matlamat dan kaedah pendidikan Rasulullah.Ayuh para ulama dan ilmuan agama terbilang...marilah bersatu berjuang untuk anak bangsa dan ummat islam dengan bantuan dari segi ilmu dijalan Allah!!!Usahlah kalian menyibukkan diri dan melekakan diri dengan bermain politik murahan yang hanya sekadar untuk memenuhi keperluan perut kalian saja.Usahlah menjual agama ini demi sedikit habuan dunia yang sementara dan tidak kekal ini.

Masa terlalu suntuk untuk kita terus dibuai oleh teori dan falsafah yang berlarut larutan...Apa yang penting sekarang ialah tindakan!!!

Firman Allah..."Berbuatlah,nanti Allah,Rasul dan orang mukmin akan menilai"...- At-Taubah:135.


Coretan : Sangtawal Sakranta.

Tuesday, December 02, 2008

ilmu bahasa mata : seribu makna !

Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita seperti nikmat sihat tubuh badan dan nikmat berupa rezeki dan ketenangan jiwa..

Sudah pasti Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada hambanya yang bersyukur.Pancaindera yang dikurniakan Allah kepada kita berupa penglihatan,pendengaran,bau,rasa, dan sentuh hendaklah disyukuri selalu.


Sesungguhnya setiap deria yang kita ada itu dikoordinasikan oleh Allah melalui sistem saraf atau neurologi yang agak kompleks dalam tubuh kita.Apa yang berlaku kepada kita dan apa yang kita buat adalah hasil dari berbagai koordinasi kompleks sistem saraf yang merangkumi sistem saraf pusat( central nervous system) dan sistem saraf periperi( peripheral nervous system) dalam badan kita baik ketika kita sedar atau ketika kita tidak sedar melalui sistem simpatetik dan parasimpatetik.



Gerak kerja sistem saraf kita yang diciptakan Allah ini begitu menakjubkan dengan perantaraan impuls (nerve messenger) melalui sel sel saraf atau disebut neuron.Semua pergerakan terkawal(conscious state) melalui sistem lokomotor dan pergerakan tidak sedar(unconscious) atau separa sedar(subconscious) adalah dikawal selia oleh sistem saraf kita.Contoh yang paling mudah ialah apabila kita hantar signal atau isyarat ke otak bahawa kita akan buang air kecil bila sampai di rumah atau di pejabat,maka bila sampai ketempat yang kita isyaratkan dalam otak itu, kita terus akan merasa hendak buang air dengan tiba tiba dan tidak tertahan lagi.Satu contoh lagi ialah sewaktu kita mula mengayuh basikal,kita berada dalam keadaan sedar dan terkawal,bila kita mula mengayuh,pergerakan kaki kita dikawal oleh system separa sedar pula membolehkan kita mengarahkan deria lain badan kita seperti menikmati alam sekitar atau berbual bual dengan sahabat kita yang sama-sama berbasikal.



Kesimpulannya,semua perbuatan,perkataan ,gerak badan dan emosi kita adalah gambaran luaran kepada rohani atau spiritual kita.Oleh itu dalam islam,sesuatu perbuatan kita itu dinilai disisi Allah adalah berdasarkan niat dan niat pula datangnya dari hati. Perlaksanaan niat adalah melalui akal dan seluruh sistem saraf adalah berfungsi mengikut keperluan akal kita.



Apa yang ingin saya kongsi dengan anda semua ialah bagaimana kita ingin menilai kebenaran itu hanya dengan mengkaji dan menilai seseorang melalui isyarat-isyarat yang dijelmakan oleh pancaindera yang lima itu.Salah satu ilmu yang jarang disentuh oleh kita ialah NLP(Neuro-Linguistic Programming): Neuro merujuk kepada brain, linguistic merujuk kepada bahasa samada verbal atau non verbal manakala programming bermakna “installation of a plan or procedure”. Ilmu sains yang ditemui oleh John Grinder(pakar bahasa) dan Richard Bandler(pakar matematik,ahli terapi Gestalt dan pakar computer) .


“Just by watching people and listening to what they say,you can get an immediate impression of which systems they are using.And NLP utilizes even more specific indicators of what’s going on in someone’s mind”- kata Anthony Robbins dalam bukunya Unlimited power.



Disini ingin saya berkongsi rahsia ilmu NLP ini untuk menilai seseorang itu melalui pergerakan matanya saja.Bayangkan muka seseorang dihadapan anda.Bayangkan dia

ada sepasang mata.Mata itu boleh bergerak ke atas kanan(VC),selari ke kanan(AC) dan ke bawah kanan(K) atau ke atas kiri(VR),selari ke kiri(AR),ke bawah kiri(AD).jadi kesimpulannya kita ada 6 jenis pergerakan mata.Untuk makluman kita biasanya otak kanan berfungsi untuk berfikir,logik,pemikiran konkrit,membuat analisis manakala otak bahagian kiri pula berfungsi untuk memori atau pemikiran kreatif.




VC

Visual Constructed


VR

Visual Remembred

AC

Auditory Constructed


AR

Auditory Remembered

K

Kinesthetic


AD

Auditory

Digital





Penerangan kepada pergerakan mata seperti diatas :



VR-melihat imej yang pernah dilihat sebelum ini.biasannya kalau kita ingin menguji kebenaran seseorang itu…bila kita bertanya…apakah warna baju yang awak pakai kepejabat kelmarin…berapakah bilangan jendela dirumah anda?dia bercakap benar bila matanya secara spontan bergerak keatas kiri(VR)..jika matanya bergerak keatas sebelah kanan(VC)…maksudnya dia cuba mereka reka cerita dan menipu kita.contoh soalan lain yang boleh ditanya ialah...siapakah orang-orang yang bersama dengan anda untuk melompat pagar nanti?



VC- Menggambarkan gambar,warna atau imej yang belum dilihat sebelumnya.Biasanya respon pergerakan mata akan bergerak keatas kanan(VC) bila ditanya soalan seperti..bolehkan awak bayangkan bagaimana warna ruang tamu rumah anda yang sekarang ini ditukar dari warna hijau ke warna biru?atau bolehkan awak bayangkan warna baju awak kalau terkena cat berwarna merah?cuba bayangkan jika kamu mempunyai tiga biji mata?atau..bagaimana rupa kamu bila ada hanya satu mata?



AR-Mengingati bunyi yang pernah didengar sebelum ini.Biasanya respon mata akan bergerak ke kiri…contoh soalan yang biasa ditanya ialah…bagaimana bunyi jam loceng atau bagaimana bunyi deringan handphone awak?..dia bercakap benar bila sebelum menjawab soalan kita matanya bergerak selari ke kiri(AR), jika matanya bergerak ke kanan atau kearah lain…dia menipu kita.contoh soalan lain yang boleh ditanya ialah bagaimana bunyi suara orang yang menumbuk muka anda dulu?

AC-menggambarkan bunyi yang belum pernah didengar atau diingati sebelumnya…biasanya respon mata akan bergerak selari ke kanan(AC)…contohnya…jika awak buat lagu baru dengan petikan gitar eletrik,bagaimanakah bunyinya? Atau bagaimanakah bunyi suara awak bila awak memarahi seseorang yang cuba mengacau kekasih anda? Apakah perkataan pertama yang awak akan sebut bila diberi peluang bertemu paklah atau chedet nanti?



AD- bercakap dengan dirinya sendiri…respon mata akan bergerak kebawah kiri.(AD)..contohnya…katakan pada diri awak apa yang awak sebut atau baca ketika awak berdepan dengan masalah seperti ini….atau katakan "aku boleh" pada diri anda sendiri…atau...katakan pada diri anda...aku akan tetap melangkah ke putra jaya....



K- merasa emosi,merasa sentuhan,atau merasa pergerakan otot…matanya akan bergerak ke kanan bawah (K)…contohnya…cuba bayangkan saat kegembiraan awak ketika mendengar berita gembira itu…atau..apakah perasaan awak ketika kematian emak awak?...atau cuba bayangkan pelakon wanita cantik itu datang dan memeluk awak…atau cuba awak bacangkan sekiranya anda terpijak jarum yang tajam.



Oleh itu,marilah kita belajar ilmu ini dan cuba amalkannya dalam kehidupan seharian kita.insyaAllah kita tidak mudah ditipu oleh seseorang yang cuba mengambil kesempatan keatas kita.Untuk menilai kebenaran kata-kata pemimpin pujaan kita dan keikhlasannya cuba kita lihat pergerakan matanya sebelum dia bersuara.Kita juga boleh menilai kebenaran kata kata pasangan hidup kita,sahabat kita atau anak anak kita melalui pergerakan matanya.




Dan carilah kebenaran ini melalui ilmu bahasa mata: seribu makna ini.


Selamat mencuba!!!


sangtawal sakranta.