Monday, May 21, 2012

Baluh




Tajuk : Baluh

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Mungkin ramai di antara kita sudah tidak tahu apa itu “baluh” dan apakah fungsi baluh di alam melayu ini. Di negeri Kedah baluh disebut Jelapang atau Kepuk. Baluh , Kepuk atau Jelapang adalah merupakan satu binaan tempat simpanan padi selepas dituai sebelum diproses menjadi beras dengan menggunakan Lesung menumbuk padi atau dengan menggunakan mesin secara moden.

Kini Baluh sudah kehilangan fungsinya, malah semakin terpinggir dan dilupakan. Baluh atau jelapang terutamanya di negeri negeri sebelah utara kini hanya tinggal memori dan kalau ada pun sudah menjadi muzium keluarga atau telah diubah fungsinya menjadi stor barang.

Orang Melayu dulu pernah menjadikan Baluh sebagai lambang kekayaan mereka, semakin besar Baluh mereka, menandakan yang seseorang itu semakin kaya dan mempunyai tanah sawah padi yang luas. Selain itu orang melayu dahulu kala suka menyimpan padi sebagai stok makanan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini seperti peperangan , kemarau panjang, banjir besar dan sebagainya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak terduga oleh mereka, mereka masih mempunyai sumber makanan yang menjadi asas keperluan utama untuk kelangsungan kehidupan manusia.

Sifat mengambil langkah berjaga-jaga ini semakin terhakis dalam masyarakat melayu kita sekarang.Mungkin juga kerana generasi muda kita ini tidak pernah merasai zaman derita dibawah penjajahan , zaman perang dan darurat.

Semoga orang melayu kita sedar dan kembali mengamalkan sikap berjaga-jaga ini. Lebih baik lagi jika dapat membina Baluh dan menyimpan makanan dalam bentuk padi. Padi tahan lama. Padi adalah bekal yang terbaik kerana disamping ia boleh diproses menjadi beras, ia juga boleh digunakan untuk penghasilan benih yang baru.Itu sebab penduduk pribumi seperti orang asli suka membawa bersama mereka padi huma sebagai bekal berpindah randah.

Lebih elok lagi sekiranya Baluh itu dibina oleh setiap orang melayu dirumah masing-masing dan diubah suai sedikit agar binaannya menjadi lebih kukuh dengan menggali kubu dibawahnya. Di waktu ini memang kita rasakan itu semua tidak perlu kerana Negara kita masih aman, namun sedarlah wahai orang melayu semua, di sebuah Negara jiran kita sehingga kini telah mempunyai lebih daripada 500 buah kubu bawah tanah yang boleh memuatkan kira-kira 900,000 nyawa. Untuk apa mereka dirikan begitu banyak kubu bawah tanah saudara saudaraku sekalian? Fikirkan.







Mereka juga telah bersedia dengan stok-stok makanan dan ubat-ubatan seperti berikut.




Sifat datuk nenek kita dahulu cukup berjaga-jaga, kalau tidak percaya pergi tanya mereka. Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menyimpan sekurang-kurangnya sebilah golok atau keris dibawah bantal mereka ketika mereka itu tidur! Untuk apa itu semua saudara? Fikirkan. Pesanan ini diselitkan secara halus dalam sebuah peribahasa seperti “sediakan payung sebelum hujan”.

Jadi apa salahnya kita mengikuti cara mereka itu dengan mengambil sikap berjaga-jaga dan selalu berwaspada. Bayangkanlah jika Bandar Kuala Lumpur di bedil dan diserang dari udara, apa akan jadi saudara? Lebih teruk lagi Bandar KL tidak dilengkapi oleh Siren Amaran Serangan Udara seperti Ibukota Singapura atau Manila. Di Singapura, rakyatnya sudah dibiasakan dengan ujian bunyi siren amaran serangan udara ini sebulan sekali iaitu setiap minggu pertama tepat jam 12 tengahari.Mereka nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk ‘makan besar’!!!

Baca dan lihat dalam Hikayat Hang Tuah, beliau merupakan seorang pendekar sufi yang selalu berwaspada hatta ketika tidur pun beliau begitu berhati-hati.

“ Maka Sang Kertaksa masok-lah ka-dalam rumah Laksamana lalu ka-tempat tidor Laksamana. Maka di-lihat-nya kelakuan Laksamana tidor itu naga kepulir ( tidur bertindih nafas kanan-lambong kanan). Manakala keris panjang diselit di rusuk kiri dan keris penduanya ( keris pandaknya) diselit di rusok kanannya-kedudukan kedua tangan. Maka dalam hatinya: `Sunggoh-lah Laksamana ini hulubalang besar lagi penjurit kepetangan dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga).” ( Hikayat Hang Tuah - ms 250 )

Sila baca artikel di sini ,bagaimana sebuah negara kecil tetapi bercita-cita besar, sekutu zionis sedang membuat persiapan rapi untuk menempuh hari-hari sukar yang mendatang, namun apakah kita juga sudah bersedia ???

Oleh itu, mari sediakan payung dahulu sebelum hujan, barulah boleh berkata “ alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan” dan barulah boleh berkata “ berpantang mati sebelum ajal” barulah kekal slogan “takkan melayu hilang di dunia” !!!

Dari dulu hingga kini saya amat tidak menyukai slogan “ 1 Malaysia ”, kerana pada pendapat saya slogan itu akan melemahkan melayu islam, matlamatnya kabur dan bermotifkan keuntungan politik sedangkan ia menghampiri ungkapan NWO - 1 World Government. Perpaduan yang diharapkan wujud hasil dari laungan 1 Malaysia itu hanya akan menjadi ‘Perpaduan Kosmetik’ dan ibarat telur dihujung tanduk! Saya tidak pasti samada ianya diungkap secara kebetulan atau sudahpun dirancang beratus-ratus tahun yang lalu oleh Freemason dan Illuminati yang menjadi hamba Dajjal dan Iblis. Mengikut plan mereka Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1 World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia sebenarnya merujuk kepada Government!

Perlu diingat sekali lagi saudaraku sekalian,Pada pendapat saya perancangan penubuhan sebuah Negara yang bernama Malaysia bermula seawal kedatangan Jesuit ke Nusantara iaitu St Francis Xavier.

Pergerakan menjayakan agenda mereka dijalankan secara senyap dan sulit. Pada tahu 1927 barulah batu asas Freemason diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.Namun satu kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis mengatakan bahawa nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.Ini maknanya perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON.Nama Malaysia telah ada sebelum kita merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia pada 1963.

Selang 10 tahun selepas perletakan batu asas itu, penasihat luar USA Professor Rupert Emerson telah membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY .Kritikan perancangan penubuhan MALAYSIA juga telah dibuat pada tahun1937.USA gelarkan Professor ini sebagai "specialist on nationalism in Asia". Waktu itu beliau menjawat professor of political science and international relations in Harvard University.

Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk :

"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

seperti di atas telah dibuang oleh USA di dalam website rasminya setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.

Itu sebabnya saya lebih gemar menyebut nama Negara ini sebagai Tanah Melayu berbanding dengan nama Malaysia, kerana nama Malaysia ini sudah dirancang sebelum merdeka dan sebelum penubuhan Negara Malaysia lagi.

Alangkah indahnya jika slogan 1 Malaysia itu ditukar kepada “1 Melayu Semua Islam”.

Kini usaha-usaha kearah NWO semakin kuat, huru hara dan kacau bilau perlu sentiasa dicetuskan dan disegerakan. Teknik pecah dan perintah akan digunakan selepas itu oleh mereka.
Proksi mereka kali ini bukan dari orang luar, tetapi mungkin orang melayu juga terlibat.

Anda semua sila baca artikel- artikel dibawah ini dengan minda yang terbuka dan buangkan sentimen politik anda seketika. Selepas itu bertafakurlah sejenak, beristigfar dan mohonlah petunjuk dari Allah swt.

Artikel 1:


Artikel 2 :


Selamat membaca....

*[ Artikel ke - 150 sangtawal sakranta ]

11 comments:

  1. salam ummatmalayu
    salam tuan sangtawal
    kerana lubuk penawar

    Tulis tuan amat berilmu untuk bangsa mala hayati
    Banyak lagi bahasa@perkataan malayu(purba)sudah tidak diketahui oleh para generasi dinikala.

    Contoh sperti tuan tulis ......iaitu Baluh(Sebenarnya ejaannya ialah BALLUH')maksudnya sperti tuan telah jelaskan

    contoh(II)Perkatan malayupurba...
    seperti berikut:

    1)...kok
    2)....Sallang
    3)....Langgar
    4)...Parau
    5)...Lakkas
    6)...Mallakka
    7)...Pallimbang
    8)...Saggor
    9)...Lan
    10)..Lanka
    11)...dan tak terkira......kita ummat malayu kini telah tersasar jauh dari asal bahasa dan pengertian sebenarnya........

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan SangTawal...

    Menarek pendedahan artikel tuan, byk lagi rahsia orang Melayu kite yg generasi kini sudah tidak lagi berminat utk mengetahuinya, begitu juga sy, maseh byk lagi perlu d cari...

    Perancangan demi perancangan mrk aturkan utk melemahkan bangsa kita ttp berbanggalah bg mereka yg sentiasa berusaha meletakkan kepentingan adat budaya bangsa d hadapan, semoga Tuhan memperlihatkan sesuatu yg tidak di jangka di masa hadapan.

    terima kaseh tuan dan terima kaseh juga nadzallihoo menarek juga maklumat tuan.

    zaim zaiman

    ReplyDelete
  3. apa susah2..kan mung orge umno..bg la cadangan ke minta la BR2M ke kat najib..khas utk skim jelapang..@ pon suruh umno gubal undang2 setiap umah musti ade jelapang..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  4. mung ni otok tak lepah dr politik, oghe cito general, politik jugok hok mung pk.. meme mangso dajjal la mung ni anonymous 12:00PM.. mung pegi la ngaji pondok banyok2.. mung tok suko baco sini gi main jauh2 nung

    ReplyDelete
  5. hok alo..saloh ko cadange kawe ni..baek mung bagi cadange ada jugak pekdahnya..mung ckp kat kawe ko kat tuan umah..nnti kecik ati tuan umah..tuan umah kan skit2 cita hal politik.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum...wrt,
    Ya, benar kata nasihat tuan, semoga warga bangsa Melayu sedar, bangkit dan berjuang menegakkah kebenaran dengan berkat kalimah Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah.
    InsyaAllah. Wassalam.

    ReplyDelete
  7. sokong bro tawal...

    aku pun tak minat 1 malaysia...tapi mesti sesuatu yang najib rancangkan...

    era dia lebih teruk dari tun razak kerana kebodohan pak lah...

    ReplyDelete
  8. kawe ghoyat ke mung la.. cadange mung xsaloh.. kawe hok emosional.. kawe mitok maap la.. ok la bye..

    ReplyDelete
  9. Adalah amat malang bertapa bangsa kita tersasar jauh dari permulaan bangsa kerana kita telah kehilangan titik permulaan bahasa dan tulisan tertua(purba)

    Kita tidak berjaya menyambung bahasa dan tulisan yang digunapakai oleh para datuk nenek moyang(Dari asal dua manusia iaitu Adam dan hawa) sehingga keadaan ini meyulitkan dan kini kita masih tercari-cari dari mana permulaan bangsa(bahasa) melayu. Adapun hanyalah panduan dan petunjuk dari bangsa lain(terutamanya bangsa penjajah)

    Adakah kita boleh mengenal apakah bahasa dan tulisan sejak berzaman yang mana telah melingkari dan berentetan dari dua manusia? Saya telah menemui banyak fakta ini dalam prasasti2 yang berselerakan di dunia.

    sekian terima kasih.khas pada sangtawal

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Wrt..

    Penah tak saudara bermimpi apa2 berkaitan berkumpul semula dengan semua keturunan2 asal..Setahu sy,pada mereka2 yang dipilih oleh Allah pada akhir zaman ini,akan dikumpulkan semula bagi tujuan sesuatu.Ianya bukanlah seperti pertubuhan2 seperti sediaada sekarang,dibuat secara lahiriah,tapi berkumpul apabila setiap seorang mendapat alamat masing2 dari Allah..Bukan diajak untuk berkumpul..saudara faham tak maksud sy?kalau saudara ada nak kongsikan sesuatu secara private bleh email sy di dragonflymohd114@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Lucky Club Casino Site Review, Bonus, Games, Jackpots
    Lucky Club Casino is one of the more unique online casinos in Asia. Its focus is on the sports betting market, where players from the USA can luckyclub

    ReplyDelete