Thursday, June 03, 2010

Pahlawan-Pahlawan Kebodohan



Tajuk : Pahlawan-Pahlawan Kebodohan

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta


Imam Al-Ghazali menulis kisah kebodohan dan cahaya,mengenai bagaimana pahlawan-pahlawan akal memiliki musuh yang merupakan pahlawan-pahlawan kebodohan:

Tuhan menciptakan akal- makhluk pertama di antara makhluk-makhluk rohani (ruhaniah)- daripada cahayaNya disisi kanan takhtaNya. Dia berkata kepada akal : “Berpalinglah daripadaKu” , maka akal pun berpaling .Lalu Dia berkata, “berpalinglah kepadaKu”, maka akal pun berpaling kepadaNya.

Kemudian Tuhan berkata : “Aku menciptakan makhluk yang hebat dan memuliakannya di atas semua makhluk ciptaanKu”.

Lalu Dia menciptakan kebodohan daripada lautan yang gelap dan asing.

Dia berkata :

“berpalinglah daripadaKu” , maka kebodohan pun berpaling.Kemudian Dia berkata :

“berpalinglah kepadaKu” , tetapi kebodohan tidak berpaling kepadaNya.

“Apakah kamu berlagak sombong?” , lalu Tuhan mengutuk kebodohan.

Maka Tuhan memilih 50 pahlawan bagi akal. Ketika kebodohan melihat betapa Tuhan memuliakan akal dan apa yang diberikanNya pada akal, kebodohan memendam permusuhan dalam diam-diam.

Kebodohan berkata : “Wahai Tuhan, akal adalah makhluk seperti aku. Engkau menciptanya ,memuliakannya, dan memberinya kekuatan, sedangkan aku tidak mendapat itu semua dan aku tidak mempunyai kekuatan bagi melawannya.Berikan padaku para pahlawan seperti yang Engkau berikan pada akal”

Maka Tuhan berkata : “Ya,dan jika kamu tidak mematuhiKu selepas ini, Aku bakal mengirim pasukan-pasukanmu jauh daripadaKu dan daripada belas kasihanKu”. Kebodohan berkata : “Aku puas” , maka Tuhan pun memberikannya 75 pahlawan .


*Makam Imam Al-Ghazali


Menurut Imam Jaafar As-Sadiq, kesombongan adalah merupakan satu daripada 75 pahlawan kebodohan!

Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud RA , Nabi saw bersabda :

“Tiga perkara menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan berwaspadalah. Berwaspadalah terhadap kesombongan, kerana ia menjadikan Iblis ingkar daripada sujud kepada Adam. Berwaspadalah pada kerakusan, kerana ia menyebabkan Adam memakan buah terlarang.Jagalah diri kamu daripada perasaan dengki, kerana perasaan dengki membuat anak Adam membunuh saudaranya”




Sangtawal Sakranta.


5 comments:

  1. Photoshop je tu, tulisan tak ikut kain.

    ReplyDelete
  2. @sangtawal
    salinan komen saya dalam @perisik rakyat

    @HASHIM
    aku telah terpedaya oleh kamu..
    setelah habis membaca tulisan SANTAWAL.... engkau provoke tentang banner ni........
    yang taksub akan menerima bulat bulat TETAPI yang menggunakan akal, akan memikirkan :
    - tak kan le di sebabkan kerana JIKA menyokong pun, kena bagitau semua makhluk
    - orang islam tetap di haramkan berjudi....kafir kat negara kita consider kafir zimmi
    - tapi jika muslim nak berjudi, racing horse pun sanggup di beli..
    zaman nabi untuk berperang dengan kaum musyrikin dan beriadah... sangat berbeza dengan zaman sekarang...
    @HASHIM
    jangan memperdayakan orang lain, terutamanya engkau menagambil kesempatan dari penulisan SANGTAWAL
    lain yang di bincang..engkau ambil kesempatan atas pengunjung2 SANGTAWAL
    engkau buat blog sendiri le....
    tak perlu nak menghasut dari SANGTAWAL
    @SANGTAWAL
    saudara seorang yang very kind person...tindakan saudara betul, kerana memberi peluang pengunjung2 saudara, menilai siapa @HASHIM ni...

    ReplyDelete
  3. salam don cincai,Q

    kena lihat dari mata hati, jangan lihat dari mata burung atau dari lubang tempurung! :)

    Hasyim,
    semoga tuan menjadi seorang pejuang islam yang tulen, yang tidak taksub kepada mana-mana ulamak politik.jangan terikut dengan rentak pakatan rakyat tu... itu permainan zionis dan dajjal,PKR parti lambang mata satu kalau dibiarkan akan menghancurkan melayu-islam lebih teruk dari umno. umno pun banyak yang tak betul... pemimpin umno pun banyak terlibat dengan rasuah,perempuan dan masalah kepimpinan. oleh itu, semoga tuan menilai kembali segala permainan politik ini semula.
    janganlah menambahkan permusuhan sesama melayu-islam, marilah kita bersatu atas kalimah yang satu.

    islam itu agama kasih sayang dan persaudaraan.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih tuan
    Sungguh menarik pendedahan Imam Ghazali ini. Pahlawan kesombongan itu memang licik.
    Tak kira siapa boleh ditawannya, baik ulamak, jutawan, jelitawan, ketua darjah, doktor, pak guard dll.

    Minta ALLAH selamatkan kita semua.


    MOTIM

    ReplyDelete
  5. tuan,
    komen saya jadi XX18...tidak di siarkan, membuatkan saya jadi prejudice terhadap HASHIM...
    saya menulis dalam Perisik Rakyat seperti di bawah....


    @moderator
    salam
    saya dah hantar komen tentang @HASHIM yang mempergunakan SANGTAWAL ke blog ini, kenapa ditapis.....
    saya tidak menggunakan bahasa yang meloyakan....adakah @moderator ni HASHIM ??????????

    ReplyDelete