Sunday, June 06, 2010

Wasiat Abrar Peringatan Akhyar



Tajuk : Wasiat Abrar Peringatan Akhyar

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Tajuk Artikel diatas adalah juga merupakan judul baru sebuah kitab yang asalnya ditulis oleh Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani, di terjemahkan semula dan diberi judul baru oleh Allayarham Hj Wan Mohd Saghir Abdullah. Kitab ini adalah merupakan himpunan wasiat, nasihat dan mutiara ilmu yang tidak ternilai kerana ia disusun dengan padat dan ringkas.

Berikut dibawah ini saya petik sedikit isi kandungan kitab tersebut dari mukasurat 14 hingga 17 untuk dikongsikan bersama dengan pembaca sekalian.Cuba renungi setiap wasiat dan peringatan tersebut :

[[ Jika engkau berkehendak sampai kepada keridhaan Allah, maka minta tolong oleh mu atas empat perkara ;

*Takut akan Allah Ta’ala
*Harap akan rahmat Allah Ta’ala
*Kasih olehmu akan Allah Ta’ala
*Rindu olehmu akan Allah Ta’ala

Jika engkau berkehendak membukakan pintu yang empat perkara itu empat anak kuncinya;

-Maka anak kunci Khauf (takut kepada siksaan Allah) iaitu mengekali atas mengerjakan Faraidh (segala perkara yang diwajibkan oleh Allah dan rasulnya)

-Anak kunci raja’ (semata-mata hanya mengharapkan anugerah kurnia daripada Allah swt) itu mengekali atas mengerjakan segala sunnah serta wara’

-Anak kunci membukakan mahabbatullah (kasih kepada Allah) itu mengekali atas muraqabah (berkekalan berasa Allah tetap melihatnya) dan musyahadah (berkekalan berasa seakan-akan dia melihat Allah)

-Anak kunci syauq (rindu kepada Allah) itu mengekali atas zikir dengan lidah serta hati.


Jika engkau berkehendak bahawa sentosa daripada siksa kubur maka peliharakan olehmu daripada segala najis, istimewa pula daripada air kencing.

Maka hendaklah dihabiskan dia dan tinggalkan makanan yang lazat-lazat dan tinggalkan keinginan hawa nafsu.

Adalah berkekalan melupakan dosa itu setengah daripada sebesar besar dosa.

Bahawa ilmu itu ma’rifatullah.

Buah akal itu istiqamah, yakni mengekalkan ibadah.

Buah zuhud itu kesenangan.

Buah orang yang mujahadah itu dikalahkannya nafsunya.

Elok perbuatan itu mewajibkan balasnya.

Murah akan barang yang [ada] pada tangannya itu mewajibkan baginya kebajikan.

Sebaik-baik ilmu itu ialah barang yang membaikkan dirimu.

Sebaik-baik amal itu barang yang menyertakan ikhlas.

Kepala iman itu Shiddiq, islam itu amanah.

Kepala munafiq itu khianat,

Kepala taqwa itu meninggalkan syahwatnya.

Kepala hikmah itu zuhud didalam dunia.

Kepala hikmah itu menahan marah.

Perhiasan iman itu suci rahsianya.

Sanya binasa akal itu mengikut hawa nafsunya.

Sebab celaka itu adalah kasih akan dunia.

Sebab sejahtera itu diam.

Sejahat-jahat saudaramu yang menghubungkan tatkala kemurahan dan diputuskan pada ketika bala’

Sejahat jahat manusia itu mereka yang tiada diharapkan kebajikannya dan tiada sentosa daripada kejahatannya.

Sejahat jahat sahabat itu, ia segera berbantah-bantah kemenangan orang yang mengintai akan Tuhannya.

Meninggalkan dosanya kemenangan bagi orang yang melawan akan hawanya dan dustakan cita-citanya.

Tiap-tiap Arif itu takut,
Tiap-tiap Qani’ / qana’ah itu kaya,
Tiap-tiap loba itu faqir,
Tiap-tiap fana’ itu sedikit.
Tiap-tiap ridha itu kesenangan.
Tiap-tiap penyakit diubatkan melainkan jahat perangai.
Tiap-tiap sesuatu mengikut melainkan mengubahkan tabi’at.

Memadalah dengan lalai itu sesat
Memadalah dengan uban itu menakuti.

Barangsiapa mengambil iktibar niscaya melihat,
Barangsiapa melihat niscaya faham.
Barangsiapa faham niscaya mengetahui.
Barangsiapa menanam kebajikan niscaya mengetam kesukaan. ]]


* Buku Wasiat Abrar Peringatan Akhyar


Sebenarnya banyak lagi mutiara-mutiara nasihat dan ilmu dalam buku tersebut, cukuplah setakat ini dulu dari saya.Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas Roh penulis kitab ini iaitu Sheikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani dan penterjemahnya yang telah banyak berjasa dalam menerbitkan kitab-kitab lama yang bermutu melalui Persatuan Pengkajian Khazanah Nusantara dan Khazanah Fathaniyah iaitu Allayarham Ustaz Hj Wan Mohd Saghir. Pemergianmu sukar dicari ganti. Al-Fatihah.

*p/s – untuk mendapatkan buku-buku terbitan Khazanah Fathaniah, Klik Sini :


Wassalam.

Sangtawal Sakranta

7 comments:

  1. Salam Sangtawal...

    Ingat saya lagi?? lama sy tak menjengah kemari... Bagus artikel ini... Khazanah Fathaniah sememangnya begitu banyak sekali...

    Pernah dahulu sekali saya mengikuti Seminar Khazanah Fathaniah Sempena 2tahun Pemergian Almarhum Ust Wan Shagir... Memang seronok, banyak ilmu baru yg diperolehi... Kalau dilihat senarai buku2 yg telah mereka tafsirkan, hampir2 300 naskah kesemuanya atau lebih... MasyaAllah... Usaha yg hebat hasil titik peluh Ust Wan Shagir...

    Apapun, teruskan menulis artikel2 yang mantap Sangtawal... Teruskan Perjuangan! Masanya kian hampir! Usaha atas ummat ini harus diteruskan...


    WAllahua'lam,
    Wassalam...
    -Orang Gombak

    ReplyDelete
  2. salam saudara tawal
    byk karya dan hasil tulisan ulama' silam hilang ditelan arus zaman. ada juga terlupus dengan tidak sengaja, terbakar, dimakan bubuk dll. semoga usaha saudara ini dirahmati allah.

    ReplyDelete
  3. salam,

    saudaraku orang gombak,
    terima kasih atas komen dan tidak jemu bertandang ke teratak sangtawal.
    Ya, arwah ustaz wan mohd saghir adalah seorang yang sangat berjasa kepada melayu-islam, usahanya bukan sedikit, dari usia remaja hingga ke hujung hayatnya merantau mencari dan mengumpul kitab-kitab lama, menterjemah dan menyusun kembali bukanlah satu kerja yang mudah.semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan dikumpulkan bersama golongan kanan di sisi Allah swt.
    tak silap saya tentang seminar yang saudara hadiri itu, ada ditulis artikelnya oleh saudara radzie sapie @ merah silu dalam blogspotnya.saudara boleh membaca disana : catatan simerah silu.blogspot.com

    saudaraku Jmazli,
    terima kasih atas komen dan sokongan yang berterusan!
    insyaAllah!

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. @sangtawal

    PERMINTAAN :
    tolong buat artikel kaitan dengan zionist, freemason, yahudi....
    adakah terdapat dikalangan yahudi sekarang merupakan ahli kitab...
    betul ke terdapat yahudi yng menentang apa yang di lakukan oleh israel baru baru ini
    bagaimana kita hendak mengenali bahawa seseorang itu yahudi... ada saya dengar, yahudi ni boleh menyamar sebagai imam dalam sembahyang kita...tak di nafikan mereka memang pandai berpura pura..
    apa yang saya baca...david marshall presiden singapore pertama, yahudi

    ReplyDelete
  5. @ santawal
    saya berharap saudara dapat menghuraikan perkara ini dengan mendalam....saya tidak peduli jika pembaca lain mengatakan saya terlalu jahil....tetapi saya mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga saya...

    "Jika engkau berkehendak bahawa sentosa daripada siksa kubur maka peliharakan olehmu daripada segala najis, istimewa pula daripada air kencing.Maka hendaklah dihabiskan dia dan tinggalkan makanan yang lazat-lazat dan tinggalkan keinginan hawa nafsu."

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. @sangtawal

    saya ke "older post" tuan bertajuk :

    Mistik Melayu Vs Mistik Yahudi-Zionis

    ..tetapi secara peribadi,saya berpendapat... ianya tidak menghuraikan PERMINTAAN saya
    pada 9.38pm
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. salam doncin cai,

    jika ada kelapangan , saya akan tulis artikel seperti yang saudara hajati, skopnya terlalu luas tu :)

    berkaitan dengan huraian kepada persoalan saudara itu; sebenarnya saya menyalinnya terus dari buku tersebut, memanglah ayat itu nampak berbelit-belit,

    "Jika engkau berkehendak bahawa sentosa daripada siksa kubur maka peliharakan olehmu daripada segala najis, istimewa pula daripada air kencing.Maka hendaklah dihabiskan dia dan tinggalkan makanan yang lazat-lazat dan tinggalkan keinginan hawa nafsu."

    * maksudnya jika ingin sentosa atau lepas dari siksa kubur hendaklah memelihara diri dari segala jenis najis, terutama najis dari air kencing kita.biasanya dalam bab cuci air kencing ini , kita ambil mudah saja, contohnya bagaimana kita cuci air kencing baby atau kanak-kanak?

    *wasiat kedua ialah supaya kita tidak membazir makanan, hendaklah dihabiskan makanan itu, juga digesa supaya meninggalkan makan-makan lazat kerana ia hanya menyegarkan hawa nafsu.

    berkaitan dengan komen saudara di artikel tersebut, nanti saya semak semula.

    wassalam.

    ReplyDelete