Saturday, April 14, 2012

Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu



Tajuk : Rahsia Bengkong Lilit Pinggang Orang Melayu

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Orang melayu dulu – dulu memang tidak boleh dipisahkan dengan kain lilit pinggang yang disebut bengkong atau bengkung. Bagi wanita melayu, amalan berbengkong bukan sahaja menjadikan bentuk tubuh badan mereka bertambah menarik malah ianya juga dipercayai boleh mengelakkan perut menjadi buncit.Sehingga kini amalan memakai bengkong masih diamalkan terutamanya ketika lepas bersalin.

Bagi lelaki melayu pula, amalan berbengkong sudah menjadi lumrah harian mereka. Jika di negeri sebelah pantai timur, lelaki melayu dulu-dulu biasanya boleh dikatakan setiap dari mereka wajib memakai atau membawa dua helai kain yang disebut ‘kain lepas’[ nipis, panjang seperti selendang], satu untuk diikat di pinggang dan satu lagi untuk dililit pada kepala.

Bagi pendekar melayu pula, pelbagai warna, jenis dan cara berbengkong mempunyai makna dan rahsianya yang tersendiri.

Mengapa pula pendekar melayu mengamalkan melilit pinggang mereka sebelum makan? Dan cara makan orang melayu pula ialah duduk bersila?Jika dikaji dan diteliti, banyak rahsia yang tersembunyi dalam setiap perlakuan orang melayu itu sendiri.

Mengapa pula ketika ingin pergi berperang atau bertikam pendekar melayu melilitkan kain bengkong secara berlapis-lapis pada perut dan pinggangnya? Tentu ada rahsia besar yang tersembunyi .

*Berkain semutar di kepala dan berkain lepas sudah menjadi kebiasaan orang melayu dulu.

Bagi kebanyakan pendekar , seni keris merupakan seni tertinggi, namun ramai yang tidak tahu ada lagi seni yang lebih rahsia , contohnya ‘seni cindai’ dalam silat gayong yang menggunakan kain. Dikatakan ilmu seni Cindai itu pertama kali diperturunkan oleh ADMAR kepada anak perempuannya Siti Aisyah dan mula diajarkan ilmu ini kepada murid-murid yang terpilih hanya bermula pada tahun 1964. Dulu dikatakan Arwah Mahaguru Dato’ Meor pernah menggunakan hanya seutas tali tasi halus untuk mengerat dan memutuskan sebatang dahan pokok Rhu sebesar betis orang dewasa di Pantai Cahaya Bulan.

Tentang kain Bengkong yang dililit berlapis-lapis pada pinggang dan perut ini, mari kita soroti cerita bagaimana persediaan pemakaian Laksamana Hang Tuah sebelum berdepan dengan Hang Jebat.

“Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja, seraya memakai di hadapan raja: pertama dipakainya serual beledu hijau sampai kelutut-nya, sudah itu maka berkain hijau di-gansi yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan ikat pinggang khatifah tujoh belit bersurat ayat Quran dan berbaju kesumba murup bersurat do`a besar-besar dan memakai keris Parong sari itu. Maka mastul pemberian Syeikh Mansur itu di-pakai-nya…”

( Hikayat Hang Tuah - ms.313).


Dalam peristiwa itu, bila keris Taming Sari berada di tangan Hang Tuah, maka Hang Jebat tahu amat sukar untuk mengalahkan seni keris, tambahan pula, keris yang dipakai oleh Hang Tuah adalah Taming Sari, maka Hang Jebat teringat akan pesanan guru mereka Sang AdiPutra dan Sang Persentanala bahawa masih ada lagi seni lain yang boleh mengatasi seni keris, lalu Hang Jebat dengan pantas menarik kain langsir istana untuk dijadikan senjata, tapi malangnya ketika kain itu jatuh, ia menyelimuti tubuh Hang Jebat dan membatasi pergerakannya.Maka ketika itulah Hang Tuah mengambil kesempatan menikam sahabatnya itu.

Cerita sebab kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah sebenarnya banyak versi jika kita membaca dari berbagai sumber, namun apa yang cuba saya ketengahkan dalam artikel ini ialah masih ada lagi seni yang menggunakan ‘kain’ untuk berdepan dengan musuh.Namun harus diingat , seni ini perlu diisi dengan kebatinan peringkat tinggi dan biasanya hanya murid-murid terpilih sahaja yang diajar ilmu ini. Kita juga sepatutnya berbangga dengan amalan serta cara pemakaian orang-orang tua kita dahulu seperti berbengkong kerana ia mempunyai banyak rahsia yang tersembunyi.

Teringat pula kehebatan cerita Kiyai Salleh dengan selempang merah dan parang panjangnya yang terbang tanpa tuan memenggal kepala musuh ketika melawan komunis sehingga diiktiraf oleh Almarhum Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim sebagai Panglima Melayu pada tahun 1945 . Itu adalah contoh berkaitan dengan seni kain juga , dalam bentuk selempang…



*Selempang merah dan parang panjang


Ermm... semoga masih lagi ada melayu yang mengamalkan seni-seni rahsia seperti diatas.... dan semoga Tak kan Melayu Hilang Di Dunia...


*[ Artikel ke- 247 Sangtawal Sakranta ]



15 comments:

  1. salam sejahtera semua,

    Melayu itu indah dari pelbagai sudut...sedih,kenapa zaman kini,budaya sendiri dipijak,budaya bangsa lain dijunjung...

    ReplyDelete
  2. so, apa rahsia rahsianya? Artikel terlalu umum tanpa ada sebarang rahsia yg diceritakan?

    ReplyDelete
  3. Assalam,
    Kalau dah cerita semua, bukanlah lagi RAHSIA namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kata mu.....emas yg digali lebih tinggi mutunya dari emas yang ditemui dipermukaan bumi.....demi maruah bangsa berusaha lah kalian mencari kembali rumpun warisan melayu ini...

      Delete
  4. salam,

    terima kasih atas komen anda semua.

    orang tak bagi ikan, orang bagi kail, jadi kena pergi kail sendiri lah ikannya... he he he...

    ReplyDelete
  5. salam...

    masalah skg..org bagi kail.. bile da dpt kail ..tak tau lubuk mane ade ikan... ilmu kurang... maka tuan kene suluhkan jalan itu.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Ini semua kesesatan org dulu yang membuat perjanjian dengan jin utk menzahirkan kehebatan dan perkara mencarik adat... Perjanjian yang beserta pantang larang inilah yang menyebabkan syirik maka mereka ini tidak layak dipanggil Melayu lagi kerana sudah tidak Melayu lagi bila tidak Islam... Islam Melayu, Melayu Islam.

    ReplyDelete
  7. 1. alahai kesiannya Anon April 17, 2012 2:38 pm....
    2. orang melayu dulu sesat? org sekarang?
    3. perjanjian dengan jin? siapa? Hang Tuah? Kiyai Salleh? Kenal ke mereka?
    4. mencarik adat dalam ilmu islam ialah karamah. ada istilah lain lagi tapi maksudnya sama cuma bergantung kepada siapa yang dapat mencarik adat.....
    5. jika wali disebut karamh. jika nabi disebut mukjizat. pada org bukan islam digelar istidraj. pada orang islam umum yang soleh mehnah dst...
    6.

    ReplyDelete
  8. 6. jumpa doktor tak sama ke dengan jumpa bomoh dari segi maksud?
    7. pantang larang dari doktor ada kaitan dengan jin ke?
    8. fahamkan maksud bukan perkataan demi perkataan kerana melayu itu indah. yang indah itu seni, yang seni itu halus. yang halus bukan semestinya jin.
    9. allah itu maha indah dan suka kepada keindahan.
    10. halus dalam bahasa dan penyampaian adalah sifat orang melayu dulu yang semakin terhakis dari sifat orang melayu sekarang?
    11. nak salah kan sape?
    12. tak payahlah nak salahkan sape2....
    13. tentu ada hikmah dan hikmah itu didapati pada ahinya....
    14. jika kita rajin berfikir setelah menelaah pasti dapat membaca apa yang tersirat di sebalik apa yang telah disurat.
    15. jika tidak, lakukan solat atau berdoa mahupun bertawasul maka ada jawapannya cuma kita tidak boleh memaksa.
    16. sbg hamba Allah yg baik jika mampu redha itu paling aula.... jika ada kekuatan akal maka berfikirlah. jika ada kekuatan perasaan maka carilah hikmah. jika ada kekuatan nafsu maka didiklah kepada jalan Tuhan.
    17. tiada ciptaan dan takdir allah yang sia2...
    18. yang ada ialah manusia yangg lupa dan suka berbuat sia2.... sesuailah dengan maksud INSAN.....
    19. sebab tu ada kitab Peringatan Buat yang Lupa nukilan Abu Laits As Samarqandi yang sudah pun diterjemahkan dalam bahasa kita.
    20. yang baik ambillah, yang buruk tinggalkan.

    ReplyDelete
  9. Saudara ikhwan2011..sy ingin bertanya..awk bertalaqi??

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera semua,

    saya jemput tuan empunya blog untuk turut sama berbincang tentang isu kepercayaan dari sudut pandangan seorang manusia biasa...mungkin secara general saja...apatah lagi ia berkaitan dengan kepercayaan dan semestinya bukan satu perkara enteng untuk kita tolak tepi...kita perlu pasti dengan sepastinya pegangan apa yang sedang kita ikuti sekarang,adakah pegangan ikut2an atau ianya originality dari diri sendiri...

    silakan semua..saya jemput...

    terima kasih,
    sekian.

    ps:saudara ikhwan 2011,saya suka pandangan anda...selamat berkenalan,jemput ke blog kami...

    -Annur-

    ReplyDelete
  11. Salam Sang Tawal & semua pembaca...

    Penulisan yang amat memberi pengetahuan.

    Atau setidak-tidaknya dapat melahirkan keinginan untuk mencari & mencari...

    Kain bengkung.
    Ikat pula mengelilingi perut.
    Mcm kiam ketika solat.

    Mengapa di perut?

    Apa perut tu sebenarnya?

    Tempat berkumpul/pusat sekalian nafsu?

    Atau tempat berkumpul/pusat sekalian nafas.

    Tiba dengan nafas,
    pulang juga dengan nafas.

    Jadi, kenalilah nafas kita.

    ReplyDelete
  12. Salam...saya pembaca setia blog ini. Saya nak minta pendapat Sang Tawal tentang pemimpin yang mana isteri-isteri tidak bertudung, tidak menutup aurat. Kalau diperhatikan ramai Permaisuri kepada Sultan Melayu tidak bertudung, sedangkan Sultan adalah penjaga agama Islam dan menutup aurat itu sendiri wajib dalam Islam. Adakah Mufti-mufti tidak menegur? Sekian saja harap dapat jawapan dari tuan.

    Hamba yang mencari kebenaran,
    WS

    ReplyDelete