Sunday, December 23, 2012

Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan


Tajuk : Antara Tanda Hampir Kiamat : Diangkatnya Ilmu dan Diturunkan Kejahilan. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta 

Rasulullah saw telah bersabda :
“Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dengan sekali cabutan dari manusia, akan tetapi dengan cara mencabut ( mematikan ) para ulamak sehingga apabila tidak ada lagi ulamak yang tertinggal, maka manusia akan mengangkat para pemimpin yang jahil, kemudian mereka ditanya (tentang hukum-hukum di dalam agama) maka mereka berfatwa tanpa berdasarkan ilmu, maka mereka itu sesat lagi menyesatkan (orang lain) “ 
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 

Bila seorang ulamak yang benar-benar berilmu dan bertaraf Mujtahid telah meninggal, maka tinggallah para ulamak yang bertaraf Muqallid (yang hanya dapat mengikuti fatwa yang ada tanpa tahu dalil dan ijtihad) dan orang yang mendakwa mempunyai ilmu serta orang yang masih sedang belajar, mereka dengan sewenang-wenang mengeluarkan fatwa, sedangkan mereka itu tidak layak ( tidak sah ) berfatwa dalam agama Allah. Lalu keluarlah pelbagai fatwa sonsang dan mengelirukan orang awam. Sesiapa yang mengikuti fatwa yang mengelirukan akan sesat. 
( Lihat kitab Fathul Bari,Kitab Al-Iktisham bi Al-Kitab wa As-Sunnah Juz 13, halaman 287  ) 

Oleh itu sekiranya ada ulamak yang merasakan dirinya tidak layak berfatwa tetapi telah mengeluarkan fatwa atau kenyataan yang boleh mengelirukan umat serta menimbulkan pecah belah dalam masyarakat, masih ada peluang lagi untuk menarik balik fatwanya serta memohon ampun kepada Allah swt dan itu adalah terlebih baik baginya. 

Kepada ulamak-ulamak yang yang telah menjual akhirat mereka demi untuk habuan dunia seperti untuk kuasa politik atau harta benda  atau mereka yang telah memperalatkan agama untuk tujuan politik peribadi, semoga cepat-cepat bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka luas dan sesungguhnya Allah swt Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

* [ Artikel ke- 266 Sangtawal Sakranta ]...

Tuesday, December 11, 2012

Penafian Sangtawal Tentang FB


Salam buat pembaca Blog Sangtawal Sakranta sekalian.

Maaf kerana sejak kebelakangan ini saya kurang menulis dan menghasilkan artikel baru.Saya sihat, cuma agak sibuk dengan urusan peribadi dan kerja.InsyaAllah jika diizinkan Allah swt, saya akan terus menulis semula di blog kesayangan saya ini.

Disini saya ingin menafikan bahawa akaun Facebook yang menggunakan nama Sangtawal Sakranta (SS)  itu bukan milik saya.Oleh itu kepada sesiapa yang menyamar sebagai SS hendaklah berhenti berbuat demikian.

Sekian.



Thursday, September 20, 2012

Sheikh Abdul Qadir Mendengar Suara Syaitan Mengaku Dirinya Allah

Tajuk : Sheikh Abdul Qadir Mendengar Suara Syaitan Mengaku Dirinya Allah. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. 

Saya ingin berkongsi kisah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jailani yang cuba diperdayakan oleh syaitan.Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau. 

Beliau berkata: "Pada suatu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata: “Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.” 

Saya menjawab: “Berambuslah wahai syaitan.” 

“Sebaik sahaja saya mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian saya terdengar orang berkata: “Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”. “ Mendengar kata itu, saya pun membalas: 'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.' " 

Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya: "Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?' "Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir. 

Beliau selalu memberitahu muridnya bahawa apa-apa amalan yang bercanggah dengan suruhan Allah, maka sudah tentu itu adalah amalan daripada syaitan.Oleh itu hendaklah seseorang itu kembali kepada ajaran syariat, mengukuhkan iman dan melawan kecenderungan nafsu dengan bersungguh-sungguh kerana apa jua yang tidak dibenarkan oleh syarak sudah tentu ianya menyesatkan. 

Oleh itu, sesiapa yang mendakwa bahawa dirinya telah mendengar suara Allah pada hari ini, maka berhati-hatilah dengan orang itu kerana ternyata dia telah mendengar bisikan syaitan. Mungkin syaitan mudah mendampingi dan membantu golongan yang mahu menjadikan syaitan sebagai kawan mereka berbanding dengan manusia seagama dan sebangsa dengan mereka walaupun Allah swt telah berkali-kali menegaskan kepada kita dalam al-Quran bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kita.


 


*[ Artikel ke-255  Sangtawal Sakranta ...]


Thursday, August 30, 2012

Merdekalah Jiwa Bangsaku



Tajuk : Merdekalah Jiwa Bangsaku! 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. 

Kita di ambang tarikh merdeka.Elok rasanya kita mengenang sejenak sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu. 

Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu. 

Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. 

Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100 orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera British.


   

Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150 orang anggota pada tahun 1935. Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialah Adnan Saidi pada umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera British oleh King George, Raja England yang baru.  

Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura. 

Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu terakhir British di Tanah Melayu. 

Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu, mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India, Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan nyawa. Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang , Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut. 

Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !. Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar berani itu hanya menjadi benteng untuk British. Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap, dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang telah hancur robek itu dibakar pula. 

Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!

Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang. 

Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.

Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar  perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun  terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!. 

Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai Salleh berbunyi : 

“ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka”. 

Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya di Batu Pahat dan Muar. 

Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar. 

Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan. 

Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan Adnan. 

Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.

Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban. 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam. Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka! 


   


MARI KITA NYALAKAN, 
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI.. 
DI SELURUH SEMESTA, 
PADA SEPANJANG KEMBARA... 

KITA AKAN TEMUI, 
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN, 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 

HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN, 

INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 

TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 

PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI PERMUSUHAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 

MARI KITA PADAMKAN, 
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR, 
DI SEPENUH BUANA, 
PADA SELURUH MANUSIA... 

KITA AKAN SEDARI, 
TITIK-TITIK PERSAMAAN, 
TABURKAN DAMAI, 
BERSYUKUR KEPADA INSAN... 

TIADA SELAIN TUHAN, 
BERKUASA MENDAMAIKAN, 
TIADA SELAIN TUHAN, 
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN, 

PASTI KAU TEMUI NANTI, 
DURI-DURI KEJAHATAN, 
HADAPI SEGALANYA, 
DENGAN KESABARAN... 

DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN... 

HINDARI KEJAHATAN, 
DENGAN SATU KEBAIKAN, 
AGAR KAU KAN RASAI, 
ERTI KEMANISAN IMAN, 

INI SETANGGI KASIH, 
DI PERSADA CINTA TUHAN, 
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN... 
HULURKAN SALAM, 
BERSYUKUR KEPADA TUHAN... 


Salam Kemerdekaan ….. 

Tema Kemerdekaan Sangtawal : Melayu Berjiwa Merdeka Mampu Menggegar Dunia

*[ Artikel ke-254 Sangtawal Sakranta ... ]

Monday, August 06, 2012

Badiuzzaman Said Nursi




Tajuk : Badiuzzaman Said Nursi. 

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. 


Bersempena dengan sambutan hari Nuzul al-Quran hari ini, saya dedikasikan artikel ini untuk seorang wali Allah swt Badiuzzaman Said Nursi.

 

Badiuzzaman Said Nursi adalah merupakan seorang pejuang, pemikir islam Turki dan seorang Wali Allah swt.Membaca kisah hidup dan liku-liku perjuangannya membuatkan air mata saya mengalir. Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat besar maknanya buat seluruh rakyat Turki dan seluruh dunia islam.

Ketika Negara Turki bertukar menjadi sebuah Negara Republik dan mengenakan dasar sekular, Allah swt telah mempersiapkan seorang Mujahid unggul untuk menentang segala agenda musuh-musuh Allah swt ke atas seluruh umat islam yang berpusat di Turki.

Beliau seorang manusia yang pintar dan bijaksana, sehinggakan didalam biliknya ketika dia menjadi pelajar dahulu , dia menulis dan menggantung ayat : “Di sini akan diselesaikan setiap permasalahan yang rumit dan setiap soalan akan dijawab, tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada orang lain.”

Beliau adalah seorang ulama yang memperjuangkan agama dan menegakkan syariat.Beliau juga turut dianugerahkan ilmu ladunni oleh Allah swt.Dia juga pernah berkata : “Sesungguhnya agama adalah sinaran bagi hati, sedangkan ilmu-ilmu moden adalah cahaya bagi akal”

Maka benarlah seperti Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad ra : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini di setiap permulaan kurun, orang-orang yang memperbaharui urusan agama mereka”


 

Ternyata Mujahid yang dibangkitkan pada kurun itu bukan dikalangan ahli sufi. Badiuzzaman Said Nursi selalu menyebut bahawa zamannya itu bukannya zaman tasawuf atau tareqat, tetapi adalah zaman bagi menyelamatkan iman.Tulisan-tulisan beliau dalam Risalah An-Nur yang masyhur itu bukanlah risalah-risalah sufi, tetapi ia berkaitan dengan persoalan-persoalan akidah.

Beliau menulis : “Sesungguhnya aku andaikan sekiranya Syeikh Abdul al-Qadir al-Jaylani, Shah al-Naqshabandi dan Iman Rabbani sekiranya hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala kemampuan mereka bagi memperteguhkan hakikat keimanan dan akidah islam.”

Sifat luarbiasa Said Nursi terjadi ketika beliau masih bayi lagi.Pada setiap bulan puasa, pada siang harinya dia tidak mahu menyusu dan hanya menyusu pada sebelah malam sahaja. Kepintarannya terserlah sejak dari kecil lagi.

Pernah suatu masa beliau pergi menuntut ilmu dengan Molla Abdul Karim.Gurunya itu pada mulanya tidak mahu mengambilnya sebagai murid kerana usianya baru 15 tahun, tetapi Said Nursi tetap mahu berguru dengannya, oleh itu Molla Abdul Karim pun menyuruh dia membaca dan memahami dulu 7 buah kitab , kerana ketika itu murid-muridnya yang lain sedang belajar kitab yang ke-8. Said Nursi pun menghabiskan membaca 8 buah kitab hanya dalam masa 3 hari sahaja dan faham kesemua isi kandungannya sehinggakan dia dikagumi oleh gurunya dan seluruh pelajar disitu.Ketika itu juga dia ditawarkan oleh gurunya untuk menjadi seorang guru di madrasah itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi.

Dia pun bertolak ke Madrasah Beyazid untuk berguru dengan Syeikh Muhammad Jejali pula.Tempoh belajar yang biasanya diambil oleh kebanyakan murid gurunya untuk belajar ilmu dengan Sheikh tersebut biasanya memakan masa 15 tahun, tetapi telah dihabiskan oleh Said Nursi hanya dalam masa 3 bulan sahaja! Dengan kejayaannya itu Said Nursi dikurniakan Ijazah oleh gurunya dan diberi gelaran “Molla Said” serta ditawarkan menjadi guru di madrasah itu, “kamu sudah boleh memakai jubah dan serban ulama” kata gurunya itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi dengan berkata “ Saya lebih suka memakai pakaian darwis sahaja”

Ketika berjumpa dengan abangnya Abdullah selepas 8 bulan tidak bertemu kerana masing-masing sibuk menuntut ilmu ,abangnya dengan bangga memberitahu bahawa dia telah membaca dan mengkaji kitab syarh asy syamsi dan beberapa buah kitab lagi sehingga dia layak dan diberikan kebenaran untuk membuka sebuah madrasah tempat pengajian agama oleh gurunya. Lalu dia bertanya pula kepada Said Nursi sebanyak mana pula ilmu yang telah Said Nursi pelajari. Dengan merendah diri Said Nursi menjawab bahawa beliau telahpun membaca dan menghafal 80 buah kitab termasuk syarh asy syamsi! Abdullah terkejut dan tidak percaya pada mulanya, tetapi setelah diuji, ternyata adiknya itu seorang yang pintar dan berkata benar.Abdullah sangat gembira lalu memohon untuk menjadi murid adiknya itu pula.

Oleh kerana kepintarannya yang luar biasa Said Nursi telah diberi gelaran “Badiuzzaman” yang bermaksud “Kekaguman Zaman” kepadanya oleh gurunya Sheikh Fathullah Efendi. Beliau pernah berdebat dengan seorang guru ilmu Geografi dari Eropah dan hanya mengambil masa 24 jam untuk membaca kesemua buku berkaitan dengan ilmu alam sebagai persediaan lalu mengalahkan guru itu.

Beliau juga pernah berdebat dengan seorang ahli Fizik dari Eropah tentang ilmu fizik dan hanya mengambil masa selama 4 hari untuk mentelaah kesemua buku-buku fizik dan memahami hukum-hukum fizik lalu mengalahkan ahli fizik yang telah menghabiskan masa selama 4 tahun untuk mendalaminya. Keadaan itu menyebabkan ahli fizik tersebut berasa kagum dan terus menjadi anak murid Said Nursi pula.

Setelah Said Nursi membaca kesemua buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan Tahir Pasya, dia telah dapat menguasai ilmu-ilmu sains moden seperti matematik,astronomi, fizik, kimia,falsafah, sejarah , kaji hayat dan banyak lagi menyebabkan ilmunya begitu dikagumi pada zaman itu. Oleh kerana kebijaksanaannya itu maka ada segelintir pihak yang benci dan irihati terhadap kemasyhuran Said Nursi lalu memfitnahnya sebagai mengidap penyakit jiwa.Dia pernah ditangkap dan pernah suatu hari seorang doktor merawatnya.Dia memberikan sebuah buku perubatan dan yang belum pernah dibaca oleh Said Nursi.Dengan izin Allah swt Said Nursi membaca sepintas lalu sebanyak lima mukasurat lalu memberikan semula buku itu kepada doktor itu.Dia mula membaca semula apa yang tertulis sebanyak lima mukasurat itu sambil disemak oleh doktor itu tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun.Doktor tersebut terkejut dan dalam keadaan takjub itu beliau berkata : “Sesungguhnya tuan bukan seorang yang gila tetapi seorang yang luar biasa!”.Selepas itu Said Nursi dibebaskan dan tuduhan gila keatasnya gugur setelah doktor itu mengesahkan Said Nursi seorang yang sihat .

Ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan fitnah mencetuskan kekacauan, beliau dengan berani berkata di depan hakim : “Sekiranya saya ada seribu nyawa, saya sanggup mengorbankan semuanya demi untuk syariat islam.Kerana syariat itu adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan, keadilan sejati serta kebajikan” Bila ditanya oleh hakim apa pendapat said Nursi terhadap pemerintah, beliau dengan tegas menjawab : “Ketua sebuah Negara adalah hamba kepada Negara itu.Selagi seseorang ketua Negara itu menurut sunnah Rasulullah maka dia pemimpin kami dan kami patuh dengan arahannya.Tetapi sekiranya ketua sesebuah Negara tidak mengikut sunnah, maka dia adalah perompak”

Beliau seorang yang berani dan pernah berjuang menentang tentera rusia dengan menubuhkan pasukan “Tentera Songkok Bulu” yang amat digeruni oleh musuh.Didapati bom tidak meletup jika dilemparkan ke arahnya dan peluru tidak pernah singgah ke tubuh wali Allah swt itu.

Antara kekeramatan beliau yang lain ialah, boleh berjalan di atas air, boleh membuka gari ditangannya sendiri untuk mengambil wuduk, boleh ghaib dan keluar dari sel tahanan di penjara sebanyak dua kali dan pergi bersolat jumaat di tiga tempat berlainan dalam satu masa.Beliau juga diracun berpuluh-puluh kali ketika dalam tahanan tetapi masih selamat dengan izin Allah swt.

Tekanan lebih hebat dikenakan ke atas beliau, terutamanya selepas kejatuhan kerajaan khilafah Uthmaniah dimana Kamal Attartuk menjadi Presiden Republic Turki. Said Nursi telah dibuang ke daerah pendalaman dan dikenakan hukuman penjara berkali-kali selama lebih dari 30 tahun dengan tujuan untuk menghapuskan pengaruh dakwah wali Allah swt yang terkenal ini.

Selepas Badiuzzaman Said Nursi meninggal dunia, orang ramai berduyun-duyun menziarahi pusara beliau.Keadaan ini menyebabkan pihak keselamatan terpaksa memindahkan kubur Said Nursi ke satu tempat yang tersembunyi.Bila kuburnya diselongkar, ternyata jasad wali Allah swt berserta kain kafannya itu masih utuh , tidak hancur walaupun setelah tiga bulan beliau disemadikan.

Walaupun dia sering mendakwa bukan seorang sufi, namun cara hidup dan amalannya adalah mirip seorang ulama sufi.Ketika meninggal dunia beliau hanya meninggalkan seutas jam tangan, jubah, serban dan wang sebanyak 20 lira.

Karangan beliau yang termasyhur iaitu Risalah al-Nur telah diterjemah kedalam 40 bahasa dan disebarkan keseluruh dunia.Ia merupakan satu tafsiran al-Quran yang disusun melebihi 130 tajuk.Secara umumnya risalah ini berkisar kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan akidah dan keimanan.Satu-satunya sumber rujukan untuk risalah ini ialah kitab suci al-Quran. Kebanyakan dari risalah – risalah tersebut ditulis ketika beliau dibuang daerah dan semasa beliau ditahan di dalam penjara.


Untuk membaca keseluruhan kisah hidup Badiuzzaman Said Nursi, ada sebuah buku yang ditulis oleh Novelis Abdul Latip Talib amat bagus untuk dibaca.Saya telah membaca buku tersebut selepas anak saya, peminat setia buku-buku tulisan Pak Latip telah membelinya beberapa bulan yang lalu.Buku tersebut elok dibaca oleh setiap melayu muslim.Kisah perjuangan dan pengorbanan beliau amat menarik untuk dihayati.

Al-Fatihah buat Allayarham Badiuzzaman Said Nursi, seorang pejuang dan pemikir islam yang bijaksana serta seorang pejuang kebenaran al-Quran.

*[Artikel ke- 253 Sangtawal Sakranta ]....


Thursday, June 21, 2012

Anakku, Perjuangan Kita Masih Belum Selesai !




Tajuk : Anakku, Perjuangan Kita Masih Belum Selesai !

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Kalau ikutkan hati saya, memang mahukan anak-anak belajar seni bela diri melayu seperti silat Gayong , Silat Cekak atau silat-silat yang lain, tapi sayang, pertubuhan silat melayu seperti itu jarang diajar di sekolah sekolah rendah.

Oleh kerana desakan yang kuat dari 3 orang anak lelaki saya untuk belajar seni bela diri, saya masukkan Along ( Tingkatan 1 ) belajar Taekwondo melalui Kelab Taekwondo sekolahnya.

Setelah meminta kebenaran dari gurunya, saya masukkan juga Angah ( darjah 3 ) dan Achik ( darjah 1 ) untuk belajar sama. Biarlah mereka belajar asas- asas seni bela diri dulu daripada tidak belajar lansung.

Seperti yang kita semua maklum, Taekwondo banyak menggunakan pergerakan kaki dan memerlukan jarak yang sesuai dengan lawan. Bila lawan mendekatkan diri dalam jarak 1 kaki , orang Taekwondo akan terasa sedikit lemas, tapi bagi orang Cekak atau orang Muay Thai pula, itulah jarak yang paling sesuai bagi mereka.






* Hari pertama Along, Angah dan Achik belajar TKD


Kelas mereka bermula bulan Februari 2012 yang lepas. Latihan hanya sekali seminggu. Alhamdulillah, nampaknya mereka bersemangat belajar dan berlatih di rumah

Di antara 3 orang adik beradik itu, guru mereka melihat Achik mempunyai bakat semulajadi dan boleh pergi lebih jauh dalam sukan Taekwondo ini jika cukup latihan dan rajin belajar.

Achik

Sekarang ini pun Achik sedang dilatih sebagai persediaan bertanding di Kejohanan Song Ki Young Cup yang akan berlansung di Songkla Thailand bulan Oktober ini. Setiap tahun Persatuan Taekwondo Negeri Kelantan dijemput untuk menghantar wakil ke Kejohanan ini. Doakan semoga Achik berjaya.

*Achik sedang berlatih


* Angah dan Achik pada sesi latihan TKD


Pada 25 Mei 2012 yang lepas, untuk menimba pengalaman dan membiasakan diri untuk bertarung dengan lawan, 3 orang anak saya telah menyertai Kejohanan Taekwondo ( WTF ) Sekolah- Sekolah / IPTA Negeri Kelantan Kali Ke- 11 , 2012 yang berlansung di Sek Men Chung Cheng Kota Bharu Kelantan. Suasana cukup meriah dan lebih kurang 300 orang peserta bertarung kalah-mati dalam berbagai kategori dari pagi sampai petang.


Achik yang diharapkan akan menang pada hari tersebut, tapi nasib tidak menyebelahinya kerana tewas awal-awal lagi pada perlawanan pusingan pertama. Mungkin Achik merasa takut atau berdarah gemuruh sedikit, maklumlah itu perlawanan pertama di usianya 7 tahun. Walaupun bermain dengan agak cantik dan bergaya Achik kalah juga dengan 2 mata.


* Achik bertopi biru


Angah pula telah menunjukkan prestasi yang mengejutkan, tidak disangka-sangka, anak kedua ini yang badannya agak berisi ( berat 51 kg, 9 tahun ) , raja lawak dirumah kami dan masuk kategori ulat buku , dengan semangat yang jitu dia berjaya melepasi 3 saringan dan melangkah ke final

*Angah sedang membuat sepakan di- pusingan 1

Nasib tidak menyebelahi Angah kerana dia tewas juga akhirnya dan hanya membawa pulang Pingat Perak bagi kategori ( kategori 9 tahun Berat 50 kg – 55 kg), namun itu sudah cukup membanggakan kerana itulah kali pertama Angah bertarung.

*Angah- bertopi biru pada pusingan akhir


*Angah dan pingat perak


Along pula tidak mengecewakan kami sekeluarga. Dia berjaya ke final dan meraih kejayaan yang cemerlang dengan membawa pulang Pingat Emas.


*Along- bertopi biru- pusingan 1


*Along- bertopi merah- pusingan akhir


Pada mulanya Along berasa agak gugup dan tidak yakin untuk menang, apa tidaknya semua peserta lawan memegang talipinggang hijau ke atas, manakala Along baru talipinggang kuning dan baru 4 bulan belajar.

Yang paling menarik sekali ialah baju Taekwondo ( WTF ) yang Along pakai tu adalah baju saya ketika saya memasuki Kelab Taekwondo di tahun 1 pengajian U dulu di USMKCK . Masih segar dalam memori bagaimana bersungguhnya guru kami ketika itu Mr Manimaram mengajar kami.

Waktu itu idola kami adalah senior tahun 3 , Zyrod Vun ( kini Dr Zyrod , mungkin dah jadi doktor pakar, lama tak jumpa) , budak Sabah, pemegang talipinggang hitam “3 Dan” waktu itu, banyak mewakili Universiti dalam kejohanan Taekwondo … fuh… kalau sparing ngan dia… baru kita nak start gerak je , kaki dia dah sampai atas kepala kita … hebat, hebat !!! teringat kembali pada teman-teman sepersatuan yang aktif seperti Albert, Yusmadi, Tok wan dan Amirullah...

Tapi sayang, dek kerana di tahun 2 pengajian saya dah pun berumahtangga, saya belajar Taekwondo pun sekerat jalan je lah …. he he he , Lagi pun masuk Taekwondo waktu tu perlu banyak keluar duit dan persatuannya sangat aktif, saya terpaksa utamakan pelajaran dan keluarga. Jadi kini, biarlah anak-anak saya pula yang aktif dalam persatuan. Saya akan menyokong mereka dari belakang setakat yang termampu. Setakat ini sukan berkuda dan sukan TKD yang menjadi minat mereka. Saya juga berdoa agar mereka tidak akan terjebak dengan gejala-gejala sosial yang tidak diingini.


*Pingat Emas Along


Saya menyakinkan Along bahawa kemenangan bukan terletak pada warna talipinggang, tetapi ia terletak pada hati yang berani dan kental untuk berjuang disamping otak yang cekap merancang dan mengatur serangan. Mungkin itulah pesan motivasi yang membakar semangat juang Along. Tahniah anakku.

Antara sebab utama saya menyuruh anak-anak belajar Taekwondo ialah kerana persatuan ini begitu aktif dan banyak menganjurkan perlawanan, jadi semakin banyak pertarungan yang mereka hadapi semakin banyak pengalaman yang mereka perolehi dan jiwa mereka menjadi semakin kental dan berani. Lagipun hanya dalam persatuan ini saja anak- anak melayu boleh berlawan dengan anak-anak India atau Cina , semoga anak-anak kita jadi biasa dengan rentak dan gerak kaum – kaum tersebut. Mungkin pengalaman ini penting bila anak-anak kita terpaksa berdepan dengan mereka pada masa depan!

Bila mereka meningkat dewasa , dan sudah bersedia zahir batin, Sudah pasti saya akan mewajibkan mereka menuntut ilmu sebenar seni bela diri melayu warisan sebenar nenek moyang kita yang penuh rahsia.

Anak-anak ku... sesungguhnya perjalanan kita ini masih jauh dan penuh liku . Pastinya perjuangan kita ini masih belum selesai... oleh itu belajarlah dan terus belajar... agar kalian semua mampu menjaga dan membela agama, bangsa dan negara bila dewasa nanti.

*[ Artikel ke- 251 Sangtawal Sakranta ]...


Monday, May 21, 2012

Baluh




Tajuk : Baluh

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin ramai di antara kita sudah tidak tahu apa itu “baluh” dan apakah fungsi baluh di alam melayu ini. Di negeri Kedah baluh disebut Jelapang atau Kepuk. Baluh , Kepuk atau Jelapang adalah merupakan satu binaan tempat simpanan padi selepas dituai sebelum diproses menjadi beras dengan menggunakan Lesung menumbuk padi atau dengan menggunakan mesin secara moden.

Kini Baluh sudah kehilangan fungsinya, malah semakin terpinggir dan dilupakan. Baluh atau jelapang terutamanya di negeri negeri sebelah utara kini hanya tinggal memori dan kalau ada pun sudah menjadi muzium keluarga atau telah diubah fungsinya menjadi stor barang.

Orang Melayu dulu pernah menjadikan Baluh sebagai lambang kekayaan mereka, semakin besar Baluh mereka, menandakan yang seseorang itu semakin kaya dan mempunyai tanah sawah padi yang luas. Selain itu orang melayu dahulu kala suka menyimpan padi sebagai stok makanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini seperti peperangan , kemarau panjang, banjir besar dan sebagainya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak terduga oleh mereka, mereka masih mempunyai sumber makanan yang menjadi asas keperluan utama untuk kelangsungan kehidupan manusia.

Sifat mengambil langkah berjaga-jaga ini semakin terhakis dalam masyarakat melayu kita sekarang.Mungkin juga kerana generasi muda kita ini tidak pernah merasai zaman derita dibawah penjajahan , zaman perang dan darurat.

Semoga orang melayu kita sedar dan kembali mengamalkan sikap berjaga-jaga ini. Lebih baik lagi jika dapat membina Baluh dan menyimpan makanan dalam bentuk padi. Padi tahan lama. Padi adalah bekal yang terbaik kerana disamping ia boleh diproses menjadi beras, ia juga boleh digunakan untuk penghasilan benih yang baru.Itu sebab penduduk pribumi seperti orang asli suka membawa bersama mereka padi huma sebagai bekal berpindah randah.

Lebih elok lagi sekiranya Baluh itu dibina oleh setiap orang melayu dirumah masing-masing dan diubah suai sedikit agar binaannya menjadi lebih kukuh dengan menggali kubu dibawahnya. Di waktu ini memang kita rasakan itu semua tidak perlu kerana Negara kita masih aman, namun sedarlah wahai orang melayu semua, di sebuah Negara jiran kita sehingga kini telah mempunyai lebih daripada 500 buah kubu bawah tanah yang boleh memuatkan kira-kira 900,000 nyawa. Untuk apa mereka dirikan begitu banyak kubu bawah tanah saudara saudaraku sekalian? Fikirkan.







Mereka juga telah bersedia dengan stok-stok makanan dan ubat-ubatan seperti berikut.




Sifat datuk nenek kita dahulu cukup berjaga-jaga, kalau tidak percaya pergi tanya mereka. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menyimpan sekurang-kurangnya sebilah golok atau keris dibawah bantal mereka ketika mereka itu tidur! Untuk apa itu semua saudara? Fikirkan. Pesanan ini diselitkan secara halus dalam sebuah peribahasa seperti “sediakan payung sebelum hujan”.

Jadi apa salahnya kita mengikuti cara mereka itu dengan mengambil sikap berjaga-jaga dan selalu berwaspada. Bayangkanlah jika Bandar Kuala Lumpur di bedil dan diserang dari udara, apa akan jadi saudara? Lebih teruk lagi Bandar KL tidak dilengkapi oleh Siren Amaran Serangan Udara seperti Ibukota Singapura atau Manila. Di Singapura, rakyatnya sudah dibiasakan dengan ujian bunyi siren amaran serangan udara ini sebulan sekali iaitu setiap minggu pertama tepat jam 12 tengahari.Mereka nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk ‘makan besar’!!!

Baca dan lihat dalam Hikayat Hang Tuah, beliau merupakan seorang pendekar sufi yang selalu berwaspada hatta ketika tidur pun beliau begitu berhati-hati.

“ Maka Sang Kertaksa masok-lah ka-dalam rumah Laksamana lalu ka-tempat tidor Laksamana. Maka di-lihat-nya kelakuan Laksamana tidor itu naga kepulir ( tidur bertindih nafas kanan-lambong kanan). Manakala keris panjang diselit di rusuk kiri dan keris penduanya ( keris pandaknya) diselit di rusok kanannya-kedudukan kedua tangan. Maka dalam hatinya: `Sunggoh-lah Laksamana ini hulubalang besar lagi penjurit kepetangan dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga).” ( Hikayat Hang Tuah - ms 250 )

Sila baca artikel di sini ,bagaimana sebuah negara kecil tetapi bercita-cita besar, sekutu zionis sedang membuat persiapan rapi untuk menempuh hari-hari sukar yang mendatang, namun apakah kita juga sudah bersedia ???

Oleh itu, mari sediakan payung dahulu sebelum hujan, barulah boleh berkata “ alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” dan barulah boleh berkata “ berpantang mati sebelum ajal” barulah kekal slogan “takkan melayu hilang di dunia” !!!

Dari dulu hingga kini saya amat tidak menyukai slogan “ 1 Malaysia ”, kerana pada pendapat saya slogan itu akan melemahkan melayu islam, matlamatnya kabur dan bermotifkan keuntungan politik sedangkan ia menghampiri ungkapan NWO - 1 World Government. Perpaduan yang diharapkan wujud hasil dari laungan 1 Malaysia itu hanya akan menjadi ‘Perpaduan Kosmetik’ dan ibarat telur dihujung tanduk! Saya tidak pasti samada ianya diungkap secara kebetulan atau sudahpun dirancang beratus-ratus tahun yang lalu oleh Freemason dan Illuminati yang menjadi hamba Dajjal dan Iblis. Mengikut plan mereka Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1 World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia sebenarnya merujuk kepada Government!

Perlu diingat sekali lagi saudaraku sekalian,Pada pendapat saya perancangan penubuhan sebuah Negara yang bernama Malaysia bermula seawal kedatangan Jesuit ke Nusantara iaitu St Francis Xavier.

Pergerakan menjayakan agenda mereka dijalankan secara senyap dan sulit. Pada tahu 1927 barulah batu asas Freemason diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.Namun satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis mengatakan bahawa nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Ini maknanya perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON.Nama Malaysia telah ada sebelum kita merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia pada 1963.

Selang 10 tahun selepas perletakan batu asas itu, penasihat luar USA Professor Rupert Emerson telah membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY .Kritikan perancangan penubuhan MALAYSIA juga telah dibuat pada tahun1937.USA gelarkan Professor ini sebagai "specialist on nationalism in Asia". Waktu itu beliau menjawat professor of political science and international relations in Harvard University.

Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk :

"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

seperti di atas telah dibuang oleh USA di dalam website rasminya setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.

Itu sebabnya saya lebih gemar menyebut nama Negara ini sebagai Tanah Melayu berbanding dengan nama Malaysia, kerana nama Malaysia ini sudah dirancang sebelum merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia lagi.

Alangkah indahnya jika slogan 1 Malaysia itu ditukar kepada “1 Melayu Semua Islam”.

Kini usaha-usaha kearah NWO semakin kuat, huru hara dan kacau bilau perlu sentiasa dicetuskan dan disegerakan. Teknik pecah dan perintah akan digunakan selepas itu oleh mereka.
Proksi mereka kali ini bukan dari orang luar, tetapi mungkin orang melayu juga terlibat.

Anda semua sila baca artikel- artikel dibawah ini dengan minda yang terbuka dan buangkan sentimen politik anda seketika. Selepas itu bertafakurlah sejenak, beristigfar dan mohonlah petunjuk dari Allah swt.

Artikel 1:


Artikel 2 :


Selamat membaca....

*[ Artikel ke - 150 sangtawal sakranta ]

Saturday, May 05, 2012

Apa Yang Orang Melayu Islam Patut Tahu.



Tajuk : Apa Yang Orang Melayu Islam Patut Tahu.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Kali ini saya hanya ingin berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca sekalian. Maklumat ini saya temui di blog seorang lelaki yang baru memeluk islam. Semoga kita semua sedar dan berhati-hati dengan agenda halus yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu untuk menghancurkan islam di bumi nusantara ini. Tulis beliau :

Pada tahun 2001, bertempat di Holiday Villa Resorts Langkawi, sebelum terjadinya insiden' 9/11' sekumpulan Paderi serta Pastor diseluruh dunia berkumpul disana dan agenda mereka adalah untuk 'mentarbiah Kristian" kepada seluruh Asia Tenggara , tujuan untuk "Mengembangkan Kristian kepada seluruh masyarakat di Asia Tengara'. Lebih kurang 3 minggu mereka menghabiskan masa untuk membuat strategi untuk tujuan ini, dan kini kita lihat, pergerakan Kristian ini ibarat virus' dan kini menjalar diserata pelosok negeri di negara kita.

Baca tulisan beliau seterusnya disini :

KLIK


Selepas itu saya mohon kepada anda semua agar membaca pula artikel sahabat seperjuangan saya ini –abatasa - dengan rasional dan hati terbuka :

KLIK

Juga sila baca artikel dibawah untuk mengetahui rancangan- rancangan jahat musuh islam :

KLIK


*[ Artikel ke-249 Sangtawal Sakranta ]...

Saturday, April 14, 2012

Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu



Tajuk : Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Orang melayu dulu – dulu memang tidak boleh dipisahkan dengan kain lilit pinggang yang disebut bengkong atau bengkung. Bagi wanita melayu, amalan berbengkong bukan sahaja menjadikan bentuk tubuh badan mereka bertambah menarik malah ianya juga dipercayai boleh mengelakkan perut menjadi buncit.Sehingga kini amalan memakai bengkong masih diamalkan terutamanya ketika lepas bersalin.

Bagi lelaki melayu pula, amalan berbengkong sudah menjadi lumrah harian mereka. Jika di negeri sebelah pantai timur, lelaki melayu dulu-dulu biasanya boleh dikatakan setiap dari mereka wajib memakai atau membawa dua helai kain yang disebut ‘kain lepas’[ nipis, panjang seperti selendang], satu untuk diikat di pinggang dan satu lagi untuk dililit pada kepala.

Bagi pendekar melayu pula, pelbagai warna, jenis dan cara berbengkong mempunyai makna dan rahsianya yang tersendiri.

Mengapa pula pendekar melayu mengamalkan melilit pinggang mereka sebelum makan? Dan cara makan orang melayu pula ialah duduk bersila?Jika dikaji dan diteliti, banyak rahsia yang tersembunyi dalam setiap perlakuan orang melayu itu sendiri.

Mengapa pula ketika ingin pergi berperang atau bertikam pendekar melayu melilitkan kain bengkong secara berlapis-lapis pada perut dan pinggangnya? Tentu ada rahsia besar yang tersembunyi .

*Berkain semutar di kepala dan berkain lepas sudah menjadi kebiasaan orang melayu dulu.

Bagi kebanyakan pendekar , seni keris merupakan seni tertinggi, namun ramai yang tidak tahu ada lagi seni yang lebih rahsia , contohnya ‘seni cindai’ dalam silat gayong yang menggunakan kain. Dikatakan ilmu seni Cindai itu pertama kali diperturunkan oleh ADMAR kepada anak perempuannya Siti Aisyah dan mula diajarkan ilmu ini kepada murid-murid yang terpilih hanya bermula pada tahun 1964. Dulu dikatakan Arwah Mahaguru Dato’ Meor pernah menggunakan hanya seutas tali tasi halus untuk mengerat dan memutuskan sebatang dahan pokok Rhu sebesar betis orang dewasa di Pantai Cahaya Bulan.

Tentang kain Bengkong yang dililit berlapis-lapis pada pinggang dan perut ini, mari kita soroti cerita bagaimana persediaan pemakaian Laksamana Hang Tuah sebelum berdepan dengan Hang Jebat.

“Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja, seraya memakai di hadapan raja: pertama dipakainya serual beledu hijau sampai kelutut-nya, sudah itu maka berkain hijau di-gansi yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan ikat pinggang khatifah tujoh belit bersurat ayat Quran dan berbaju kesumba murup bersurat do`a besar-besar dan memakai keris Parong sari itu. Maka mastul pemberian Syeikh Mansur itu di-pakai-nya…”

( Hikayat Hang Tuah - ms.313).


Dalam peristiwa itu, bila keris Taming Sari berada di tangan Hang Tuah, maka Hang Jebat tahu amat sukar untuk mengalahkan seni keris, tambahan pula, keris yang dipakai oleh Hang Tuah adalah Taming Sari, maka Hang Jebat teringat akan pesanan guru mereka Sang AdiPutra dan Sang Persentanala bahawa masih ada lagi seni lain yang boleh mengatasi seni keris, lalu Hang Jebat dengan pantas menarik kain langsir istana untuk dijadikan senjata, tapi malangnya ketika kain itu jatuh, ia menyelimuti tubuh Hang Jebat dan membatasi pergerakannya.Maka ketika itulah Hang Tuah mengambil kesempatan menikam sahabatnya itu.

Cerita sebab kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah sebenarnya banyak versi jika kita membaca dari berbagai sumber, namun apa yang cuba saya ketengahkan dalam artikel ini ialah masih ada lagi seni yang menggunakan ‘kain’ untuk berdepan dengan musuh.Namun harus diingat , seni ini perlu diisi dengan kebatinan peringkat tinggi dan biasanya hanya murid-murid terpilih sahaja yang diajar ilmu ini. Kita juga sepatutnya berbangga dengan amalan serta cara pemakaian orang-orang tua kita dahulu seperti berbengkong kerana ia mempunyai banyak rahsia yang tersembunyi.

Teringat pula kehebatan cerita Kiyai Salleh dengan selempang merah dan parang panjangnya yang terbang tanpa tuan memenggal kepala musuh ketika melawan komunis sehingga diiktiraf oleh Almarhum Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim sebagai Panglima Melayu pada tahun 1945 . Itu adalah contoh berkaitan dengan seni kain juga , dalam bentuk selempang…



*Selempang merah dan parang panjang


Ermm... semoga masih lagi ada melayu yang mengamalkan seni-seni rahsia seperti diatas.... dan semoga Tak kan Melayu Hilang Di Dunia...


*[ Artikel ke- 247 Sangtawal Sakranta ]



Thursday, March 29, 2012

Fitnah Dajjal : Pertubuhan Gay Muslim.




Tajuk : Fitnah Dajjal : Pertubuhan Gay Muslim.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Masyarakat muslim di Negara kita tidak terlepas dari ancaman ini sekiranya kita tidak peka dengan persekitaran dan perkembangan dunia semasa.Tanpa disedari anak muda yang kita harapkan bila dewasa nanti akan menjadi tiang Negara akan tewas dengan fitnah Dajjal ini, iaitu akan terjebak dengan perangkap LGBT.

Jangan salahkan takdir jika terjebak dalam gejala sonsang ini, sila salahkan diri sendiri kerana menurut National Association For Research & Therapy Of Homosexuality ( NARTH ) :

“Tiada bukti menunjukkan Homoseksualiti bersifat genetik dan tiada penyelidikan mendakwa kewujudannya”

Ia juga diakui oleh American Psychiatric Association yang turut mengesahkan bahwa tiada kajian saintifik yang menyokong bahawa manusia memang dilahirkan sebagai Gay.



Untuk merealisasikan rancangan jahatnya Dajjal menggerakkan wakil-wakilnya di seluruh dunia untuk memperjuangan nasib golongan ini.

Kini sudah terdapat beberapa pertubuhan gay yang mempunyai ahli yang terdiri dari orang-orang islam seperti berikut :

Gay and Lesbian Arabic Society (GLAS):

Sebuah pertubuhan antarabangsa diasaskan sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat.Matlamat penubuhan adalah untuk memperkenalkan imej gay agar dipandang positif oleh masyarakat dunia dan memadamkan tanggapan negatif kepada golongan mereka.

Yayasan Al-Fatiha:

Sebuah pertubuhan muslim gay, lesbian dan transeksual yang di asaskan oleh seorang warga Pakistan Amerika bernama Faisal Alam pada tahun 1998. Ia mempunyai 14 cawangan di Amerika Syarikat, England, Kanada, Sepanyol, Turki dan Afrika Selatan.

Salaam : Queer Muslim Community:

Ditubuhkan di Kanada, untuk menarik golongan muslim yang terlibat dalam aktiviti gay, lesbian, biseksual dan transeksual menyertai mereka.

Imaan:

Diasaskan oleh aktivis gay yang berbangsa Pakistan.Mereka ini adalah penyokong tegar LGBT.


*Antara Bendera Pengikut Dajjal di akhir zaman !


Itulah beberapa nama pertubuhan gay muslim yang sedia ada, mungkin sehingga kini masih banyak lagi pertubuhan-pertubuhan gay yang masih menyembunyikan diri. Mereka hanya menunggu masa saja untuk menonjolkan diri. Itulah sebabnya ada sesetengah pihak yang beria-ia sangat untuk membuat demonstrasi memperjuangkan LGBT di Negara kita kerana mereka tahu bahawa sudah ada ramai golongan gay di Negara ini yang akan meyokong mereka dari belakang. Mungkin juga mereka sedang menungu seorang tokoh yang digelar “Biseksual” itu menjadi Pemimpin Negara, barulah impian mereka akan tercapai.

Oleh itu, katakan TIDAK kepada pemimpin Biseksual.

Katakan TIDAK juga kepada Parti Politik jahat yang menyokong LGBT.


*[ Artikel ke-246 Sangtawal Sakranta ]...


Monday, March 05, 2012

Janggi Gerdana Dan Perjalanan Bala Tentera Inderaputera



Tajuk : Janggi Gerdana Dan Perjalanan Bala Tentera Inderaputera.

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Dalam Hikayat Inderaputera, ada diceritakan bahawa Inderaputera ada memiliki seekor kuda bernama Janggi Gerdana, yang diperolehi dari dalam sebuah gua tempat perbendaharaan rahsia Raja Baharum Tabak. Pintu gua tersebut dijaga oleh seekor ular bernama Ular Mamdud. Gua itu terletak disebelah matahari mati, selepas meredah padang yang luas, iaitu antara gunung-gunung yang tinggi .

[[ Syahadan di dalam perbendaharaan itu ada empat puluh bilik. Maka dilihatnya oleh Inderaputera segala bilik itu penuh dengan benda yang mulia-mulia daripada emas dan perak…. Maka dilihatnya pakaian yang indah- indah di bilik yang lain. Kemudian masuklah pula ia kedalam sebuah bilik yang lain lagi. Maka dilihatnya beberapa alat peperangan daripada taming dan lesir dan zirah serta ketopong dan pedang dan segala kelengkapan maka penuhlah.

Maka Inderaputera pun hairan melihat bilik-bilik itu penuh dengan beberapa pakaian daripada mahkota raja yang dahulu-dahulu kala

Kuda Janggi Gerdana .. warnanya hijau, kepantasannya umpama kilat. Pelananya bertatahkan ratna mutu maknikam tertulis nama “Janggi Gerdana” ]] . [ Hikayat Inderaputera – m/s 81 ].

Dalam Hikayat ini juga diceritakan betapa gah dan hebatnya perjalanan Inderaputera bersama bala tenteranya :

[[ Hatta maka seketika lagi maka kedengaranlah sekalian bunyi-bunyian terlalulah azmat bunyinya berbagai-bagai ragam daripada harebab kecapi, dandi, muri, serdam, madali, kopak, ceracap, merangu, nafiri terlalu ramai. Maka kelihatan seratus empat puluh tombak yang keemasan berikatkan emas dan intan dikarang gemerlapan seperti bintang di langit. Syahadan maka terdirilah jogan alamat kerajaan yang indah-indah daripada ratna mutu maknikam,dan empat puluh anak raja-raja yang memakai pedang kerajaan berhulukan maknikam dan bersarungkan emas dan bertatahkan intan baiduri. Arakian empat puluh payung kuning terlalu indah-indah rupanya dan pada kemuncaknya itu dibubuhnya gemala terlalu amat bercahaya-cahaya gilang gemilang gemerlapan rumbai-rumbainya mutiaranya itu daripada intan baiduri nilam pualam puspa ragam sekaliannya gemercing bunyinya adalah laksana bunyi buluh perindu bunyinya itu terlalu amat merdu akan sekalian hati mendengar akan dia.

Maka dibawah payung itulah Inderaputera datang mengenderai di atas kudanya yang bernama Janggi Gerdana. Maka pelana kudanya itu daripada emas sepuluh mutu yang bertatahkan ratna mutu maknikam dan pakaiannya terlalu indah-indah serta menyandangkan pedang yang beremas dan pada kanannya Inderaputera itu Dikar Alam, dan dari kirinya itu Dikar Agus dan dihadapannya itu Dikar Kilat dan dibelakangnya itu Dikar Seruna. Maka segala hulubalang itu memakai pakaian gemala hikmat dan rakyatnya pun demikian juga sekalian itu mustaiblah dengan alat senjatanya dan ada memakai zirah berbagai-bagai warnanya. Kalakian maka Inderaputera pun berjalanlah diiringkan oleh segala bala tenteranya sekalian.]]
[ Hikayat inderaputera- m/s 137 – 138 ]

Kuda dikatakan akan menjadi satu jenis kenderaan utama di dalam syurga.Saya petik sedikit tulisan dari buku ini : “Pengembaraan Roh Merentasi 7 Destinasi”
( Tulisan Muhammad Isa Selamat, terbitan Darul Nu’man, cetakan ke-2 1999, m/s226 – 227 ) :

[[ Kuda Dalam Syurga:

Dalam hal ini ada Hadis yang bermaksud : Ada seorang bertanya kepada Nabi SAW : Apakah ada kuda dalam Syurga? Jawab Nabi SAW : Jika engkau dimasukkan Allah ke dalam syurga, maka engkau akan menunggang kuda dari yakut merah. Engkau akan menungganginya kemana suka. [ Riwayat Tirmizi].

Didalam Hadis Al Bara’I Nabi saw mengatakan bahawa didalam syurga itu orang selalu menunggangi kuda tangkas lagi kuat. Kuat lari kuda itu bukan main cepatnya. Dalam menafsirkan hadis ini Hasan Basri mengatakan : Di waktu memasuki pintu syurga iaitu mereka disambut oleh wildan, iaitu anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Anak-anak ini menunggang kuda dari yakut merah dan bulunya terbuat dari emas. Nabi mengatakan bahawa di dalam syurga itu orang berpergian kemana suka mengenderai unta muthiah dan kuda najib. Dan pada hari lainnya mereka menunggangi kuda berpelana dan bertali kekang. Kuda ini tidak pernak berak dan kencing.Orang akan menungganginya kemana suka . [ Riwayat Tirmizi ] ]]

P/ssstt !!! … oleh itu kepada mereka yang tidak sempat membeli, memelihara atau menunggang kuda semasa hayatnya di dunia ini, janganlah bersedih, kita akan berkesempatan untuk menunggangnya di akhirat nanti iaitu didalam Syurga jika diizinkan oleh Allah swt .. InsyaAllah …

Mohonlah keampunan, rahmat dan keredhaan Allah swt selalu … Amin.


*[ Artikel ke-245 Sangtawal Sakranta ] ....