Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi : Nur Yang Esa
Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.
Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.
Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.
Kalau kita ada sinaran,
Dapat memandang keseluruhan,
Tidaklah lagi ada perbezaan,
Lenyaplah segala perbalahan.
*********************************************
*Puisi di atas adalah karya Sheikh Jalaluddin Rumi, seorang Sufi Besar dan Penyair Agung Parsi. Puisi beliau diatas ditulis kira-kira 800 tahun yang silam, termasuk dalam kitab atau kumpulan karya sufinya yang tersohor iaitu
“ Mathnawi”.
Saya petik puisi di atas dari sebuah buku berjudul “Bicara Sufi” tulisan Abdul Majid Khatib, terbitan Pustaka Aman Press tahun 2009, m/s 54 -55
Sangtawal Sakranta...
Allah Hu Rabbi, satu tajuk yang baik dari Tuan.
ReplyDeleteSatu antara jalan Hakikat menuju Pencipta. Maju terus.
salam sahabat,
ReplyDeletebegitulah kita / acapkali memandang pada diri sendiri akan menambah hairan pada diri jua adanya / pelita diri menggelapkan cahaya nurani kerana mata hati tidak ingin 'berpaling' pada cahaya hakiki itu / lalu dzauq pada diri menjadi-jadi / silap langkah bertuhankan diri - nauzubillah
cikgu azhar
siapa ab majid katib ini.saya ada satu bukunya bertajuk renungan kesufian yang banyak kali saya baca dan kaji.mana boleh jumpa beliau?
ReplyDeletekorr
rindu sungguh puisi ini. :)
ReplyDeletelama x dgr org bacakan.
salam,
ReplyDeleteAnon@8.16am
terima kasih atas komen dan sokongan!
Ya, biar banyak jalan, tujuannya hanya satu,saya akan menulis selagi diberi kekuatan dan sedikit olehNya, hanya ini yang termampu saya lakukan :)
cikgu azhar,
Ya, ramai yang berkiblatkan pelita sendiri,sedangkan pelita nurani,itulah anugerah Ilahi,ia tidak perlu dicari terlalu jauh kerana ia tersembunyi di dalam diri, bila bertemu cahaya berseri,jangan lagi dianggap itu sudah cahaya sejati, sedangkan cahaya sejati dikenal dengan cahaya diri dan ketika itu pancaindera yang 5 sudah mati, anasir 4 tanah air api angin pun sudah dihancurkan kedalam satu ingatan yang berkekalan! ketika itu... jangan terkejut bila yang datang dihadapan kita itu adalah wajah kita sendiri yang berseri-seri!
anon@korr,
terima kasih atas pertanyaan, saya pun tidak mengenali beliau, tapi banyak saya temui tulisan-tulisan beliau, antara lain buku terjemahannya yang berada di dalam koleksi saya ialah "Prinsip Ketuhanan Ibnu 'Arabi" terbitan Pustaka Aman Press , karangan asal oleh SAQ Husaini , dari tajuk asalnya 'The Pantheistic Monism Of Ibnu 'Arabi"
sahabatku Ihya,
Terima kasih,
semoga terubat rindu dihati! :)
wassalam
assalamualaikum...
ReplyDeletejalaluddin ar-rumi lah yg memperkenalkan tarian sufi yg tersohor di turkey.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya adalah murid Rumi walaupun dah terpisah selama 1000 tahun lamanya.
Karya rumi tang tersohor adalah Matsnawi dan tak kurang hebat ya adalah 'FiHi Ma FiHI' bermaksud Ini lah Apa yang Sesungguhnya (In it is what In it's),atau Discourse of Rumi.Buku ini dah ada terjemahan dalam Bahasa Melayu Indoesia.
( Note :Kalu nak harap orang melayu malaysia yang buat jangan harap lee broo...Buku cara-cara nak mandi junub boleh le buat)
Buku ini memang ajaib kerana saya dah baca beratus-ratus kali tapi masih tak jemu2 dan muak2...
Kalau buku lain tu minta maaf le ye sekali baca lepas tu dah tak selera nak baca kali kedua...Lebih-lebih lagi buku2 dari puak-puak hampeh nihh...
Lain lain buku yang sudah terbit
Kidung Rumi, arfrorisme Jalaluddin al Rumi, Dunia Rumi(Rumi world)semua nya memukau kalbu...
Baca beribu kali tak sama dengan amal sekali,
Deletesalam buat anon@ 10.00pm,
ReplyDeleteterima kasih atas komen dan info...
sayang seribu kali sayang... dah baca beratus-ratus kali karya Jalaluddin Rumi... tapi masih ada sedikit riya' dan Ujub dalam ungkapan penulisan tuan yang berbunyi...
"Kalu nak harap orang melayu malaysia yang buat jangan harap lee broo...Buku cara-cara nak mandi junub boleh le buat"
"Kalau buku lain tu minta maaf le ye sekali baca lepas tu dah tak selera nak baca kali kedua...Lebih-lebih lagi buku2 dari puak-puak hampeh nihh..."
rasanya Jalaluddin Rumi tidak mengajar tuan sebegitu!
nasihat saya buat tuan, cuba baca ratusan atau ribuan buku lain dalam pelbagai bidang ilmu.... barulah terbuka sedikit pemikiran tuan...
wassalam.
Ya Allah gitu lah kalau hanya tahu lafaz tapi tak faham kalimah tauhid itu sendiri hanya Allah yang mengetahui tiap sesuatu
ReplyDeletesalam sahabat,
ReplyDeletedi sepanjang jalan hidup ,akan ada manusia yang memandang rendah insan lain / ' tuan anon 10.10 : apa maksud anda ...lebih2 lagi buku2 dari puak32 hampeh nihh...' / buku adalah gedung ilmu / apa bukupun jika mencerahi lorong hidup ... membawa fikir dalam risau terhadap hidup beragama / memurnikan mata fikir dan kalam jiwa serta menyejukkan kolam hati...tidak kira penulis apapun /bangsa apapun ia : melayu ke Cina ke India ke....ia adalah buku yang SERONOK untuk dibaca / Rumi hanyalah satu sosok dari sekalian banyak sosok yang membawa pelita agama dari sudut puisi /
tuan anon; kata2 tuan pasal melayu hanya buat buku pasal mandi jubub aje tu satu kenyataan yang sangat sombong / anda mahu minta maaf kepada seluruh warga Melayu di alam sana...silakan maju dengan tuduhan itu...
Melayu adalah darah saya / darah sangtawal / darah pejuang bangsa & agama / darah guru2 saya dan anda...berhati-hati ketika meluah pendapat...
cikgu azhar
Karya tersohor Jalaluddin Rumi kebanyakanya adalah ditatang bagai minyak yang penuh oleh pihak orientalis yang mereka adalah seperti Prof Anne Marie Shiemmel, RJ Reydnolds dan Mohd Iqbal danramai lagi..yang ada di Malaysia tajuk lagu M.Nasir 'Bila Rumi Menari' album saudagar mimpi..Pada tahun 2008 Unesco mengistiharkan tahun 'International Year of Rumi'dan setiap bulan ramadhan di Iran puisi nya didendang kan dalam TV dan media satu pengiktirafan yang terbesar dari orang bangsa asing tapi sepi oleh orang Islam yang lain terutama dari Malaysia
ReplyDeleteTunjukkan saya pengarang dari Malaysia yang betul2 ada menulis dan mengupas khas Puisi Rumi
(mungkin ada tapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi karangan Rumi dari orang Malaysia )
Kalau berapa banyak di kupas pun buku karangan Rumi ni tanpa ada yang mengikut jalan kesufian nya tak berfaedah. Kita lihat saudara kita ni katanya dah beratus kali @ mungkin lebih dari itu diulang baca tapi tak ada pun saya rasa ilmu yang tercatit dalam "Mathnawi" itu menjadi panduan hidupnya. Masih ada lagi ujub riak takbur malah mempelekehkan lagi orang lain, ini ke yang di katakan pengikut Rumi kalau lah Jalaludin Rumi masih hidup malu rasanya dia nak mengaku tuan sebagai muridnya. Saya cadangkan tuan bakar saja buku Rumi yang tuan miliki tu dan minum airnya mungkin akan menerangkan hati @ qalbi tuan.
ReplyDeleteSetahu sayalah seorang sufi itu tak hendak dirinya disanjung apalagi melampau lampau seperti yang di buat oleh orientalis. Berpada pada lah saudara memuji @ mencemuh tu. Di luar sana banyak lagi hamba Allah yang lebih tinggi martabat kesufiannya walaupun ia tak mengarang buku. Wasalam
Sdr, saya telah melihat pendekatan orientalis adalah untuk menutup Tamaddun Melayu yang tertua didunia, lihat hujah saya tentang Sejarah pahang tertua diAsia Tenggara dan Hikayat Seri Rama Naskhah Tertua diAlam Melayu ditulis oleh Orang Lipis, baca blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com
ReplyDeleteDr Aminudin
salam,
ReplyDeleteAbu Jihadil,
terima kasih atas komen.
anon@1.39pm,
terima kasih atas komen,
Ya,jangan kita jadi seperti itu.
cikgu azhar,
sangat setuju dengan pendapat tuan,
saya pun hairan, betapa banyak puisi Rumi tentang cinta dan kasih sayang tapi orang yang mendakwa anak muridnya masih tidak mampu melahap dan mencernakan semula inti ajarannya.
anon @12.46 am,
saya merasa anda orang yg sama dengan anon@10.10am.
kenapa pemikiran anda masih lagi terpenjara, dan masih berfikir tentang 'orang Malaysia' atau 'orang Indonesia' sedangkan datuk nenek kita serumpun dan begitu harmoni hidup dialam melayu nusantara ribuan tahun dahulu.
bukankah anda juga melayu islam?
anon@3.02 am,
terima kasih atas komen dan pendapat yang bernas, saya setuju dengan anda.
Dr Aminudin,
Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk hamba dan sudi pula memberikan komen yang berguna.saya sudah menjenguk sepintas lalu ke blog tuan... amat menarik sekali penulisan tentang wayang kulit itu.teruskan penulisan Dr...
wassalam.
Saudara Sang,
ReplyDeleteSedikit saja pendapat saya berbanding dengan penulisan saudara yang membina itu.
Salam sejahtera buat Tuan.
H K @ anon3.02am
Cahaya adalah hijab yang halus lagi tersembunyi.Ada cahaya berwarna hitam,Tenaga prana pun bolih membentuk cahaya.
ReplyDeleteCahaya atau An-Nur adalah Asma'(namaNya) sahaja...jangan tersalah cahaya.Iblis pun ada cahaya yg terang.Silap cahaya jatuh pada syirik halus lagi seni.
Memang terang si bulan sabit,
Yang mengorbit jalan angkasa,
Jika matahari terbit,
Cahaya rambulan jadi tak perkasa,
Ikhlas:-Ar Rumii Jr...hehehhhh!!!
Air jampi tidak membawa apa makna dan untuk apa dibawa ketengah kalau akal dan fikiran sedang memandu cinta walau pun ternampak sosok kejumudan atau keilmuan yang saudara rasa perlu kesaksian sedangkan cinta sedang membara dihati saudara samaada secara sedar atau tidak.
ReplyDeleteBunga bunga akal sentiasa segar kalau dibaja setiap hari bagi orang yang sentiasa mengerti keluasan cinta Allah..Kenapa perlu dipendekkan sasuatau yang sedang mengajar dan memandu anda ke arah cinta...Sekali lagi diulang kata-kata rumi bunga-bunga cinta sentiasa segar dan perlu dibaja setiap hari begitu juga dengan cinta sentiasa melimpahkan ruah kepada orang yang berakal untuk memikirkan. Wasalam
Cinta kata anda tapi pernahkah sekali anda fadiahkan Fatihah anda pada Allah Azawajalla kalau tak pernah maknanya belum kenal apa itu cinta pada yang Khaliq.
ReplyDeleteSaat kematian Rumi berpesan masih ada di makam nya di Konya datang datang lah pada ku walau pun kamu sudah melanggar janji beratus kali datang lah...Jangan kau tangisi ketika berdiri dikuburku bawalah gendang dan kecapi kerana saat perpisahaan bukan untuk ditangisi tapi saat bahgia sedang menunggu sebentar lagi...
ReplyDeletesalam semua,
ReplyDeleteRumi Jr,,,
terima kasih atas komen .
cahaya bukan asma... jangan keliru.
anon @ 11.44pm,
perlukah seorang pencinta meluahkan segenap perasaannya buat yang dicintainya dengan cara menyatakannya kepada khalayak betapa asyik dirinya... kerana apa yang ditulis dan apa yang disuarakannya mungkin tidak sama dengan apa yang dirasainya...oleh itu kadang-kadang cinta tidak perlu suara atau kata-kata!
anon@12.11am,
Allah swt Maha Kaya, Dia tidak memerlukan hadiah dari hambaNya, cukuplah hambaNya itu menyintaiNya dan tidak melupakan diriNya walaupun sekelip mata dalam hembusan dan tarikan nafasnya!
Cinta yang dibeli dengan Hadiah atau cinta untuk mendapatkan upah adalah cinta palsu dan bukan cinta sejati yang dicari-cari oleh setiap salikin.
anon@ 12.17pm
terima kasih atas komen dan info :)
wassalam.
@anon 10.10am
ReplyDeletesalam
....semua kita adalah cikgu... terhadap anak anak, pelajar pelajar malah masyarakat di sekeliling kita..
kita akan cuba mengelak dari menyebut perkataan yang "kasar" terhadap mereka...kita cuba mengelak dari sifat riaq dan sombong dari mereka
kita hormat :
orang alim kerana ilmunya
yang tua dengan pengalamannya
kanak2 dosanya kurang
(saya dah tulis beberapa kali..)
saya harap anon 10.10am tidak lagi melakukan perkara yang sama di masa depan, insyaAllah
ikhlas
Pesan Rumi
ReplyDeleteKata-kata tanpa suara yang keluar dari hati tidak boleh dihentikan samaada ada rasa ujub riak dan rendah hati tidak mampu ditahan.
Kejahatan dan kebaikan, takut bosan dan sebagainya yang sentiasa selang seli terbit dari hati tidak boleh dihalangi.
Biarkan saja kata-kata dan bisikan itu kerana ia adalah satu anugerah tuhan tentang makna cinta yang terdalam untuk orang yang sentiasa berfikir.
Cuma allah reda pada perbuatan yang menuju kebaikan dan hasrat kebaikan.
Apa perlu dirisaukan apa-apa yang mendatang...
Sang pencinta,sang kekasih, mawar, pelayan cinta, sufi,mawar,listrik ayat dalam lagu cipataan M.Nasir.
ReplyDeleteSekurang-kurang dengar lagu M.Nasir bau-bauan karya Rumi masih segar untuk orang Malaysia...
....susah-susah aje.....
semoga sesama bermanfaat buat kita:
ReplyDelete01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah Copy From FADC
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
......................................................
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung Copy From FADC
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada Copy From FADC
...........................................................
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama Copy From FADC
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin Copy From FADC
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
.........................................................
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 AL-NUR -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar
salam untuk semua,
ReplyDeletesaja untuk tambah maklumat
skarang ini khabarnya kitab mathnawi sedang dalam proses terjemah ke dalam bahasa melayu oleh professor ajmal al-idrus, khabarnya ia dlm proses bacaan pruf terakhir dan sedang menunggu untuk dicetak, khabarnya 4 jilid yg setiap jilid tak kurang 500 muka surat. wallahualam. sekian untuk makluman. wasalam
salam...., buku itu dah siap dicetak, sy dah tengok dan baca buku itu, sylah org pertama yg baca buku itu masa dlm penterjemahan lg. masih ade org melayu yg sanggup terjemahkan buku itu tanpa minta bayaran ape2 pun walaupun ditawarkan dng jumlah 1.5 juta... jnglah pandang rendah pada org melayu... maaf sebab mencelah.
ReplyDelete